• No results found

Kesediaan, sokongan dan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru di peringkat prasekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Kesediaan, sokongan dan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru di peringkat prasekolah"

Copied!
36
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

KESEDIAAN, SOKONGAN DAN PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH

GURU DI PERINGKAT PRASEKOLAH

MARINA BINTI MAD HASHIM

(2)

JUDUL

KESEDIAAN, SOKONGAN DAN PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH

GURU DI PERINGKAT PRASEKOLAH

MARINA BINTI MAD HASHIM

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(3)

DEDIKASI

“Buat yang dikasihi suamiku Emmy Bin Rospelai dan anak-anak kecilku

(4)

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan dan kesempatan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat PM Dr. Zaidatun Tasir yang telah memberikan bimbingan, tunjuk-ajar serta dorongan sepanjang proses pelaksanaan kajian ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat semua pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas semua bimbingan dan kata-kata nasihat yang seringkali saya jadikan pedoman dan motivasi sepanjang berada di sini.

Kajian ini tidak akan dapat saya laksanakan tanpa bantuan dan sokongan daripada suami saya, Emmy Bin Rospelai dan anak-anak Seri Nadzirah, Tuah Muhammad dan Tuah Iskandar.

Tidak dilupakan penghargaan ini saya tujukan buat Ayahanda Mad Hasim Bin Ahmad dan Bonda Rohani Binti Kechik serta kakak dan adik-adik saya Marzyyati, Norita, Norliza, Muhammad Helmi dan Nur Azzmatun yang turut banyak membantu dan memberi sokongan dalam melaksanakan kajian ini.

(5)

ABSTRAK

(6)

vi

ABSTRACT

(7)

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGESAHAN THESIS 2

PENGESAHAN PENYELIA 3

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

(8)

viii

1.8.3 Murid Prasekolah 11

1.8.4 Masyarakat 11

1.9 Skop dan Kekangan Kajian 12

1.10 Definisi Istilah 13

1.10.1 Information and Communication Technology (ICT) 13

1.10.2 Prasekolah 15

1.10.3 Kesediaan 15

1.10.4 Sokongan 16

1.10.5 Pedagogi 16

1.10.6 Guided Interaction 17

1.10.7 Reactive Supervision 17

1.11 Kesimpulan 17

2 SOROTAN PENULISAN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Peranan Guru 19

2.2.1 Sikap 20

2.2.2 Pengetahuan dan Kemahiran 21

2.2.3 Keyakinan 22

2.2.4 Sokongan 23

2.1 ICT dalam Pendidikan 25

2.1.1 ICT dalam Pendidikan di Malaysia 26

2.1.2 ICT dalam Pendidikan Prasekolah Di Malaysia 28

2.2 Dilema ICT di Peringkat Prasekolah 30

2.3 ICT dan Pedagogi 33

2.3.1 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34 2.3.2 Pendekatan Dan Kaedah ICT di Peringkat Prasekolah 39 2.3.3 Guided Interaction sebagai Kerangka Pedagogi Penggunaan ICT

di Peringkat Prasekolah 45

2.4 Kesimpulan 49

3 METODOLOGI KAJIAN 51

3.1 Pengenalan 51

3.2 Rekabentuk Kajian 51

3.3 Prosedur Kajian 52

3.4 Sampel Kajian 54

3.5 Instrumentasi Kajian 55

3.5.1 Soal Selidik 55

3.5.2 Temubual 58

3.6 Kajian Rintis 59

3.7 Analisis Data 60

3.8 Kesimpulan 60

4 DAPATAN KAJIAN 61

(9)

4.2 Data Demografi 61

4.3 Dapatan Kajian 63

4.3.1 Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Guru 63

4.3.2 Faktor Sokongan 65

4.3.3 Pendekatan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 69

4.4 Kesimpulan 75

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 76

5.2.1 Faktor Kesediaan 77

5.2.2 Faktor sokongan 80

5.2.3 Pendekatan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 82

5.3 Rumusan Kajian 85

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 86

5.5 Kesimpulan 87

RUJUKAN 89

(10)

x

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Contoh aktiviti yang boleh dilakukan dalam Guided Interaction diadaptasi daripada Plowman dan Stephen (2007) 48 3.1 Bahagian dan bilangan item dalam soal-selidik 56 3.2 Skala Likert bagi Bahagian C Soal-selidik 58 3.3 Skala Likert bagi Bahagian D Soal-selidik 58

4.1 Kekerapan dan Peratus Maklumat Responden 62

4.2 Faktor Persepsi 63

4.3 Faktor Sikap 64

4.4 Faktor Sokongan – Latihan 65

4.5 Faktor Sokongan – Sumber 65

4.6 Faktor Sokongan – Infrastruktur ICT 65

4.7 Data Kualitatif bagi Faktor Kesediaan dan Sokongan dari

Soal-selidik: Bahagian E 66

4.8 Pendekatan Proximal Guided Interaction 69

4.9 Pendekatan Distal Guided Interaction 70

4.10 Pendekatan Reactive Supervision 70

4.12 Data Kualitatif Pendekatan P&P oleh Guru Prasekolah dari

(11)

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Kerangka Konsep yang diadaptasi daripada Cox et al. (2003),

Kennewell (2005) dan Plowman dan Stephen (2007). 8 1.2 Kerangka Konsep Yang Digunakan Dalam Kajian 9 2.1 Kebolehsediaan dalam persekitaran pembelajaran (Cox et al., 2003)

38 2.2 Kerangka pedagogi penggunaan ICT dalam P&P (Cox et al., 2003).

38 2.3 Kerangka Pedagogi bagi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran oleh Kennewell (2005). 39

2.4 Hubungan antara Distal Guided Interaction, ProximalGuided

Interaction dan sumber menurut Plowman & Stephan (2007). 48 3.1 Model Rekabentuk Kajian oleh O’Reily et al., (2005) yang

diadaptasi daripada Reeves, 2000. 53

3.2 Rekabentuk Prosedur Kajian yang diadaptasi daripada O’Reily et

(12)

xii

SENARAI SINGKATAN

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan CD - Cakera Padat

(13)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal-Selidik Penggunaan ICT Di Peringkat Prasekolah 945

B Dapatan Soal-Selidik (Bahagian E) 100

C Soalan Temubual 1067

D Dapatan Temubual 1078

(14)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sudah tidak dapat dinafikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Dalam bidang komunikasi dan perhubungan, perdagangan, ketenteraan, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Samada secara langsung atau secara tidak langsung, ICT mula mengambil-alih peranan-peranan penting yang dahulunya tidak terfikir dapat dilakukan oleh manusia. Dalam bidang perhubungan misalnya, urusan penghantaran berita atau utusan yang dahulunya mengambil masa berhari-hari dan adakalanya hingga berbulan-bulan, kini dapat dilakukan dalam sekelip mata melalui penggunaan emel. Dalam bidang ketenteraan pula, urusan risikan yang biasanya hanya dilakukan oleh pengintip-pengintip yang terlatih mampu diambil-alih dengan penggunaan satelit. Dalam bidang kesihatan, perkongsian data pesakit oleh para doktor mampu dilakukan dengan hanya klikan tetikus di hujung jari. Dalam bidang perdagangan pula, urusan jual-beli yang biasanya berlaku di pasar atau di kedai-kedai, kini boleh dilakukan secara dalam talian. Malahan, urusan jual-beli yang dilakukan juga boleh dilakukan hingga merentasi sempadan.

(15)

perkembangan dan penerimaan teknologi di sesebuah negara tersebut (Farrell & Wachholz, 2003). Kadar perkembangan adalah dipengaruhi oleh tahap perkembangan infrastruktur ICT di negara berkenaan.

Dari segi penggunaan, pelbagai tugasan dan peranan dalam bidang pendidikan telah dapat dipermudahkan dengan penggunaan ICT. Sebagai contoh, persembahan nota yang dahulunya mengambil masa yang lama kerana guru terpaksa menulis berulang-kali di papan hijau, kini telah dapat digantikan dengan penggunaan komputer dan projektor LCD. Penggunaan komputer dan projektor LCD ini membolehkan guru, mengulangi penggunaan bahan bantu mengajar yang disediakan dalam kelas yang berlainan. Ia juga boleh diguna-semula pada tahun atau oleh guru yang berlainan. Tugas merekod perkembangan murid juga mampu dilakukan dengan lebih mudah dan melibatkan penggunaan kertas yang minima. Selain daripada itu, para guru juga dapat meningkatkan profesionalisme perguruan mereka dengan lebih mudah. Guru-guru dapat menggunakan kemudahan internet bagi tujuan carian maklumat yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dalam bidang pendidikan. Malah, penggunaan ICT juga mampu membolehkan guru menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang seterusnya akan dapat menarik minat pelajar untuk lebih mendalami ilmu pengetahuan yang cuba disampaikan. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pendidikan juga mampu membantu pelajar untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, berinteraksi, berkomunikasi, menilai sumber maklumat dan sebagainya (Farrell & Wachholz, 2003).

(16)

3 disiplin, pasti menyebabkan pembaziran masa yang besar. Aplikasi komunikasi dan perhubungan yang lain seperti chat, forum, blog, emel bahkan juga enjin carian maklumat juga boleh disalahgunakan dan memberikan hasil yang kurang berfaedah kepada bidang pendidikan. Menurut Farrell dan Wachholz (2003), antara cabaran baru yang timbul daripada pengintegrasian ICT dalam pendidikan adalah “ketagihan internet” yang menyebabkan pelajar menghabiskan masa bermain permainan (secara dalam talian), melawati laman porno, ber“chatting”, melanggar undang-undang hakcipta dan sebagainya.

Oleh kerana kebaikkan dan keburukkan ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan seringkali mengundang perbahasan dan pertikaian samada di peringkat pengajian tinggi atau rendah. Pendidikan prasekolah juga tidak terkecuali. Ada pihak yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang pengaplikasian ICT di peringkat pendidikan awal kanak-kanak ini. Dari segi pertumbuhan dan perkembangan, ditakuti pendedahan yang terlalu awal kepada kanak-kanak akan mengganggu proses semulajadi tumbesaran mereka. Dari segi pengetahuan dan kemahiran pula, pendedahan awal ini akan dapat menyediakan kanak-kanak tersebut bagi menghadapi dunia teknologi yang semakin hari semakin mencabar.

(17)

memelihara alam sejagat (Cordes & Miller, 2004). Selain daripada itu, sifat semulajadi perkakasan ICT yang sememangnya direka bagi penggunaan pengguna dewasa sering mendatangkan kesukaran bagi kanak-kanak dalam memanipulasi peralatan yang cuba digunakan.

Walau apapun kebaikkan dan keburukkan yang mampu diperolehi daripada penggunaan ICT dalam pendidikan, kita terpaksa akur bahawa dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar, penggunaan teknologi adalah satu keperluan. Tambahan pula terdapat kajian yang mendapati penggunaannya dalam pendidikan mampu meningkatkan tahap pencapaian pelajar (Cox et al., 2003). Penggunaannya di peringkat prasekolah juga mampu memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar (Lynch & Warner, 2004) dan mampu menggalakkan kanak-kanak untuk belajar dengan menggunakan kaedah baru yang lebih dinamik (O’ Rourke & Harrison, 2004).

1.2 Latarbelakang masalah

(18)

5 pendidikan prasekolah kepada 92,303 kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dengan menyediakan 3,868 kelas prasekolah (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama sebanyak 4.4 peratus daripada 3.14 juta murid sekolah rendah dikenalpasti masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Bagi mengurangkan masalah penguasaan kemahiran asas 3M, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mampu dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan secara langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun, mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah mempunyai cabaran tersendiri seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada konsep “Belajar Melalui Bermain” serta tahap perkembangan kognitif dan kemahiran motor pelajar yang masih berada di peringkat awal (Plowman & Stephen, 2005; Aubrey & Dahl, 2008). Menurut Plowman dan Stephen (2007), Guided Interaction adalah satu bentuk pendekatan yang sesuai diintegrasikan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Melalui pendekatan ini, guru perlu memainkan peranan aktif semasa menggunakan ICT bersama kanak-kanak. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian mereka, kebanyakkan guru lebih gemar menggunakan pendekatan Reactive Supervision di mana guru berperanan sebagai rakan pasif dalam interaksi kanak-kanak dengan peralatan ICT.

(19)

1.3 Penyataan Masalah

Di peringkat prasekolah, wujud dilema apabila terdapat pihak yang menentang dan menyokong penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ICT (O’Rourke & Harrison, 2004). Kajian Siraj-Blatchford dan Siraj-Blatchford (2004) menunjukkan kesan positif penggunaan ICT terhadap pembelajaran kanak. Cordes dan Miller (2004) mencadangkan agar penggunaan ICT oleh kanak-kanak digunakan pada kadar yang bersesuaian agar tidak mengganggu perkembangan mereka. Berdasarkan kajian Plowman dan Stephen (2005), beberapa pendekatan seperti Guided Interaction dan Reactive Supervision sering digunakan oleh guru dalam mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah.

Di Malaysia, pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Beberapa langkah telah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi melengkapkan kemudahan infrastruktur ICT di sekolah termasuk di kelas-kelas prasekolah. Walau bagaimanapun, berdasarkan temubual awal, pengkaji mendapati wujud perbezaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat guru yang menggunakan ICT bagi tujuan persedian pengajaran dan pembelajaran atau membenarkan capaian ICT kepada kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga guru yang enggan menggunakan ICT samada bagi tujuan persediaan atau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT di peringkat prasekolah? Dan apakah pendekatan yang sering digunakan dalam mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah?

(20)

7 1.4 Objektif Kajian

i. Mengetahui tahap kesediaan guru prasekolah untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Mengetahui bentuk sokongan yang diterima oleh guru prasekolah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?

iii. Mengetahui pendekatan yang sering digunakan oleh guru dalam mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap kesediaan guru prasekolah untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Apakah bentuk sokongan yang diterima oleh guru prasekolah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?

iii. Apakah pendekatan yang sering digunakan oleh guru dalam mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah.

1.6 Kerangka Konsep Kajian

(21)

Walau bagaimanapun, oleh kerana kajian ini hanya menilai pengintegrasian ICT di peringkat prasekolah dari perspektif guru, hanya beberapa atribut yang dinilai dalam kajian ini dan dijadikan konstruk dalam intsrumentasi kajian. Atribut-atribut tersebut adalah guru, sumber dan sokongan serta aktiviti dan tindakan pembelajaran (rujuk Rajah 1.2). Atribut guru dinilai berdasarkan kesediaan guru yang merangkumi persepsi dan sikap sementara atribut sumber dan sokongan dinilai melalui kesediaan sumber bahan, infrastruktur ICT, latihan dan sokongan yang diterima oleh guru daripada rakan setugas. Atribut aktiviti dan tindakan dinilai melalui amalan penggunaan ICT oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aktiviti dan tindakan bersama kanak-kanak (Proximal Guided Interaction) serta aktiviti dan tindakan perancangan (Distal Guided Interaction).

Rajah 1.1: Kerangka Konsep yang diadaptasi daripada Cox et al. (2003), Kennewell Penyediaan

Kebolehsediaan (Affordance)

Atribut Guru Atribut Pelajar

Aktiviti dan Tindakan

Distal Guided Interaction Proximal Guided

Interaction

Hasil Pembelajaran

Atribut Sumber dan Sokongan

(22)

9

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Yang Digunakan Dalam Kajian

1.7 Rasional Kajian

Selain membudayakan ICT, penggunaan ICT dalam pendidikan mampu meningkatkan kemahiran asas seperti membaca dan menulis (UNESCO, 2006). Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah juga akan dapat membantu mengurangkan peratusan pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di peringkat sekolah rendah.

Salah satu aspek yang penting dalam memastikan kejayaan pengintegrasian ICT dalam pendidikan adalah mempunyai kerangka polisi yang mantap dan memenuhi keperluan terkini. Secara praktikal, proses pembinaan polisi adalah satu proses yang berterusan dan biasanya berlaku dalam bentuk kitaran (Farrel & Wachholz, 2003). Penilaian status semasa berkaitan penggunaan dan permasalahan yang dihadapi dalam pengintegrasian ICT dalam pendidikan perlulah dilakukan dari semasa ke semasa supaya maklumat yang diperolehi sentiasa menepati situasi terkini.

Oleh sebab itu, kajian ini adalah penting bagi mendapatkan maklumat bagi : Penyediaan

Kebolehsediaan (Affordance) Atribut Guru

Aktiviti dan Tindakan

Distal Guided Interaction Proximal Guided

Interaction

(23)

i. Menilai penggunaan dan tahap kesediaan guru dalam melaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.

ii. Meramalkan fenomena penggunaan ICT di peringkat prasekolah pada masa depan.

iii. Menilai permasalahan yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. iv. Membantu mencetuskan idea bagi kaedah dan strategi pelaksanaan yang

boleh digunakan dalam pelaksanaan ICT di peringkat prasekolah.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan terhadap beberapa pihak termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru prasekolah, kanak-kanak yang menghadiri kelas prasekolah KPM dan masyarakat.

1.8.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

(24)

11 1.8.2 Guru Prasekolah

Maklumat daripada kajian ini penting kepada guru prasekolah dalam mencetuskan idea serta memberikan gambaran kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan semasa mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian mereka.

1.8.3 Murid Prasekolah

Murid-murid prasekolah pula akan dapat menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan penggunaan ICT yang lebih baik dan mantap akibat daripada penggubalan polisi oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan penerimaan pengetahuan oleh para guru.

1.8.4 Masyarakat

Selain daripada memberi kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru dan murid prasekolah, kajian ini juga mampu memberi maklumat kepada masyarakat tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Antara pihak yang mempunyai kepentingan adalah ibubapa dan instructional technologies.

(25)

Bagi golongan instructional technologies pula, maklumat daripada kajian ini boleh digunakan bagi membentuk dan menghasilkan aplikasi yang bersesuaian bagi pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Jensen dan Skov (2005) dalam “A Review Of Research Methods in Children’s Technology Design” menyatakan masih kurang kertas kerja yang melaporkan kajian tentang pemahaman dalam rekabentuk teknologi bagi kanak-kanak. Fokus yang kurang terhadap pemahaman menghadkan pemahaman kepada keperluan dan kehendak kanak-kanak dalam menggunakan teknologi. Guru prasekolah adalah individu yang paling hampir dan mampu memahami keperluan pembelajaran kanak-kanak. Memahami penggunaan ICT oleh guru prasekolah akan membantu mendapatkan gambaran tentang keperluan dan kehendak kanak-kanak dalam penggunaan ICT, justeru akan membantu meningkatkan kajian dalam rekabentuk teknologi untuk kanak-kanak.

1.9 Skop dan Kekangan Kajian

Kajian yang dilakukan adalah melibatkan guru yang mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Kajian juga hanya dilakukan di salah sebuah daerah di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Seramai 35 orang responden terlibat sebagai sampel kajian.

(26)

13 1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Information and Communication Technology (ICT)

Terdapat beberapa cara istilah Information and Communication Technology (ICT) ditakrifkan. Antaranya :

“Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merujuk kepada bentuk teknologi yang digunakan untuk menyalur, menyimpan, membentuk, berkongsi dan bertukar maklumat. Definisi ini melibatkan teknologi seperti radio, televisyen, video, DVD, telephone (talian tetap dan mudah alih), sistem satelit, komputer dan rangkaian perkakasan dan perisian serta kelengkapan dan perkhidmatan seperti persidangan video dan mel elaktronik.”

(UNESCO, 2006)

“Teknologi Maklumat dan komunikasi adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan kaedah menarik dan inovatif yang digunakan bagi menyediakan capaian global kepada maklumat, pembelajaran dan sokongan. Sistem maklumat yang disambungkan kepada sistem sokongan pembelajaran yang sangat seronok digunakan dan membenarkan pengurusan.”

(University of Wolverhampton, 2007)

(27)

medium untuk mendapatkan pendidikan maklumat dan meningkatkan kreativiti kerja tanpa mengira batasan geografi.”

( Mobbs, 2002)

Kent County Council (2004) pula memetik daripada panduan bagi QCA Schemes of Work for ICT yang mentakrifkan ICT sebagai :

“Teknologi maklumat dan komunikasi adalah kemudahan pengkomputeran dan komunikasi dan peralatan yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan pelbagai aktiviti pendidikan dengan cara yang berbeza-beza.”

Menurut Kent County Council (2004), aktiviti berkaitan ICT adalah termasuk penggunaan:

i. Bahan sebaran atau CD-ROM sebagai sumber maklumat dalam sejarah; ii. Mikro-komputer dengan papan kekunci dan perkakasan yang

bersesuaian untuk pengajaran kemahiran asas dan penulisan; iii. Papan kekunci, kesan dan “sequencers” dalam pengajaran muzik; iv. Perkakasan yang memudahkan komunikasi bagi pelajar kurang upaya; v. Permainan elektronik bagi meningkatkan kesedaran ruang (spatial

awareness) dan kawalan psikomotor;

vi. Emel untuk menyokong penulisan kolaboratif dan perkongsian sumber; vii. Persidangan video (video-conferencing) untuk menyokong pengajaran

bahasa asing moden;

viii. Kajian berasaskan internet untuk menyokong geographical enquiry; ix. Integrated learning systems (ILS) untuk mengajar asas nombor;

(28)

15 seperti telefon mudah alih, komputer riba, ketuhar gelombang mikro, pembaca barkod dan juga komputer dan perkakasan berkaitan.

Bagi tujuan kajian ini, definisi ICT yang digunakan adalah seperti yang didefinisikan oleh UNESCO (2006), Kent County Council (2004) dan Plowman & Stephen (2007) iaitu penggunaan peralatan berteknologi yang tidak terhad kepada penggunaan komputer sahaja tetapi merangkumi penggunaan pelbagai alatan audio-visual, smart toys dan peralatan berteknologi harian seperti alat kawalan jauh, mesin cetak, telefon talian tetap dan mudah alih serta permainan-permainan yang mensimulasikan peralatan berteknologi tersebut.

1.10.2 Prasekolah

Prasekolah merujuk kepada program pendidikan awal yang disediakan kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 - 6 tahun (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah program prasekolah yang disediakan di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

1.10.3 Kesediaan

Menurut Chen & Price (2006), kesediaan guru yang dipengaruhi oleh sikap, kemahiran dan amalan penggunaan adalah penting bagi mengurangkan ketaksamaan peluang capaian komputer oleh kanak-kanak prasekolah yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti pendapatan keluarga, bangsa dan taraf pendidikan ibubapa. Faktor seperti persepsi pula penting kerana persepsi selalunya akan mencetuskan tindakan dan polisi yang lebih cepat berbanding realiti (O’Connor, 2007).

(29)

1.10.4 Sokongan

Sokongan adalah merupakan bantuan dan panduan melalui motivasi, polisi yang jelas, panduan kurikulum, latihan dan interaksi sesama rakan setugas (Farrel & Wachholz, 2003). Bantuan dari individu yang lebih berpengalaman dan golongan pentadbiran juga merupakan sebahagian bentuk sokongan (Cox et al., 2003). Sokongan yang melibatkan sumber bahan, kelengkapan ICT dan pembangunan profesionalisme juga diperlukan oleh guru (Chen & Price, 2006; O’Rourke & Harrison, 2004). Dalam pengintegrasian ICT, jumlah dan julat sumber ICT yang tersedia adalah penting kerana kuantiti sumber yang terhad akan menghadkan kesan penggunaan ICT tersebut (Cox et al, 2003).

Dalam kajian ini, bentuk sokongan yang dikaji adalah terdiri daripada bantuan rakan setugas, latihan, sumber bahan pengajaran dan kelengkapan infrastruktur.

1.10.5 Pedagogi

(30)

17 budaya subjek, umur dan kebolehan pelajar, ethos sekolah, polisi kebangsaan, spesifikasi kurikulum dan sumber bahan yang boleh diperolehi (Kennewell, 2005).

1.10.6 Guided Interaction

Guided Interaction adalah satu bentuk interaksi dalam pendekatan penggunaan ICT di peringkat prasekolah (Plowman & Stephen, 2007). Ia memerlukan guru untuk memainkan peranan aktif dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.10.7 Reactive Supervision

Reactive Supervision juga merujuk kepada interaksi dalam pendekatan pembelajaran menggunakan ICT di peringkat prasekolah (Plowman & Stephen, 2007). Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, guru hanya memainkan peranan pasif sahaja seperti sebagai pemerhati semasa kanak-kanak menggunakan peralatan ICT.

1.11 Kesimpulan

(31)
(32)

RUJUKAN

Aubrey, C. & Dahl, S. (2008). A review of the evidence on the use of ICT in the Early Years Foundation Stage. Available online at http://www.becta.org.uk

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2001). Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Backroad Connections Pty. Ltd. (2002). Assessment and Online Teaching (Version 1.01). Australian Flexible Learning Framework Quick Guides series. Australian National Training Authority. PDF versions available at: http://flexiblelearning.net.au/projects/sharingknowledge.htm#guides

Chen, J. & Price, V. (2006). Narrowing the Digital Devide: Head Start Teachers Develop Proficiency in Computer Technology. Education and Urban Society, Vol. 38 No. 4. August 2006.

Communication Statistics Unit (2006). ICTs and Education Indicators: (Suggested core indicators based on meta-analysis of selected International School Surveys). UUNESCO Institute for Statistics. Canada

Cordes, C. and Miller, E. (2004). Tech Tonic, Towards a New Literacy of Technology. The Alliance for Childhood.

Cox, M., Webb, M., Abbott, C., Blakeley, B., Beauchamp, T. dan Rhodes, V. (2003). ICT and pedagogy: A review of the research literature. Available online at http://www.becta.org.uk/research

Dagdilelis, V., Satratzemi, F. M. dan Evangelidis, G. (2000). The Interaction between ICT and Didactics. Paper presented at the European Conference on Educational Research Edinburgh, 20-23 September 2000.

Department for Education and Skills (2007). Pedagogy and Personalisation. Available online at www.standards.dfes.gov.uk

(33)

Epstein, A.S., Schweinhart, L. J., DeBruin-Parecki, A and Robin, K. B. (2004). Preschool Assessment: A Guide to Developing a Balanced Approach. Preschool Policy Matters, Issue 7/July 2004. Available online under “Resources/NIEER Publications” at nieer.org

Farrell, G. and Wachholz, C. (2003). Integrating Information and Communication Technologies in Education in Asia and the Pacific: Trends and Observations dalam Meta-survey on the Use of Technologies in Education in Asia and the Pacific 2003-2004. UNESCO.

Harris, S., Kington, A. and Lee, B. (2001). ICT and Innovative Pedagogy: Example from Case Studies in Two Schools Collected as Part of The Second Information Technology in Education Study (SITES) in England. Paper presented at The British Educational Research Association Annual Conference, University of Leeds, 13-15 September 2001.

Healy, J. M. (1998). Understanding TV's effects on the developing brain. Article reprint from the May 1998 AAP News, the official news magazine of the American Academy of Pediatrics. Retrieved from the web 04/08/2007. http://www.brainy-child.com/article/tvonbrain.html

Howarth, J., Messing, J. and Altas, I. (2004). Delivering Online Examinations: A Case Study. Turkish Online Journal of Distance Education-TODJE. Vol. 5 No. 3. July 2004.

Jensen, J. J. and Skov, M. B. (2005). A review of research methods in children's technology design. Proceeding of the 2005 conference on Interaction design and children Boulder, Colorado. Pages: 80 – 87.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2006 – 2010. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

(34)

91 and The Teacher Of the Future, held at St. Hilda’s College, The University of Melbourne, Australia, 21 – 31 January 2003.

Kennewell, S. (2005). Researching the Influence of Interactive Presentation Tools on Teacher’s Pedagogy. Paper Presented at The British Educational Research Association Annual Conference, University of Glamorgan, 14-17 September 2005.

Kent County Council (2004). What is ICT? Retrieved from the web 04/08/2007. http://www.kented.org.uk/ngfl/ict/definition.htm

Laffey, J. M. and Espinosa, L. M. (2003). Appropriation, Mastery and Resistance to Technology in Early Childhood Preservice Teacher Education: Case Studies. This paper was presented at the IFIP Working Group 3.5 Conference: Young Children and Learning Technologies,held at UWS Parramatta in July 2003. Leech, N. L. (2005). The Role of Sampling in Qualitative Research. Academic

Exchange Quarterly.

Lynch, S. A. and Warner, L. (2004). Computer Use in Preschools: Directors’ Reports of the State of the Practice. Early Childhood Research & Practice. Fall 2004. Vol 6 Number 2.

Marshall, M. N. (1996). Sampling for Qualitative Research. Family Practice Vol 13 Number 6.

McPake, J., Stephen, C., Plowman, L., Sime, D. and Downey, S. (2005). Already at a disadvantage? ICT in the home and children’s preparation for primary school. ICT Research Bursary 2003-04 – Final Report. http://www.becta.org.uk

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Mobbs, P. (2002). Glossary and Cross-Reference Index. Retrieved from the web 04/08/2007. http://www.fraw.org.uk/library/005/gn-irt/glossary.html

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur. O’Connor, S. (2007). The Heretical Library Manager for the Future. Library

Management. Vol 28, No. 1/2, pp. 62-71.

(35)

O’ Rouke, M. & Harrison, C. (2004). The Introduction Of New Technologies : New Possibilities For Early Childhood Pedagogy. Australian Journal of Early Childhood. Vol. 29 No. 2.

Plowman, L. and Stephen, C. (2005). Children, play, and computers in pre-school education. British Journal of Educational Technology. Vol 36 No 2.

Plowman, L. and Stephen, C. (2007). Guided interaction in pre-school settings. Journal of Computer Assisted Learning. 23, pp 14–26.

Price, A. (2004). ICT, Literacy And Numeracy In Preschools. Technology School Of The Future : Research Grant Reports 2004. Available online at http://www.tsof.edu.au/research/Reports04/price.asp

Primavera, J., Wiederlight, P. P. and DiGiacomo, T. M. (2001). Technology Access for Low-Income Preschoolers: Bridging the Digital Divide. Presented at the annual meeting of the American Psychological Association San Francisco, CA, August 2001.

Putri Zabariah Megat A. Rahman, Bustam Kamri dan Raja Hamizah Raja Harun (2005). Tadika Berkualiti. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.

Roos, B. (2002). ICT Assessment and Learning Society. Paper presented to the ICT Network Paper at The European Conference on Educational Research, University of Lisbon, 11-14 September 2002.

Santos, J. R. A. (1999). Cronbach's Alpha: A Tool for Assessing the Reliability of Scales. Journal of Extension. Vol 37 Number 2.

Siraj-Blatchford, J. and Siraj-Blatchford, I (2004). IBM KidSmart Early Learning programme European Evaluation : France, Germany, Italy, Portugal, Spain and UK Final report June 2004. Retrieved from the web : www.kidsmartearlylearning.org

UNESCO (2006). Using ICT to Develop Literacy. Bangkok.

(36)

93 Yushau, B. (2006). The Effects of Blended E-Learning on Mathematics and

Computer Attitudes in Pre-Calculus Algebra. The Montana Mathematics Enthusiast. ISSN 1551-3440, Vol. 3, no.2, pp. 176-183.

Wikipedia (2008). Pedagogy. Available online at

References

Related documents

In present study by the above observation and finding, it can be concluded that the gap between demand and supply is one of the important reason for the milk

Classification Errors in a Domain Independent Assessment System Proceedings of the Third ACL Workshop on Innovative Use of NLP for Building Educational Applications, pages 10?18,

BioNLP 2007 Biological, translational, and clinical language processing A C L 2 0 0 7 P R A G U E The Association for Computational Linguistics A C L 2 0 0 7 Proceedings of the Workshop

A deep semantics of verbs (change, movement) is necessary to generate an answer which takes into account the characteristics of numerical vari- ation as well as possible: for

If the system can be taken offline, the best tuning method often involves subjecting the system to a step change in input, measuring the output as a function of time,

? International Journal of Research in Advent Technology, Special Issue, ICIMCE 2019 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 143 Design & development of vertical smart parking

Although translation via a synchronous grammar is not really an “interpretation” in Miller’s sense, never- theless, because a synchronous derivation in e ff ect realizes a

• Path-Wise Prediction Classifier : We take each possible path in the catalog taxonomy tree, from leaf node to root node, as a possible class label and train a classifier (P P )