guru pelatih 4SPH

Top PDF guru pelatih 4SPH:

Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM.

Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM.

Abstrak : Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Empat aspek etika profesion perguruan yang dikaji iaitu pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan, tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab guru kepada ibu bapa murid. Kajian ini melibatkan 97 orang guru pelatih yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Teknoogi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang responden dan 37 item pernyataan telah diedarkan kepada responden.. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences, Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika profesion perguruan dari segi tanggungjawab guru kepada murid, rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan Negara dan ibu bapa murid.
Show more

6 Read more

Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih 4SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah

Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih 4SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah

Sebenarnya amalan pemakaian pakaian keselamatan bengkel sangat dititikberatkan dan menjadi satu kewajipan. Walaupun mereka mengetahui dengan kewajipan ini, salah satu peraturan bengkel tetapi mereka masih memandang ringan tentang aspek pemakaian. Sikap yang sebegini perlu dielakkan supaya tidak terbawa-bawa apabila mereka menjadi seorang guru bengkel kelak. Ini kerana pelajar- pelajar menjadi tanggungjawab mereka dan pelajar- pelajar berada dalam pengawasan mereka pada setiap masa semasa berada di bengkel nanti. Guru- guru mestilah menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar- pelajar. Oleh sebab itulah, guru- guru perlu menunjukkan contoh yang baik khususnya dalam pemakaian pakaian keselamatan di bengkel.
Show more

12 Read more

Kemahiran Guru Pelatih Empat SPH Dalam Pengajaran Amali Di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Kemahiran Guru Pelatih Empat SPH Dalam Pengajaran Amali Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Abstrak : Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 40 item. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 97 orang guru-guru pelatih 4SPH. Datadata yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences) Versi 11.5 For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk statistik kekerapan,peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih 4SPH mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Ini membawa maksud guru pelatih mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran amali. Bagi tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik mencadangkan kajian permasalahan yang dihadapi oleh bakal guru untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup di sekolah terutamanya yang melibatkan kerja amali di bengkel.
Show more

10 Read more

Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM

Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM

Kaedah pemerhatian turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dalam kajian ini, menerusi proses pemerhatian, maklumat dalam konteks yang lebih luas dapat diperoleh. Pemerhatian yang telah dijalankan merupakan pemerhatian yang tidak melibatkan diri dan ianya telah dilaksanakan berdasarkan jadual tinjauan guru pelatih semasa mengajar. Jadual tinjauan disediakan bagi memudahkan kerja semasa menjalankan proses pemerhatian. Di bahagian akhir jadual tinjauan, dapatan baru atau komen akan ditulis oleh penyelidik sendiri selepas menjalankan pemerhatian.

9 Read more

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM

Temubual dan pemerhatian dilakukan untuk melihat secara tepat dan secara langsung bagaimana cara guru-guru pelatih UTM memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

10 Read more

Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia Di UTM

Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia Di UTM

Pelajar ketandusan kemahiran disebabkan ramai di kalangan guru sains kerap menggunakan kaedah demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru sains kerap menggunakan kaedah ini kerana kekurangan peralatan dan radas semasa menjalankan amali sains (Muhammad Nor, 1996). Jesteru itu, kemahiran saintifik dan penerapan nilai murni tidak dapat diimplimentasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian terhadap guru sains di 145 buah sekolah di Sarawak mendapati hampir satu pertiga daripada mereka tidak memahami strategi inkuiri penemuan yang disyorkan oleh kurikulum Kimia KBSM (Johara dan rakan-rakan, 1996). Sebelum menjalankan aktiviti amali, guru seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental. Sehubungan dengan itu, guru perlu membuat persediaan sebelum sesuatu kerja amali dijalankan. Guru hendaklah mencuba eksperimen sebelum dilakukan oleh pelajar. Dengan ini, guru dapat mengenalpasti masalah yang mungkin akan timbul daripada eksperimen, cara penyelesaian masalah dan sebaliknya. Guru lebih yakin membimbing palajar semasa melakukan aktiviti amali (Aziz, 1991). Jika terdapat kekurangan alat radas dan radas tidak berfungsi, guru dapat mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah tersebut.
Show more

21 Read more

Instrumen kemahiran generik guru pelatih pendidikan jasmani dan kesihatan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Instrumen kemahiran generik guru pelatih pendidikan jasmani dan kesihatan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru akan menjadikan mereka guru yang berkualiti yang dapat memastikan agenda kerajaan ke arah menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar kini, pelatih guru termasuklah dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) seharusnya dapat memastikan mereka telah bersedia untuk menghadapinya. Guru PJK yang ingin dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Walau bagaimanapun, dalam sistem latihan guru di Malaysia tidak terdapat instrumen untuk mengukur kemahiran generik guru PJK. Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian untuk mengetahui keupayaan kemahiran generik guru pelatih PJK dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Kajian ini dijalankan kepada guru pelatih PJK di beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia. Domain-domain berkaitan kemahiran generik yang perlu ada pada guru PJK di reka bentuk dalam borang soal selidik yang kemudiannya akan dianalisis dengan menggunakan Kaedah Analisis Faktor. Dapatan dalam kajian ini diharap dapat digunakan oleh IPG Malaysia untuk dijadikan instrumen dalam memilih guru pelatih PJK. Pihak IPG juga diharap dapat menggunakannya sebagai input untuk memperbaiki pendekatan dalam menjadikan para bakal guru PJK mempunyai tahap kemahiran generik yang lebih tinggi seterusnya lebih bersedia dan berkeyakinan menghadapi dunia pendidikan.
Show more

9 Read more

Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM

Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, UTM

Melalui kajian yang telah dilakukan dan dapatan dari hasil kajian, didapati tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Ini dibuktikan apabila nilai min yang diperolehi melalui analisis yang dilakukan berada dalam kategori sederhana iaitu 4.06. Bagi dimensi yang kedua iaitu sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pada tahap kategori tinggi. Ini dibuktikan dengan nilai minnya iaitu 4.06. Dimensi yang berikutnya ialah masalah- masalah yang wujud terhadap penggunaan ICT. Dapatan kajian mendapati wujudnya beberapa masalah dalam penggunaan penggunaan ICT di kalangan guru-guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang sederhana. Ini dibuktikan dengan nilai minnya iaitu 2.65. Antara masalah yang wujud hasil kajian ini adalah:
Show more

9 Read more

Level of professionalisme among islamic education trainees in practical teaching

Level of professionalisme among islamic education trainees in practical teaching

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersirat mahupun tersurat iaitu adalah untuk melahirkan insan-insan yang maju serta cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Guru pendidikan Islam khasnya, peranan mereka juga sama dengan guru-guru lain berdasarkan falsafah pendidikan negara. Namun demikian, selain tanggungjawab di dalam menyampaikan ilmu pengetahuan yang dimiliki, mereka juga mempunyai tanggungjawab lain iaitu menerapkan nilai-nilai murni serta ilmu agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian pelajar. Aspek yang diterapkan membabitkan pembentukan akhlak yang mulia serta sahsiah para pelajar agar dapat melahirkan insan berilmu yang berperwatakan berlandaskan ajaran al- Quran dan sunnah.
Show more

194 Read more

Cabaran guru-guru pelatih tahun tiga sarjana muda teknologi serta pendidikan (kemahiran hidup) sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui

Cabaran guru-guru pelatih tahun tiga sarjana muda teknologi serta pendidikan (kemahiran hidup) sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui

Di sesetengah sekolah pula, kelas tambahan terpaksa diadakan. Jadi tidak hairanlah jika terdapat satu kes di mana guru pelatih tidak melakukan tugas yang seharusnya mereka lakukan kerana mereka terpaksa menggantikan guru yang tidak hadir selama tempoh latihan mengajar. Walaubagaimanapun guru pelatih tersebut dikehendaki membuat rancangan mengajar selengkapnya seperti yang diarah oleh pihak universiti mengikut jadual waktu yang diberikan. Guru pelatih hanya masuk mengajar adalah untuk diselia oleh pensyarah penyelia. Guru pembimbing berbuat demikian kerana tidak mahu perancangannya untuk kelas-kelas yang diajarnya terganggu jika kelasnya diambil alih oleh guru pelatih (Azwan, 1999).
Show more

9 Read more

Tinjauan Terhadap Tahap Penyeliaan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Tinjauan Terhadap Tahap Penyeliaan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Kajian ini hanya dapat mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dari aspek membuat perancangan pengajaran, kaedah mengajar dan profesionalisme. Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar tahun empat pengkhususan pendidikan sains yang telah menjalani latihan mengajar pada sesi 2007/2008. Item-item yang digunakan hanya dapat mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam membuat perancangan pengajaran, kaedah pengajaran dan profesionalisme. Data yang diperolehi hanya berasaskan tindakbalas responden-responden terhadap soal selidik yang diedarkan. Keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan pengalaman responden semasa latihan mengajar.
Show more

6 Read more

Kesediaan guru pelatih KUiTTHO memantau keselamatan pelajar dalam proses pengajaran di bengkel kejuruteraan pembuatan politeknik Malaysia

Kesediaan guru pelatih KUiTTHO memantau keselamatan pelajar dalam proses pengajaran di bengkel kejuruteraan pembuatan politeknik Malaysia

Kehadiran guru-guru pelatih di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan di Politeknik Malaysia bagi membimbing pelajar dalam melakukan kerja bengkel dalam kursus Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan m[r]

24 Read more

Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah

Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah

Berdasarkan analisa data berkenaan persoalan kajian ketiga secara keseluruhannya didapati bahawa min purata keseluruhan berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa secara majoritinya guru pelatih bersedia untuk mengajar dari aspek sikap. Guru pelatih menyokong tinggi kesediaan pada item mematuhi kod etika pakaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pada item mematuhi kod etika sekolah serta pada item yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Namun begitu, guru pelatih masih kurang bersedia dalam aspek sikap yang ditunjukkan pada item untuk mengelakkan diri dari melanggar undang-undang serta mencemarkan profesion perguruan. Daripada persoalan kajian ketiga ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru pelatih untuk mengajar ke sekolah menengah dari aspek pengetahuan bidang adalah paling tinggi.
Show more

8 Read more

Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar

Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar

Oleh hal demikian, usaha dalam mengintegrasi teori dan amali, guru pelatih akan didedahkan kepada banyak pilhan tentang teknik dan strategi yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan itu, guru haruslah bijak dan berfikir kehadapan untuk memastikan pengajaran mereka bermakna kepada pelajar. Dalam menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, guru haruslah merenung kembali proses pengajaran mereka. Proses merenung, menilai pengajaran guru merupakan proses refleksi. Refleksi ditakrifkan sebagai pemikiran mengenai pengajaran. Ianya merangkumi pemikiran guru sebelum, semasa dan selepas iaitu pengajaran guru semasa mengajar. Ramai pendidik bersetuju bahawa amalan refleksi merupakan matlamat yang diperlukan dalam program pendidikan guru (Kennedy, 1989; Loughran, 1995, Richardson, 1990; Ross, 1989, Wildman, et al., 1990; dalam Allen & Casbergue, 1997). Donald Schön (1983, 1987) mengatakan, amalan reflektif merupakan inti pati “perbualan reflektif” yang melibatkan pengajar, pelajar, keluarga dan juga guru lain. Jesteru itu, timbulnya kesedaran tentang kepentingan amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan refleksi dapat diterapkan dalam penulisan reflektif.
Show more

8 Read more

Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan guru pelatih fakulti pendidikan UTM

Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan guru pelatih fakulti pendidikan UTM

matlamat dan objektif pendidikan. Ini sejajar dengan kenyataan bahawa pengajaran yang berkesan merupakan teras kepada pembentukan modal insan. Justeru, proses penguasaan kemahiran insaniah perlu dilaksanakan seawal mungkin termasuklah semasa mengikuti program perguruan. Kemahiran insaniah menjadi elemen yang penting dalam melahirkan bakal-bakal guru yang kompeten. Keputusan akademik yang cemerlang tidak memadai untuk menjadi guru yang kompeten, maka seharusnya bakal-bakal guru ini menguasai dengan baik kesemua elemen dalam kemahiran insaniah ini (Mohd Fariiqul Amin, 2009). Ketika menjalani program latihan mengajar, guru-guru pelatih bukan hanya mengajar dalam bilik darjah, sebaliknya mereka turut didedahkan dengan kemahiran-kemahiran lain yang dapat diperolehi di luar bilik darjah. Kemahiran yang dinamakan Kemahiran Insaniah ini penting agar guru pelatih dapat menyesuaikan diri dengan pantas dan dapat berhadapan dengan cabaran di tempat kerja (Khoo Vee Lynn, 2008). Peluang mereka dalam meningkatkan kemahiran insaniah ini adalah terbuka luas dan seharusnya dimanfaat oleh mereka dalam membina keperibadian diri yang unggul. Kemahiran insaniah yang mencakupi elemen kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, kebolehadaptasian, pembelajaran sepanjang hayat, kepuasan kendiri serta etika dan moral merupakan elemen-elemen yang mustahak (Rozanis, 2006). Oleh itu, adalah wajar jika kajian dilakukan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah guru-guru pelatih ini.
Show more

10 Read more

Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM Berkhidmat Di Sabah Dan Sarawak

Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM Berkhidmat Di Sabah Dan Sarawak

Setelah berada di tahun akhir iaitu semasa semester dua tahun empat kesemua pelajar pendidikan dikehendaki untuk mengisi borang penempatan. Mengikut prosedur mengisi borang penempatan guru pelatih perlu mengisi dua tempat pilihan mengajar mengikut kehendak masing-masing, tetapi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan menentukan lokasi penempatan bagi guru-guru pelatih tersebut. Disinilah perlu melihat tahap kesedian guru pelatih jika mereka diarahkan untuk mengajar di Sabah dan Sarawak. Persediaan seorang guru bermula apabila ia mengikuti program pendidikan perguruan lagi, dimana ia meliputi segala aspek sikap dan minat, pengetahuan bidang, kemahiran mengajar serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan masalah yang tidak dijangkakan. Tahap kesediaan ini perlu di nilai dari masa ke semasa untuk menjamin kualiti sistem pendidikan negara. Dari segi akademiknya bakal guru perlu mendapat pendedahan yang mencukupi dengan menguasai isi pelajaran yang akan diajarnya.
Show more

10 Read more

Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman

Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Kajian merangkumi sikap dan minat, kemahiran mengajar, masalah yang dijangkakan berlaku dan juga perbandingan kesediaan antara lelaki dan perempuan. Kajian ini melibatkan 62 orang responden tahun akhir yang terdiri daripada 28 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)-(SPM) dan 34 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)-(SPT). Responden kajian ini terdiri daripada 55 orang perempuan dan 7 orang lelaki. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A (5 item latarbelakang responden), bahagian B dan C (33 item objektif) dan bahagian D (satu soalan terbuka). Datadata kuantitatif bahagian A, B dan C yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 for Windows untuk mendapatkan bentuk peratusan, kekerapan dan min. Data kualitatif bagi item bahagian D dikategorikan mengikut tema dan dikuantitikan dalam bentuk kekerapan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen adalah 0.96. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan sikap dan minat, dan kemahiran mengajar guru pelatih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan perbandingan antara faktor jantina, guru pelatih lelaki lebih bersedia daripada kedua-dua aspek berbanding guru pelatih perempuan. Dapatan kajian juga mendapati beberapa masalah yang dijangkakan berlaku oleh guru pelatih. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih masih berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan kajian turut dibincangkan.
Show more

9 Read more

Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris dari perspektif guru pelatih sains

Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris dari perspektif guru pelatih sains

Terdapat sebanyak dua puluh tujuh pandangan yang diberikan oleh bakal guru sains (17 peratus) dalam usaha mereka untuk memotivasikan pelajar mempelajari sains dalam Bahasa Inggeris.. Ant[r]

15 Read more

Bab 4 : Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM

Bab 4 : Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM

Jadual 1 menunjukkan tahap kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM. Hasil daripada kajian yang diperolehi, didapati kemahiran saintifik dilaksanakan pada tahap yang tinggi dengan nilai min iaitu 3.87. Manakala tahap pelaksanaan nilai murni dan kemahiran berfikir pula berada pada tahap yang sederhana denagn nilai min 3.63 dan 3.55.

7 Read more

Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan budaya kerja sekolah

Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan budaya kerja sekolah

Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat awal kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keterampilan sosial guru pelatih di IPG. Maklumat ini boleh digunakan untuk mengambilkira skor keterampilan sosial dalam pengambilan calon-calon guru pelatih pada masa hadapan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dalam melatih semula guru yang sedia ada. Dapatan kajian ini juga dapat digunakan dalam merangka dan merancang kurikulum yang boleh meningkatkan keterampilan sosial guru pelatih di IPG. Penyelidik juga berharap agar langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam melahirkan lebih ramai lagi bakal guru yang berwibawa serta berdedikasi tinggi.
Show more

16 Read more

Show all 1182 documents...