Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktorluaran serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktorluaran seperti faktor ibu bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca.
Setiap firma yang terlibat dalam aktiviti perniagaan mempunyai sistem perancangan dan strategi tersendiri yang digunakan untuk menggerakkan operasi harian. Perancangan strategik merupakan elemen penting dalam pengurusan strategik sesebuah organisasi. Pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunapakai untuk melaksanakan perancangan strategik, salah satunya ialah dengan menggunakan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (analisis ’SWOT’). Faktor kekuatan dan kelemahan dikategorikan sebagai faktor dalaman organisasi manakala faktor peluang dan ancaman pula dikategorikan sebagai faktorluaran sesebuah organisasi. Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor dalaman dan luaran organisasi yang kritikal dalam mempengaruhi perancangan strategik bagi firma pemaju hartanah di Malaysia. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas dan hasil dari analisis yang dijalankan, kajian ini mendapati faktor dalaman organisasi yang paling kritikal ialah kekuatan melalui sumber kewangan firma yang kukuh dan kelemahan dalam pengurusan firma, manakala faktorluaran organisasi yang paling kritikal ialah peluang melalui penglibatan dan sokongan kerajaan yang proaktif dan ancaman melalui prosedur birokratik dalam mendapatkan kelulusan pelan dan sijil layak menduduki.
Pendekatan Contact Hypothesis walaupun mempunyai kelebihan dari segi menganalisis sesuatu keadaan seperti di kilang tetapi kemampuannya menganalisis masalah hubungan etnik secara holistik sangat terhad. Pendekatan ini tidak dapat menjelaskan sejauh mana sesuatu interaksi yang berlaku itu dipengaruhi oleh faktorluaran seperti sistem politik, eknomi dan sosial. Di samping itu, pendekatan ini juga tidak dapat menjelaskan pengaruh mobiliti buruh terhadap hubungan etnik. Sebagai contoh, di negara kita pada tahun-tahun sebelum 1970, pekerja- pekerja di bahagian pengeluaran dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu tetapi kini tempat itu telah diisi oleh orang-orang Melayu. Persoalannya, sejauh manakah perubahan pola guna tenaga buruh mengikut etnik yang disebabkan oleh mobiliti buruh mempunyai signifikasi ke atas hubungan etnik? Oleh itu adalah dicadangkan bahawa penggunaan pendekatan ini hendaklah disokong oleh pendekatan lain yang mampu menampung kekurangan yang terdapat dalam pendekatan Contact Hypothesis ini.
Akhirnya, hasil dapatan mendapati cerita-cerita yang berunsur seks, penyebaran dan penjualan bahan- bahan lucah seperti bahan-bahan porno menjadi faktorluaran utama yang menyebabkan berlakunya jenayah terhadap kanak-kanak iaitu mencapai min yang tinggi iaitu sebanyak 4.55. Sistem teknologi maklumat yang canggih dan pengaruh media massa pada masa kini juga turut menyumbang kepada berlakunya peningkatan gejala jenayah terutamanya penderaan seksual kanak-kanak. Terdapat faktorluaran lain yang turut menyumbang kepada terjadinya kejadian jenayah ini iaitu sikap tidak kisah sesetengah masyarakat terhadap kes-kes yang berlaku terhadap kanak-kanak, adanya sikap marah dan dendam, mempercayai kepercayaan karut, faktor kecuaian, jenis rumah kediaman dan juga faktor norma budaya.
Abstrak : Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.864. Min untuk mengkaji kepekaan pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama ialah 4.54. Seterusnya, untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada murtad menunjukkan min sebanyak 4.19, manakala pengetahuan terhadap faktor-faktorluaran pula ialah 4.09. Min bagi mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai kesan-kesan daripada penukaran agama ialah 4.24. Kajian menunjukkan pelajar bimbang terhadap pertambahan kes murtad. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi masalah murtad ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi.
Dalam kajian ini pengkaji akan memfokuskan kepada tiga perkara dalam motivasi iaitu faktor dalaman, faktor luaran dan faktor persekitaran dan ingin melihat hubungannya dengan prestasi ak[r]
Minat sering dikaitkan dengan pengaruh utama seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Dalam pemilihan kursus, faktor minat merupakan aspek yang penting agar semangat dan kesungguhan pelajar mengikuti sesuatu kursus itu terus meningkat. Tanpa minat pelajar sukar untuk mencapai kejayaan dalam bidang atau kursus yang diikuti. Minat yang mendalam terhadap sesuatu kursus akan menjadi perangsang kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai kejayaan. Menurut Khashiatul-Fauziah (2003), minat adalah satu kecenderungan bagi seseorang individu untuk mengetahui, mempelajari dan menceburi sesuatu perkara yang menjuruskan mereka kepada pilihan yang diingini. Bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di daerah Muar, Johor dari segi faktor minat, nilai purata min 3.66 adalah berada pada tahap yang sederhana. Analisis mendapati terdapat item yang berada pada tahap sederhana dan tinggi bagi persoalan kajian ini.
Kajian yang dijalankan ini mengambil kira empat faktor iaitu faktor minat, kesedaran, keyakinan dan faktor suasana pembelajaran yang mempengaruhi persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Item- item ini merupakan di antara faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan program latihan yang dijalankan. Setiap faktor adalah penting dan sangat berguna dalam membantu kejayaan program yang dilaksanakan. Masalah- masalah yang terdapat di setiap faktor perlu ditangani segera untuk mewujudkan program latihan kemahiran vokasional yang lebih efektif seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelatih.
ABSTRAK: Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih pusat GIATMARA memilih bidang Elektrik dan Elektronik di daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang dikaji tertumpu kepada faktor mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, Program Kaunseling Kerjaya di sekolah, rakan sebaya, maklumat daipada laman web GIATMARA, dan peluang kerjaya.Responden penyelidikan terdiri daripada 74 orang pelatih pusat GIATMARA di sekitar daerah Johor Bahru yang sedang mengikuti kursus dalam bidang Elektrik dan Elektronik.Kajian rintis telah dijalankan kepada 20 orang pelatih yang sedang mengikuti kursus dalam bidang Elektrik di pusat GIATMARA Batu Pahat dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.968. Dapatan penyelidikan menunjukkan empat daripada lima faktor yang dikaji mempengaruhi pelatih pusat GIATMARA memilih bidang Elektrik dan Elektronik. Faktor yang paling mempengaruhi adalah faktor peluang kerjaya, diikuti faktor mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, Program Kaunseling Kerjaya di sekolah dan rakan sebaya.
Matlamat utama kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi pencapaian sains pelajar dalam ujian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan sekolah menengah di Malaysia. Bab ini membincangkan dengan lebih mendalam mengenai aspek yang berkaitan dengan kajian berdasarkan artikel, jurnal dan bahan-bahan penulisan daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan skop yang dikaji. Faktor-faktor seperti penglibatan ibu bapa, disiplin sekolah dan sikap terhadap sains dikupas untuk memperlihatkan hubungannya dengan pencapaian sains pelajar dalam TIMSS 2011. Dalam bab ini teori-teori asas seperti Teori Ekologi Pembangunan Manusia, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Skema Jantina yang mendasari kajian turut dibincangkan secara terperinci bagi memberi penjelasan menyeluruh terhadap kajian yang dilaksanakan. Pada pengakhiran bab ini, suatu kerangka konsep dibina berdasarkan teori-teori dan model yang dihipotesiskan.
Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks yang melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada yang berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan seperti perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial sumbang mahram ini merupakan salah satu daripada berjenis-jenis gejala sosial yang selari dengan yang lainnya. Bezanya gejala ini dianggap besar kerana melampaui batas-batas kemanusiaan dan keinsanan sama ada daripada kacamata manusia mahupun agama. Gejala sumbang mahram sebagaimana gejaia-gejala sosial yang lain perlu diteliti dengan terperinci untuk mencari faktor-faktor pendorong berlakunya sesuatu kes. Penelitian kepada punca sesuatu kes terutama dari aspek kualitatitif berbanding kuantitatif akan memberikan kita dimensi yang
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang paling dominan mempengaruhi lepak dengan hubungan keibubapaan. Seramai 500 orang pelajar dari 18 buah sekolah menengah iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang dipilih secara kelompok atas kelompok dalam kajian. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Parental Behaviour Inventory (PBI), Teenagers Personality Questionnaires (TPAS) dan The Parental Aspect Questionnaires (PAAS). Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi faktor-faktor lepak ialah 0.8596, corak asuhan ibu bapa ialah 0.8879 dan peranan ibu bapa ialah 0.8975. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dengan faktor hubungan keibubapaan, kendiri remaja, pendidikan agama, corak asuhan dan peranan ibu bapa sebagai contoh tauladan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan rakan sebaya dan persekitaran. Faktor hubungan kekeluargaan merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi pelajar remaja. Dapatan kajian menunjukkan corak asuhan demokrasi dan peranan ibu bapa sebagai contoh tauladan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi.
Ia adalah sangat penting bagi mencari praktis sebenar yang berlaku di tapak bina yang menjurus kepada projek terbengkalai. Selain dari itu, pendekatan yang telah iambil, kriteria pemulihan projek, faktor kejayaan, terma pembayaran, masalah yang dihadapi ketika penyiapan projek terbengkalai juga akan di kaji melalui kes-kes kajian yang diambil.
Apa yang boleh dilihat di sini, faktor peribadi amat mendorong guru pelatih dalam memilih profesion perguruan. Ini kerana setiap responden merasakan profesion perguruan bukanlah satu bidang yang dianggap remeh dan dipilih kerana desakan oleh faktor-faktor lain. Mereka memilih profesion perguruan kerana mereka yakin mereka mempunyai bakat untuk mengajar, sukakan kanak-kanak, dan sangat berminat untuk menjadi serang guru. Dengan dapatan ini, jelas menunjukkan profesion perguruan sudah mula dipandang tinggi dan bukan lagi dipilih kerana tiada pilihan lain.
Sehubungan dengan itu responden berasakan faktor persekitaran dapat memberi motivasi kepada kreativiti mereka dalam pengajaran memandangkan keadaan sekeliling mereka yang sentiasa positif dan menggalakkan. Ini dapat disokong dengan pendapat Mohd Azhar (2004) di mana budaya dan persekitaran kreatif yang diwujudkan secara tidak langsung akan merangsang daya saing dan semangat ’esprit de corps’ di kalangan pekerja. Sehubungan itu beliau menambah, sesebuah organisasi dan syarikat boleh mencipta kejayaan dengan cara menyediakan peluang dan ruang kreatif kepada pekerja syarikatnya. Mohd Azhar (2001) pula menyatakan persekitaran yang kondusif seperti suasana pejabat, ruang, hiasan dalaman dan pengudaraan yang sihat boleh memberi kesan langsung kepada penglahiran idea-idea yang kreatif
Sikap memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kecemerlangan seseorang individu dalam bidang yang diceburi. Pelajar yang tekun dan mempunyai sikap yang baik akan berjaya dalam pelajarannya. Sikap yang baik ini juga dapat melahirkan insan yang berpotensi dan cemerlang dalam pencapaian akademiknya (Abdul Fatah, 2001). Kenyataan ini turut disokong oleh Syarifah Alawiyah (1989), beliau menyatakan bahawa sikap merupakan keadaan manusia yang bertindak secara positif atau negatif terhadap orang lain, idea atau sesuatu kejadian. Sikap adalah perasaan, tingkah laku, pendapat atau penilaian terhadap persekitaran. Ia berubah-ubah dari segi keadaannya iaitu boleh positif atau negatif. Bagi menjawab persoalan kajian keempat iaitu pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di daerah Muar, Johor dari segi faktor sikap, nilai purata min 3.64 adalah berada pada tahap sederhana. Analisis mendapati terdapat item yang berada pada tahap sederhana dan tinggi bagi persoalan kajian ini.
Kebanyakan langkah- langkah yang diambil bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah mengambil tindakan ke atas pelajar yang ponteng sekolah. Namun begitu, pelajar yang mempunyai rekod ponteng masih lagi berada di tahap membimbangkan terutama bagi pelajar – pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepada masalah ponteng dalam kalangan pelajar? Adakah ianya berpunca dari sikap murid , suasana sekolah, guru, rakan sebaya atau keluarga.
Secara keseluruhannya purata min bagi persoalan kajian bagi faktor ini adalah 3.54. Bagi soalan item 1 dalam bahagian ini seramai 47 orang responden bersetuju kemahiran berumah tangga perlu dipelajari sebelum mendirikan rumah tangga. Hanya 3 % dari responden bersetuju kemahiran berumah tangga ini boleh dipelajari selepas berumah tangga. Sementara itu seramai 40 orang dari responden mengatakan mereka akan memastikan pasangan mereka mempunyai ilmu keibubapaan sebelum berkahwin. Pendirian ini dikukuhkan lagi apabila 48 orang responden berpendapat kemahiran keibubapaan perlu untuk menjamin kebahagian rumah tangga yang dibina.
Proses ini pembeli mengenali adanya masalah atau kebutuhan karena pembeli akan merasakan perbedaan antara keadaan nyata dan keadaan yang diinginkan. Kebutuhan tersebut dipicu oleh rangsangan internal dan eksternal dari keadaan normal menjadi tingkat yang cukup tinggi dan akhirnya menjadi dorongan. Tahap ini pemasar harus berusaha untuk mengenali masalah atau kebutuhan konsumen dan meneliti apa yang menarik mereka dan bagaimana hal menarik tersebut membawa pada produk tertentu dengan mengumpulkan informasi tersebut, pemasar dapat mengenali faktor-faktor yang sering memicu minat akan produk dan dapat mengembangkan program pemasaran yang mencakup faktor-faktor tersebut.
Terdapat berbagai alasan yang mendorong seseorang mengambil keputusan menjadi wirausaha. Alasan-alasan tersebut dapat dikelompokkan menjadi push factors dan pull factors (Kirkwood, 2009; Williams dkk, 2009; Liao dkk, 2001; Basu & Goswami, 1999; Amit & Muller, 1995; Gilad & Levine, 1986). Push factors merupakan faktor negatif yang memaksa seseorang untuk menjadi wirausaha seperti kesulitan mencari pekerjaan, gaji yang tidak mencukupi, tidak mempunyai ketrampilan khusus di bidang lain, diskriminasi, konflik di tempat kerja, kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Sebaliknya, pull factors merupakan faktor positif yang menarik seperti keinginan untuk mandiri, memanfaatkan peluang yang ada, dan keinginan meningkatkan pendapatan (Basu & Goswami, 1999). Dengan kata lain, sebagian orang mendirikan usaha karena terpaksa sementara lainnya melakukannya karena ketertarikan atau pilihan hidupnya (Basu & Goswami, 1999; Keeble dkk, 1992).