• No results found

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas (masalah pendengaran) bagi program kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2020

Share "Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas (masalah pendengaran) bagi program kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik"

Copied!
26
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) BAGI PROGRAM KEJURUTERAAN

DAN HOSPITALITI DI POLITEKNIK

SYAFAWATI BINTI AZUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

(3)

ABSTRACT

(4)

KANDUNGAN

TAJUK i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiv

(5)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Tujuan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Hipotesis Kajian 6

1.8 Kepentingan Kajian 7

1.9 Skop Kajian 7

1.10 Batasan Kajian 7

1.11 Kerangka Teori 8

1.12 Definasi Istilah 9

1.13 Rumusan 10

BAB 2 KA.JIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Penubuhan Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia 11

2.3 Penubuhan Politeknik di Malaysia 12

2.4 Perkembangan Program Pendidikan

Khas di Malaysia 13

2.5 Program Pendidikan Masalah Pendengaran 15

2.6 Definisi Kemahiran 16

2.7 Kemahiran Guru Pendidikan Khas 18

2.8 Pengajaran Dan Pembelajaran 20

2.9 Peranan Pensyarah Dalam Pengajaran 21

2.10 Perancangan Pengajaran 22

2.11 Pelaksanaan Pengajaran 23

2.12 Penilaian Pengajaran 23

(6)

2.14 Rumusan 25

BAB 3 METODOLOGl KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Populasi Kajian 27

3.4 Sample Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.5.1 Soal Selidik 28

3.6 Penilaian Instrument Kajian 29

3.7 Kerangka Operasi Kajian 29

3.8 Pembolehubah Kajian 31

3.9 Analisis Data 32

3.10 Jangkaan Dapatan Kajian 33

3.11 Rumusan 33

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Responden 34

4.3. Jantina 35

4.4. Umur 35

4.5 Kelayakan Ikhtisas Dalam Pendidikan 36

4.6 Pengalaman Sebagai Pensyarah Pendidikan

Khas Politeknik 37

4.7 Latihan Pendidikan Khas 37

4.8 Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas

Dalam Bidang Kejuruteraan 38

4.8.1 Perancangan Pengajaran 40

4.8.2 Perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran 39

4.8.3 Penilaian Pencapaian Pelajar 41

4.8.4 Hubungan Interpersonal 42

4.9 Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas

Dalam Bidang Hospitaliti 43

4.9.1 Perancangan Pengajaran 43

(7)

Pembelajaran 45

4.9.3 Penilaian Pencapaian Pelajar 46

4.9.4 Hubungan Interpersonal 47

4.10 Perbezaan Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan dan

Hospitaliti 48

4.11 Rumusan 49

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Kemahiran Yang Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Kejuruteraan Dan Hospitaliti. 50

5.3 Kerangaka Kemahiran Pensyarah

Program Pendidikan Khas di Politeknik 53

5.4 Kesimpulan 54

5.5 Cadangan 55

5.6 Rumusan 56

RUJUKAN 57

(8)

SENARAI JADUAL

3.1 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 30

4.1 Jumlah Responden 35

4.2 Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 35

4.3 Bilangan Responden Berdasarkan Kategori Umur 36

4.4 Kelayakan Ikhtisas Responden 36

4.5 Pengalaman Responden Sebagai Pensyarah

Pendidikan Khas Politeknik 37

4.6 Latihan Pendidikan Khas 38

4.7 Interpertasi Min 38

(9)

Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Kejuruteraan 40

4.9 Kemahiran Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Ada Pada Pensyarah

Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan 41

4.10 Kemahiran Penilaiaan Pencapaian Pelajar Yang Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam

Bidang Kejuruteraan 42

4.11 Kemahiran Hubungan Interpersonal Yang Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Kejuruteraan 43

4.12 Kemahiran Perancangan Pengajaran Yang Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Hospitaliti 44

4.13 Kemahiran Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Ada Pada Pensyarah

Pendidikan Khas Dalam Bidang Hospitaliti 45

4.14 Kemahiran Penilaiaan Pencapaian Pelajar Yang Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam

Bidang Hospitaliti 46

4.15 Kemahiran Hubungan Interpersonal Yang Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam

Bidang Hospitaliti 47

4.16 Perbezaan Kemahiran Pengajaran Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan

(10)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Teori 8

3.1 Kerangka Operasi Kajian 30

3.2 Pembolehubah Kajian 31

5.1 Kerangka Kemahiran Pengajaran dan

(11)

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia R&D Research and Design

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia KPT Kementerian Pengajian Tinggi JPIPT Jabatan Pengurusan IPT

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

(12)

JPTek Jabatan Pendidikan Teknikal

JPPKK Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 62

B Pengesahan Soal Selidik 67

C Analisis Data 70

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 74

E Carta Guntt Projek Sarjana 1 77

(13)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan usaha penting sektor pendidikan negara dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan telah menggariskan teras bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama sebagai satu dari lima teras utama dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dilancarkan pada 27 Ogos 2007 untuk merealisasikan matlamat pembangunan modal insan dalam menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.

Menurut Md Din (2003) menjelaskan bahawa pendidikan tinggi memainkan peranan penting di dalarn pembinaan negara. Tujuan utama pendidikan tinggi adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan menjana sumber tenaga dalam sektor kerajaan dan swasta. Secara khusus pembangunan pendidikan tinggi bertujuan untuk penjanaan sumber tenaga untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sahsiah pelajar, penerapan budaya kualiti, pembelajaran sepanjang hayat

(14)

kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Salleh, 2003; Mahmood, 2007; Tahir, 2009).

Antara kategori pelajar berkeperluan khas yang dianggap dapat mengikuti

sesi pembelajaran dengan baik ialah Sindrom Down, autisme ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik (Mapsiah dan Salleh, 1995). Dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas, silibus yang digubal tidak perlu berbeza dengan pelajar normal iaitu penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Yusuf, 2007). Namun begitu, kaedah yang digunakan dalam mendidik pelajar khas ini sememangnya berbeza dengan pelajar normal. Mereka perlu diberikan lebih keutamaan dari aspek penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kelengkapan yang disediakan di institusi pendidikan.

Pada tahun 2007 terdapat seramai 4,255 orang kurang upaya telah didaftar sebagai pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi, 2007). Walaupun terdapat hanya sebilangan kecil pelajar kurang upaya yang belajar bersama pelajar tipikal lain, tetapi penerimaan mereka di Politeknik masih lagi menjadi tanda tanya. Institusi pengajian tinggi (IPT) samada awam atau swasta di negara ini, staf akademik lazimnya terdiri dari golongan profesional dengan latarbelakang pendidikan dan disiplin yang berbagai-bagai. Oleh itu keperluan golongan profesional ini dilatih untuk menjadi pendidik profesional adalah merupakan hakikat yang perlu di terirna oleh semua pihak.

Masyarakat meletakkan pendidikan sebagai penentu kualiti pendidikan. Oleh itu staf akademik di pertanggungjawab mendidik golongan pelajar atau mahasiswa yang merupakan bakal graduan yang akan dilahirkan oleh sesebuah universiti. Peranan dan tanggungjawab pensyarah sebagai pendidik adalah kompleks dan ini bermakna pensyarah perlu memiliki keupayaan atau kemahiran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan berkesan.

(15)

perlu menguasai kemahiran, terutama yang berkaitan cara-cara mendidik, mengasuh malah membimbing pelajar berkeperluan khas ini supaya mereka mampu bangun dan menjadi salah satu golongan penyumbang kepada pembangunan sumber manusia negara.

Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik serta serasi dengan kemampuan pelajar berkeperluan khas dijangka dapat mempertingkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari (Sulaiman, 2003). Dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan. Tenaga pengajar untuk golongan ini juga sebenarnya memerlukan latihan yang khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau mengajar pelajar yang normal. Mereka bukan sahaja harus mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar kanak-kanak normal, akan tetapi perlu memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dalam pendidikan khas, bermotivasi tinggi dan kreatif dalam membantu golongan berkeperluan khas malah perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan tinggi memainkan peranan penting di dalam pembinaan negara. Tujuan utama pendidikan tinggi adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan menjana sumber tenaga dalam sektor kerajaan dan swasta. Secara khusus pembangunan pendidikan tinggi bertujuan untuk penjanaan sumber tenaga untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sahsiah pelajar, penerapan budaya kualiti, pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut Md Din (2003) menjelaskan profesion akademik dan masyarakat amnya menuntut pensyarah untuk mendokong pelbagai peranan. Sebagai seorang pendidik yang berwibawa, pensyarah akan berikhtiar menjalankan peranan yang pelbagai ini dengan bijaksana. Ini dilaksanakan demi kepuasan kendiri, kecemerlangan kerjaya pendidikan dalam bidang ilmu yang diterajuinya, kepuasan

(16)

yang luas. Peranan pendidik yang dipikul bukan sahaja terhad sebagai pengajar dan penyelia, bahkan sebagai penyelidik dan pengarang yang berkesan.

Sistem pengajian tinggi yang diamalkan sekarang banyak menumpu dan menyediakan kemudahan serta perkhidmatan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai perkembangan tipikal (tidak mempunyai kurang upaya) (Kementerian Pengajian Tinggi, 2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyebut bahawa golongan orang kurang upaya merupakan antara golongan yang masih rendah enrolmennya jika dibandingkan dengan keseluruhan enrolmen di peringkat pengajian tinggi. Di politeknik bilangan pelajar-pelajar kurang upaya adalah hanya 200 orang dari jumlah keseluruhan pelajar-pelajar politeknik iaitu seramai 86,430 orang (Transformasi Politeknik, 2010). Kejayaan pada peringkat pengajian tinggi memberikan impak sepanjang hidup ke atas keupayaan berdikari bagi golongan orang kurang upaya.

Manakala dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fuller et al., (2004) di universiti mendapati pensyarah tidak memahami dan mesra dengan pelajar kurang upaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tahir (2009) dalam kajianya menyatakan pendidik golongan berkeperluan khas perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran mereka dengan pelbagai jenis ketidakupayaan yang dialami oleh pelajar di bawah bimbingannya. Pendekatan dan kaedah yang digunakan juga cenderung kepada kemampuan pelajar istimewa dalam jangka masa yang panjang, bukan sahaja mampu memupuk sifat-sifat berdikari di kalangan mereka malah mampu mempertingkatkan peranan mereka sebagai sebahagian komuniti penyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.

Justeru itu, satu kajian dianggap perlu untuk mengkaji apakah perbezaan kemahiran pensyarah pendidikan khas yang mengajar program kejuruteraan dan hospitaliti di politeknik.

(17)

Kajian tinjauan ini telah dilaksanakan dengan matlamat untuk mengenal pasti kemahiran pengajaran pensyarah pendidikan khas (masalah pendengaran) dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti yang dijangka akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional khas untuk pelajar berkeperluan khas di politeknik.

Menurut Tahir (2009) menjelaskan bahawa dalam usaha mendidik golongan berkeperluan khas ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan. Tenaga pengajar untuk golongan ini juga sebenarnya memerlukan latihan yang khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau mengajar pelajar yang normal.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Toran et al, (2009) mendapati pelajar-pelajar kurang upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya pelajar bermasalah pendengaran dan penglihatan menghadapi halangan yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan mengakses maklumat. Ini sejajar dengan kehendak Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar menyeru tenaga pengajar agar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Berita Harian, 09 Jun 2011).

Justeru, pengkaji ingin melihat apakah kemahiran-kemahiran pengajaran yang ada pada pensyarah pendidikan khas di politeknik dan setakat manakah mereka memiliki kemahiran pengajaran tersebut.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperolehi maklumat mengenai kemahiran pengajaran dan mengenalpasti perbezaan kemahiran pengajaran pensyarah pendidikan khas (masalah pendengaran) yang mengajar program kejuruteraan dan hospitaliti serta merangka ‘framework’ program pengajian pendidikan khas di politeknik.

(18)

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif kajian telah dikenal pasti. Antara objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang kejuruteraan di politeknik.

2. Mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang hospitaliti di politeknik.

3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kemahiran pengajaran antara pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik.

4. Merangka ‘Framework’ kemahiran pensyarah program pengajian untuk pelajar masalah pendengaran di Politeknik.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

1. Apakah kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang kejuruteraan di politeknik?

2. Apakah kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang hospitaliti di politeknik?

3. Adakah terdapat perbezaan kemahiran pengajaran antara pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti di politeknik?

1.7 Hipotesis Kajian

Kajian yang dijalankan ini terdapat hipotesis bagi membantu pengkaji menjelaskan keputusan-keputusan kajian yang berkaitan dengan perbezaan antara pembolehubah yang dikaji. Hipotesis yang tersebut adalah.

1. Hο: Tidak terdapat perbezaan kemahiran pengajaran yang signifikan diantara pensyarah yang mengajar pelajar cacat pendengaran dalam bidang kejuruteraan dengan hospitaliti di politeknik.

(19)

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada Program Pendidikan Khas khususnya kepada:

1. Pensyarah politeknik yang mengajar pendidikan khas dapat melihat kekuatan dan kelemahan kemahiran yang dikaji dan aspek yang kurang menonjol dalam kajian ini perlu diberi perhatian sebagai salah satu kaedah membantu pensyarah mempertingkatkan proses pengajaran.

2. Pihak pengurusan politeknik dan Jabatan Pengurusan Politeknik dalam memastikan penghasilan pensyarah pendidikan khas politeknik yang lebih berkemahiran samada melalui program latihan atau pendidikan berterusan. 3. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam penyediaan melahirkan tenaga

pengajar politeknik mengenai pendidikan khas sama ada dalam bentuk pengetahuan atau kemahiran dimana UTHM merupakan institusi pendidikan yang melahirkan sebahagian daripada tenaga pengajar untuk politeknik dan juga institusi teknikal yang lain.

1.9 Skop Kajian

Kajian ini akan menumpukan kepada kemahiran pengajaran dan perbezaan kemahiran pengajaran yang ada pada pensyarah pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti dalam di empat buah politeknik yang melaksanakan Program Pendidikan Khas (Sijil Kemahiran Khas) iaitu Politeknik Sultan Ibrahim (Johor Baharu), Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (Perlis).

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada pensyarah pendidikan khas yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar pendidikan khas. Politeknik yang dikaji adalah terbatas di Semenanjung Malaysia sahaja iaitu Politeknik Sultan Ibrahim (Johor Baharu), Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Syed Sirajuddin (Perlis).

(20)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran pengajaran yang ada pada pensyarah-pensyarah program pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti di politeknik. Pengkaji menggunakan kerangka kajian seperti dalam Rajah 1.1 sebagai panduan untuk menyelesaikan pernyataan masalah. Pengkaji telah mengenalpasti beberapa aspek berkaitan tahap kemahiran iaitu dari aspek perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, penilaian pencapaian dan hubungan interpersonal .

Pensyarah Pendidikan Khas di Politeknik Penilaian Pencapaian Pelajar

Perancangan Pengajaran

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Pengajaran

Pembolehubah Bersandar Hubungan Interpersonal Pembolehubah Tidak Bersandar

Rajah 1.1: Kerangka Teori

(21)

1.12 Definasi Istilah

Berikut adalah beberapa perkataan yang diberikan maksud berdasarkan kepada kajian yang dilakukan:

1. Pelajar pendidikan khas

Merujuk kepada golongan yang mengalami cacat pendengaran sahaja dan mengikuti program pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik.

2. Pendidikan khas

Pendidikan khas bermaksud pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi.

3. Kemahiran

Kepakaran atau tahap kecekapan yang perlu untuk mernbolehkan seseorang menjalankan sesuatu tugas dengan lebih efektif dan efisyen.

4. Pensyarah

Tenaga pengajar yang mengajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta

5. Pengajaran

Pengajaran adalah satu proses penyampaian, iaitu untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan dengan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran (Md Din, 2003)

6. Pembelajaran

Pernbelajaran ialah pertambahan pemikiran dan kebolehan bagi sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap dan nilai seseorang. Proses pembelajaran memerlukan usaha dan ransangan daripada pihak yang mengajar kepada pihak yang belajar.

1.13 Rumusan

(22)

RUJUKAN

Abu. M. S dan Tasir. Z (2001). “Pengenalan kepada analisis data berkomputer SPSS 10.0 for Windows”. Kuala Lumpur:Venton Publishing

Adam. A. H. (2000). Menghala wawasan 2020 (Edisi-2). Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.Bhd.

Adzmi. Y(2003). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan kejuruteraan bagi sub topik unjuran ortografik, pandangan isometrik dan pandangan oblik di sekolah menengah teknik negeri Pantai Timur. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad. R dan Manaf. Z, (1996). Towards developing a profile of effective and effective school, Jurnal Pendidikan,17, ms 51-63.

Ahmad. N. (2002). “Tinjauan terhadap pengajaran dan embelajaran dikalangan pensyarah program Pengajian Separuh Masa di Bawah Kendalian Sekolah Pendidikan Profesioal Dan Pendidikan Berterusan (S.P.A.C.E"), UTM.” Universiti Teknologi Malaysia.

Angelo, T.A (2002). Teaching goals, assessment, academic freedom and higher learning: essay on teaching learning. Dalam Essays on teaching excellence: Toward the best in the academy. http://www.ucet.ufl.edu/Program Services/htm.

Barnes, C. (1991). Disabled people in Britain and Discrimination-a case for anti discrimination legislation, London: Hurst & Co.

Chua Y. P (2006), Research Methods. Shah Alam: McGraw-Hill Education

Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur, Dewan Bahan dan Pustaka.

(23)

Crowl, T. K (1998). Fundamentals Of Education Research. 2 ed. New York, Brown & Benchmark.

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan-Pengetahuan dan Ketrampilan Ikthisas (semester1). Kuala Lumpur- Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ferguson, J.R & Wallen, N.E (1996). Training A School Team To Intergrate Technology Meaningfully Into The Curriculum. New York: McGrawhill Inc. Fong. C. O. (2003). “Majlis Perasmian Pelancaran Skim Latihan Graduan II”

(dicapai pada 20 Mei 2012).

Fuller. M, Healey. M, Bradley. A. & Hall. Y (2004) “ Barriers to learning, a systematic study of the experience of disabled students in one university”. Studies in Higher Education, 29, 3, 303-318.

Ghafar. M. N. A (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Hassan, L (1995). Pendidikan islam dan peralihan paradigma. Shah Alam: Hizbi. Hurst, A. (1996). Reflecting on researching disability and higher education, in: L.

Barton (Eds.) Disability and society: emerging issues and insights. London: Longman.

Isa. N, Sapon. N, dan Othman. S (2005), Tahap Kecekapan Pensyarah Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Dalam Kerja Amali, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau.

Ismail. K. (2005). Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran Perakaunan. Petaling Jaya: Prentice Hall. 4-94.

Jahim. J, (2002). Matlamat pengajaran di kalangan tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi. Kertas projek yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Kamarolzaman. N. Z dan Sepikun. M. (2011). “Keberkesanan Pengajaran Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik Yang Bukan Berlatar Belakangkan Pendidikan Ikhtisas,” Politeknik Port Dickson,

http://www.polipd.edu.my/v3/content/penyelidikan-jabatan-kejuruteraan-elektrik

Kementerian Pengajian Tinggi. (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. http://www.mohe.gov. my/webkpt_v2/transformasi.php [5 Oktober 2011]. Koh B. B. (1999). Strategi-Strategi Meningkatkan Kecekapan Mengajar. Johor:

(24)

Konting. M. M. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konur, O. (2000). Creating Enforceable Civil Rights for Disabled Students in Higher Education: an institutional theory perspective. Disability & Society, 15 (7), 1041–1063.

Leicester, M. & Lovell, T. (1994) Race, gender and disability: a comparative perspective. Journal of Further and Higher Education, 18, 52-56.

Mahmood. A (2007). OKU perlu terus diberi peluang. Utusan Malaysia. http://utusan.com.my (dicapai pada 24 Oktober 2011).

Malaysia.

Mapsiah. S dan Salleh. N. A (1995). Pendidikan Vokasional: Formal dan nonformal ke arah Wawasan 2020. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke-21, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Martella, R.C. Nelson, R & Marchand-Martella N.E (1999). Research Methode Learning To Become A Critical Research Consumer. Needham Heights: Allyn & Bacon

McMillian J.H (1996). Fundamental For The. 2nd ed. Virgina, Harpercolline Collage

Ltd.

Md. Din. A.G, (2003). “Prinsip dan Amalan Pengajaran”. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Md. Zhahir. K. (2006). Pentadbiran dan Pengurusan Awam. Kuala Lumpur: PTS Distributor & Publisher.

Mok S. S, (2002). Pedagogi untuk kursus perguruan. Edisi kedua : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Netty Ah Hiyer. (2003). Golongan istimewa dan globalisasi. Utusan Malaysia. http://utusan.com.my (dicapai pada 20 Oktober 2011).

Nor. M. N (2000). Kualliti pengajaran dan pembelajaran dari persepsi pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Ornstein, A.C. (1995). Beyond effective teaching. Dalam Ornstein. A. (Ed.). Theory into Practice. US: Allyn & Bacon.

(25)

Razali. M. (2002). Peluang Pendidikan Khas Dipertingkatkan. Utusan Malaysia. http://utusan.com.my (dicapai pada 20 Oktober 2011).

Saedah, S (2000). Perkembangan kurikulum. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Alam Pintar Enterprise

Sahaat. Z (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar khas (cacat pendengaran) dalam mata pelajaran vokasional–Satu tinjauan kes di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Salleh. A. (2003). Orang cacat masih terpinggir. Utusan Malaysia.

Shahadan. N. H. (2006). Kualiti Pengajaran Pensyarah Kejuruteraan Yang Bukan Berlatarbelakangkan Pendidikan Ikhtisas Terhadap Pengalaman Pembelajaran Pelajar. Satu Tinjuan di KUiTTHO. KUiTTHO

Sidin. R. (2002). Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang di Institusi Pengajian Tinggi Pusat Pembangunan Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Soelaiman. I. N (2009). Bentuk Penilaian. Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan, ms 201-214. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman. E (2003). Asas pedagogi. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Sharma. J. R. (2002). Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd. 23-34. Kajian Di KUiTTHO. KUiTTHO.

Tahir. L.M (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, ms 73–87,

Toran. H, Mohd Yasin. M. H, Tahar. M. M & Sujak. N (2009) Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian di Malaysia” ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol 1, No 2: 18-29.

Uma Sekaran (2000). Research Method In Education : An Introduction, Boston: Allyn & Bacon.

Wilkinson, D. (2000). “The Researcher’s Toolkit: The Complete Guide To Practitioner Research” London Routledge Falmer

(26)

Yusof. M. D (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 20 Oktober 2011). Zuriani. I (2002). “Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej

References

Related documents

In particular, we expect that speakers will provide redundancy in response to both verbal signs like questions, statements of non-understanding, incor- rect

Abstract- In this paper, β*-open sets are used to define β*-US spaces and β* Urysohn spaces into pological spaces and study some of their basic properties.. Keywords-

The four evaluation algorithms behaved ex- actly the same on all five conditions of Carlson because none of Carlson’s sentences involves a simultaneous violation of

Evidence-based medicine offers three facets of the clinical domain, that, when taken together, describe a model for addressing complex clini- cal information needs.. The first

4 Contrasting senses and translations In order to contrast the English senses with the Portuguese translations, we submitted the se- lected sentences (cf. We asked

Microbiological and clinical parameters obtained. For all patients with one or more isolates of A. fumigatus , we prospectively obtained the following parame- ters: “presence of two

FIGURE 2 Venograms of a dog with femoral vein thrombosis before (left side) and after (right side) infusion of 100,000 IU of two-chain extrinsic plasminogen activator (extent

A multilocus sequence typing (MLST) scheme based on seven housekeeping genes was used to investigate the epidemiology and population structure of Enterococcus faecalis.. MLST of