• No results found

Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia"

Copied!
11
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU(KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

Ahmad Johari Bin Sihes & Ei Siew Moi Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah pembelajaran pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia. Persoalan yang dikaji menyentuh aspek beban kerja, masalah pengurusan masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan masalah kewangan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar tahun 4SPH iaitu seramai 114 orang. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang memuatkan item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan persoalan kajian. Skala yang digunakan ialah skala Likert lima poin. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS 15.0) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek beban kerja, pengurusan masa, peranan pensyarah dan kewangan pada tahap sederhana manakala masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak fakulti untuk membantu menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar semasa mereka mengikuti kursus di Universti Teknologi Malaysia.

Abstract: The purpose of this research is to investigate the learning problems that exist among the fourth year students of Technology and Educational (Living Skill) Degree Program at Universiti Technology Malaysia. The investigation was related to the problems on work load, time management, aspects of lecturers, usage of English and financial problems. All of the students (114) were involved in the research. The instrument consist of a questionnaire which include items that lead to the information on respondents’ background and the research question. Data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS15.0) to acquire the value of frequency, percentage and mean for every item on a likert scale. Result showed that the respondents experiencing in the moderate level problem of work load, time management, aspects of lecturers and financial problems but facing the high level of problem on the usage of English. This research provides some useful information for the faculty on the learning problems among the students and suggests ways to overcome them.

Katakunci: masalah pembelajaran, pelajar Tahun Empat, Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup)

Pengenalan

(2)

ini diteruskan bagi ambilan tahun 2002 hingga 2007 dengan mengekalkan syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Pernyataan Masalah

Kebanyakan Pelajar PKPG Tahun 4 SPH berumur diantara 28 hingga 41 tahun. Keadaan mereka yang lama meninggalkan alam persekolahan secara formal di antara enam hingga belasan tahun mungkin menimbulkan masalah bagi mereka setelah kembali semula menjadi pelajar. Ini kerana daya ingatan manusia akan mula berkurangan selepas mencapai umur dua puluh tahun. Seringkali kedengaran rungutan daripada kelompok ini bahawa usia menyebabkan mereka sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik di UTM.

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dijelaskan di atas, maka pengkaji mengambil kesempatan untuk melakukan kajian untuk mengetahui apakah tahap masalah pembelajaran (akademik) yang dihadapi oleh pelajar PKPG tahun 4SPH di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Dapatan kajian ini agar dapat menjadi rujukan kepada pelajar lain untuk mengatasi masalah pembelajaran mereka demi mempertingkatkan lagi pencapaian akademik dari semasa ke semasa.

Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran Pelajar PKPG Tahun 4 SPH. Antara objektif kajian adalah seperti berikut :

1 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek beban kerja yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

2 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek pengurusan masa yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

3 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek peranan pensyarah dalam masalah pembelajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

4 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

5 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek kewangan yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

Kepentingan Kajian

Kajian ini akan melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Tahun 4 SPH di dalam pembelajaran mereka di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengkaji berharap kajian ini dapat membantu menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar dan memberi cara mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya pelajar yang mengambil pengajian Kemahiran Hidup sebagai kursus di UTM. Ia juga menjadi panduan kepada pelajar lain supaya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk memperbaikinya pada masa akan datang.

(3)

Batasan Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada tahap masalah beban kerja, pengurusan masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan kewangan dan yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

Kajian ini dijalankan ke atas Pelajar Tahun 4 SPH (PKPG) sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Johor kerana mereka telah mempunyai pengalaman sepanjang tempoh pengajian mereka di sini. Kejituan kajian ini adalah bergantung kepada sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut semasa memberikan jawapannya melalui borang selidik yang diberikan.

Metodologi

Populasi dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini, populasi dan sampel yang dipilih terdiri daripada keseluruhan pelajar PKPG Tahun 4 yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknolgi serta Pendidikan (Pengajian Kemahiran Hidup) di kampus UTM Skudai Johor. Jumlah sampel ialah 114 orang yang terdiri daripada perempuan dan lelaki. Keseluruhan mereka ini telah mengalami proses pembelajaran sekurang-kurangnya selama dua tahun di UTM.

Menurut Mohd Najib (2003), lebih besar sampel maka akan lebih mantap kajian yang dijalankan kerana dapat mengurangkan ralat apabila sampel tidak mewakili atau mempunyai ciri populasi. Di samping itu juga beliau menegaskan bahawa dengan membesarkan saiz sampel boleh meninggikan keesahan dan kebolehpercayaan skor. Ini bermakna lebih besar saiz sampel yang digunakan lebih tepat hasil kajian yang diperolehi sekaligus dapat mengurangkan ralat terhadap persampelan.

Instrumen kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Penggunaan soal selidik sebagai kaedah untuk mendapatkan data kajian adalah disebabkan ianya mudah dikendalikan, lebih mudah mendapat kerjasama daripada responden, mereka bebas memilih jawapan tanpa rasa segan dan bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan kebolehpercayaan kajian.

Menurut Mohd Najib (1999), kaedah kajian menggunakan set soal selidik merupakan satu kaedah yang paling popular. Beliau juga menyatakan bahawa soal selidik merupakan cara yang paling tepat, cepat dan menjimatkan masa untuk memperolehi maklumat secara kualitatif dan kuantitatif. Data yang diperolehi melalui kaedah soal selidik adalah lebih tepat kerana responden lebih berani untuk memberikan maklum balas terhadap aspek yang dikaji berbanding temuduga dan temubual. Respoden juga akan merasa lebih selesa dan tenang semasa menjawab soalan dan mereka bertindak secara sukarela dan tidak ada paksaan kerana mereka diberi peruntukan masa yang tertentu untuk menjawabnya.

Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian. Soalan dibentuk bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden yang terpilih. Pembahagian soal selidik adalah seperti berikut:

Bahagian A : Latar Belakang Responden

(4)

bahagian ini ialah jantina, umur , keturunan, bilangan anak, pendapatan responden, peringkat pencapaian akademik tertinggi yang digunakan untuk masuk ke UTM, serta CPA responden untuk semester Tiga.

Bahagian B; Masalah beban kerja, pengurusan masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dan masalah kewangan.

Bahagian B pula terdiri daripada 40 pernyataan. Pernyataan tersebut dibahagikan kepada 5 bahagian berdasarkan kepada masalah di kalangan pelajar. Kategori tersebut ialah masalah beban kerja, masalah pengurusan masa, peranan pensyarah, masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan masalah kewangan. Soalan-soalan (item) yang diberikan merangkumi kategori-kategori kecil dalam setiap persoalan kajian. Responden diminta membulatkan pada setiap pernyataan yang dipilih.

Tanggapan responden dalam bahagian ini diukur dengan skala likert yang terdiri daripada lima peringkat. Pengkelasan skala tersebut adalah seperti berikut :

1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak Pasti, 4 - Setuju dan 5- Sangat Setuju.

Kebolehpercayaan Instrumentasi Kajian

Kebolehpercayaan kajian ini diuji dalam satu kajian rintis terlebih dahulu dengan menggunakan Statistical Pacjage for Social Science ( SPSS) versi 15.0. Tujuan utama kajian rintis dijalankan adalah bagi menentukan kebolehpercayaan dan keesahan instrumen. Menurut Mohd Najib (2003), kajian rintis ialah satu aktiviti yang penting bagi setiap kajian tinjauan di mana selain daripada menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Oleh sebab itu, bagi memastikan instrumen kajian yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, satu kajian rintis perlu dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Dalam kajian rintis ini, sebanyak 10 sampel yang terdiri daripada pelajar PKPG Tahun 3 SPH dipilih. Kajian ini adalah untuk memastikan ketepatan soal selidik dari sudut kefahaman pelajar sama ada dari segi tatabahasa, isi kandungan, kejelasan dan kebolehpercayaan. Selain itu, kajian rintis ini juga untuk menganggarkan masa yang sesuai bagi mentadbir kajian yang sebenar.

Kajian rintis tersebut telah dijalankan pada minggu kedua semester 2007/2008. Seramai 10 sampel dipilih ke atas pelajar PKPG Tahun Tiga SPH. Nilai alpha bagi kajian rintis ialah 0.8492. Pekali Alpha Cronbach dalam SPSS 15.0 digunakan untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan.

(5)

Keputusan

Jadual 1: Min bagi setiap persoalan

Jadual 1 menunjukkan jenis masalah dan min bagi setiap masalah. Setiap masalah disusun mengikut urutan min dari nilai min tertinggi hingga ke nilai min terendah. Urutan min ini juga disusun mengikut tahap masalah iaitu dari tahap tinggi hingga ke tahap rendah.

Jadual 2: Jadual penyusunan masalah mengikut keutamaan

(6)

i. Masalah penggunaan bahasa Inggeris berada pada tahap yang tinggi.

ii. Masalah kewangan, masalah beban kerja, masalah pengurusan masa dan masalah peranan pensyarah pada tahap sederhana.

Perbincangan

Latar Belakang Responden

Responden yang terlibat terdiri daripada kesemua Pelajar PKPG Tahun 4 SPH iaitu seramai seratus empat belas orang. Enam puluh dua daripada responden lelaki merupakan kaum Melayu dan seorang daripada kaum lain-lain. Bagi responden perempuan pula, seramai tiga puluh tujuh orang adalah kaum Melayu, enam orang kaum Cina, empat orang kaum India dan empat orang daripada kaum lain-lain. Majoriti responden,iaitu seramai seratus enam orang telah berkahwin dan lapan responden yang masih belum berkahwin. Kebanyakan responden iaitu seramai empat puluh tiga responden berumur di antara 31 hingga 35 tahun, tiga puluh lima responden berumur diantara 26 hingga 30 tahun, dua puluh tiga responden berumur di antara 36 hingga 40 tahun, dua belas responden berumur 41 tahun ke atas dan seorang responden yang berumur di antara 20 hingga 25 tahun. Kebanyakan responden iaitu lima puluh lima orang mempunyai dua orang anak. Ini diikuti dengan responden yang mempunyai bilangan anak tiga orang iaitu seramai dua puluh lima responden. Seramai empat belas responden tidak mempunyai anak, sepuluh responden mempunyai bilangan anak seorang dan sepuluh responden mempunyai bilangan anak empat ke atas. kebanyakan responden iaitu enam puluh dua responden memperolehi pendapatan sekitar RM1001 hingga RM 1500. Kebanyakan respoden iaitu lapan puluh sembilan memiliki Diploma Perguruan Malaysia (DPM).

Mengenalpasti tahap masalah dari aspek beban kerja yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH

Terdapat tujuh item yang dikemukakan oleh pengkaji untuk mengkaji masalah beban kerja . Masalah beban kerja mencatatkan purata min 3.19 iaitu menduduki tempat ketiga di antara persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini. Masalah beban kerja berada pada tahap yang sederhana tinggi.

Merujuk item 3 yang mengemukakan persoalan berkaitan tugasan yang diberi oleh pensyarah memerlukan pelajar membuat banyak rujukan di perpustakaan mencatatkan min yang tertinggi iaitu 3.67. Ini bermakna responden bersetuju bahawa beban tugas yang diberi adalah banyak. Kenyataan ini disokong oleh item 6 yang menunjukkan pelajar memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan nilai min 3.39. Item 5 mencatatkan nilai min yang ketiga tinggi iaitu 3.30 yang menyatakan beban nilai kursus tidak sesuai dengan nilai kredit. Ini diikuti item 1 yang mencatatkan nilai min 3.18 di mana responden bersetuju bahawa tugasan yang diberi oleh pensyarah terlalu banyak. Kenyataan ini disokong oleh item 4 dengan nilai min 3.01 di mana responden bersetuju bahawa mereka tidak dapat tidur dengan cukup kerana banyak tugasan yang hendak disiapkan. Merujuk kepada item 7, responden menyatakan bersetuju bahawa mereka selalu tidur lewat malam untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

(7)

yang muram. Menurutnya lagi tekanan kerja akan mewujudkan rangsangan diri individu yang boleh membawa tindak balas tegangan.

Faktor lain yang menyebabkan pelajar mempunyai masalah beban kerja yang banyak ialah kerana kebanyakan responden terdiri daripada guru-guru lepasan perguruan dan lama meninggalkan alam persekolahan. Kaedah dan teknik pembelajaran adalah berbeza di dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza dan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran yang baru di universiti. Proses menyesuaikan diri tentu mengambil masa yang agak lama. Muhammad Rashid Rajuddin dan rakan (1993) dalam Mohd Arif (1995) menjelaskan beberapa batu penghalang pembelajaran bagi pelajar dewasa yang telah lama meninggalkan alam akademik ialah kelemahan dalam beberapa perkara iaitu penyesuaian diri pada situasi pembelajaran baru, ketekunan belajar dan cara pandangan mereka dalam sesuatu perkara.

Mengenalpasti tahap masalah pengurusan masa yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH

Item 8 hingga item 14 merupakan item-item yang mana soalannya berkisar kepada aspek pengurusan masa. Persoalan yang dikemukakan adalah untuk mengenalpasti masalah pengurusan masa pelajar.

Merujuk kepada item 8, responden tidak bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji matapelajaran. Ini dibuktikan dengan nilai min yang dicatatkan ialah 2.83. Responden juga tidak bersetuju dengan item 9 ,10,11,12,13 dan 14 dengan min yang dicatat ialah 2.45, 2.93, 2.79, 2.09 dan 2.47.

Secara keseluruhannya, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan. Ini menunjukkan masalah pengurusan masa pelajar berada di tahap yang sederhana rendah. Purata min yang dicatatkan ialah 2.68. Ini menunjukkan majoriti pelajar dapat menguruskan masa dengan baik. Mereka bijak membahagikan masa untuk belajar dan membuat eseimen yang diberi oleh pensyarah. Kebanyakan mereka mempunyai jadual belajar sendiri dan membuat tugasan mengikut perancangan masa. Mereka juga dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Pernyataan tersebut dapat disokong dengan dapatan kajian Norazwa (2002) di mana beliau medapati pelajar dapat mengurus masa dan menyiapkan tugasan pada waktunya.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sejumlah kecil pelajar yang bermasalah dalam pengurusan masa dapatan analisis dari item 8, sejumlah empat puluh lima (39.5%) responden tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran disebabkan beban tugasan yang diberi oleh pensyarah. Muhammad (1997) dalam kajiannya menyatakan bahawa pelajar mengalami kekurangan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan. Pelajar memerlukan perancangan masa yang rapi serta jadual harian yang sistematik bagi memastikan masa yang digunakan benar-benar berfaedah dan tidak dibazirkan dengan sia-sia.

Faridah (2000) menyatakan pengurusan yang betul ialah melibatkan masa untuk belajar dan mengurangan masa untuk yang kurang mustahak. Setiap manusia haruslah menjadi seorang pengurus dan pentadbir masa yang baik agar masa yang berlalu dipenuhi dengan pengisian yang berfaedah.

(8)

tahap peranan pensyarah dalam masalah pembelajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH

Item 15 hingga 26 merupakan item-item yang mana soalannya adalah berkisar kepada masalah peranan dan pengaruh pensyarah yang dihadapi oleh pelajar.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah pengaruh dan peranan pensyarah mencatatkan min terendah iaitu 2.56 yang berada pada tahap masalah yang sederhana rendah. Kebanyakan responden tidak bersetuju dengan item 15 bahawa penyampaian pensyarah kurang jelas dan sukar difahami dengan min yang dicatat ialah 2.34. Pelajar juga tidak menghadapi masalah untuk berhubung dengan pensyarah dengan min yang dicatat ialah 2.50. Masalah pensyarah kurang prihatin terhadap masalah pelajar semasa kuliah mencatatkan min 2.55, masalah pensyarah jarang memberi khidmat nasihat yang membantu dalam pembelajaran mencatatkan min 2.61 di mana ramai responden yang tidak bersetuju dengan item-item yang dikemukakan. Responden juga tidak bersetuju bahawa pensyarah mereka hadir kuliah tidak menepati masa dengan min yang di catat ialah 2.50.

Menurut Asmah (1989), unsur terpenting dalam proses pendidikan ialah guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan pelajar dalam pelajaran. Guru perlu mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam hal-ehwal mengajar. Beliau juga harus memperbaharui dirinya dengan ilmu-ilmu terbaru dan sentiasa mencuba dengan kaedah-kaedah baru yang sesuai dengan pelajarnya.

Menurut Rohaty (1989) dalam Leong (2000), sikap pensyarah atau guru yang bertanggunjawab dalam pengajaran tugasnya dapat membantu proses pembelajaran berjalan dengan berkesan. Pensyarah atau guru yang sedemikian mempunyai asas motivasi yang tinggi, penuh dengan inisiatif, senang berbual dan bertemu dengannya. Malah semakin mudah didekati seorang pensyarah semakin positif peranannya membantu proses pembelajarannya.

Menurut Wankowski (1970) dalam Samsul (2004), aspek hubungan pelajar dengan pensyarah di institusi pengajian tinggi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan keserasian pelajar dengan kaedah pengajaran di universiti. Dalam kajian ini, secara umumnya hubungan responden dengan pensyarah adalah baik. Mengenai sikap pensyarah responden mengakui bahawa pensyarah senang dihubungi dan hadir kuliah tepat pada masa. Penyampaian pensyarah jelas dan senang difahami. Pensyarah juga memberi motivasi kepada pelajar semasa mengajar.

Mengenalpasti tahap masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH

Terdapat lapan item yang dikemukakan oleh pengkaji yang berkaitan dengan masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Item- item tersebut ialah berkenaan penerimaan dan pemahaman pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

Dapatan daripada analisis kajian menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dengan purata min yang terdapat iaitu 3.68 yang berada pada tahap masalah yang tinggi.

(9)

kandungan buku nota dan buku rujukan dalam bahasa Inggeris . Min yang dicatat untuk item ini ialah 3.82 dimana berada di tahap masalah yang tinggi

Majoriti responden juga bersetuju bahawa mereka berasa bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian apabila pensyarah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran (item 29), min yang dicatat ialah 3.61. Item 30 hingga 32, kebanyakan responden bersetuju dengan kenyataaan bahawa mereka akan menjadi pasif, malu dan kurang berminat jika pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Min yang dicatat pada item 30 ialah 3.72, item 31 ialah 3.74 dan item 32 ialah 3.60.

Faktor utama pelajar menghadapi masalah penggunaan bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai asas yangkukuh dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Kenyataan ini boleh didapati dari dapatan analisis latar belakang responden dalam pencapaian bahasa Inggeris semasa SPM/ MCE. Majoriti responden iaitu enam puluh enam (57.9%) responden yang mendapat 7D, 8E dan 9G. Selain itu, bahasa penghantar yang digunakan di sekolah ketika itu ialah dalam bahasa Malaysia. Ini menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan bahasa Inggeris.

Menurut Ahmad (1997), beberapa sikap yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar SPH tidak membantu ke arah meningkatkan mutu bahasa Inggeris. Di antaranya ialah mereka suka membuat rujukan dalam bahasa Malaysia, tidak pernah bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dalam tempoh seminggu, tidak suka menggunakan bahasa Inggeris ketika berbincang dengan kawan-kawan atau pensyarah. Sebaliknya responden hanya akan menggunakan bahasa Inggeris apabila diperlukan sahaja. Justeru itu, perkembangan bahasa Inggeris di kalangan pelajar lemah.

Sikap malu ketika mengikuti kelas bahasa Inggeris turut dikenal pasti sebagai faktor kepada kegagalan menguasai bahasa Inggeris. Berdasarkan hasil kajian oleh Bahiyuh Abdul Hamid (1990)dalam Ahmad Tajudin (1997), beliau mendapati pelajar yang mengikuti kelas tersebut kebanyakannya diam sepanjang pengajaran, tidak ramai yang suka menjawab secara sukarela, ramai yang tidak suka memberi pendapat dan tidak berani untuk memulakan perbualan. Beliau beranggapan bahawa pelajar-pelajar bersikap demikian kerana mereka tidak tahu jawapan atau tidak faham soalan yang ditanya. Mereka merasa rendah diri kerana takut ditertawakan oleh guru atau kawan-kawan kerana lemah dalam bahasa Inggeris.

Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar kurang berminat jika kuliah diadakan dalam bahasa Inggeris. Akibatnya ada di kalangan mereka yang tidak dapat menguasai dan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.

Menurut Ahmad Tajudin (1997), pembelajaran yang membawa kepada kejayaan biasanya disusuli dengan minat yang mendalam bagi sesuatu mata pelajaran itu. Minat boleh mempengaruhi proses pembelajaran dan jika seseorang itu berminat, dia akan belajar dengan tekun sehingga berjaya walaupun dia mempunyai kebolehan yang sederhana.

Mengenalpasti tahap masalah kewangan yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH

Terdapat enam item yang dikemukakan oleh pengkaji yang berkaitan dengan masalah kewangan. Secara keseluruhan dapatan menunjukkan responden menghadapi masalah kewangan pada tahap yang sederhana tinggi. Min yang dicatat ialah 3.41.

(10)

terpaksa mengurangkan aktiviti riadah dan pemakanan untuk menjimatkan wang (item 38, 39). Majoriti juga bersetuju tambang untuk balik ke kampung adalah banyak.

Kenyataan ini mungkin disebabkan majoriti responden telah berkahwin dan mempunyai anak. Merujuk kepada analisis latar belakang responden didapati seratus enam responden telah berkahwin dan kebanyakan mereka mempunyai sekurangkurangnya dua orang anak atau lebih. Tambahan pula, kebanyakan responden mempunyai pendapatan antara RM1001 hingga RM 1500. Dengan pendapatan yang terhad ini tentu tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga kerana kos barang yang semakin meningkat pada masa kini. Menurut Samsul (2004), sebilangan besar pelajar mengalami masalah kewangan kerana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung kekurangan.

Menurut pendapat Abul Jalih (1998) dalam Rohana (2000), beliau menyatakan bahawa faktor kewangan merupakan salah satu sebab kebimbangan seseorang guru untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Kajian beliau disokong dengan hasil dapatan kajian yang dibuat oleh Mohd Arif (1995) dalam (Shahrul 1998). Kajian beliau menunjukkan masalah kewangan merupakan salah satu masalah besar kerana para pelajar yang beliau kaji mengakui bahawa mereka terpaksa kerja dan makan dengan kadar yang sederhana kerana kekurangan wang.

Rumusan

Berdasarkan perbincangan dapatan kajian dan hasil analisis data yang dilakukan, pengkaji dapat membuat rumusan seperti berikut :

i. Pelajar PKPG Tahun 4 SPH menghadapi masalah beban kerja pada tahap yang sederhana tinggi iaitu dengan purata min 3.19. Beban kerja akan menimbulkan masalah kepada pelajar kerana sistem semester yang dijalankan di university menghendaki setiap satu mata pelajaran yang diambil diselesaikan dalam tempoh satu semester sahaja. Jika pelajar gagal, mereka terpaksa mengulang semula mata pelajaran berkenaan pada semester berikutnya. Keadaan ini akan memberi tekanan jiwa kepada pelajar. Oleh itu pensyarah perlu menganalisis tugas dan membahagikan tugas secara terperinci berdasarkan kemampuan dan kecekapan pelajar.

ii. Pelajar PKPG Tahun 4 SPH menghadapi masalah pengurusan masa pada tahap yang sederhana rendah iaitu dengan purata min 2.64. Walaupun majority responden telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga mereka masih dapat memanfaatkan masa dengan baik untuk menyelesaikan tugasan yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran mereka di UTM tetapi ia memerlukan sedikit pengorbanan dalam satu-satu masa.

iii. Pelajar PKPG Tahun 4 SPH menghadapi masalah yang berhubung kait dengan peranan dan pengaruh pensyarah berada pada tahap yang sederhana rendah iaitu dengan purata min 2.56. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa penyampaian pensyarah kurang jelas dan sukar difahami. Ini bererti pensyarah yang ideal dapat menyampaikan kuliah dengan jelas dan logik. Daripada analisis kajian, pengkaji berpendapat bahawa kualiti dan sikap pensyarah sebagai pendidik amat penting dan memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan pencapaian pelajar.

(11)

semasa proses pengajaran dan pembelajaran, sentiasa bimbang, tidak yakin dan tidak bermotivasi terutama di dalam kelas tutoran.

v. Pelajar PKPG Tahun 4 SPH menghadapi masalah kewangan pada tahap masalah yang sederhana tinggi iaitu dengan purata min 3.41. Kenyataan ini mungkin disebabkan majoriti responden telah berkahwin dan mempunyai anak. Merujuk kepada analisis latar belakang responden didapati seratus enam responden telah berkahwin dan kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak atau lebih. Tambahan pula, kebanyakan respoden mempunyai pendapatan antara RM1001 hingga RM 1500. Dengan pendapatan yang terhad ini tentu tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga kerana kos barang yang semakin meningkat pada masa kini. Tambahan pula, pelajar PKPG hanya dibayar separuh gaji di dalam tempoh pengajian, yang boleh menjadi satu bebanan yang berat untuk mengagihkan sumber kewangan kepada keluarga dan diri sendiri.

Rujukan

Aniza Abu Bakar et al.(2004). Mengubah Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Melalui Pembentangan Soalan Esei Dalam Kelas Tutoran Biologi. Satu Kajian Tindakan. Unit Biologi, Kolej Matikulasi Pahang : 2-3.

Ahmad Tajudin Abd Rahim (1997). Persepsi Terhadap Penguasaan dan Penggunaan Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Asmah Hj Ahmad ( 1989 ). Pedagogi I, Kuala Lumpur : Longman Sdn Bhd. Cranton, P.A (1992). Planning Instruction For Adult Learners.Canada:Wall Emerson. Ins: 4.

Cross, P. K (1981). Adults As Learners. San Francisco : Jossey Bay:125. Crow, L.D at. El.A (eds). Reading in the Human Learning. New York : Mekay: 7-19.

Faridah Bt Abd Wahad ( 2000) .Satu Kajian Kes di Kalangan Pelajar Wanita Yang Telah Berrumahtangga Yang Melanjutkan Pelajaran Di Universiti Teknologi Malaysia . Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.

Hashim Bin Buang ( 1999). Masalah Pembelajaran ( Akademik) Pelajar-Pelajar KDKPK . Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Jasman Bin Basit (1998). Pertalian Pengurusan Masa Dengan Prestasi Akademik Pelajar Universiti Teknologi Malaysia . Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Kamal Basha Madarsha (1981). Peranan Teknologi Pendidikan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

References

Related documents

International Journal of Research in Advent Technology, Vol 7, No 1, January 2019 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 164 Domination on Minimum Diameter Spanning Tree V

International Journal of Research in Advent Technology, Vol 7, No 1, January 2019 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 470 Malicious Nodes and its defending mechanisms

The Third International Chinese Language Processing Bakeoff: Word Segmentation and Named Entity Recognition..

Korean is very much like German without the V2 phenomenon: the verbal head can only be in clause-final position (i.e., head 1 from Figure 5. However, passiviza- tion and scrambling

a) To collect the database of different Indian classical ragas sung by experts of different age group. b) To convert time series of raga to frequency

4 Contrasting senses and translations In order to contrast the English senses with the Portuguese translations, we submitted the se- lected sentences (cf. We asked

ond, third or fourth position of the word. Since Basque is entirely suffixing, if it complied to ACA, we’d expect the distributions to be simi- lar. This was chosen because it is one

paper ID 46201626 International Journal of Research in Advent Technology, Vol 4, No 6, June 2016 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 93 Distance Based Outlier Detection