• No results found

Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar bagi mata pelajaran sains

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar bagi mata pelajaran sains"

Copied!
49
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN SAINS

IRRINNA SHAKINAH BINTI SUBAWI@FENDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

(2)

v

ABSTRAK

(3)

ABSTRACT

Learning style is one of most importance element that make sure student have the best quality of learning. The main focus nowadays is about the less performance of a student. The main purpose of these researches was to study the learning style among form two students from four different schools at Batu Pahat district. This research is also want to identify whether there is any learning style difference among student’s gender and make

a comparison of learning style with different grade of students. They were 120 students involved as respondent in this research. The study employed a set of questionnaire measuring on students’ different learning styles and study skills using five point scales.

The five categories of learning styles by Dunn and Dunn are Environmental, Emotional, Sociological, Physical and Psychological. Data was analysed by using Rasch Model Measurement in Winstep Software version 3.69.1.11 in order to answers all research questions. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.74. The result showed that the students’ learning styles were mainly of Emotional category with mean score

3.98, second was Sociological category (mean 3.96), third was Psychological category (mean 3.79), fourth was Physical category (mean 3.57) and finally, Environmental category (mean 3.32). The results showed that there is no significant difference of learning style among student’s gender. Result also showed that the learning style

(4)

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

1.2. Latar belakang Kajian 1.3. Pernyataan Masalah

(5)

1.4. Tujuan Kajian 1.5. Objektif Kajian 1.6. Persoalan Kajian 1.7. Hipotesis Kajian

1.8. Skop dan Batasan Kajian 1.9. Kepentingan Kajian 1.10. Jangkaan Dapatan 1.11. Kerangka Konsep 1.12. Definisi Operasi

1.12.1. Gaya Pembelajaran 1.12.2. Mata Pelajaran Sains 1.12.3. Gred Pencapaian 1.13. Rumusan

8 8 8 9 9 10 11 11 12 13 13 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1. Pengenalan 2.2. Pembelajaran 2.3. Gaya Pembelajaran

2.4. Kerangka Teori Gaya Pembelajaran 2.4.1. Domain Behavioris

2.4.2. Domain Kognitif 2.4.3. Domain Sosial 2.4.4. Domain Humanis 2.5. Model Gaya Pembelajaran

2.5.1. Model Gaya Pebelajaran Dunn & Dunn(1978) 2.5.2. Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumfort (1992)

2.5.3. Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984) 2.5.4. Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) 2.5.5. Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al. (1995)

(6)

ix

2.6. Kepentingan Untuk Mengetahui Gaya Pembelajaran 2.7. Kajian-kajian Lepas

2.8. Rumusan

26 26 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan

3.2. Reka Bentuk Kajian 3.3. Lokasi Kajian

3.4. Populasi dan Sampel Kajian 3.5. Instrumen Kajian

3.6. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 3.6.1. Kesahan Instrumen

3.6.2. Kebolehpercayaan Instrumen 3.6.2.1. Kajian Rintis 3.7. Kaedah Pengumpulan Data

3.8. Analisis Data 3.9. Carta Alir Kajian 3.10. Rumusan

31 31 32 32 33 34 35 36 43 44 46 48

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1. Pengenalan 4.2. Analisis Data

4.2.1. Analisis Faktor Demografi Terpilih Responden

4.2.2. Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains

4.2.2.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya Pembelajaran Pelajar

4.2.3. Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina Responden

49

49 50

(7)

4.2.3.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Lelaki 4.2.3.2. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Perempuan 4.2.4. Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Gred Pencapaian Pelajar

4.2.4.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Gred A 4.2.4.2. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Gred B 4.2.4.3. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Gred C 4.3. Penutup

58 64 74 75 81 87 96

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan

5.2. Perbincangan Kajian

5.2.1. Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains

5.2.2. Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina 5.2.3. Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar

5.3. Kesimpulan 5.4. Cadangan

5.5. Cadangan Kajian Lanjutan

98 98 99 102 103 105 106 107

RUJUKAN 108

(8)

xi

SENARAI JADUAL

2.1 Sukuan Gaya Pembelajaran Kolb’s 23

3.1 Skala Likert 33

3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Dimensi Gaya Pembelajaran 34

3.3 Skor Alpha-Cronbach 36

3.4 Ringkasan Statistik 30 Responden Yang Diukur 37

3.5 Ringkasan Statistik 48 Item Yang Diukur 37

3.6 Pengukuran Polariti Item 39

3.7 Pengukuran Item 40

3.8 Pengukuran Nilai Residual Terpiawai 41

3.9 Ringkasan Jumlah Item Yang Kekal dan Digugurkan 42

3.10 Ringkasan Statistik Selepas Kajian Rintis 43

3.11 Tahap Responden Berdasarkan Min 45

3.12 Ringkasan Kaedah Analisis dan Instrumen Kajian Yang Digunakan Terhadap Persoalan Kajian yang Dibina

46

4.1 Bilangan dan Peratusan Responden Kajian 50

4.2 Peratus Persetujuan Responden Terhadap Item Konstruk Gaya Pembelajaran

52

(9)

4.9 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Persekitaran [Responden Lelaki]

58

4.10 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Emosional [Responden Lelaki]

60

4.11 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Sosiologikal [Responden Lelaki]

61

4.12 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Fizikal [Responden Lelaki]

62

4.13 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Psikologikal [Responden Lelaki]

63

4.14 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Bagi Responden Lelaki

63

4.15 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Persekitaran [Responden Perempuan]

64

4.16 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Emosional [Responden Perempuan]

66

4.17 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Sosiologikal [Responden Perempuan]

67

4.18 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Fizikal [Responden Perempuan]

68

4.19 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Psikologikal [Responden Perempuan]

69

4.20 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Bagi Responden Perempuan

69

4.21 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Berdasarkan Jantina Responden

70

4.22 Analisis Perbezaan Kecenderungan Antara Responden Lelaki Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan

71

4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina Pelajar

(10)

xiii

4.24 Nilai-t Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Antara

Responden Lelaki Dengan Perempuan Dalam Setiap Dimensi Gaya Pembelajaran

74

4.25 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Persekitaran [Responden Gred A]

76

4.26 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Emosional [Responden Gred A]

77

4.27 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Sosiologikal [Responden Gred A]

78

4.28 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Fizikal [Responden Gred A]

79

4.29 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Psikologikal [Responden Gred A]

80

4.30 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Bagi Responden Gred A

80

4.31 Analisis Item Bagi Dimensi Persekitaran [Responden Gred B]

81

4.32 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Emosional [Responden Gred B]

83

4.33 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Sosiologikal [Responden Gred B]

84

4.34 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Fizikal [Responden Gred B]

85

4.35 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Psikologikal [Responden Gred B]

86

4.36 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Bagi Responden Gred B

86

4.37 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Persekitaran [Responden Gred C]

87

4.38 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Emosional [Responden Gred C]

(11)

4.39 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Sosiologikal [Responden Gred C]

90

4.40 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Fizikal [Responden Gred C]

91

4.41 Analisis Item Bagi Gaya PembelajaranDimensi Psikologikal [Responden Gred C]

92

4.42 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Bagi Responden Gred C

92

4.43 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar

93

4.44 Analisis Perbezaan Kecenderungan Antara Responden Gred A, Gred B dan Gred C Berdasarkan Item Soalan

94

4.45 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar

95

4.46 Nilai-t Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Antara Responden Gred A, Gred B Dan Gred C Dalam Setiap Dimensi Gaya Pembelajaran

(12)

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 12

2.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978) 19 2.2 Empat Sukuan dalam Gaya Pembelajaran Kolb’s (1984) 23

2.3 Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) 25

2.4 Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al. (1995) 25

3.1 Carta Alir Operasi Kajian 47

4.1 Peta Pembolehubah Taburan Item dan Responden 51

4.2 Taburan Responden Lelaki dan Perempuan Di Skala Logit Masing-Masing

(13)

SENARAI SINGKATAN

α - Alpha-Cronbach

SMK (P) - Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) SPSS - Statistical Package for the Social Science FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(14)

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988

B Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Mata Pelajaran Sains 2011

C Elemen dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978)

D Borang Soal Selidik

E Borang Pengesahan Soal Selidik

F (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran (b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional (c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal (d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal (e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

G (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran (Responden Lelaki)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional (Responden Lelaki)

(15)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal (Responden Lelaki)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal (Responden Lelaki)

H (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran (Responden Perempuan)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional (Responden Perempuan)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal (Responden Perempuan)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal (Responden Perempuan)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal (Responden Perempuan)

I (a) DIF Antara Responden Lelaki dan Responden Perempuan (b) Jadual Susunan Pengukuran Responden Mengikut Jantina (c) Jadual DGF Jantina dan Konstruk Gaya Pembelajaran

J (a) Peta Taburan Item dan Responden Gred A (b) Peta Taburan Item dan Responden Gred B (c) Peta Taburan Item dan Responden Gred C

K (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran (Responden Gred A)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional (Responden Gred A)

(16)

xix

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal (Responden Gred A)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal (Responden Gred A)

L (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran (Responden Gred B)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional (Responden Gred B)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal (Responden Gred B)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal (Responden Gred B)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal (Responden Gred B)

M (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran (Responden Gred C)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional (Responden Gred C)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal (Responden Gred C)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal (Responden Gred C)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal (Responden Gred C)

N (a) DIF Item Antara Responden Gred A, Gred B dan Gred C (b) Jadual Susunan Pengukuran Responden Gred A, Gred B dan

Gred C

(17)

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan langkah pencapaian matlamat menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Ini selaras dengan hasrat keenam daripada cabaran Wawasan 2020 iaitu: “Untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan” [1].

(18)

2

Laporan Jawatankuasa Kabinet serta Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dirumus dan dinyatakan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” [2].

Intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan negara. Matlamat sistem pendidikan adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dengan menekankan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia berhasrat untuk memenuhi keperluan negara kini dan pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, ia bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap kepimpinan dan kemakmuran negara.

1.2. Latar Belakang Kajian

Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif dalam usaha untuk mencapai status negara maju. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya Sains dan Teknologi. Warganegara yang berbudaya Sains dan Teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti semangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan Sains dan Teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan Sains dan Teknologi [2].

(19)

pendidikan sains di Malaysia bertujuan untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi [2]. Kurikulum Sains digubal untuk pelajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan kepada keperluan negara dan ciri sejagat sains, iaitu mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni [2].

Mata pelajaran Sains merupakan subjek wajib yang diambil oleh pelajar sejak peringkat sekolah rendah lagi. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 (Lampiran A), lima waktu seminggu (200 minit) diperuntukkan bagi proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Pelajar diberi peluang untuk meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Ini kerana konsep baru Sains perlu diperkenalkan dengan contoh-contoh yang konkrit [3]. Sains juga adalah satu mata pelajaran yang memerlukan kebolehan, kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk memahami dan membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja tetapi dipengaruhi faktor-faktor seperti minat, motivasi, persekitaran, konsep kendiri dan harga diri [4].

Penguasaan ilmu sains merujuk kepada peri pentingnya pemahaman pelajar dalam konsep-konsep sains dalam perkembangan intelek dan seterusnya akan dapat menimbulkan keterampilan teknologi. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana penguasaan ilmu sains penting dalam memacu pembangunan dan membawa negara ke barisan hadapan mengepalai inovasi dan teknologi terbaru [5].

(20)

4

insan. Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan [6].

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambahbaik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh [7]. Lantaran itu, pencapaian akademik pelajar menjadi kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem pendidikan. Setiap manusia perlu untuk mencapai kecemerlangan dalam proses pembelajaran kerana ilmu adalah penting dalam menjalani kehidupan seharian. Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya untuk cemerlang. Antaranya termasuklah faktor keluarga, guru, sekolah dan yang paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri [8].

Salah satu faktor penting yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik [9]. Pelajar perlulah mengenalpasti dan menyesuaikan diri mereka dengan gaya pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih efektif. Menurut [10], gaya pembelajaran yang betul adalah penting kerana ia boleh meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan seterusnya dapat menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang. Kesilapan dalam mengaplikasikan sesuatu gaya pembelajaran akan memberi kesan yang tidak baik terhadap pencapaian akademik seseorang individu [11].

(21)

memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana guru perlu dibekalkan kemahiran mengenalpasti gaya pembelajaran dan juga bagaimana hendak menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan tujuan memperkembangkan potensi akademik pelajar secara maksimum. Ini kerana kebanyakkan pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza mengikut personaliti yang berbeza-beza. Kajian [13] mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan beliau mengatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, begitu juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”

1.3. Pernyataan Masalah

Sememangnya tidak dapat dinafikan seseorang individu yang lahir ke dunia ini mempunyai personaliti dan gaya yang tersendiri termasuklah dalam proses pembelajaran. Pelajar mempraktikkan gaya pembelajaran yang telah sedia ada dalam diri masing-masing dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran sangat penting bagi setiap pelajar kerana ia mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap pencapaian akademik di mana gaya pembelajaran telah menyediakan satu mekanisme pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap pencapaian akademik mereka [9].

Secara umumnya, gaya pembelajaran antara pelajar adalah berlainan. Begitu juga dengan hasil pencapaian yang diperolehi oleh mereka. Kebanyakkan daripada mereka tidak menyedari tentang gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar ini mengaplikasikan gaya pembelajaran yang tidak dapat memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Apabila pelajar mengetahui gaya pembelajaran yang sebenar dan mengamalkannya, secara tidak langsung ia akan dapat membantu mereka untuk menyusun strategi yang berkesan dalam proses pembelajaran mereka [11].

(22)

berbeza-6

beza. Sesetengah daripada mereka berjaya tetapi pada peringkat yang sederhana sahaja. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003 [14]. Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian sains pelajar empat buah sekolah kawalan di Batu Pahat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Jadual 1.1 : Pencapaian Sains Pelajar Tingkatan Dua Di Empat Buah Sekolah Kawalan Di Batu Pahat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Markah Gred SMK (P)

Temenggong

Ibrahim

SM Tinggi

Batu Pahat

SMK Tun

Aminah

SMK Dato

Bentara

Luar

75-100 Lulus dengan cemerlang (A) 33.33% 30.24% 31.77% 29.98%

50-74 Lulus (B dan C) 56.57% 60.03% 54.48% 51.66%

40-49 Lemah (D ) 7.58% 7.43% 8.23% 9.83%

0-39 Gagal (E) 2.53% 2.30% 5.52% 8.53%

Berdasarkan Jadual 1.1, pencapaian sains pelajar tingkatan dua dalam peperiksaan akhir tahun 2011 menunujukkan 33.33% pelajar SMK(P) Temenggong Ibrahim lulus cemerlang, 56.57% lulus, 7.58% lemah dan 2.53% gagal. Bagi pelajar SM Tinggi Batu Pahat pula terdapat 30.24% pelajar yang lulus dengan cemerlang, 60.03% lulus, 7.43% lemah dan 2.30% gagal. Manakala bagi pelajar di SMK Tun Aminah, pelajar yang lulus cemerlang sebanyak 31.77%, lulus sebanyak 54.48%, lemah sebanyak 8.23% dan gagal sebanyak 5.52%. Dan akhir sekali bagi pelajar SMK Dato Bentara Luar didapati 29.98% lulus dengan cemerlang, 51.66% lulus, 9.83% lemah dan 8.53% gagal dalam peperiksaan tersebut.

(23)

memerlukan kelulusan yang baik dalam pencapaian akademik, maka pencapaian setiap pelajar terutamanya pencapaian sains, harus diberi perhatian serius supaya apa yang diinginkan pelajar selepas tamat sekolah dapat dicapai dengan jayanya [15].

Untuk memperoleh pencapaian yang tinggi dalam pelajaran, beberapa aspek penting perlu diambil kira sama ada bagi pihak pelajar atau pihak pengajar. Adalah penting bagi seseorang pelajar itu untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan apa yang dipelajarinya bagi mendapatkan pencapaian yang memuaskan dan cemerlang dalam akademiknya [15]. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah bagi melahirkan pelajar yang berwibawa dan berkeyakinan sebelum melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi atau pun sebelum menceburi bidang kerjaya mereka kelak. Pendidik tidak lagi membuat andaian bahawa semua pelajar akan belajar melalui apa jua strategi pengajaran kerana pengiktirafan kepentingan adaptasi kurikulum terhadap sifat keunikan pelajar adalah perlu, demi mencapai kejayaan dalam akademik [10].

(24)

8

1.4. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua di empat buah sekolah menengah kawalan di sekitar daerah Batu Pahat, Johor. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar serta membuat perbandingan gaya pembelajaran antara pelajar berbeza gred pencapaian.

1.5. Objektif Kajian

Kajian ini ingin mengenalpasti tiga objektif utama iaitu:

(a) Mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan pelajar berdasarkan lima gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn dan Dunn (1978).

(b) Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan jantina.

(c) Membuat perbandingan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gred pencapaian mereka.

1.6. Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif-objektif yang dikehendaki, kajian yang dijalankan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

(a) Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar?

(25)

1.7. Hipotesis Kajian

Terdapat lima set hipotesis atau jangkaan yang dirangkakan bagi memenuhi objektif kajian.

(a) Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Persekitaran berdasarkan jantina pelajar.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Persekitaran berdasarkan jantina pelajar.

(b) Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Emosional berdasarkan jantina pelajar.

Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Emosional berdasarkan jantina pelajar.

(c) Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar.

Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar.

(d) Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Fizikal berdasarkan jantina pelajar.

Ha4: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Fizikal berdasarkan jantina pelajar.

(e) Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Psikologikal berdasarkan jantina pelajar.

Ha5: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya pembelajaran dimensi Psikologikal berdasarkan jantina pelajar.

1.8. Skop dan Batasan Kajian

(26)

10

orang pelajar Tingkatan Dua dari setiap sekolah yang telah dipilih. Jumlah responden yang terlibat secara keseluruhannya adalah seramai 120 orang (30 orang responden perempuan daripada SMK(P) Temenggong Ibrahim, 30 orang responden perempuan daripada SMK Tun Aminah, 30 orang responden lelaki dari SM Tinggi Batu Pahat dan 30 orang responden lelaki dari SMK Dato Bentara Luar). Pelajar-pelajar Tingkatan Dua bagi sesi persekolahan 2012 dipilih kerana mereka merupakan sebahagian daripada calon-calon pelajar yang bakal mengikuti aliran Teknik dan Vokasional di peringkat pendidikan menengah atas.

Memandangkan terdapat pelbagai model gaya pembelajaran, pengkaji hanya menggunakan Inventori Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) untuk mengukur gaya pembelajaran para pelajar. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dipilih kerana ia adalah model multidimensi yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang tinggi serta mempunyai asas penyelidikan yang kukuh [ 18], [19] dan [20].

Pembolehubah pencapaian sains bagi responden adalah berdasarkan kepada Penilaian Kuriukulum Satu tahun 2012 pada bulan Februari 2012 dan tidak mengambil kira tahap pencapaian akademik sepanjang pengajian mereka.

Metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan hanya menggunakan borang soal selidik berpandukan kepada model lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

1.9. Kepentingan Kajian

(27)

Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengenalpasti gaya pembelajaran yang dapat memberi kesan yang baik terhadap pencapaian akademik mereka untuk diamalkan dan seterusnya akan memberi peluang kepada para pelajar untuk menyusun strategi pembelajaran yang berkesan. Diharap juga agar kajian ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi pihak-pihak yang ingin membuat kajian selanjutnya serta untuk tujuan ilmiah yang lain.

1.10. Jangkaan Dapatan

Terdapat beberapa jangkaan yang dapat dibuat oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini. Antaranya adalah:

(a) Pelajar dapat mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh mereka sama ada sesuai ataupun sebaliknya.

(b) Pelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan mengamalkan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka sendiri.

(c) Pengajar atau guru dapat selaraskan gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar yang berbeza-beza untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.11. Kerangka Konsep

(28)

12

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

1.12. Definisi Operasi

1.12.1. Gaya Pembelajaran

Gaya bermaksud sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Menurut [3], gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya untuk memproses, mentafsir dan memperolehi maklumat, pengalaman atau kemahiran yang diingini. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menentukan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan kepada Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978). Maklumat lanjut mengenai ciri-ciri gaya pembelajaran model ini akan dijelaskan dalam Bab 2.

Gaya Pembelajaran

 Cara pengumpulan data dan maklumat

 Cara belajar

 Cara sampaikan maklumat

Hasil Pengajaran

dan pembelajaran Isi pengajaran

(Tetap)

(29)

1.12.2. Mata Pelajaran Sains

Mata pelajaran Sains merupakan salah satu subjek teras wajib yang perlu diambil oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia [21]. Dalam kajian ini, mata pelajaran Sains yang dimaksudkan adalah mata pelajaran Sains Tingkatan Dua.

1.12.3. Gred Pencapaian

Menurut [22], pencapaian bermaksud pelajar-pelajar mengikut kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui ujian atau peperiksaan. Dalam konteks kajian ini, pencapaian merujuk khusus kepada pencapaian Sains dikalangan pelajar Tingkatan Dua di empat buah sekolah yang dikaji iaitu SMK(P) Temenggong Ibrahim, SM Tinggi Batu Pahat, SMK Tun Aminah dan SMK Dato Bentara Luar.

1.13. Rumusan

(30)

14

BAB 2

SOROTON KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan perkara yang berkaitan dengan gaya pembelajaran di samping model gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini. Bab ini juga turut memuatkan kajian lepas yang berkaitan dengan gaya pembelajaran.

2.2. Pembelajaran

Pembelajaran adalah satu fenomena yang sebati dalam kehidupan manusia. Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Perubahan tingkah laku yang mengambil masa beberapa minit tidak dipanggil pembelajaran [23]. Pembelajaran secara amnya diertikan sebagai proses memperoleh ilmu pengetahuan ataupun kemahiran. Sekiranya pengajaran dapat mempengaruhi pelajar sehingga tingkah lakunya mengalami perubahan yang dapat diperhatikan selepas pengajaran berbanding sebelum pengajaran, maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku [24]. Pembelajaran merupakan satu proses yang mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku [24].

(31)

perlakuan adalah bukti mudah sesuatu pembelajaran telah berlaku [26]. Teori Piaget ada menyatakan kanak-kanak tidak menerima pengetahuan secara pasif tetapi mereka menerima dan membina pengetahuan baru melalui aktiviti [27].

Pembelajaran merupakan satu proses yang memerlukan tempoh untuk penggabungan ilmu. Pembelajaran akan jadi lebih mudah apabila isi kandungan yang dipelajari adalah sesuatu yang tidak asing. Di samping itu faktor dalaman dan luaran juga akan memberi kesan pada proses pembelajaran [28]. Menurut [29], pembelajaran merupakan kegiatan yang bergantung kepada akal dan melibatkan ingatan. Pembelajaran yang berjaya adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam matlamat sesebuah pembelajaran ilmu.

2.3. Gaya pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan yang ada pada setiap individu. Gaya pembelajaran adalah bersifat biologikal, dan akan berkembang hasil daripada pengalaman hidup seseorang [30].

Terdapat pelbagai definisi gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli psikologi. Gaya pembelajaran merujuk kepada pendekatan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Selain itu gaya pembelajaran juga melambangkan ciri-ciri kualiti individu yang tetap walaupun suasana sekeliling telah berubah [31]. Menurut [32], gaya pembelajaran adalah kaedah tersendiri individu untuk mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu dapat melihat dan memproses sesebuah pengalaman [33].

Berdasarakan definisi oleh [3], gaya pembelajaran adalah cara belajar sesorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya individu tersebut dapat memproses, mentafsir dan memperolehi maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini dalam setiap proses pembelajaran yang dialami.

(32)

16

(menggunakan otak kiri) ataupun secara menyeluruh dan serentak (menggunakan otak kanan). Gaya pembelajaran juga menerangkan bagaimana seseorang bertindakbalas pada persekitaran tempat pembelajaran berlaku, sama ada maklumat diserap secara konkrit atau secara abstrak. Pelajar mula untuk menumpukan pada pembelajaran, memproses maklumat dan seterusnya mengekalkan semua pengetahuan baru dan sukar bagi mereka. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berlainan. Kecenderungan seseorang individu itu dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi, fizikal dan psikologi.

Berdasarkan kesemua takrifan daripada tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa gaya pembelajaran merupakan kecenderungan pelajar dalam mengamalkan cara atau teknik pembelajaran mereka yang tersendiri di mana ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor personaliti pelajar tersebut. Gaya pembelajaran yang diamalkan ini seterusnya dapat memberikan pengaruh yang kuat terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar [34].

2.4. Kerangka Teori Gaya Pembelajaran

Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah [3]. Teori-teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa domain seperti domain behaviorisme, domain kognitif, domain sosial dan domain humanis.

2.4.1. Domain Behavioris

(33)

ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara „rangsangan‟ dan „gerakbalas‟ yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara

umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal [35]. Secara umumnya, teori-teori pembelajaran inilah yang menjadi dasar kepada gaya pembelajaran seseorang individu.

2.4.2. Domain Kognitif

Domain kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan [35].

2.4.3. Domain Sosial

(34)

18

2.4.4. Domain Humanis

Domain humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli domain ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum [35].

2.5. Model gaya pembelajaran

Terdapat pelbagai Model Gaya Pembelajaran yang biasa digunakan oleh pengkaji-pengkaji lepas dalam mengenalpasti gaya pembelajaran seseorang. Antara Model Gaya Pembelajaran yang biasa diguna ialah Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran Canfield, Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford, dan Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al.. Pengkaji menggunakan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn kerana aspek penilaian adalah menyeluruh, ia menyentuh aspek luaran dan dalaman seseorang pelajar [36].

2.5.1. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) dalam [24], menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar,

(35)

c) gaya pembelajaran individu akan bertindakbalas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan

d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.

Dunn dan Dunn menyatakan individu dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5 dimensi iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.1. Lima dimensi ini mempengaruhi keupayaan seseorang individu terhadap persekitaran pembelajarannya.

Rajah 2.1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) [24]

Elemen-elemen yang terdapat dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dirumuskan dalam Lampiran C.

Persekitaran Bunyi Cahaya Suhu Reka Bentuk

Motavasi Kecekalan Tanggungjawab Struktur

Emosional

Rakan sebaya

Kendiri Kumpulan Dewasa Pelbagai

Sosiologi

Fizikal Persepsi Indera Makan minum Masa Mobiliti

Analitik Global Otak Kiri/

Kanan

Refleksi Diri

(36)

20

2.5.2. Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1992)

Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis [37].

(a) Aktivis

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ‟obses‟ terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci. Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.

(37)

(b) Reflektif/reflektor

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif/reflektor berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya.

Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka adalah tinggi.

(c) Teoris

Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta mensintesis. Mereka berpegang kepada „jika ianya logik maka ia boleh digunakan‟. Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan. Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat global dan subjektif.

(38)

22

Secara saintifiknya, mereka cenderung untuk menggunakan otak kiri untuk memproses maklumat yang mereka perolehi. Mereka bersifat objektif dalam melihat sesuatu pandangan atau idea daripada pelbagai perspektif supaya mereka dapat melihat situasi tersebut dengan lebih jelas. Kajian mendapati golongan lelaki didapati lebih cenderung kepada gaya pembelajaran teoris.

(d) Pragmatis

Kajian mendapati mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih konfiden, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.

Golongan pragmatis berpegang kepada „kaedah sentiasa ada‟ dan „jika kaedah itu berguna maka ianya baik‟. Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak

mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Pelajar pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.

2.5.3. Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984)

David Klob (1984) dipetik dari [38] telah mengemukakan gaya pembelajaran melalui pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman iaitu:

(39)

2) Pemerhatian reflektif adalah pembelajaran yang melibatkan pemerhatian teliti sebelum membuat keputusan, melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif dan melihat kepada makna sesuatu perkara.

3) Konseptual abstrak adalah pembelajaran berdasarkan analisis logikal, perancangan yang sistematik dan pemahaman secara intelektual terhadap sesuatu situasi.

4) Eksperimentasi aktif pula merujuk kepada kemampuan untuk melakukan sesuatu sehingga selesai, mengambil risiko, mempengaruhi orang lain dan bertindak terhadap sesuatu perkara.

Kolb juga telah membahagikan aktiviti pembelajaran pelajar kepada dua bahagian iaitu persepsi (perception) dan pemprosesan (processing). Selepas penerimaan maklumat, maklumat akan diproses dan pemprosesan maklumat ini berbeza mengikut gaya setiap individu. Kedua-dua dimensi yang bertentangan ini iaitu persepsi dan proses digabungkan menjadi empat sukuan gelagat pembelajaran seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Empat Sukuan dalam Gaya Pembelajaran Kolb‟s [25].

Kolb‟s Experiential Learning Style

Concrete & Experience (sensing/feeling)

Reflection & Observation (review/watching) Test Hypothesis &

New Situation (doing/planning)

Abstraction & Generalization (thinking/concluding) Concrete,

active (activists)

Concrete, reflective (reflectors)

Abstract, active (pragmatist)

(40)

24

Jadual 2.1 menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri pembelajaran pelajar dalam setiap jenis sukuan.

Jadual 2.1: Sukuan Gaya Pembelajaran Kolb‟s

Sukuan Penerangan

Sukuan Jenis I  Merupakan gabungan di antara Concrete Experience dangan Active Experience.

 Memberikan tindak balas yang baik pada penerangan yang diberikan oleh guru.

 Memberikan tindak balas yang positif terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

 Guru merangsang pelajar dengan mengalakkan motivasi yang ada dalam diri pelajar.

Sukuan Jenis II  Gabungan di antara Concrete Experience dengan Reflective Observation.

 Bertindakbalas secara optimum kepada sesi pengajaran dan pembelajaran.

 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila pelajar berpeluang melakukan refleksi.

 Guru bertindak sebagai pakar.

Sukuan Jenis III  Sukuan ini merupakan hasil gabungan Active Experimentation dan Abstract Conceptualization.

 Sentiasa bekerjasama dan berusaha menyelesaikan masalah yang diberikan.

 Guru sebagai pembimbing

 Mengambil pengajaran dari kesilapan yang lalu.

 Guru bertindak sebagai fasilitator yang memberikan panduan.

Sukuan Jenis IV  Gabungan Reflector Observation dan Abstract Conceptualization.

 Pelajar gemar mengaplikasikan informasi atau maklumat yang diperolehi ke dalam situasi yang baru.

 Guru bertindak sebagai pemerhati untuk memberi peluang meneroka perkara yang menjadi tarikan.

2.5.4. Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)

(41)

RUJUKAN

1. Arshad, A. R. Pemikiran Tun Dr.Mahathir Mohamad Dalam Pendidikan Negara: Implikasinya Ke Atas Dasar Pendidikan Negara Masa Kini dan Masa Hadapan. Siri Ucap Utama Institut Pemikiran Tun. Dr. Mahathir Mohamad (IPDM). Siri Simposium Berkala 1 “Pendidikan”. Sintok: Institut Pemikiran Tun. Dr. Mahathir

Mohamad. 2004. ms 15-27.

2. Curriculum Development Centre. Integrated Curriculum For Secondary Schools. Science Syllabus. Malaysia: Pusat Perkembanagn Kurikulum. 2007.

3. Mok S. S. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1&2): Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2003.

4. Buntat, Y. et. al. Hubunagn Antara Harga Diri dan Pencapaian Sains Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: 2008.

5. Ibrahim, N.H., Surif, J. & Mustapa M.S. Kefahaman dan Tahap Amalan Pembelajaran Secara Kontekstual di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2006.

(42)

110

7. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan. Dipetik dari http://www.moe.gov.my

8. Johari, A.Z., Mohd Meerah, T. S. & Abdullah, M.A. Strategi Pembelajaran. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2003.

9. Kamaruddin, M.I. & Mohamad, A. Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2005.

10. Dunn, R. and Dunn, K. Teaching Elementary Students Through Their Individual Learning Styles: Practical Approach For Grades 3-6. Boston: Allyn and Bacon. 1992.

11. Muhammad, S. Tinjauan Terhadap Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-Pelajar Semester Dua Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Tun Hussein Onn: 2003.

12. Mohamed Noor, K. Belajar Teknik Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributor Sdn. Bhd. 2002.

13. Slavin R.E. Educational Psychology: Theory and Practice. 5th Ed. USA: Allyn and Bacon. 1997.

14. National Centre For Education Statistics (2007). Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Dicapai dari

http://nces.ed.gov/timss/table07_1.asp.

(43)

16. Abu, B. Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK: 2000.

17. Ng, S. C. Relationship Between Learning Styles and Understanding of Selected Chemical Concepts Among Pre-University Science Students. Tesis Sarjana. Universiti Malaya: 2005.

18. Griggs, S. A. Learning Styles Counseling. ERIC digest. ERIC Clearinghouse on Counseling and Personnel Services. (ED 341 890- Microfiche- Digest in ERIC Database). 1991.

19. Lovelace, M. K. Meta-Analysis of Experimental Research Based on the Dunn and Dunn Model. Journal of Educational Research. 2005. 98(3): 176-183.

20. Tendy, S., & Geiser, W. The Search For Style: It All Depends on Where You Look. Retrieved from ERIC database. 1997.

21. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/1988. Malaysia. 1988.

22. Nik Zain, S. N. Y. Faktor Yang Mempengaruhi Murid-murid Untuk Belajar Dengan Tekun dan Memimpin : Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia: 1981.

23. Dale H.S. Learning Theories. An Educational Perspective. 2nd Edition. Prentice Hall, Inc. A Simon & Schuster Company. 1996.

(44)

112

25. Stephen B. K. Learning Principle and Application. 5th Edition. London: SAGE Publication Ltd. 2009.

26. Guy R. L. Theories Of Human Learning. What the Old Man Said. 4th Edition. USA: Allyn and Bacon. 2000.

27. Meyers, C. et. al. Promoting Active Learning: Strategies for the College Classroom. Jossey-Bass Pte. Ltd. San Francisco : 1993.

28. Gavin R. Learning Styles and Inclusion. London: Paul Chapman Publishing. 2005.

29. Mohd Nor, K. Belajar Teknik Belajar Di Sekolah dan Di Universiti. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd. 2001.

30. Dunn, R., Honigsfeld, A., & Doolan, L. Impact Of Learning-Style Instructional Strategies On Students‟ Achievement And Attitudes: Perceptions Of Educators In

Deverse Institutions. The Clearing House, 82(3), 135-140. 2009.

31. De Bello, T. C. How Parents Perceive Students' Learning Style. Principal, 76, 38-39. 1996.

32. Felder, R.M. dan Henriques, E.R. Learning and Teaching Styles in Foreign and Second Language Education. Foreign Language Annals, 28(1), 21-21. 1995.

33. McCarty, B. & McCarty, D. Teaching Around The 4Mat Cycle. Designing Instruction for Diverse Learners with Diverse Learning Styles. London: Corwin Press. 2006.

(45)

35. Santrock, J. W. Educational Psychology. 4th Edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc. 2009.

36. Sapar, H. Tinjauan Terhadap Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di UTHM. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2007.

37. Honey, P. dan Mumford. The Manual of Learning Style. 2nd Edition. United Kingdom: Peter Honey. 1992.

38. Mohamad Zakaria, Z. B. Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik. Tinjauan di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia: 2007.

39. Abu, B., Md Johan, O., Syed Mansor, S.M.S., & Jaafar, H. Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2007.

40. Mahyuddin, R., Mohd. Isa, A. M. dan Lope Pihie, Z. A. Asas Pendidikan II: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Malaysia: Longman. 1995.

41. Kowalski, K. M. What‟s Your Learning Style? Current Health 1. 2001. 25(1): 20-32.

42. Dunn, R. dan Stevenson , J.M. Teaching Diverse College Students To Study A Learning Style Prescription. College Student Journal. 1997. 31(3): 333-339.

(46)

114

44. Constant, K.P. Using Multimedia Techniques To Address Diverse Learning Styles In Materials Education. Journal of Materials Education. 1997.19: 1-8.

45. Zywno, M. S. & Waalen, J. K. The Effects Of Individual Learning Styles On Student Outcomes In Technology-Enabled Education. Global Journal of Engineering Education 2002.6(1):35- 43.

46. De Vita, G. Learning Styles, Culture, And Inclusive Instruction In Multicultural Classroom: A Business And Management Perspective. Innovations in Education and Teaching International. 2001.38 (2): 165-174.

47. Low X. X. Pola Gaya Pembelajaran Pelajar-pelajar Di Kelas Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah Sains Muar. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2003.

48. Om, N.A. Kajian TerhadapKaedah Pembelajaran Yang di Amalkan oleh Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2007

49. Ting, H. S. Gaya Pembelajaran Sains Tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2006.

50. Yee M. H. Pola Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik di Daerah Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2002.

(47)

52. Omar, F. Keberkesanan Pembelajaran Secara Kolaboratif Terhadap Prestasi Mata Pelajaran Pengurusan Perniagaan (P315) Pelajar Sijil Simpan Kira Semesta 4 di Politeknik Seberang Perai. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: 2002.

53. Awang, M. S. Dan Rahim, S. E. Gaya Pembelajaran Pelajar Semester 7 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana Muda. Universiti Pendidikan Sultan Idris: 2001.

54. Keri, G. Males And Females College Students` Learning Styles Differ: An Opportunity For Instructional Diversification. College Student Journal. 2002. 36 (3): 36, 433-450.

55. Philbin, M., Meier, E., Huffman, S., & Boverie, P. A Survey Of Gender And Learning Styles. Sex Roles Journal of Research. 1995. 32(7-8): 485-497.

56. Khamis, M. Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia: 2002.

57. Muhd. Sidik, S. S. P. Kajian Terhadap Gaya Pembelajaran Pelajar Aliran Vokasional Di Sekolah Menengah Teeknik. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun Huseein Onn Malaysia: 2007.

58. Mohd. Yusof. Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar Perakaunan. National Seminar Memeperkasakan Sistem Pendidikan. Johor Bahru: 2005.

(48)

116

60. Che Abd. Razak. N. S. Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2008.

61. Pasiak, T. “Revolusi IQ, EQ,SQ”. PTS Millenia Sdn. Bhd. Selangor : 2008.

62. Amir, N. F. H. Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Kejuruteraan Dalam Subek Berkaitan Grafik Kejuriteraan Berkomputer. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2009.

63. Abu Hassan, N. Perkaitan Antara Pencapaian Awal, Kaedah Pengajaran, Gaya Pembelajaran dan Kesukaran Subjek Matematik Di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan. Tesis PHD. Universiti Kebangsaan Malaysia : 2001.

64. Muhammad, S. Tinjauan Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Semester 2 Diploma Pemasaran. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Tun Hussein Onn : 2003.

65. Davidson, P.S. Matehmatics Learning Viewed From Neurobiological Model For Intellectual Functioning. ERIC : ED 239914: 1983.

66. Conllison, E. A Survey Of Elementary Students‟ Learning Style Preferences And

Academic Success. Contemporary Education (71): 42-47 : 2000.

67. Gadt-Johnson, C.D. & Price, G.E. Comparing Students With High And Low Preferences For Tactile Learning. Education (120): 581-586 : 2000.

68. Merican, S. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: McGraw Hill. 2000.

(49)

70. Johari, K. Penyelidikan DalamPendidikan (Konsep dan Prosedur). Malaysia: Prentice- Hall. 2003.

71. Idris, N. Penyelidikan Pendidikan. Malaysia; McGraw Hill. 2010.

72. Abdul Ghafar, M. N. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Universiti Teknologi Malaysia: 2003.

73. Konting, M. M. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.

74. Suter, W. N. Introduction To Educational Research. A Critical Thinking Approach. California: SAGE Publication, Inc. 2006.

75. Mertler, C. A. & Charles, C. M. Introduction To Educational Research. 5th Edition. New York: Pearson Education, Inc. 2005.

76. Punch, K. F. Introduction to Research Methods in Education. London : SAGE Publication, Ltd. 2009.

77. Wiersma, W. & Jurs, S. G. Research Method in Education. 8th Edition. New York: Pearson Education, Inc. 2005.

78. Linacare, J. M. Winstep Computer Program Version 3.48. : www.winsteps.com : ( 30 April 2012)

References

Related documents

In addition to the similarity in the dose of AII necessary to elicit a 20-mm Hg rise in mean arterial pressure in normal women and sheep, we also observed that, as in the human (6),

The present studies were undertaken to assess the adrenergic mechanisms by which epinephrine stimulates glucose production and suppresses glucose clearance in man: epinephrine (50

The dependency trees produced by existing con- version methods (Magerman, 1994; Collins, 1999; Yamada and Matsumoto, 2003), which have been used by all recent papers on

Comparing French PP attachment to English, German and Swedish Martin Volk and Frida Tidstr o?m Stockholm University Department of Linguistics 106 91 Stockholm, Sweden volk@ling su

The learned surface text patterns are applied in an ontology population al- gorithm, which not only learns new in- stances of classes but also new instance- pairs of relations..

The conventional transform domain image enhancement technique of alpha rooting has long been used for enhancing high contrast edge information and sharp features in

paper ID 41201624 International Journal of Research in Advent Technology, Vol 4, No 1, January 2016 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 73 Energy aware Datacenter

Large scale fi- nite state language processing systems built using tools such as the Xerox Finite State Tool (Kart- tunen et al., 1996; Karttunen et al., 1997; Beesley and