• No results found

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain"

Copied!
11
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Najeemah Bt Mohd Yusof Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia najineen@usm.my

Abstrak: Kajian ini secara umumnya bertujuan meninjau pelaksanaan belajar melalui bermain terhadap tingkah laku melibatkan psikomotor, kognitif, sosioemosi dan bahasa dalam mengasingkan, membuat buku skrap, mengkaji pertumbuhan, mengkaji peringkat percambahan dan menggayakan peringkat pertumbuhan dalam kemahiran sains kanak-kanak prasekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan luar Bandar dalam lingkungan 6 tahun yang di pilih secara rawak di Daerah Kulim, Kedah. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain yang mengaplikasikan instrument iaitu borang pemerhatian dan senarai semak. Kebolehpercayaan senarai semak ini juga telah diuji dengan menggunakan SPSS windows Versi 16. Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah

Cronbach‟s Alpha dan proses penganalisisan data diadakan secara statistik deskriptif. Komponen yang akan dianalisis dan di interprestasi secara deskriptif ialah pencapaian kemahiran awal sains merangkumi keempat-empat tingkah laku iaitu psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa.

Kata kunci: Psikomotor, kognitif, sosioemosi, bahasa, kanak-kanak prasekolah

Abstract: This study aimed at reviewing the implementation of learn through play on behavior involving psychomotor, cognitive, socio-emotional and language such as differentiating, making scrap books, study the growth, proliferation and styling to review the level of growth among preschool children in science skills. The sample consisted of 25 pre-school children randomly selected from a rural national school in the district of Kulim, Kedah. This study was conducted via Learning through Play method which applied instruments such as observation forms and checklists. Reliability of the instrument was tested using Windows SPSS version 16. Reliability coefficients used was Cronbach's Alpha and the process of data analysis reported by using descriptive statistics. Components of early science skills which includes psychomotor, socio-emotional, cognitive and language were analysed and interpreted descriptively.

Keywords: psychomotor, cognitive, socio-emotional, language, pre-school children

PENDAHULUAN

Tingkah laku adalah satu proses psokologi yang berlaku pada setiap individu apabila individu itu menerima sesuatu rangsangan. Melalui tingkah laku maka wujud beberapa perubahan pada kanak-kanak antaranya keyakinan diri, perubahan sikap, sosiemosi, perkembangan kognitif, dan psikomotor. Terdapat berbagai-bagai pendekatan yang digunakan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah dalam melihat kaitannya dengan tingkah laku. Antara pendekatan yang digunakan adalah belajar melalui bermain. Pendidik awal kanak-kanak seharusnya mempunyai kesedaran bahawa permainan adalah satu keperluan dalam setiap aspek pembelajaran seseorang. Kanak-kanak yang mempunyai sikap dan harapan yang positif lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu yang baru, terutamanya penekanan kepada mata pelajaran sains dalam kurikulum prasekolah.

Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak

(2)

belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Oleh itu, penekanan kepada pendekatan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dapat ditonjolkan. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar melalui bermain yang menggembirakan, melibatkan percubaan idea-idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain.

Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), mengesyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu Pendekatan Belajar Melalui Bermain, Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Tunjang sains perlu diwujudkan di prasekolah supaya kanak-kanak dapat mengenal dan mengetahui benda-benda dan kehidupan semula jadi dengan cara memerhati, memeriksa dan menyiasat. Memelihara haiwan sebagai haiwan kesayangan dapat membentuk sosiemosi kanak-kanak dengan baik, secara tidak langsung melahirkan perasaan kasih sayang dan mencintai setiap benda hidup. Melalui Tunjang sains, dapat mewujudkan minat dan sikap ingin tahu kanak-kanak mengenai benda-benda hidup di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga berpeluang untuk mengumpul dan mengelaskan benda-benda dan kehidupan semula jadi kepada kumpulan yang bernyawa dan tidak bernyawa.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian Abruscato (1982), „Play in Preschool classrooms‟ mendapati bahawa guru prasekolah di Norway lebih memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis, dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Begitu juga hasil kajian Wilson (1994) menunjukkan senario yang sama. Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap „main‟ tidak mendatangkan faedah serta membawa kepada perubahan tingkah laku kanak-kanak dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja.

Terdapat banyak masalah pembelajaran awal sains yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah. Guru perlu meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar dengan mengaplikasikan kaedah belajar melalui bermain. Ramai guru kurang mengaplikasikan kaedah tersebut kerana beranggapan membuang masa dan kanak-kanak kurang belajar jika bermain sahaja. Konsep belajar melalui bermain disalah ertikan oleh ramai guru prasekolah di Malaysia. Keadaan ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa kerana ramai guru yang tidak menaruh harapan bahawa kanak-kanak boleh belajar dan berjaya dalam pelajaran melalui kaedah ini.

Pendekatan dan strategi pengajaran bermain merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan prinsip belajar melalui bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum. Oleh sebab permainan merupakan suatu kekuatan dan pengalaman yang penting, masa bermain menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain

(3)

adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek psikomotor semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

2. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek sosioemosi semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

3. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek kognitif semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

4. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek bahasa semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

SOROTAN LITERATUR SECARA RINGKAS

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tingkah laku adalah berasaskan kepada tiga teori utama, iaitu Teori Belajar Melalui Bermain, Teori Behavioris, dan Teori Kognitif. Gagne menyatakan pembelajaran tingkah laku bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan releven kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Ticotsky, 1985; Turner, 1987;Wright,1994).

Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Menurut Rakow (1986), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak.

Rhee (1991) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Dengan bermain, kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semula jadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan kanak-kanak. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi, yang terpenting sekali ialah permainan menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak (Pugh,1997).

Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran daripada umum kepada yang lebih spesifik. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif serta bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan

(4)

penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap kanak-kanak dapat melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Peringkat Kemahiran Asas dalam Pendekatan Belajar Melalui Bermain Psikomotor

Melibatkan psikomotor kasar dan psikomotor halus yang menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki serta lain-lain deria. Semasa aktiviti mengasingkan biji benih, kanak-kanak dapat melihat setiap saiz biji benih yang berbeza, warna dan bentuk dan membuat buku skrap. Kanak-kanak dapat menunjukkan bakat kreativiti yang ada pada diri mereka iaitu dengan melukis peringkat pertumbuhan biji benih.

Sosiemosi

Semasa aktiviti mengasingkan biji benih mengikut saiz, warna, bentuk dan sebagainya akan membantu kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan, menterjemahkan perasaan gembira, berkomunikasi dan berinteraksi. Kanak-kanak juga dapat menunjukkan minat dan tanggungjawab terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan terutamanya dari aspek mengkaji pertumbuhan dan peringkat percambahan biji benih. Kanak-kanak disediakan dengan botol kaca, biji benih dan kapas bagi uji kaji ini.

Kognitif

Melalui aktiviti mengasingkan biji benih, kanak-kanak dapat melihat dan berfikir dengan baik bagi memastikan biji benih yang boleh dimakan dan biji benih yang tidak boleh dimakan. Kanak-kanak juga dapat menyusun biji benih mengikut urutan yang betul seperti mana yang diarahkan oleh guru. Selain itu, semasa aktiviti ini kanak-kanak diajar mengira bilangan biji benih yang ada dalam bekas kaca yang disediakan.

Bahasa

Dalam aktiviti awal sains ini, kanak-kanak diajar perkataan-perkataan sains antaranya tunas, pucuk, tabung uji, oksigen, karbohidrat. Kanak-kanak digalakkan bersoal-jawab dengan guru semasa setiap aktiviti dijalankan. Perkembangan bahasa sains akan bercambah dengan pesat di sepanjang aktiviti awal sains dijalankan.

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berasaskan kepada reka bentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak. Sampel terdiri daripada 25 kanak-kanak prasekolah yang mengikuti kaedah Pendekatan Belajar Melalui Bermain. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan Belajar Melalui Bermain yang melibatkan tingkah laku terdiri daripada borang pemerhatian dan senarai semak. Pemerhatian dilakukan semasa kanak-kanak melalui proses Belajar Melalui Bermain di dalam kelas. Oleh itu, setiap tingkah laku kanak-kanak dan perbualan mereka semasa melakukan aktiviti Belajar Melalui Bermain perlu dinilai selepas dibuat pemerhatian dan begitu juga dengan borang senarai semak yang perlu dilengkapkan pada setiap ruang yang disediakan.

(5)

Kajian Rintis

Tujuan kajian rintis adalah untuk memastikan item-item yang disediakan bagi Menilai Pencapaian kemahiran Awal Sains seperti mengasingkan biji benih, menilai aspek membuat buku skrap, menilai dari aspek pertumbuhan buji benih, menilai dari aspek mengkaji peringkat percambahan biji benih dan menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih agar mempunyai nilai kesahan dan kobelehpercayaan yang tinggi. Menurut Harlem dan Jelly (1989), dalam kajian rintis seseorang pengkaji dapat menguji instrumen kajian dan prosedur kajian termasuk pengukuran yang dipilih dan aspek-aspek lain diketahui dalam kajian. Oleh itu, kajian rintis telah dilaksanakan ke atas sebahagian daripada populasi kajian ini dan sampel kajian tidak digunakan untuk kajian sebenar. Kebolehpercayaan senarai semak telah diuji dengan menggunakan SPSS windows Versi 16. Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah Cronbach‟s Alpha. Nilai alpha bagi senarai semak oleh pemerhati dalam kajian ini ialah 0.924.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Jadual 1 dibawah menunjukkan nilai min bagi setiap tinjauan dimensi tingkah laku iaitu psikomotor, sosiemosi, kognitif, dan bahasa dalam pendekatan belajar melalui bermain dalam mata pelajaran Sains.

Jadual 1: Nilai min bagi setiap dimensi tingkah laku Tingkah Laku N Min Sisihan

Piawai SKM KM M C Jumlah (%) A.Psikomotor B.Sosioemosi C.Kognitif D.Bahasa 25 25 25 25 3.19 3.14 2.99 3.18 0.488 0.415 0.540 0.578 - - - - 12.0 4.0 32.0 12.0 48.0 68.0 48.0 48.0 40.0 28.0 20.0 40.0 100 100 100 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang

Dapatan analisis menunjukkan nilai min bagi tingkah laku psikomotor mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 3.19 (sp=0.488). Diikuti dengan tingkah laku bahasa dengan nilai min 3.18 (0.578), tingkah laku sosiemosi dengan min 3.14 (sp=0.415) dan terakhir tingkah laku kognitif dengan nilai min 2.99 (sp=0.540). Jika diperhatikan secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa ke empat-empat tingkah laku ini berada pada skala memuaskan iaitu jumlah peratusan bagi tingkah laku psikomotor, kognitif, dan bahasa mempunyai nilai peratus yang sama iaitu sebanyak 48.0 peratus dan tingkah laku sosiemosi sebanyak 68.0 peratus. Perbezaan nilai min bagi setiap tingkah laku juga boleh dilihat seperti dalam Rajah 1 di bawah.

(6)

Rajah 1: Perbezaan nilai min bagi setiap tinjauan tingkah laku Bagi Konstruk Psikomotor, Jadual 2 dibawah menunjukkan nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen

Jadual 2: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen Tingkah Laku N Min Sisihan

Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1. Mengasingkan Biji benih 2. Membuat buku skrap 3. Mengkaji pertumbuhan 4. Mengkaji Peringkat 5. Melukis Peringkat pertumbuhan 25 25 25 25 25 3.08 3.08 2.99 3.18 3.40 0.572 0.415 0.540 0.578 0.645 - - - - - 3 12.0 4 16.0 6 24.0 3 12.0 2 8.0 17 48.0 15 60.0 8 32.0 14 56.0 11 44.0 5 40.0 6 28.0 11 44.0 8 32.0 12 48.0 25 100 25 100 25 100 25 100 25 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang

Jadual 2 di atas menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk psikomotor. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 3.19, iaitu 48.0 peratus tingkah laku psikomotor kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada

3.25 3.2 3.15 3.1 3.05 3 2.95 2.9 2.85

Psikomotor Sosioemosi Kognitif Bahasa

3.19 3.14 2.99 3.18

Tingkah laku

M

(7)

benih. Sungguhpun begitu pada komponen mengkaji pertumbuhan biji benih dan menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih, tingkah laku kanak-kanak prasekolah berada pada skala yang cemerlang iaitu masing-masing mempunyai peratusan sebanyak 44.0 peratus dan 48.0 peratus.

Bagi konstruk Sosioemosi, Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk sosioemosi. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 3.14, iaitu 68.0 peratus tingkah laku sosioemosi kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen mengasingkan biji benih dan mengkaji peringkat percambahan biji benih sebanyak 68.0 peratus, bekerjasam adalam kumpulan sebanyak 56.0 peratus, melaksanakan kerja dengan gembira sebanyak 64.0 peratus, berinteraksi dengan guru sebanyak 68.0 peratus dan menggayakan peringkat pertumbuhan sebanyak 72.0 peratus.

Jadual 3: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk sosioemosi mengikut komponen

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang

Bagi konstruk Kognitif, jadual 4 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk kognitif. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 2.99, iaitu 48.0 peratus tingkah laku kognitif kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen mengasingkan biji benih sebanyak 80.0 peratus, membuat buku skrap sebanyak 60.0 peratus, mengkaji pertumbuhan biji benih sebanyak 44.0 peratus, mengkaji peringkat perambahan biji benih sebanyak 40.0 peratus dan komponen terakhir menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih sebanyak 48.0 peratus.

Tingkah Laku N Min Sisihan

Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1. Mengasingkan biji benih 2. Bekerjasama dalam kumpulan 3. Melaksanakan kerja dgn gembira 4. Berinteraksi dgn rakan dan guru 5. Menggayakan peringkat pertumbuhan 25 25 25 25 25 3.16 3.04 2.99 3.18 3.40 0.554 0.676 0.540 0.578 0.645 - - - - - 2 8.0 5 20.0 3 12.0 2 8.0 1 4.0 17 68.0 14 56.0 16 64.0 17 68.0 18 72.0 6 24.0 6 24.0 6 24.0 6 24.0 6 24.0 25 100 25 100 25 100 25 100 25 100

(8)

Jadual 4: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk kognitif mengikut komponen

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang

Bagi konstruk bahasa, Jadual 5 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk bahasa. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 3.18, iaitu 48.0 peratus tingkah laku bahasa kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen menyebut perkataan dgn baik sebanyak 48.0 peratus, bersoal jawab dengan guru 48.0 peratus, mengkaji dan bertutur tentang pertumbuhan biji benih sebanyak 60.0 peratus, menerangkan peringkat percambahan biji benih sebanyak 56.0 peratus dan komponen terakhir menggayakan dan menerangkan peringkat pertumbuhan biji benih sebanyak 48.0 peratus.

Tingkah Laku N Min Sisihan

Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1. Mengasingkan biji benih 2. Membuat buku skrap 3. Mengkaji pertumbuhan 4. Mengkaji peringkat 5. Mengira biji benih 25 25 25 25 25 3.04 3.04 2.99 3.18 3.40 0.455 0.676 0.540 0.578 0.645 - - - - - 2 8.0 6 24.0 8 32.0 8 32.0 5 20.0 20 80.0 15 60.0 11 44.0 10 40.0 12 48.0 3 12.0 4 16.0 6 24.0 7 28.0 8 32.0 25 100 25 100 25 100 25 100 25 100

(9)

Jadual 5: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk bahasa mengikut komponen

Tingkah Laku N Min Sisihan

Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1.Menyebut perkataan dgn baik 2.Bersoal jawab dgn guru 3.Mengkaji dan bertutur 4.Menerangkan Peringkat pertumbuhan 5.Menggayakan dan menerangkan 25 25 25 25 25 3.28 3.04 2.99 3.18 3.40 0.678 0.676 0.540 0.578 0.645 - - - - - 3 12.0 3 12.0 4 16.0 6 24.0 3 12.0 12 48.0 12 48.0 15 60.0 14 56.0 12 48.0 10 40.0 10 40.0 6 24.0 5 20.0 10 40.0 25 100 25 100 25 100 25 100 25 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang

Secara keseluruhannya, tinjauan menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain. Melalui pendekatan ini secara tidak langsung dapat melihat penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Selain itu juga, kanak-kanak dapat bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Hal ini diharap dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, mengusai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan dan berupaya menyediakan jawapan kepada persoalan kajian yang telah ditimbulkan daripadanya. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain. Boleh disimpulkan juga di sini bahawa keempat-empat tingkah laku ini iaitu tingkah laku dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif dan bahasa berada pada skala memuaskan hasil daripada tinjauan yang telah dilaksanakan oleh pemerhati. Justeru, amat wajar pendekatan dengan lebih terperinci dan tindakan harus dilaksanakan agar pada masa hadapan tinjauan tingkah laku kanak-kanak prasekolah semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain meningkat pada tahap yang lebih baik dan cemerlang.

(10)

RUJUKAN

Abruscato,. 3. (1982). Teaching children science. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Adams, P.E. (1996), Hypermedia in the classroom using earth and science CD-ROMs. Journal of Computers in Mathematics and Science Teachinng, 15(1/2), 19-34. EJ 526 533,

Blough, G.O. Schwartz, J. (1984). Elementary school science and how to teach it. (7w. Ed.). NY: Holt, Rinehart & Winston,

Brainerd, C. (1978). Piaget‟s Theory of Intelligence. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Cobb,E. (1977). The Ecology of Imagination in childhood. New York: Columbia University Press.

Dewey, 3. (1938). Experience and Education. New York: The Macmillan Company.

Driver, R. (1989). The construction of scientific know! Edge in shool classrooms. InR..

Gallagher, J.M. & Reid, D.K. (1981). The Learning Theory of Piaget and Inhelder. Monterey, CA: Brooks/Cole.

Germann P 1. (1991. April). Developing science process skills through directed inquiry. American Biology Teacher, 53(4), 243-47.

Harlen, W. & Jelly, S. (1989). Developing science in the primary classroom. Essex: Oliver and Boyd.

Hendrick, P. (1996). Developing Youth Curriculum Using the Targeting Life Skills Model. Ames, IA: Iowa State Univ., University Extension, Pilot‟VI-960601PH.

Lind, K. (2000). Exploring Science In Early Childhood Education (3rd ed.) Delmar Lind, K.K. (200).

Exploring science in early childhood education. Stamford, CT: Delrnar-Thomson Learning.

Martin, R., Sexton, C. And Gerlovich,J. (1999). Science For All Children. Allyn And Bacon

Micklo, S.J. (1995). Developing young children‟s classification and logical thinking skills. Childhood Education, 77, 24-29.

Osborne, M., & Freyberg, P. (1985). Learning in sciene: Implications of children knowledge. Auckland, New Zealand: Heinemann. V

Osborne, M, & Freyberg, P (1985) Learning in science Implications of children‟s knowledge. Auckland, New Zealand: Heinemann.

Piaget, J. (1970). The Science of Education and the Psychology of the. Child. NY: Grossman.V

Papert, S. (1998, September 1). Technology in schools: To support the system or render it obsolete. Milken Exchange on Education Technology [Online]. Available :http://www

mf.org/edtech/article.taf?_furiction=detail&Content_uidl=106[2000,January 25].

(11)

Piaget, 3. & Inhelder, B. (1973). Memory and intelligence, NY: Basic Books. Wadsworth, B. (1978). Piaget for the Classroom Teacher. NY: Longman.

Piaget, 3 (1929) The Child‟s Conception of the World NY Harcourt, Brace

Piaget, 3. (1932). The Moral Judgement of the Child. NY: Harcourt, Brace Jovanovich.

Piaget, 3. (1969). The Mechanisms of Perception. London: Rutledge & Kegan Paul. Poh Swee Hiang (1997).

Pedagogi Sains 3: Kemahiran Proses Sains. Kuala Lumpur: Budiman

Pugh, 0 (1997) Early childhood education finds its voice but is anyone listening In C. Cuilingford (ed.) The

Politics of Education. Buckingham: Open University Press

Rakow, S. 3. (1986). Teching science as inquiry. Fastback 246. Bloomington, IN: Phi Delta Kappa Educational Foundation. EI) 275 506

Rhee, M.C., & Chavnagri. N. (1991). 4 year old children‟s peer interactions when playing with a computer. ERIC, ED 342466.

Riley, 3. & Savage, 3. (1994). Bulbs, buzzers and batteries – play and science J. Moyles (Ed), The excellence of play Buckingham Open University Press

Rutherford, F. J., & Ahlgren, A. (1990). Science for all American. New York: Oxford University Press: Scott, Foresman and Company Gienview, Illionois,

Shade, D.D., & Watson, J.A. (1990). Computers in early education: Issues put to rest, theoretical links to sound practice, and the potential contribution of micro worlds. Journal of Educational computing Research 6(4): 3 75-92.

Ticotsky, A. (1985). Who Says You can‟t Teach Science? : Grades k-6. Scott, Foresman and Company

Tinnesand, M., & Chan, A, (1987, September). Step 3: Throw out the instructions. Science Teacher, 54(6), 4345.

Turner, T. & DiMarco (1998). Learning to teach science in the secondary school. Padwtow: T.J International Ltd.

Vygotsky, L. (1984). School instruction and Mental Development. In M. Donaldson, R. grieve and C. Pratt (Eds), Early Development and Education. B. Blackweil Inc.

Vygotsky, L S (1962) Thought and Language Cambridge, MA MIT Press

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society. Cambridge, MA: Harvard University: Press.

Wilson, R.A. (Ed) (1994) Environment Education at the Early childhood Level. Washington, DC: North American Association for Environmental Education.

Wright, J.L., & Shade, D.D. (Eds.) (1994) Young children. Active learners in a technological age. Washington; DC: NABYC.

References

Related documents

on overcoming the limitation of practicum facilities. This study uses qualitative research methods. In this study, the researchers conducting a study of the use of remote labs in

In exploring branded product placement effectiveness within the context of emotional levels and valence of the scenes in which the brands are placed, two theories are tested: (1)

The analysis of the obtained data revealed a difference between the learners’ task-based and task-free self-assessment, and a high relationship between their self-perceived

ﺰﻣ ﻓﻮﯿﺑ ﺐﯾﺮﺨﺗ رد ﯽﻤﻬﻣ ﺶﻘﻧ تﺎﻨﯾﮋﻟآ ﺐﯾﺮﺨﺗ ﻦﯾاﺮﺑﺎﻨﺑ .ﺪﺷﺎﺑ ﯽﻣ نآ هﺪﻨﻫد ﻞﯿﮑﺸﺗ ﻢﻬﻣ ﺪﯾرﺎﮐﺎﺳ ﯽﻠﭘ تﺎﻨﯾﮋﻟآ ﻪﮐ ﺖﺳا ﻢﻠﯿﻓﻮﯿﺑ ﺪﯿﻟﻮﺗ ﺮﻃﺎﺧ ﻪﺑ ﻦﻣ .ﺪﻨﮐ ﯽﻣ يزﺎﺑ ﻢﻠﯿ1. ،ﯽﻟﻮﮑﻟﻮﻣ نزو .ﺪﺷﺎﺑ ﯽﻣ

In a study on the effects of ostrich eggshell combined with eggshell membranes in the healing of the cranial defects in rabbits, Durmus et al (18) emphasized that using the

The chromatographic method development for the estimation of Telmisartan and Atorvastatin calcium were optimized by several trials for various parameters as

In summary, elevated EZH2 concentrations in ER-negative breast cancer cell lines confer increased cell proliferation in part possibly through the inhibi- tion of