• No results found

Kesan penggunaan educational multifunctional programmable logic controller kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya kognitif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Kesan penggunaan educational multifunctional programmable logic controller kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya kognitif"

Copied!
45
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL MULTIFUNCTIONAL PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER KIT TERHADAP PENCAPAIAN

PELAJAR YANG BERBEZA GAYA KOGNITIF

NOORLIN RAWAIDA BINTI MOHD ISA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

(3)

vi

ABSTRACT

(4)

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Tujuan kajian 8

1.5 Objektif kajian 8

1.6 Persoalan kajian 9

1.7 Hipotesis kajian 9

1.8 Kepentingan kajian 11

1.9 Skop kajian 12

1.10 Kerangka konsep kajian 12

(5)

1.11.1 Pengajaran 14

1.11.2 Pembelajaran 14

1.11.3 Alat bahan bantu mengajar (ABBM) 15 1.11.4 Kit pengajaran dan pembelajaran 15

1.11.5 Pembelajaran konvensional 15

1.11.6 Gaya kognitif 16

1.11.7 Gaya kognitif Field Independent (FI) 16 1.11.8 Gaya kognitif Field Dependent (FD) 16 1.11.9 Programmable Logic Controller (PLC) 17

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Model-model kajian 18

2.2.1 Model kajian Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox (1977)

19

2.2.2 Model kajian Derussy dan Futch (1971) 21 2.2.3 Model kajian Saracho dan Spodek (1981) 22 2.2.4 Model kajian Dunn dan Dunn (1978) 23

2.3 Definisi gaya kognitif 26

2.3.1 Ciri-ciri gaya kognitif FI - FD 27 2.3.2 Proses pengajaran dan pembelajaran gaya

kognitif FI dan FD

30

2.4 Alat bahan bantu mengajar (ABBM) 32

2.4.1 Keberkesanan penggunaan alat bahan bantu mengajar

33

2.4.2 Kepentingan kit pembelajaran sebagai ABBM 34 2.4.3 Kit Educational Multifunctional

Programmable Logic Controller sebagai ABBM

36

2.5 Kajian-kajian lepas 37

2.6 Latar belakang mata pelajaran yang dikaji 39

2.7 Institusi yang dikaji 39

2.7.1 Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang 40 2.7.2 Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil 40

(6)

2.8 Rumusan 41

BAB 3 METODOLOGI 42

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka bentuk kajian 42

3.2.1 Reka bentuk kuasi eksperimental 44

3.3 Populasi dan sampel 46

3.4 Lokasi kajian 46

3.5 Instrumen kajian 47

3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47

3.5.2 Ujian pra – pasca 48

3.5.3 Ujian pasca (Ketekalan) 49

3.5.4 Borang soal selidik 50

3.6 Rawatan kajian 51

3.6.1 Reka bentuk kit 51

3.6.2 Fungsi kit 53

3.6.3 Kebolehfungsian kit 54

3.7 Kesahan instrumen 56

3.8 Kebolehpercayaan instrumen 56

3.8.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 57

3.8.2 Ujian pra - pasca 58

3.8.3 Soal selidik 59

3.9 Prosedur kajian 59

3.10 Kaedah analisis data 62

3.11 Andaian kajian 63

3.12 Rumusan 64

BAB 4 ANALISIS DATA 65

4.1 Pengenalan 65

4.2 Analisis data 66

4.3 Penentuan gaya kognitif pelajar 67

4.4 Perbezaan pencapaian ujian pra antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

(7)

4.5 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

68

4.6 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

71

4.7 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

73

4.8 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan Field Dependent (FD)

75

4.9 Skor min bagi penilaian pelajar terhadap elemen-elemen di dalam kit pembelajaran E.M.P.L.C.K

76

4.9.1 Kemudahan penggunaan 78

4.9.2 Kesesuaian reka bentuk kit 79

4.9.3 Membantu mempelajari topik 81

4.9.4 Motivasi 82

4.10 Rumusan 83

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 84

5.1 Ringkasan 84

5.2 Rumusan kajian 85

5.2.1 Rumusan analisis faktor gaya kognitif pelajar 85

5.2.2 Rumusan persoalan kajian 86

5.3 Perbincangan 88

5.3.1 Faktor gaya kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD)

89

5.3.2 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

89

5.3.3 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

(8)

RUJUKAN 103

LAMPIRAN 110

5.3.4 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

92

5.3.5 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field Dependent (FD)

93

5.3.6 Elemen-elemen dalam kit pembelajaran E.M.P.L.C.K yang membantu pemahaman dalam proses pembelajaran

95

5.4 Model perkaitan di kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan gaya kognitif pelajar

97

5.5 Cadangan 99

5.6 Cadangan kajian lanjutan 101

(9)

SENARAI JADUAL

2.1 Perbezaan gaya kognitif FI – FD (Witkin. Moore, Goodenough & Cox, 1977: Yahaya, A. et al., 2005)

20

2.2 Pilihan pendidikan dan pekerjaan oleh individu FD dan FI 22 2.3 Perbezaan antara individu FD dan individu FI

(Saracho dan Spondek, 1981)

23

2.4 Ringkasan ciri-ciri FI – FD dari tiga aspek berlainan (Town, 2003)

29

2.5 Perbezaan gaya kognitif FI-FD dalam proses pengajaran (Sigel, & Brodzinky, 1997: Yahaya, A. et al., 2005)

31

2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam proses pembelajaran (Willerman,1979: Yahaya, A. et al., 2005).

32

3.1 Reka bentuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan 43

3.2 Aktiviti penilaian sebenar 44

3.3 Taburan responden mengikut kumpulan 46

3.4 Pengelasan pelajar FI dan FD mengikut skor 48 3.5 Reka bentuk kaedah ujian pra-pasca (Chua, 2006) 49

3.6 Skala likert 51

3.7 Kod sistem robotik dan PLC 54

3.8 Tafsiran skor Cronbach’s Alpha (Mohd Najib, 1999) 57 3.9 Indeks diskriminasi dan aras diskriminasi piawai (Mok, 1994) 58 3.10 Indeks kesukaran dan aras kesukaran piawai

(Mok, 1994)

58

3.11 Interpretasi skor min 62

3.12 Kaedah penganalisisan data 63

(10)

4.1 Taburan skor ujian GEFT bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

67

4.2: Ujian kesejenisan ANOVA skor ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

68

4.3 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

69

4.4 Ujian Kolmogorov-Smirnov bagi kumpulan rawatan dan kawalan

70

4.5 Analisis peningkatan pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan

70

4.6 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar FI

71

4.7 Analisis peningkatan pencapaian kumpulan kawalan dan rawatan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

72

4.8 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar FD

73

4.9 Analisis peningkatan pencapaian kumpulan kawalan dan rawatan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

74

4.10 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian pelajar FI dan FD

75

4.11 Analisis peningkatan pencapaian pelajar Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD)

76

4.12 Skor min bagi penilaian elemen-elemen di dalam kit pembelajaran

77

4.13 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen kemudahan penggunaan

78

4.14 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen kesesuaian reka bentuk kit

80

4.15 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen membantu mempelajari topik.

(11)

4.16 Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi elemen motivasi

(12)

SENARAI RAJAH

1.1 Model Learning Pyramid 5

1.2 Purata pencapaian program latihan di ILP bagi tahun 2005 6

1.3 Kerangka konsep kajian 13

3.1 Rekabentuk kuasi-eksperimental ujian pra-pasca kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

45

3.2 Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit

51

3.3 Pemindahan pengaturcaraan komputer (Cx Programmer) ke kit pembelajaran E.M.P.L.C.K

56

3.4 Penunjuk apabila suis ditekan 56

3.5 Carta alir prosedur kajian 61

5.1 Model perkaitan antara kaedah p&p dengan pelajar yang berbeza gaya kognitif (FI-FD)

(13)

SENARAI SINGKATAN

ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar

E.M.P.L.C.K - Educational Multifunctional Programmable Controller Kit

FD - Field Dependent

FI - Field Independent

ILJTM - Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILP - Institut Perindustrian Latihan

GEFT - Group Embedded Figures Test

NC - Normally Closed

NO - Normally Open

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PLC - Programmable Logic Controller SPSS - Statistical Package Social Science

(14)

SENARAI LAMPIRAN

A Gantt chart projek sarjana 110

B Ujian GEFT 112

C Jadual penentuan ujian 118

D Ujian pra Programmable Logic Controller 119

E Ujian pasca Programmable Logic Controller 126

F Cadangan skema jawapan 133

G Lembaran kerja Educational Multifunctional Programmable Controller Kit

141

H Borang soal selidik 159

I Kajian rintis ujian GEFT 163

J Kajian rintis analisis item ujian pra-pasca 164

K Kajian rintis soal selidik 167

L Pengesahan instrumen 168

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan sesuatu perkara asas yang perlu di pandang berat oleh sesebuah negara dalam usaha menyediakan generasi muda yang berwibawa dan berdaya saing untuk berdepan dengan cabaran globalisasi. Pendidikan merupakan satu proses menyampaikan atau penyampaian sesuatu ilmu. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah dan cara yang teratur di mana pendidik menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dan dipercayai berkesan bagi membolehkan pelajar menerima pembelajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan setelah sesi pembelajaran. (Abdul Khalil, 2011).

(16)

Kebanyakan kemahiran-kemahiran memerlukan teknologi yang tinggi mengikut peredaran zaman. Walau bagaimanapun, kebanyakan kaedah pengajaran teknik dan vokasional yang digunakan di institut pendidikan teknik dan vokasional masih mengamalkan pendekatan pembelajaran secara tradisional iaitu pembelajaran di dalam kelas yang tidak melibatkan aktiviti hands on dan berorientasikan peperiksaan. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai perlu diaplikasikan secara menyeluruh bagi bertepatan dengan perubahan zaman dan teknologi, di samping dapat mengatasi masalah tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran perlu dikuasai oleh para pensyarah dalam memenuhi gaya pembelajaran pelajar sekali gus dapat meningkatkan kemahiran generik pelajar seperti kemahiran menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi, lebih bertanggungjawab dan aktif terhadap pembelajaran dan menjadikan mereka lebih berdikari. Maka, di sinilah perlunya penggunaan ABBM sebagai alat sokongan dalam proses P&P. ABBM perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman. Pensyarah atau guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran bersesuaian dengan perkembangan teknologi terkini. Ia akan menarik minat yang mendalam dan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran tersebut. Oleh itu, penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting dan wajar kerana ia membantu meningkatkan tahap kognitif pelajar.

Gaya kognitif merupakan satu dimensi personaliti yang mempengaruhi sikap, nilai dan interaksi sosial seseorang individu (Yahaya et al., 2005). Setiap individu adalah berbeza dari segi kecerdasan atau kecerdikan dan ini mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang. Perbezaan inilah yang dinamakan sebagai gaya kognitif di mana ia berkaitan dengan cara seseorang individu itu menerima maklumat daripada persekitarannya. Selain itu gaya kognitif juga boleh dirujuk sebagai cara individu memproses maklumat. Gaya kognitif juga menunjukkan perbezaan dalam memproses dan mengurus maklumat serta bertindak balas pada rangsangan persekitaran. Contohnya sesetengah individu bertindak balas begitu cepat dalam beberapa situasi dan ada juga yang bertindak perlahan walaupun mempunyai pengetahuan yang sama terhadap sesuatu perkara. (Yahaya et al., 2005).

(17)

gaya kognitif seseorang pelajar berkait rapat dengan cara bagaimana seseorang guru itu menyampaikan pengajaran mereka dan bagaimana para pelajar menerima maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada bentuk lain. Parkinson & Redmond (2002) mengatakan bahawa gaya kognitif juga merupakan pendorong atau faktor bagi kejayaan dalam pendidikan seseorang individu yang bergelar pelajar. Dalam bidang teknik dan vokasional pula, pengajaran dan pembelajaran berbantu teknologi terutamanya kit pembelajaran ini banyak membantu pelajar dapat mempelajari dalam perkara-perkara yang abstrak dan susah untuk difahami secara bacaan semata-mata dan terutamanya bagi pelajar yang mempunyai ciri-ciri gaya kognitif Field Dependent. Penggunaan perkakas atau peralatan juga membolehkan pelajar mudah mengingati subjek-subjek yang abstrak terutama subjek-subjek dalam bidang teknik dan vokasional.

Institut Latihan Perindustrian merupakan salah satu institusi yang menawarkan subjek-subjek dalam bidang teknik dan vokasional. ILP juga adalah salah sebuah institut kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam pelbagai sektor. Melalui pendidikan teknik dan vokasional (PTV), pelajar yang mempunyai kemahiran diharap dapat memenuhi permintaan sektor perindustrian yang memerlukan tenaga mahir dengan segera untuk bersaing di dalam dunia yang giat membangun ini. Dalam melahirkan pelajar yang serba berkemahiran, kurikulum ILP adalah meliputi segala kegiatan yang mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang mampu membantu proses pembentukan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bersesuaiam dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan FPK, sistem pendidikan di Malaysia perlu menekankan kepentingan memahami perbezaan di kalangan individu-individu dalam usaha meningkatkan hasil pembelajaran. Salah satu ciri perbezaan yang ada pada setiap individu terutamanya bagi pelajar adalah dari sudut gaya kognitif.

(18)

1.2 Latar belakang masalah

Pembelajaran teknik dan vokasional adalah berbeza dengan pembelajaran di bidang lain. Pembelajaran teknik dan vokasional memerlukan pemahaman yang mendalam terutamanya dalam pengaplikasiannya apabila berhadapan dengan objek sebenar. Selain itu pengajarannya turut memakan tempoh masa yang panjang untuk menerangkan konsep sebenar kepada pelajar terutamanya pelajar yang baru mengenali subjek teknikal tersebut. Kaedah yang lama digunakan oleh guru dengan menggunakan papan hitam adalah membosankan dan kurang efektif untuk memberi pemahaman kepada pelajar (Yahaya, 2006).

Pada masa kini, perkembangan pemikiran pelajar adalah terhad di mana mereka perlu melihat perkara yang mereka pelajari di hadapan mata mereka semasa proses pembelajaran berlaku. Bagi pelajar teknik dan vokasional, kemahiran adalah faktor penting yang perlu diberi perhatian. Dalam konteks ini, peningkatan teknologi yang semakin canggih memerlukan seseorang individu tersebut mengetahui dan seterusnya memahami dengan lebih mendalam sesuatu kemahiran. Para pelajar banyak didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara teori berbanding dengan amali terutamanya bagi pelajar aliran teknik dan vokasional.

Dalam konteks kajian ini, kuliah secara tradisional adalah tidak cukup untuk pelajar yang berpencapaian sederhana ke rendah atau pelajar yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah sederhana ke rendah untuk memahami konsep pengaturcaraan yang cuba disampaikan oleh pensyarah atau guru-guru mereka. Selain itu juga, pelajar kurang berkebolehan untuk membaca kod aturcara seterusnya tidak memahami perlaksanaan kod aturcara yang telah diberikan. Kelebihan memahami sesuatu kod aturcara akan memberikan kelebihan kepada pelajar tersebut untuk mengesan suatu ralat logik yang terdapat dalam keratan kod aturcara yang diberi.

(19)

pencapaian akademik yang agak lemah atau sederhana (Abdullah & Muda, 2007). Oleh yang demikian bahan sokongan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar memahami isi kandungan pembelajaran dan terlibat secara aktif bukannya sekadar menerima daripada guru sahaja.

Bahan sokongan seperti Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan seterusnya dapat menentukan kejayaan mereka dalam pelajaran. Alat bahan bantu mengajar tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis, dan gambar-gambar sahaja tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2002). Penggunaan ABBM yang efektif dapat merangsang minda dan minat pelajar bahkan ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan alat-alat tersebut sebagai kemahiran dan pengalaman baru serta dapat meningkatkan aspek kognitif dan psikomotor untuk lebih mudah memahami isi kandungan pengajaran yang diajar secara teori.

Rajah 1.1: Model Learning Pyramid

(20)

mengajar (ABBM) seperti kit pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran dan secara tidak langsung prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, faktor perbezaan bagi setiap individu juga perlu diambil kira. Antaranya adalah dari sudut gaya kognitif seseorang individu.

Aspek kognitif berkait rapat dengan daya ingatan bagi seseorang manusia itu terutamanya bagi yang bergelar pelajar. Menurut Ismail (2002), menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat menyimpan hanya 20% daripada pembacaan, 30% daripada pendengaran, 40% daripada penglihatan, 50% daripada sebutan sendiri, 60% daripada apa yang dibuat dan 90% daripada pembacaan, pendengaran, penglihatan, sebutan dan perbuatan sendiri dengan melakukannya secara serentak. Penggunaan kit pembelajaran dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan seseorang dapat menyimpan iaitu 90% kerana pelajar dapat mengalami sendiri pembelajaran tersebut (A. Karim et al., 2005).

Pencapaian kandungan program latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang merangkumi silibus (isi kandungan) yang digunakan, contoh –contoh yang berkaitan dengan sukatan pelajaran, peralatan yang berkaitan seperti mesin dan sebagainya. Selain daripada itu, penekanan terhadap teori dan amali juga merupakan sebahagian daripada kandungan program latihan. Pencapaian ini menerangkan tentang tahap pencapaian para pelajar di ILP yang masih berada pada tahap yang sederhana iaitu pada aras minimum kerana pihak ILJTM telah menetapkan sasaran 7.0 bagi memenuhi kriteria minimum prestasi yang diperlukan. Hal ini dibuktikan dengan rajah pencapaian pelajar di bawah.

(21)

1.3 Pernyataan masalah

Pelajar sukar untuk memahami penerangan pensyarah tentang sesuatu isi pelajaran yang memerlukan kemahiran dan kreativiti pelajar untuk berfikir di mana pensyarah jarang menggunakan alat bantu mengajar dan hanya melibatkan kaedah ‘chalk and talk’. Kaedah ini perlu digantikan dengan kaedah yang lain. Contohnya penggunaan bahan bantu mengajar yang berteknologi (Daud et al., 2006; Ting & Woo, 2005; Ishak, 2002). Pengaturcaraan PLC adalah sesuatu yang abstrak dan sukar untuk difahami oleh pelajar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengaturcaraan melibatkan keupayaan kognitif yang lebih tinggi. Faktor kognitif memainkan peranan yang penting di dalam kebolehan dalam membina sesebuah aturcara. (Marjuni, Macintyre, 2006; Mancy dan Reid, 2004; Jenkins, 2002; White dan Sivitanides, 2002; Hudak. 1990)

Ada kalanya kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai masih tidak mampu meningkatkan pencapaian kesemua pelajar. Ini adalah berikutan perbezaan individu kepelbagaian menerima maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya kognitif yang berbeza-beza di antara pelajar. Kewujudan perbezaan individu di kalangan pelajar merupakan salah satu faktor penyebab kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran kerana penguasaan pembelajaran sangat mementingkan aspek perbezaan individu. Pelajar perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Oleh itu, waktu pembelajaran fleksibel mengikut kemampuan pelajar diperlukan (Yusof et al., 2005.; A. Karim et al., 2005; Noordin, 1996; Gainen & Locatelli, 1995)

Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kit pembelajaran Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit terhadap tahap pencapaian pelajar bagi subjek Programmable Logic Controller dan pelajar yang berbeza gaya kognitif. Gaya kognitif yang akan dikaji ialah Field Independent dan Field Dependent kerana menurut kajian, ciri-ciri gaya kognitif Field Independent dan Field Dependent memainkan peranan di dalam pendidikan yang berasaskan teknologi (Mancy dan Reid, 2004; Hansen, 1995)

(22)

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit (E.M.P.L.C.K) terhadap peningkatan pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran Programmable Logic Controller dalam kalangan pelajar yang bergaya kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD)

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

ii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI).

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kawalan kumpulan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD).

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field Dependent (FD).

(23)

1.6 Persoalan kajian

Persoalan ini adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap persoalan kajian seperti berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan? ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field Dependent (FD)?

v. Sejauh manakah tahap penilaian pelajar terhadap elemen-elemen (kemudahan penggunaan, kesesuaian reka bentuk kit, membantu mempelajari topik dan motivasi) yang terdapat pada E.M.P.L.C.K membantu pemahaman dalam proses pembelajaran?

1.7 Hipotesis kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis nul dan hipotesis alternatif telah dibuat oleh penyelidik untuk membuat penjelasan terhadap keputusan kajian yang berkaitan dengan semua persoalan kajian yang diperolehi. Tujuan hipotesis dibuat adalah untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkait rapat dengan aspek perbezaan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.

(24)

Di antara hipotesis nul (HO) adalah seperti berikut:

HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

HO3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

HO4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field Dependent (FD)

Di antara hipotesis alternatif (Ha) adalah seperti berikut:

Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

Ha3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

(25)

1.8 Kepentingan kajian

Adalah menjadi harapan agar segala maklumat yang diperoleh daripada kajian ini dapat dijadikan panduan kepada beberapa pihak yang berkenaan. Penggunaan Educational Multifuctional Programmable Logic Controller Kit dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang menggunakannya. Pelajar yang belajar menggunakan kit pembelajaran ini dapat berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam topik tersebut akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar berupaya membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberikan serta menjadikan kit ini sebagai sistem latihan. Selain itu, ia dapat membantu pelajar memahami dan meningkatkan lagi kefahaman dengan jelas tentang sesuatu topik yang dipelajari. Penggunaan kit pembelajaran ini mampu menjadi daya penarik untuk pelajar terus belajar dan menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran berasaskan teori kepada amali. Ini mampu menjadikan sesuatu pembelajaran itu sentiasa diingati. Dengan penggunaan kit ini dapat memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperoleh melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kesan daripada penggunaan kit ini juga mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan memotivasikan mereka untuk terus belajar.

Pensyarah dapat memainkan peranan sebagai fasilitator yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Pensyarah juga berpeluang menjadi pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan isi pelajaran yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Selain itu, pensyarah dapat mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Dengan adanya kit pembelajaran ini, dapat memudahkan tugas pensyarah dalam menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar yang berbeza gaya kognitif. Para pensyarah dapat menjalankan aktiviti pengajaran yang pelbagai dan dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan alam realiti. Selain itu, pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar akan wujud dan pensyarah hanya menjadi perangsang pemikiran dan minda pelajar. Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pensyarah-pensyarah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dalam mempertingkatkan kemahiran mengajar semasa di dalam kelas.

(26)

Kajian ini juga berguna kepada pihak institusi khasnya untuk memberi penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi setiap aspek mengoptimumkan penggunaan ABBM seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Seterusnya, kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pensyarah-pensyarah, pelajar dan pihak institusi tentang betapa pentingnya penggunaan kit pembelajaran untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran dengan jelas serta dapat dijadikan garis panduan yang berguna kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran serta mutu perkhidmatan dengan berbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi memastikan tahap keberkesanan dan kompetensi dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi manfaat pada masa hadapan. Selain itu, kajian ini adalah diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian institusi dan menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi kredibiliti institusi di mata masyarakat.

1.9 Skop kajian

Kajian ini tertumpu kepada kesan penggunaan E.M.P.L.C.K terhadap pelajar di Institusi Latihan Perindustrian dan mengambil kira gaya kognitif pelajar iaitu Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD). Penggunaan E.M.P.L.C.K ini khas kepada pelajar yang mengikuti kursus Teknologi Elektronik Industri dan mengambil subjek Programmable Logic Controller (PLC).

1.10 Kerangka konsep kajian

(27)

Bersifat global Mudah terpengaruh dengan kritikan Perlukan arahan untuk selesaikan masalah

Perlukan struktur maklumat diri

konvensional. Pelajar dibahagikan mengikut kategori gaya kognitif sama ada field independent (FI) atau field dependent (FD) untuk mengenal pasti hasil pembelajaran mereka yang dinilai melalui skor peningkatan pencapaian ujian pra-pasca setelah menggunakan kit pembelajaran sebagai salah satu medium pembelajaran.

Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian

(Adaptasi dari Madar et al., 2009; Saracho dan Spodek, 1981;Dunn dan Dunn, 1978; Witkin et al., 1977; Derussy dan Futch, 1971)

13

Pelajar

Jenis Kognitif

Bersifat analisis

Kurang terpengaruh dengan kritikan

Selesaikan masalah tanpa arahan

Mempunyai matlamat diri

Field Dependent (FD) Field Independent

(FI)

P&P menggunakan Kit Pembelajaran

P & P secara Konvensional

(28)

1.11 Definisi Istilah

Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa istilah yang telah digunakan untuk menggambarkan maksud kajian. Antara istilah yang telah digunakan adalah :

1.11.1 Pengajaran

Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-perubahan yang diingini (Mohd Yasin, 2008). Dalam kajian ini pengajaran adalah merujuk kepada proses komunikasi atau interaksi yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal di antara pelajar dengan pensyarah melalui kit pembelajaran.

1.11.2 Pembelajaran

(29)

1.11.3 Alat bahan bantu mengajar (ABBM)

ABBM merupakan bahan yang digunakan oleh pengajar semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan projektor (Mok, 2001). Dalam kajian ini, kit pembelajaran merupakan ABBM yang dapat memudahkan pengajaran pensyarah kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa pensyarah serta dapat merangsang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

1.11.4 Kit pengajaran dan pembelajaran

Kit pembelajaran berperanan sebagai alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran (Ishak et al., 2009). Kit dalam kajian ini bermaksud suatu reka bentuk ABBM yang direka dan diletakkan dalam sebuah kotak mudah alih sebagai kemudahan untuk para pensyarah dan pelajar melakukan aktiviti hands-on.

1.11.5 Pembelajaran konvensional

Menurut Yusof et al. (2005), pembelajaran berdasarkan kaedah ‘chalk and talk’ atau pembelajaran konvensional merupakan proses pembelajaran yang biasa digunakan oleh pendidik di institusi pendidikan. Pembelajaran jenis ini hanya berpusatkan guru. Guru hanya memberi penerangan dan memberi tugasan dan ujian sebagai penilaian tahap pencapaian pelajar.

(30)

1.11.6 Gaya kognitif

Gaya kognitif berkait rapat dengan psikologi kognitif di mana ia merupakan suatu pendekatan yang memerlukan eksperimen. Ia bertujuan untuk memahami bagaimana manusia menyusun dan melaksanakan aktiviti mental yang melibatkan proses perolehan, penyusunan, perwakilan, penyimpanan, pengambil kembali dan penggunaan membolehkan manusia memahami dan menyelesaikan masalah demi menyesuaikan diri dengan tuntutan alam sekitar yang berubah dan merancang bagi menghadapi masa akan datang (Yahaya et al., 2005)

1.11.7 Gaya kognitif Field Independent (FI)

Individu yang cenderung memisahkan suatu perkara kepada perkara-perkara yang kecil daripada keseluruhannya. Ini membolehkan individu itu menganalisis komponen-komponen kecil. Individu FI tidak cenderung pada aktiviti pertalian sosial dan mereka melakukan dengan baik dalam matematik dan serius dalam melakukan aktiviti menganalisis secara analitis (Yahaya et al., 2005)

1.11.8 Gaya kognitif Field Dependent (FD)

(31)

1.11.9 Programmable Logic Controller (PLC)

PLC adalah sejenis pengawal yang terdiri daripada satu mikropemproses bersama dengan satu unit masukan dan satu unit keluaran. Aturcara kemudian ditulis dan dijalankan oleh pemproses PLC untuk membaca isyarat daripada unit masukan iaitu pengesan dan kemudian mengawal unit keluaran seperti motor, lampu dan lain-lain bergantung kepada aturcara yang ditulis (Frank, 2005)

(32)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian Literatur merupakan satu tinjauan yang menyeluruh mengenai satu topik yang spesifik atau berkaitan dengan sesuatu kajian. Di dalam bab ini akan menyentuh dengan lebih mendalam berkaitan model kajian, teori-teori yang berkaitan, latar belakang mata pelajaran yang hendak dikaji dan institusi yang terlibat di dalam kajian ini. Seterusnya, kajian-kajian lepas dijadikan bahan rujukan dalam menghasilkan penulisan di dalam bab ini.

2.2 Model-model kajian

(33)

19

2.2.1 Model kajian Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox (1977)

Menurut Witkin et al., (1977) menyatakan bahawa terdapat dua proses dalam setiap gaya kognitif iaitu satu yang berkaitan dengan persepsi maklumat daripada rangsangan luaran dan yang kedua adalah berkaitan dengan cara-cara tertentu sesuatu maklumat itu diproses oleh individu. Oleh yang demikian, Witkin dan rakan-rakannya mentakrifkan gaya kognitif sebagai cara berfungsi kendiri yang tetap yang ditunjukkan oleh seseorang individu dalam aktiviti-aktiviti persepsi dan intelektualnya. Terdapat empat gaya kognitif yang penting di dalam model kajian Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox. Antaranya ialah:

i. Ciri yang pertama, gaya kognitif berkaitan dengan bentuk, bukan dengan kandungan aktiviti kognitif. Gaya kognitif ini merujuk kepada perbezaan individu dalam aspek melihat, berfikir, menyelesaikan masalah, belajar, berhubung dengan orang lain dan sebagainya.

ii. Ciri yang kedua, gaya kognitif sebagai suatu dimensi yang meresap atau menular. Berbeza daripada kebolehan yang lebih khusus kepada sesuatu domain isi kandungan, gaya kognitif nampaknya merentasi semua domain. Gaya kognitif adalah heuristik bertaraf tinggi yang mengatur dan mengawal tingkah laku dalam pelbagai situasi yang berlainan. Dalam hal ini, gaya kognitif menyerupai beberapa sifat personaliti.

iii. Ciri yang ketiga, gaya kognitif adalah stabil sepanjang masa. Gaya kognitif mengembang perlahan-lahan mengikut pengalaman. Gaya kognitif tidak boleh diubahkan dengan mudah melalui pengajaran atau latihan tertentu tetapi boleh berubah mengikut kematangan. Misalnya, apabila kanak-kanak mencapai kematangan umur mereka menjadi lebih Field Independent (FI) daripada Field Dependent (FD). Walau bagaimanapun, perubahan semula jadi ini tidak mengubahkan kedudukan relatif seorang individu dalam kontinum tersebut (Witkin et al., 1977).

(34)

itu setiap pola gaya kognitif boleh dianggap positif berkaitan dengan keadaan tersebut. Ciri gaya kognitif yang neutral ini menjadikannya kurang mengancam daripada konsep kebolehan yang penuh dengan nilai. Tetapi kedua-dua konstruk gaya kognitif dan kebolehan bukan hanya bertentangan tetapi juga bertindihan. Kajian-kajian korelasi telah menunjukkan ada sedikit perhubungan yang positif antara ukuran gaya kognitif dengan ukuran kecerdasan seseorang.

Jadual 2.1: Perbezaan gaya kognitif FI – FD

(Witkin, Moore, Goodenough & Cox, 1977: Yahaya et al., 2005)

Individu Field Independent Individu Field Dependent

Cepat dapat mengasingkan bentuk yang mudah daripada bentuk yang kompleks

Menghadapi kesukaran melakukan pengasingan

Boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang mengganggu

Tidak boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang mengganggu

Bersifat analisis Bersifat global

Berkemahiran membina struktur daripada suatu yang tidak mempunyai struktur

Tidak berkemahiran membina struktur daripada suatu yang tidak mempunyai struktur

Memerlukan masa yang singkat tanpa melakukan banyak kesalahan

Memerlukan masa yang lebih, tetapi hanya sedikit yang betul

Memerlukan bantuan supaya fokus pada perkara yang melibatkan aktiviti sosial

Mempunyai kelebihan dari segi pembelajaran sosial

Cenderung mempunyai matlamat diri dan penguatkuasaannya

Memerlukan struktur matlamat diri dan penguatkuasaannya

Kurang terpengaruh dengan kritikan Mudah terpengaruh dengan kritikan

Dapat menganalisis situasi dan mengorganisasikan

Melihat secara global dan tidak mampu mengorganisasikan

Lebih gemar menyelesaikan masalah tanpa arahan daripada luar dan pemerhatian luar

(35)

21

Jenis FI-FD adalah bagaimana cara individu itu menghadapi persekitaran secara global mahupun analisis. Gaya kognitif FI-FD juga turut bergantung pada karaktor personaliti individu itu sendiri (Olstad et al., 1981). Individu FI akan dapat membezakan sesuatu persekitaran yang kompleks dengan mudah berbanding individu FD yang sukar untuk mengasingkan diri daripada persekitaran. Individu FD lebih cenderung untuk menerima kewujudan sesuatu perkara berdasarkan kepada rangka luaran manakala individu FI pula cenderung membentuk informasi daripada rangka yang berbeza (McGee, 1979).

2.2.2 Model kajian Derussy dan Futch (1971)

Kecenderungan pelajar terhadap FD atau FI memainkan peranan dalam pilihan bidang major, efektif dan kerjaya mereka. Pilihan ini berdasarkan kepada darjah keperluan kemahiran kognitif yang berkaitan dengan FI-FD dalam sesuatu bidang akademik mahupun bidang vokasional. Individu FI lebih menyukai domain-domain yang memerlukan kemahiran analisis dan domain-domain yang ada hubungan dengan orang lain adalah tidak penting. Antara bidang yang diminati oleh pelajar yang bergaya FI adalah Sains Fizikal, Biologi, Matematik, Kejuruteraan dan Seni Bina.

(36)

Jadual 2.2: Pilihan pendidikan dan pekerjaan oleh individu FD dan FI (DeRussy dan Futch, 1971)

Individu FD Individu FI

Lebih cenderung kepada kandungan sosial Lebih cenderung kepada struktur analisis

Suka kepada hubungan interpersonal Tidak suka kepada hubungan interpersonal

Bidang-bidang yang digemari: i. Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan ii. Bahasa iii. Agama iv. Pemasaran

v. Kejururawatan vi. Pemasaran vii. Pengiklanan

Bidang-bidang yang digemari: i. Matematik

ii. Fizik iii. Kimia iv. Biologi

v. Senibina vi. Kejuruteraan vii. Perubatan

viii. Psikologi (Ujikaji)

2.2.3 Model Kajian Saracho dan Spodek (1981)

Menurut Amstrong dan Priola (2001), individu yang mempunyai gaya kognitif FI lebih gemar kepada penggunaan secara analitikal dan tidak suka kepada hubungan interpersonal. Manakala individu FD dapat membentuk tingkah laku seperti sosial-emosi-orientasi. Ini menunjukkan bahawa individu FI lebih suka menyendiri dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri jika dibandingkan dengan individu FD yang gemar menjalinkan interaksi dengan orang luar. Individu FD mudah mengikuti aktiviti kemasyarakatan yang diadakan bagi tujuan kegiatan sosial.

(37)

23

Jadual 2.3: Perbezaan antara individu FD dan Individu FI (Saracho dan Spondek, 1981)

Individu FD Individu FI

Menghadapi persekitaran secara global Menghadapi persekitaran secara analitikal

Bergantung pada persekitaran Berdikari dan tidak bergantung pada persekitaran

Menggunakan petunjuk sebagai sumber informasi Lebih berusaha sedaya upaya

Mudah berinteraksi dengan orang lain Tidak peka kepada orang lain

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial Kurang kemahiran sosial dan dingin dengan orang lain

Hubungan interpersonal Hubungan impersonal

Memerlukan penglibatan orang lain dalam pemilihan pekerjaan

Memilih pekerjaan tanpa bantuan orang lain

Bergantung pada autoriti Bebas daripada autoriti

2.2.4 Model kajian Dunn dan Dunn (1978)

Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1978) dilihat sebagai alternatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan pengajaran yang bersepadu. Selain itu, Dunn dan Dunn menyatakan bahawa “If children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way they learn”.

(38)

Dunn dan Dunn juga telah mengenal pasti lima jenis pemboleh ubah utama di dalam model pembelajaran iaitu alam sekitar, sosial, emosi, fisiologi dan psikologi. Lima elemen atau rangsangan yang diketengahkan di dalam model ini sememangnya memberikan kesan atau implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

a) Rangsangan Persekitaran

Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran mereka. Seseorang individu itu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran. Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang berkurangan. Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

b) Rangsangan Emosional

(39)

RUJUKAN

A. Karim, F., Sinone, R., Baharudin, J., dan Sahadan, N. (2005). Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik 1: Satu Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 15 Oktober 2005.

Abdullah, N. S. (2010). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bersepadu Magnetik-PLC Terhadap Kefahaman Konsep Asas Kawalan Magnet dan Magnetik-PLC. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: UTM

Abdul Khalil, M. K. (2011). Modul Pembelajaran Kendiri Berbantukan Komputer Bagi Lukisan Isometri (Spcal-Li).Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Abdullah, Z & Muda, R. (2007). Pembangunan Koswer Pendidikan Berbantukan Komputer Dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme Bagi Topik Kebarangkalian 1. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan

Abu Hassan, N. (2004) Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana

Ahmad, N. (1989). Teknologi Pendidikan: Satu Pengenalan Kursus Asas Pendidikan Sekolah Agama Terengganu. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

(40)

Ashaari, O. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aris, B., Yahaya, N., Hj. Harun, J. & Tasir, Z. (2000). Teknologi Pendidikan Dari yang Tradisi Kepada Yang Terkini. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Bradley, J.R. (2008). Teaching Mathematics To Elementary School Students Using a Variety of Tools.

Canino, C. dan Cicchelli, T. (1988). Cognitive Styles, Computerized Treatments on Mathematics Achievement and Reaction to Treatment. Journal of Educational Computing Research. 4. 253 - 264.

Cano, J. & Metzger, S. (1995). The Relationship Between Learning Style and Levels of Cognition of Instruction of Horticulture Teachers. Journal of Agricultural Education, 36, 2.

Carolina, T. dan M. Fernanda, P. (1997). Field Dependence-Independence and Academic Achievement: A Re-axamination of Their Relationship. Journal of Educational Psychology. 67, 199-208.

Casey, S. (1993). Learning Style: An Overview of theories, models, and measures. Educational Psychology. 24(4), 45-61.

Ch. Raja Sekhar (2001). Design of Courseware for e-Learning. Dicapai dari http://www.cdac.in/html/pf/session4.3.pdf pada 30 januari 2012

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, L. Manion, L. dan Morrison, K. (2007). Research Methods in Education (6th Ed.). USA: Routledge.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daud, M. Y., Ahmad, M. dan Aqsha Lubis, M. (2006). Penggunaan Internet dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim. et al., Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

DeRussy, E. A. dan Futch, E. (1971). Field Dependence-Field Independence As Related To College Curricula. Perceptual and Motor Skills. 33, 1235 – 1237. Dunn, R & Dunn, K (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning

(41)

105

Emat, Y. (1993). Pendidikan Teknik dan Vokasional. Petaling Jaya: IBS Buku. Zalina Yahya. 9 September 1996. “13 Kelemahan KBSM”. Utusan Malaysia, Kuala Lumpur : 29.

Ford, N. & Chen, S. Y. (2001). Matching/mismatching Revisited: An Empirical Study of Learning and Teaching Style. British Journal of Educational Technology, 32 (1), 5-22.

Frank, D. P. (2005). Programmable Logic Controller. 3rd ed. Westerville: McGraw Hill

Gainen, J. & P. Locatelli. (1995). Assesment for the New Curriculum: A Guide for Profesional Accounting Programs. Accounting Education Series. Vol. 11. Sarasota, FL: Accounting Education Change Commission and American Accounting Association.

Gagne, F. & St Pere, F. (2002). When IQ is controlled, does motivation still predict achievement? Intelligence, 30(1), 71 -100.

Hansen, J. W. (1995). Cognitive Styles and Technology-Based Education. Journal of Technological Studies. 13(1), 14-23.

Hashim, R. A. dan Rajaratnam, L. (1992). Pengurusan bilik darjah. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hudak, P. (1990). Single-Threaded Polymorphic Lambda Calculus. In Proceedings, Fifth Annual IEEE Symposium on Logic in Computer Science, pages 333 Ishak, N. (2002). “Expanding Traditional Classroom Through Computer

Technology: A Collaborative Learning Process”.pg 17-28.

Ishak, N., Rahmat, N. R. dan Md. Noor, W. N. S., (2009). Kaedah Ulangan Berbantukan Pelbagai Kit Pembelajaran untuk Murid Bermasalah Pendengaran. Universiti Kebangsaan Malaysia

Ismail, M. Z. (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru – Guru Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Satu Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Kursus SPH Sesi 2001/2002, UTM : Tesis Sarjana Muda.

Ismail, Z. (2002). “Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran.” Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(42)

Jenkins, T. (2002). On The Difficulty of Learning to Program. Proceeding of 3rd Annual Conference of the LTSN-ICS. Loughborough, UK. Dicapai dari http://www.ics.ltsn.ac.uk/pub/conf2002/tjenkins.pdf pada 14 September 2011.

Kailani, I. dan Rohani, M. S. (2011). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bermodul(KPB) Bagi Mata Pelajaran Matematik (Sudut Dongak Dan Sudut Tunduk) Tingkatan 4 Di Dua Buah Sekolah Menegah Kebangsaan Di Daerah Pontian, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kerlinger, F. N. (1979). Behavioral Research: A Conceptual Approach. New York: Holt, Rinehart dan Winston.

Kubiszyn, T. & Bozick, G. (1996). Educational Testing and Measurement. New York, Harper Collins.

Lau, T. K. dan Zainuddin, A. (2001). Statistik Asas UiTM. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lee, F.T., & Yeap, B.H. (2003). Application of Educational Technologies for Engaged Engineering Teaching and Learning. Malaysia: Monash University. Liu, M. & Reed, M. R. (1994). “The Relationship Between The Learning Strategies

and Learning Styles in a Hypermedia Environment.” Computer in Human Behavior. 1(4). 419 - 434.

Lourdasamy, A. (1998). Perbezaan Gaya Kognitif Individu Dan Implikasi Terhadap Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Macintyre, T. (2006). So doku and problem solving. Mathematics Teaching. PreQuest Education Journals.

Madar, A. R., Mohaiyiddin, M. Z., Mustafa, M. Z. & Buntat, Y. (2009). Kesan Penggunaan Koswer Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence- Dependence. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia & Universiti Teknologi Malaysia.

Mancy, R. dan Reid, N. (2004). Aspects of Cognitif Style and Programming. 16th Workshop of the Psychology of Programming Interest Group. April 2004. Carlow, Ireland.

(43)

107

McGee, M. G. (1979). Spatial Abilities: the influences of genetic factors. In M. potegal (Ed.), Spatial Abilities: Development and Physiological foundation (pp. 199-222). New York: Academic Press.

McGee, M. G. (1979). Human Spatial Abilities: Psychometric Studies and Environmental, Genetic, Hormon, and Neurological Influences. Psychological Bulletin, 86(5), 889- 918.

Messick, S. (Ed.) (1976). Individuality in Learning. San Francisco: Jossey-Bass Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib, A. G. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: UTM.

Mohd Yasin, H. & Hamdan, A. R., (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABBM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Mohd Daud, S., Said Hassan, F., Abd Latiff, L., Abdullah, M.,Tawi, K. & Abd Ghan, R. (2006). Electrical and Electronics Engineering Studies Form 5. Mok, S. S. (1994). Pedagogi2; Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mok, S. S. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., edisi ketujuh.

Mok S. S. (2001). Psikologi Pendidikan untuk Diploma Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2003). Psikologi Pendidikan: Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Cetakan kedua. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Mundhenk, L. G. (2004). Toward An Understand of What It Means to be Student Centered: A New Teacher’s Journey. Journal of Management Education, 28 (4).

Nader, N., Kholief, M., Tawfik, S., & Metwally, N., (2007). Mobile Knowledge Tool-kit To Create A Paragdigm Shift in Higher Education. Egypt: College of Computing and IT.

(44)

Olstad, Juarez, Davenport dan Haury (1981). Inhibitors to achievement in science and mathematics by ethics minorities. Capaian maklumat pada 1 November 2011 dari http://evaluation .massey.ac.nz/lect18/lect 1800.htm.

Parkinson, A. & Redmond, J. A. (2002). The impact of Cognitive Styles and Educational Computer Environments on Learning Performance. Dublin, Ireland: Trinity College.

Paula Kay Montgomery (1991). Cognitive Style and The Level of Cooperation Between The Library Media Specialist and Classroom Teacher. SLMQ 19(3). 231 – 265.

Pithers, B. (2000). Field Dependence-Field Independence and Vocational Teachers. UTS Research Center Vocational Education and Training.

Portal BPTV (2010). Dicapai dari http://www.moe.gov.my/bptv/ pada 12 September 2011.

Riding, R. & Rayner, S. R. (2000). Cognitive Style and Learning Strategies. London: Fulton Publishers.

Saracho, O. dan Spondek, B. (1981). Teacher’s Cognitive Styles and Their Educational Implications. Educational Forum, 45 (2). pp: 1553-1559.

Sekaran, Uma. (1992). Research Methods For Bussines: A Skill Building Approach. New York: Joh Wiley & Sons, Inc.

Shaari, F. R. (2002). Psikologi Kognitif Dalan Pembinaan Bahan Pengajaran Berbantukan Komputer. Jurnal IPDA, 5: 38–44.

Shepard, R. N. (1978). The Mental Image. American Psychologist, 33(2), 125-137. Tahar, M. S. (2008). Rekabentuk Pengajaran Kejuruteraan Menggunakan Realiti

Teknologi ( Sistem Tpu ) Satu Terjemahan Konsep Pengajaran Visual Dan Kinestatik.. Universiti Tun Hussein Onn.

Ting, K. S. &Woo Y. L. (2005). “Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT”.

Town, D. A. (2003). Cognitive Styles and Learning Strategies. Dicapai daripada http://www.monografias.com/trabajos16/learning-styles/learning-styles.shtml pada 12 Oktober 2011.

(45)

109

Williams, V. M. (2000). The Effects of Computer Animation on The Particule Mental Models of College Chemistry Students. Journal of Research in Science Teaching. 32. 521 -534.

Witkin, H. A., Moore, C. A., Goodenough, D. R. dan Cox, R.W. (1971). A Manual for Embedded Figures Test. Palo Alto: Consulting Psychologists Press. Witkin, H. A., Moore, C.A., Goodenough, D. R. dan Cox, R.W. (1977). Field

Independent and Field Dependence Cognitive Styles and Their Educational Implications. Review of Educational Research.

White, G. L. dan Sivitanides, M. P. (2002). A Theory Of Relationship Between Cognitive Requirements Of Computer Programming Languages And Programmers Cognitive Characteristics. Journal of Information Systems Education. Dicapai dari http://findarticles.com/p/articles.

Wiserman, D. C. (1999). Research Strategies for Education. United States: ITP. Yahaya, A., Suboh, A., Zakariya, Z., & Yahya, F. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

References

Related documents

Pulsed-field gel electrophoresis analysis yielded three types (types A, B, and C) with numerous subtypes among the serotype 1c strains, whereas serotypes 1b and 1a yielded only one

Recently the complete consensus nucleotide se- quences of isolates representative of both genotypes revealed an overall amino acid sequence identity of 90%, and the great- est

enous CRF to cause marked ACTH and cortisol secretion after a prolonged continuous CRF infusion suggests that excessive CRF secretion does not cause severe Cushing's disease and

Dose response curve of the effects of histamine (A) or the histamine specific HI agonist (PEA) and the H2 agonist (dimaprit) (B) on cAMP and cGMP accumulation in cultured

Identification of carriers of a variant plasma prealbumin (transthyretin) associated with familial amyloidotic polyneuropathy type

Interestingly, while most human- associated erythromycin-resistant isolates appear to represent examples of clonal spread, bovine-associated erythromycin- resistant isolates appear

A B S T R A C T The expression of Ia-like antigens on human colony forming units-granulocyte macrophage (CFU-GM) is related to S-phase of the cell cycle, and associated with the

To determine whether alterations in adrenal enzyme activity might explain the changing secretory pattern of the adrenal androgens, we measured human adrenal microsomal