ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perundingan berprinsip dalam kalangan GuruBesarProgramKhasPensiswazahanGuruBesar (PKPGB) UTM Skudai. Sejumlah 73 orang responden dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 20 item, yang dibina berdasarkan prinsip perundingan yang dibangunkan dan disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen yang dihasilkan ialah 0.9199. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi semua dimensi yang dikaji adalah 0.7865 (Memisahkan Pelaku Daripada Masalah), 0.7978 (Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan), 0.8542 (Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama) dan 0.6275 (Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan prinsip Memisahkan Pelaku daripada Masalah adalah pada tahap yang paling tinggi (nilai min: 4.46), diikuti oleh prinsip Menekankan Penggunaan Kriteria Objektif (nilai min: 4.29), prinsip Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama (nilai min: 4.22) dan prinsip Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (nilai min: 4.21). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip berdasarkan faktor umur responden. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip responden berdasarkan faktor jantina dan faktor pengalaman. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.
Abstract: The aim of the research was to investigate the use of e-mail and website among 85 headmasters in the ProgramKhasPensiswazahanGuruBesar (PKPGB) at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. The objectives of this research were (1) to determine the skills possessed by the headmasters, (2) to determine the perceptions toward the application of e-mail and website, and (3) to determine the ways the e-mail and website were used among the PKPGB headmasters. The instrument used in this research consisted of two parts; part A to represent the demographic items and part B to represent items that measure the headmasters’ basic skills in using the e-mail and web site, perception and the way headmasters use the e-mail and web application. The data was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 14.0. The results of the study revealed that the skills of the headmasters in using email and web site were at high level, the level of the headmasters’ perception towards the use of the e-mail and website was at high level too, while the ways the e-mail and website were used was at moderate level. The result from the t-test shows that there is no significant difference within gender with basic skills and usage, but there is a significant difference within gender and PKPGB headmaster perceptions. The results from Anova test shows that there is no significant differences within experiences with basic skills, the usage and perceptions, but there is significant differences within ages with basic skills and perception levels by the PKPGB headmasters. It is hoped that the research findings will serve as guidance for educational planners in conducting training among school headmasters.
Berdasarkan masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa gaya pengajaran penting dalam proses pembelajaran untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Gaya pengajaran juga memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kedua-dua faktor ini saling berkaitan. Penyelidikan oleh Tuckman (1992) yang memadankan gaya pembelajaran dengan gaya pengajaran telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara cara gaya pembelajaran dengan kaedah pengajaran guru. Oleh itu dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti kategori gaya pembelajaran pelajar PKPGB berdasarkan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb iaitu Pengalaman Konkrit (Concrete experience, CE), Pemerhatian Reflektif (Reflective observation, RO), Pengkonsepsian Abstrak (Abstract conceptualization, AC), dan Pengujikajian Aktif ( Active experimentation, AE) dan jenis gaya pembelajaran iaitu Penyesuaian Diri (Accommodator), Pencapahan (Diverger), Pemusatan (Converger) dan Asimilasi (Assimilator) serta mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha iaitu Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator. Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, kerserasian antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran adalah amat diperlukan (Felder, 1993).
Penyelidik menggunakan soal selidik yang diambil dari kajian Zulkafli (2000). Beliau telah menggunakan soal selidik “Principal Instructional Management Rating Scale” (PIMRS) yang direkabentuk oleh Hallinger dan Murphy (1987) yang mana alat ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya, malah telah banyak diguna pakai oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Bahagian A merupakan pernyataan yang ditumpukan kepada latar belakang responden. Bahagian B pula difokuskan kepada tiga dimensi yang mengandungi sepuluh subskala fungsi kepimpinan pengajaran GPK 1. Bahagian ini mengukur kekerapan GPK 1 melakukan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran mengikut persepsi guru-guru penolong kanan dan guru-guru biasa.
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, beberapa semakan dan tapisan telah dibuat. Peringkat pertama, soal selidik disemak dan dibincangkan dengan penyelia sebelum kajian rintis dijalankan. Oleh kerana responden kajian adalah di kalangan gurubesar aliran Sekolah Kebangsaan maka pengkaji telah memilih seramai 15 orang peserta ProgramKhasPensiswazahanGuruBesar (PKPGB) Ambilan 1 sesi 2006/2009 , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bagi tujuan kajian rintis. Pemilihan 15 orang rakan ini dilakukan secara rawak mudah. Pengkaji menggunakan Statiscal Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 15.0. untuk mendapat nilai pekali kebolehpercayaan (Alpha Cronbach’s).
Abstract : This study was carried out to determine the level of stress among the participants of ProgramKhasPensiswazahanGuruBesar (PKPGB) in Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. The study also identifies possible causes of the stress and its effects on effeciency in managing their school and their health. Data were gathered through 5 Likert scales questionnaires to a sample of 55 Head Masters who are currently involved in ProgramKhasPensiswazahanGuruBesar Kohort 1/2006 in Universiti Teknologi Malaysia. Descriptive statistics such as frequencies, percentages and mean scores are widely used in this study. To prove the hypothesis, Pearson correlation ( r ) is used to determine the correlation level between the four causes of stress being studied and its effects on their health and efficiency in managing their school. Research findings show that the level of stress among the respondents is moderate while all four causes of management stress being studied do not seem to give great impact on their level of stress. It is found that problems faced by the Head Masters in managing their schools seem to be the prime factor that contributes to the existing level of the stress. The results from the hypothesis testing proved that all four causes of stress indicate high correlation with the health and efficiency in managing school. Based on the above research findings, a number of suggestions are forwarded to balance the stress level of the PKPGB students.
Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan konflik GuruBesar yang mengikuti ProgramKhasPensiswazahanGuruBesar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai daripada Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen (keseluruhan) yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi), 0.663 (gaya kompromi), 0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya mengelak). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi responden adalah pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara kompromi (min 3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara mengelak (min 2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan.
Data-data ini akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS Versi 12.0 For Windows untuk memberi kesahan dan kebolehpercayaan item. Menurut Mohd Najib(2003), kesahan merujuk kepada apa yang ingin diuji. Dalam erti kata lain, untuk memastikan responden boleh memahami soalan dan dapat memberi jawapan sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelidik. Kebolehpercayaan pula menurut Najib(2003), ialah konsistensi responden memberi jawapan.
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru siswazah PKPG untuk mengajar mata pelajaran LK di sekolah setelah tamat pengajian di UTM. Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa lebih daripada separuh bakal guru siswazah PKPG mempunyai kesediaan untuk mengajar mata pelajaran LK terutamanya jika dilihat dari aspek sikap positif mereka. Namun begitu semakin kurang pula jika dilihat pada aspek kemahiran dimana hasil kajian menunjukkan sebahagian sahaja daripada mereka yang mempunyai kesediaan dari aspek-aspek tersebut. Kekurangan- kekurangan yang terdapat pada bakal guru siswazah yang menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai kesediaan untuk mengajar mata pelajaran LK haruslah dianggap sebagai satu cabaran bagi pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan perguruan agar mereka sentiasa memastikan segala keperluan dilengkapi sebaik mungkin dan bukannya melihat kekuranga-kekurangan ini menjadi satu masalah besar kepada sistem pendidikan negara. Oleh itu penyelidik berharap agar kajian ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau sebalik
Globalisasi yang berlaku mutakhir ini mempunyai potensi besar sebagai cabaran utama masyarakat dunia. Maka warga pendidikan termasuk pelajar dan pensyarah harus mempersiapkan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan supaya mereka tidak tersisih dari perkembangan mutakhir ini kerana ianya memberi kesan signifikan dari segi spirituil, sosial, ekonomi dan politik. Sebagai langkah utama pemupukan budaya membaca perlu diteruskan kerana ilmu yang diperolehi melalui amalan membaca amat berharga. Ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan hidup. Ia mampu membuatkan seseorang itu memperolehi ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda.
Pengetua/gurubesar perlu menyesuaikan pendekatan kepimpinannya bagi meraih sokongan pekerja bawahannya bagi meningkatkan tahap kepuasan kerja pekerja-pekerja. Ini ditegaskan oleh Azlin Norhaini Mansor (2006) kesemua corak kepimpinan itu akan mirip kepada salah satu pilihan iaitu tindakan kepada struktur tugas atau tindakan yang lebih mementingkan hubungan kakitangan (pekerja). Sementara Stephen (2000) mengatakan bahawa Hersey dan Blanchard telah mengilhamkan model kepimpinan situasi dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat sukuan iaitu: gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (seling), penyertaan (participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang berpandangan jauh akan memilih gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi melihat keupayaaan pekerjanya. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinyatakan gaya kepimpinan manakah yang menjadi pilihan utama, tetapi gaya yang diamalkan banyak bergantung kepada kesesuaian situasi semasa disamping mengambil kira latar belakang pekerja seperti pengetahuan, pengalaman dan kedudukan pekerja didalam kepimpinannya.
Abstrak : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti Komunikasi Interpersonal GuruBesar dan Komitmen Guru di Sekolah Rendah Zon Maharani, Muar,Johor. Dua jenis Model Komunikasi Interpersonal dikaji hubungannya dengan Komitmen Guru. Seramai 217 orang guru dilibatkan dalam kajian ini bagi menjawab set soal selidik yang mengandungi 59 item yang mewakili dimensi yang dikaji. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (Version 16.0) bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min, korelasi, Ujiant dan Anova bagi kajian. Dapatan menunjukkan bahawa semua dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi jenis Komunikasi Interpersonal iaitu Model Humanistik dan Model Pragmatik masingmasing mendapat nilai min 3.814 dan 3.825. Model Humanistik Keterbukaan mencapai min terendah iaitu 3.745 manakala Model Pragmatik Daya Ekspresif mencapai min tertinggi iaitu 3.907. Bagi komitmen guru telah mencapai min yang tinggi iaitu 4.267. Korelasi antara model komunikasi interpersonal yang diamalkan oleh GuruBesar dan komitmen guru juga dikaji. Nilai korelasi adalah 0.598, bermaksud terdapat hubungan yang positif tetapi sederhana. Beberapa cadangan kajian lanjutan diberikan bagi tujuan penambahbaikan kajian.
Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi keutamaan dalam perancangan kerjaya setiap guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan semakin meningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan tetapi lebih jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan ilmiah guru menghadapi masyarakat berasaskan ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang lebih global. Guru yang sentiasa bersedia untuk terus memajukan diri dapat mempertahankan kredibiliti mereka dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan pihak sekolah haruslah sentiasa bekerjasama dan tidak terpisah dari aliran pendidikan guru. Permuafakatan dan perkongsian bijak antara sekolah, guru seharusnya berterusan bagi menjamin kejayaan sekolah. Mengikut Hord (1997), profesional yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru secara berterusan harus belajar bersama atau secara kolaboratif demi pembangunan diri dan peningkatan pencapaian pelajar.
Kementerian Pelajaran telah merangka dan melaksanakan program latihan berkaitan persediaan kepimpinan dan pengurusan pendidikan di bawah Program Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan untuk pegawai pendidikan yang berpotensi sebagai pemimpin dan pengurus bertempat di Institut Aminuddin Baki (Hussin 2005). Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan telah berlangsung pada 5 Mac 1998, telah menggariskan ciri-ciri pengetua dan gurubesar berkesan mengikut model Malaysia. Antara ciri yang disarankan ialah mengamalkan cara berkomunikasi cekap, prihatin hubungan manusia, berjaya mewujudkan persekitaran dinamik, mempunyai kualiti kepimpinan dan beberapa aspek yang lain. Ciri-ciri kualiti kepimpinan iaitu kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran, pintar dan berinisiatif tinggi, mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal, ramah dan baik hati serta proaktif dan
Menurut Omardin (1996), GPK Pentadbiran bertanggungjawab membantu Pengetua, bekerjasama dengan GPK lain untuk melicinkan pentadbiran dan pengurusan sekolah selain tugas hakiki mengajar. Beliau merupakan orang yang menjadi tulang belakang selepas ketiadaan Pengetua dan mempunyai tugas yang rencam dari segi keselamatan, kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran, membuat perancangan dan takwin sekolah serta membantu melaksanakan program sekolah yang pelbagai. Tugas GPK Pentadbiran juga merupakan ‘discreet’ atau bahagian kerja yang dilaksanakan oleh seseorang kakitangan. Seringkali tugas digambarkan sebagai langkah-langkah sistematik yang perlu diikuti semasa melaksanakan tanggungjawab. Biasanya tugas mempunyai titik permulaan dan penamat. Tugas juga dapat dilihat dari segi interaksi antara kakitangan dengan peralatan kerja, dengan orang lain dan dengan media. Sesuatu tugas apabila dilaksanakan akan menghasilkan satu produk yang berguna (Ibrahim Mamat, 1996)
Kesedaran terhadap kepentingan amalan syura didapati kurang pengamatan dalam kalangan kepimpinan organisasi yang memberi impak negatif kepada sikap persefahaman antara ahli yang terlibat. Kajian Abdul Kudus (2007) berkaitan amalan syura mendapati 65% daripada warga guru sekolah menengah di daerah Segamat memperakui bahawa tahap persefahaman mereka adalah sederhana dan analisis kajian menggambarkan bahawa gurubesar tidak memberi bimbingan, latihan, dan motivasi ke arah persefahaman yang jitu. Sementara itu, 54% responden kajian bersetuju mengatakan prinsip amalan syura tidak dititik beratkan dalam organisasi selain hanya mementingkan pencapaian akademik sahaja. Kajian Lokman et. al., (2012) pula mendedahkan bahawa kepimpinan gurubesar yang tidak mengamalkan amalan syura didapati mewujudkan kesan negatif ke atas peningkatan komitmen kerja guru. Kajian ini turut menunjukkan bahawa gurubesar lebih merujuk kepada model kepimpinan birokratik yang dianggap lebih berkesan dan tiada bantahan dalam kalangan guru di sekolah. Manakala 57% gurubesar yang baru dilantik amat bersetuju mengatakan mereka kabur tentang peranannya selaku pemimpin yang menjana komitmen kerja guru di sekolah. Sementara Samaratul (2009), merekodkan bahawa amalan syura adalah kunci mewujudkan pembinaan semangat persefahaman iaitu dihasilkan melalui pendekatan saling bertukar fikiran dan keterbukaan pemimpin dalam organisasi.
Abstrak : Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru yang mengikuti ProgramKhasPensiswazahanGuru terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seramai 236 orang sampel dari empat buah institusi pendidikan awam (UTM, UPM, UiTM dan UPSI) telah dipilih untuk dijadikan responden. Data- data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 (SPSS). Analisis deskriptif digunakan untuk menguji kekerapan, min dan peratusan. Manakala analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis. Hipotesis diuji dengan menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisis varian (ANOVA) pada aras signifikan 0.05 sebagai panduan bagi penerimaan atau penolakan sesuatu hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati ada hubungan yang signifikan antara gred pencapaian Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi tiada perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan minat dan tahap keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Kebanyakan gurubesar selalu menggunakan komuniksai ke bawah sahaja. Menurut Hassan Awang (2001), komunikasi sehala menjadi amalan kebanyakan gurubesar yang menganggap komunikasi sehala berkesan untuk menyampaikan mesej kepada sabordinatnya, tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. Menurut Mohd. Kassim (1999), dalam konteks organisasi sekolah, komunikasi antara gurubesar dan guru sangat penting kerana sebagai pelaksana dasar gurubesar perlu menyampaikan segala maklumat daripada pembuat dasar iaitu Kementerian Pelajaran kepada guru dengan jelas. Guru pula perlu berkomunikasi dengan gurubesar untuk menyampaikan maklumbalas daripada dasar-dasar yang telah dilaksanakannya. Dalam hal ini, pentadbir berfungsi sebagai orang tengah yang memainkan peranan sangat penting kerana semua maklumat akan disampaikan daripada dan kepada mereka. Maka sudah tentulah gurubesar perlu mempunyai gaya komunikasi yang berkesan dan sesuai dengan budaya sekolahnya agar beliau dapat memupuk budaya kerjasama yang mantap antara semua warga sekolah.
Kajian deskriptif menggunakan kaedah kolerasi ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan etika gurubesar dan kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah di daerah Segamat. Kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan antara amalan kepimpinan etika dengan kepuasan kerja guru sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 346 orang guru daripada sepuluh buah sekolah rendah Gred A dan Gred B di Daerah Segamat, Johor. Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, amalan kepimpinan etika dan kepuasan kerja guru. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi bagi amalan kepimpinan etika dengan nilai alpha cronbanch’s 0.946 dan kepuasan kerja 0.836. Data kajian dianalisis menggunakan program SPSS Versi 18.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, dan kolerasi pearson. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aspek tanggungjawab merupakan elemen kepimpinan etika yang tinggi diamalkan oleh gurubesar diikuti dengan kehadiran dan ketulenan. Namun begitu, secara keseluruhan hasil dapatan mencatat tahap amalan kepimpinan etika yang sederhana tinggi. Manakala aspek rakan sekerja dan gaji menunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi berbanding dengan keselamatan, suasana kerja, penyeliaan dan dasar dan peraturan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam kepuasan bekerja. Rumusnya hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan etika dan tahap kepuasan kerja berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan etika gurubesar dengan kepuasan kerja malah terdapat juga hubungan yang signifikan antara ketiga-ketiga elemen kepimpinan iaitu tanggungjawab, ketulenan dan kehadiran dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di derah Segamat. Akhir sekali beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan.
ABSTRAK : Malaysia dalam perancangan menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi melihat salah satu usaha strategi yang perlu dilaksanakan ialah melalui amalan pendidikan. Kerajaan Malaysia berbelanja besar terutamanya bagi manaiktarafkan sistem pendidikan teknikal dan vokasional. Pelbagai langkah dan strategi diatur bagi merealisasikan impian tersebut. Reformasi sistem pendidikan negara secara keseluruhannya mencerminkan kesungguhan negara bergerak melangkah ke arah persaingan tersebut dengan pembentukan insan bertaraf dunia, memastikan pendidikan seawal mungkin, kebertanggungjawaban sekolah sebagai institusi pendidikan dan keberkesanan guru menjadi faktor utama yang di beri penekanan. Manakala sistem pendidikan TVET pula diberi nafas baru seperti mengarusperdanakan pendidikan TVET dan meningkatkan kompentensi pengajian siswazah supaya bernilai kebolehpasaran. Kertas seminar ini akan mengulas sedikit tentang reformasi sistem pendidikan negara dan TVET pada kesan masa hadapan negara Malaysia.