FAKTOR-FAKTOR KELEWATAN DALAM PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN PENDIDIKAN MARA
IDRIS BIN ALIAS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pembinaan
Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia
TERISTIMEWA
“khas buat kalian yang sanggup menanti dan memberi dorongan”
Buat yang tersayang, tercinta dan teristimewa, isteriku
Nor Eynisah Bt Hassan
Anak-anakku yang disayangi
Nur liyana Idzreen
Muhammad Nadzreen Haziq
Adam Eyman
Terima kasih di atas segalanya…….
Idris Alias
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya saya telah berjaya menyelesaikan kajian ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang pernah menghulurkan tunjuk ajar, bimbingan, sokongan dan kerjasama yang cukup bernilai ketika melaksanakan kajian ini.
Pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia projek ini, Dr. Aminah Bt. Md Yusop di atas segala kesudian memberi tunjuk ajar dan nasihat serta yang telah banyak membimbing dan meluangkan masa sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa juga penghargaan kepada pihak arkitek dan perunding yang telah membantu dan memberi kerjasama dalam menjayakan kajian ini.
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
It is quite common phenomenon for government projects to experience delay. Numbers of studies been carried out to investigate the matter. The attitude of
KANDUNGAN
BAB KETERANGAN MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Kenyataan Masalah 5
1.3 Matlamat dan Objektif 9
1.4 Skop Kajian 9
1.5 Methodologi 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
viii
BAB 2 KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Senario Umum 14
2.3 Definisi 16
2.4 Jenis-Jenis Kelewatan 17
2.5 Kesan Kelewatan 26
2.6 Rumusan 28
BAB 3 PROJEK MARA
3.1 Pengenalan 30
3.2 Majlis Amanah Rakyat (MARA) 33 3.3 Projek Pendidikan MARA 35 3.4 Amalan Pengurusan Projek 37 3.5 Senario Pengurusan Projek 38
3.6 Rumusan 39
BAB 4 PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS AWALAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Kajian Penyelidikan 41
4.3 Penyediaan Borang Soal Selidik 42 4.4 Pemilihan Responden Untuk Kajian 44 4.5 Latar Belakang Projek Untuk Kajian 45 4.6 Pengagihan Borang Soal Selidik 46 4.7 Penyusunan dan Menganalisa Data 46
4.8 Analisa Awal 47
BAB 5 ANALISIS TERPERINCI
5.1 Pengenalan 50
5.2 Analisa Terperinci Faktor-Faktor Kelewatan
50
5.3 Hasil Analisa Terperinci Faktor-Faktor
Kelewatan 54 5.4 Hasil Analisa Terperinci Kelulusan EOT 61
5.5 Rumusan 64
BAB 6 PENEMUAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 65
6.2 Penemuan 66
6.3 Penilaian Penyelidikan 72
6.4 Kesimpulan 73
6.5 Cadangan Penyelidikan Akan Datang 75
RUJUKAN 78
LAMPIRAN
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Keterangan Soalan 42
5.1 Faktor-faktor Kelewatan 51
5.2 Peratusan Faktor Kelewatan Mengikut Tahap
Kritikal
53
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
5.1 Harga Bahan Meningkat 54
5.2 Tidak Mengikut Jadual Kerja 55
5.3 Pengurusan Professional 56
5.4 Lambat Melantik Sub-Kontraktor 58
xii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
EOT Extension of Time
IKM Institut Kemahiran MARA
JKR Jabatan Kerja Raya
KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA
MARA Majlis Amanah Rakyat
MRSM Maktab Rendah Sains MARA
RMK Rancangan Malaysia Ke
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Borang Kaji Selidik
2 Laporan Permohonan Kelulusan Lanjutan Masa Kontrak
3 Surat Permohonan Lanjutan Masa
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan Negara menjadi agenda utama dalam setiap kali belanjawan Negara dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK 9) untuk meningkatkan nilai sosio-ekonomi masyarakat, contohnya misi nasional yang dirangka dalam RMK 9 melalui lima teras utama, di mana teras yang kedua adalah seperti berikut:
“Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi Negara serta
Bagi mencapai matlamat peningkatan kualiti modal insan, kemudahan prasarana adalah penting dan perlu disediakan. Di sini jelas memperlihatkan bahawa peranan utama sektor pembinaan adalah untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pembelajaran yang kondusif bermula dari pembinaan sekolah, kolej dan institusi latihan serta universiti. Industri binaan akan menjadi lebih rancak dengan
pengumuman kerajaan tentang projek-projek yang akan dilaksanakan sepanjang RMK 9.
Dalam kemeriahan kerajaan mengumumkan pelbagai projek baru dengan peruntukan yang begitu besar dalam RMK 9, prestasi projek-projek pembangunan dalam RMK 7 dan RMK 8 perlu dikaji semula. Sebahagian besar projek-projek pembinaan dalam RMK 8 menghadapi masalah kelewatan. Banyak berita tentang projek-projek yang mengalami kelewatan dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual sering dimuatkan di akhbar-akhbar. Projek Kementerian Pendidikan seperti
pembinaan sekolah, makmal komputer, rumah-rumah guru dan pelbagai lagi agensi kerajaan adalah di antara projek-projek yang mengalami masalah kelewatan yang agak ketara.
Mengulas perkara yang sama, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataannya di Berita Harian bertarikh 21hb Jun 2006 memaklumkan bahawa sebanyak 11 projek perumahan dan pejabat polis dalam RMK 8 tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan terpaksa disambung dalam RMK 9.
3
menyediakan pelan terperinci, peranan jurukur bahan dalam menyediakan anggaran kos dan peranan kontraktor dalam menyiapkan projek. Dalam hal ini, klien sebagai pemilik projek juga perlu dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sebarang kelewatan yang pada kebiasaannya akan melibatkan pertambahan kos.
Chalabi dan Camp (1984) membincangkan tentang sebab-sebab berlakunya kelewatan projek di negara membangun dan merumuskan bahawa perancangan yang rapi di peringkat permulaan (pra pembinaan) adalah penting untuk meminimakan masa kelewatan dan kos.
Pengurusan projek merupakan proses di mana pengurus projek memainkan peranan utama mengawal dan membuat perancangan terhadap semua aktiviti di sepanjang tempoh pembinaan yang merangkumi pekerja, bahan binaan, jadual kerja, tempoh masa, kos, pengetahuan dan kemahiran, peralatan dan jentera di tapak dan bermacam-macam lagi tanggungjawab bagi mencapai dan memenuhi permintaan pelanggan supaya projek dapat diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan, kos yang berpatutan dan kualiti kerja yang memuaskan. Oleh itu peranan pengurus projek dalam pembinaan adalah kompleks, skop yang begitu meluas dan mencabar meliputi semua aspek seperti perancangan, sebagai ketua projek, memberi nasihat dan panduan, mengadakan mesyuarat, menyelia, memberi motivasi dan memantau semua aktiviti projek pembinaan termasuklah melibatkan pihak kontraktor dan perunding-perunding yang terlibat.
Bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual dengan kos yang berpatutan dan kualiti pembinaan yang memuaskan, maka pengurus projek bersama-sama dengan perunding-perunding hendaklah menyediakan perancangan projek dengan mengambilkira faktor-faktor seperti berikut:
kesan kepada anggaran tempoh siap.
Kualiti: Spesifikasi dan skop kerja serta kaedah pelaksanaan yang terkandung di dalam kontrak merupakan panduan teknikal kepada pihak kontraktor untuk mengikuti semua aspek teknikal bagi memastikan kerja-kerja pembinaan adalah bermutu dan dengan kualiti kerja yang memuaskan oleh semua pihak termasuk pengguna.
Kos: Kehendak-kehendak pengguna hendaklah diambikira sepenuhnya oleh perunding semasa proses penyediaan pelan dan spesifikasi kerja. Sekiranya berlaku perubahan spesifikasi atau perubahan rekabentuk semasa pembinaan menyebabkan program kerja turut berubah.
Keadaan ini menyebabkan kos akan meningkat. Kontraktor hendaklah memainkan peranan utama supaya memberi kerjasama dengan
mematuhi program dan skop kerja yang diberikan. Kesilapan merancang kerja menyebabkan berlakunya kelewatan dan kos turut meningkat.
Bilamana sesuatu projek mengalami kelewatan, klien atau pengguna
merupakan mereka yang paling utama menerima kesan kerana bukan sahaja bangunan tidak dapat digunakan tetapi terpaksa menangguhkan segala perancangan disamping terpaksa menanggung kos yang yang kebiasaanya akan meningkat. Contohnya projek-projek pendidikan MARA iaitu projek pembinaan MRSM, KKTM / IKM dan KPM yang dibina dalam RMK 8 mengalami kelewatan dan disambung dalam RMK 9. Memandangkan kepada tempat pembelajaran sediada yang terhad menyebabkan ramai pelajar-pelajar terlepas peluang untuk meneruskan pembelajaran mereka disebabkan kelewatan yang berlaku. Aktiviti pengambilan pelajar terutama pelajar-pelajar bumiputera yang berada diluar bandar yang memerlukan peluang
5
Kerajaan masih lagi mengutamakan dan meneruskan pelbagai projek untuk memberi segala kemudahan pembelajaran kepada masyarakat daripada peringkat sekolah sehingalah ke peringkat universiti. Walaupun banyak projek-projek kerajaan yang mengalami kegagalan, namun kerajaan tetap menyediakan peruntukan tambahan agar projek dapat disiapkan juga. Kajian hendaklah dilakukan bagi mengenalpasti punca-punca kelewatan yang berlaku.
1.2 Kenyataan Masalah
Ekoran projek-projek kerajaan terbengkalai dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual, maka perancangan dan program terpaksa ditangguh dan merugikan banyak pihak. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dibuat oleh kerajaan untuk
memastikan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dapat menyiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Kerajaan melalui pelbagai jentera kerajaan telah memberi motivasi kepada kontraktor supaya mempertingkatkan kualiti kerja disamping menambah kemahiran dan daya saing terutama untuk bersaing dengan bilangan kontraktor yang semakin bertambah setiap tahun.
Petikan daripada ucapan Menteri YB Dato’ Nazri b Abdul Aziz pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Kontraktor pada 17hb Julai 2001 berkata:
“dengan bilangan kontraktor yang ramai, kontraktor-kontraktor bumi hendaklah meningkatkan kualiti kerja bagi memastikan ia dapat terus bersaing sesama sendiri dan juga dengan bukan bumiputera. Pada era globalisasi kontraktor perlu
meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka. Aspek-aspek pengurusan pentadbiran, pengurusan kos projek, kawalan perbelanjaan, pengawalan tapak dan kewangan perlu diberi perhatian”
Sepertimana projek-projek kerajaan lain samada projek dibawah pemantauan terus Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti projek pembinaan sekolah-sekolah, makmal komputer dan rumah guru sentiasa mengalami masalah yang sama. Begitu juga dengan projek pendidikan MARA walaupun dibawah pengawasan Pengurus Projek (PMC) turut mengalami masalah yang sama. Berdasarkan kepada projek-projek pendidikan MARA adalah didapati bahawa 90% projek tidak dapat diserahkan mengikut jadual dan banyak projek yang mengalami kelewatan lebih dari 1 tahun. Bagi projek yang lewat ini kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan tambahan dalam RMK 9 bagi memastikan projek dapat disiapkan.
Jelas di sini menggambarkan jika faktor-faktor yang menyebabkan projek lewat tidak dikenalpasti daripada sekarang budaya ini tidak akan terhenti sebaliknya akan terus menular kepada projek-projek yang akan datang seperti projek di dalam RMK 9. Sekarang ini budaya projek lewat telah menjadi ikutan bagi kontraktor yang menjalankan projek MARA.
Saranan Perdana Menteri semasa membentangkan bajet RMK 9 telah menegaskan supaya semua projek dilaksanakan dengan segera dan mempastikan supaya projek siap mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerajaan tidak akan berkomproni dengan mana-mana syarikat kontraktor yang telah menunjukan rekod yang tidak baik sebelum ini.
7
Kesan kepada kelewatan ini menyebabkan perancangan MARA untuk menambah bilangan pelajar bumiputera di Intitusi Pendidikan MARA (IPMA) tergendala. Sebagai contohnya, permohonan kemasukan ke KKTM / IKM untuk lepasan SPM, pihak MARA telah menerima permohonan sebanyak 31 ribu dan seramai 15 ribu pelajar adalah layak tetapi disebabkan tempat latihan kemahiran sedia ada adalah terhad maka pihak MARA hanya dapat menerima seramai 4 ribu pelajar sahaja. Berdasarkan kepada RMK 8 sebanyak 5 buah KKTM / IKM baru sepatutnya telah siap dibina dan boleh menampung seramai lebih kurang 1,600 pelajar baru sekiranya projek-projek tersebut siap dalam tempoh RMK 8.
Untuk mengatasi masalah kelewatan projek-projek kerajaan ini dari terus berlaku, semua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan lebih komited. Mereka perlu diberi penekanan tentang kesan yang bakal dihadapi oleh MARA kerana melibatkan kerugian yang besar kepada pelajar-pelajar bumiputera yang memerlukan tambahan tempat pembelajaran yang agak terhad ketika ini.
Pada dasarnya pihak MARA telah diberi peruntukan yang agak besar untuk melaksanakan projek-projek pendidikan MARA seperti pembinaan MRSM dan KKTM / IKM bagi memberi peluang kepada bumiputera untuk meneruskan pembelajaran mereka. Institusi pendidikan MARA sedia ada ternyata tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat setiap kali pengambilan.
Julai 2007.
Keadaan ini menyebabkan pihak MARA mengalami masalah untuk membuat perancangan terutama tentang pengambilan pelajar, pengambilan tenaga pengajar dan perolehan alatan. Kelulusan lanjutan masa yang panjang kepada kontraktor
merupakan faktor yang menyebabkan program terpaksa ditunda beberapa kali. Ada kes di mana peralatan perabut telah dihantar ketapak kerana pada ketika itu kemajuan kerja telah mencapai 91%, tetapi disebabkan kelewatan yang agak lama maka
peralatan perabut tersebut telah rosak. MARA juga terpaksa menanggung beban dimana pengambilan pengajar telah dibuat sedangkan bangunan tidak dapat diserahkan lagi walaupun telah ditunda beberapa kali.
Setiap kali kontraktor memohon kelulusan lanjutan masa kebiasaannya akan mendapat kelulusan. Kebanyakan projek akan mendapat kelulusan EOT sampai 3 kali contohnya pembinaan KKTM Kuantan, EOT 1 selama 103 hari, EOT 2 selama 150 hari dan EOT 3 selama 101 hari.
Kebanyakan kelewatan yang berlaku kebiasanya melibatkan adanya
perubahan harga (V.O). Perkara ini disebabkan adanya pertukaran atau pertambahan kepada skop kerja semasa tempoh pembinaan.
.
Sehingga kini belum ada jawapan terhadap kenapa kelewatan berlaku. Kontraktor masih lagi menjadi penyebab utama ke atas kelewatan sesuatu projek pendidikan MARA. Walaupun kelewatan yang berlaku agak lama tetapi sehingga kini belum ada kontraktor yang dikenakan denda kelewatan (LAD).
9
1.3 Matlamat Dan Objektif
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan projek-projek pendidikan MARA khususnya projek pembinaan KKTM / IKM mengalami kelewatan.
Matlamat kajian akan dapat dicapai melalui objektif-objektif berikut:
1. Mengkaji punca-punca dan kategori kelewatan projek pendidikan MARA 2. Mengkaji faktor-faktor kelulusan lanjutan masa (EOT) projek pendidikan
MARA.
3. Menganalisis kaitan punca kelewatan projek dengan faktor kelulusan EOT
1.4 Skop Kajian
Pemilihan projek untuk kajian adalah melibatkan bangunan pendidikan MARA yang meliputi projek pembinaan KKTM / IKM yang diluluskan dalam RMK 8. Sebanyak 14 projek sedang dalam pembinaan dan semua telah mengalami kelewatan dan bersambung dalam RMK 9. Responden yang terlibat dengan
kajiselidik terdiri daripada arkitek dan perunding projek (PMC). Pemilihan perunding dibuat berdasarkan kepada penglibatan mereka dari peringkat awalan dan peranan serta tanggungjawab mereka terhadap projek-projek tersebut. Mereka lebih mengetahui masalah sebenar kelewatan yang berlaku.
1.5 Methodologi
Kaedah kajian yang akan dibuat berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
1.5.1 Kajian Literatur
Kajian yang dibuat berdasarkan kepada kelewatan yang telah berlaku bagi projek-projek terdahulu. aktor-faktor yang menyebabkan kelewatan projek akan dikupas secara terperinci untuk mengetahui punca dan jenis-jenis kelewatan. Maklumat terperinci mengenai punca-punca kelewatan projek diperolehi melalui bahan bacaan seperti jurnal, majalah, internet, kertas kerja, akhbar laporan seminar dan buku-buku yang berkaitan. Maklumat dan pemahaman awal amat penting kepada penyelidik untuk mengetahui sama ada maklumat yang diperolehi dapat memenuhi kepada pernyataan masalah yang dibangkitkan.
1.5.2 Kajian Empirikal
1.5.2.1 Borang Kaji Selidik
Kajian yang dibuat berdasarkan kepada edaran borang kaji selidik kepada perunding PMC dan Arkitek. Melalui kaedah ini maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi dengan lebih tepat kerana responden
11
1.5.2.2 Kelulusan Lanjutan Masa ( EOT
Kajian juga akan dibuat terhadap kelulusan-kelulusan EOT yang diperolehi bagi projek tersebut. Maklumat dan data mengenai setiap kelulusan yang perolehi dan faktor-faktor yang membolehkan kelulusan perlanjutan masa akan dikaji secara terperinci. Data-data mengenai kekerapan elemen yang paling banyak mendapat kelulusan EOT akan diambil kira sebagai faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada kelewatan projek pendidikan MARA.
1.6 Kepentingan Kajian
Memandangkan kajian ini adalah yang pertama dilaksanakan terhadap projek-projek pendidikan MARA, maka sudah pasti ia akan memberi input yang berguna kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan pengurusan projek. Diantara kepentingan kajian dan impaknya adalah seperti berikut:
i. Pihak MARA dapat mengetahui faktor-faktor sebenar kenapa projek-projek pendidikan MARA selalunya lambat siap.
ii. Sebagai panduan kepada pengguna dan perunding supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dalam menguruskan projek MARA.
1.7 Rumusan
77
4. Memeriksa projek-projek yang dilaksanakan sebelum ini sama ada mengalami kelewatan dan mengkaji punca-punca kelewatan projek tersebut
5. Melibatkan peranan professional memberi tunjuk ajar tentang pentingnya mematuhi jadual kerja
RUJUKAN
1. Andrew A.L Tan (1996). “Project Management in Malaysia”. A
comprehensive Approach or Successful Management of Property Development Projects from Inception Until Completion”. Synergy Books International Kuala Lumpur
2. Edward R. Fisk. (2000) “Construction Project Administration”. Sixth edition, Prentice Hall USA
3. Zulkifli Yusof. (1993) “ Pengurusan Projek dan Kawalan Pembinaan”.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Jimmie W. Hinze (1998). “Construction Planning and Scheduling”. Prentice Hall USA
5. International Conference on Project Management (2003). “Project
Management and Beyond- Facing The Challenges of Globalization” Kuala Lumpur
6. Abdul Majid M.Z. and Mc.Caffer R. (1998). “Factors on Non-Excusable Delays that Influence Construction Performance”. Journal of Management in Engineering, ASCE 14(3) 42-48
79
8. Abdul Majid, M.Z.(1997). “Non- Excusable Delays in Construction.” Loughborough University
9. H. Abdul Rahman, M.A Berawi, O. Mohamed, M.Othman and I.A.Yahya. “Delay Mitigating in The Construction Industry”. Journal of Construction and Management, ASCE 132(2) 125-133
10. John Christian and Daniel Hachey. “Effects of Delay Times on Production Rates in Construction”. Journal of Engineering and Management”. ASCE 121(1) 21-26
11. Sadi A. Assaf, Mohammed Al-Khalil and Muhammad Al-Hazmi. “Causes of Delay in Large Builing Construction Projects”. Journal of Management in Enginering, 11(2) 45-50
12. Abdulaziz A. Bubshait, Michael J. Cunningham. “Comparison of Delay Analysis Methdologies”.Journal of Engineering and Management, ASCE 124(4) 315-322
13. Hyun-Soo-Lee, Han-Guk-Ryu, Jung-Ho-Yu and Jae-Jun Kim. “Method for Calculating Schedule Delay Considering Lost Productivity”. Journal of Contruction Engineering and Management ASCE 131(11) 1147-1154
14. Saied Kartam. “Generic Methodology for Analyzing Delay Claims”. Journal of Construction and Management, ASCE, 125(6) 409-419
15. Stephen Scott. “Delay Claims in U.K Contracts”. Journal of Construction Engineering and Management, ASCE 123(3) 238-244
17. Robert McKim, P.E., Tarek Hegazy, P.E., and Mohamed Attalla, P.E. “ Project Performance Control in Reconstruction Projects”. Journal of Construction Engineering and Management, ASCE 126(2) 137-141
18. Tommy Y.Lo, Ivan W.H.Fung and Karen C.F.Tung. “Construction Delay in Hong Kong Civil Engineering Projects”. Journal of Construction Engineering and Management, ASCE 132(6) 636-649
19. K.C.Iyer and K.N. Jha. “Critical Factors Affectng Schedule Performne: Evidence from Inian Construction Projects. Journal of Construction Engineering and Management, ASCE 132(8) 871-881