gaya pembelajaran Pelajar

Top PDF gaya pembelajaran Pelajar:

Tahap Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Daerah Johor Bahru Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Tahap Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Daerah Johor Bahru Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran dan tahap kemahiran visualisasi pelajar tingkatan empat sekolah menengah harian yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) di daearah Johor Bharu. Menerusi kajian ini tahap kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan dapat dikenalpasti. Selain itu, perbezaan gaya pembelajaran pelajar yang mempelajari LK juga akan dapat diketahui. Seterusnya pengkaji ingin mengkaji hubungan antara tahap kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Akhir sekali, melalui kajian ini perbezaan tahap kemahiran visuasilisasi dan gaya belajar yang merentas bangsa dan jantina akan dapat ditentukan. Melalui kajian yang dijalankan, gaya belajar yang sesuai diamalkan untuk meningkatkan tahap kemahiran visualisasi pelajar dalam mata pelajaran ini akan diketahui. Kajian yang dilakukan ini akan memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar- pelajar. Kepentingan-kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
Show more

8 Read more

Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Dan Matematik, Kemahiran Hidup Dan Pengajian Islam ) Separuh Masa Utm Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann

Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Dan Matematik, Kemahiran Hidup Dan Pengajian Islam ) Separuh Masa Utm Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains dan Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam) separuh masa UTM Johor Bahru. Model Skala Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann yang terdiri daripada enam sifat yang berbeza iaitu berdikari, penghindaran, kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan digunakan. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sains dan Matematik, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam yang mengikuti pengajian separuh masa SPACE. Kaedah soal selidik yang berbentuk skala Likert digunakan sebagai instrumen kajian kepada 93 orang responden dan dapatan di analisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Sosial Science) version 12.0 for Windows. Hasil kajian menunjukkan sifat kolaboratif dan persaingan merupakan gaya pembelajaran dominan. Didapati juga tiada perbezaan gaya pembelajaran merentas jantina dan hanya sifat penyertaan yang ada perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan CPA. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar-pelajar separuh masa SPACE.
Show more

7 Read more

Hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Pencapaian akademik amat berkait rapat dengan gaya pembelajaran pelajar. Menurut Wan Zuraida (2002), terdapat pelbagai cara pembelajaran pelajar seperti memahami, berbincang, pembelajaran secara sendiri, pembelajaran berkumpulan dan sebagainya. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. O leh itu, Pelajar yang cemerlang mempunyai gaya pembelajaran yang efektif. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2004), pembelajaran dan pengajaran harus mementingkan kreativiti dan minat setiap pelajar. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Namun walaupun sistem pendidikan diperbaiki dari masa ke semasa, terdapat juga pelajar yang masih mendapat keputusan yang rendah dalam PMR dan SPM. Selain melihat aspek budaya formal sekolah, gaya pembelajaran pelajar harus dikenal pasti bagi merancang pengajaran yang paling efektif untuk memperkembangkan potensi para pelajar.
Show more

36 Read more

Gaya pembelajaran pelajar cemerlang – satu kajian dalam membantu meningkatkan kualiti pembelajaran

Gaya pembelajaran pelajar cemerlang – satu kajian dalam membantu meningkatkan kualiti pembelajaran

Kehidupan dan cara pembelajaran di universiti berbeza berbanding di alam persekolahan. Masing-masing berlumba untuk mencapai kejayaan dengan cara pelajar tersendiri untuk mencapai kecemerlangan. Ini disebabkan di universiti, palajar perlu lebih berdikari dan bebas merancang pembelajaran dan bukan lagi menjadi tugas ibubapa, guru atau institusi untuk menentukan jadual pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) dalam teorinya menyatakan cara belajar yang diamalkan merupakan ciri-ciri biologikal setiap individu dengan menganggap bahawa setiap individu yang dilahirkan mampu untuk belajar. Ia bertindak balas dengan faktor persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi seseorang pelajar. Oleh yang demikian, melalui cara pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran pelajar cemerlang di FPTek dikenalpasti bagi membantu pelajar lain dalam mengambil pendekatan gaya pembelajaran yang sama dan seterusnya dapat membantu mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar keseluruhannya.
Show more

10 Read more

Perkaitan antara gaya pembelajaran pelajar dengan prestasi matapelajaran Matematik Kejuruteraan

Perkaitan antara gaya pembelajaran pelajar dengan prestasi matapelajaran Matematik Kejuruteraan

Kemajuan dalam dunia pendidikan dan kepelbagaian dalam populasi pelajar menjadi persoalan yang penting di kalangan para pendidik. Persoalan yang banyak ditimbulkan adalah sama ada gaya pembelajaran pelajar mampu membawa perubahan dalam pencapaian akademik [2] atau sebaliknya. Gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada empat dimensi iaitu active-reflective, sensing-intuitive, visual- verbal dan sequential-global [3].

11 Read more

Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Cemerlang Tahun Empat Fakulti Pendidikan

Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Cemerlang Tahun Empat Fakulti Pendidikan

Secara keseluruhannya, penyelidik merumuskan bahawa gaya pembelajaran pelajar cemerlang adalah berbeza-beza kerana setiap individu menpunyai jenis pembelajaran yang tersendiri. Namun kebanyakkan pelajar-pelajar cemerlang fakulti mengamalkan gaya pembelajaran pencapahan (diverger) iaitu 38 orang responden atau mewakili 67.9% . Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran jenis pencapahan (diverger)adalah menpunyai kebolehan imaginatif yang kuat. Mereka yang tergolong dalam kategori ini juga dapat memandang sesuatu situasi dari perspektif berbeza dan menjana idea secara spontan. Manakala selebihnya bagi pelajar cemerlang tahun empat adalah mengamalkan gaya pembelajaran Assimilator, Accomodator dan Converger. Dimana pertusan ketiga-tiga jenis pembelajaran tersebut tidak banyak perbezaan peratusan.
Show more

9 Read more

Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan
Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah

Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah

Berdasarkan masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa gaya pengajaran penting dalam proses pembelajaran untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Gaya pengajaran juga memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kedua-dua faktor ini saling berkaitan. Penyelidikan oleh Tuckman (1992) yang memadankan gaya pembelajaran dengan gaya pengajaran telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara cara gaya pembelajaran dengan kaedah pengajaran guru. Oleh itu dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti kategori gaya pembelajaran pelajar PKPGB berdasarkan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb iaitu Pengalaman Konkrit (Concrete experience, CE), Pemerhatian Reflektif (Reflective observation, RO), Pengkonsepsian Abstrak (Abstract conceptualization, AC), dan Pengujikajian Aktif ( Active experimentation, AE) dan jenis gaya pembelajaran iaitu Penyesuaian Diri (Accommodator), Pencapahan (Diverger), Pemusatan (Converger) dan Asimilasi (Assimilator) serta mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha iaitu Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator. Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, kerserasian antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran adalah amat diperlukan (Felder, 1993).
Show more

10 Read more

Gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan model gaya pembelajaran Bernice McCarthy

Gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan model gaya pembelajaran Bernice McCarthy

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar. Kajian ini melibatkan 152 orang responden yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 127 orang perempuan pelajar tahun akhir dari tujuh pengkhususan berbeza di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori gaya pembelajaran. Empat kategori gaya pembelajaran oleh Bernice McCarthy adalah kategori Praktikal, Analisis dan Teori, Imaginatif dan Inovatif, dan Dinamik dan Intuitif. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.8773. Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan pelajar adalah kategori Dinamik dan Intuitif (min 3.92) diikuti dengan kategori Imaginatif dan Inovasi (min 3.87), Praktikal (min 3.82), dan Analisis & Teori (min 3.72). Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan supaya gaya pembelajaran yang bersesuaian dapat diamalkan oleh setiap pelajar.
Show more

9 Read more

Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di Universiti Teknologi Malaysia

Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif. Ia bertujuan untuk mengkaji pola gaya pembelajaran pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) Fakulti Pendidikan di cawangan-cawangan pusat pembelajaran SPACE di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching. Model Skala gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann (Grasha Riechmann Student Learning Style Scales, GRSLSS) yang terdiri daripada enam sifat, iaitu berdikari, pergantungan, penyertaan, penghindaran, persaingan dan kolaboratif digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul melalui penggunaan soal selidik yang telah diterjemahkan daripada inventori Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann yang terdiri daripada 60 item. Seramai 130 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 10.0 for Windows bagi mendapatkan statistik dalam bentuk peratus dan kekerapan. Ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk mencari perbezaan di antara pembolehubah. Ujian L.S.D (Perbezaan Signifikan Terkecil) digunakan bagi menentukan kumpulan min yang berbeza dalam pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa sifat persaingan dan kolaboratif adalah berada pada tahap tinggi manakala tahap sederhana bagi sifat berdikari, penghindaran, pergantungan dan penyertaan bagi pelajar PJJ dan sepenuh masa. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sifat berdikari dan sifat persaingan berdasarkan jantina di mana pelajar perempuan lebih berdikari dan persaingan jika berbanding dengan pelajar lelaki. Begitu juga terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sifat kolaboratif berdasarkan pencapaian keputusan CPA responden. Keputusan membuktikan bahawa terdapat perbezaan tahap kolaboratif di antara CPA pada 3.00 [ CPA ¢ 3.70 dengan CPA 2.00 [ CPA ¢ 2.30 dan CPA pada 2.30 [ CPA ¢ 3.00 dengan pencapaian CPA pada 2.00 [ CPA ¢ 2.30 di mana CPA tinggi menunjukkan bersifat lebih kolaboratif berbanding CPA rendah.
Show more

11 Read more

Kesan kaedah flipped classroom menerusi pembelajaran berasaskan projek ke atas pencapaian dan gaya pembelajaran pelajar

Kesan kaedah flipped classroom menerusi pembelajaran berasaskan projek ke atas pencapaian dan gaya pembelajaran pelajar

Selain aktiviti melalui PLK, kajian berkenaan aktiviti melalui pembelajaran dalam kelas (PDK) juga masih belum diberi penekanan dan penjelasan mengenainya masih kabur (Bishop dan Verleger, 2013). Salah satu ciri utama flipped classroom ialah memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran namun ia tidak diterangkan secara mendalam. Kekangan utama untuk melibatkan pelajar terlibat atau „engage‟ dalam pembelajaran adalah apabila ia melibatkan nisbah jumlah pelajar yang besar dalam sesebuah kelas. Sekiranya perkara tersebut terjadi, pembelajaran tidak dapat diikuti oleh pelajar dengan sebaiknya, malahan situasi tersebut akan menyumbang kepada keciciran pelajar (Fredricks et al., 2004). Fredricks et al. (2004) juga berpendapat bahawa penglibatan pelajar dengan pencapaian akademik pula adalah saling berkait rapat. Jika penglibatan pelajar dalam konteks pembelajaran berlaku, maka pencapaian akademik mereka juga meningkat. Sekiranya berlaku sebaliknya, maka pelajar akan mengalami masalah dalam pelajaran. Perkara tersebut boleh diatasi dengan menyediakan aktiviti yang melibatkan setiap pelajar. Penglibatan pelajar pula boleh dilihat dari pelbagai aspek sama ada dari segi tingkah laku, afektif dan kognitif (Parsons dan Taylor, 2011; Taylor dan Parson, 2011). Penglibatan dari segi tingkah laku boleh disediakan melalui penggunaan teknologi dan aktiviti hands-on seperti Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Pembelajaran Berasaskan Projek pula adalah pembelajaran di bawah bimbingan minimum dan ia memerlukan elemen bimbingan untuk memastikan keberkesanannya (Barron et al., 2008). Pelaksanaan flipped classroom berpotensi untuk melibatkan pelajar walaupun dalam jumlah yang besar (Zappe et al., 2009; Largent, 2011). Penglibatan pelajar adalah perlu untuk memberi peluang kepada setiap pelajar menjalankan lebih banyak aktiviti pembelajaran dalam kelas (Krauss dan Boss, 2013).
Show more

78 Read more

Bab 8 : Gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek kimia

Bab 8 : Gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek kimia

Usaha ini wajar dilaksanakan bagi membina masyarakat saintifik yang progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Matlamat ini selari dengan matlamat pendidikan sains yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu memupuk dan mengekalkan minat terhadap subjek berkaitan bidang sains, menyediakan peluang memasuki bidang sains dan menyediakan segala keperluan bagi menghasilkan prestasi tinggi dalam pendidikan sains (Matnor, 1995). Oleh itu, kemahiran menyelesaikan masalah dalam sains perlu dikuasai oleh pelajar agar mereka boleh menjana idea dalam konteks situasi penyelesaian masalah harian.
Show more

6 Read more

Kajian Kes Penggunaan Gaya Pembelajaran Pelajar Pusat Pendidikan Islam Andalus, Singapura

Kajian Kes Penggunaan Gaya Pembelajaran Pelajar Pusat Pendidikan Islam Andalus, Singapura

Model VAK oleh Barbe & Swassing (1979) mendapati terdapat kesamaan dalam mempersembahkan gaya pembelajaran yang kerap diamalkan oleh pelajar. Model ini menghuraikan tiga gaya pembelajaran berasaskan deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan atau gerakan iaitu visual, auditori dan kinestetik. Menurut Dunkin Dan Biddle (1974) pula, tahap pengajaran sama ada berkesan atau tidak bergantung kepada lima faktor utama, salah satu daripadanya adalah pelajar. Kejayaan pengajaran menurut teori ini bergantung kepada siapa yang diajar oleh guru, iaitu pelajar. personaliti diri, gaya pembelajaran, motivasi dan sikap pelajar adalah penentu kepada keberkesanan PdP. Teori al-Ghazali (2004) pula menekankan bahawa pengajaran melibatkan peranan guru dan pelajar. Guru yang memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan berkeperibadian mulia mampu memotivasikan pelajar dan menarik
Show more

13 Read more

Gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Terdapat kajian yang telah dijalankan sama ada di dalam negara atau luar dengan menggunakan model gaya pembeiajaran berbeza membuktikan pelajar yang menggunakan gaya belajar yang berkesa[r]

24 Read more

Tinjauan gaya pembelajaran pelajar pelajar pekak di Sekolah Pendidikan Khas Besut, Terengganu: satu kajian kes

Tinjauan gaya pembelajaran pelajar pelajar pekak di Sekolah Pendidikan Khas Besut, Terengganu: satu kajian kes

Gaya pembelajaran merupakan cara belajar seseorang iildividu yang bertindak dengan persekitarannya supaya individu tersebut dapat memproses, mentafsir dan memperolehi maklumat, ilmu peng[r]

24 Read more

Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di politeknik

Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di politeknik

Dari aspek minat, majoriti daripada responden yang bersetuju bahawa minat yang mendalam terhadap sesuatu yang dilakukan akan mendorong mereka untuk berusaha secara gigih adalah tinggi.. Kenyataan ini turut disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Djamarah (2002) yang menyatakan bahawa minat belajar cenderung menghasilkan prestasi yang tinggi, sebaliknya minat belajar yang kurang akan menghasilkan prestasi belajar yang rendah. Ini turut disokong oleh Yahaya et al. (2000) menyatakan bahawa seseorang akan mendapat motivasi intrinsik yang tinggi jika satu keadaan psikologi yang mendorong membuat sesuatu disebabkan minatnya terhadap sesuatu. Bagi aspek gaya pengajaran guru, majoriti pelajar bersetuju dengan kenyataan bahawa teknik penyampaian pensyarah yang menyeronokkan membantu dalam meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Ini dipersetujui oleh Grasha dan Hicks (2000), untuk menjamin keberkesanan sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran, fokus yang diberikan kepada gaya pembelajaran pelajar semata-mata tidak memadai. Malah guru sendiri perlu menitikberatkan gaya pengajaran mereka kerana pengajaran guru penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Dari aspek teknik pembelajaran pelajar pula, majoriti pelajar bersetuju dengan rujukan di internet membantu mereka dalam memahami isi kandungan kursus yang dipelajari. Menurut Riffe, Lacy dan Varouhakis (2008), terdapat empat kelebihan internet berbanding dengan media tradisional antaranya internet menyampaikan maklumat secara spontan yang menjadikannya lebih pantas berbanding media cetak dan membenarkan penyebaran maklumat yang banyak secara mendalam dan lebih murah.
Show more

20 Read more

Hubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Hubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Permasalahan semasa yang telah dialami dalam negara menuju ke alaf milineum semenjak beberapa abad yang lalu mendapati bahawa tidak ramai pelajar di sekolah yang memperoleh keputusan cemerlang. Ada sesetengah daripada mereka yang berjaya tetapi pada peringkat yang sederhana. Ekoran daripada itulah, penyelidik ingin mengenal pasti sama ada prestasi pelajar dipengaruhi oleh gaya pembelajaran pelajar Adakah terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran di antara pelajar berprestasi cemerlang, sederhana dan rendah?
Show more

8 Read more

Kesan penyesuaian pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran atas talian terhadap pembentukan pengetahuan pelajar

Kesan penyesuaian pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran atas talian terhadap pembentukan pengetahuan pelajar

Kajian lalu menunjukkan bahawa kebanyakan pengkaji menggunakan PPGP untuk mengatasi masalah LMS yang tidak mempertimbangkan perbezaan individu (Despotovic-Zrakic et al., 2012; Graf dan Kinshuk, 2007; Limongelli et al., 2011). Namun penggunaan pendekatan kolaboratif dalam mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar didapati kurang berkesan, disebabkan terdapat kemungkinan dipengaruhi oleh sikap sambil lewa pelajar semasa menjawab soal selidik (Schiaffino et al., 2008). Kaedah ini tidak boleh mengenal pasti perubahan gaya pembelajaran semasa proses pembelajaran atas talian berlangsung (Papanikolaou dan Grigoriadou, 2004). Kekurangan ini mungkin boleh menyebabkan penentuan gaya pembelajaran pelajar yang dihasilkan kurang tepat dan memberi kesan kepada padanan penyesuaian pembelajaran atas talian (Akbulut dan Cardak, 2012; Graf dan Kinshuk, 2007)
Show more

78 Read more

Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun Akhir Fakulti Pendidikan

Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun Akhir Fakulti Pendidikan

Bagi golongan pensyarah, kajian ini dapat membantu mereka untuk mengenal pasti bentuk gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka di dalam kuliah. Hal ini penting kerana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah dapat berjalan dengan berkesan sekiranya pelajar dapat mencapai objektif pelajaran dan pengajaran yang telah dirangka oleh pensyarah. Namun, setiap pelajar terdapat gaya pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain. Maka, pensyarah perlu bijak memainkan peranan untuk mengenal pasti bentuk gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka (Raif, 1992). Kemudian, mereka akan cuba mendapatkan suatu pendekatan pengajaran yang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Malah, pensyarah juga perlu bijak mengeneralisasikan pendekatan tersebut agar bersesuaian dengan semua bentuk gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka.
Show more

6 Read more

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Isu pencapaian akademik pelajar vokasional sering diperkatakan kerana pelajar dari aliran ini hanya memberikan fokus dari sudut praktikal sahaja berbanding mata pelajaran teras yang lain. Ini dapat dibuktikan lagi dengan penurunan sebanyak 0.46% di dalam peperiksaan SPM tahun 2011. Walaupun peratusan penurunan adalah sedikit tetapi ia tidak sepatutnya berlaku sekiranya pelajar dan pihak sekolah dapat mengambil langkah pemulihan dari awal lagi. Masalah ketiadaan padanan di antara gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar boleh mengakibatkan pemindahan pembelajaran yang kurang sempurna. Husin & Nordin (2011) menyatakan bahawa punca kemerosotan pencapaian akademik adalah kerana pelajar gagal mengaplikasikan gaya pembelajaran yang betul. Setiap pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang berbeza dalam memahami sesuatu konsep yang dipelajari.
Show more

45 Read more

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sabah

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sabah

Apabila mengkaji kepentingan gaya pemebelajaran dan motivasi dalam konteks pembelajaran secara am, adalah penting menekankan beberapa faktor dalam kedua-dua pekara yang dikaji yang boleh mempengaruhi proses pembelajaran. Bagi tujuan kajian, penyelidik telah mengenal pasti elemen-elemen dalam gaya pembelajaran yang boleh mempengaruhi motivasi pelajar dalam proses pembelajaran. Model yang terdapat dalam Rajah 1.1 memperihalkan secara grafik bagaimana gaya pembelajaran pelajar dapat dihubungkaitkan dengan motivasi pelajar. Kajian ini lebih memberi tumpuan kepada gaya pembelajaran mengikut Model VAK oleh Fernald, Keller, Orton, Gillingham, Stillman dan Montessori (1920) iaitu visual, auditori dan kinestetik.
Show more

31 Read more

Show all 2724 documents...