• No results found

Kerangka penghasilan parameter penilaian selepas dihuni di bangunan pejabat kerajaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Kerangka penghasilan parameter penilaian selepas dihuni di bangunan pejabat kerajaan"

Copied!
30
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

NORAZMI BIN BAKAR

Tesis ini diserahkan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Fasiliti)

Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

(2)
(3)

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam kerana dengan taufik dan hidayatNya sahajalah telah dapat saya

menyempurnakan satu tugasan kajian projek ini dengan kadar yang termampu.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Profesor Sr. Dr. Abdul Hakim bin Mohammed selaku penyelia projek sarjana ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan menjayakan projek sarjana ini.

Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi terutamanya Profesor Madya Maizan bin Baba (Penyelaras program Sarjana Sains Pengurusan Fasiliti), Prof. Rosdi bin Ab Rahman, Profesor Madya Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Profesor Madya Dr. Buang bin Alias, Dr. Choong Weng Wai, Dr. Maimunah bt. Sapri, En. Shahabudin bin Abdullah, Dr. Abdullah Sani bin Ahmad, Dr. Kherun Nita Ali dan lain-lain kakitangan Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

(4)

ABSTRAK

Kaedah Penilaian Selepas-Dihuni atau dikenali dengan panggilan ringkas

POE (Post-Occupancy Evaluation) merupakan satu proses penilaian daripada cabang Penilaian Prestasi Bangunan (BPE). Pelaksanaan kaedah ini bertujuan untuk

(5)

ABSTRACT

Post-Occupancy Evaluation (POE) is one of the elements in Building

Performance Evaluation (BPE) process. The purpose is to evaluate the building

performance in a systematic manner after it has been built and occupied for some

time. The implementation of POE is to measure occupants’ satisfaction and

comfortable level of the building and facilities provided. It is an important input for

the architect and facilities manager to integrate the building and its facilities to meet

the occupants’ needs. Steps in POE required some modification to meet

social-culture needs. POE approach in architecture and facilities management are slight

different. The objective of this research is to identify parameters in POE and serve

as a basis for questionnaire design during implementation the POE. Quantitative

technique aided with computer software has been used extensively to analyze all the

data obtained. The office buildings at Jabatan Kerja Raya Headquarters were

selected as a case study and sample selected randomly from the staff who occupied

the buildings. Findings from the research indicates that almost all the surveyed

parameters were relevance to the respondents. Researcher proposed other ways to

(6)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN/ISTILAH SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii xii xiii xvi xviii

1 KERANGKA PENGHASILAN

PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Matlamat Kajian 8

1.5 Skop Dan Batasan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Metodologi Kajian 10

(7)

2 TAKRIFAN ISTILAH PENILAIAN

SELEPAS-DIHUNI (POE)

2.1 Sejarah 15

2.2 Faedah 21

2.3 Parameter Kajian POE 24

2.4 Tatacara Pelaksanaan POE 42

2.5 Halangan Dan Cadangan Penyelesaian 50

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 56

3.2 Merekabentuk Kajian 57

3.3 Merangka Soalan 57

3.4 Pembinaan Soalan Kaji Selidik 61

3.4.1 Seksyen 1 – Profil Responden 61 3.4.2 Seksyen 2 – Mengkaji Perkaitan

Dan Kepentingan Sesuatu

Parameter 61

3.4.3 Seksyen 3 – Mendapatkan Pandangan Responden Untuk

Keutamaan Pemilihan Parameter 65 3.4.4 Seksyen 4 – Cadangan Parameter

Lain 65

3.5 Prosedur Pemilihan Sampel 65

3.6 Jenis Penyelidikan 66

3.6.1 Mengukur Normaliti Data 66

3.6.2 Jenis Ujian 67

3.6.3 Data Ordinal 67

3.6.4 Analisa data skala ordinal 67

3.6.5 Ujian Mann-Whitney U 68

3.6.6 Ujian Kruskal-Wallis 69

3.6.7 Ujian Korelasi Spearman Rho 70

(8)

4 ANALISIS DATA DAN PENEMUAN

4.1 Pengenalan 72

4.2 Kaedah Analisa Data 72

4.3 Penemuan Hasil Kajian Awal

Penentuan Parameter Utama 73

4.3.1 Latar Belakang Responden 73

4.3.1.1 Jawatan 73

4.3.1.2 Gred Jawatan 74

4.3.1.3 Tempoh Perkhidmatan 74

43.1.4 Tempoh penglibatan dalam pengurusan

fasiliti 75 4.3.2 Pemilihan Keutamaan Parameter

Penilaian POE 76

4.3.3 Mengkaji Kaedah Pelaksanaan

POE Yang Sesuai 77

4.4 Penemuan Hasil Kajian Soal Selidik 78 4.4.1 Latar Belakang Responden 78

4.4.1.1 Gred Jawatan 78

4.4.1.2 Jantina 80

4.4.1.3 Umur 81

4.4.1.4 Taraf Pendidikan

Formal 82

4.4.1.5 Tempoh Berkhidmat

Dalam Perkhidmatan

Awam 83

4.4.1.6 Tempoh Menduduki

Bangunan Sekarang 84

4.4.2 Ujian Bukan-Parametrik 85

4.4.2.1 Ujian Normaliti Data 85 4.4.3 Analisa Perkaitan Profil

Responden Terhadap Parameter

Kajian 87

(9)

4.4.3.2 Ujian Kruskal-Wallis 89 4.4.4 Analisa Hubungan Di Antara

Tahap Perkaitan Dan Tahap Kepentingan Untuk Setiap

Parameter Kajian 91

4.4.5 Analisa Pandangan Responden

Terhadap Parameter Kajian 93

4.4.6 Penentuan Keutamaan Parameter Penilaian POE

Secara Ringkas 103

4.4.7 Cadangan Daripada Responden 103

4.5 Ringkasan 104

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 107

5.2 Pencapaian Objektif Pertama Dan

Penemuan Kajian 109

5.3 Pencapaian Objektif Kedua Dan

Penemuan Kajian 110

5.4 Cadangan Dalam Pelaksanaan POE 112

5.5 Cadangan Dalam Kajian Seterusnya 113

(10)

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

SINGKATAN MAKSUD

JKR Jabatan Kerja Raya

POE Post-Occupancy Evaluation (Penilaian Selepas-Dihuni)

IEQ Indoor Environment Quality (Kualiti Persekitaran Dalaman)

IAQ Indoor Air Quality (Kualiti Udara Dalaman)

HOPE Health Optimisation Protocol for Energy-efficient Buildings

PROBE Post-occupancy Review Of Buildings and their Engineering

CBE Center for the Built Environment

BUS Building Use Studies

EARM Energy Assessment and Reporting Method’s

OAM Office Assessment Method

DQI Design Quality Indicators

NHS National Health Services

NEAT NHS Environmental Assessment Tool

VOC Volatile Organic Compounds

OKU Orang Kurang Upaya

UK United Kingdom

(11)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kajian perbandingan di antara tiga jenis penilaian selepas-dihuni

38

2.2 Beberapa kaedah penilaian selepas-dihuni yang berjaya

42

4.1 Taburan jawatan responden kajian pertama 74

4.2 Taburan gred jawatan responden kajian pertama

74

4.3 Taburan tempoh perkhidmatan responden kajian pertama

75

4.4 Taburan tempoh penglibatan dalam pengurusan fasiliti oleh responden kajian pertama

75

4.5 Pilihan parameter mengikut susunan keutaman

76

4.6 Taburan kekerapan skor responden memilih kaedah pelaksanaan penilaian selepas-dihuni yang sesuai

77

4.7 Taburan gred jawatan responden yang disoal selidik

79

4.8 Taburan jantina responden yang disoal selidik

80

4.9 Taburan kumpulan umur responden yang disoal selidik

81

4.10 Taburan taraf pendidikan formal tertinggi responden yang disoal selidik

82

(12)

SENARAI JADUAL (SAMBUNGAN)

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.11 Taburan tempoh perkhidmatan responden yang disoal selidik

83

4.12 Taburan tempoh menduduki bangunan sedia ada oleh responden yang disoal selidik

84

4.13 Keputusan Ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilks untuk menguji normaliti data kajian

85

4.14 Ringkasan keputusan Ujian Mann-Whitney U untuk kategori jantina

88

4.15 Ringkasan keputusan Ujian Kruskal-Wallis Terhadap Profil Responden

90

4.16 Ringkasan keputusan Ujian Korelasi Spearman Rho

91

4.17 Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter ruang bekerja dengan pelbagai sub-parameter

93

4.18 Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter ruang bekerja dengan pelbagai sub-parameter

94

4.19 Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter pencahayaan dengan pelbagai sub-parameter

95

4.20 Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter pencahayaan

dengan pelbagai sub-parameter

96

(13)

SENARAI JADUAL (SAMBUNGAN)

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.21 Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter suhu panas dengan pelbagai sub-parameter

97

4.22 Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter suhu panas dengan pelbagai sub-parameter

98

4.23 Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter keselamatan dengan pelbagai sub-parameter

99

4.24 Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter keselamatan dengan pelbagai sub-parameter

100

4.25 Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter pengudaraan dengan pelbagai sub-parameter

101

4.26 Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter pengudaraan

dengan pelbagai sub-parameter

102

4.27 Taburan kekerapan skor data responden dalam memberikan pandangan

keutamaan parameter utama

(14)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta alir proses pelaksanaan kajian 12

2.1 Kerangka kitar hayat Penilaian Prestasi Bangunan (Building Performance Evaluation, BPE)

16

2.2 Konsep prestasi dalam proses penyediaan bangunan

19

2.3 Hubungkait di antara kepuasan

penerimaan tahap suhu panas dalaman di tempat kerja dengan kepuasan bekerja (Spearman correlation).

32

2.4 Cadangan garis panduan untuk pelaksanaan POE di bangunan milik kerajaan Malaysia

46

2.5 Prosedur untuk melaksanakan tinjauan bangunan menggunakan pendekatan POE

48

4.1 Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut gred jawatan

80

4.2 Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut jantina

80

4.3 Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut kumpulan umur

81

82

4.4 Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut taraf pendidikan formal tertinggi

4.5 Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut tempoh

perkhidmatan dalam perkhidmatan awam

(15)

SENARAI RAJAH (SAMBUNGAN)

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.6 Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut tempoh menduduki bangunan sedia ada

(16)

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik Kajian Pertama

118

B Contoh Borang Soal Selidik Kajian Kedua

119

(17)

BAB 1

KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS-DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

1.1 Pengenalan

Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy evaluation) atau lebih popular dengan singkatannya sebagai “POE” terhadap bangunan yang dibina oleh kerajaan di Malaysia telah dilaksanakan seperti di sekolah, institusi pengajian tinggi dan beberapa pejabat

kerajaan yang lain. Kajian yang telah dilakukan adalah untuk mengkaji tahap kepuasan penghuni terhadap bangunan yang disediakan serta keberkesanan fasiliti yang disediakan untuk menyokong keberfungsian operasi setiap jabatan kerajaan tersebut (meliputi bangunan milik penuh kerajaan ataupun telah ditukar taraf sebagai sebuah badan berkanun seperti institusi pengajian tinggi awam).

(18)

Usaha Kerajaan Malaysia yang menitikberatkan konsep kualiti dalam setiap proses perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat merupakan satu langkah bijak,

namun ianya masih belum cukup seperti merekabentuk dan membina sebuah bangunan yang boleh berfungsi mengikut kehendak pihak yang terlibat.

Jabatan Kerja Raya Malaysia atau singkatannya JKR sebagai sebuah badan teknikal rasmi kerajaan telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam pembinaan hampir kebanyakan fasiliti milik penuh kerajaan di dalam dan di luar negara. Kaedah penilaian selepas-dihuni sebagai satu alat pengukuran keberfungsian ke atas setiap fasiliti milik kerajaan boleh diamalkan oleh JKR sebagai satu daripada rujukan awal semasa peringkat rekabentuk sebuah fasiliti baru.

Namun penggunaan kaedah penilaian selepas-dihuni mestilah dikaji kesesuaiannya dengan budaya tempatan dan corak kehidupan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah setiap masa. JKR sebagai sebuah agensi teknikal terbesar dalam negara boleh membangunkan satu kerangka dalam melaksanakan penilaian selepas-dihuni untuk semua fasiliti kerajaan dan juga boleh digunakan oleh pemilik-pemilik fasiliti persendirian.

Terdapat berbagai pilihan untuk menilai prestasi pengurusan fasiliti yang berbeza dari segi kegunaan dan tempat. Kaedah benchmarking atau penilaian selepas-dihuni merupakan satu contoh yang boleh digunakan (Amaratunga dan Baldry, 2002). Melalui fungsi penilaian yang berbagai-bagai, sistem penilaian

prestasi boleh memberikan sumbangan besar kepada organisasi untuk mencapai sasaran dan objektif pengurusan organisasi terbabit (Amaratunga dan Baldry, 2003).

(19)

1.2 Pernyataan Masalah

Apabila sebuah ruang dilabelkan sebagai pejabat, tidak semestinya operasi dalaman boleh dibuat perbandingan di antara sebuah pejabat dengan pejabat yang lain samada melalui proses benchmarking atau lain-lain jenis penilaian (Preiser, 2002).

Jika jumlah keluasan ruang bekerja yang diperuntukan kepada pekerja dalam pejabat untuk kegunaan tertentu dikatakan tidak memadai dan apabila dibuat

benchmark atau penilaian yang menunjukkan ruang bekerja yang piawai adalah melebihi daripada peruntukan yang diperolehi, maka jurang ini jelas menerangkan tahap prestasi yang rendah dalam pengurusan ruang pejabat (Preiser, 2002).

Pengukuran produktiviti pekerja dalam pejabat, telah memberi idea kepada ramai penyelidik untuk mengkaitkan tahap kepuasan pekerja terhadap persekitaran pejabat sebagai satu daripada elemen pengukuran produktiviti. Pendekatan ini perlu diambil kira dengan penuh hemat kerana terdapat bukti yang mencadangkan hubungan rapat di antara produktiviti dan tahap kepuasan pekerja (Haynes, 2008) dalam pejabat yang merupakan penghuni utama bangunan tersebut.

Brooks dan Viccars (2006) dalam kajiannya menyatakan apabila berlaku perubahan pejabat, beberapa isu seperti faktor psiko-sosial perlu diberi perhatian di samping persekitaran fizikal bangunan itu sendiri. Jenis kegiatan dan kepadatan

bilangan penghuni dalam ruang tertentu juga akan memberi kesan kepada keselesaan penghuni.

(20)

Satu kajian yang menggunakan kaedah penilaian selepas-dihuni telah dilaksanakan pada tahun 1990 yang menilai aras keselesaan suhu panas sebagai

parameter utama penilaian selepas-dihuni di dalam bilik darjah di sekolah-sekolah lama di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Daripada kajian tersebut ada pendapat yang menyatakan terdapat rekabentuk bangunan sekolah pada masa itu yang menggunakan konsep rekabentuk lama yang disebabkan permintaan tinggi yang mendadak daripada pihak kerajaan semasa tahun ianya dibina. Akibatnya konsep penggunaan perolakan angin semulajadi di dalam bangunan tidak berfungsi kerana perubahan iklim yang berlaku selepas ianya digunakan untuk beberapa tempoh kemudiannya. Dapatan kajian tersebut telah menunjukkan semua sampel kajian merumuskan ketidakselesaan penghuni terhadap suhu panas di dalam bangunan-bangunan yang diduduki tersebut (Keumala, 1990).

Pada tahun 2005 pula, kaedah penilaian selepas-dihuni telah digunakan untuk menilai perkaitan di antara penyediaan fasiliti dengan tumpuan kerja pegawai kerajaan khususnya di pejabat-pejabat kerajaan di sekitar Negeri Sembilan. Parameter-parameter penilaian selepas-dihuni yang dipilih adalah seperti berikut:

i. Pencahayaan ii. Pengudaraan iii. Kualiti udara iv. Suhu persekitaran v. Tahap kebisingan vi. Warna persekitaran vii. Susunatur pejabat viii. Luas/saiz ruang kerja ix. Jarak antara ruang kerja x. Ergonomi

xi. Sistem pengurusan fail

xii. Suasana persekitaran (Kamarulzaman, 2005).

(21)

di pejabat kerajaan tersebut. Manakala aspek kualiti udara pula dkatakan mempengaruhi tumpuan kerja mereka dalam pejabat kerajaan (Kamarulzaman,

2005).

Hasil daripada setiap kajian tersebut yang semuanya dilakukan terhadap bangunan, membuktikan perlunya satu perancangan yang lebih strategik dilakukan segera untuk memastikan setiap fasiliti yang disediakan boleh berfungsi dengan optimum. Daripada kajian-kajian yang dijalankan tersebut, aspek ruang persekitaran dalam bangunan, aspek suhu panas dalam bangunan dan aspek kualiti udara menjadi parameter utama yang perlu dinilai dalam penilaian selepas-dihuni kerana ianya memberikan impak khusus kepada penghuni bangunan tersebut dalam memberikan tumpuan kepada tugas harian mereka. Walaupun terdapat berbagai teknik penilaian keberfungsian fasiliti yang terdapat di pasaran, namun kaedah penilaian selepas-dihuni boleh dilaksanakan pada peringkat awal sebagai salah satu teknik untuk mengenalpasti permasalahannya sebelum kajian lanjut dan lebih rumit dilakukan.

Namun kaedah penilaian selepas-dihuni boleh dikatakan kurang mendapat tempat untuk diamalkan dalam industri pembinaan dan pengurusan fasiliti di dalam negara dan kebanyakan kajian hanya lebih bertujuan untuk kegunaan peringkat ilmiah sahaja. Walaupun terdapat kebanyakan pihak pemilik dan pengurusan fasiliti bangunan melaksanakan penilaian tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti tersebut, namun ianya hanya terhenti sehingga di peringkat pengurusan sesebuah bangunan atau premis sahaja.

Perkara ini telah dikaji Ashaari (2005) yang cuba mengenalpasti pemahaman dan penggunaan kaedah penilaian selepas-dihuni di bangunan-bangunan yang dimiliki dan diuruskan fasilitinya oleh kebanyakan pihak persendirian atau lebih dikenali dengan nama swasta. Kajian tersebut telah mengenalpasti beberapa perkara iaitu;

(22)

ii. tiada perkaitan khusus yang dapat ditunjukkan oleh pelaksanaan kaedah penilaian selepas-dihuni serta faedahnya dengan pemahaman konsep

pengurusan fasiliti yang diamalkan oleh pihak pengurusan fasiliti,

iii. terdapat juga keadaan di mana pihak pengurusan tertinggi sesebuah organisasi yang tidak berminat melaksanakan kaedah penilaian selepas-dihuni itu sendiri kerana pada pendapat mereka pendekatan tersebut hanya menitikberatkan kepada tahap perkhidmatan pengurusan bangunan dan kepuasan penghuni bangunan sahaja, dan

iv. hampir tiada langsung mana-mana perekabentuk bangunan pada masa itu yang menggunapakai hasil kajian penilaian selepas-dihuni ketika menghasilkan rekabentuk bangunan yang baru (Ashaari, 2005).

Pemahaman terhadap penilaian selepas-dihuni adalah berbeza-beza di kalangan pengamal-pengamal pengurusan bangunan. Seorang arkitek akan melihat faedah pelaksanaan penilaian selepas-dihuni mengikut perspektif beliau di dalam bidang senibina dan hasil daripada penilaian yang dibuat akan membantunya semasa peringkat merekabentuk bangunan baru yang lebih berfungsi pada masa akan datang.

Manakala seorang pengurus fasiliti pula akan melihat faedah pelaksanaan penilaian selepas-dihuni berdasarkan perspektif pengurusan fasiliti yang memastikan hasil penilaian selepas-dihuni akan memberikan maklumbalas terhadap prestasi tugasnya dan sebagai maklumat berguna untuk beliau memperbaiki kelemahan dalam pengurusannya.

Untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni, pihak pengurusan perlu memberi tumpuan kepada isu yang paling berkaitan, berbanding membuat penilaian ke atas semua aspek parameter penilaian yang akhirnya akan menghadapi kesukaran untuk menganalisa data yang terlalu banyak dan berlebih-lebih (Hadjri dan Crozier, 2008).

(23)

menentukan tahap kesesuaian parameter yang hendak dinilai. Sejauh manakah aras kepentingan parameter-parameter tersebut untuk dimasukkan dalam senarai aspek

penilaian selepas-dihuni.

Satu kerangka untuk melaksanakan kaedah penilaian selepas-dihuni perlu diwujudkan supaya pelaksanaannya kelak dapat diterima dan digunapakai oleh semua pihak secara lebih terancang dan teratur. Pihak yang ingin mengamalkan kaedah penilaian selepas-dihuni di dalam organisasi mereka perlu dipimpin sejak peringkat perancangan hingga tindakan akhir (seperti penambahbaikan dan perubahan) yang akan dilakukan berdasarkan hasil kajian daripada pelaksanaannya.

Di dalam kajian ini, penyelidik memilih bangunan-bangunan pejabat di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Malaysia di Kuala Lumpur sebagai kajian kes dan kakitangan kerajaan yang bertugas di pejabat-pejabat ini sebagai responden untuk mengenalpasti keutamaan dalam penyediaan kerangka pelaksanaan kaedah penilaian selepas-dihuni di bangunan pejabat kerajaan.

Di antara bidang kajian penilaian selepas-dihuni yang akan dikenalpasti meliputi penerimaan penilaian terhadap penghuni bangunan yang merangkumi skop kesihatan, keselamatan, keberfungsian dan kecekapan sistem mekanikal dan elektrik, tahap keselesaan penghuni dan kepuasan serta nilai-nilai estetik sesuatu senibina. Kajian ini akan menentukan parameter mana yang akan diberi keutamaan untuk dikaji oleh mana-mana pihak ketika hendak melaksanakan kaedah penilaian

selepas-dihuni kelak.

(24)

1.3 Objektif Kajian

Di akhir kajian ini, di antara objektif yang akan diperolehi ialah:

i. Mengenalpasti parameter penilaian untuk penggunaan kaedah penilaian selepas guna di bangunan pejabat kerajaan.

ii. Menghasilkan satu kerangka penghasilan parameter penilaian selepas guna yang boleh digunapakai di bangunan pejabat kerajaan.

1.4 Matlamat Kajian

Pengamal pengurusan fasiliti milik kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya akan menggunakan contoh kerangka ini sebagai satu langkah permulaan dalam merancang pelaksanaan penilaian selepas-dihuni mengikut perspektif pengurusan fasiliti pula untuk menilai prestasi bangunan yang telah diuruskan pembinaannya oleh JKR.

1.5 Skop Dan Batasan Kajian

Skop kajian ini akan menumpukan kepada bangunan pejabat kerajaan di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur sebagai kajian kes. Responden yang dikenalpasti untuk dipilih secara rawak adalah terdiri daripada kalangan kakitangan kerajaan yang bertugas di dalam bangunan-bangunan pejabat yang terdapat di situ. Manakala kerangka yang akan diwujudkan akan menumpukan kepada penilaian di dalam bangunan pejabat sahaja.

(25)

1.6 Kepentingan Kajian

Walaupun kajian dibuat berdasarkan perspektif arkitek, tetapi hasil daripada kajian ini akan boleh memberi manfaat kepada ramai pihak yang terlibat tidak terhad kepada bidang pembinaan malah boleh dimanfaatkan dalam bidang pengurusan bangunan pejabat juga. Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Memberikan input kepada JKR yang merupakan salah satu jabatan teknikal utama kerajaan yang terlibat sepenuhnya dalam pembinaan bangunan-bangunan kerajaan.

Penggunaan teknik penilaian selepas-dihuni yang dimasukkan ke dalam proses penilaian prestasi bangunan yang siap dibina yang sedia ada, berupaya untuk dijadikan panduan tambahan sebagai salah satu input semasa peringkat rekabentuk sesuatu projek. Arkitek dan jurutera boleh menjangka masalah yang bakal timbul semasa peringkat rekabentuk berdasarkan gaya hidup penghuni yang sentiasa berubah.

ii. Memberikan panduan kepada pihak perunding yang dilantik oleh JKR ketika melaksanakan sebahagian projek-projek pembinaan bangunan milik kerajaan.

Pihak perunding yang dilantik oleh JKR untuk melaksanakan sebahagian tugas merekabentuk boleh menggunapakai maklumat yang diperolehi daripada kajian penilaian selepas-dihuni oleh JKR sebagai salah satu panduan mereka.

iii. Memberi panduan kepada penghuni-penghuni bangunan milik kerajaan dalam mengenalpasti keperluan sebenar mereka.

Melalui kajian soal selidik yang kerap dilakukan kepada

(26)

sebenar mereka yang optimum serta pengurusan fasiliti yang lebih berkesan.

iv. Kepentingan Ilmiah

Kajian ini boleh membantu Arkitek dan Jurutera semasa peringkat rekabentuk lain-lain fasiliti samada milik kerajaan atau swasta dengan mengenalpasti teknik penilaian yang sesuai. Malah kajian ini juga boleh dijadikan contoh oleh Pengurus Fasiliti untuk melaksanakan kajian serupa yang memfokuskan terhadap keberkesanan pengurusan bangunan ke atas penghuni.

1.4 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini dilaksanakan mengikut kaedah berikut.

a) Penentuan permasalahan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian masa lepas yang telah menggunakan kaedah penilaian selepas-dihuni. Kajian ini juga akan ditambah dengan kajian literatur seperti laporan, buku dan jurnal berkaitan dengan penilaian selepas-dihuni.

b) Kajian secara soal selidik terhadap pegawai-pegawai teknikal JKR sendiri yang terlibat di dalam pengurusan bangunan untuk memberikan beberapa input dalam merangka penyediaan kajian soal selidik untuk membina kerangka penghasilan parameter untuk penggunaan penilaian selepas-dihuni.

c) Kajian secara soal selidik untuk menentukan tahap pengukuran keutamaan parameter penilaian dalam menghasilkan kerangka parameter

penilaian di dalam penggunaan penilaian selepas-dihuni.

Secara umumnya, proses aliran metodologi kajian adalah seperti berikut.

(27)

c) Merangka penentuan pengukuran kajian soal selidik untuk menentukan tahap keutamaan pelaksanaan penilaian selepas-dihuni.

d) Merekabentuk soal selidik .

e) Mengenalpasti kajian kes dan responden untuk pengendalian soal selidik serta pengumpulan data.

f) Menganalisa data dan penemuan.

g) Melaporkan hasil kajian melalui rumusan dan cadangan.

(28)
(29)

1.5 Susunan Bab

Kajian ini disusun mengikut bab tertentu seperti berikut:

BAB 1 – Kerangka Penghasilan Penilaian Selepas-Dihuni Di Bangunan Pejabat Kerajaan : Gambaran umum kajian ini yang diterangkan secara ringkas di sini merangkumi penyataan masalah, objektif kajian, skop serta batasan kajian yang dijalankan serta sedikit penerangan ringkas mengenai bab-bab susulan.

BAB 2 – Pelaksanaan Penilaian Selepas-Dihuni Sebagai Satu Sistem Penilaian Prestasi Kegunaan Fasiliti : Teori pelaksanaan penilaian selepas-dihuni sebagai satu daripada berbagai sistem di dalam proses menilai prestasi fasiliti yang telah digunakan untuk beberapa tempoh selepas ianya siap dibina akan diterangkan di dalam bab ini. Penganjuran kepada pelaksanaan teori ini akan disokong oleh bahan rujukan seperti buku, jurnal, laporan kajian masa lepas, laporan kertas kerja semasa dan sebagainya. Contoh pemakaian penilaian selepas-dihuni di negara luar turut dijadikan contoh untuk disesuaikan dengan keadaan sosio budaya di Malaysia.

Hampir semua rujukan adalah berlatarbelakangkan bidang senibina, maka kajian yang akan dijalankan lebih menjurus kepada perspektif dalam bidang senibina.

BAB 3 – Metodologi Kajian : Kaedah menjalankan soal selidik yang diterangkan di dalam bab ini akan merangkumi pelaksanaan rekabentuk kajian, penyediaan soalan, merekabentuk borang soal selidik, jenis analisa serta ujian statistik berkaitan dan penerangan mengenai kaedah proses pengumpulan data dilaksanakan.

(30)

BAB 5 – Rumusan Dan Cadangan : Laporan kajian ini akan diterangkan di dalam bab ini dengan lebih terbuka agar hasil kajian ini dapat dijadikan panduan tambahan

References

Related documents

March 2020 Volume 9 Issue 3 Page 1029 International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynecology Aminu MB et al Int J Reprod Contracept Obstet Gynecol 2020

Effect of high flow nasal cannula on peripheral muscle oxygenation and hemodynamic during paddling exercise in patients with chronic obstructive pulmonary disease: a

A meta-analysis also showed that, in patients with changes in tendon structure or tendon pain, total cholesterol, LDL cholesterol, and triglyceride levels were

The shoot tips and leaf segments of Eryngium foetidum L were selected as explants for culture initiation.. Different combination of selected auxin, NAA and

Nonlinear Optics in Planar Silica on Silicon Disk Resonators Thesis by Jiang Li In Partial Fulfillment of the Requirements for the Degree of Doctor of Philosophy California Institute

Many speech recog- nition systems developed for English, particularly those developed for spontaneous speech, employ n-gram lan- guage models which capture local word

Although the Delta-Normal method and Monte Carlo simulation are para- metric, and Historical simulation is nonparametric, direct comparison is pos- sible since the

Methods: A human diploid cell rabies vaccine (HDCV) of humans and a CpG ODNs with cross-immunostimulatory activity in humans and mice were used to evaluate the immunogenicity