• No results found

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi"

Copied!
16
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

1

Buletin

Berita Semasa

B i l . 3 / 2 0 1 0 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN N O . : 2 2 2 9 - 8 2 1 5

hrmis membantu membentuk

perjawatan sektor awam

dengan efektif

D

alam konteks ini, hala tuju Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) adalah untuk merangka dasar perjawatan dan perskiman yang relevan dan fleksibel bagi mewujudkan saiz perkhidmatan awam yang optimum berdasarkan keperluan Negara. Selaras dengan objektif dan hala tuju tersebut, BPO bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi-fungsi penyusunan semula organisasi, pewujudan, pemansuhan dan penggredan jawatan di agensi awam di samping penyelidikan serta kajian perskiman. Skop fungsi beban tugas BPO merangkumi 279 Skim Perkhidmatan dan 722 agensi terdiri daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP), Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam usaha memastikan setiap agensi awam berfungsi berdasarkan matlamat penubuhannya, BPO sentiasa melaksanakan kajian perjawatan dan perskiman dengan memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk memantap dan memperkemas struktur hierarki perkhidmatan sektor awam serta pengukuhan struktur organisasi. Hal ini adalah supaya organisasi sektor awam terus kekal kemas dan relevan seterusnya meningkatkan

sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas [NKRA]) serta Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators [KPI]).

Dalam pada itu, peningkatan peruntukan dalam emolumen akan menyebabkan pengurangan peruntukan bagi sektor-sektor lain khususnya sektor-sektor pembangunan, secara tidak langsung akan memberi implikasi kepada pembangunan negara. Berikutan arahan Perbelanjaan Berhemat yang telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008, BPO sebagai custodian data perjawatan telah menggariskan beberapa tindakan bagi mengawal saiz perkhidmatan awam. Antaranya adalah mengawal pewujudan jawatan dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan dan agensi yang menjana hasil negara serta pemansuhan jawatan-jawatan jumud yang tiada penyandang.

bersambung di halaman 3...

Y.Bhg Datuk farida bt. Mohd. Ali

Pengarah

Bahagian Pembangunan Organisasi,

Jabatan Perkhidmatan Awam

D

Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi

pusat yang bertanggungjawab untuk memastikan

perkhidmatan awam bergerak maju ke arah

merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mencapai

Wawasan 2020.

(2)

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam bahagia kepada seluruh pembaca Buletin HRMIS.

Sekali lagi kita bertemu melalui Buletin HRMIS Bil. 3/2010 yang merupakan edisi akhir bagi tahun ini. Bagi mengakhiri lembaran, edisi kali ini memaparkan hasrat Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk turut mengambil peluang dari faedah pelaksanaan HRMIS, iaitu kesediaan maklumat jawatan dari Modul ED dan kemudahan penjanaan maklumat menerusi EIS. Semoga pandangan yang diutarakan akan menyuntik semangat peneraju-peneraju HRMIS khasnya dan penjawat-penjawat awam amnya dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan HRMIS.

Seperti edisi-edisi sebelumnya, Buletin terus memaparkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh fasa ketiga tahun ini. Di antaranya adalah Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2010, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bil. 2/2010 di peringkat Pusat, Dialog HRMIS Bil. 2/2010 serta Makmal Penamatan Perkhidmatan. Kita semua maklum dengan cabaran-cabaran yang berterusan yang dihadapi untuk menjayakan pelaksanaan penuh HRMIS, justeru program-program yang dijalankan adalah sebagai close monitoring dalam memastikan keperluan-keperluan dari aspek infrastruktur, prosedur, keperluan kompetensi, budaya dan dasar pengurusan sumber manusia.

Tidak ketinggalan di dalam Buletin ini turut dimuatkan satu artikel mengenai pengayaan maklumat HRMIS melalui Sistem Maklumat Eksekutif (EIS).

Akhir kata diharapkan Buletin HRMIS ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

TUAN HAJI KAMARUDIN BIN TAHIR

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT JPA

Sekapur Sirih

Intro

Assalamualaikum.

En. Kamarudin, S a y a m e r u p a k a n p e g a w a i s e d a n g c u t i b e l a j a r d i b a w a h t a j a a n H L P 2 0 1 0 d i U S A . S a y a i n g i n m e n g u c a p k a n t e r i m a k a s i h d a n t a h n i a h k e p a d a p i h a k J PA k e r a n a t e l a h b e r j a y a m e l a k s a n a k a n H R M I S s e h i n g g a k e p e r i n g k a t i n i . S a y a b e r a s a a m a t s e n a n g h a t i d a n g e m b i r a k e r a n a d a p a t m e n j a l a n k a n a k t i v i t i H R M I S w a l a u p u n s e d a n g b e r a d a d i U S A . K e r j a m e n g e m a s k i n i m a k l u m a t y a n g b e r k a i t a n d e n g a n H R M I S t e r u t a m a p e n i l a i a n p r e s t a s i t a h u n 2 0 1 0 d a p a t d i l a k u k a n d e n g a n j a y a n y a t a n p a s e b a r a n g m a s a l a h d i s i n i . K a p a s i t i k e m u d a h a n I n t e r n e t d i s i n i a d a l a h s e b e s a r 1 0 M b p s m e n g g u n a k a n b r o a d b a n d d i r u m a h m e m b a n t u a k s e s t e r h a d a p H R M I S t a n p a s e b a r a n g m a s a l a h k e l e w a t a n (slow). S a y a b e r h a r a p H R M I S a k a n t e r u s d i j a y a k a n d a n J P A d a p a t m e m b e r i k a n l e b i h b a n y a k p e r k h i d m a t a n k e p a d a p e g a w a i - p e g a w a i p e r k h i d m a t a n a w a m t i d a k k i r a

HRMIS Membantu

Membentuk Perjawatan

Sektor Awam Dengan Efektif

1

Sekapur Sirih

2

Mesyuarat Jawatankuasa

Pemandu HRMIS Bil. 2/2010

4-5

Mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksanaan HRMIS Bil.

2/2010

6-7

Dialog HRMIS Bil. 2/2010

8-9

LNPT Online

10-11

Sistem Maklumat Eksekutif/

Executive Information

System (EIS) –

Menambah baik Proses

Pembuatan Keputusan

12-13

Trend Bilangan Pengguna,

Log-in, dan Transaksi HRMIS

Bagi Kementerian dan PSUK

14

FAQ

15

Tahukah Anda

Sidang Redaksi

16

Kandungan

d i m a n a d a n b a g a i m a n a ( a n y w h e r e a n d a n y w a y ) m e r e k a m e n g a k s e s n y a . B e b e r a p a a s p e k b e r k e n a a n k e s e l a m a t a n d a n s k r i n p e n g g u n a / r e k a b e n t u k s k r i n ( U s e r I n t e r f a c e ( U I ) o r s c r e e n d e s i g n ) p e r l u d i p e r b a i k i d a r i s e m a s a k e s e m a s a s e r t a p r e s t a s i s e d i a a d a d a p a t d i k e k a l k a n b a g i m e m a s t i k a n HRMIS terus relevan dalam perkhidmatan awam.

Sekian, Tahniah!

Adi Azlan Mohd Ali

Master in Telecommunication and Network Management 2012 Syaracuse University New York, USA.

2

Buletin

(3)

3

Buletin

Sambungan

...sambungan dari halaman pertama

BPO juga secara berterusan melaksanakan program, aktiviti dan tindakan pembangunan keupayaan ke arah memastikan jumlah perkhidmatan awam yang bersesuaian dengan jumlah penduduk. Antara program utama ialah pemantauan trend pewujudan jawatan yang bertujuan untuk mengkaji pewujudan jawatan dalam perkhidmatan awam dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz perkhidmatan yang optimum.

Melalui hasrat Kerajaan bagi menerapkan budaya ICT dan inovasi, pelaksanaan HRMIS dilihat sebagai satu langkah memudahkan lagi pengurusan sumber manusia sektor awam. Dengan usaha ini, BPO telah terlibat secara langsung sebagai pemilik proses bagi empat (4) modul/submodul HRMIS yang berkaitan dengan perjawatan iaitu:

• Data Perjawatan (Establishment Data [ED]), • Pembangunan Organisasi (Organisation

Development [OD]),

• Penilaian Penggunaan Sumber Manusia (Assessment Utilisation of Manpower [AUM]); dan

• Norma Perjawatan (Positions Norms [PN]). Dalam melaksanakan fungsi BPO, tidak dinafikan ICT banyak menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan khasnya dalam pelaksanaan kajian perjawatan dan perskiman. Sistem aplikasi yang digunakan ialah MyPost yang berfungsi merekod dan meverifikasikan data perjawatan melalui waran perjawatan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia. Sistem aplikasi tersebut telah dapat membantu BPO dalam menganalisis data, mengkaji dan memantau perjawatan di sektor awam.

Dalam konteks HRMIS, Modul ED telah menampung keperluan MyPost. Bagi memastikan data perjawatan HRMIS melalui Modul ED ini tepat dan selaras dengan Waran Perjawatan, Jawatankuasa Pemandu HRMIS telah bersetuju untuk menjadikan MyPost sebagai rujukan dalam pengemaskinian maklumat perjawatan melalui aplikasi HRMIS untuk semua Kementerian dan menjadikannya sebagai KPI bagi 32 Pegawai Pengurusan Tertinggi Sektor Awam.

Apabila data perjawatan di dalam HRMIS lengkap dan sejajar dengan waran perjawatan di MyPost, maka Submodul OD yang melibatkan proses penyediaan, penyemakan, perakuan dan kelulusan cadangan perjawatan dapat dilaksanakan. Pelaksanaan sepenuhnya submodul ini bermakna segala bentuk permohonan perjawatan yang melibatkan penstrukturan semula, pengukuhan perjawatan dan penubuhan agensi baru dapat dilakukan secara dalam talian.

Dalam memastikan agensi sektor awam mempunyai struktur organisasi dan skim perkhidmatan yang sesuai

dan mantap, naziran perjawatan dilaksanakan oleh BPO. Ini adalah bertujuan untuk mengkaji keperluan dan tahap penggunaan optimum sumber manusia di samping memastikan pematuhan agensi terhadap penggunaan sumber manusia selaras dengan struktur organisasi, fungsi dan perjawatan yang diluluskan. Dalam konteks ini, pelaksanaan Submodul AUM yang berfungsi merekod maklumat naziran perjawatan akan dapat membantu dan memudahkan lagi proses merancang, melaksana dan memantau aktiviti naziran perjawatan.

Bagi memastikan sebuah agensi awam berfungsi dengan berkesan dan mempunyai perjawatan dan struktur organisasi yang seimbang dengan saiz dan peranan, BPO akan menjadikan norma perjawatan yang diwujudkan hasil dari penyelidikan dan kajian perjawatan berpandukan kepada kriteria, dasar kerajaan dan perkembangan semasa sebagai salah satu kriteria dalam menentukan perjawatan yang sesuai bagi satu-satu agensi. Melalui HRMIS, Submodul PN menampung keperluan mengurus penyediaan norma perjawatan sebagai salah satu asas penentuan perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan agensi di mana berkenaan.

HRMIS sebagai enabler dalam proses pengurusan sumber manusia sektor awam dilihat sebagai satu Pangkalan Data Nasional Pengurusan Sumber Manusia yang menjadi rujukan dalam sesuatu urusan dan kajian perancangan dan pembangunan sektor awam.

Pelaksanaan modul/submodul HRMIS berkaitan perjawatan sentiasa membantu BPO dalam melaksanakan kajian perjawatan dan perskiman khususnya melalui Sistem Maklumat Eksekutif (EIS), HRMIS yang membantu dalam menjana maklumat perjawatan dan pengisian sektor awam.

Dalam konteks BPO amnya dan JPA khasnya HRMIS bukan sahaja sebagai sumber rekod dan maklumat semata-mata namun ianya menjadi satu medan dan wacana berpusatnya data sektor awam yang merangkumi data perjawatan, penyandang (pengisian), penempatan, agensi, fungsi, struktur, hierarki perjawatan, maklumat Skim Perkhidmatan dan taburan perjawatan serta penjawat awam di serata agensi awam. Keseluruhan data melalui modul-modul HRMIS ini pada dasarnya menjadi rujukan utama dalam melaksanakan kajian perjawatan, dasar perjawatan dan kajian perskiman dan seterusnya menjadi medan rujukan dalam perancangan dasar dan pembangunan sektor awam.

Secara keseluruhannya, BPO menyambut baik pelaksanaan HRMIS di seluruh 722 agensi awam, yang mana ianya sejajar dengan saranan kerajaan dalam menjadikan perkhidmatan awam lebih efektif dan inovatif berteraskan pembudayaan ICT ke arah menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

(4)

4

Buletin

Mesyuarat ini yang diadakan pada 3 September 2010 (Jumaat), bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah/Ketua Jabatan yang terlibat dalam menjadikan pelaksanaan HRMIS sebagai ukuran prestasi (KPI) Ketua Jabatan serta wakil unit HRMIS Kementerian dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di antara perkara yang telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini adalah mengenai status pelaksanaan HRMIS di agensi-agensi. Y.Bhg Dato’ Pengerusi turut menegaskan kepentingan maklumat yang dapat dijana melalui Sistem Maklumat Eksekutif (EIS). Ia dapat membantu Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam pembuatan keputusan berhubung pengurusan sumber manusia.Justeru pelaksanaan HRMIS sepenuhnya oleh segenap sektor awam amat signifikan bagi mencapai faedah sebenar dari pelaksanaan HRMIS.

Di mesyuarat ini juga turut dibentangkan kertas-kertas pemakluman seperti berikut:

• Permohonan Pengecualian Penamatan Perkhidmatan Melalui Sistem HRMIS; dan

• Pindaan KPI HRMIS 2010.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu

HRMIS Bil. 2/2010

Berita Semasa

(5)

Berita Semasa

Sekitar Mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu

HRMIS Bil. 2/2010

5

Buletin

(6)

6

Buletin

Berita Semasa

Mesyuarat ini telah diadakan pada 21 Oktober 2010, bertempat di JPA, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), ini antara lain adalah untuk menimbang dan meluluskan garis panduan pelaksanaan HRMIS, memantau peluasan pelaksanaan HRMIS, melaksanakan cadangan perubahan bagi bidang-bidang penyesuaian tugas, struktur organisasi, prosedur, latihan, mindset dan kompetensi.

Pada sesi mesyuarat kali ini, antara isu yang telah diutarakan adalah keperluan talian EG*Net di Pejabat Pendidikan Daerah untuk kegunaan sekolah-sekolah. Selain itu isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan Submodul Perisytiharan Harta, keperluan pengesahan maklumat peribadi oleh Jabatan Pendaftaran Negara telah turut dibincangkan.

Berita Semasa

Mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksanaan HRMIS

(7)

7

Buletin

Berita Semasa

Berita Semasa

Sekitar

MeSyuarat JawatankuaSa

PelakSanaan HrMiS

BIl. 2/2010

(8)

8

Buletin

Berita Semasa

Dialog HRMIS Bil. 2/2010

telah diadakan pada 8 November 2010 di Hotel Royale Bintang, Seremban. Dialog HRMIS

pada kali ini melibatkan Unit-unit HRMIS dari 15 buah jabatan dan 9 buah kementerian yang

berkaitan sebagaimana berikut:

The world is three days: As for yesterday, it has vanished. As for

tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work on it.

- Hassan al-Basri

JABATAN

KEMENTERIAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Kementerian Sumber Manusia

Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kementerian Dalam Negeri

Jabatan Imigresen Kementerian Kewangan

Jabatan Pendaftaran Negara Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat

Jabatan Penjara Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Jabatan Kastam Diraja Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pengangkutan

Jabatan Penerangan Perpustakaan Negara Jabatan Pengairan Dan Saliran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan

Taman Negara (Perhilitan) Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jabatan Pengangkutan Jalan

YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) telah merasmikan Sesi Dialog HRMIS Bil. 2/2010 ini.

Hasil perbincangan di Dialog HRMIS ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah bagi memastikan

kelancaran pelaksanaan HRMIS di peringkat lebih bawah iaitu di jabatan-jabatan. Selain itu, semua Unit HRMIS yang terlibat dalam mesyuarat kerja ini diharap dapat bertukar-tukar pendapat dan strategi melaksanakan HRMIS di agensi masing-masing.

(9)

9

Buletin

Berita Semasa

Berita Semasa

(10)

10

Buletin

Berita Semasa

hrmis

eg*net

hrmis

internet

lnpt online

sistem lnpt online•http://www.eghrmis.gov.my

•http://www.jpa.gov.my Borang lnpt softcopy •http://www.eghrmis.gov.my Hrmis internet https://internet.eghrmis.gov.my Hrmis eg*net https://hrmis.eghrmis.gov.my

Satu sesi taklimat memaklumkan kaedah pelaksanaan pengurusan prestasi ini telah diberi kepada wakil-wakil Kementerian dan PSUK iaitu dari pengurusan sumber manusia dan juga Unit HRMIS Kementerian dan PSUK pada 3 Disember 2010 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

JPA

kini telah memutuskan bahawa

pelaksanaan sepenuhnya

pengurusan prestasi secara

online bermula pada 15 Disember 2010.

Ini berikutan kemudahan capaian kepada

Submodul LNPT HRMIS bukan setakat melalui

EG*Net tetapi juga melalui internet. Malah

kemudahan pelaksanaan pengurusan prestasi

ini telah juga disediakan kepada mereka yang

masih belum dapat menggunakan HRMIS.

Sistem LNPT online turut dibangunkan bagi

kemudahan ini dan juga turut diberikan

kemudahan untuk memuat turun borang

LNPT.

Sehubungan dengan itu pengurusan prestasi

secara online kini boleh dicapai di URL seperti

berikut:

capaian aplikasi Bagi pelaksanaan lnpt

(11)

11

Buletin

Berita Semasa

Sekitar Taklimat Pelaksanaan

(12)

12

Buletin

Berita Semasa

Rencana

Sistem Maklumat Eksekutif

Executive Information System (EIS)

Menambah baik proses pembuatan keputusan

Disediakan: Intan Nazira bt. Mohd Idris

S

istem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan satu sistem maklumat pengurusan yang dapat memudahkan dan menyokong keperluan kepada maklumat untuk pembuatan keputusan eksekutif. Bantuan ini membolehkan capaian yang mudah kepada maklumat-maklumat yang relevan dalam pembuatan keputusan strategik.

Fungsi utama EIS ialah penyediaan laporan sama ada untuk dianalisis atau dibuat perbandingan. Manakala ciri utama EIS ialah ia boleh digunakan secara dinamik di mana data boleh diolah dengan mudah dari pelbagai dimensi atau dengan kriteria yang ditentukan oleh pengguna. Selain daripada itu, melalui EIS juga, sesuatu maklumat dapat dipersembahkan dalam laporan yang mempunyai pelbagai format dan ia juga dapat memperincikan maklumat dengan kaedah drill-down.

Penggunaan EIS di dalam HRMIS banyak membantu dari segi penjanaan laporan dalam masa yang singkat. Sejarah membuktikan bahawa mulai tahun 1990 hingga 2000, pengumpulan maklumat perjawatan dan pengisian di sektor awam adalah melalui Sistem SISPEN. Maklumat di dalam SISPEN hanya dikemas kini pada setiap 6 bulan sekali. Ini menyebabkan data adalah tidak kemas kini malah penjanaan laporan secara adhoc memerlukan masa yang panjang. Apabila HRMIS diperkenalkan mulai tahun 2000, pangkalan data adalah secara berpusat dan ini memudahkan pemantauan oleh agensi pusat ke atas maklumat-maklumat perjawatan, pengisian dan juga kekosongan serta lain-lain. Walau bagaimanapun, penjanaan laporan secara adhoc masih mengambil masa yang panjang kerana laporan hanya dapat dikeluarkan melalui penggunaan SQL Script. Pada tahun 2007, EIS mula diperkenalkan untuk membolehkan maklumat-maklumat yang ada di dalam HRMIS diguna dengan lebih berkesan. Pada peringkat awal, EIS untuk HRMIS menggunakan tool Cognos Power Play untuk mengeluarkan laporan-laporan

yang diperlukan. Kemudiannya pada 1 Mac 2008 tool Proclarity Desktop Profesional diperkenalkan dengan ciri-ciri yang lebih lancar dan penggunaan yang lebih mesra pengguna.

Sistem ini berkeupayaan mengeluarkan pelbagai laporan yang dikehendaki dalam masa yang singkat. Kesemua laporan adalah merangkumi maklumat-maklumat yang terdapat di dalam HRMIS. Sistem ini telah banyak membantu mengeluarkan laporan yang dikehendaki secara adhoc dan dengan pelbagai format. Dalam tempoh Januari hingga 30 September 2010, sebanyak 24,102 laporan telah dikeluarkan, termasuklah laporan-laporan berkenaan maklumat rekod peribadi, profil perkhidmatan, dan maklumat-maklumat lain yang menjadi input untuk mesyuarat-mesyuarat utama yang memerlukan maklumat dalam masa yang singkat untuk membantu pembuatan keputusan. Turut disediakan adalah laporan yang diperlukan oleh 722 agensi sektor awam mengikut kehendak dan keperluan setiap agensi, dan juga laporan untuk menjawab soalan yang dibangkitkan di Parlimen, sebagai contohnya butiran terperinci anggota perkhidmatan awam dari segi maklumat bangsa, etnik dan sebagainya.

Bagi memenuhi keperluan maklumat sumber manusia sektor awam ini, sebanyak 1412 pengukuran dengan 302 dimensi atau perspektif maklumat telah dibangunkan yang melibatkan 71 kiub atau secara teknikal disebut sebagai multidimensional database. Melalui kemudahan ini para pengurus sumber manusia dan pengurusan atasan agensi tidak lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat sumber manusia apabila diperlukan. Ini bukan sahaja dapat membantu keputusan dibuat dengan berkesan berdasarkan fakta sebenar tetapi yang lebih penting tindakan segera dapat diambil.

Dua carta di bawah adalah sebagai contoh maklumat dalam HRMIS yang diperoleh melalui EIS.

(13)

13

Buletin

Berita Semasa

Rencana

3.39%

0.83%

Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Contoh maklumat yang dikeluarkan melalui EIS:

Peratus CO Bercuti Mengikut Hari Bagi Tahun 2010 (Cuti Sakit Swasta):

Peratus CO Mengambil Cuti Sakit Swasta Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Rujukan:

“HRMIS – Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Malaysia Abad ke-21”, Mei 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia

(14)

Only those who can see the invisible can accomplish

the impossible.

Patrick Snow, Author of ‘Creating Your Own Destiny’

21,645 16,010 50,742 137,789 326,683 435,838 138,749 180,206 1,140,435 3,370,900 13,729,250 21,319,434 117,975 179,061 595,222 1,616,060 5,097,929 9,759,604 0 5,000,000 10,000,000 15,000,000 20,000,000 25,000,000 2005 2006 2007 2008 2009 2010 B il . R e k o d Tahun

BIL. PENGGUNA HRMIS BIL. TRANSAKSI HRMIS BIL. LOGIN HRMIS

11,675 7,611 26,716 104,859 280,232 363,500 137,433 189,183 1,191,603 3,986,592 8,327,483 7,641,766 42,804 62,352 253,293 1,021,803 3,606,516 5,949,763 0 1,000,000 2,000,000 3,000,000 4,000,000 5,000,000 6,000,000 7,000,000 8,000,000 9,000,000 2005 2006 2007 2008 2009 2010 (JAN 2010-2/11/2010) Tahun

BIL. PENGGUNA HRMIS BIL. TRANSAKSI HRMIS BIL. LOGIN HRMIS

B il . R e k o d

TREND BILANGAN PENGGUNA, LOG IN DAN

TRANSAKSI HRMIS BAGI KEMENTERIAN DAN

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

SEHINGGA

2 NOVEMBER 2010 (TERKUMPUL)

TREND BILANGAN PENGGUNA, LOG IN DAN

TRANSAKSI HRMIS BAGI KEMENTERIAN DAN

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

SEHINGGA

2 NOVEMBER 2010 (MENGIKUT TAHUN)

Status

(15)

15

Buletin

FAQ

15

Buletin

Pelaksanaan Submodul LNPT menyebabkan kesukaran ketika latihan

diberi kepada CO kerana sebelum ini SKT secara manual tidak

memerlukan KPI. Bagaimanapun dalam HRMIS setiap projek/aktiviti

memerlukan sekurang-kurangnya satu KPI.

Jawapan:

Agensi boleh merujuk kepada contoh pengisian sasaran kerja tahunan

dan laporan pencapaian yang terdapat di dalam Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 iaitu Pemantapan Pengurusan Sistem

Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam bertarikh 6 Mac

2009.

Terdapat kesukaran bagi CO melupuskan harta (bagi harta yang

telah diisytiharkan secara manual sebelum HRMIS diperkenalkan).

Jawapan:

Jika CO hendak melupuskan harta yang diisytiharkan CO perlu

isytihar dahulu harta tersebut dalam HRMIS kerana maklumat bagi

harta tersebut belum dimasukkan ke dalam HRMIS. Setelah harta

tersebut diambil maklum, CO bolehlah membuat pelupusan harta

melalui HRMIS.

Bagi pegawai yang telah mengisytiharkan harta secara manual,

maklumat tarikh mula atau tarikh tamat bayar dan bayaran ansuran

bulanan tidak dicatatkan / disertakan. Sukar untuk memasukkan

maklumat melalui data sejarah.

Jawapan:

Maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan melalui data sejarah

adalah 3 perkara sahaja iaitu tarikh diambil maklum, no. rujukan

dan tarikh surat pemakluman dikeluarkan.

Pegawai adalah digalakkan mengisytiharkan harta melalui HRMIS

dari semasa ke semasa.

(16)

Sumbangan

&

Maklum Balas

Info

Bahan/ Peralatan Yang Perlu Dibawa

• Dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan kes

• Notebook

Pegawai Untuk Dihubungi

Urusan tempahan dan sebarang kemusykilan bolehlah

dikemukakan melalui e-mel kepada:

1. Cik Wan Fazidatul Eza binti Wan Hussein

E-mel: eza.hussein@jpa.gov.my

2. Cik Siti Azura binti Khairruddin

E-mel: azura.din@jpa.gov.my

TAHUKAH

ANDA...

MAKMAL MODUL PENAMATAN

PERKHIDMATAN HRMIS

Kemudahan makmal disediakan bagi membantu agensi melaksanakan proses penamatan perkhidmatan melalui submodul Penamatan Perkhidmatan di dalam HRMIS. Makmal ini disediakan secara berjadual bagi memenuhi permintaan agensi yang menghadapi kesukaran mengakses capaian ke HRMIS. Keutamaan diberi kepada agensi yang mempunyai bakal pesara yang ramai. Makmal ini diadakan di Bahagian Pengurusan Maklumat JPA, Cyberjaya.

Bagi melaksanakan proses penamatan perkhidmatan ini di makmal yang disediakan agensi hendaklah terlebih dahulu memastikan maklumat data asas dan data-data kritikal pemilik kompetensi tersedia, betul dan kemas kini. Kes persaraan yang dibawa ini mestilah telah lengkap untuk melaksanakan proses penamatan perkhidmatan.

Sidang

Redaksi

Penaung YBhg Tan Sri Ismail Adam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Penasihat YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Ketua Editor Tn. Hj. Kamarudin bin Tahir Pengarah

Bahagian Pengurusan Maklumat

Pasukan Editorial En. Hairul Rashidan bin Md Rashid En. Mohd Yusuf bin Chek Mat En. Ab. Razak bin Safii

En. Muhamad Sade bin Mohamad Amin En. Mohd Sahar bin Mohd Noor

En. Sarpin bin Nawawi En. Yaacob bin Yusof

En. Mohd Hazli bin Ahmad @ Adnan Pn. Mazni bt Ahmad

Cik Rosnani bt Saion Pn. Marina bt Said

En. Hasim bin Zainal Abidin

Penasihat Teknikal En. Shukri bin Hamat En. Abdul Hamid bin Ahmad

Jurugambar Cik Ayu Salmee bt Salamon Cik Maya Azren bt Nathan

En. Mohd. Fairuznizam bin Nor Razali

Pengurusan dan Pn. Fairuz Eliza bt Mohamed Norawi

Edaran Cik Syarifah Haiza Farhana bt Sayed Kamar

Penerbitan Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam

Percetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Buletin HRMIS akan menjadi saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan dengan penglibatan yang aktif dari para pembaca. Sumbangan anda sangatlah dialu-alukan. Sama ada anda memberikan buah fikiran, pandangan, cadangan atau pertanyaan, penulisan anda hendaklah tidak melebihi 2000 patah perkataan dan ia berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Segala sumbangan hendaklah dialamatkan kepada:

Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bangunan MKN-Embassy Techzone,

Blok A, No. 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Sepang,

Selangor Darul Ehsan.

References

Related documents

Based on whether vasoactive drugs were used or not in DCD donors before organ procurement, the renal donor (n=187) and recipients (n=304) were divided into a high-dose group

Proceedings of the 45th Annual Meeting of the Association of Computational Linguistics Proceedings of SPEECHGRAM 2007, pages 9?16, Prague, Czech Republic, June 2007 c?2007 Association

Orthogonal morphological marking provide addi- tional information that is indicative of the kind of dependencies that exist between a category and its various child constituents, and

Authors (Zhou and Huang, 2016) [4] summarizes existing scale estimation methods in software engineering field, gives a proper understanding to the research goals and the

Unsupervised Domain Adaptation for Joint Segmentation and POS Tagging Proceedings of COLING 2012 Posters, pages 745?754, COLING 2012, Mumbai, December 2012 Unsupervised domain

(Fig. An increase in particle numbers was noted in the supernatant at 12 h.p.i. In addition, IF analyses performed at different times throughout the cycle also demonstrated an

- Ensure all site staff adhere to all codes of conduct, service guarantees and service standards (including the National Standard for Disability Services), that underpin WDEA

Therefore, the development of the enhanced analytical framework, based on the culturised planning model, does not only contribute to a more systematic