• No results found

Pembangunan modal insan holistik pelajar menerusi aktiviti kokurikulum

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Pembangunan modal insan holistik pelajar menerusi aktiviti kokurikulum"

Copied!
12
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

PEMBANGUNAN MODAL INSAN HOLISTIK PELAJAR MENERUSI AKTIVITI KOKURIKULUM POLITEKNIK

NurulHaerani Binti Mohamad

Ahmad Bin Esa, Ph.D

Universiti Tun Hussein OnnMalaysia

haeranimohamad@gmail.com

ahmad@uthm.edu.my

Abstrak - Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) menerusi Projek Agenda Kritikal (CAP) memfokuskan

kepada pembangunan sahsiah pelajar IPT bagi menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang

sama ada dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah

pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) dan holistik.

Dalam eko-sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional, Politeknik manyumbang aktif bagi

memastikan aspirasi pembanguan negara dalam HSD menerusi kurikulum dan kokurikulum.

Walaubagaimanapun, ramai pihak beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak

membuang masa berbanding kegiatan yang melibatkan akademik. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah

untuk mengkaji faktor-faktor dominan yang menyumbang kepada HSD sepanjang proses perlaksanaan

aktiviti kokurikulum politeknik masa kini dan meninjau kesan-kesan aktiviti kokurikulum terhadap HSD.

Reka bentuk kajian yang akan digunakan adalah secara deskriptif tinjauan dengan menggunakan

instrumen analisis dokumen, temu bual dan borang soal selidik. Responden adalah terdiri daripada 335

orang pelajar tahun dua serta 80 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Politeknik Premier. Data yang

dikumpulkan akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi

20.0.

(2)

1.0 PENGENALAN

Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.

Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran

menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta

kebolehan untuk berhadapan dengan dunia global yang sering berubah-ubah (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2006). Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi

Nasional. Modal insan berkualiti juga adalah antara faktor terpenting dalam memastikan Malaysia

mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), tumpuan yang besar diberikan dalam usaha

membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta memiliki

sikap, nilai dan etika yang positif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat

(Kerajaan Malaysia, 2006). Manakala Pelan Strategik Pengajian Tinggi Kebangsaan (PSPTK) 2007-2010

yang telah dilancarkan bertujuan untuk mentransformasikan sektor pengajian tinggi negara menghasilkan

modal insan kelas pertama serta membangunkan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia (Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia, 2007).

Pembangunan holistik pelajar (HSD) adalah salah satu daripada tujuh belas agenda yang dirancang menerusi PSPTN fasa dua iaitu fasa peningkatan dan pemerkasaan (2011–2015).

Kesungguhan untuk membangunkan modal insan jelas dizahirkan melalui kandungan strategi bajet

negara. Pendidikan berkualiti akan memastikan para pelajar terus kekal relevan dengan kehendak

pasaran semasa. Selain itu para pelajar juga mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan

antarabangsa yang kian meningkat lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan

pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan teknologi.Ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang

semakin meningkat, graduan perlu memiliki bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan dan

kemahiran yang memberikan nilai tambah yang mampu menarik minat majikan (Said, 2006).

Menurut Jarvis & Parker (2005), ’Holistik’ dalam konteks pembangunan modal insan tidak

terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek

pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek “keinsanan” yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama

dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut memenuhi keperluan untuk membolehkan

transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia berlaku secara lebih

berstruktur.

Menurut Yassin (2014), pembangunan modal insan yang terancang akan melahirkan tenaga

kerja berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi. Namun, holistik dalam konteks pembangunan modal

insan tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja.Tetapi ia merangkumi aspek

(3)

insan, aspek keinsanan yang perlu dibina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dukungan

moral adalah menjadi kepentingan.

CAP Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar

IPT bagi menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan,

bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang

mempunyai personaliti unggul (towering personality) dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan

kepada konteks kokurikulum memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang

menyokong kepada pembangunan pelajar secara menyeluruh bagi menghasilkan siswazah

berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi kehendak pasaran dan memiliki daya saing yang tinggi. (Pelan

Tindakan Pengajian Tinggi Negara, Fasa 2 (2011-2015)).

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk,

a. Mengenal pasti faktor-faktor dominan yang menyumbang kepada pembangunan modal insan

holistik pelajar (HSD) menerusi aktiviti kokurikulum politeknik.

b. Mengenal pasti kesan-kesan aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan modal insan holistik

pelajar (HSD) menerusi aktiviti kokurikulum politeknik.

c. Mengkaji hubungan antara faktor-faktor dominan yang menyumbang kepada pembangunan

modal insan holistik pelajar (HSD) terhadap kesan-kesan aktiviti kokurikulum menerusi aktiviti

kokurikulum politeknik.

d. Menghasilkan model kerangka modal insan hoilistik pelajar (HSD) menerusi aktiviti kokurikulum

politeknik.

3.0 KAJIAN KESUSASTERAAN

Gerak kerja kokurikulum sangat penting dalam proses pendidikan dan pembelajaran pelajar kerana ianya

dapat mengimbang dan menyepadukan pembentukan diri pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Hal ini sejajar dengan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) yang merangkumi

tujuan keseluruhan pendidikan Malaysia. Falsafah ini menyatakan bahawa pendidikan merupakan usaha

yang berterusan.

“Untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap kerohanian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(4)

Hal ini menunjukkan bahawa matlamat yang penting dalam pendidikan Malaysia ialah

pembangunan modal insan dalam menyediakan tenaga kerja yang berketrampilan dan berupaya

menghadapi cabaran masa depan. Hal ini juga telah diperkatakan, dimana tujuan pendidikan adalah

untuk pembangunan sahsiah dan membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran

kemahiran khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta melahirkan modal

insan yang cemerlang (Pelan tindakan pengajian tinggi negara, 2007-2010).

Hal ini juga disokong oleh Dora, Kudus,Hassan & Ali (2008), pembentukan modal insan

merupakan satu usaha ke arah melahirkan insan mahasiswa yang berpengetahuan, berkemahiran,

inovatif, memiliki jatidiri, beretika, mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan yang

sewajarnya. Pembentukan modal insan ini mempunyai tujuan pendidikan yang tersendiri hal ini adalah

untuk pembangunan sahsiah dan membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran

kemahiran khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta melahirkan modal

insan yang cemerlang.

“Pembangunan modal insan yang berkualiti akan diperluas. Pendekatan perlu bercorak holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal

intelektual di dalam bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan. Pada masa yang

sama, kita mesti membangunkan satu budaya yang progresif, diiringi nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan modal insan mentaliti kelas pertama.”

Sumber : Ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad (2006)

Pelaksanaan gerak kerja kokurikulum dapat melahirkan iklim dan budaya yang lebih ceria,

menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam kalangan pelajar (Wee Eng Hoe, 1999). Dalam

Bajet 2008 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ada

menyatakan penyertaan pelajar secara aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti badan beruniform,

persatuan dan kelab serta sukan, adalah penting dalam membantu pembentukan sahsiah dan membina

kualiti kepimpinan pelajar. Malah bagi mempastikan bahawa setiap pelajar mendapat peluang untuk

melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum beruniform, kerajaan memberi sepasang pakaian seragam

percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah

seribu ringgit sebulan dan ke bawah (Abdullah Ahmad Badawi, 2007).

Pembentukan pelajar yang holistik memerlukan penglibatan dalam kedua-dua bidang akademik

dan kokurikulum. Penglibatan dalam program bukan akademik secara tidak langsung dapat

mengimarahkan aktiviti kehidupan kampus. Kebanyakan masa diperuntukkan untuk aktiviti pembelajaran

kendiri dan kehidupan dalam kampus. Terdapat beberapa faktor yang mendorong penglibatan pelajar

kearah kecemerlangan dalam aktiviti di IPT. Antara faktor yang yang perlu di ambil kira untuk membentuk

kecemerlangan pelajar ialah persefahaman antara keperluan dan jangkaan IPT dengan keperluan

(5)

2009). Sehubungan dengan itu IPT wajar menawarkan pelbagai peluang untuk menggalakkan

penglibatan pelajar. Kajian oleh Creswell (2003) di Amerika Syarikat mendapati bahawa IPT lebih

cenderung memaklumkan jangkaan dan keperluan institusi masing-masing, tetapi kurang memberi

penekanan terhadap apa-apa yang diharapkan oleh pelajar daripada institusi mereka. Fenomena yang

sama juga mungkin berlaku di Malaysia.

Menurut Mohd Yunus & Kaprawi (2004), terdapat banyak peranan yang boleh diterapkan dalam

diri pelajar melalui kokurikulum yang dilaksanakan di IPT. Antara peranan kokurikulum dalam diri pelajar

adalah menerapkan ciri-ciri pemimpin di dalam diri seorang pelajar, menguasai kemahiran komunikasi,

kemahiran sosial, disiplin, kemahiran bekerja dalam kumpulan, pelajar bermotivasi dan sebagainya.

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam eko-sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional, Politeknik manyumbang aktif

dalam memastikan aspirasi pembanguan negara tercapai. Bagi merialisasikan agenda negara,

Transformasi Politeknik serta Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) mendukung agenda-agenda besar

negara melalui inisiatif yang dilakukan mengikut fasa.Walaubagaimanapun, ramai pihak beranggapan

kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa berbanding kegiatan yang melibatkan

akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan

pengendalian program-program yang tidak sempurna. Sebagai contoh, terdapat aktiviti pada hari

kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman

tanpa pemantauan dari tenaga pengajar. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri.

Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi

konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum

sebagai kegiatan luar.

5.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor dominan yang menyumbang

kepada pembangunan holistik pelajar (HSD) sepanjang proses perlaksanaan aktiviti kokurikulum

politeknik masa kini. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi meninjau kesan-kesan aktiviti

kokurikulum yang disertai para pelajar politeknik dalam menggalakkan kemajuan HSD. Kajian turut

dijalankan untuk mengenal pasti hubungan faktor-faktor dominan terhadap kesan yang dihadapi dalam

melahirkan modal insan yang bersifat holistik. Di akhir kajian, pengkaji ingin menghasilkan model

kerangka pembangunan holistik pelajar (HSD) menerusi aktiviti-aktiviti kokurikulum di politeknik bagi

memperkasakan lagi Projek Agenda Kritikal (CAP) menerusi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara

(6)

6.0 KERANGKA KONSEP KAJIAN

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian (Huitt, 1995)

7.0 TEORI KAJIAN

a) Teori Kepelbagaian Kebijaksanaan (Multiple Intelligence)

Teoriini diperkenalkan Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind

Menurut Garner, setiap orang memiliki lapan kecerdasan yang pelbagai iaitu cara dimana individu

memberi reaksi dalam cara yang berbeza terhadap jenis kandungan yang berbeza (Rajah 1.2). Teori ini

mempunyai pengaruh signifikan dalam pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran

organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional

(ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya

mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti

sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah

dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori ini mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan

semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten (Robert,

2006). Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang

mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.

Menurut Gardner (2000), kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh

dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan

lain-Modal Insan

Holistik

Keinsanan

INPUT PROSES OUTPUT

SUMBER PROSES HASIL

Pelajar politeknik yang menyertai aktiviti kokurikulum

Minda

Spiritual

Sahsiah

(7)

lain. Teori ini lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam

menjelaskan kecerdasan manusia.

Rajah 1.2: Model Pelbagai Kebijaksanaan (Garner, 1983).

Pendapat yang dikemukakan oleh Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat

ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap

kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan

melalui aktiviti yang bersesuaian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk

merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan

iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan bertujuan yang melibatkan pelajar

diploma dan pensyarah bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik di politeknik. Jabatan

Pengajian Politeknik Malaysia (2012) menganggarkan jumlah pelajar kejuruteraan peringkat diploma di

politeknik mencapai 2362 orang, manakala jumlah pensyarah Kejuruteraan pula seramai 94 orang.

Berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan (1976), jumlah sampel untuk kajian ini adalah seperti

(8)

Jadual 1.1: Jumlah populasi dan sampel kajian.

Pelajar politeknik Pensyarah politeknik

Populasi Sampel Populasi Sampel

2362 335 94 80

Berdasarkan Jadual di atas, jumlah sampel untuk pelajar adalah seramai 335 orang daripada

jumlah populasi ketiga-tiga buah politeknik iaitu seramai 2362 orang dan seramai 80 orang pensyarah

terpilih dari Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Politeknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian digunakan dalam mengutip data untuk kajian

ini. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini, manakala kaedah temu bual separa

berstruktur dan pemerhatian dijalankan untuk menyokong dapatan dari soal selidik. Data dari borang

soal selidik di analisis melalui kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian

SPSS 20.0. Maklumat daripada data transkrip temu bual dan pemerhatian pula dianalisis secara manual

(9)

8.0 CARTA ALIR KAJIAN

Dalam kajian ini, carta alir yang dibina adalah Rajah 1.3 berikut:

Ya

Mengenal pasti & membentuk penyataan masalah

Membentuk objektif kajian

Penghasilan kertas cadangan

Pembangunan borang soal selidik & pengesahan pakar

Pengumpulan & analisis data : borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian

Perbincangan, kesimpulan & cadangan Alpha

Cronbach>0.7

Tidak

Laporan akhir Penilaian 1 (viva 1)

Penilaian 2 (viva 2) Kajian rintis

Kebenaran menjalankan aktiviti pengumpulan data Sorotan

kajian

(10)

10.0 JANGKAAN DAPATAN KAJIAN

Jangkaan dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor dominan yang

menyumbang kepada Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) merangkumi minda, spiritual, sahsiah dan

etika yang dimiliki oleh pelajar. Faktor-faktor dominan ini dijangkakan akan memberi impak yang berbeza

terhadap para pelajar politeknik yang menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak Pengajian

Politeknik. Melalui analisis data, didapati terhadap hubungan antara faktor-faktor dominan yang

menyumbang kepada pembangunan modal insan holistik pelajar (HSD) terhadap kesan-kesan aktiviti

kokurikulum menerusi aktiviti kokurikulum politeknik.

Selain itu, hasil daripada analisis kajian ini, satu rangka modul Pembangunan Modal Insan

Holistik Pelajar (HSD) menerusi aktiviti kokurikulum politeknik akan dihasilkan bagi memudahkan pihak

Kementerian Pengajian Tinggi Negara serta Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia menghasilkan

graduan yang berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi kehendak pasaran dan memiliki daya saing yang

tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di samping merealisasikan Pelan Tindakan

Pengajian Tinggi Negara Fasa Dua (2011-2015).

11.0 SUMBANGAN HASIL PENYELIDIKAN KEPADA NEGARA

Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada Jabatan Pengajian Politeknik terutamanya

dalam memperkasakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) fasa dua iaitu pembangunan

holistik pelajar (HSD) menerusi aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian

Politeknik. Selain itu, kajian ini diharap dapat memberikan perspektif yang berbeza bagi menghasilkan

siswazah berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi kehendak pasaran dan memiliki daya saing yang

tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui dapatan hasil kajian yang

dijalankan, juga diharap dapat memberi gambaran dalam penambah baikan kepada pihak Jabatan

Pengajian Politeknik dalam usaha menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada

dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal

insan negara yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) dan holistik seterusnya

meningkatkan keboleh pasaran mereka di alam pekerjaan.

12.0 KESIMPULAN

Transformasi Politeknik merupakan usaha strategik Jabatan Pengajian Politeknik yang dirangka

khas selari dengan tujuh teras Pelan Pembangunan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) serta

berkesinambungan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi

(ETP). Kokurikulum merupakan pelengkap kepada agenda-agenda ini dengan melahirkan modal insan

(11)

13.0 RUJUKAN

Abdullah Ahmad Badawi (2007). Ucapan Bajet Tahun 2008. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi Jabatan

Perdana Menteri, Malaysia.12-13.

Adnan Khamis. (1990). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum Pergerakan Beruniform. Satu kajian

awal.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Badusah, J., Awang Hashim, R., Konting, M. M., Saundi, T., M. &Yusof, N (2009). Pembangunan

Pelajar: Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

David, L. (2004). Higher -Order Thinking: The Multiple Intelligence Way. United Kingdom: Crown House

Publishing Limited.

Dora, M.T., Kudus, N., Hassan, M.A. & Ali, R. (2008). Kemahiran Insaniah: 7 Kompetensi Unggul

Mahasiswa. Universiti Teknikal Malaysia Melaka : Penerbit Universiti UTEM

Esa, A., Yunos, J.M & Kaprawi, N.(2004). Peranan Kokurikulum Dalam Pembangunan Kemahiran

Generik. Jurnal Sains Sosial: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Bil 1.ms 81-94

Esa, A. (2007). Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum di Politeknik bagi Memenuhi

Keperluan Industri di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Thesis Ph.D

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.

Gardner, H. (1983). Frames of Mind.New Horizons. London: Basic Books.

Huitt, W. (1995). A System Model of Teaching/Learning Process. Valdosta, GA: College of Education,

Valdosta State University.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Jarvis, P. & Parker, S. (2005), Human Learning : An Holistic Approach. London: Taylor &

Francis.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2007: Bab 5

(12)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills)

untuk Instutusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Knight, P. T. &Yorke, M. (2003). The society for research into higher education: Assessment, learning

and employability. New York: McGraw Hill Education.

Mclntosh, S. (2008). Education and employment in OECD countries. Paris: United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organization.

McQuick, R. W. & Lindsay, C. (2005). The concept of employability [versi elektronik]. Journal of Urban

Study (42:2), 197 – 219. Dicapai pada Januari 12, 2012 dari

http://strathclyde.academia.edu/ColinLindsay/papers/207712.

Mohaney, J. L., Cairos, B.D., Farwer, T.W (2003). Promoting Interpersonal Competencies and

Educational Success through Extra-Curricular Activity Participation, Journal of Educational

Psychology, 95, 409-418.

Nachiappan, S., Kamaruddin, K., Abd. Shukor, A. A., Jantan, R., Mustapha, R. & Hamzah (2009).

Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 1 (2007–2010). Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi.

Dicapai pada 10 Mac 2013 dari http://www.mohe.gov.my.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011–2015). Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi. Dicapai pada 10 Mac 2013 dari http://www.mohe.gov.my.

Punch, K. F. (2001). Developing Effective Research Proposals. London: Sage.

Rancangan Malaysia Kesembilan(2006). Kuala Lumpur; Percetakan Nasional Berhad.

Robert, E. S. (2006). Educational Psychology : Theory And Practice. 8th ed. Pearson International Edition.

Yassin, M. (2013). Keseimbangan Modal Insan Perlu Relevan. Utusan Online. Dicapai pada 12Mei 2013

dari

References

Related documents

Microsoft Word 850 70 �������� � ���� � ������������ �������������� ������������������������������� ��!�����"������� �#"#�� $�%�%#�� ����������&���������'''��(���������� © 2010,

Proceedings of the 22nd International Conference on Computational Linguistics Coling 2008 22nd International Conference on Computational Linguistics Proceedings of the workshop on

Regarding to rationality assessment the study stated that out of 62 subjects receiving poly therapy, 82.10% found rational polytherapy of antiepileptic drugs and 12.90% found

Cell ATP and number of attached cells 18 h after recovery in medium without antimycin after 5 h of treatment with antimycin and 0-450 mg/dl glucose.. Number of attached cells 18 h

In the current studies in which we used a preparation of isolated rabbit renal proximal tubule cells in suspension, alpha2 adren- ergic agonists were shown to stimulate Na'

In tubules exposed to bath lysyl-bradykinin plus indomethacin (5 microM), the subsequent ADH response was normal.. Lysyl-bradykinin (10(-9)M) added to the lumen had no effect

(Left panel.) Washed patient platelets (-200,000/,/l final concentration) resuspended in ci- trated platelet-poor plasma showed strong aggregation in response to the

Dendritic cells stimulate the expansion of bcr-abl specific CD8+ T cells with cytotoxic activity against leukemic cells from patients with chronic myeloid leukemia. Bosch GJ,