• No results found

Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan bakal guru Fizik Universiti Teknologi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan bakal guru Fizik Universiti Teknologi Malaysia"

Copied!
46
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN BAKAL GURU FIZIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUHAMMAD ABD HADI BIN BUNYAMIN

Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(2)

iii

DEDIKASI

Buat ibuku dan abahku khasnya

Terima kasih atas kasih sayang dan doa restu darimu

Untuk abang, kakak-kakak dan adik-adikku

Terima kasih atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pengorbananmu Yang dicurahkan untuk kejayaan ini

Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas Sehingga akhir hayatku

Dan untuk rakan-rakan kesemuanya

(3)

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah dirafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu kerana dengan nikmat kurniaan-Nya akhirnya dapatlah juga saya menyempurnakan laporan penulisan Disertasi Sarjana ini hingga ke warkah ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia disertasi saya ini iaitu Dr. Fatin Aliah Phang atas segala bimbingan, sokongan, dan tunjuk ajar yang dicurahkan di sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Kerjasama daripada kalangan adik-adik 2 SPF, 2 SPP, 3 SPP, dan 3 SPF juga amatlah saya hargai. Segala masa yang telah dikorbankan bersama bagi menjayakan kajian ini adalah sesuatu yang tak ternilai harganya. Terima kasih diucapkan. Kepada rakan-rakan, terima kasih juga buat anda semua yang telah banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam melaksanakan kajian ini dengan mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan yang mencabar.

(4)

v

ABSTRAK

(5)

vi

ABSTRACT

(6)

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 5 Kandungan

1.2.2 Strategi Pengajaran 7

1.2.3 Penguasaan Isi Kandungan Fizik 9

1.2.4 Program Latihan Mengajar 12

1.3 Pernyataan Masalah 13

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 14

1.6 Kerangka Konsep 15

1.7 Kepentingan Kajian 17

1.8 Skop Kajian 18

(7)

viii

1.9.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 20

Kandungan (PTPK)

1.9.2 Teknologi 21

1.9.3 Prinsip Archimedes 21

1.9.4 Strategi Pengajaran 22

1.9.5 Program Latihan Mengajar (LM) 22

1.9.6 Konsepsi Alternatif 23

1.10 Rumusan 23

2 SOROTAN PENULISAN 24

2.1 Pendahuluan 24

2.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) 24 2.3 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan 28

(PTPK)

2.4 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 30

2.5 Strategi Pengajaran 31

2.5.1 Teori Pembelajaran Penemuan 32

2.5.2 Teori Pembelajaran Bermakna 34

2.6 Prinsip Archimedes 38

2.7 Kajian-kajian Lepas 40

2.7.1 Pengetahuan Pedagogi Kandungan Sains 40 2.7.2 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 45

Kandungan Matematik

2.7.3 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 50 Kandungan ICT

2.7.4 Pengetahuan Teknologi Pedagogi 58 Kandungan Sains

2.8 Perbandingan Kajian-kajian Terdahulu 61

(8)

ix

3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 66

3.1 Pendahuluan 66

3.2 Reka Bentuk Kajian 66

3.3 Populasi dan Persampelan 67

3.4 Alat Kajian 68

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 70

3.6 Tatacara Kajian 74

3.7 Analisa Data 76

3.8 Rumusan 81

4 ANALISA DATA 82

4.1 Pendahuluan 82

4.2 Analisa Taburan Maklumat Diri Responden 82

4.3 Analisa Strategi Pengajaran 83

4.4 Analisa Konsepsi Alternatif 91

4.5 Analisa Pengetahuan Teknologi Pedagogi 102 Kandungan

4.6 Rumusan 105

5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI, CADANGAN 107 DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 107

5.2 Perbandingan Strategi Pengajaran 107 5.3 Perbandingan Konsepsi Alternatif dalam Prinsip 111

Archimedes

5.4 Perbandingan Pengetahuan Teknologi Pedagogi 116 Kandungan

(9)

x

5.6 Cadangan 123

5.7 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 125

5.8 Rumusan 126

RUJUKAN 127

Lampiran A-I 136-162

(10)

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Unsur PPK Kajian Terdahulu 27

3.1 Bilangan Bakal Guru Fizik Mengikut Tahun 67 dan Kursus

3.2 Jadual Penentu Ujian Prinsip Archimedes 69

3.3 Rumusan Analisa Data Kajian 80

4.1 Bilangan Responden Mengikut Status 83

Menjalani Latihan Mengajar

4.2 Strategi Pengajaran Responden 85

4.3 Contoh Penulisan Rancangan Mengajar 86 Responden bagi Strategi Pengajaran yang

Digunakan

4.4 Contoh Penulisan Rancangan Mengajar 88 Responden bagi Pengajaran Bermakna

(11)

xii

4.6 Perbandingan Peratusan Bilangan Konsepsi 92 Alternatif Responden

4.7 Contoh Jawapan Responden dalam Item 93

Kedua

4.8 Contoh Jawapan Responden dalam Item 96

Ketiga

4.9 Contoh Jawapan Responden dalam Item 98

Keempat

4.10 Contoh Jawapan Responden dalam Item 101 Kelima

4.11 Teknologi ICT yang Digunakan Responden 103

(12)

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep PTPK Dalam Kalangan 15 Bakal Guru

(13)

xiv

SENARAI SINGKATAN

PTPK Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

PPK Pengetahuan Pedagogi Kandungan

UTM Universiti Teknologi Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

LM Latihan Mengajar

(14)

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Bidang Keberhasilan Utama Nasional 136

(NKRA)

B Kaji Selidik Pengetahuan Teknologi 137

Pedagogi Kandungan (PTPK)

C Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM 145

Tingkatan Empat

D Pengesahan Pakar Bidang 147

E Pengesahan Pakar Bidang 148

F Jawapan Bahagian B Bagi Ujian Konseptual 150 Prinsip Archimedes

G Analisa Strategi Pengajaran 151

H Analisa Konsepsi Alternatif 154

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang telah meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kerajaan Malaysia pada bulan Jun 2009 telah membentuk suatu polisi yang diberikan nama Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai National Key Result Area (NKRA) (Rujuk Lampiran A). Dalam NKRA ini, kerajaan telah meletakkan pendidikan yang berkualiti sebagai salah satu daripada enam unsur dalam NKRA tersebut. Dalam mencapai suatu tahap pendidikan yang berprestij, maka peranan guru adalah amat besar dalam memastikan polisi yang dibentuk dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.

Bidang sains dan teknologi merupakan bidang penting dalam memastikan

negara mendapat tenaga pakar yang berkualiti tinggi dalam merencanakan pembangunan negara yang mapan. Kecanggihan serta inovasi yang wujud dalam dunia sains dan teknologi banyak bergantung kepada modal insan yang dilahirkan dalam sistem pendidikan. Modal insan yang berkualiti tinggi mampu dilahirkan dalam persekitaran P&P yang berkualiti sejajar dengan peranan guru yang amat

(16)

2

dalam melahirkan murid-murid yang celik sains serta mampu menyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan.

Berasaskan keperluan ini, maka pendidikan sains perlu diperkasakan agar masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang celik ilmu sains serta mampu memanfaatkan ilmu ini untuk kemajuan negara dan bangsa. Peranan para guru dalam mendidik murid-murid adalah suatu yang amat berkait dalam memajukan negara dengan sains dan teknologi. Dalam hal ini, guru sains perlu menghayati Falsafah

Pendidikan Sains di Malaysia iaitu:

“Pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi.”

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005: 9)

Salah satu cabang utama sains yang menyumbang kepada sains dan teknologi adalah ilmu fizik. Fizik adalah cabang ilmu sains yang mengkaji sifat-sifat jirim dan

tenaga seperti haba, cahaya, bunyi, graviti dan magnetisme dan perkaitan antara semua unsur ini (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, ilmu fizik sentiasa bercambah dan berkembang dengan begitu pesat sekali. Aplikasi konsep dan prinsip fizik dalam pelbagai aktiviti kehidupan telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup manusia khususnya dalam zaman sains dan teknologi ini.

(17)

3

yang turut mempunyai konsepsi alternatif yang diwarisi daripada guru mereka yang terdahulu. Ini telah mempengaruhi penguasaan konsep fizik dan juga pencapaian

akademik murid. Seandainya hal ini berlanjutan, maka tidak tercapailah sasaran dalam NKRA bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya gagal melahirkan bakal modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sains dan teknologi (S&T) dalam menghayati nilai-nilai murni untuk menjadi acuan pembangunan negara pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, para bakal guru perlu menguasai ilmu fizik, cara untuk menyampaikan ilmu fizik secara berkesan dan menggunakan teknologi yang bersesuaian dalam pengajaran bagi membolehkan murid-murid menguasai fizik dengan baik. Konsep mengenai penguasaan isi kandungan, pedagogi dan teknologi ini juga disebut sebagai pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK). Menurut

Koehler dan Mishra (2009), PTPK ditakrifkan sebagai asas dalam pengajaran berkesan dengan menggunakan teknologi, kefahaman tentang cara menggambarkan suatu konsep melalui teknologi, teknik pedagogi yang menggunakan teknologi untuk mengajar suatu kandungan, pengetahuan tentang suatu konsep itu sukar atau mudah dengan cara menggunakan teknologi serta penggunaan teknologi bagi membina

pengetahuan baru dalam kalangan murid dari pengetahuan sedia ada mereka.

PTPK merupakan lanjutan daripada konsep pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang digagaskan oleh Shulman (1986) yang menyatakan bahawa PPK meliputi topik yang diajar secara tersusun bagi suatu bidang mata pelajaran dan bentuk penggambaran yang paling baik bagi sesuatu idea, analogi, ilustrasi, contoh-contoh,

penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan (Archambault dan Barnett, 2010). PPK dilihat sebagai cara menggambarkan sesuatu konsep yang menjadikan orang lain mudah memahami perkara yang disampaikan. Konsep PPK ini telah dimasukkan eleman yang baru iaitu teknologi yang menjadikan konsepnya sekarang sebagai PTPK yang menyepadukan pengetahuan pedagogi, isi kandungan dan teknologi.

(18)

4

menyampaikan suatu konsep dengan menggunakan strategi pengajaran yang berkesan agar murid dapat memahami suatu isi kandungan yang diajar.

Dalam kajian yang dijalankan ini, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) bakal guru fizik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dikaji.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengintegrasian teknologi adalah suatu yang kompleks, merupakan masalah yang kabur dan memerlukan kefahaman mendalam tentang hubungan kompleks antara teknologi dengan pengajaran disebabkan pelbagai faktor (Koehler et al., 2007). Mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak mudah. Kajian-kajian yang dilakukan juga mendapati pengintegrasian teknologi dalam P&P

berlaku secara sangat perlahan, tidak berlaku atau tidak memberi kesan kepada murid atau guru (Mishra dan Koehler, 2008). Disebabkan itu, konsep pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dikemukakan oleh Mishra dan Koehler (2006) bagi membolehkan para guru dan bakal guru melihat hubungan antara teknologi, pedagogi dan kandungan dalam proses pengajaran. PTPK merupakan adunan kesepaduan antara tiga eleman ini bagi menghasilkan suatu pengajaran berkesan.

(19)

5

PTPK merupakan kesinambungan daripada konsep pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang diasaskan oleh Shulman (1986) bagi menyepadukan kandungan pengajaran dengan pedagogi (Archambault dan Barnett, 2010). Menurut Van Driel et al. (1998), tidak terdapat pengkonsepsian yang universal berkenaan PPK. Walaubagaimanapun, Van Driel et al. (1998) mengatakan bahawa kesemua sarjana bersetuju dengan dua komponen konsep PPK yang dikemukakan oleh

Shulman (1986) iaitu pengetahuan tentang isi kandungan dan pengetahuan tentang strategi pengajaran untuk sesuatu topik. Dengan penambahan eleman teknologi dalam PPK, maka dua unsur ini turut disematkan dengan eleman teknologi ini. Kini, dua unsur tersebut menjadi pengetahuan teknologi dalam mengajar isi kandungan dan pengetahuan teknologi untuk perencanaan strategi pengajaran (Niess, 2005).

Teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) seperti penggunaan perisian komputer, simulasi, alat pemodelan dan perisian pendidikan (Jimoyiannis, 2010).

Dalam pengkajian permasalahan PTPK ini, Koehler dan Mishra (2009)

menyatakan bahawa banyak guru memperoleh ijazah ketika teknologi pendidikan berada pada tahap yang jauh ke belakang dari masa sekarang. Guru tidak mempertimbangkan penggunaan teknologi dalam kelas lantaran tidak meletakkan kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk menggunakan teknologi disebabkan program profesionalisme guru juga hanya mendedahkan teknologi secara umum dan bersifat

(20)

6

Niess (2005) juga menyokong hal ini. Beliau menyatakan bahawa program persediaan guru hanya mendedahkan teknologi pengajaran secara umum dan tidak

disepadukan dengan eleman isi kandungan dan strategi untuk mengajar. Bakal guru mempelajari teknologi secara terpisah dan menyebabkan mereka tidak berupaya menggunakan teknologi secara berkesan untuk menyampaikan suatu konsep dengan strategi pengajaran yang sesuai. Menurut Niess (2005) lagi, bakal guru juga didapati mempunyai tanggapan bahawa teknologi hanya sekadar suatu alat untuk pengajaran dan tidak beranggapan teknologi perlu disepadu dan disesuaikan dengan kandungan

dan pedagogi. Bakal guru juga melihat penggunaan teknologi sebagai suatu yang remeh dan mereka juga mempunyai pengalaman yang terhad dalam mengajar dengan mengintergrasikan teknologi. Disebabkan hal tersebut, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) bakal guru dilihat rendah kerana PTPK merupakan konsep yang mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan kandungan secara bersepadu

dan tidak dipisah-pisahkan. Pemisahan tiga eleman ini tidak akan membentuk PTPK bakal guru dan justeru itu bakal guru perlu diberikan kefahaman yang mendalam tentang konsep PTPK serta berupaya menggabungkan tiga eleman ini untuk mengajar secara berkesan kepada murid-murid mereka kelak.

Menurut Jimoyiannis (2010), guru-guru dilihat menggunakan teknologi seperti internet dan pemproses maklumat pada tahap yang rendah dan sekadar untuk mendapatkan maklumat atau membuat kerja-kerja penyediaan perancangan mengajar, helaian tugasan atau ujian penilaian. Guru-guru juga kurang positif dalam menggunakan teknologi untuk pengajaran dan kurang diyakinkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran melalui penggunaan teknologi. Selain itu, seminar

(21)

7

digunakan untuk memudahkan tugas pengajaran sahaja dan kurang kefahaman tentang peranan teknologi untuk meningkatkan kualiti P&P.

Finger et al. (2010) menyatakan bahawa guru-guru cenderung untuk membina profesionalisme dalam teknologi melalui pendedahan kepada perisian atau alatan baru tanpa mempertimbangkan konteks, pedagogi dan kandungan. Di sini dapat dilihat bahawa teknologi agak terasing dengan konsep dan cara mengajar sedangkan teknologi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan bukan sekadar alat tambahan. Di

sinilah bakal-bakal guru amat perlu memahami cara mengintegrasikan teknologi dengan pedagogi dan isi kandungan agar dapat membuahkan suatu pengajaran yang efektif untuk murid-murid mereka kelak.

1.2.2 Strategi Pengajaran

Mengenai strategi pengajaran, aspek yang dimaksudkan adalah berbalik kepada teori-teori pembelajaran. Definisi strategi pengajaran ini diambil daripada takrifan oleh Richard (2009), Moore (2009) dan Tileston (2004) yang menyatakan strategi pengajaran sebagai perancangan keseluruhan guru dalam menyampaikan isi kandungan melalui langkah-langkah teratur bagi melaksanakan aktiviti P&P. Strategi pengajaran yang hendak dikaji dalam kajian ini adalah berasaskan aplikasi teori

pembelajaran bermakna yang digagaskan oleh Ausubel (1968) dan pembelajaran penemuan oleh Bruner (1960). Beberapa permasalahan timbul berkaitan penguasaan pengetahuan strategi pengajaran dalam kalangan guru pelatih. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Hogan et al. (2003), didapati bakal guru cenderung untuk fokus kepada persembahan pengajaran mereka dan juga menitikberatkan tentang

(22)

8

Menurut Mortimer dan Scott (2003), gaya pengajaran guru seperti ini lebih menekankan pendekatan komunikasi sehala sehaja iaitu komunikasi dari guru kepada

murid. Dengan ini, murid tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran seperti ini. Ketelahannya, murid menjadi menjadi pasif dan tidak berusaha untuk meneroka ilmu-ilmu baru (Shahabuddin et al., 2003).

Kamaruddin (1986) pula menyatakan bahawa guru-guru pelatih didapati banyak menggunakan teknik syarahan ketika mengajar. Disebabkan itu, mereka

kelihatan terlalu banyak bercakap. Guru pelatih juga didapati kurang memberikan contoh-contoh yang berbentuk aplikasi kehidupan dan yang berkaitan fenomena persekitaran. Selain itu, pelatih juga kurang melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran. Berasaskan permasalahan yang diutarakan oleh Kamaruddin (1986) ini, maka dapat dibuat tafsiran bahawa bakal-bakal guru mempunyai

permasalahan dalam aspek menggunakan strategi pengajaran yang bersesuaian dan berkesan. Bakal-bakal guru ini kurang mempunyai pengetahuan yang berkaitan strategi pengajaran yang pelbagai dan hal ini membawa kepada suasana pembelajaran yang pasif.

Menurut Sarkim (2004) pula, kebanyakan guru fizik tidak mengaplikasikan strategi pengajaran yang boleh membina sikap dan kemahiran para murid seperti melakukan eksperimen, bekerja dalam kumpulan dan penyelesaian masalah. Strategi pengajaran sebegini merupakan strategi pengajaran penerokaan yang akan menjadikan murid mendapat peluang yang lebih luas untuk aktif melibatkan diri dalam pembelajaran. Interaksi dua hala yang wujud antara murid dengan murid dan

(23)

9

1.2.3 Penguasaan Isi Kandungan Fizik

Selain aspek teknologi dan strategi pengajaran, isi kandungan juga memainkan peranan penting sebagai disiplin ilmu yang menjadi teras pengajaran. Penguasaan isi kandungan amat penting bagi guru untuk mengajar mata pelajaran kerana dengan kebijaksanaannya maka akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang membabitkan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Di samping itu,

penguasaan isi kandungan yang baik juga membolehkan guru lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan murid-murid ketika di dalam bilik darjah. Menurut Lilia et al. (2002), aspek yang memberi pengaruh terhadap kejayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid adalah penguasaan guru dalam pengetahuan isi kandungan fizik. Lilia et al. (2002) menyatakan bahawa guru pelatih mempunyai konsepsi alternatif yang sama dengan murid hasil daripada persekolahan mereka yang terdahulu. Dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran, guru seharusnya tidak sekadar memberi kuliah dengan harapan murid-murid akan menerima secara menyeluruh isi kandungan yang dipelajari. Dalam hal ini, guru perlu mengambil tahu perkara-perkara yang difahami oleh murid dan yang tidak difahami. Justeru itu, guru

perlulah peka dan membuat semakan terhadap kefahaman konsep dalam kalangan murid dari masa ke semasa. Seandainya terdapat pengetahuan konseptual fizik yang salah dalam kalangan guru maka perlulah untuk ditangani dengan segera.

Dalam kajian oleh Berg dan Brower (1991) di Kanada terhadap 20 guru fizik sekolah tinggi, didapati bahawa guru fizik tidak dapat mengenalpasti konsepsi

alternatif murid. Malah, satu pertiga daripada guru fizik tersebut didapati turut mengalami konsepsi alternatif. Oleh itu mereka sendiri tidak dapat mengesan konsepsi alternatif murid kerana konsep yang mereka fahami juga adalah salah. Guru yang mengajar memberi penerangan tentang konsep fizik secara kurang tepat akan menyebabkan murid memahami penerangan yang salah dan akan berlaku salah

(24)

10

Khalijah dan Abu Bakar (2008) telah menjalankan kajian mengenai PPK

bertujuan mendapatkan kepastian persepsi guru fizik Malaysia terhadap kesukaran dalam topik prinsip Archimedes. Kaedah yang digunakan bagi memperoleh data adalah melalui temubual. Temubual ini menyentuh mengenai topik hidrodinamik yang paling sukar difahami murid, masalah-masalah dalam P&P topik ini, agihan masa bagi mengajar topik ini dan cadangan guru fizik bagi P&P yang berkesan untuk topik ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa topik prinsip Archimedes merupakan

topik yang paling sukar bagi bidang pengetahuan hidrodinamik. Selain itu, lebih banyak masa digunakan oleh guru fizik dalam mengajar topik prinsip Archimedes berbanding topik prinsip Pascal dan Bernoulli. Masalah-masalah yang wujud pula adalah kefahaman konsep dalam prinsip fizik, aplikasi prinsip fizik dan kekurangan kemahiran matematik. Kajian mencadangkan agar dibina suatu simulasi atau bahan

pembelajaran yang dapat menggambarkan prinsip Archimedes kepada murid-murid melalui visual. Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan prosedur dan kemahiran dalam pembelajaran dan aktiviti fizik.

Sungguhpun begitu, kajian oleh Khalijah dan Abu Bakar (2008) ini tidak

mengkaji mengenai eleman teknologi dalam P&P prinsip Archimedes. Tambahan pula, kaedah mendapatkan data adalah melalui temubual dan analisa data dengan menggunakan analisa ucapan yang telah ditranskripsikan. Ini adalah berbeza dengan kajian ini kerana wujudnya eleman teknologi dalam P&P prinsip Archimedes dan menggunakan analisa isi kandungan bagi penghuraian data kajian. Namun, cadangan kajian Khalijah dan Abu Bakar (2008) ini telah membantu kajian ini dalam

(25)

11

Topik prinsip Archimedes merupakan topik fizik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tingkatan empat dalam tajuk Daya dan Tekanan (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2005). Topik ini memberikan penerangan mengenai fenomena keapungan melibatkan dunia persekitaran seperti kapal laut yang tidak tenggelam meskipun berjisim besar, tenggelamnya batu meskipun saiznya kecil dan juga beberapa contoh fenomena persekitaran melibatkan keapungan. Konsep penting dalam topik ini adalah konsep berkenaan daya tujahan atau daya apung serta konsep kehilangan berat objek dalam bendalir. Dalam kajian oleh She (2002), konsep

keapungan merupakan konsep aras tinggi kerana konsep ini melibatkan gabungan beberapa konsep asas seperti ketumpatan, daya paduan, berat dan isipadu. Penggabungan konsep asas yang banyak ini boleh menjurus kepada konsepsi alternatif terhadap konsep keapungan seperti yang dinyatakan secara tepat dalam prinsip Archimedes. Ini disebabkan konsep keapungan memerlukan kombinasi

kefahaman konsep-konsep asas ini. Dalam kajian oleh Loverude et al. (2003), mereka mendapati bahawa mahasiswa fizik yang mempelajari prinsip Archimedes mempunyai masalah dalam menggunakan prinsip ini untuk menerangkan suatu fenomena melibatkan konsep keapungan walaupun dalam situasi atau fenomena yang amat mudah. Responden dalam kajian ini ramai yang mempunyai konsepsi alternatif

berkaitan prinsip Archimedes khususnya mengenai hubungan antara daya tujah dengan isipadu bendalir tersesar, daya tujah dengan isipadu objek dan daya tujah dengan jisim objek. Kekeliruan responden berlaku kerana mereka tidak dapat memahami dengan baik peranan yang dimainkan oleh isipadu air tersesar dalam menentukan nilai daya tujah ke atas suatu objek. Atas sebab itu, topik prinsip Archimedes dipilih dalam kajian ini bagi mengukur penguasaan bakal-bakal guru

(26)

12

1.2.4 Program Latihan Mengajar

Menyentuh mengenai program latihan mengajar (LM), program ini memberikan peluang kepada bakal-bakal guru untuk memupuk kecekapan mengajar, meluaskan pengalaman serta membina visi dalam teori dan praktis P&P. Dalam program ini, bakal-bakal guru berada dalam suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sebenar. Sungguhpun begitu, kurangnya pengalaman mengajar dalam

kalangan bakal-bakal guru mengundang banyak kelemahan ketika mereka menjalani program ini (Kamaruddin, 1986). Salah satunya adalah aspek penyampaian dalam kelas seperti teragak-agak menyelesaikan masalah di papan tulis, kurang menguasai konsep yang disampaikan dan kurang melibatkan murid secara aktif dalam P&P. Dalam hal ini, dapat disimpulkan bahawa pengalaman mengajar yang terhad dalam

kalangan bakal guru menjadikan mereka masih kurang menguasai pengetahuan dalam mengajar.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Nilsson (2008) terhadap guru-guru pelatih fizik, didapati bahawa mereka mempunyai masalah untuk menukarkan kefahaman

konsep mereka kepada bentuk penyampaian yang bersesuaian untuk murid. Namun, menurut Nilsson (2008), pengalaman mengajar serta refleksi yang dilakukan oleh guru-guru pelatih ketika kursus latihan mengajar telah membolehkan bakal-bakal guru ini memperkuatkan pengetahuan strategi dan kandungan mereka.

Berasaskan kesemua masalah yang telah disebutkan di atas, PTPK antara

(27)

13

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan huraian latar belakang masalah yang telah dibincangkan, terdapat masalah yang membabitkan bakal-bakal guru fizik dalam mengintegrasikan teknologi untuk pengajaran, menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dan penguasaan konsep keapungan yang lemah. Maka, penyelidikan ini dibuat bagi mengkaji sama ada bakal guru fizik di Universiti Teknologi Malaysia yang telah dan belum

mengikuti program latihan mengajar turut mempunyai masalah yang serupa atau tidak dalam pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) bagi topik prinsip Archimedes serta mengenalpasti ciri-ciri PTPK dua buah kumpulan bakal guru ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

(i) Mengenalpasti strategi pengajaran yang digunakan bakal guru fizik UTM yang telah dan yang belum menjalani latihan mengajar bagi menyampaikan topik prinsip Archimedes.

(28)

14

(iii) Mengenalpasti pengetahuan teknologi pedagogi kandungan bagi topik prinsip Archimedes antara bakal guru fizik UTM yang telah dan yang

belum menjalani latihan mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah:

(i) Apakah strategi pengajaran yang digunakan oleh bakal guru fizik

UTM yang telah dan yang belum menjalani latihan mengajar bagi menyampaikan topik prinsip Archimedes?

(ii) Apakah konsepsi alternatif yang wujud dalam prinsip Archimedes dalam kalangan bakal guru fizik UTM yang telah dan yang belum

menjalani latihan mengajar?

(29)

15

1.6 Kerangka Konsep

Berpandukan Rajah 1.1, kajian ini bertujuan mengenalpasti pengetahuan teknologi pedagogi kandungan bagi topik prinsip Archimedes dalam kalangan bakal guru fizik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru. Kajian merangkumi pengetahuan strategi pengajaran, konsepsi alternatif dalam prinsip Archimedes dan pengintegrasian teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Rajah 1.1: Kerangka Konsep PTPK Dalam Kalangan Bakal Guru Pengetahuan Teknologi

Pedagogi Kandungan (PTPK) Pengetahuan Pedagogi Kandungan

(PPK)

Penguasaan Konsep Keapungan Pengetahuan Strategi

Pengajaran

Teknologi ICT

Bakal Guru Telah Latihan Mengajar

Bakal Guru Belum Latihan Mengajar

(30)

16

Eleman teknologi telah ditambah oleh Mishra dan Koehler (2006) dalam kerangka pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang diusulkan oleh Shulman

(1986) bagi membentuk kerangka baru iaitu pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK). Teknologi dalam P&P yang dimaksudkan adalah teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) seperti penggunaan perisian komputer, simulasi, alat pemodelan dan perisian pendidikan (Jimoyiannis, 2010). Bagi strategi pengajaran pula, Moore (2009), Richard (2009) dan Tileston (2004) memberikan takrifan strategi pengajaran sebagai

perancangan keseluruhan guru dalam menyampaikan isi kandungan melalui langkah-langkah teratur bagi melaksanakan P&P. Maka, strategi pengajaran adalah terarah kepada aplikasi teori pembelajaran bermakna oleh Ausubel (1968) dan pembelajaran penemuan oleh Bruner (1960). Penguasaan konsep keapungan pula adalah suatu yang penting disebabkan ia merupakan konsep beraras tinggi (She, 2002) dan ramai

mahasiswa fizik mempunyai konsepsi alternatif dalam konsep ini dalam kajian oleh Loverude et al. (2003).

Dalam Rajah 1.1, dapat dilihat bahawa pembentukan PTPK dipengaruhi oleh program latihan mengajar yang menyediakan bakal guru dengan situasi pengajaran

yang sebenar dalam bilik darjah (Kamaruddin, 1986). Latihan mengajar (LM) merupakan suatu proses latihan amali untuk bakal guru mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari semasa mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan (Fakulti Pendidikan, 2010).

Kerangka ini amat penting kerana dapat membantu melihat pembentukan

(31)

17

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian mengenai PTPK ini dapat memberi suatu input yang berguna buat bakal-bakal guru fizik, ahli akademik serta pihak pentadbir fakulti pendidikan. Penemuan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu bakal guru fizik dalam menyediakan mereka dengan maklumat yang penting berkenaan pengintergasian teknologi dengan strategi pengajaran dan konsep fizik khususnya untuk topik prinsip

Archimedes yang merupakan suatu topik yang mempunyai konsep aras tinggi (She, 2002; Wong dan Seth, 2008). Selain itu, adalah menjadi suatu harapan agar dapatan kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada bakal-bakal guru mengenai peri pentingnya untuk mereka menguasai pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dengan baik. Mereka perlu menyedari akan kepentingan menguasai PTPK ini

kerana mereka akan mengajar di sekolah setelah tamat pengajian di universiti kelak. Seandainya PTPK ini tidak dikuasai dengan baik oleh bakal-bakal guru, ia akan memberi impak yang tidak baik pada masa hadapan berkenaan pengajaran mereka dalam bilik darjah memandangkan dunia semakin mengorak langkah dengan kepesatan ICT dalam pendidikan. Oleh itu, adalah amat mustahak agar PTPK ini

dapat dikuasai oleh mahasiswa pendidikan fizik dengan baik supaya mereka mampu mengajar dengan berkesan pada masa hadapan.

Selain itu, dapatan kajian ini juga kelak akan memberi manfaat kepada ahli-ahli akademik dalam melihat perkembangan pendidikan guru buat bakal-bakal guru fizik ini. Para ahli akademik akan mendapat input yang berguna bagi memahami

dengan lebih mendalam berkenaan penguasaan bakal guru terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan bagi topik yang khusus. Maka, dapatan kajian ini akan mampu memberi impak kepada para pensyarah atau ahli akademik dalam membuat inovasi terhadap program pendidikan bakal guru dengan memantapkan eleman-eleman PTPK dalam pengajaran. Ahli akademik berpeluang dalam mengemukakan

(32)

18

timbul berkenaan penguasaan mahasiswa pendidikan terhadap PTPK. Dengan erti kata lain, kajian ini mampu memberi impak tinggi terhadap keperluan dalam

membuat perubahan dalam pendidikan guru ke arah mencapai tahap yang terbaik.

Dapatan kajian ini juga dijangka akan dapat membantu pihak fakulti pendidikan dalam membuat suatu pelan tindakan ke arah memperkasakan PTPK bakal guru. Sebagai pihak yang berautoriti dalam membuat polisi atau dasar fakulti, maka adalah amat wajar agar pihak pentadbir fakulti pendidikan merangka

perancangan bagi membolehkan para pelajar pendidikan dapat mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan isi kandungan dalam menyampaikan suatu topik atau konsep. Pelan tindakan ini juga dapat meliputi inovasi dalam pengajaran para pensyarah dengan mempraktikkan amalan pedagogi pengajaran yang lebih mendorong pembelajaran aktif, peningkatan penguasaan konsep dalam kalangan bakal guru bagi

mengelakkan adanya konsepsi alternatif serta kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk P&P.

1.8 Skop Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini, hanya topik prinsip Archimedes dipilih sebagai unsur penguasaan konsep dalam pengetahuan pedagogi kandungan kerana ia

merupakan konsep yang beraras tinggi dan mempunyai kombinasi konsep-konsep asas seperti ketumpatan, berat dan isipadu (She, 2002; Wong dan Seth, 2008). Kombinasi konsep asas ini memerlukan kepada kefahaman yang tinggi oleh bakal guru agar mereka tidak mengalami konsepsi alternatif dalam topik ini. Tambahan pula, mereka kelak akan mengajar topik ini apabila berkhidmat sebagai guru fizik di

(33)

19

mempelajari prinsip Archimedes mempunyai konsepsi alternatif. Konsepsi alternatif ini banyak berfaktorkan kepada kegagalan dalam memahami peranan penting isipadu

bendalir tersesar dalam menentukan nilai daya tujah.

Pengetahuan strategi pengajaran pula dikaji kerana ia juga merupakan salah satu daripada eleman yang membentuk pengetahuan pedagogi kandungan seperti yang dipersetujui oleh kesemua sarjana (Van Driel et al., 1998). Dalam kajian yang dijalankan ini, strategi pengajaran diberikan definisi sebagai perancangan keseluruhan

guru dalam menyampaikan isi kandungan melalui langkah-langkah teratur bagi melaksanakan aktiviti P&P (Moore, 2009; Richard, 2009; Tileston, 2004). Maka, skop strategi pengajaran adalah terarah kepada aplikasi teori pembelajaran bermakna oleh Ausubel (1968) dan pembelajaran penemuan oleh Bruner (1960). Teknologi yang dikaji pula adalah yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi atau ICT dalam pengajaran seperti penggunaan perisian komputer, simulasi, alat pemodelan dan perisian pendidikan (Jimoyiannis, 2010).

Responden bagi kajian ini pula adalah mahasiswa pendidikan fizik dalam pengajian tahun tiga dan tahun dua di UTM. Mereka dipilih kerana merupakan

mahasiswa yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) yang mempunyai major dalam kursus teras fizik. Mahasiswa tahun dua adalah mahasiswa pendidikan yang belum mengikuti latihan mengajar (LM) manakala tahun tiga pula adalah kumpulan yang telah mengikuti LM. PTPK dua kumpulan ini akan dikaji untuk membolehkan dapatan ciri-ciri PTPK mereka diperolehi, terutama dalam aspek integrasi antara

teknologi ICT, kaedah pengajaran dan prinsip Archimedes. Menurut Nilsson (2008), program latihan mengajar menyediakan bakal guru dengan pengalaman mengajar dan dapat membina PPK mereka melalui refleksi yang dijalankan ketika menjalani kursus ini. Jadi, signifikan program latihan mengajar terhadap PPK bakal-bakal guru fizik akan dapat dilihat daripada data kajian kelak. Pembinaan PPK yang baik akan turut

(34)

20

Sebagai tambahan, limitasi kajian ini adalah kajian hanya mengukur

pengetahuan responden terhadap pengetahuan strategi pengajaran dan tidak mencakupi aspek pelaksanaan dan penilaian pengajaran. Selain itu, topik yang dikaji pula hanya prinsip Archimedes. Teknologi yang dikaji pula hanyalah yang berkisar kepada penggunaan teknologi ICT seperti perisian komputer, simulasi dan video.

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan agar istilah tersebut membawa erti yang selari dengan tujuan kajian. Istilah-istilah tersebut adalah pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK), teknologi, prinsip Archimedes, strategi pengajaran dan program latihan mengajar (LM).

1.9.1 Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Takrif Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) menurut Mishra dan Koehler (2006) adalah PTPK merupakan asas dalam pengajaran berkesan dengan menggunakan teknologi, memerlukan kefahaman tentang cara menggambarkan suatu konsep melalui teknologi, teknik pedagogi yang menggunakan teknologi untuk mengajar suatu kandungan, pengetahuan tentang suatu konsep itu sukar atau mudah

(35)

21

pengetahuan baru dalam kalangan murid dari pengetahuan sedia ada mereka. Penyelidikan ini melibatkan aspek pengintegrasian teknologi dalam P&P bagi suatu

topik yang diajar yang menggunakan strategi pengajaran tertentu.

1.9.2 Teknologi

Teknologi menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) adalah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis. Dalam kajian ini, teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

seperti PowerPoint, grafik dan simulasi komputer (Jimoyiannis, 2010).

1.9.3 Prinsip Archimedes

Prinsip Archimedes merupakan sub-topik bagi tajuk Daya dan Tekanan dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi Fizik Tingkatan Empat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005). Konsep fizik ini memberikan

(36)

22

1.9.4 Strategi Pengajaran

Moore (2009), Richard (2009) dan Tileston (2004) memberikan takrifan strategi pengajaran sebagai perancangan keseluruhan guru dalam menyampaikan isi kandungan melalui langkah-langkah teratur bagi melaksanakan aktiviti P&P. Maka, kajian ini melihat kepada aplikasi teori pembelajaran bermakna yang digagaskan oleh Ausubel (1968) dan pembelajaran penemuan oleh Bruner (1960) yang digunakan oleh

responden untuk P&P prinsip Archimedes.

1.9.5 Program Latihan Mengajar (LM)

Program latihan mengajar adalah suatu proses latihan praktikal untuk bakal guru mengaplikasikan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari sewaktu

(37)

23

1.9.6 Konsepsi Alternatif

Konsepsi alternatif merupakan pra-konsep yang dimiliki oleh murid yang tidak bertepatan dengan konsep yang dikemukakan oleh ahli sains. Konsepsi alternatif ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang menjadi penghalang pembelajaran, tetapi sebagai perkara yang mendorong pembelajaran baru (Abimbola, 1988).

1.10 Rumusan

Secara umum, Bab 1 menghuraikan masalah-masalah yang timbul dalam pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) bakal-bakal guru fizik UTM. Tujuan kajian adalah bagi membandingkan PTPK kumpulan bakal guru yang telah mengikuti LM dan yang belum mengikutinya. Aspek teknologi yang dikaji adalah

berkenaan teknologi ICT dalam P&P manakala komponen strategi pengajaran yang dikaji adalah pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran. Topik fizik yang diuji pula adalah prinsip Archimedes berkenaan konsep keapungan. Kesepaduan antara teknologi, strategi pengajaran dan isi kandungan akan membentuk PTPK yang mantap bagi menjana pengajaran berkesan.

(38)

127

Rujukan

Abimbola, I. O. (1988). The Problem of Terminology in the Study of Student Conceptions in Science. Science Education. 72(2), 175-184.

Ausubel, D. P. (1968). Educational Psychology: A Cognitive View. USA: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Archambault, L. M. dan Barnett, J. H. (2010). Revisiting Technological Pedagogical Content Knowledge: Exploring the TPACK Framework. Computers & Education. 55, 1656-1662.

Arifah Bahar, Ismail Mohamad, Muhammad Fauzee Hamdan, Muhammad Hisyam Lee, Noraslinda Mohamed Ismail, Norazlina Ismail, Zamzulani Mohamed, Zarina Mohd Khalid dan Norhaiza Ahmad. (2008). Engineering Statistics Workbook. Johor: Desktop Publisher.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, Analisa dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Berg, T. dan Brouwer, W. (1991). Teacher Awareness of Student Alternate Conception About Rotational Motion and Gravity. Journal of Research in Science Teaching. 28(1), 3-18.

Bliss, J., Chandra, P. dan Cox, M. (1986). The Introduction of Computers into a School. Computer Education. 10(1), 49-54.

(39)

128

Chai, C. S., Koh, J. H. L. dan Tsai, C.-C. (2010). Facilitating Preservice Teachers’

Development of Technological, Pedagogical and Content Knowledge (TPACK). Educational Technology & Society. 13(4), 63-73.

Creswell, J. W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. New Jersey: Pearson Education.

Doukakis, S., Moskofoglou, M. A. dan Phelan, E. M. (2010). Measuring Technological and Content Knowledge of Undergraduate Primary Teachers in Mathematics. Communication in Computer and Information Sciences. 73, 405-410.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Erdogan, A. dan Sahin, I. (2010). Relationship between Math Teacher Candidates’ Technological Pedagogical and Content Knowledge (TPACK) and Achievement

Levels. Procedia Social and Behavioral Sciences. 2, 2707-2711.

Esah Sulaiman. (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Etkina, E. (2007). Physics Teacher Preparation: Dreams and Reality. Journal of Physics Teacher Education. 3(2), 3-9.

(40)

129

Fakulti Pendidikan (2007). Panduan Akademik Interaktif 2009/2010. Skudai: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Finger, G., Proctor, R. J. dan Albion, P. (2010). Beyond Pedagogical Content Knowledge: The Importance of TPACK for Informing Preservice Teacher Education in Australia. International Federation for Information Processing (IFIP) Advances in Information and Communication Technology. 324, 114-125.

Fiolhais, C. dan Trindade, J. A. (1998). Use of Computers in Physics Education. Proceedings of the “Euroconference ’98 – New Technologies for Higher Education”. Aveiro, Setembro.

Gunter, M. A., Estes, T. H. dan Mintz, S. L. (2007). Instruction: A Model Approach. Boston: Pearson Education.

Heron, P. R. L., Loverude, M. E., Shaffer P. S. dan McDermott, L. C. (2003). Helping Student Develop an Understanding of Archimedes’ Principle. II. Development of Research-based Instructional Materials. American Journal of Physics. 71(11), 1188-1195.

Hewitt, P. G. (2009). Conceptual Physics. San Francisco: Pearson Addison-Wesley.

Hogan, T., Rabinowitz, M. dan Craven III, J. A. (2003). Problem Representation in Teaching: Inferences from Research of Expert and Novice Teachers. Educational Psychologist. 38(4), 235-247.

(41)

130

Holec, S., Spodniakova Pfefferova, M. dan Raganova, J. (2004). Computer Simulations in Mechanics at the Secondary School. Informatics in Education. 3(2), 229-238.

Jacobsen, D. A., Eggan, P. dan Kauchak, D. (2002). Methods for Teaching Promoting Student Learning. New Jersey: Pearson Education.

Jimoyiannis, A. Developing a Technological Pedagogical Content Knowledge

Framework for Science Ducation: Implication of a Teacher Trainers’ Preparation Program. Proceedings of Informing Science & IT Education Conference. June, 17-24, 2010. Italy: Informing Science Institute.

Jimoyiannis, A. (2010). Designing and Implementing an Integrated Technological

Pedagogical Science Knowledge Framework for Science Teacher Professional Development. Computers and Education. 55(1), 1259-1269.

Kamaruddin Husin. (1986). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khalijah Mohd Salleh dan Abu Bakar Abdullah. (2008). Malaysian Secondary Physics Teachers’ Perception towards the Teaching and Learning of Archimedes’

Principle. Current Issues of Physics in Malaysia: National Physics Conference 2007 – PERFIK 2007. AIP Conference Proceedings. 1017, 403-407.

(42)

131

Koehler, M. J. dan Mishra, P. (2009). What is Technological Pedagogical Content

Knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education. 9(1), 60-70.

Koehler, M. J., Mishra, P. dan Yahya, K. (2007). Tracing the Development of Teacher Knowledge in a Design Seminar: Integrating Content, Pedagogy and Technology. Computers & Education. 49, 740-762.

Krippendorff, K. (2004). Content Analysis: An Introduction to Its Methodology. USA: Sage Publications.

Lang, H. R., McBeath, A. dan Hebert, J. (1995). Teaching Strategies and Methods for Student-Centered Instruction. Toronto: Harcourt Brace & Company Canada.

Lilia Halim dan Subahan Mohd Meerah (2002). Science Trainee Teachers Pedagogical Content Knowledge and Its Influence on Physics Teaching. Research in Science & Technological Education. 20, 215 – 225.

Lilia Halim, Subahan Mohd Meerah dan Zolkepeli Haron (2002). Strategi Pengajaran Fizik untuk Guru Sains. Selangor: Prentice Hall.

Lilia Halim, Abd Razak Habib, Abd Rashid Johar dan Tamby Subahan Mohd Meerah. (2001). Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Fizik dan

Bukan Fizik Melalui Pengajaram Eksplisit dan Implisit. Jurnal Pendidikan. 26, 65-80.

Loverude, M. E., Kautz, C. H. dan Heron, P. R. L. (2003). Helping Student Develop an Understanding of Archimedes’ Principle. I. Reseach on Student

(43)

132

Ministry of Education Malaysia (2005). Integrated Curriculum for Secondary Schools. Curriculum Specifications Physics Form 4. Kuala Lumpur: Curriculum Development Centre.

Mishra, P. dan Koehler, M. J. Introducing Technological Pedagogical Content Knowledge. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. March, 24-28, 2008. New York.

Mishra, P. dan Koehler, M. J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A Framework for Teacher Knowledge. Teachers College Record. 108(6), 1017-1054.

Mok, S. S. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Moore, K. D. (2009). Effective Instructional Strategies: From Theory to Practice. USA: SAGE Publications.

Mortimer, E. F. dan Scott, P. H. (2003). Meaning Making in Secondary Science Classroom. Philadelphia: Open University Press.

Niess, M. L. (2005). Preparing Teachers to Teach Science and Mathematics with Technology: Developing a Technology Pedagogical Content Knowledge. Teaching and Teacher Education. 21, 509-523.

(44)

133

Nurul Ain Hamzah dan Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. 11-12 Oktober 2008. Skudai: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 1-14.

Orlich, D. C., Harder, R. J., Callahan, R. C., Trevisan, M. S. dan Brown, A. H. (2007). Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction. (8th ed.) Boston: Houghtan Mifflin Company.

Orlich, D. C., Harder, R. J., Callahan, R. C. dan Gibson, H. W. (2001). Teaching Strategies: A Guide to Better Instruction. Boston: Houghtan Mifflin Company.

Osborne, J. dan Hennessy, S. (2003). Literature Review in Science Education and the Role of ICT: Promise, Problems and Fiture Directions. Bristol: Futurelab.

Razali Saaran. (2010). Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Richard, I. A. (2009). Learning to Teach. New York: The McGraw-Hill Company.

Sarkim, T. (2004). Investigating Secondary School Physics Teachers’ Pedagogical Content Knowledge: A Case Study. Post-Script. 5(1), 82-96.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

She, H. C. (2002). Concepts of a Higher Hierarchical Level Require More Dual Saturated Learning Events for Conceptual Change: A Study of Air Pressure and

(45)

134

Shin, T. S., Koehler, M. J., Mishra, P., Schmidt. D. A., Baran. E. dan Thompson, A.

D. (2009). Changing Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) through Course Experiences. In I. Gibson et al. (Eds.). Proceeding of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2009. 4152-4159. Chesapeake, VA: Association for the Advancement of Computing in Education.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundation of the New Reform. Harvard Educational Review. 57(1), 1-22.

Shulman, L. S. (1986). Those Who Understand Teach: Knowledge Growth in Teaching. Educational Researcher. 15(2), 4-14.

Skinner, D. (2010). Effective Teaching and Learning in Practice. UK: Continuum International Publishing Group.

Tileston, D. W. (2004). What Every Teacher Should Know About Effective Teaching Strategies. California: Corwin Press.

Van Driel, J. H., Verloop, N. dan Vos, W.D. (1998). Developing Science Teachers’ Pedagogical Content Knowledge. Journal of Research in Science Teaching. 35(6), 673-695.

Whitton, D., Barker, K., Nosworthy, M., Sinclair, C. dan Nanlohy, P. (2010). Learning for Teaching & Teaching for Learning. 2nd Edition. Australia: Cengage Learning Australia Pty Limited.

Wong, T. K. dan Seth Sulaiman. (2008). Tahap Kerangka Alternatif di Kalangan

(46)

135

Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. 11-12 Oktober 2008. Skudai: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 1-17.

References

Related documents

Proceedings of NAACL HLT 2007 Proceedings of SSST, NAACL HLT 2007 / AMTA Workshop on Syntax and Structure in Statistical Translation, pages 49?56, Rochester, New York, April 2007

To overcome this cov- erage problem we supplement the output of Buckwalter's analyzer with syntheti- cally constructed analyses that are pro- posed by a model which uses character

All experiments described in this article take the form of learning curve experiments (Banko and Brill, 2001), in which a sequence of training sets is generated with increasing

paper ID 46201611 International Journal of Research in Advent Technology, Vol 4, No 6, June 2016 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 18 Development of Self Sensing

The relationship between airborne lead levels and blood lead levels among lead-exposed workers has been the subject of a number of studies.. The main pathway for

It is able to adapt the variation of NER and non-NER pattern library; (iii) The information provided by the relation features deals with multi- ple linguistic levels, depicts both

Ventilation was one of environment factors of physical house that influenced the occurrence of dengue hemorrhagic fever in Manukan Kulon, Tandes, Surabaya.Based

Automatic summarization is an active research area in natural language processing. This paper has proposed a special method that produces text summary by detecting thematic areas