guru penolong kanan

Top PDF guru penolong kanan:

Mengenalpasti keperluan latihan bagi pengetua dan guru-guru penolong kanan 1 di sekolahsekolah menengah zon Pasir Gudang berdasarkan analisis tugas

Mengenalpasti keperluan latihan bagi pengetua dan guru-guru penolong kanan 1 di sekolahsekolah menengah zon Pasir Gudang berdasarkan analisis tugas

Terdapat beberapa batasan semasa menjalankan kajian ini yang mana penulis mengkaji dalam jangka masa tiga bulan untuk membuat penyelidikan dan tidak dilakukan dalam jangka masa yang panjang. Oleh kerana itu hasil kajian pengkaji berdasarkan keperluan latihan semasa kajian ini dijalankan sahaja. Data yang dikumpul oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pengetua dan guru penolong kanan 1 serta dikukuhkan lagi dengan pemerhatian pengkaji semasa sesi soal jawab dengan beberapa orang pengetua dan guru penolong kanan 1 sekolah-sekolah menengah di Zon Pasir Gudang.
Show more

36 Read more

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Keperluan pengkhususan latihan dan pengalaman kerja berkaitan dengan Pendidikan Khas dilihat sebagai suatu perkara yang penting untuk menjalankan tugas hakiki sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. Burke dan Steensma (1998) mendapati terdapatnya hubungkait di antara pengalaman kerja individu dengan prestasi organisasi. Dari kajian ini dapat dirumuskan bahawa tempoh pengalaman bekerja seseorang individu akan mempengaruhi cara individu tersebut bekerja dan seterusnya akan memberikan kesan kepada prestasi organisasi. Hambrick dan Mason (1984) dalam Teori "Upper Echelons" menyatakan kesan pengalaman kerja terhadap prestasi organisasi turut mengukuhkan hubungkait di antara pengalaman kerja individu dengan prestasi sesebuah organisasi. Hakikat untuk menjadi penolong pentadbir yang berkesan dan cemerlang di sekolah memerlukan banyak pengalaman yang berkaitan hal ehwal pentadbiran. Tanpa pengalaman di dalam hal ehwal pentadbiran sekolah, seseorang yang memangku jawatan sebagai Guru Penolong Kanan tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan cekap dan sempurna bagi mencapai sasaran, matlamat dan objektif sesebuah sekolah.
Show more

30 Read more

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Penyelidik menggunakan soal selidik yang diambil dari kajian Zulkafli (2000). Beliau telah menggunakan soal selidik “Principal Instructional Management Rating Scale” (PIMRS) yang direkabentuk oleh Hallinger dan Murphy (1987) yang mana alat ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya, malah telah banyak diguna pakai oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Bahagian A merupakan pernyataan yang ditumpukan kepada latar belakang responden. Bahagian B pula difokuskan kepada tiga dimensi yang mengandungi sepuluh subskala fungsi kepimpinan pengajaran GPK 1. Bahagian ini mengukur kekerapan GPK 1 melakukan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran mengikut persepsi guru-guru penolong kanan dan guru-guru biasa.
Show more

9 Read more

Hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Kulai.

Hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Kulai.

Walaupun hasil dapatan menunjukkan aspek kewangan mencapai tahap stress sederhana, namun aspek ini mempunyai min yang paling tinggi antara ketiga-tiga aspek yang dikaji. Ini menunjukkan guru penolong kanan yang bertugas di Kulai, Johor mempunyai tekanan yang lebih dalam aspek kewangan kerana Kulai adalah daerah yang terletak di pinggir bandar. Ia juga adalah daerah yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi kerana kedudukannya berhampiran dengan Johor Bahru dan Singapura. Guru-guru penolong kanan ini perlu jimat cermat dalam segala perbelanjaan (item 24), perbelanjaan sekeluarga yang tinggi (item 20) menyebabkan mereka hanya dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diterima (item 19). Mereka juga berpendapat bahawa gaji yang diterima tidak setimpal dengan kerja mereka (item 23). Ada yang menyatakan bahawa pendapatan mereka tidak mencukupi untuk perbelanjaan seisi keluarga (item 17). Walau bagaimanapun, 57.1% menyatakan mereka tidak perlu bekerja sambilan untuk menambah jumlah pendapatan. Ini kemungkinan disebabkan mereka tidak mempunyai masa yang berlebihan untuk bekerja sambilan. Tambahan pula, guru-guru tidak digalakkan bekerja sambilan melainkan mendapat kelulusan daripada pihak atasan.
Show more

9 Read more

Guru Besar sebagai ‘role model’ pemimpin kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Pentadiran) dalam memimpin sekolah

Guru Besar sebagai ‘role model’ pemimpin kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Pentadiran) dalam memimpin sekolah

Selain melaksanakan tugas hakiki dalam pentadbiran sekolah, GPK Pentadbiran juga menjadi ahli lembaga tatatertib kakitangan dan murid sekolah, menyediakan perangkaan dan Penyata Sekolah, mengumpulkan semua maklumat (Sijil Sakit, Borang Cuti dan lain-lain) ketidakhadiran guru dan kakitangan bukan guru dan merekodkan ke dalam fail. Beliau juga bertugas menyemak kedatangan guru dan kakitangan bukan guru dan melaporkannya kepada Guru Besar. Namun, konflik yang ketara hari ini ialah tiada satu garis panduan dan pemisah yang jelas tentang bidang tugas GPK Akademik, GPK HEM dan GPK Kokurikulum. Mereka menjalankan tugas berpandukan kesan bawa daripada mereka yang menjawat jawatan sebelumnya. Dalam keadaan begini tidak hairanlah kalau timbul konflik sesama mereka dan saling kurang bekerjasama (Ahmad Jawahir, 2005).
Show more

44 Read more

Pengaplikasian i-Think untuk bakal guru (pre-service) dan guru (in-service)

Pengaplikasian i-Think untuk bakal guru (pre-service) dan guru (in-service)

I-Think adalah program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan seterusnya melahirkan generasi yang mampu berinovasi. Dalam program ini, lapan peta pemikiran diperkenalkan yang mana setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Ketika ini, ia diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Untuk memastikan kesinambungan pengaplikasian peta-peta pemikiran tersebut dalam pembelajaran dan pengajaran ke peringkat universiti, kami telah mengintegrasikan peta-peta tersebut dalam beberapa kursus pra-siswazah dan pasca siswazah yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berikutan program I- Think ini mula diperkenalkan pada tahun 2013, maka peta pemikiran ini baru diaplikasikan di semester II, sesi 2013/2014. Usaha ini dilihat relevan kerana pelajar di Fakulti Pendidikan merupakan bakal guru dan guru yang sedang berkhidmat di sekolah. Untuk pelajar pra-siswazah, peta pemikiran ini telah diaplikasikan untuk kursus SPN 4342 (Pendidikan Matematik) yang mana ianya diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, serta tugasan yang diberikan. Selain itu, terdapat juga pelajar pra-siswazah yang menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) untuk menghasilkan produk yang mengaplikasikan peta pemikiran dalam bentuk animasi untuk pelajar lemah. Untuk pelajar pasca-siswazah, mereka menggunakan peta pemikiran untuk subjek MPU1034 (Statistics Application in Educational Research) dan MPU 1053 (Testing and Evaluation in Science and Mathematics Education). Pengaplikasian peta pemikiran ini diharapkan dapat membantu seseorang bakal graduan membina komitmen mental secara proaktif dan fizikal yang aktif yang menjadi aset utama untuk menaikkan kredibiliti graduan.
Show more

14 Read more

Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Bachok

Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Bachok

Kaedah demonstrasi adalah kaedah yang memerlukan kemahiran guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Guru-guru PASTI boleh dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi kerana majoriti responden bersetuju dengan kaedah ini. Seramai 34 orang responden berpendapat kaedah ini memudahkan mereka untuk menyampaikan isi pelajaran. Mereka juga yakin bahawa murid dapat solat dengan sempurna apabila mengajar dengan kaedah demonstrasi (tunjukcara). Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian yang dilakukan oleh Fadizah Salih (2002: 80) iaitu daripada hasil kajian yang penulis lakukan, beliau mendapati bahawa kaedah demonstrasi (tunjukcara) ini dapat membina kemahiran pelajar yang utuh dan cepat dalam sesuatu perkara. Kemahiran yang dibina adalah berdasarkan keadaan sekeliling semasa pembesarannya dan akan mengikut apa sahaja yang dilihatnya tanpa mengira baik atau buruk akan sesuatu. Menurut Lester D.Crow diterjemah oleh Habibah bt Elias (1983:133) kanak-kanak adalah peka kepada sikap orang lain terutamanya yang lebih tua darinya.
Show more

10 Read more

Kemantapan penghayatan guru terhadap falsafah pendidikan kebangsaan asas membangunkan guru cemerlang

Kemantapan penghayatan guru terhadap falsafah pendidikan kebangsaan asas membangunkan guru cemerlang

ABSTRAK : Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaik mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Namun, kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik di mana ilmu yang disampaikan itu tidak dapat diberi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang guru itu kerana hasil pelajar yang dididik adalah penentu aras kepada prestasi kerja seseorang guru itu. Ini kerana apabila anak didiknya itu tidak terdidik secara menyeluruh, maka ilmu yang disampaikan itu gagal diterima oleh pelajarnya menyebabkan pelajar tersebut tidak seimbang diantara akademik, emosi, fizikal serta moralnya dan gagal mematuhi kehendak FPK. Oleh disebabkan demikian, guru-guru yang kurang memahami FPK haruslah diberi perhatian. Pelbagai tindakan boleh diambil seperti mengadakan kursus serta penyeliaan berkala
Show more

8 Read more

Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada guru-guru khususnya guru RBT yang bakal dihantar mengajar ke sekolah-sekolah bagi satu persediaan supaya mereka lebih berkompetensi dalam bidang pendidikan. Semua maklumat yang diperolehi daripada kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri agar dapat memantapkan kemahiran yang ada pada setiap guru RBT. Selain itu, kajian dilakukan sebagai satu pendekatan untuk mendedahkan setiap bakal guru tentang kepentingan memahami indikator-indikator dalam SGM. Hal ini kerana, SGM menerangkan tentang garis panduan keperluan seorang guru dalam program persedian. Indikator yang terdapat dalam SGM ialah amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Semua indikator ini merupakan perkara asas yang perlu diambilkira oleh seorang bakal guru dan juga guru sedia ada supaya mereka dapat memperbaiki kemahiran yang diperlukan dalam mendidik pelajar yang mengambil subjek RBT.
Show more

45 Read more

Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah
Rendah Di Daerah Hulu Terengganu

Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu

Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berasaskan soal selidik. Soal selidik yang digunakan disediakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden mengenai perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Pembolehubah bersandar ialah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Empat gaya kepimpinan guru besar dikaji berdasarkan Teori Laluan Matlamat oleh House (1971) digunakan, iaitu gaya kepimpinan mengarah, gaya kepimpinan menyokong, gaya kepimpinan partisipatif dan gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan. Manakala pembolehubah bebas yang digunakan dalam kajian ini ialah faktor demografi guru seperti jantina, umur, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jawatan yang disandang.
Show more

6 Read more

Amalan pengurusan Guru Besar dan motivasi kerja guru di sekolah rendah

Amalan pengurusan Guru Besar dan motivasi kerja guru di sekolah rendah

Menurut Abas Awang dan Balasundran A. Ramaiah (2002), guru besar bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Namun begitu, McNulty (2005) menegaskan bahawa tugas guru besar di sekolah tidak terhad hanya kepada tugas rutin pentadbiran dan pengurusan sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan di bawah tadbirannya terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat yang lebih komited dan efektif. Mengenai motivasi dalam kerja pula, pentadbir- pentadbir yang mempunyai pengetahuan mengenai tingkah laku manusia akan memperolehi kelebihan dalam menghadapi cabaran dan masalah dalam dekad sembilan puluhan (Hoy dan Miskel, 1991).
Show more

42 Read more

Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan budaya kerja sekolah

Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan budaya kerja sekolah

Keterampilan sosial mengikut Goleman mempunyai dua elemen iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Guru dengan keterampilan sosial berkemahiran dan berkebolehan dalam menguruskan perasaan terhadap diri dan masyarakat. Kesediaan keterampilan sosial yang tinggi membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan intrapersonal. Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat kefahaman guru pelatih terhadap intrapersonal keterampilan sosial iaitu kemahiran sosial dan kesedaran sosial. Kajian ini juga adalah untuk melihat kefahaman pensyarah mengenai penerapan kemahiran sosial dan kesedaran sosial kepada guru pelatih dan kekangannya. Selain itu kajian ini juga adalah untuk melihat kemahiran sosial dan kesedaran sosial yang diperlukan oleh guru besar daripada guru permulaan keluaran IPG. Sampel kajian akan diambil daripada 260 orang guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru yang sedang mengikuti opsyen Reka Bentuk dan Teknologi. Penyelidik akan menggunakan Teori Kecerdasan Emosi yang terdiri dari dua aspek iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Instrumen kajian yang akan digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu: a) maklumat peribadi dan; b) aspek kecerdasan emosi. Data dikumpulkan melalui soal selidik skala 5 Likert. Data mentah yang diperolehi akan dianalisis dengan perisisan SPSS untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, ujian t dan ANOVA.
Show more

16 Read more

Gaya komunikasi guru besar dan komitmen guru-guru di tiga (3) buah sekolah daerah Kota Bharu Kelantan

Gaya komunikasi guru besar dan komitmen guru-guru di tiga (3) buah sekolah daerah Kota Bharu Kelantan

Sekolah ialah satu organisasi sosial yang meliputi satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas secara berstruktur untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Perubahan dunia global menjanjikan pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan yang mencabar para pendidik Perkembangan yang pesat ini menyebabkan peranan Guru Besar menjadi bertambah sukar dan kompleks, sedangkan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan Guru Besar. Sekolah memerlukan pengurusan yang benar-benar mantap dan berkesan ke arah merealisasi matlamat, objektif, visi dan misinya. Di sini Guru Besar dilihat sebagai tunggak kepimpinan yang bertanggungjawab menerajui pengurusan dan hala tuju sekolah Pemikiran seseorang Guru Besar begitu mempengaruhi keputusan dan tindakan yang diambil dalam melayar serta mengemudi bahtera institusi sosial tersebut. Keberkesanan kepimpinan Guru Besar mempengaruhi guru-guru di sekolah banyak bergantung kepada kecemerlangan guru kerana guru cemerlang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan guru- guru biasa. Peranan Guru Besar sebagai pengurus sekolah tidak boleh diperkecilkan . Menurut Deal dan Baldrige (1975), Guru Besar adalah orang yang paling penting di dalam system sekolah. Merekalah yang akan mencorak institusi pendidikan paling asas dan paling penting. Jones (1998), mengatakan terdapat empat tugas paling utama bagi seorang guru besar iaitu memimpin, mengurus, menjalinkan hubungan luar dan menjalinkan hubungan manusia. Aspek yang diberikan penekanan ialah hubungan manusia. Guru Besar perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan yang cekap kerana dalam melaksanakan tugas, Guru Besar sentiasa berhadapan dengan manusia.
Show more

9 Read more

Standard Guru Malaysia Dalam Program Persediaan Guru Reka Bentuk Dan Teknologi

Standard Guru Malaysia Dalam Program Persediaan Guru Reka Bentuk Dan Teknologi

Analisis skor min dalam dapatan kajian menunjukkan skor tertinggi adalah pada item yang menerangkan tentang kemahiran komunikasi dengan murid semasa PdP. Dapatan kajian ini selari dengan kajian daripada Johan dan Elias (2013) yang menyatakan bahawa sekolah merupakan tempat yang paling banyak berlakunya proses komunikasi terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Komunikasi dalam PdP berlaku apabila guru berinteraksi dengan murid, memeberi penjelasan, menyoal, meneguh, menegur, mengarah, menghampiri dan mengenakan amaran. Kelemahan komunikasi antara guru dan murid boleh menyebabkan objektif PdP yang dirancang akan gagal dan memberi kesan yang negatif terhadap tingkah laku pelajar. Guru perlu bijak dalam menyusun strategi agar proses berkomunikasi antara guru dan murid berlaku secara harmonis, saling membantu, hormat-menghormati dan tidak meninggalkan sebarang konflik.
Show more

15 Read more

Kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik
Sub Tema: Pendidikan Guru (Pembangunan Profesionalisme Guru)

Kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik Sub Tema: Pendidikan Guru (Pembangunan Profesionalisme Guru)

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025), konsep latihan dalam perkhidmatan ialah suatu proses penambahbaikan dalam pengetahuan yang dimiliki, kemahiran dan kompetensi guru-guru sebagai kunci proses penambahbaikan sekolah. Malah ia menggariskan hanya guru-guru yang berkualiti tinggi dan berpencapaian tinggi dalam peperiksaan awam akan mengisi sistem pendidikan negara kita. Maka kerajaan mempromosikan pembangunan profesionalisme secara berterusan (CPD) bagi guru-guru yang sedia ada sebagai satu langkah menambahkan kualiti dan kelayakan mereka. Ia adalah sebagai salah satu usaha bagi mencapai anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 (KPM,2012 a)
Show more

5 Read more

Analisis Kompetensi Profesional Guru

Analisis Kompetensi Profesional Guru

Meskipun banyak para ahli dan hasil penelitian yang menyimpulkan bahwa begitu pentingnya kemampuan guru atau kompetensi yang harus dikuasai guru dalam upaya meningkatkan proses belajar mengajar, namun kenyataan di lapangan masih banyak kita jumpai guru yang kurang kompeten dalam melaksanakan tugasnya. Misalnya di SMA Negeri 2 Gorontalo, ada beberapa guru yang mengajar mata pelajaran yang tidak sesuai dengan jurusan pendidikannya dan belum menguasai teknologi informasi dan komunikasi.Sebagai unsur pokok dalam lembaga pendidikan, guru sebagai pengajar diharapkan memiliki kompetensi sesuai dengan bidang ajarnya. Hal ini setidaknya berimplikasi pada kemudahan dalam mentransfer pengetahuan kepada peserta didik. Untuk mendukung kedudukan seorang guru sebagai tenaga profesional, maka guru harus memiliki dan menguasai standar kompetensi profesional guru. (Atmuji dan Suking, 2015:6) mengemukakan bahwa “kompetensi profesional guru adalah kemampuan, keterampilan, dan perilaku yang harus dimiliki, dihayati dan dikuasai oleh seorang guru yang berhubungan dalam menjalankan tugas keguruan sebagai pengajar yang memerlukan keahlian, kemahiran, atau kecakapan yang memenuhi standar mutu tertentu. (Haryanti, 2010: 33) juga mengemukakan bahwa “kompetensi profesional guru adalah kemampuan keterampilan personal, keilmuan, teknologi, sosial, dan spiritual yang secara kaffah membentuk kompetensi standar profesi guru untuk melaksanakan fungsi dan tugasnya secara maksimal karena memiliki pengalaman yang kaya dibidangnya yang ditandai oleh kompetensi yang menjadi syarat. Sebagai pendidik profesional, maka guru wajib memiliki kompetensi.
Show more

9 Read more

GURU NANAK’S CONCEPT OF GOD

GURU NANAK’S CONCEPT OF GOD

Guru Nanak came in the line of great saints who emphasized that personal experience of the Divine is the core of true religion; denouncing all kinds of hollow rituals and religious practices. He was the man who gathered the teachings of the Bhaktas into one comprehensive system and by putting his precepts into practice set an example. He cleared the minds of men of the cobwebs of caste distinctions, superstitious and bigotry. Also he vigorously protested against the inhuman practice of untouchability and tried to root it out.

16 Read more

Tahap kesedaran teknologi hijau dalam kalangan guru guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara

Tahap kesedaran teknologi hijau dalam kalangan guru guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara

Melalui pendidikan penerapan sikap prihatin terhadap alam sekitar dapat dilakukan dengan berkesan dan ia sejajar dengan dapatan kajian mengenai “Keberkesanan Kurikulum Kejuruteraan Awam [r]

46 Read more

Analisa komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih

Analisa komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih

Oleh kerana melalui analisis yang dijalankan ini menunjukkan guru pelatih lebih cenderung memilih penggunaan komunikasi sehala berbanding komunikasi dua hala dalam persediaan mengajar ma[r]

11 Read more

Amalan syura dalam kepimpinan guru besar dan hubungannya terhadap komitmen kerja guru

Amalan syura dalam kepimpinan guru besar dan hubungannya terhadap komitmen kerja guru

Kajian berkaitan pelaksanaan amalan syura (mesyuarat) dalam kepimpinan guru besar kurang dijalankan sama ada di dalam negara atau di luar negara sedangkan ianya amat bermanfaat kepada organisasi dalam menyempurnakan tanggungjawab terutamanya di dalam bidang pendidikan. Kajian Md. Mohiden (2013), Mohd Shahrul (2013), dan Ahmad Sufian (2006) meninjau bagaimana pengamalan prinsip kepimpinan Rasulullah SAW yang bersifat siddiq, amanah, tabligh, dan fathonah dalam kalangan guru besar bagi mendepani kepimpinan yang syumul dan mampu memandu guru mencapai visi dan misi sekolah berasaskan kepimpinan Islam. Sementara kajian Ahmad Marzuki (2013), mengemukakan amalan kepimpinan Islam iaitu mendasari elemen prinsip akidah tauhid, keadilan, syura, ihsan, pembentukan insan, amal jamaie, serta merujuk kepada syariat terhadap atribut Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang menjadi tunggak utama membentuk keperibadian terhadap para pendidik dan pelajar dengan pembinaan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif dan mapan. Manakala kajian Shahmila (2013) pula menganalisis amalan kepimpinan Islam menurut Imam al-Ghazali berasaskan elemen prinsip kesederhanaan, sedia berkhidmat dan amalan syura selain memfokuskan hubungan yang akrab antara kepimpinan dengan pengikutnya bagi menambah nilai modal insan dalam aspek pendidikan di sekolah. Justeru itu, kajian mendalam tentang kepimpinan berasaskan amalan syura perlu dilakukan dengan lebih fokus dan khusus supaya dapat dimanfaatkan oleh guru besar dalam menghasilkan kepimpinan kompeten serta mewujudkan warga organisasi sekolah yang progresif.
Show more

64 Read more

Show all 620 documents...