Definisi Modal Insan

11 

Loading.... (view fulltext now)

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Full text

(1)

Definisi MODAL INSAN atau human capital

The set of skills which an employee acquires on the job, through training and experience, and which increase that employee's value in the marketplace. http://www.investorwords.com/2359/human_capital.html

Human capital refers to the stock of productive skills and technical knowledge embodied in labour.

http://en.wikipedia.org/wiki/Human_capital Modal insan bermaksud:

• Mempunyai sakhsiah yang terpuji

• Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip

• Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaun dan adab dan akhlak terpuji

(kertas kerja I Dr. Che Noraini Bt Hashim, Pensyarah UIAM pada konvensyen tersebut)

Kepentingan Modal Insan

“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.

Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi.”

PM Malaysia (Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)

Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insane akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan

keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

(Rancangan Malaysia ke-9: RMK 9)

"Tiada satu penekanan khusus yang diberikan bagi membangunkan insan

khususnya golongan muda terpelajar ini dalam sasaran utama pelan tersebut," ujar Kamarudin mempertikaikan keseriusan kerajaan yang pernah menyebut agenda pembangunan modal insan sebagai aset utama negara yang kelihatan tidak selari

(2)

dengan perancangan dan tindakan yang dibuat setakat ini.

Di bawah rancangan jangka panjang yang dinamakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri itu menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan institut pengajian tinggi, mempergiat

pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT.

(sumber: Harakahdaily.net)

Tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni dikalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana ketiadaan modal insan dikalangan masyarakat. Bukan hendak menuding jari ke mana-mana pihak, tetapi disebalik ambang kemerdekaan ke-51 negara pada 31 Ogos ini, di manakah kedudukan modal insan di Malaysia yang menjadi subjek utama untuk ditekankan di peringkat atasan.

Kita lihat sahaja, sistem pendidikan sekarang yang kebanyakan menekankan tentang praktikal bekerja semata-mata, dimanakah nilai-nilai murni yang

sepatutnya diterapkan dikalangan pelajar tidak kira di peringkat sekolah mahupun universiti. Jika kita meneruskan pelajaran di universiti, berapakah banyakkah agaknya jam kredit wajib diambil hanya untuk meningkatkan modal insane di kalangan pelajar university?

Bagi umat Islam, apabila kita membincangkan tentang modal insan pasti sekali kita akan berbalik kepada pengisian dari sudut rohani. Dalam menghadapi zaman fitnah yang dahsyat ini, tarbiyyah(didikan) semestinya diperlukan oleh semua. Jangan kata pelajar sahaja, pak-pak menteri juga perlu diisi dengan pengisian rohani mereka. Isu rasuah yang berlegar-legar dikalangan mereka seakan-akan menjadi suatu kebiasaan pada akhir-akhir ini. Orang yang memegang amanah untuk menjadi BPR juga menghadapi tuduhan rasuah.

Mengikut statistic pada tahun 2008, sehingga bulan Jun sebanyak 319 kes rasuah yang dilaporkan. Adakah ini satu perkara yang normal? Amanah dipersia-siakan apakah mereka tidak menilai tentang implikasi pada hari pembalasan nanti? Lebih dekat dari itu, adakah mereka akan tenang dalam kehidupan? Lebih pelik dari itu, orang yang menerima rasuah ini rata-rata mempunyai pendidikan yang baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah mereka yang berilmu." (Surah Fatir, ayat ke-28)

(3)

seluruh manusia. Kerajaan perlu mengambil serius mengenai isu ini kerana negara yang kuat lahir dari pemimpin yang berkaliber. Perlu diingat bahawa untuk

mengubah nasib orang lain, diri sendiri perlu dimulai dahulu.

Pada pendapat saya, salah satu halangan yang menjadi batu di tengah jalan ialah AUKU itu sendiri. AUKU dilihat sebagai suatu akta yang mengonkong pelajar. Ini menyebabkan pemikiran dan pendapat pelajar tidak dapat disalurkan sebaiknya. Mana mungkin Malaysia dapat melahirkan pemikir hebat yang bakal memimpin negara untuk menangkis anasir-anasir jahat. Jika kita membaca akhbar, blog, web dan sebagainya pasti akan membicarakan tentang isu-isu politik nasional; AUKU tidak relevan bagi mereka yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan hanya normal untuk dipraktikkan bagi mereka yang tidak cakna dengan isu semasa yang berlaku di negara. AUKU juga menyekat kebebasan bersuara yang sepatutnya negara demokrasi seperti Malaysia berikan kepada rakyat. Jika kita lihat negara seperti Indonesia, mahasiswa dibenarkan untuk berdemonstrasi; diberikan tempat dan waktu yang khas untuk menyuarakan pendapat mereka pada kerajaan.

Selain itu, sistem pendidikan negara perlu dikaji semula dengan mengambil kira pendapat keseluruhan kerajaan, pensyarah, pelajar, ulama’ dan sebagainya. Dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang bagus, sentiment politik perlulah

diketepikan agar negara akan terus maju. Kerajaan juga perlu mengkaji sebaiknya tentang satu platform yang boleh mengira tentang keberkesanan sistem pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan tidak memfokus

pendidikan untuk melahirkan pelajar yang hanya terbaik dalam akademiknya.

DEFINISI MENURUT ISLAM

Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power.

Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan

kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.

(4)

Sebaliknya, pada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Persoalan modal insan dalam konteks pembudayaan ilmu dapat dikesan dalam Falsafah Pendidikan di Malaysia iaitu suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Modal insan ataupun sumber manusia (human resource) yang menjadi pemacu kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun yang wujud di dunia perlu dititikberatkan dalam kaca mata pembudayaan ilmu. Perkara ini begitu penting terutamanya apabila disentuh siapakah pewaris khazanah dan amanah negara? Sudah pasti akan terbayang di mata bahawa pewaris terbaik yang paling hampir untuk menerajui negara ialah golongan mahasiswa di seluruh negara. Golongan ini perlu diasuh dan diberi latihan mencukupi bagi memantapkan elemen-elemen sumber manusia.

Sekiranya pembentukan ini terbantut, sudah pasti harapan menggunung terhadap mereka akan turut hancur. Mereka perlu diberi kefahaman yang jelas berkaitan ilmu dan maklumat. Manusia yang berkualiti ialah mereka yang memiliki ilmu dan nilai ilmu yang berkualiti. Ilmu dapat memandu mereka berfikir dan bertindak. Tiada ilmu, maka tiadalah ketamadunan yang didambakan selama ini. Mereka sudah pasti tidak akan dapat mengubah kualiti hidup mereka kepada yang lebih baik.

Menurut Ibnu Khaldun dalam Mukadimahnya iaitu, ‘’kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah serta makna kepada manusia dan bangsa tersebut’’. Ilmu tunjang kepada kekuatan dan kemajuan kemanusiaan. Ia telah pun dititikberatkan sejak zaman Greek lagi di tangan tokoh-tokoh penentang golongan Sophis iaitu golongan yang menggelar diri mereka sebagai golongan yang bijak tapi sebenarnya mereka tidak layak kerana ilmu mereka lebih bermatlamatkan ganjaran.

Walaupun begitu, selaku umat Islam kita percaya bahawa sebelum kewujudan golongan Sophis dan ahli falsafah Greek, telah muncul agama Hanif iaitu agama Tauhid atau agama Islam yang berasaskan pancaran ilmu wahyu yang lebih

(5)

berautoriti di samping ilmu akal. Antara zaman yang paling dekat dengan zaman Greek menurut kajian ialah zaman Nabi Sulaiman, putera Nabi Daud yang perkasa dan dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai kebolehan termasuk keagungan kerajaannya yang sudah pasti berasaskan kepada ilmu berkualiti bersalut pancaran tauhid ketuhanan kepada Allah.

Dalam konteks mahasiswa, mahasiswa merupakan antara entiti terpenting dalam sesebuah negara yang memerlukan pengganti berkualiti. Begitu juga apabila disentuh berkaitan universiti, mahasiswa dan universiti sepersis irama dan lagu yang tidak akan dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling memerlukan dan

mempunyai perhubungan yang begitu rapat. Universiti merupakan institusi

pendidikan yang kaya dengan khazanah keilmuan dan sarat dengan pembudayaan ilmu seperti membaca, menulis, berfikir, menyelidik, berhujah dan seumpamanya. Di sini berkumpulnya ribuan sarjana, ilmuwan dalam kepelbagaian bidang yang diceburi.

Hubungan unik antara universiti dan mahasiswa akan kelihatan luar biasa dan ganjil sekiranya elemen pembudayaan ilmu tiada dan semakin hari kian merudum.

Keganjilan ini dirasai lantaran merasai bahawa terdapat perbezaan ketara antara institusi ini dengan institusi pada peringkat bawah jika kedua-duanya sama sahaja mutunya. Sesungguhnya universiti adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal yang paling ideal. Tiga fungsi utamanya ialah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu dan penggunaan ilmu. Tiga fungsi inilah dianggap sebagai teras kepada falsafah dan matlamat penubuhan universiti.

Namun tiga fungsi ini tidak akan bermakna apabila mahasiswa sendiri tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya. Terdapat persoalan yang memungkinkan kita memahami permasalahan ini. Adakah mahasiswa yang lulus cemerlang PNGK tetapi tidak dalam akhlaknya, layak universiti banggakan? Atau adakah mahasiswa yang berpeluang menjawat jawatan besar dalam sesebuah syarikat terkenal namun besar juga penyelewengannya layak dibanggakan? Atau patutkah universiti berasa bangga dengan mahasiswa yang lebih mengenali para artis berbanding para

pensyarahnya? Atau mahasiswa yang rajin membaca komik, majalah hiburan, majalah picisan, dan seumpamanya berbanding jurnal, buku ilmiah, majalah Dewan Masyarakat, Majalah I dan sebagainya yang patut dibanggakan?

Sekurang-kurangnya persoalan tersebut dapat memberi gambaran umum berkaitan perbezaan budaya Ilmu di kalangan mahasiswa. Apatah lagi jika kita ingin mencari mereka yang cenderung kepada budaya berhujah, budaya menyelidik, budaya berfikir, budaya bertanya, budaya menulis dan seumpamanya. Siapakah

sebenarnya mahasiswa yang benar-benar menepati gagasan modal insan yang disebut selama ini. Patutkah mahasiswa yang tidak memenuhi ciri-ciri budaya keilmuan layak diklasifikasikan sebagai golongan intelektual yang menepati tuntutan modal insan atau sumber manusia ini?

(6)

Pemerkasaan budaya berilmu patut diteruskan tanpa mengenal rasa penat

membanting tulang. Bayangkan terdapat ulama yang meninggal sewaktu bukunya masih di sisinya. Terdapat juga yang sudah nazak namun masih lagi menyuruh pembantu atau rakannya mengambil alat tulis kerana ingin menulis idea yang muncul ketika itu. Komitmen mereka terhadap ilmu dan keilmuan amat

mengagumkan. Mahasiswa khususnya muslim, sepatutnya komited dengan proses pembelajaran mereka. Amat memalukan jika golongan bukan Islam sentiasa

berkepit dengan jurnal serta buku sedangkan mahasiswa dan remaja Islam sering berkepit dengan teman lelaki atau wanita tanpa segan silu.

Siapalah kita tanpa ilmu. Ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan malam. Kegelapan atau kemalapan lambang kejahilan yang menjadi musuh masyarakat, negara dan agama. Harapan menggembleng sepenuhnya modal insan atau sumber manusia tentu tidak kesampaian jika elemen keilmuan diabaikan dan tidak menjadi sebagai faktor utama dalam membina tamadun kemanusiaan yang berasaskan nilai-nilai murni. Tanpa ilmu, menurut Imam Ghazali, manusia dalam keadaan tanpa pakaian. Manusia sebegini sepatutnya harus malu dengan sikap sendiri. Sikap tidak mementingkan modal insan, bahkan yang lebih teruk, bersikap endah tidak endah dengan budaya keilmuan.

DEFINISI MODAL INSAN 2

Definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza daripada Barat yang asasnya adalah fahaman kapitalis. Islam mengenal pasti pembangunan sumber manusia sebagai elemen terpenting dalam modal insan kerana sumber yang utama ialah individu. Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.

Keperluan dunia semata-mata tidak akan memberi kelebihan ke atas pembangunan modal insan kerana tujuan penciptaan manusia ialah jelas seperti maksud Surah Az-Zariyat ayat 56; “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

Hasil akhir yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan modal insan dalam Islam kerana Islam telah menyediakan satu sistem hidup yang lengkap dari mula lahir hinggalah ke akhir hayat. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses menyeluruh untuk membentuk insane yang berguna. Manusia yang lahir kelak akan menerima janji daripada Tuhannya iaitu ;

“Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu bertakwa nescaya Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi”. (Surah Al-A’raf ayat 96)

(7)

Modal insan yang diketengahkan oleh Islam bukan hanya melahirkan individu yang pakar, mahir ataupun profesional dalam bidang masing-masing tetapi penuh dengan nilai-nilai positif seperti amanah, jujur dan sebagainya. Pembentukan nilai-nilai ini tidak sekadar memenuhi kehendak organisasi malah untuk masyarakat dan negara.

Pendekatan fizikal melalui sesebuah dasar yang memberi fokus terhadap ekonomi tidak akan dapat memaksimumkan pembangunan modal insan. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang memberi perhatian terhadap membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, strategi seterusnya beralih kepada memberi keutamaan terhadap pembangunan jasmani dan rohani melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (1991-1995), (A.Aziz Deraman,2005). Perhatian yang lebih serius terhadap modal insan ini terserlah dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Keseriusan kerajaan terhadap pembangunan modal insan ini diterjemahkan sebanyak RM45.1 bilion yang diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pendidikan dan latihan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebanyak lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan yang telah digariskan iaitu :

1.Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan.

2.Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Untuk tujuan ini, subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan.

3.Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan bandar termasuk menggantikan semua sekolah daif bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar.

4.Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan.

5.Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang berkualiti di semua peringkat.

6.Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.

7.Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan.

8.Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

(8)

Permintaan ekonomi terhadap kualiti tenaga buruh dipertingkatkan dengan menambah

peratusan kelompok ini yang mempunyai pencapaian pendidikan di peringkat tertiari. Dijangka pada tahun 2010, seramai 12.4 juta tenaga kerja ini diperlukan.

Pelaksanaan pembangunan modal insan di peringkat negara akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang akan bertanggungjawab menyediakan lebih banyak peluang pendidikan prasekolah, rendah dan menengah serta pendidikan guru yang berkualiti seterusnya meningkatkan peluang pendidikan tertiari yang berkualiti.

Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tanggungjawab bagi menyediakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran tenaga buruh.

Peranan pendidikan sentiasa mendapat perhatian utama oleh kerajaan yang memperuntukkan jumlah yang sangat besar dalam belanjawan tahunan. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana modal insan adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran masyarakat dan negara berkenaan.

Kepentingan modal insan dalam pendidikan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan telah timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak negara (Fadzilah

Abdullah,1993).

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas pilihan raya 1955 setelah wujudnya manifesto oleh parti Perikatan untukmembentuk sistem pendidikan yang seragam dan bersepadu. Jawatankuasa pendidikan telah dibentuk pada tahun 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak. Tumpuan khas Tun Abdul Razak dan jawatankuasanya ialah (Asnarulkhadi Abu Samah, 1997): 1.Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam.

2.Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 3.Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.

Undang-undang Pelajaran 1957 digubal dan diluluskan oleh Dewan Negara pada tahun 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 dan telah menghasilkan Laporan Rahman Talib.

(9)

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara rasminya diisytiharkan pada tahun 1961 dan digubal berdasarkan kedua-dua laporan iaitu Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 (Zulhilmi Paidi & Rohani Abd. Ghani, 2003).

Sebuah jawatankuasa telah dibentuk pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan untuk menambah baik dan memantapkan pelaksanaan dasar sedia ada. Di samping itu

matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan semasa rakyat yang terlatih untuk pembangunan negara (Fadzillah Abdullah, 1993). Laporan jawatankuasa ini telah ditambah keada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang

merangkumi beberapa matlamat yang dikenal pasti iaitu (Asnarulkhadi Abu Samah,1997) : 1.Menyatukan sistem pelajaran bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan. 2.Memperluaskan serta mengubah suai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi memenuhi keperluan tenaga kerja.

3.Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.

4.Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai objektif di atas.

Perkembangan modal insan di Malaysia telah bermula dengan terancang selepas negara mencapai kemerdekaan. Rancangan Lima Tahun yang diperkenalkan oleh kerajaan sentiasa menitikberatkan sumber manusia sebagai tumpuan. Kajian oleh NAFSA (National Association of Foreign Students in America) pada tahun 1985 meletakkan pelajar Malaysia di tangga kedua (32,000 orang) selepas Taiwan (35,000 orang) dari segi bilangan pelajar asing yang menuntut di sana.

Malaysia akan mencapai status negara maju kira-kira 14 tahun yang akan datang. Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat kita yang sedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah akan merasai sepenuhnya nikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuh kebertanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara. Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur (Mahathir Mohamad,1991).

Melihat cabaran-cabaran ini yang begitu besar, pengisian terhadap sumber utama ialah prasyarat terhadap kemajuan sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan. Abad ke-19 adalah detik yang menyaksikan pelaburan modal insan secara sistematik tidak begitu diutamakan di semua negara. Keperluan terhadap pendidikan, latihan dalam kerja dan semua jenis pelaburan adalah begitu kecil. Perubahan secara radikal yang berlaku pada abad

(10)

ini telah bermula di Great Britain setelah aplikasi dan pembangunan sains bagi mencipta barangan baru dan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. Perubahan demi perubahan berlalu dan merebak ke negara-negara lain dalam masa yang singkat.

Pertumbuhan ekonomi yang sangat pantas pada abad ke-20 boleh dianggap sebagai era modal insan kerana taraf hidup, pembangunan ilmu, kemahiran, kesihatan dan produktiviti telah

meningkat di negara-negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan. Malaysia juga telah membuat pelaburan yang banyak bagi meningkatkan modal insan (Sila hubungi editor). Jadual 1 : Perbelanjaan dan Peruntukan Pembangunan untuk Pendidikan

dan Latihan 2001-2010 (RM Juta)

Pentingnya modal insan terhadap sesebuah negara boleh dilihat daripada pencapaian Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan negara-negara Asean yang pesat membangun. Negara-negara ini tidak mempunyai sumber semula jadi yang banyak bagi membangunkan negara masing-masing tetapi keupayaan mereka ialah “mengurus apa yang ada” sangat membanggakan. Mereka mempunyai masyarakat yang terlatih, berpendidikan, tenaga kerja yang gigih dan ibu bapa yang berdedikasi.

Pelaburan modal insan akan meningkatkan kebajikan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Usaha kerajaan Malaysia melaksanakan program pendidikan kepada seluruh lapisan

masyarakat kena pada masanya kerana hasil daripada proses pembelajaran dapat membantu masyarakat berpendapatan rendah mengubah kaedah pemikiran, sikap dan amalan seterusnya menjayakan program kerajaan bagi mengurangkan tahap kemiskinan di kalangan rakyat

berpendapatan rendah.

Masyarakat yang berpendidikan akan lebih cenderung membuat pelaburan ke atas kesihatan diri dan keluarga. Apatah lagi berkemungkinan pendidikan adalah satu-satunya faktor tunggal yang menentusahkan kesihatan dan jangka hayat.

Umpamanya di Amerika Syarikat dan negara-negara yang kaya, tidak ramai golongan terpelajar yang merokok. Tabiat merokok di Amerika Syarikat hanya terhad kebanyakannya kepada mereka yang tidak ada pendidikan dan pelajar sekolah yang tercicir.

Pendidikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah membantu meningkatkan pengambilan makanan dengan cara melatih mereka untuk memilih makanan yang sihat, bersih dan segar. Secara umum, mereka yang berpendidikan lebih cenderung mengamalkan diet yang lebih baik.

Persekitaran ekonomi moden meletakkan pendidikan, latihan dan sumber-sumber ilmu pengetahuan sebagai sangat relevan walaupun dalam jangka masa 50 tahun. Perubahan di antara pendidikan dan tahap pendapatan boleh dilihat di banyak negara. United Kingdom contohnya, 40 tahun yang lepas menyaksikan para graduan memperolehi 40 hingga 50 peratus lebih pendapatan daripada lulusan sekolah tinggi. Mereka yang berpendidikan amat diperlukan

(11)

di Korea Selatan sejak 20 tahun yang lepas bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. Pendidikan dan latihan bukan sekadar menggalakkan pertumbuhan dan kecekapan ekonomi malah turut mengurangkan ketidaksamaan dan impak ke atas golongan yang tidak

berkemampuan. Pendidikan merupakan kaedah paling berkesan kepada orang muda yang datang daripada kelompok miskin untuk meningkatkan tahap ekonomi kerana modal insan merupakan 90 peratus aset berharga untuk mana-mana penduduk sesebuah negara. Jurang pendapatan yang tidak seimbang pada sesebuah negara menjadi lebih besar apabila jurang dalam pendidikan menjadi besar.

Modal insan tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jika mereka yang terlibat tidak dilatih dengan berkesan. Jika sesebuah organisasi tidak cekap, pekerjanya akan

mendapat kemahiran yang salah disebabkan insentif yang lemah. Sebagai contoh, sistem pekerjaan yang tidak menggalakkan pekerja terlatih mendapatkan gaji lebih tinggi akan

memberi kesan terhadap pelaburan dalam meningkatkan latihan dan kemahiran mereka. Itulah yang berlaku ke atas bekas Kesatuan Soviet dan negara-negara komunis. Mereka mempunyai program pendidikan yang meluas dan menarik tetapi sistem ekonomi kekurangan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran.

Institusi pendidikan mempunyai tiga peranan utama dalam masyarakat iaitu:

Figure

Updating...

Related subjects :