• No results found

Penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah:satu tinjauan di Politeknik Shah Alam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah:satu tinjauan di Politeknik Shah Alam"

Copied!
24
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)
(2)

. r n n l l C T l f A l U K i l l T T H O

(3)

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI T U N HUSSEIN O N N

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGGUNAAN INTERNET DAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DI KALANGAN PENSYARAH : SATU TINJAUAN DI POLITEKNIK SHAH ALAM

mengaku membenarkan tesis (Saijana) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. Sila tandakan { • / )

SESI PENGAJIAN: 2001/2002

Saya JULIANA BT MOHD ARIFFIN

(HURUF BESAR)

SULIT (Mengandungi makluinat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

| S | TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

l i m a * — ^ — .

(TANDATANGAN PENULIS) ^ ^ ^ ^ D A T A N G A N PENYELIA)

A lam at Tetap:

No. 12 Lorong Meru Indah 2. Taman Meru Indah,

42200 kapar. Sel'.angor

PN. ANIKA ZAFIAH BT. MOHD RUS

Nama Penyelia

(4)

"Saya akui bahawa saya telah membaca kaiya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Saijana Pendidikan (Teknikal)".

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

'ZfiVSJJUk

Puan Anika Zafiah bt. Mohd Rus

28 SEPTEMBER 2001

FAKULTI T E K N O L O G I K E J U R U T E R A A N

(5)

PENGGUNAAN INTERNET DAN MULTIMEDIA DALAM PROSES

PENGAJARAN DI KALANGAN PENSYARAH : SATU TINJAUAN DI

POLITEKNIK SHAH ALAM

JULIANA BT MOHD ARJFFIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Saijana Pendidikan (Teknikal)

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

(6)

akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan

Nama Penulis : JULLAfrA BT MOHD ARIFFIN

(7)

iii

Teristimewa buat ABAH dan MA yang tersayang...

Jutaan terima kasih atas segala dorongan dan kasih sayangyang dicurah. Segala

pengorbanan dan jasa akan tetap dikenang. Berkat doa dan harapan yang impikan

semoga menjadi kenyataan.

Buat Azahar, Abang, Kakak dan Adik-adikyang tercinta....

Nasihat, bimbingan dan dorongan kalian mengualkan semangat diri ini terus

mencapai apa yang diimpikan. Segala pengorbanan, gelak tawa, senda gurau dan suka

duka menjadi memori dan terus bersemadi di dalam ingatan... Terima kasih kerana

(8)

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

izin-Nya dapat saya menyempurnakan kajian kes ini pada masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Anika Zafiah

Bt. Muhd Rus, selaku penyelia kajian kes kerana telah banyak memberikan panduan dan

bimbingan dalam menyiapkan kajian kes ini.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengetua Politeknik Shah Alam,

Tuan Haji Yusoff Harun AMN, Ketua-Ketua Jabatan teratamanya Encik Mohammad

Abu Hassan, selaku Ketua Jabatan Perdagangan dan kepada semua pensyarah di

Politeknik Shah Alam yang terlibat sebagai responden kerana telah banyak memberikan

keijasama dan bantuan dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk

penghasilan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian kes ini.

(9)

V

ABSTRAK

Kajian kes ini bertajuk " Penggunaan Internet dan Multimedia dalam Proses

Pengajaran di Kalangan Pensyarah : Satu Tinjauan di Politeknik Shah Alam". Kajian ini

bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah faktor-faktor seperti sikap pensyarah, tahap

kemudahan yang disediakan, kelebihan penggunaan internet dan multimedia serta

keperluan penggunaan internet dan multimedia mempengaruhi tahap penggunaan

internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah. Kajian ini

melibatkan seramai 97 orang responden yang mana terdiri daripada kalangan pensyarah

di empat buah jabatan induk di Politeknik Shah Alam iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan

Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package for Social Sciences) untuk membuat pengiraan kekerapan, peratus dan min.

Hasil kajian mendapati bahawa maklumbalas positif telah diberikan oleh responden

terhadap faktor-faktor yang dikaji. Namun begitu hasil kajian mendapati tahap

kemudahan yang disediakan masih tidak mencukupi. Kajian ini juga mendapati

terdapatnya keperluan penggunaan internet dan multimedia yang berbeza mengikut

jabatan. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap

penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah di

(10)

vi

ABSTRACT

This case study entitled "Penggunaan Internet dan Multimedia dalam Proses

Pengajaran di Kalangan Pensyarah : Satu Tinjauan di Politeknik Shah Alam". The

purpose of the case study is to survey whether the factors such as lecturer's attitude,

facilities provided, the advantage of using internet and multimedia and also the nature of

the courses in every department influence the level of using internet and multimedia by

lecturers in the process of instruction. A sample of 97 lecturers has been taken from four

main different departments at Polytechnic Shah Alam which are Commerce Department,

Civil Engineering Department, Mechanical Engineering Department and Electrical

Engineering Department. Data analysis is done by using SPSS software (Statistical

Package for Social Sciences). The results showed that most of the lecturers give positive

respond towards all the factors. However, the results show that most of the lecturers are

not satisfied with the level of facilities provided The nature of the courses in every

department also gives different influence towards the level of using internet and

multimedia by lecturers.There are a number of suggestions given to improve the level of

using internet and multimedia by lecturers of all polytechnics in Malaysia in the process

(11)

vii

K A N D U N G A N

B A B P E R K A R A M U K A S U R A T

P E N G H A R G A A N iv

A B S T R A K v

A B S T R A C T vi

K A N D U N G A N vii

S E N A R A I J A D U A L xi

S E N A R A I R A J A H xii

S E N A R A I L A M P I R A N xiii

B A B 1 P E N G E N A L A N 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3 1.2 Penyataan Masalah 5 1.3 Persoalan Kajian 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 7 1.6 Skop Kajian 8 1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Definisi Konsep 8 1.7.1.1 Faktor-faktor 9 1.7.1.2 Mempengaruhi 9

(12)

1.7.1.4 Internet 9 1.7.1.5 Multimedia 10 1.7.1.6 Proses 10 1.7.1.7 Pensyarah 10 1.7.2 Definisi Operasional 10

1.7.2.1 Faktor-faktor 11 1.7.2.2 Mempengaruhi 11 1.7.2.3 Penggunaan 11 1.7.2.4 Internet 11 1.7.2.5 Multimedia 12 1.7.2.6 Proses 12 1.7.2.7 Pensyarah 12

B A B 11 S O R O T A N PENUL1S 13

2.1 Kelebihan Penggunaan Internet dan Multimedia 14

2.2 Sikap Pensyarah terhadap Internet dan 19 Multimedia

2.3 Tahap K e m u d a h a n yang disediakan oleh Pihak 20 -pihak tertentu

B A B III M E T A D O L O G I P E N Y E L E D I K A N

3.0 Pengenalan 22 3.1 Rekabentuk K a j i a n 22 3.2 Persampelan 23

3.3 Instrumen Kajian 24 3.3.1 Kajian Rintis 26 3.4 Kaedah Pengumpulan Data 27

(13)

3.6 Andaian Pengkaji 30

3.7 Limitasi 31

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 32

4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 32

4.2 Bahagian B : Sikap Responden Terhadap 36

Internet dan Multimedia

4.3 Bahagian C : Pandangan Responden Terhadap 40

Kemudahan yang Disediakan

4.4 Bahagian D : Kelebihan Serta Keperluan 41

Penggunaan Internet dan Multimedia dalam Proses Pengajaran

4.4.1 Bahagian D ( I ) : Kelebihan Penggunaan 42

Internet dan Multimedia

4.4.2 Bahagian D ( I I ) : Keperluan Penggunaan 44 Internet dan Multimedia

B A B IV P E R B I N C A N G A N , K E S I M P U L A N D A N C A D A N G A N

5.0 Pengenalan 46 5.1 Perbincangan 46

5.1.1 Sikap Pensyarah Terhadap Penggunaan 47 Internet dan Multimedia

5.1.2 Pandangan Pensyarah Terhadap 4 8 Kemudahan yang Disediakan

5.1.3 Kelebihan Penggunaan Internet dan 48 Multimedia dalam Proses Pengajaran dan

(14)

X

5.1.4 Keperluan Penggunaan Internet dan 49 Multimedia mengikut Jabatan

5.2 Kesimpulan 50 5.3 Cadangan 51

5.3.1 Cadangan Hasil Kajian 51 5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 52

B I B L I O G R A F I 53

(15)

xi

S E N A R A I J A D U A L

N O . J A D U A L TAJTJK M U K A S U R A T

3.1 Bilangan Responden 24 3.2 Aktiviti-aktiviti Penyediaan, Pengedaran dan 27

Pengumpulan Borang Soa] Selidik

3.3 Gabungan Pilihan 29 3.4 T a f s i r a n M i n 30 4.1.1 Latar belakang responden mengikut jantina 33

4.1.2 Latar belakang responden mengikut kelayakan akademik 33 4.1.3 Latar belakang responden mengikut pengalaman keija 34

4.1.4 Latar belakang responden mengikut jabatan 35 4.2.1 Sikap responden terhadap penggunaan internet 37

dan multimedia.

4.2.2 Nilai min bagi item nombor 1 - 9 37 4.3.1 Pandangan responden terhadap kemudahan yang 40

disediakan.

4.3.2 Nilai min bagi item nombor 10 - 1 3 40 4.4.1 (a) Kelebihan penggunaan internet dan multimedia. 42

(16)

xii

S E N A R A I R A J A H

N O R A J A H T A J U K M U K A S U R A T

4.1.1 Latar belakang responden mengikut jantina 33 4.1.2 Latar belakang responden mengikut kelayakan akademik 34

4.1.3 Latar belakang responden mengikut pengalaman keija 35

(17)

SENARAI L A M P I R A N

L A M P I R A N T A J U K M U K A SURA T

A Borang soal selidik 55 B Keputusan Alpha Crombach 63

(18)

P E N G E N A L A N

Dalam abad ke 21 kini, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah berlaku dengan pesatnya di seluruh dunia, begitu juga dengan Malaysia.

Perkembangan yang pesat ini j u g a telah memberikan kesan yang sangat ketara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.

Perkembangan teknologi m o d e n dan penggunaan teiknologi maklumat berperantarakan komputer merupakan salah satu cabaran untuk Malaysia terus bersaing dan bertahan dalam dunia m o d e n masa kini. Hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan teknologi maklumat ini dapat dilihat melalui pembentukan Wawasan 2020. Ia berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara m a j u dengan sebuah negara yang sedang membangun (Arun, 1999).

(19)

P e r k e m b a n g a n teknologi m a k l u m a t ini telah m e m p e r k e n a l k a n kepada kita

istilah-istilah seperti dunia tanpa s c m p a d a n , globalisasi, rangkaian m a k l u m a t ,

internet, mu l ti me d i a dan sebagainya. Kini p e n g k o m u n i k a s i a n m a k l u m a t m e n j a d i

s e m a k i n pantas, m u d a h , lebih b e r k e s a n dan tidak lagi d i h a d k a n dengan perkataan

melalui p e n c i p t a a n m e d i u m p e r a n t a r a a n yang canggih. M a k l u m a t dan pengetahuan

baru m e n i n g k a t dari m a s a k e s e m a s a hasil daripada proses p e n g k o m u n i k a s i a n

m a k l u m a t yang pantas dan berkesan. Internet m e r u p a k a n salah satu m e d i u m

perantaraan k o m u n i k a s i m a s a kini y a n g m e m b o l e h k a n m a s y a r a k a t s e du nia

berinteraksi dan b e r k o m u n i k a s i t a n p a s e m p a d a n .

Internet m e r u p a k a n r a n g k a i a n k o m p u t e r y a n g dibina m e n g g u n a k a n protokol

r a n g k a i a n atau "bahasa rangkaian1 y a n g dikenali sebagai TCP/IP (Transtnission

Control Protocol/Internet Protocol) (Lim T a u Hvvee, ). R a n g k a i a n ini d i a s a s k a n oleh j a b a t a n P e r t a h a n a n A m e r i k a Syarikat p a d a tahun 1960-an m e l a l u i penyelidikan

y a n g diberi nama ARPA (Advanced. Research Project Agency). M a t l a m a t asalnya ialah u n t u k m e n g h a s i l k a n satu j a r i n g a n y a n g m e m b o l e h k a n p r o s e s p e m i n d a h a n data

y a n g s e l a m a t di a n t a r a k o m p u t e r - k o m p u t e r tentera y a n g terletak di t e m p a t - t e m p a t

y a n g b e r b e z a d e n g a n m e n g g u n a k a n b e b e r a p a l a l u a n k o m u n i k a s i y a n g be rl a i na n.

P a d a April t a h u n 1995, k e r a j a a n A m e r i k a Syarikat seterusnya m e n y e r a h k a n k a w a l a n

Internet k e p a d a suatu b a d a n b e b a s d a n s e k a l i g u s m e n g h a p u s k a n s e k a t a n c a p a i a n

Internet.

D i M a l a y s i a , Internet b e r m u l a p a d a 1987 m e l a l u i R a n g k a i a n K o m p u t e r

M a l a y s i a ( R a n g K o M ) y a n g t e l a h d i s a m b u n g k a n k e p a d a r a n g k a i a n Internet.

Universiti t e m p a t a n m e r u p a k a n p e n g g u n a R a n g K o M p a d a p e r i n g a t a w a l . K i n i , ia

t e l a h m e n d a p a t s a m b u t a n h a n g a t di k a l a n g a n m a s y a r a k a t di m a n a m e n g i k u t statistik,

p e n g g u n a I n t e r n e t di M a l a y s i a p a d a t a h u n 1990 d a n 1995 m a s i n g - m a s i n g ialah 18

0 0 0 d a n 7 7 8 0 0 0 d a n d i j a n g k a m e n i n g k a t m e n g i k u t t a h u n (Lim T a u H w e e , ).

P e n i n g k a t a n ini d i s e b a b k a n I n t e r n e t t e l a h m e w u j u d k a n p e l b a g a i m a n f a a t d a n

m e m a i n k a n p e r a n a n sebagai a g e n p e r u b a h a n m a s y a r a k a t t e r u t a m a n y a d a l a m

(20)

11

Peranan IT dalam sistem pendidikan semakin penting di Malaysia dan merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu alaf ketiga nanti (Hasani Hassan, 1997). Menyedari hal ini kerajaan telah membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bistari dan telah beroperasi pada tahun 1999. Sekolah bistari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam M S C telah mengaplikasikan IT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (Azam Zairi, 1997).

1.1 Latar belakang Masalah

Apabila kita mengimbas kembali sejarah silam sektor pendidikan negara ini untuk beberapa dekat yang lampau, sudah tentu kita dapat merasai senario yang berbeza dengan situasi sekarang. M e n j e l a n g alaf baru, sektor pendidikan di negara ini mengalami perubahan drastik sama ada dari segi cara penyampaian dan medium pengantaraan yang digunakan dalam pendidikan secara konvensional.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanan kurikulum. Sumber pengetahuan utama alaf baru merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. D a l a m konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat. Ia bukan hanya m a m p u m e m b a n t u tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk

mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi h a m p i r semua mata pelajaran. M a k a k e m u d a h a n seperti komputer, multimedia, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti internet diperlukan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

(21)

11

beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet sejak beberapa tahun dahulu (Lim T a u Hwee, ). Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan k o m p u t e r ini. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang m e n d a l a m kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia.

M e m a n d a n g k a n kepada kepentingan perkembangan teknologi m a k l u m a t dalam pendidikan, Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif seperti projek Sekolah Bistari Kementerian Pendidikan, Persekitaran P e m b e l a j a r a n Bistari yang diterajui M I M O S B h d (www.jaring.my/sle), Institut Pembelajaran dan Pendidikan Jarak Jauh Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, serta Pusat Pendidikan dan Latihan Jarak Jauh di Universiti Multimedia. Universiti T u n Abdul Razak (http://www.unitar.edu.my/) pula m e r u p a k a n universiti pertama negara yang menjalankan sepenuhnya proses pendidikan jarak jauh melalui Internet.

P e r u b a h a n yang besar d a l a m proses pengajaran dan p e m b e l a j a r a n dari pendidikan secara konvensional dan pendidikan berasaskan m a k l u m a t telah m e m p e n g a r u h i corak dan teknik p e m b e l a j a r a n dan p e n g a j a r a n di institusi p e n g a j i a n tinggi. K a e d a h konvensional seperti penyampaian berpusatkan pengajar, penggunaan m e d i a penyampaian m a k l u m a t atau alat bantu m e n g a j a r (seperti kertas, kapur, p a p a n hitam dan sebagainya) serta k a e d a h p e n g a j a r a n sudah dianggap tidak praktikal lagi di zaman siber kini.

(22)

11

Menurut kajian yang dilakukan oleh Adnan dan Kamaliah (1998), di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara-negara-negara Eropah, serta di negara-negara membangun seperti Malaysia, golongan yang berada di universiti adalah kelompok yang paling awal dan paling meluas menggunakan Internet. Komuniti di institusi pengajian tinggi, khususnya ahli-ahli akademik perlu membuat pelbagai persediaan terutamanya dalam mencorak proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat khususnya dari segi penggunaan multimedia dan internet. Mereka perlu mengemaskinikan pengetahuan dan menguasai kemahiran literasi komputer bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran teknologi maklumat dan supaya tidak ketinggalan zaman. Mereka j u g a perlu melengkapkan diri dan

menguasai penggunaan teknologi bagi membantu pelajar menjalani proses pembelajaran dengan lebih berkesan.

1.2 Penyataan Masalah

(23)

11

1.3 Persoalan Kajian / Hipotesis

Kajian ini dibuat bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan

seperti berikut:

1. Adakah sikap pensyarah mempengaruhi penggunaan internet dan

multimedia dalam proses pengajaran?

2. Adakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh politeknik

mempengaruhi penggunaan internet dan multimedia oleh pensyarah?

3. Adakah kelebihan penggunaan internet dan multimedia

mempengaruhi penggunaannya oleh pensyarah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

4. Adakah keperluan yang berbeza bagi setiap jabatan mempengaruhi

penggunaan internet dan multimedia oleh pensyarah dalam proses

pengajaran?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

1. Mengenalpasti sama ada sikap pensyarah mempengaruhi

penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran.

2. Mengenalpasti sama ada kemudahan-kemudahan yang disediakan

mempengaruhi penggunaan internet dan multimedia dalam proses

(24)

11

3. Mengenalpasti sama ada kelebihan penggunaan internet dan multimedia mempengaruhi penggunaannya oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengenalpasti sama ada keperluan yang berbeza bagi setiap jabatan

mempengaruhi penggunaan internet dan multimedia dalam proses

pengajaran.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat bagi mendedahkan dan menyedarkan pihak-pihak tertentu

tentang kepentingan penggunaan internet dan multimedia dalam membantu proses

pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah politeknik. Kepentingan ini

akan disusun mengikut tahap kepentingan seperti pihak pelajar, pensyarah dan pihak

politeknik.

1. Pelajar.

• Penggunaan multimedia dan internet oleh pensyarah diharap

dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap

sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Proses pembelajaran

diharap akan menjadi lebih efektif, menarik dan berkesan.

2. Pensyarah.

• Memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penggunaan

multimedia dan internet dalam proses pengajaran dan

References

Related documents

Microbiological and clinical parameters obtained. For all patients with one or more isolates of A. fumigatus , we prospectively obtained the following parame- ters: “presence of two

T cells from SLE patients, whether activated with phytohemagglutinin or in autologous mixed lymphocyte reactions, were found to yield little IL-2, to have a low response to IL-2

Forty Escherichia coli strains isolated primarily from neonatal meningitis, urinary tract infections and feces were screened for the presence of virulence genes with a newly

Thus, in eight chronically instrumented, near-term pregnant sheep, we have determined the relationships between the dose and duration of constant systemic infusions of angiotensin

Insulin binding, hexose transport and glucose metabolism were compared in adipocytes isolated from the cultured tissue.. In contrast to earlier reports that suggested that

The present study was performed to detect alterations in a1-adrenergic receptors in ischemic and reperfused myocardium using [3H]prazosin, a radioligand specific for a,-receptor

We report a real-time PCR assay capable of detecting drug-resistant human immunodeficiency virus type 1 reverse transcriptase K65R mutant virus at a level of 0.5% in polymorphic

The performance of the PCR-RLB assay was assessed and validated by using 78 reference strains belonging to 55 Mycobacterium species, 219 clinical isolates which had been identified