Unsur Pemikiran Kritis secara Saintifik dan Inovatif yang terdapat di dalam Al-Quran

11  Download (0)

Full text

(1)

e-ISSN 2232-0741 31

Unsur Pemikiran Kritis secara Saintifik dan Inovatif yang terdapat di dalam Al-Quran

*Muaz Bin Hj Mohd Noor

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Alor Gajah, Melaka

*Emel: muaz3108@melaka.uitm.edu.my

Abstrak

Allah Taala telah menurunkan kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w suatu kitab yang diberi nama Al-Quran sebagai penawar dan pedoman agar kita selamat didunia dan di akhirat.

Kandungan Al-Quran yang mempunyai 114 surah dan padanya terdapat ayat yang bersifat kritis atau bernada kritikal iaitu tahap pemikiran yang sepatutnya dipraktikkan oleh kita semua.

Kemahiran berfikir secara kritis sangat penting dalam proses penerimaan sesuatu maklumat kerana ia dapat meningkatkan kebolehan masyarakat untuk mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat segar dan baharu. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu masyarakat dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari khususnya semasa tempoh pembelajaran dan menguruskan sesuatu permasalahan. Dalam kajian ini, penulis akan mengkaji tentang konsep pemikiran kritis yang terdapat di dalam al-Quran, serta kepentingannya dalam usaha meningkatkan daya pemikiran dan hasil kerja yang bersifat saintifik dan inovatif. Metodologinya, penulis menggunakan kaedah dokumentasi bagi mengumpulkan segala data-data yang diperlukan, serta menjadikan buku teks „Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif‟ sebagai punca carian ayat-ayat kritis di dalam al- Quran.

Kata kunci: pemikiran kritis; inovatif; Al-quran

1. PENGENALAN

1.1 Konsep Pemikiran Kritis

Istilah „pemikiran kritis‟ merupakan gabungan di antara dua perkataan iaitu „pemikiran‟ dan

„kritis‟. Dari gabungan perkataan ini, istilah „pemikiran‟ berasal dari kata dasar „fikir‟ yang bermaksud “ingatan, angan-angan, akal, sangka, anggapan, pendapat dan kira.” Manakala terbitan kata „fikir‟ melahirkan istilah „pemikiran‟ yang diertikan sebagai “perihal berfikir (memikir)”.

Pemikiran juga dimaksudkan dengan sebagai “satu proses yang melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan”. Manakala istilah kritis pula berasal daripada perkataan Inggeris „critic‟.

Namun begitu, kata dasar „kritis‟ merupakan perkataan Greek „kriths‟ (Kritikos) yang bermaksud

„menimbang‟ (Judge). „Menimbang‟ membawa maksud “menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah”. Kamus Oxford Dictionary of English memberi huraian terhadap maksud „critical‟ yang membawa maksud „kritis‟, sebagaimana berikut;

(2)

e-ISSN 2232-0741 32 i) Expressing adverse or disapproving comments or judgments.

ii) Expressing or involving an analysis of the merits and faults of a work of literature, music, or art.

iii) (Of a situation or problem) having the potential to become disastrous; at points of crisis.

Asasnya, Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru. Ilmu Pemikiran Kritis bukan sahaja boleh membantu seseorang untk menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), bahkan berupaya berhujah dengan berkesan sekali.

Sepertimana yang diucapkan oleh sarjana Som dan Mohd Dahalan:

“pemikiran kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.”1

Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya adalah betul. Ia juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan.

2. UNSUR PEMIKIRAN KRITIS DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

2.1 Ayat Pertama : Kaitan Akal, Al-Quran dan Sains Dalam Kehidupan.

Antara ayat Quran yang menjelaskan mengenai hubungan antara otak manusia dan hukum logik (Quran) adalah ayat 53 dalam surah fussilat yang bermaksud, “akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dari diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka Quran itu benar.”

Firman Allah:

َكِّبَرِب ِفْكَي ْمَل َوَأۗ ُّقَحْلا ُهَّنَأ ْمُهَل َنَّيَبَتَي ٰىَّتَح ْمِهِسُفْنَأ يِف َو ِقاَف ْلْا يِف اَنِتاَيآ ْمِهي ِرُنَس ديِهَش ٍء ْيَش ِّلُك ٰىَلَع ُهَّنَأ

2

Maksudnya: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata- rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

Ada ulama‟-ulama‟ yang mentafsir ayat ini secara berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, “akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dari diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka Islam itu benar.”

1 Som dan Mohd Dahalan, 1999, Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif, m.s, 96.

2 Surah af fussilat, ayat 53

(3)

e-ISSN 2232-0741 33 Walaubagaimanapun, dalam kitab tafsir al-Quran, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan Quran ini adalah benar.”3 Maka, bagi menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan kata Allah yang bermaksud, “dan pada diri mereka sendiri,”

Imam Ibn Kathir berkata, “berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini menampakkan kebijaksanan yang maha Pencipta.”

Bagi mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini terdapat di dalam al-Asas fi al- Tafsir, berliau berkata, “di dalam buku saya bertajuk ar-rasul saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Sekiranya menusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat dikaitkan dengan apa yang terdapat didalam al-Quran, mereka meyakini Quran sebenanrnya datang daripada Allah”.4

Dalam tafsir al-Azhar pula, Hamka menjelaskan, “dalam ayat ini dinyatakan al-Quran ini semakin lama semakin nyata kebenaranya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan al-Quran semasa ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (semasa zaman berubah) dan otak manusia menjadi semakin maju, kebenaran itu pasti nampak”5.

Justeru ayat ini adalah jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan penemuan- penemuan sains ketika ini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan tanpa ragu-ragu lagi tentang kebenaran al-Quran. Yang penting adalah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan satu kajian yang sahih dan tepat. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini dapat dimanfaatkan bagi memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

Muhammad al-Ghazali pula menekankan pentingnya umat Islam memiliki pemikiran al-Quran yang syumul. Al-Quran hendaklah dibaca dengan penuh penelitian supaya menghasilkan pemikiran yang terbaik dalam usaha memakmurkan bumi ini. Beliau mengkritik keras sikap umat Islam yang lalai memahami dan tidak mengambil pemikiran yang syumul dari al-Qur‟an.

Beliau menegaskan masih banyak umat Islam menghadapi al-Quran secara buta tuli.

Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya.

Menurut Muhammad al-Ghazali isu-isu yang diutarakan dalam al-Quran adalah isu-isu ilmiah yang praktis. Al-Qur‟an membentuk peribadi, jiwa, akhlak, umat dan tamadun. Muhammad al- Ghazali membawa bukti sejarah iaitu bangsa Arab yang dahulu hidup dalam keadaan jahiliah akhirnya apabila diturunkan al-Qur‟an telah merubah segala-galanya. Mereka bertukar menjadi umat yang cintakan syura, bencikan autokrasi, mengamalkan keadilan dan menghapuskan diskriminasi kelas.

3 Tafsir al-Quran, Ibnu Kathir, darul Fikr, Kaherah, Mesir

4 Al-Asas fi Tafsir, Sadi Hawa, Darul Salam, Kaherah, Mesir, 1985.

5 Tafsir al-Azhar, Hamka, Yayasan Latimajong, Surabaya, 1982.

(4)

e-ISSN 2232-0741 34 Daripada pengkajian mengenai al-Quran ini juga akan menghasilkan ilmu psikologi yang baik sebagai alternatif kepada daya pemikiran kritis manusia. Beliau menegaskan bahawa seandainya kita mengikuti dengan penuh teliti disiplin ilmu-ilmu al-Quran dan kita cuba merenungi tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada pada diri kita, nescaya kita akan mempunyai ilmu psikologi yang mengenali kebesaran Allah.

Muhammad al-Ghazali6 berpendapat bahawa kebangkitan Islam bermula daripada penghayatan al-Quran yang syumul dan keupayaan memperaktikkan pemikiran kritis dan inovatif. Cetusan Islam yang digerakkan oleh al-Quran. Fahaman penghayatan al-Quran yang syumul ini telah menjadi penggerak kepada generasi awal Islam. Beliau berpendapat bahawa cetusan al-Qur‟an sebagai pencetus tamadun telah hilang disebabkan kita sibuk dengan urusan yang lain.

2.2 Ayat Kedua: Minda Saintifik

Firman Allah Taala:

ِباَبْللأا يِلولأ ٍتاَيلْ ِراَهَّنلا َو ِلْيَّللا ِفلاِتْخا َو ِض ْرلأا َو ِتا َواَمَّسلا ِقْلَخ يِف َّنِإ Maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang- orang Yang berakal”7

Penghormatan yang Allah berikan kepada golongan yang suka mengkaji alam, sehingga menggelar mereka sebagai ulul albab, begitu signifikan bagi umat islam. Ia adalah rangsangan yang istimewa daripada Allah supaya umat Islam mendekati alam bagi mengkajinya. Dengan itu ketakwaan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khusus, antara ciri yang terdapat pada ulul-albab adalah mengkaji dan bertafakur mengenai penciptaan langit dan bumi. Pada hari ini golongan yang banyak mengkaji mengenai kejadian langit dan bumi adalah pakar-pakar sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. Justeru, ayat 190 surah ali-Imran itu tadi berhubung ulul- albab merangsang umat Islam supaya berfikir dengan menggunkan anugerah akal yang diberikan Allah.

Quran sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang saintifik, bahkan berinovasi. Minda yang saintifik adalah minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian dan kemudiannya konklusi kepada apa yang dicerap atau dilihatnya. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan bukti dan dalil.

Sebenarnya minda seperti inilah yang mahu dilahirkan oleh Islam keran Islam menyuruh umatnya supaya tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Allah ada berfirman di dalam kitab-Nya:

ًلَوُئ ْسَم ُهْنَع َناَك َكِئ َٰلوُأ ُّلُك َدا َؤُفْلا َو َرَصَبْلا َو َعْمَّسلا َّنِإۚ مْلِع ِهِب َكَل َسْيَل اَم ُفْقَت َلَ َو Maksudnya: “dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya”.8

6 Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA-SH), pustaka nasional, Singapura, 1981.

7 Surah Al-Imran, ayat 190.

(5)

e-ISSN 2232-0741 35 Berhubung dengan ayat ini, Syed Qutub berkata dalam tafsir fi zilal al-Quran, “janganlah kamu mengikut sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang meyakinkan dan (janganlah mengikut sesuatu) yang tidak terbukti kesahihannya.”9

Minda yang berfikiran saintifik membenci sebarang unsur khurafat dan tahyul. Khurafat dan tahyul adalah kepercayaan yang tidak berasaskan bukti dan tidak masuk akal. Islam menentang kepercayaan seperti ini. Sebagai contoh, kepercayaan terhadap konsep sial. Berhubung dengan perkara ini, Bukhari dan Muslim melaporkan sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “ tidak ada sial (dalam Islam).”10

Dalam riwayat lain, oleh al-Imam Bukhari, nabi Muhammad s.a.w bersabda, “tidak ada sial pada bulan Safar.” Dalam sesetengah masyarakat kadangkala kesialan dikaitkan dengan bunyi binatang tertentu, kepercayaan burung hantu ataupun suara-suara tertentu. Nabi menolak kepercayaan yang dangkal ini melalui kata nabi yang bermaksud, “mempercayai kesialan pada suara-suara (tertentu) adalah daripada perbuatan syirik”.11

Sebagai satu agama yang saintifik, Islam menerima penemuan serta kajian yang sah lagi tepat terutamanya di sudut duniawi. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh yang terbaik dalam aspek ini. Dalam aspek duniawi, nabi Muhammad s.a.w begitu menghormati rumusan dan konklusi yang diputuskan berdasarkan pengamatan serta bukti yang sahih.

Pernah pada suatu masa, nabi Muhammad s.a.w menegur sahabat-sahabat yang mengacukkan pohon-pohon kurma demi memperoleh hasil yang lebih baik. Kerana menghormati nabi, mereka tidak lagi mengacukkan pohon-pohon itu. Hasilnya adalah produktiviti mereka menurun dan pengalaman ini akhirnya sampai kepada pengetahuan nabi.

Nabi terus menyuruh mereka meneruskan dengan amalan yang asal, iaitu mengacukkan pohon-pohon kurma, kerana terbukti dengan cara itu mendatangkan hasil yang lebih baik.

Berkaitan dengan peristiwa inilah, nabi berkata, “kamu lebih tahu mengenai urusan duniamu”.

Jelaslah disini bahawa minda yang berfikiran saintifik adalah salah satu unsur dalam pemikiran kritis. Ia digalakkan oleh nabi, bahkan Allah memberi pengiktirafan tertinggi kepada mereka ini dengan menggelarkan mereka sebagai ahli ulul albab. Dengan mengambil kira faktor ini, sepatutnya manusia generasi masa kini lebih menghayati fungsi atau peranan minda saintifik dengan mengkaji alam ini dan berfikir tentangnya.

2.3 Ayat Ketiga: Hujah Akal Berpandukan Sumber Dan Dalil Yang Benar.

Firman Allah Taala:

ْلََ ْْا َّمُُ َكْيَلِإ َّنُُ ْرُصَف ِرْيََّّلا َنِم ًًَََبْرَأ ُْْخَف َلاََ يِبْل ََ َّنِئَمََّْيِل ْنِكَل َو ىَلَب َلاََ ْنِم ْؤُت ْمَل َوَأ َلاََ ىَت ْوَمْلا ِيْحُت َفْيَك يِن ِرَأ ِّبَر ُميُِاَرْبِإ َلاََ ِْْإ َو ميِكَح زي ِزَع َ َّاللَّ َّنَأ ْمَلْعا َو اًيََْس َكَنيِتْأَي َّن ُهُعْدا َّمُُ اًء ْزُْ َّنُهْنِم ٍلَبَْ ِّلُك ىَلَع Katakanlah: “dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku!

Perlihatkanlah kepadaKu Bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk Yang mati?"

Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon Yang demikian ialah)

8 Surah Al-Isra’, ayat 36.

9 Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutub, Dar al-Syuruq, Kaherah, Mesir.

10 Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

11 Hadith riwayat Abu Daud.

(6)

e-ISSN 2232-0741 36 supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya).

setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu Dengan segera". dan ketahuilah Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”12

Dalam ayat ini Allah menceritakan mengenai Nabi Ibrahim yang suka menguatkan hujah dan keyakinannya melalui bukti yang jelas. Ini dapat dilihat melalui dialog diantara Nabi Ibrahim a.s dan tuhannya. Nabi Ibrahim a.s berkata, “wahai tuhanku, tunjukkanlah kepadaku berkenaan bagaimana Kamu menghidupkan mereka yang mati. Allah berfirman, “apakah kamu tidak meyakini?”, nabi Ibrahim berkata, “aku yakin tetapi supaya hatiku lebih mantap (dengan iman)”.

Dalam konteks ini, permintaan nabi hendak melihat bagaimana Allah menghidupkan orang yang mati bertujuan bagi meningkatkan lagi makam keyakinannya daripada ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan hujah ilmu) kepada ain al-yakin (keyakinan berdasarkan penglihatan). Hal ini disebutkan dalam al-Asas fi tafsir oleh Said hawa.13

Oleh sebab bukti dan dalil adalah penting, Islam tidak pernah memaksa orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Sebaliknya mereka yang bukan Islam diutarakan hujah yang rasional mengenai kebenaran Islam sekaligus menyerlahkan kepalsuan pegangan mereka.

Sebagai contoh, semasa Allah membicarakan mengenai penyembahan patung-patung berhala, Allah menggunkan hujah serta dalil yang dapat difahami bagi menjelpaskan berkenaan kesesatan amalan itu. Dalam surah al-Haj ayat 73, Allah telah berfirman yang bermaksud,

“wahai manusia, sudah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu.

Sesungguhnya segala apa yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalat pun walaupun mereka bersatu bagi menciptakannya. Dan sekirnya lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak dapat merebutnya kembali. Begitu lemah yang menyembah dan begitu lemah jugalah yang disembah.”

Ayat-ayat ini menunjukkkan dengan jelas pencarian bukti dan dalil adalah suatu yang dituntut oleh agama kerana melaluinya keyakinan dan cara hidup yang mantap akan terbina. Sekiranya keyakinan seseorang sudah pun mantap, ia akan memantapkan lagi keyakinan itu.

Allah berfirman lagi di dalam kitab-Nya:

ًلَوُئ ْسَم ُهْنَع َناَك َكِئ َٰلوُأ ُّلُك َدا َؤُفْلا َو َرَصَبْلا َو َعْمَّسلا َّنِإۚ مْلِع ِهِب َكَل َسْيَل اَم ُفْقَت َلَ َو Katakanlah: “dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.”14

Menurut Tafsir fi Zilal al-Quran15, ayat yang pendek ini membentuk satu pendekatan atau metodologi yang sempurna bagi hati dan akal manusia termasuk metodologi ilmiah yang baru sahaja diketahui manusia, ditambah pula dengan unsur kejujuran hati dan muraqabah dengan

12 Surah al-Baqarah, ayat 260.

13 Al-Asas fi Tafsir, Sadi Hawa, Darul Salam, Kaherah, Mesir, 1985.

14 Surah al-Isra’, ayat 36

15 Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutub, Dar al-Syuruq, Kaherah, Mesir.

(7)

e-ISSN 2232-0741 37 Allah yang merupakan ciri keistimewaan Islam yang mengatasi metodologi-metodologi aqliyah lain yang kering.

Amalan memastikan kebenaran sesuatu berita, sesuatu gejala dan sesuatu pergerakan sebelum menghukumkannya merupakan anjuran al-Quran dan metodologi Islam yang halus dan hemat. Apabila hati dan akal manusia mengikut metodologi ini dengan jujur, maka tiada lagi ruang di alam aqidah yang dapat dimasuki prasangka dan kepercayaan khurafat, dan tiada lagi ruang di alam penghakiman, pengadilan dan mu‟amalah yang dapat dimasuki oleh andaian- andaian dan pendapat-pendapat yang keliru, dan seterusnya tiada lagi ruang di alam penyelidikan-penyelidikan, ujian-ujian dan ilmu pengetahuan yang dapat dimasuki oleh pendapat-pendapat yang dangkal dan andaian-andaian yang karut.

Inilah yang sangat dititikberatkan atau diberi perhatian oleh pemikiran kritis. Gejala bagi memastikan sesuatu sumber atau berita yang diterima itu ditapis dan dikenalpasti kebenarannya adalah tindakan yang terpuji. Seperti kata sarjana Nik Azis, “ Secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan.

Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai-bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.16

2.4 Ayat Keempat: Kaitan Akal Fikiran Dan Proses Kejadian Manusia.

Allah berfirman:

َنوُرُكْشَت اَم ًلايِلََۚ َةَدِئْفَ ْلأا َو َراَصْبَ ْلأا َو َعْمَّسلا ُمُكَل َلَََْ َوۖ ِهِحوُر ْنِم ِهيِف َخَفَن َو ُها َّوَس َّمُُ

Maksudnya: “kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”17

Menurut kebanyakan mufassirin, ayat diatas ini tidak semata-mata membicarakan mengenai telinga, mata dan otak. Hal ini disebabkan Allah menggunakan perkataan „pendengaran‟

(sama‟) dan bukannya telinga. Allah juga menggunakan perkatan „penglihatan‟ (absaar) dan bukanya mata dan Allah menggunakan perkatan „akal‟ ataupun „hati‟, bukannya „otak‟.

Tambahan daripada itu, dalam ayat ini proses kejadian ketiga-tiga ini (iaitu pendengaran, penglihatan dan akal ataupun hati) disebutkan selepas roh ditiupkan. Justeru, penekanannya adalah kepada proses penyempurnaan sistem-sistem selepas roh ditiupkan di samping kepentingannya pada perkembangan janin.18

Justeru, berasaskan kenyataan ini, pendengaran dan penglihatan adalah penting dalam proses pembentukan insan. Pengaruh daripada kedua-duanya memberi kesan yang besar kepada akal dan hati. Antara perkara yang menarik berhubung ayat ini adalah „sistem pendengaran‟

disebutkan terlebih dahulu sebelum „penglihatan‟ serta „akal‟ ataupun „hati‟. Hal ini disebabkan sistem pendengaran berinteraksi dengan persekitaran luar rahim pada peringkat awal lagi sebelum janin dilahirkan. Ia boleh kita anggap antara sistem yang penting kerana melaluinya pendidikan perkelahiran dapat dilaksanakan.

16 Sarjana Nik Aziz, 1998. Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif.

17 Surah al-Sajdah, ayat 9.

18 Al-Quran dan Terjemahannya, Mujama’ al-Malik Fahd Li Thiba’at.

(8)

e-ISSN 2232-0741 38 Tambahan daripada itu, akhbar Sunday times melaporkan seorang pakar psikologi daripada Universiti Keele, Dr. Stephen Evans, membuktikan janin dalam rahim ibu mempunyai kemampuan bagi mendengar dan mengingati suara apabila mencapai umur 20 minggu19. Penemuan-penemuan seumpama ini menunjukkan pendidikan anak-anak boleh dimulakan sebelum janin dilahirkan.

Berhubung dengan penglihatan, seseorang bayi hanya dapat melihat dengan sempurna selepas dilahirkan. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan mata janin mampu fokus semasa berumur 31 hingga 32 minggu dalam rahim ibu. Menurut Reg Furlough didalam artikel How the Science of Sound Helps Your Unborn and Newborn Baby, janin mempunyai keupayaan untuk melihat semasa berumur tujuh bulan dalam rahim. Pengaruh daripada pendengaran dan penglihatan kemudaiannya member kesan kepada pembentukan hati dan akal.

Selepas dilahirkan, pancaindera terutamanya yang berkaitan dengan pendengaran dan penglihatan, memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan keupayaann akal. Mengikut The Making the Most of Your Brain terbitan Ridest Digest, semasa dilahirkan jumlah sel-sel otak mencecah 100 bilion. Setiap sel pula mempunyai 1000 tempat di mana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain. Semasa baru dilahirkan, sel-sel ini tidak banyak berhubungan antara satu sama lain. Namun, apabila bayi mula berinteraksi dengan alam, terutamanya pada zaman kanak-kanak, sel-sel ini berhubungan secara pesatnya. Semakin meningkat usaha dan pengalaman seseorang, semakin rancaklah hubungan yang berlaku antara sel-sel ini.

Berhubung dengan ayat ini, Hamka di dalam tafsir al-Azhar berkata, “pendengaran dan penglihatan adalah bagi menghubungkan diri kita dengan alam sekeliling kita. Hasil daripada penglihatan dan pendengaran itu membawa (kesan) ke dalam hati kita untuk dipertimbangkan dan direnungkan bertujuan bagi menginsafi kebenaran Allah di samping (mengelokkan) pertalian hidup sesama manusia”.20

Semua ini menunjukkan kematangan, kepintaran sikap serta kebijaksanan seseorang sekali gus mempengaruhi kehidupanya. Apabila kesemua ini berlaku, manusia pada masa itu tidak hanya mempunyai otak tetapi lebih penting adalah mereka juga mempunyai akal yang tahu membezakan antara baik dan buruk.

2.5 Ayat Kelima: Penggunaan Akal Untuk Tujuan Dakwah Dan Metodologinya

Allah berfirman:

َنيِدَتْهُمْلاِب ُمَلْعَأ َوُُ َوۖ ِه ِليِبَس ْنَع َّلَض ْنَمِب ُمَلْعَأ َوُُ َكَّبَر َّنِإۚ ُنَسْحَأ َيُِ يِتَّلاِب ْمُهْلِداَْ َوۖ ًَِنَسَحْلا ًَِظِع ْوَمْلا َو ًَِمْكِحْلاِب َكِّبَر ِليِبَس ٰىَلِإ ُعْدا Maksudnya: “serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”21

Berdasarkan ayat diatas, jelaslah kepada kita bahawa Allah telah mengajar kita, di dalam memberi nasihat pengajaran dan berbahas, kita tidak dapat lari dari memperaktikkan unsur

19 Sunday Time, 23 Mac 1998.

20 Tafsir al-Azhar, Hamka, Yayasan Latimajong, Surabaya, 1982.

21 Surah an-Nahlu, ayat 125.

(9)

e-ISSN 2232-0741 39 pemikiran kritis dan inovatif dalam segala tindak tanduk. Berfikiran secara berhati-hati dan dengan cara yang bijaksana merupakan unsur penting dalam pemikiran kritis, seperti kata sarjana Moor dan Parkar (1986), “Usaha berfikir yang berhati-hati dan khusus yang akan menentukan sama ada kita menerima, menolak, atau menangguhkan penilaian yang dibuat”.

Berdakwah merupakan tuntutan yang diwajibkan keatas setiap manusia dimuka bumi ini kerana tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah. Walau bagaimanapun, bagaimana cara seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya adalah mengikut kemampuan, kemahuan, kelebihan dan cara yang tersendiri.

Pengucapan merupakan satu kemahiran seseorang dalam menayampaikan risalah Allah bagi tujuan berdakwah. Pengucapan merupakan sebahagian dari cara komunikasi lisan yang penting bagi mencapai maklumat atau masej. Oleh itu, seseorang berucap akan dapat menyalurkan idea, emosi, sikap, fakta dan cara memanipulasikan komunikasi non-verbal dalam setiap pengucapannya mereka.

Seseorang perucap dakwah yang bijak perlu mahir dengan ilmu retorik yang disusun dan diatur mengikut disiplin dan kehendak Islam. Retorik ialah disiplin mengenai kecekapan berbahasa bagi menemui dan menjelaskan kebenaran sehingga mampu mempengaruhi dan membentuk khalayak mengikut kehendak pengucap.

Walaupun begitu, di dalam kita asyik berbahas atau berucap, kita sebagai umat Islam tidak dapat lari dari mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Islam. Segala sumber berita atau dalil yang diketengahkan hendaklah disusuli dengan bukti dan fakta bagi menguatkan hujah serta memberi keyakina kepada pendengar. Di sinilah kaitan dan peranan otak dalam berfikir perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan peraturan dan syariat Allah itu sendiri.

Firman Allah:

ًلَوُئ ْسَم ُهْنَع َناَك َكِئ َٰلوُأ ُّلُك َدا َؤُفْلا َو َرَصَبْلا َو َعْمَّسلا َّنِإۚ مْلِع ِهِب َكَل َسْيَل اَم ُفْقَت َلَ َو Maksudnya: “dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.22

Menurut Tafsir fi Zilal, ayat ini menunjukkan ayat perintah larangan dimana Allah melarang kita mengikut sesuatu yang kita tidak mngetahuianya dengan yakin dan belum kita pastikan kesahihanya sama ada berupa perkataan yang digembar-gemburkan orang, melalui penafsiran, melalui kaedah hukum syara‟ atau berpunca dari persoalan akidah.23

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

ثيدحلا بْكأ نظلا نإف نظلا ومكايإ Maksudnya: “awasilah prasangka, kerana prasangka itu sebohong-bohong percakapan.”24 Demikianlah terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang menegakkan metodologi yang sempurna dan bersepadu yang bukan sahaja mewajibkan akal supaya berhemat mengeluarkan pendapat-pendapatnya dan memastikan kesahihan dalam

22 Surah al-Isra’, ayat 36.

23 Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutub, Dar al-Syuruq, Kaherah, Mesir.

24 Hadith nabi Muhammad SAW.

(10)

e-ISSN 2232-0741 40 penyiasatannya, malah hati juga hendaklah berhemah dalam melayani segala tuntutan dan pandangan yang timbul di benak fikiran. Itulah yang ditekankan dalam pemikiran kritis.

Oleh sebab itulah, lidah tidak harus mengeluarkan sesuatu perkataan, menceritakan sesuatu peristiwa, mengutip sesuatu riwayat, mengeluarkan hukuman dan keputusan setelah atau melainkan ia dipastikan kebenaranya dari segenap aspek sehingga disana tidak ada lagi sebarang keraguan dan kesamaran terhadap kebenarannya.

Walaupun akal manusia dibenar dan dibolehkan berfikir sedemikian, namun akal disandarkan dan diingatkan pada suatu tahap tertentu dan pemikiran yang tidak mungkin dilampauinya, karana tahap pemikiran ini berada di luar kemampuan, pemikiran dan jangkauannya. Akal dididik untuk memikirkan setiap sesuatu yang dapat dilihat oleh mata atau melalui pancaindera- pancaindera yang lain, tidak lebih dari itu. Selebihnya adalah tahap hakikat keupayaan berfikir tentang Zat Tuhan atau Hakikat Zat-Nya. Oleh karena keterbatasannya, akal tidak akan dapat menyentuh tahap tersebut, dan karana itu pula Islam melarang akal berfikir tentang Zat Ketuhanan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Berfikirlah tentang ciptaan Allah, dan janganlah berfikir tentang Zat Allah. Setiap yang terlintas di benakmu tentang Allah, sungguh Dia berbeza dari hal itu ". 25

Berfikir tentang Zat Tuhan adalah kegilaan yang tidak sesuai dengan metod pemikiran kritis yang sihat, sebab bagaimana mungkin sesuatu yang terbatas memikirkan Yang Tidak Terbatas, yang fana memikirkan Yang Maha Kekal, yang lemah memikirkan Yang Maha Kuat, yang bakal mati memikirkan Yang Maha Hidup?

Kerana itulah Muhammad al-Ghazali telah mengemukakan satu gagasan untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam. Beliau menggesa umat Islam mempunyai pemikiran yang terbuka, kritis dan sederhana (al-fikr al-wasatiy). Adalah menjadi cita-citanya agar umat Islam mempunyai kesedaran yang tinggi bagi membentuk peradaban generasi mukmin yang baru dan berhak untuk diberi gelaran jil al-Nasr. 26

3. KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap manusia yang berakal mempunyai daya pemikiran kritis, Cuma tahap kritis seseorang itu agak berbeza diantara satu sama yang lain. Pemikiran kritis penting kepda kita, kerana ia membantu kita mengenal pasti arah dan hala tuju berfikir dan dalam masa yang sama memandu kita agar berfikir apa yang sepatutnya difikirkan.

Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat sesuatu berita atau sumber, walaupun ia datangnya dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh berlaku pada bila-bila masa, mana-mana bahagian yang kita tidak jangka. Kerana itulah kita perlukan kepada keupayaan dan kecekapana memanipulasi pemikiran kritis dalam setiap tindakan kita.

25 Hadith Nabi dari Ibnu Abbas.

26 Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA-SH), pustaka nasional, Singapura, 1981.

(11)

e-ISSN 2232-0741 41 Rujukan

Al-Quran dan Terjemahannya, Mujama‟ al-Malik Fahd Li Thiba‟at.

Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutub, Dar al-Syuruq, Kaherah, Mesir.

Hamka. (1982). Tafsir al-Azhar, Yayasan Latimajong, Surabaya.

Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran, darul Fikr, Kaherah, Mesir.

Ismail Yakub MA-SH. (1981). Ihya Ulumuddin. (Imam al-Ghazali). Singapura: Pustaka Nasional.

Nik Aziz (1998). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif.

Sadi Hawa (1985). Al-Asas fi Tafsir, Darul Salam, Kaherah, Mesir.

Som dan Mohd Dahalan. (1999). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif

Figure

Updating...

References

Related subjects :