TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASILITI BANGUNAN DI SEKTOR AWAM MALAYSIA MOHD SABRI BIN MAT DERIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

164  Download (0)

Full text

(1)

MOHD SABRI BIN MAT DERIS

(2)

DEDIKASI

Kepada isteriku, semua anak-anakku dan keluarga yang menjadi aspirasi dalam menyempurnakan kursus ini.

(3)

PENGHARGAAN

Kesyukuran kepada Allah SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam kerana dengan taufik dan hidayatNya sahajalah telah dapat saya menyempurnakan satu tugasan kajian projek ini dengan kadar yang termampu.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan bimbingan yang berguna kepada saya di sepanjang melaksanakan kajian projek ini khususnya kepada penyelia saya Prof. Dr. Abdul Hakim bin Mohammed , begitu juga Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali (Penyelaras Program Sarjana Pengurusan Fasiliti), Prof. Madya Dr. Buang bin Alias, En. Shahabudin bin Abdullah dan lain-lain kakitangan Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Kuala Lumpur, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Unit Elektrik, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam menjayakan kajian projek ini.

Seterusnya kepada semua responden yang telah meluangkan masa dan memberi kerjasama untuk menjawab soal selidik dan temu bual yang dijalankan semasa kajian ini dilaksanakan.

Dengan penglibatan semua pihak diatas, maka kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya. Hanya doa dan terima kasih sahaja yang dapat saya sampaikan atas segala sumbangan tuan/puan, semoga semuanya sentiasa diberkati Allah SWT.

(4)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia. Penekanan kepada keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam amat penting kerana ketidakselesaan kakitangan yang bekerja didalamnya akan memberi impak langsung kepada sistem penyampaian kerajaan dan pembangunan negara. Objektif kajian ini yang pertama adalah untuk mengenalpasti kerangka pengukuran tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia. Manakala objektif kedua adalah mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia. Daripada kajian literatur, penulis telah kenal pasti parameter-parameter dan elemen-elemen utama untuk pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan iaitu elemen-elemen penting seperti dasar dan struktur penyenggaraan, pendekatan kaedah penyenggaraan, penjadualan dan pelaksanaan kerja, pengurusan maklumat dan CMMS, pengurusan kontrak penyenggaraan, pengurusan alat ganti, pengurusan sumber manusia, aspek kewangan, dan penambahbaikan berterusan. Pengumpulan data adalah buat melalui kajian temu bual dan soal selidik. Melalui kaedah sampel secara rawak, data-data diambil dari pelbagai kategori jabatan kerajaan yang terdiri dari pejabat, sekolah, kem-kem tentera dan lain-lain yang terletak disekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penganalisisan data secara teknik statistik deskriptif dan

inferentialseperti Summarize frequencies, Crosstabulation dan Pearson Correlation.

Semua hasil kajian ini diperolehi menerusi output program komputer SPSS dan Microsoft Excel 2003. Penemuan menunjukkan bahawa aspek pematuhan elemen-elemen utama pengurusan penyenggaraan bagi bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah didapati majoriti (98%) sampel premis bangunan kerajaan belum lagi mencapai tahap penyenggaraan yang amat berkesan dan cemerlang.

(5)

ABSTRACT

The purpose of this study is to measure the effectiveness of maintenance management of public facilities in Malaysia. As unfit workplaces for staff will give a negative impact to the government’s delivery system and nation development, effective maintenance of public sector facilities is therefore very important. The first objective of the study is to identify a framework of measurement for the effectiveness of maintenance management of public facilities in Malaysia. Second objective is to evaluate a status of the effectiveness of maintenance management of public facilities in Malaysia. From literature review, the author has identified the key parameters and elements to measure the effectiveness of maintenance management such as maintenance policy deployment & organization, maintenance approach, job planning & scheduling, information management and computerize maintenance management system (CMMS), spare part management, human resource management, contracting out management, financial aspect and continuous improvement. In this study, data were collected through random interviews and questionnaire surveys from various categories of public departments in Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur such as offices, schools, army camps and etc. Data analysis was carried out by applying both statistical descriptive and inferential techniques such as Summarize frequencies, Crosstabulation and Pearson Correlation methods. The output from the data analysis was computed through SPSS software program and Microsoft Excel 2003. The findings show that compliance aspects of main elements for government buildings in Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur is still lacking where majority (98%) of the samples do not achieve an excellence level of the effective maintenance indicators.

(6)

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

MUKA DEPAN i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI GAMBARAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Skop Kajian 6 1.5 Metodologi Kajian 7 1.6 Batasan Kajian 10

1.7 Justifikasi dan Kepentingan Kajian 11

(7)

2.0 PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASILITI BANGUNAN DI SEKTOR AWAM

2.1 Pengenalan 15

2.2 Fasiliti Bangunan 16

2.3 Definisi dan Matlamat Penyenggaraan 17

2.4 Fungsi Penyenggaraan 18

2.5 Konsep dan Skop Penyenggaraan 21

2.6 Keperluan Pengurusan Penyenggaraan 25

2.7 Kerangka Pengurusan Penyenggaraan 26

2.8 Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Penyenggaraan

29

2.9 Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Di Sektor Awam

35

2.10 Fasiliti Bangunan Kerajaan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

38

2.11 Ringkasan 39

3.0 KERANGKA KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASLITI BANGUNAN DI SEKTOR AWAM

3.1 Pengenalan 41

3.2 Kajian Literatur Pengukuran Pengurusan Penyenggaraan

42

3.3 Kepentingan Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

42

3.4 Model Pengukuran Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan .

45

3.4.1 Elemen 1: Dasar Penyenggaraan dan Struktur Organisasi

47

3.4.2 Elemen 2: Pendekatan Kaedah Penyenggaraan

48

3.4.3 Elemen 3: Perancangan dan Penjadualan Kerja

(8)

3.4.4 Elemen 4: Pengurusan Maklumat dan CMMS

49

3.4.5 Elemen 5: Pengurusan Alat ganti 49

3.4.6 Elemen 6: Pengurusan Sumber Manusia 49

3.4.7 Elemen 7: Kontrak Penyenggaraan 50

3.4.8 Elemen 8: Aspek Kewangan 50

3.4.9 Elemen 9: Penambahbaikan Berterusan 51

3.5 Faedah Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan 51

3.6 Ringkasan 52

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan 54

4.2 Reka Bentuk Kajian 55

4.3 Peringkat Kajian Literatur 56

4.4 Peringkat Kajian Secara Temu Bual Berstruktur 58

4.5 Peringkat Kajian Secara Soal Selidik 60

4.6 Reka bentuk Soal Selidik 63

4.7 Instrumentasi Dan Pengukuran Dalam Kajian Soal Selidik

68

4.8 Andaian Penemuan Kajian 70

4.9 Populasi Dan Saiz Sampel 71

4.10 Pengumpulan Data 72

4.11 Memproses Data 73

4.12 Teknik Analisis Data 74

4.13 Ringkasan 74

5.0 ANALISIS DATA DAN PENEMUAN

5.1 Pengenalan 76

5.2 Kaedah Analisis Data 77

5.3 Penemuan Analisis Kajian Temu bual 77

5.4 Penemuan Analisis Kajian Soal selidik 86

5.5 Latar Belakang Responden Pengurusan Penyenggaraan

(9)

5.6 Latar Belakang Premis Bangunan Kerajaan 91 5.7 Analisis Tahap Keberkesanan Pengurusan

Penyenggaraan

95

5.8 Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan Berdasarkan Persepsi Respoden

95

5.9 Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan Berdasarkan Pematuhan Elemen-Elemen Utama Penyenggaraan

97

5.10 Analisis Responden Terhadap Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

98

5.11 Korrelasi Faktor –Faktor Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

105

5.12 Ringkasan 106

6.0 RUMUSAN DAN PERAKUAN

6.1 Pengenalan 109

6.2 Rumusan Kerangka Pengukuran Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

110

6.3 Rumusan Tahap Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

111

6.4 Rumusan Latar Belakang Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

112

6.5 Rumusan Hubungkait Faktor Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

113

6.6 Perakuan Penambahbaikan 114

6.7 Cadangan Kajian Lanjutan 115

6.8 Penutup 116

RUJUKAN 117

(10)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Bilangan premis bangunan kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

38

4.1 Bilangan populasi premis bangunan kerajaan dibawah kajian

72

5.1 Taburan gred jawatan responden temu bual 78

5.2 Taburan tempoh pengalaman responden 79

5.3 Taburan penglibatan responden dari segi skop/ jenis aset

80

5.4 Taburan penglibatan responden dari segi skop perkhidmatan

81

5.5 Taburan penilaian responden terhadap elemen-elemen cadangan

82

5.6 Taburan penilaian responden berpengalaman bangunan terhadap elemen-elemen cadangan

84

5.7 Taburan penilaian responden berpengalaman jalan terhadap elemen-elemen cadangan

85

5.8 Senarai jabatan dan taburan responden 87

5.9 Senarai jawatan dan taburan responden 88

5.10 Taburan responden mengikut jantina 89

5.11 Taburan responden mengikut kelayakan 90

5.12 Taburan responden mengikut jurusan 91

5.13 Taburan kategori umur bangunan 92

(11)

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.15 Taburan kategori tanggungjawab penyenggaraan bangunan

94

5.16 Taburan Tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan berdasarkan persepsi responden

96

5.17 Taburan tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan berdasarkan pengukuran pematuhan elemen-elemen utama

98

5.18 Jabatan terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

99

5.19 Umur bangunan terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

101

5.20 Saiz premis aset terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

102

5.21 Tanggungjawab senggara terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan

penyenggaraan

104

5.22 Analisis korrelasi elemen-elemen utama terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

(12)

SENARAI GAMBARAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta aliran metodologi kajian 8

2.1 Perkaitan produkiviti organisasi dengan kecekapan penyenggaraan

19

2.2 Kos kitaran hayat sesuatu fasiliti/mesin 20

2.3 Jenis penyenggaraan fasiliti 21

2.4 Model pengurusan penyenggaraan secara umum

28

2.5 Prinsip-prinsip RCM 30

2.6 Proses pelaksanaan tujuh langkah semakan logikal RCM

31

2.7 Prinsip-prinsip TPM 32

3.1 Bagaimana pengurusan penyenggaraan boleh memaksimumkan keuntungan organisasi

43

3.2 Mengoptimumkan kos penyenggaraan

pencegahan

44

3.3 Mengukur prestasi penyenggaraan: faktor utama dalam pengurusan penyenggaraan berkesan

46

4.1 Rangka kerja teoritikal 63

5.1 Taburan gred jawatan responden temu bual 78

5.2 Taburan tempoh pengalaman responden 79

5.3 Taburan penglibatan responden dari segi skop/ jenis aset

80

(13)

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

perkhidmatan

5.5 Taburan penilaian responden terhadap elemen-elemen cadangan

83

5.6 Taburan penilaian responden berpengalaman bangunan terhadap elemen-elemen cadangan

84

5.7 Taburan penilaian responden berpengalaman jalan terhadap elemen-elemen cadangan

85

5.8 Taburan responden mengikut responden 88

5.9 Taburan responden mengikut jawatan 89

5.10 Taburan responden mengikut jantina 89

5.11 Taburan responden mengikut kelayakan 90

5.12 Taburan responden mengikut jurusan 91

5.13 Taburan kategori umur bangunan 92

5.14 Taburan kategori saiz premis bangunan 93

5.15 Taburan kategori tanggungjawab penyenggaraan bangunan

94

5.16 Taburan Tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan berdasarkan persepsi responden

96

5.17 Taburan Tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan berdasarkan pengukuran pematuhan elemen-elemen utama

98

5.18 Jabatan terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

100

5.19 Umur Bangunan terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

101

5.20 Saiz premis aset terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan

103

5.21 Tanggungjawab senggara terhadap purata tahap keberkesanan pengurusan

penyenggaraan

(14)

SENARAI SINGKATAN

5S - Seiri- Sisih, Seiton-Susun, Seiso– Sapu,Seiketsu– Seragam ,Shitsuke– Sentiasa berdisiplin dan kebersihan CMMS - Computerised Maintenance Management System/Sistem

Pengurusan Penyenggaraan Berkomputer

INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara

JKR - Jabatan Kerja Raya

JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan

JPM - Jabatan Perdana Menteri

JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran

JUPEM - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

KBS - Kementerian Belia & Sukan

Kekkwa - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

KEMAS - Jabatan Kemajuan Masyarakat

Kementah - Kementerian Pertahanan

KKR - Kementerian Kerja Raya

LCC - Life Cycle Cost/ Nilai kos kitaran hayat

PDRM - Polis Di Raja Malaysia

RCM - Reliability Centred Maintenance/Penyenggaraan Memfokuskan Kebolehharapan

SMI - Small and Medium Industry

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

(15)

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

TPM - Total Productive Maintenance / Penyenggaraan Produktif Menyeluruh

(16)

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

I Borang Temu Bual Berstruktur 119

II Borang Soal Selidik 120

III Data Mentah Kajian Temu Bual dan

Soal Selidik

124

IV Output Analisis

Statistik-Summarize Frequencies-Data Temu Bual

131

V Output Analisis

Statistik-Crosstabulation-Data Temu Bual

132

VI Output Analisis

Statistik-Summarize Frequenciess-Data Soal Selidik

144

VII Output Analisis

Statistik-Crosstabulation-Data Soal Selidik

146

VIII Output Analisis Statistik-Pearson Correlation-Data Soal Selidik

(17)

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap organisasi sama ada awam atau swasta perlu mempunyai premis kerja yang sesuai bagi mereka menjalankan aktiviti atau operasi sesebuah organisasi untuk mencapai objektifnya. Premis kerja merupakan keperluan yang asas untuk penempatan para pekerja, mesin, peralatan, bahan, dokumentasi, maklumat, ruang kerja, ruang urusniaga dengan para pelanggan dan sebagainya. Premis kerja selalunya terdiri dari bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan yang disebut juga sebagai fasiliti fizikal bagi sesebuah organisasi.

Setiap negara adalah diibaratkan sebagai satu organisasi yang besar di mana kerajaan perlu menyediakan fasiliti fizikal yang cukup dan sempurna untuk jentera dan kakitangan kerajaan mengurus negara dengan berkesan. Kerajaan Malaysia telah menyediakan bangunan-bangunan dan fasiliti fizikal di sektor awam yang baik untuk tujuan tersebut.

Setiap bangunan-bangunan kerajaan dan fasiliti fizikal di sektor awam ini perlu diurus dan disenggara dengan cekap dan berkesan supaya ianya mampu memberi perkhidmatan sokongan yang utama dalam mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi kerajaan. Penyenggaraan setiap bangunan-bangunan kerajaan adalah penting bagi mengurangkan gangguan atau tergendalanya perkhidmatan agensi kerajaan yang terbabit yang beroperasi dalam sesuatu bangunan kerajaan. Kegagalan

(18)

menyenggara bangunan-bangunan kerajaan dan fasiliti fizikal di sektor awam akan memberi prestasi dan imej yang kurang baik kepada sesebuah agensi kerajaan.

Dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam ini melibatkan penyelarasan pelbagai sumber dan faktor yang berkaitan. Ia perlu diuruskan secara bersistematik dan berkesan yang mana aktiviti ini disebut sebagai pengurusan penyenggaraan. Kejayaan atau kegagalan penyenggaraan fasiliti fizikal di sektor awam sangat bergantung kepada keberkesanan pengurusannya.

Keberkesanan pengurusan penyenggaraan bangunan-bangunan dan aset kerajaan adalah faktor yang penting bagi memastikan agensi kerajaan yang berkaitan berfungsi untuk mencapai objektif masing-masing bagi kepentingan rakyat dan negara.

Oleh itu dalam kajian ini penulis akan mengenal pasti kerangka yang sesuai bagi mengukur tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan, dan seterusnya menganalisis tahap sebenar keberkesanan pengurusan penyenggaraan yang dicapai oleh agensi-agensi kerajaan terhadap penyenggaraan fasiliti bangunan di jabatan masing. Adalah dijangkakan hasil penemuan kajian ini nanti boleh dijadikan sebahagian dari sumber untuk penambahbaikan dalam penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam masyarakat Malaysia selepas merdeka hari ini, suasana kehidupan rakyat telah banyak berubah jika dibandingkan di masa lampau dan semasa era penjajahan. Cara hidup mereka semakin kompleks, kegiatan ekonomi yang aktif dan taraf hidup yang semakin meningkat. Suasana aktiviti ekonomi dan pekerjaan rakyat sekarang juga telah berubah dari aktiviti tradisional kepada penggunaan pengetahuan dan teknologi yang lebih tinggi. Pembangunan insan dan nilai-nilai kehidupan sosial yang lebih baik juga menuntut pihak kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur awam dan perkhidmatan yang lebih baik, sempurna dan canggih.

(19)

Kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit bagi menyediakan pelbagai kemudahan asas di dalam dan di luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di dalam negara kita. Semua kemudahan tersebut memerlukan penyelenggaraan yang baik bagi menjamin jangka hayat yang lebih lama dan menentukan ianya berada dalam keadaan baik, selamat untuk digunakan, bahkan boleh menyediakan suasana tempat yang selesa dan menjimatkan perbelanjaan. Jika aspek penyelenggaraan tidak diberi perhatian sewajarnya maka kesannya ialah kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi membaikpulih dan membina semula kemudahan tersebut (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2003)

Bangunan kerajaan dan fasilitinya merupakan aset organisasi yang amat bernilai, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai aset yang kurang dititik beratkan dan jarang diurus dengan sempurna. Kegagalan dan ketidaksempurnaan penyenggaraan premis dan bangunan kerajaan boleh memberi kesan negatif kepada setiap rakyat yang telah berada di dalam persekitaran tersebut. Oleh itu amat penting bagi kita menekankan keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam bagi menjamin kehidupan rakyat yang sempurna dan berkualiti.

Keperluan kepada penyelenggaraan yang baik adalah untuk memastikan setiap kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam yang disediakan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin oleh golongan sasaran. Kemudahan infrastruktur yang baik merupakan aset penting bagi menjana pembangunan ekonomi dan ia merupakan salah satu faktor penting yang akan dinilai oleh para pelabur asing yang ingin membuat pelaburan di negara ini. Keadaan infrastruktur yang sentiasa sempurna dan berkualiti mencerminkan tahap kecekapan sesebuah agensi kerajaan, lebih-lebih lagi yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan ataupunservice delivery.Saya berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan menerapkan budaya penyelenggaraan yang berkesan bagi menjamin kualiti kemudahan infrastruktur yang dibina oleh kerajaan di negara ini terpelihara setiap masa (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2003).

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia memberi penekanan yang khusus dalam ucapan Bajet 2005 iaitu “Kerajaan akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan infrastruktur awam dalam membangunkan budaya penyelenggaraan. Bagi memastikan

(20)

aset Kerajaan terpelihara, memanjangkan tempoh hayat, mengindahkan persekitaran dan menjaga kebersihan, satu skim penyelenggaraan yang sistematik akan disediakan. Program penyelenggaraan kemudahan awam seperti hospital, sekolah dan kuarters kakitangan Kerajaan akan dilaksanakan secaraoutsourcing. Kontrak-kontrak ini akan diagihkan kepada pengusaha kecil peringkat daerah, terutamanya kontraktor Kelas F. Pengusaha terlibat akan digalakkan untuk menggunakan peralatan moden dengan sistem penyelenggaraan yang teratur, kemas dan bersih. Sebanyak 500 juta ringgit disediakan untuk program ini dalam tahun 2005.”

Pihak kerajaan Malaysia telah mengulangi komitmen supaya penyenggaraan fasiliti di sektor awam ini terus dimantapkan sebagaimana ucapan Bajet Tahun 2006, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia: “ Budaya penyelenggaraan ini harus dipupuk dengan lebih tekun. Selain peruntukan kepada agensi Kerajaan untuk program penyelenggaraan berjumlah 4.3 bilion ringgit, Kerajaan akan menyediakan peruntukan khas yang merupakan tambahan sebanyak 1 bilion ringgit untuk program penyelenggaraan kemudahan awam pada tahun hadapan. Bagi tahun 2005, Kerajaan telah menyediakan peruntukan khas berjumlah 500 juta ringgit yang membolehkan hampir 9 ribu projek penyelenggaraan dilaksanakan oleh kontraktor kelas F, selain peruntukan kepada agensi Kerajaan berjumlah 4.1 bilion ringgit.”

Pihak Jabatan Pekhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling Am 2 Tahun 1995, menekankan bahawa adalah menjadi hasrat Kerajaan bahawa pengurusan penyenggaraan perlu dijalankan dengan cekap dan berkesan bukan sahaja untuk memelihara aset Kerajaan dan keselamatan manusia tetapi juga untuk mengelakkan daripada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini.

Dengan harapan yang tinggi, dasar yang jelas dan peruntukan yang besar daripada pihak kerajaan diatas, adalah wajar kajian ini dilaksanakan untuk menilai respons dan tindakan yang telah diambil oleh setiap agensi kerajaan yang terbabit sama ada berkesan atau sebaliknya selepas dua tahun arahan dikeluarkan. Pengurusan penyenggaraan fasiliti awam oleh setaip agensi kerajaan sahaja akan menentukan tahap penyenggaraan bangunan dan kemudahan yang berkaitan sentiasa dalam keadaan berfungsi, kos yang berkesan dan keselesaan kepada pengguna dan rakyat. Kemantapan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam juga akan menjayakan hasrat

(21)

kerajaan untuk mempertingkatkan budaya penyenggaraan dan keberkesanan berterusan fasiliti awam yang sedia ada untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

Sesetengah agensi kerajaan tidak mengambil serius dalam perkara ini walaupun garis panduan dan tanggungjawab ketua jabatan dalam penyenggaraan bangunan kerajaan telah dijelaskan dalam Perintah Am Kerajaan Bab E Perkara 25 (a), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1991 dan Surat Pekeliling Am Kerajaan Bil. 2 Tahun 1995. Pelbagai pihak telah membangkitkan tentang beberapa isu kejadian kemalangan dan kerugian yang telah berlaku akibat kelemahan dalam aspek penyenggaraan terhadap aset kerajaan kebelakangan ini.

Tahap penyenggaraan bangunan-bangunan dan aset kerajaan mengikut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2004 bahawa urusan perolehan, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan dan pelupusan aset hendaklah dibuat dengan cekap, berhemat dan selaras dengan peraturan kewangan dan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1991. Pihak Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya kelemahan yang dibangkitkan terutamanya mengenai kawalan pengurusan, kawalan perbelanjaan dan pengurusan aset perlu diberi perhatian dan diperbaiki dengan segera.

Terdahulu satu kajian oleh Zailan Mohd Isa (2001) dalam kertas kerjanya juga menyatakan bahawa aspek penyenggaraan kecemasan dalam pengurusan penyenggaraan bangunan di sektor awam masih lagi kurang berkesan.

Isu keberkesanan pengurusan penyenggaraan bagi aset atau fasiliti awam di Malaysia telah dibincangkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Kajian oleh Mohd Musa Paijan (1995) yang merumuskan di antara masalah-masalah pengurusan bangunan adalah dari segi pembentukan struktur organisasi, pelaksanaan kerja penyenggaraan, pengawalan dan juga masalah perancangan kerja-kerja penyenggaraan. Manakala penulisan Mohd Najib Basiran (2002) pula telah mengenal pasti masalah pengurusan penyenggaraan yang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kerja penyenggaraan tidak dapat dijalankan dengan cekap.

Oleh itu daripada masalah-masalah yang sedang dihadapi masa ini, amat penting bagi setiap agensi sektor awam memainkan peranan yang lebih mantap dan

(22)

profesional dalam pengurusan fasiliti bagi meningkatkan prestasi penyenggaraan bagi semua aset kerajaan pada tahap yang optimum dan menjaga kepentingan negara secara keseluruhannya.

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah difokuskan kepada dua iaitu:

1. Mengenal pasti kerangka pengukuran tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia

2. Mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia

1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini akan memberi tumpuan kepada pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam iaitu premis-premis dan bangunan-bangunan kerajaan seperti pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, kem tentera, balai polis dan sebagainya. Kajian ini juga akan menumpukan kepada penyenggaraan terhadap komponen-komponen bangunan yang terdiri dari perkhidmatan kejuruteraan sivil, perkhidmatan peralatan mekanikal, elektrikal dan telekomunikasi.

Memandangkan taburan kedudukan premis-premis dan bangunan-bangunan kerajaan adalah banyak dan berada di seluruh negara, adalah menjadi kesulitan kepada penulis untuk mendapati data dalam tempoh yang terhad. Oleh itu penulis akan memfokuskan kajian ini hanya kepada premis-premis dan bangunan-bangunan kerajaan yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.

Walaupun kajian ini dibuat di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah dijangkakan hasil penemuan kajian ini nanti boleh dijadikan model kepada tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam di

(23)

Malaysia kerana dari segi jumlah dan taburan pejabat-pejabat kerajaan di ibukota ini adalah tipikal kepada fasiliti di sektor awam di tempat-tempat lain di seluruh negara.

1.5 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini adalah berdasarkan kepada tiga kaedah utama sebagaimana Rajah 1.1 iaitu:

1. Tinjauan penulisan kajian literatur (literature review) yang lepas mengenai kajian keberkesanan pengurusan penyenggaraan. Kajian literatur juga dibuat terhadap dasar dan amalan pengurusan penyenggaraan yang dilaksanakan di sektor awam.

2. Kajian secara temubual berstruktur (interview survey) kepada pihak pengamal yang berpengalaman dalam pengurusan penyenggaraan fasiliti awam dalam menetapkan indikator pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan.

3. Kajian secara soal selidik (questionnaire survey) tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan kepada pihak yang terlibat dalam penyenggaraan di premis fasiliti masing-masing.

Aliran proses kajian ini secara umumnya mempunyai beberapa peringkat pelaksanaan yang utama iaitu:

i. Peringkat pemilihan tajuk dan penetapan objektif kajian ii. Peringkat merangka metodologi kajian

iii. Peringkat mengenal pasti kerangka pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan

iv. Peringkat rekabentuk soal selidik dan pengendalian soal selidik v. Peringkat kenal pasti responden dan pengumpulan data

vi. Peringkat analisis data dan penemuan vii. Peringkat rumusan dan perakuan

(24)

Rajah 1.1- Carta Aliran Metodologi Kajian

Teknik Kajian Literatur: JustifikasiKajian

Teknik Temubual: Objektif 1

Teknik Soal selidik: Objektif 2

Kajian Literatur

Pemahaman Konsep

Konsep, kerangka , kriteria dan amalan terbaik dalam pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan yang berkesan

Temubual Berstruktur Pengamal Penyenggaraan:

Pengesahan kerangka (elemen/parameter) pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan

Rekabentuk dan Pembangunan Kajian:

Rekabentuk borang soal selidik kajian tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan disektor awam

Kenalpasti Elemen Utama Pengukuran Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan

Pengendalian Kajian dan Pengumpulan Data:

Hantar borang soal selidik dan kumpul data dari responden pengurusan penyenggaraan disektor awam

Analisis Data & Rumusan Penemuan

Justifikasi Kajian

Memahami latarbelakang masalah dan amalan semasa dalam pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam.

(25)

Kajian literatur dilaksanakan melalui sumber seperti buku rujukan, makalah-makalah, jurnal, kertas kerja, laporan dan lain-lain lagi. Maklumat yang diperolehi merupakan rekod-rekod pihak lain atau data sedia ada yang difikirkan relevan dengan tajuk kajian ini. Kajian literatur ini bertujuan untuk mendapatkan teori-teori, maklumat-maklumat asas, sebagai pengenalan kepada konsep pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam dan pemilihan indikator yang utama dalam pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasliti.

Memandangkan belum lagi wujud indikator-indikator pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasliti bangunan di sektor awam yang rasmi, penulis juga perlu membuat penelitian terhadap rekod-rekod kerajaan mengenai dasar dan kaedah penyenggaraan bangunan kerajaan yang sedia ada.

Untuk memastikan sama ada kerangka atau indikator-indikator pengukuran yang dipilih tersebut wajar dijadikan asas dalam menilai keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasliti di sektor awam, penulis perlu mengadakan temu bual berstruktur dengan pihak yang berpengalaman khususnya jurutera JKR yang terlibat dalam pelaksanaan pengurusan penyenggaraan di sektor awam. Setelah mendapat konsensus dari pengamal-pengamal penyenggaraan yang berpengalaman tersebut, borang soal selidik akan dirangka berdasarkan kerangka pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasliti di sektor awam yang dipersetujui.

Rangka kerja penyelidikan dalam borang soal selidik tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan adalah terbagi kepada tiga bahagian utama iaitu:

a) Profil responden & latarbelakang aset,

b) Pembolehubah bersandar (dependent variables) bagi mengukur tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan sesuatu fasiliti,

c) Pemboleh ubah bebas (independent variables) merupakan faktor-faktor yang menjadi pengukur utama kepada keberkesanan pengurusan penyenggaraan sesuatu fasiliti aset.

Borang soal selidik akan diedarkan kepada responden-responden yang dikenal pasti dan terlibat dalam pelaksanaan pengurusan penyenggaraan fasliti di sektor awam

(26)

di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pengumpulan data primer ini dibuat melalui proses soal selidik terhadap pejabat atau premis yang dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini.

Setelah pengumpulan data primer daripada soal selidik di atas, peringkat seterusnya adalah pemprosesan dan analisis terhadap data-data yang telah diperolehi dari pihak responden. Teknik penganalisisan yang digunakan di dalam kajian ini adalah secara statistik frekuansi, peratusan serta skor min menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Excel 2003. Proses analisis data dari soal selidik yang terkumpul ini adalah sebagaimana

berikut:-i. Menyediakan format bermaklumat jadual data mentah Microsoft Excel 2003 dan perisian SPSS,

ii. Memasukkan maklumat dan data dalam jadual data mentah Microsoft Excel 2003dan perisian SPSS,

iii. Mengkategorikan kumpulan data yang sama mengikut indikator-indikator pengukuran keberkesanan Pengurusan penyenggaraan,

iv. Menganalisis data dan menghasilkan carta ataupun rajah dari jadual,

v. Menerang dan menjelaskan penemuan berdasarkan maklumat analisis statistik tersebut.

1.6 Batasan Kajian

Memandangkan jumlah populasi kajian terhadap premis bangunan kerajaan yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah melebihi 3000 buah premis, sudah tentu kajian ini memerlukan tempoh yang lebih lama dan kos yang tinggi. Maka kajian ini akan dibuat dengan mengambil kira beberapa pertimbangan dan batas kajian yang sedia wujud terutama dalam usaha mengumpul data dan maklumat yang tepat dan sahih. Antara batasan-batasan yang dihadapi

(27)

adalah:-a. Kesanggupan responden dalam memberikan persepsi mereka secara jujur, sekiranya tidak, maklumat yang diterima itu tidak akan mencapai objektif sebenar kajian ini.

b. Kredibiliti responden dalam memberi fakta yang tepat sekiranya pengalaman dan kompetensi tidak mencukupi.

c. Keupayaan responden memahami maksud soalan-soalan yang dikemukakan. Jika tidak jelas, kemungkinan jawapan yang diterima kurang tepat.

d. Tanggapan responden yang bias atau berat sebelah terhadap sesuatu persoalan yang dikemukakan menyebabkan jawapan meragukan.

Sekiranya senario di atas wujud kemungkinan kajian yang dijalankan ini akan terdedah kepada batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, usaha akan diambil dalam proses analisis bagi menentukan kesahihan maklumat tidak menjejaskan pencapaian objektif kajian ini.

1.7 Justifikasi dan Kepentingan Kajian

Secara amnya bangunan-bangunan kerajaan dan fasiliti fizikal yang terdapat di sektor awam di Malaysia adalah terdiri dari premis-premis pejabat-pejabat kerajaan, hospital, sekolah, kem tentera, balai polis, universiti, kompleks sukan dan sebagainya. Premis-premis dan bangunan-bangunan kerajaan ini hendaklah perlu disenggara dengan cara yang terbaik supaya fungsi setiap jabatan tidak terjejas.

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini Y.A.B Timbalan Perdana Menteri turut membangkitkan tentang masalah penyenggaraan terhadap kemudahan-kemudahan awam yang lemah dan tidak memuaskan. Dalam hal ini beliau telah menegaskan bahawa negara kita mempunyai “first world infrastructure but third world mentality”. Dengan sendirinya kenyataan beliau ini mencerminkan bahawa

(28)

masalah penyenggaraan bukan sahaja membebankan Kerajaan dan pengguna malah ia turut menimbulkan tanggapan negatif di kalangan warga asing yang terdiri dari pelabur-pelabur dan pelancong dari luar negara, terhadap budaya penyenggaraan kemudahan awam di negara ini (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2003)

Bangunan kerajaan dan fasilitinya adalah aset Negara yang perlu dititik beratkan dan diurus dengan sempurna. Kegagalan penyenggaraan bangunan kerajaan boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terhadap keberkesanan kerajaan dalam mengurus negara. Amat penting semua pihak menekankan keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam bagi menjamin kehidupan rakyat yang sempurna dan berkualiti.

Pihak Kerajaan telah memberi peruntukan yang besar dalam menyediakan pelbagai kemudahan asas dan meningkatkan taraf hidup rakyat di dalam negara kita. Semua kemudahan infrastruktur dan premis bangunan kerajaan perlu disenggara dengan baik bagi menjamin jangka hayat yang lebih lama, menyediakan tempat kerja yang selesa dan menjimatkan kos operasi. Di samping itu kakitangan kerajaan juga dapat bekerja dengan lebih produktif dan berkesan lagi kepada rakyat.

Oleh itu kajian ini akan meneliti dan menyemak penulisan kajian literatur yang lepas untuk mengenal pasti elemen-elemen utama dalam amalan pengurusan penyenggaraan fasiliti berdasarkan piawaian penanda arasan (benchmarking) kepada organisasi yang terbaik dan konsensus daripada pihak pengamal penyenggaraan profesional di sektor awam. Penemuan ini boleh dicadangkan sebagai norma dan piawaian amalan kepada pihak kerajaan dalam pengukuran tahap pengurusan penyenggaraan fasiliti awam yang cekap dan berkualiti.

Penulis juga akan menganalisis tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam melaluistatistical analysis technique dari data-data yang diperolehi secara kajian soal selidik (survey). Hasil penemuan ini akan memberi satu rumusan dan fakta yang penting terhadap persepsi sebenar tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti oleh kebanyakan agensi-agensi di sektor awam.

(29)

Secara keseluruhan kajian ini akan memberi maklumat dan data-data yang lebih sistematik dan saintifik terhadap tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan bagi setiap agensi kerajaan. Dengan demikian agensi kerajaan boleh menilai pelakasanaan dasar dan mengambil tindakan serta langkah-langkah yang wajar bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan untuk mana-mana aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan. Agensi kerajaan juga lebih bersedia dalam memastikan semua fasiliti kerajaan mencapai tahap kualiti, keselamatan, kesihatan, alam sekitar dan keselesaan kepada rakyat.

1.8 Susunan Bab

Secara ringkas kaedah penulisan kajian ini telah disusunatur supaya dapat memberikan satu aliran maklumat yang mengikut turutan dan menyeluruh kepada para pembaca. Rajah 1.1 menunjukkan struktur penulisan kajian ini dan intisari kandungan setiap BAB yang terlibat adalah sebagaimana

berikut:-BAB 1 - Pendahuluan : Penulis cuba memberi gambaran umum ke atas penulisan kajian ini, penyataan masalah, objektif, skop kajian yang dijalankan, batasan-batasan kajian yang mungkin dihadapi serta justifikasi dan kepentingan kajian ini.

BAB 2 - Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Di Sektor Awam: Bab ini menghuraikan secara teori konsep pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan yang diamalkan oleh kebanyakan organisasi sama ada awam atau swasta. Huraian konsep ini merangkumi definisi, fungsi, kaedah dan skop penyenggaraan serta elemen-elemen asas pengurusan penyenggaraan. Bab ini memaparkan latar belakang amalan semasa dalam pelaksanaan penyenggaraan di sektor awam Malaysia. Sebagai kajian kes dalam penulisan ini, penulis hanya memfokuskan kepada penyenggaraan pada premis bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.

BAB 3 - Pengukuran Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Di Sektor Awam : Bab ini menerangkan kaedah menetapkan indikator dan parameter

(30)

bagi kajian ini hasil dari kajian literatur terhadap kerangka pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Faktor-faktor yang menjadi pengukur utama kepada keberkesanan pengurusan penyenggaraan sesuatu fasiliti bangunan seperti dasar penyenggaraan dan struktur organisasi, pendekatan teknik penyenggaraan, perancangan dan penjadualan kerja, pengurusan maklumat, pengurusan alat ganti dan bahan, pengurusan sumber manusia, kontrak penyenggaraan, aspek kewangan dan penambahbaikan berterusan dijelaskan dalam bab ini. Kriteria ini akan menjadi asas dalam reka bentuk kajian terhadap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam.

BAB 4 - Metodologi Kajian : Bab ini akan memperincikan lagi langkah-langkah dan tindakan-tindakan yang diambil dalam menjalankan kajian ini dimana telah disentuh secara ringkas dalam Bab 1 sebelum ini. Huraian bagaimana reka bentuk kajian, penyediaan borang temu bual berstruktur dan borang soal selidik yang telah diadakan. Penerangan kaedah proses pengumpulan data dari respoden dan kaedah analisis data yang telah dikumpul yang dijalankan.

BAB 5 - Analisis Data Dan Penemuan: Segala data yang diperolehi melalui temu bual berstruktur dan borang soal selidik akan dikaji secara statistical

menggunapakai perisian SPSS dan Microsoft Excel 2003 yang merangkumi analisis deskriptif dan korelasi. Analisis deskriptif terhadap kajian temu bual berstruktur memberi keputusan konsensus kerangka pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam ini. Pendekatan analisis deskriptif dan korelasi juga akan menganalisis tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam yang sebenar dan faktor-faktor utama yang mempengaruhi tahap tersebut.

BAB 6 - Rumusan Dan Perakuan : Bab ini memberikan penulis peluang berkongsi akan penemuan-penemuan yang telah diperolehi dalam kajian ini serta menilai akan pencapaian objektif penulisan ini.

(31)

PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASILITI BANGUNAN DI SEKTOR AWAM

2.1 Pengenalan

Pada bangunan-bangunan moden hari ini, selain dari struktur asas binaan, komponen-komponen perkhidmatan pada bangunan adalah semakin canggih dan kompleks merangkumi perkhidmatan sivil, perkhidmatan peralatan mekanikal dan elektrikal, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya. Berbagai kemudahan dan peralatan pada bangunan disediakan untuk keperluan, kesesuaian dan keselesaan kepada para penggunanya. Sekiranya komponen dan peralatan-peralatan yang disediakan pada sesuatu bangunan gagal berfungsi sebagaimana dikehendaki ianya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada pihak pemilik atau penggunanya.

Untuk memastikan semua komponen dan peralatan di atas berfungsi dan sentiasa boleh digunakan, ianya perlu dijaga dan disenggara sebaik mungkin mengikut penentuan dan piawaian yang telah ditetapkan. Kegagalan dan ketidakstabilan mana komponen bangunan dari berfungsi akan memberi natijah yang besar terhadap output perniagaan atau penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Penyenggaraan bangunan kerajaan adalah penting bagi mengurangkan gangguan atau tergendalanya perkhidmatan agensi kerajaan yang terbabit yang beroperasi dalam sesuatu bangunan kerajaan. Pengurusan setiap agensi kerajaan perlu memahami kepentingan, konsep dan teknik-teknik bagaimana penyenggaraan yang terbaik boleh digunapakai dipremis atau fasiliti bangunan masing-masing. Dengan

(32)

pengetahuan dan kemahiran keperluan penyenggaraan akan membolehkan pihak pengurus fasiliti membuat perancangan yang tepat dari aspek operasi bisnes, kos, kewangan, kehendak kepuasan pelanggan dan pencapaian objektif serta prestasi organisasi yang lebih mantap.

2.2 Fasiliti Bangunan

Belum kita membincangkan penyenggaraan fasiliti bangunan, adalah wajar difahami maksud perkataan ‘fasiliti’, dimana mengikut Kamus Dewan (1999) fasiliti adalah “sesuatu yang memudahkan atau melicinkan kerja” dan Kamus Oxford (1992) fasiliti sebagai “sesuatu yang dibentuk, dibuat, direka dan dipasang untuk memberikan perkhidmatan”. Setiap suatu yang disediakan untuk kemudahan penggunanya adalah fasiliti. Dalam kontek organisasi, fasiliti merupakan suatu infrastruktur yang menyokong individu di dalam sesebuah organisasi dalam melaksana kerja bagi mencapai matlamat utama perniagaannya. Dengan itu bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan lain-lain dilengkapkan dengan pelbagai bentuk fasiliti bagi membolehkah pengguna menjalankan aktiviti sesuai dengan yang dirancangkan.

Manakala ‘bangunan’ pula mengikut Ahmad Ramly (2002), selain dari struktur asas dan utama sesuatu binaan, komponen bangunan adalah terdiri dari empat komponen utama iaitu:

1. Fabrik utama ( seperti dinding, bumbung, pintu, tingkap) 2. Kemasan Dalaman ( seperti cat, jubin, hiasan dalaman) 3. Ciri-ciri khas ( seperti kerawang yang berbentuk seni, antik ) 4. Perkhidmatan dan fasiliti bangunan (building services / facilities)

Secara terperinci fasiliti bangunan (building facilities/ services) terdiri dari perkhidmatan sistem sivil, peralatan mekanikal dan elektrikal, antara lain seperti berikut:

1. Sistem penghawa dingin

2. Sistem pengudaraan dan pemanasan 3. Sistem pencegah kebakaran

(33)

5. Sistem paip & bekalan air bersih

6. Sistem sanitari & sistem pembentungan 7. Sistem pembuangan sampah

8. Sistem bekalan dan peralatan elektrik voltan rendah.

9. Pepasangan lampu luar bangunan; lampu kawasan, lampu limpah, dll. 10. Pepasangan lampu jalan dan lampu isyarat.

11. Sistem bekalan kecemasan dan janakuasa tunggu sedia. 12. Sistem bekalan elektrik voltan tinggi dan pencawang agihan. 13. Sistem siaraya dan kawalan bunyi.

14. Sistem telekomunikasi dan teknologi maklumat. 15. Sistem dan peralatan elektronik.

Dengan itu fasiliti bangunan adalah merupakan struktur dan semua komponen bangunan yang dibentuk, dibuat, direka dan dipasang untuk memberikan perkhidmatan atau memudahkan atau melicinkan kerja setiap penghuni atau penggunanya. Sesetengah bangunan agak mudah binaannya dan sesetengah yang lain pula agak kompleks dan canggih. Keperluan reka bentuk dan komponen bangunan amat bergantung kepada bentuk atau corak penggunaannya.

2.3 Definisi dan Matlamat Penyenggaraan

Mengikut definisi British Stardard 3811, penyenggaraan adalah “satu gabungan semua aspeks teknikal dan tindakan pentadbiran yang berkaitan dengan tujuan mengekal atau menjaga sesuatu binaan, sistem atau /dan peralatan supaya beroperasi mengikut fungsi yang ditetapkan.”

Manakala penyenggaraan fasiliti adalah “satu himpunan aktiviti yang dilakukan bila mana diurus dengan betul yang akan membolehkan fasiliti beroperasi secara berterusan.” (Magee, 1988).

Manakala menurut Magee (1988), matlamat penyenggaraan fasiliti adalah berubah mengikut pertimbangan dan bergantung kepada maksud penggunaan fasiliti

(34)

tersebut serta bisnes pihak yang menggunanya. Sebahagian contoh-contoh matlamat penyenggaraan yang tipikal adalah sebagaimana di bawah:

 “Menyedia persekitaran kondusif yang selamat, bersih dan sihat dalam pelaksanaan program pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah”

 “Menyedia persekitaran yang selamat dan bersih yang berterusan dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit luar dan dalam wad”

 “Menyedia persekitaran kerja yang mencukupi kepada pelbagai penyewa dalam bangunan pejabat”

Pernyataan matlamat penyenggaraan tipikal yang mudah akan menjelaskan penekanan atau halatuju dalam usaha-usaha pelaksanaan penyenggaraan serta memberi petunjuk kepada setiap usaha yang dikehendaki. Matlamat yang mudah hendaklah disokong oleh beberapa objektif yang lebih khusus. Objektif-objektif ini hendaklah dinyatakan dalam berbagai komponen dalam keseluruhan program penyenggaraan.

2.4 Fungsi Penyenggaraan

Mengikut Ahmad Ramly (2002) ada tiga fungsi utama penyenggaraan bagi sesuatu bangunan, iaitu:

i. Meningkatkan keuntungan maksimum-terutamanya kepada pemilik-pemilik bangunan berbentuk industri, swasta atau yang berorientasikan perniagaan.

ii. Mendapatkan prestasi yang maksimum pada kos yang terendah terutama bangunan-bangunan milik awam, berorientasikan keselamatan & bukan keuntungan.

(35)

iii. Menyediakan bangunan yang selesa dan tenteram-terutama kepada pemilik persendirian.

Menurut pakar penyenggaraan Sweden, Idhammar (1986), peranan penyenggaraan sesuatu fasiliti dapat dilihat dari beberapa perspektif dan yang agak ketara adalah dari aspek produktiviti (production) sesuatu bisnes di mana tujuan fasiliti diadakan dankos kitaran hayat(Life Cycle Cost) sesuatu aset atau fasiliti itu sendiri.

Perspektif Produktiviti: Kecekapan penyenggaraan terhadap sesuatu fasiliti memberi kesan terus kepada produktiviti bisnes sesuatu organisasi. Perkaitan penyenggaraan dengan produktiviti ini dapat dilihat pada Rajah 2.1. Produktiviti bisnes bergantung kepada kapasiti dan kefungsian ( Availability ) sesuatu fasiliti, di mana jika kefungsiannya hanya 80% maka produktiviti dan keuntungan bisnes akan berkurang pada kadar yang sama. Sebaliknya jika kefungsian fasiliti pada tahap yang lebih tinggi maka keuntungan bisnes organisasi akan bertambah pada kadar yang sama. Kefungsian ini adalah bergantung kepada kurang masa rosak (downtime) dan tingginya masa beroperasi (Uptime). Untuk memastikan kefungsian ini sentiasa tinggi, mesin atau fasiliti hendaklah disenggarakan dengan berkesan dan menjimatkan.

Rajah 2.1 : Perkaitan produktiviti organisasi dengan kecekapan penyenggaraan

PENGELUARAN (P)

KAPASITI FASILITI (K) (RUANG KERJA / FASILITI BANGUNAN)

KEBERFUNGSIAN FASILITI (F) (FACILITIES FUNCTIONALITY)

PENYENGGARAAN KEUNTUNGAN

Formula Mudah Kadar Pengeluaran; P = K x F Jika F=90%, P = 1 x 0.9 = 0.90, Jika F=80% P = 1 x 0.8 = 0.80

Dimana kefungsian beroperasi fasiliti (masa),F = . Tup . Tup + Tdm

Tup = tempoh fasiliti beroperasi [uptime] Tdm = tempoh tidak beroperasi [downtime]

(36)

Perspektif Kos: Kos Kitaran Hayat / Life Cycle Cost (LCC) adalah merupakan jumlah semua kos yang terlibat dalam membangun, menyiap, mengguna, menyenggara dan melupuskan sesuatu aset/fasiliti [dari perancangan, perolehan, senggara, sehingga lupus] (sila lihat Rajah 2.2). Faktor-faktor yang menyumbang kepada LCC adalah kos pembangunan & pembinaan, kos penyenggaraan, kerugian dari ketidakfungsian, caj-caj yang berkaitan, susut nilai, kadar faedah, kos tenaga dan nilai baki. Kos penyenggaaraan merupakan kos pengurusan (seperti gaji pekerja, kos pentadbiran, sewaan, peralatan dan lain-lain perkhidmatan), kos bahan penyenggaraan, kos kerja senggara yang dilaksanakan oleh pihak lain dan kos pengubahsuaian atau naiktaraf bagi tujuan senggara sesuatu fasiliti. Sekiranya kita mampu menyenggara dengan kos yang berkesan dan memanjangkan hayat sesuatu fasiliti, kita akan meningkatkan tahap operasi dan keuntungan organisasi.

Rajah 2.2 : Kos kitaran hayat sesuatu fasiliti/mesin

Sumber: Idhammar (1986)

Oleh itu tugas penyenggaraan fasiliti perlu diberi perhatian yang serius bagi menjamin sesuatu bangunan atau fasilitinya berfungsi dengan baik. Kaedah penyenggaraaan yang berkesan dan amalan terbaik (best practice) amat penting bagi memastikan fungsi sesuatu bangunan sentiasa operasi dengan sempurna bagi memenuhi tujuan bisnes dan penggunanya.

Keseluruhan kos kitaran hayat

Kos semasa reka bentuk, perancangan & perolehan

Kos semasa pembinaan & pentauliahan

Kos semasa operasi & guna

Kos kitaran hayat

Masa Bahan binaan/

(37)

2.5 Konsep Dan Skop Penyenggaraan

Fasiliti bangunan yang terdiri dari struktur binaan, peralatan mekanikal dan elektrikal yang bersifat dinamik yang sentiasa bergerak semasa digunakan sudah tentu lebih cepat untuk rosak atau berkurang tahap kecekapannya. Perhatian penyenggaraan yang lebih khusus dan teliti perlu diberikan kepada komponen-komponen binaan, mekanikal dan elektrikal ini. Untuk mengelak daripada berlaku kerosakan besar atau kegagalan menyeluruh yang memberi kesan kos yang tinggi, komponen perkhidmatan hendaklah disenggara dengan kaedah dan amalan penyenggaraan terbaik.

Secara umumnya, bentuk kaedah pelaksanaan penyenggaraan sesuatu fasiliti bangunan adalah terbahagi kepada dua bentuk (sila lihat Rajah 2.3) iaitu:

a) Penyenggaraan pencegahan (preventive maintenance)

b) Penyenggaraan pembaikan/ kerosakan (corrective/ breakdown maintenance)

Rajah 2.3 : Jenis penyenggaraan fasiliti

Sumber: Idhammar (1986)

Penyenggaraan

(38)

Penyenggaraan pencegahan adalah proses penyenggaraan yang dilaksana secara rutin, berkala dan berdasarkan program penyenggaraan yang dirancang (planned preventive maintenance) atau penyenggaraan jangkaan (predictive maintenance) untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kerosakan. Aktiviti penyenggaraan pencegahan dilaksanakan sebelum (prior) dan mengelak ( to avoid) berlakunya kerosakan. Penyenggaraan pencegahan dijalankan mengikut program berjadual bagi memastikan setiap aset/fasiliti berfungsi dengan baik dan mengelakkan berlakunya kerosakan besar

Manakala penyenggaraan pembaikan/kerosakan adalah proses tindakan pembaikan, pembetulan atau pemulihan untuk mengembalikan fungsi asal apabila berlaku kerosakan/kegagalan. Aktiviti penyenggaraan pembaikan dilaksanakan setelah (after) berlaku kerosakan dan memulihkannya (to recover). Penyenggaraan pembaikan/kerosakan dilaksanakan bila berlaku kerosakan atau kegagalan berfungsi pada mana-mana aset, fasiliti, komponen bangunan atau kemudahan-kemudahan yang berkaitan.

Konsep penyenggaraan fasiliti yang berkesan amat berkait secara langsung dengan pelaksanaan kaedah penyenggaraan. Kaedah dan amalan yang diperakukan supaya ianya sentiasa berfungsi pada tahap yang diterima dan berkesan serta ekonomik adalah penyenggaraan pencegahan. Secara umumnya penyenggaraan penyenggaraan adalah meliputi kerja-kerja mengecat, melincir, membersih, melaras, dan mengganti komponen kecil untuk memanjangkan tempoh kefungsian sesuatu peralatan dan fasiliti serta mengurangkan kerosakan dan susutnilai.

Ciri-ciri pelaksanaan konsep penyenggaraan pencegahan antara lain meliputi beberapa aktiviti berikut:

1. Senggara pencegahan diperingkat reka bentuk dan pembinaan, 2. Perancangan aktiviti senggara,

3. Pemeriksaan dan pengujian tidak rosak (Non-destructive testing) , 4. Penyenggaraan rutin dan berkala,

5. Penyenggaraan pembetulan selepas pemeriksaan/pengujian, 6. Penambahbaikan dan naik taraf.

(39)

Skop penyenggaraan fasiliti pula yang dinyatakan secara ringkas oleh Magee (1988), adalah dibahagikan kepada aktiviti iaitu: penjagaan kebersihan harian (housekeeping), penyenggaraan am, penyenggaraan pencegahan, pembaikan, penggantian, penambahbaikan, pengubahsuaian dan perkhidmatan kemudahan (Utilities). Elemen-elemen asas bagi setiap aktiviti tersebut dihuraikan sebagaimana berikut:

a. Penjagaan kebersihan harian (Housekeeping): Penjagaan kebersihan harian adalah akitiviti yang membolehkan fasiliti sentiasa dilihat bersedia dan diguna pakai sepenuhnya oleh pelanggan serta mengekalkan operasi harian fasiliti berfungsi dengan baik. Aktiviti ini meliputi membersih dan ruang, memungut sampah, penggantian tuala dan kertas tandas, menyapu, mengelap dan mencuci debu. Penjagaan kebersihan harian bertujuan untuk memastikan semua ruangan sentiasa bersih dalam tempuh 24 jam sehari.

b. Penyenggaraan am: Penyenggaraan am mungkin juga boleh disebut sebagai penjagaan kebersihan tidak tetap ( infrequent housekeeping). Aktiviti penyenggaraan am kadang-kadang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dari penjagaan kebersihan harian dan kadang-kadang perlu menggunakan peralatan yang khas. Aktiviti penyenggaraan am yang tipikal adalah mengikis dan mengilap jubin, mengecat semula dinding, menyapu jalan dan parkir, atau mencuci permaidani. Penyenggaraan am ini lebih bertujuan untuk tindak balas dan membaiki terhadap kecacatan kecil dalam fungsi fasiliti.

c. Penyenggaraan pencegahan: Penyenggaraan pencegahan adalah sebarang kerja yang dilakukan untuk memastikan peralatan atau fasiliti sentiasa berfungsi dengan cekap tanpa gangguan. penyenggaraan pencegahan dilaksanakan secara berkala tetap yang biasanya oleh pekerja yang mahir. Tempoh berkala pelaksanaan penyenggaraan pencegahan bagi sesetengah komponen bergantung kepada perakuan kilang pembuat, nilai empirikal kesusutan prestasi, atau kegagalan berulang terhadap peralatan yang disenggara.

d. Pembaikan: Kerja-kerja pembaikan melibatkan pemulihan fungsi sesuatu komponen selepas berlaku kerosakan atau kegagalan. Kerosakan jarang berlaku tetapi

(40)

ia menjadi tajuk utama kepada penyenggaraan fasiliti bila sahaja terjadi. Tindakan pembaikan hendaklah diberi keutamaan dan disegerakan pada tempoh masa yang paling singkat untuk mengembalikan kefungsian sesuatu fasiliti walaupun kadangkala melibatkan kos yang lebih mahal dari penyenggaraan pencegahan.

e. Penggantian: Penggantian perlu dilaksanakan bila mana jangka hayat sesuatu komponen sudah menjejaskan prestasi atau keseluruhan fungsi fasiliti, dan kos membaiki menjadi lebih tinggi dari menukar atau menggantikannya. Ia sering berlaku semasa melaksanakan program terancang bagi penyenggaraan pencegahan terhadap komponen utama seperti pemampat pendingin hawa, pemanas air dan lain-lain.

f. Penambahbaikan : Projek penambahbaikan bangunan atau premis dilaksanakan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan operasi atau/dan menjimatkan kos operasi sesuatu fungsi fasiliti. Projek-projek penambahbaikan fasilti ini seperti pemasangan peralatan penjimatan dan pengekalan tenaga (energy conserving & saving) dan lain-lain. Kajian keperluan penambaih baikan ini dinilai dari sudut analisis nilai faedah dan kos serta pulangan pelaburannya.

g. Pengubahsuaian : Projek pengubahsuaian merupakan kerja-kerja mengubah dan meminda fasiliti asas atau komponen fasiliti untuk memenuhi keperluan fungsi baru atau inisiatif korporat organisasi. Projek pengubahsuaian berbeza dari projek penambahbaikan dari sudut cadangan bermula, pengubahsuaian dicetuskan oleh pihak luar dari staf penyenggaraan manakala penambahbaikan dicetuskan oleh staf penyenggaraan sendiri. Antara projek pengubahsuaian adalah seperti sistem pengeraan dan kawalan keselamatan bangunan, kawalan alam sekitar dan kesihatan pekerja dan lain-lain.

h. Perkhidmatan kemudahan (Utilities) : Perkhidmatan kemudahan adalah butiran kerja terus yang memberi sokongan kepada sesuatu fasiliti seperti bekalan tenaga elektrik, bekalan air bersih, pemungutan dan pembuangan sampah, system pembentungan najis, dan pembuangan limpah air kilat (storm water).

(41)

2.6 Keperluan Pengurusan Penyenggaraan

Seperti yang jelaskan sebelum ini, penyenggaraan adalah “satu gabungan semua aspeks teknikal dan tindakan pentadbiran yang berkaitan dengan tujuan mengekal atau menjaga sesuatu binaan, sistem atau /dan peralatan supaya beroperasi mengikut fungsi yang ditetapkan.” Manakala pengurusan penyenggaraan didefinisikan sebagai “Satu organisasi penyenggaraan dalam lingkungan dasar yang dipersetujui.” (British Stardard 3811:1984)

Setiap organisasi perlu mengurus semua aktiviti penyenggaraan fasiliti bangunan supaya dapat dilaksana dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Pihak yang dipertanggungjawabkan didalam organisasi perlu memahami dengan jelas konsep, kaedah dan aktiviti pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan masing-masing.

Pengurusan penyenggaraan bangunan bukanlah sekadar membaiki kerosakan, membersihkan bahagian-bahagian bangunan yang kotor dan menggantikan sesuatu yang hilang atau cacat. Sebaliknya, penyenggaraan mestilah mencapai kepada tahap pengurusannya yang efisien. Ini kerana, masalah bangunan hari ini adalah berbeza dengan keperluan dan pemeliharaannya dari masa-masa yang lalu dan akan berbeza juga untuk masa-masa yang akan datang. (Ahmad Ramly, 2002).

Menurut Ahmad Ramly (2002), terdapat enam perkara yang perlu diberikan perhatian di dalam menjanakan pengurusan yang efisien ke atas kerja-kerja penyenggaraan, iaitu:

i) Untuk memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa terkawal, dapat dikekal dan dipertingkatkan. Ini bermaksud, pada setiap masa keadaan bangunan mestilah sentiasa disemak dan diperiksa bagi menentukan ianya terhindar dari perkara-perkara yang membahayakan.

ii) Menjadikan peranan penyenggaraan itu sebagai satu profesion penting lagi khusus yang dapat dijalankan melalui pengurusan yang cekap serta berkualiti.

(42)

iii) Menguruskan keperluan penyenggaraan secara berkesan dan ekonomi. Ia dapat dijalankan pada kos yang minimum dengan prestasi bangunan yang tinggi dan pada kadar kerosakan yang rendah.

iv) Membentuk dan mendidik pekerja dan kontraktor penyenggaraan berkemahiran tinggi dan pakar.

v) Meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi, iaitu tentang tahap kepenggunaan kemudahan yang ada dalam bangunan kepada pengguna.

vi) Membentuk kesedaran di kalangan pemilik bangunan untuk melibatkan penyenggaraan dalam proses reka bentuk dan sebagai pihak pemberi maklum balas yang penting dalam proses tersebut.

2.7 Kerangka Pengurusan Penyenggaraan

Satu organisasi penyenggaraan yang berkesan perlu melaksanakan beberapa elemen penting dalam pengurusan penyenggaraannya. Diantara elemen yang sering digunapakai dalam pengurusan penyenggaraan adalah pengurusan aset fizikal, strategi penyenggaraan, perancangan dan penjadualan kerja, pengurusan sumber dan pengurusan prestasi. Banyak penulisan yang menerangkan konsep dan pendekatan pengurusan penyenggaraan mengikut perspektif masing-masing tetapi ia menjuruskan kepada elemen-elemen penting yang hampir sama.

Untuk penulisan dalam kajian terhadap pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam ini penulis lebih berminat kepada kerangka atau model umum yang disarankan oleh Tsang, Jardine dan Kolodny (1999) dalam teks jurnal yang bertajuk:Measuring maintenance performance: a holistic approach.

Tsang, Jardine dan Kolodny (1999) telah menyatakan bahawa proses dan struktur pengurusan penyenggaraan secara umumnya adalah dibahagi kepada tiga peringkat iaitu :

(43)

a. Peringkat Kitaran Pertama - Pengurusan strategik jangka panjang: Kitaran pertama merangkumi elemen pengurusan strategik di mana pihak pengurusan hendaklah menetapkan polisi penyenggaraan, sistem kerja penyenggaraan, mewujudkan objektif, perancangan terhadap keperluan sumber, pengauditan dan pengukuran keseluruhan pencapaian fungsi. Perkara-perkara yang dinyatakan dalam pengurusan sumber adalah struktur organisasi, keperluan tenaga kerja, kewangan, peralatan, pelan tindakan dan sebagainya.

b. Peringkat Kitaran Kedua - Pengurusan operasi jangka pendek : Kitaran kedua adalah ditumpukan kepada perancangan teknikal dan operasi aktiviti penyenggaraan untuk sesuatu sistem teknikal. Ini melibatkan pemilihan kaedah penyenggaraan (sama ada secara penyenggaraan reaktif, pencegahan, berdasarkan keadaan, Penyenggaraan Produktif Menyeluruh, dan lain-lain), perancangan dan optimisasi keputusan penyenggaraan, penjadualan dan pelaksanaan kerja penyenggaraan.

c. Peringkat Kitaran Ketiga - Operasi Penyenggaraan : Kitaran ketiga pula merupakan elemen fungsi kerja-kerja operasi penyenggaraan yang sebenar dilokasi tapak yang melibatkan urusan pentadbiran penyenggaraan, pelaksanaan penyenggaraan, pengurusan prestasi dan kualiti serta maklumbalas dari pemeriksaan perincian kerja-kerja ditapak. Urusan pentadbiran penyenggaraan adalah terdiri dari aktiviti merancang dan menjadual pelaksanaan kerja, mengatur tugasan, perolehan kontrak, dan penyediaan alat ganti dan bahan yang diperlukan semasa kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan.

Perkaitan kitaran antara pengurusan strategik, pengurusan operasi dan operasi penyenggaraan serta elemen-elemen penting dalam kerangka atau model pengurusan penyenggaraan ini adalah sebagaimana Rajah 2.4.

(44)

Rajah 2.4 : Model pengurusan penyenggaraan secara umum Polisi Penyenggaraan Objektif Perancangan Pengurusan Rekabentuk Sistem Penyenggaraan Peberhentian, servicing, pemeriksaan Pelan Penyenggaraan Pendekatan Penyenggaraan Berdasar keadaan, Overhaul,Ganti, Reka bentuk semula, Pakai sehingga rosak

Organisasi, Staf, Sumber, Kewangan Pentadbiran Penyenggaraan Jadual, Rancangan kerja, perolehan Pelaksanaan kerja Pengurusan kerja Pengurusan prestasi & kualiti Maklumbalas Kerja

Pemeriksaan perincian kerja

Keputusan Prestasi

Pengukuran prestasi termasuk audit penyenggaraan

Optimisasi Rekod Sejarah

Penyenggaraan Operasi Penyenggaraan

Pengurusan operasi jangka pendek

Pengurusan strategik jangka panjang

Sumber: Tsang, Jardine, Kolodny (1999)

Kerangka pengurusan penyenggaraan ini adalah agak mudah dan jelas untuk difahami oleh para pembaca dari segi aliran proses dan tindakan penyenggaraan yang lebih bersistematik dan menyeluruh.

Elemen-elemen dalam kerangka atau model pengurusan penyenggaraan ini seperti polisi penyenggaraan, sistem kerja penyenggaraan, perancangan strategi, pengurusan sumber, penjadualan dan pelaksanaan kerja penyenggaraan, perolehan kontrak, penyediaan alatganti dan bahan, aspek kewangan, pengurusan prestasi dan kualiti, serta maklumbalas dan penambahbaikan lain-lain lagi nanti akan dijadikan parameter bagi mengukur tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam nanti.

(45)

2.8 Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Penyenggaraan

Di dalam amalan penyenggaraan semasa yang terbaik bagi sesebuah organisasi sekarang, pelbagai kaedah dan pendekatan yang praktikal yang berkesan telah melaksanakan mengikut kesesuaian masing-masing. Di antara amalan penyenggaraan yang terbaik adalah konsep Penyenggaraan Memfokuskan Kebolehharapan (Reliability Centred Maintenance). Kennedy (2005) menyatakan bahawaReliability Centred Maintenance (RCM) telah bermula dalam industri kapal terbang di Amerika Syarikat semenjak 1950an lagi berdasarkan konsep setiap komponen dalam peralatan yang kompleks mempunyai tempoh hayat yang sesuai (right age) di mana pemulihan menyeluruh (complete overhaul) perlu dibuat bagi menjamin tahap keselamatan dan kebolehharapan operasi.

RCM adalah proses yang berstruktur yang logik untuk membangunkan atau mengoptimumkan keperluan penyenggaraan bagi sumber fizikal dalam kontek operasi untuk merealisasikan kebolehharapan ketara (inherent reliability). Dimana kebolehharapan ketara adalah tahap kebolehharapan yang mampu dicapai oleh sesuatu program penyenggaraan berkesan. Tahap kebolehharapan ini adalah fungsi yang direkabentukkan bagi setiap peralatan dan tidak boleh ditambahbaik tanpa merekabentukkan semula.

Penekanan terhadap pemakaian konsep RCM semakin meningkat kerana ia memberi faedah yang tinggi terutama bila mana jumlah kerosakan melebihi 20 ke 25% dari keseluruhan beban kerja penyenggaraan. RCM juga merupakan metodologi yang bersistematik yang digunakan untuk mengenalpasti kerja yang berkaitan penyengggaraan pencegahan bagi menyatakan kebolehharapan sesuatu peralatan pada kos yang rendah.( Dhillon, 2006)

Menurut Dhillon (2006), terdapat banyak prinsip dalam RCM yang menfokuskan penyenggaraan pencegahan yang berkesan untuk memastikan fungsi sesuatu peralatan sentiasa optimum dan menjimatkan kos. Diantara prinsip RCM ini dinyatakan dalam Rajah 2.5 berikut:

(46)

Rajah 2.5 : Prinsip-prinsip RCM

Sumber: Dhillon (2006)

Bagi Kennedy(2005), RCM merupakan metodologi yang mengimbangkan sumber yang digunakan dengan keperluan kebolehharapan ketara mengikut ciri berikut:

 Kegagalan adalah keadaan yang tidak memuaskan dan penyenggaraan hendaklah dilakukan bagi mencegah keadaan tersebut dari berlaku;

 Kesan kegagalan yang dikenalpasti hendaklah diberi keutamaan dalam tindakan penyenggaraan.;

 Peralatan lebihan yang tidak diguna pakai (redundancy) hendaklah dihapuskan di mana sesuai;

 Taktik penyenggaraan berasaskan keadaan (condition-based) atau ramalan (predictive) lebih sesuai berbanding kaedah berasaskan masa (time-based);  Kaedah guna-sehingga-rosak adalah boleh diterima bila mana diperakukan. Prinsip 1: RCM adalah

memfokuskan kepada peralatan/ sistem

Prinsip 2: RCM maklumkan tiga jenis penyenggaraan seiring dengan kaedah guna-sehingga-rosak. Prinsip 3: RCM mengguna logic treeuntuk menilai tugasan penyenggaraan

Prinsip 4: RCM maklumkan batasan rekabentuk

Prinsip 5: RCM adalah tugasan yang mesti dipakai.

Prinsip 6: RCM adalah sistem yang hidup

(diamalkan & berkembang).

Prinsip 7: RCM adalah digerakkan berasaskan keselamatan & ekonomik

Prinsip 8: RCM adalah memusatkan kepada kebolehharapan peralatan.

Prinsip 9: RCM

mentakrifkan keadaan tidak memuaskan itu adalah kegagalan

Prinsip 10: RCM adalah tugasan yang mesti berkesan Prinsip 11: RCM adalah berorientasikan kefungsian peralatan/sistem. Prinsip-Prinsip RCM

(47)

Rajah 2.6 : Proses pelaksanaan tujuh langkah semakan logikal RCM

Sumber: Kennedy(2005)

RCM mempunyai tujuh langkah semakan logikal sebagaimana Rajah 2.6 diatas yang mana disusun dalam aliran proses berdasarkan analisis risiko dan bergantung kepada pemahaman yang jelas terhadap objektif dan keperluan organisasi ( Kennedy, 2005 ).

Satu inovasi dalam pendekatan amalan penyenggaraan terbaik yang dilaksanakan oleh organisasi yang terkenal di dunia contohnya Firma Pembuatan Kenderaan Toyota iaitu konsep dan pendekatan baharu pengurusan penyenggaraan yang popular dikalangan industri iaitu: Penyenggaraan Produktif Menyeluruh (Total Productive Maintenance(TPM)).

TPM adalah pengurusan penyenggaraan yang mula diamalkan oleh masyarakat industri di Jepun semenjak 1970an oleh Nippon Denso syarikat pembekal kepada Tayota. Pada peringkat awal Konsep TPM merupakan gabungan antara prisip Kawalan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Control (TQC)), Mengikut Ketepatan Masa (Just in Time (JIT)), dan Penglibatan Pekerja Menyeluruh ( Total Employee

Objektif & Keperluan Bisnes

Langkah 1: Pilih logi yang signifikan Langkah 7:

Optimumkan taktik & program

Langkah 2: Kenalpasti fungsi utama & piawai prestasi

Langkah 6: Atur jadual & laksanakan taktik pilihan Langkah 3: Kenalpasti kemungkinan kegagalan fungsi Langkah 4: Kenalpasti model kegagalan setara & kesannya. Langkah 5: Pilih taktik penyenggaraan yang berkesan

(48)

Involvement(TEI)). Sekarang TPM menjadi amalan yang penting bagi sesebuah firma pembuatan yang mampu meningkatkan produktiviti, memanjang jangka hayat mesin atau logi, menjimatkan kos menyenggara dan memberi persekitaran kerja yang selesa kepada pekerja.

Menurut Venkatesh (2005), TPM adalah satu program penyenggaraan yang mana melibatkan konsep baru bagi penyenggaraan logi dan peralatan dengan matlamat meningkatkan pengeluaran, semangat pekerja dan kepuasan pelanggan. Penyenggaraan rutin akan dilaksanakan oleh pekerja yang menggunakan satu-satu mesin tersebut (juga dikenali sebagai – penyenggaraan sendiri-autonomous maintenance), manakala unit penyenggaraan hanya akan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan mustahak dan kompleks sahaja.

TPM dilaksanakan berdasarkan kepada 8 prinsip asas dalam pengurusan penyenggaraannya sebagaimana Rajah 2.7, iaitu:

Rajah 2.7 : Prinsip-prinsip TPM

Sumber: Venkatesh (2005)

Figure

Updating...

Related subjects :