jabatan pelajaran Negeri Johor (JPNJOH)

Top PDF jabatan pelajaran Negeri Johor (JPNJOH):

Penggunaan sistem perancangan dan kawalan belanjawan elektronik (eSPKB) dalam pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran negeri Johor

Penggunaan sistem perancangan dan kawalan belanjawan elektronik (eSPKB) dalam pengurusan kewangan di Jabatan Pelajaran negeri Johor

Semakin banyak program atau projek yang dilaksanakan adalah impak dari banyaknya peruntukan kewangan yang disalurkan. Keadaan ini menyebabkan bidang pengurusan kewangan juga semakin rumit. Sebagai sebuah organisasi induk yang melaksanakan pengurusan kewangan untuk semua sekolah-sekolah di Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) perlu memastikan organisasinya memiliki kecekapan dalam mentadbir sumber di bawah kawalannya terutamanya sumber kewangan.

30 Read more

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor

jumlahnya di antara sekolah kebangsaan dengan SJKC dan SJKT kerana kebanyakan sekolah SJKC dan SJKT merupakan sekolah bantuan modal dan terletak di luar kawasan bandar. Sama juga dalam keadaan dalam pembekalan jumlah alatan tangan yang diterima oleh sekolah-sekolah ini. Sekolah-sekolah ini bergantung pada bilangan murid di tahap kedua iaitu tahun empat hingga tahun enam di sekolah tersebut (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2009). Kerajaan telah memperuntukkan RM45.00 bagi setiap murid untuk menjalankan PdP mata pelajaran KH di setiap sekolah (JPNJ, 2009). Peruntukan sebanyak RM45.00 pula tidak mencukupi untuk membeli peralatan tangan bagi menjalankan aktiviti PdP dengan sempurna ini adalah kerana kebanyakan bahan alatan tangan tidak berkualiti. Komputer yang diterima juga tidak mencukupi untuk menjalankan PdP dan tidak mencukupi untuk diselenggara dengan sempurna apabila sampai tempoh masanya KPPK (2010). Sementara itu, alatan tangan yang diterima atau yang telah di bekalkan oleh pihak pembekal yang diarahkan oleh KPM dan yang dibeli oleh pihak sekolah juga tidak diselenggara kerana tempoh penyelenggaran yang ditawarkan kepada pihak kontraktor atau pembekal adalah terlalu singkat iaitu hanya tiga tahun sahaja. Maka kurangnya penyelenggaraan berlaku di sekolah, maka ini yang menyebabkan penggunaannya terhad dalam PdP.
Show more

37 Read more

Amalan penggunaan bahan bantu mengajar guru Pendidikan Islam Menengah Rendah Negeri Johor

Amalan penggunaan bahan bantu mengajar guru Pendidikan Islam Menengah Rendah Negeri Johor

Penggunaan BBM TMK dalam kalangan guru yang berkembang maju amat berkait rapat dengan usaha yang dilakukan oleh pihak KPM. Usaha yang dilakukan oleh KPM antaranya dengan memberikan Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) kepada semua guru sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Tempoh latihan yang diperuntukkan kepada guru adalah selama sepuluh hari bersamaan 60 jam. Kandungan latihan, kursus, dan bengkel yang dianjurkan oleh KPM lebih memfokuskan kepada keperluan akademik antaranya yang berkaitan dengan penggunaan BBM. Usaha-usaha yang dilakukan ini disambut baik oleh semua pihak termasuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), pihak sekolah dan guru termasuk juga guru Pendidikan Islam bagi memastikan kemahiran mereka dapat dipertingkatkan. Sebahagian daripada kemahiran ini ialah kemahiran penggunaan BBM TMK (KPM, 2012). Kesan daripada latihan yang diperuntukkan kepada GPI, pelaksanaan penggunaan BBM dalam kalangan GPI semakin meluas. Namun pelaksanaan penggunaan BBM menghadapi pelbagai halangan seperti yang dinyatakan oleh Mohd Isa et al. (2009), antaranya ialah kekurangan latihan dan kursus penggunaan BBM TMK.
Show more

87 Read more

Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan

Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor: Satu Tinjauan

Item 11, “Saya akan memakai pelindung mata apabila menggunakan mesin penebuk”. Item ini menunjukkan peratus pelajar bersetuju tinggi iaitu 82 %. Ini menunjukkan sebilangan besar pelajar bersetuju akan memakai pelindung mata apabila menggunakan mesin penebuk. Sikap positif yang ditunjukkan oleh responden menunjukkan mereka amat peka terhadap keselamatan diri. Pelajar mengetahui bahawa dengan memakai pelindung mata dapat mengelakkan mata daripada dimasuki oleh habuk-habuk besi semasa kerja-kerja menebuk besi dijalankan. Pelajar perlulah peka terhadap penggunaan pelindung mata dan faham akan bahaya semasa mengendalikan mesin dan sentiasa bersikap akur dalam menjalankan tugas supaya kemalangan dapat dihindarkan. Kenyataan ini bertepatan dengan Akta Jabatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerja (1967) Seksyen 24, prestasi berkait rapat kerja dan alat keselamatan diri, antara peraturan yang ditetapkan dalam akta ini ketika melakukan kerja-kerja amali ialah penggunaan topi keselamatan, pelindung mata serta ketangkapan keselamatan yang lain.
Show more

12 Read more

Isolasi (pengasingan diri) dalam kalangan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Johor

Isolasi (pengasingan diri) dalam kalangan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Johor

Berjaya atau gagalnya sesuatu objektif dan matlamat sekolah bergantung kepada sejauh mana kepimpinan sekolah dan guru-guru memainkan peranan masing-masing. Dalam hal ini kesihatan fizikal, kestabilan emosi dan kematangan seorang pemimpin menjadi semakin penting dalam usaha seorang pengetua memenangi hati pengikutnya bagi memacu organisasi mencapai matlamat yang diharapkan. Namun, dalam keadaan tertentu kestabilan emosi terganggu kerana permintaan-permintaan tinggi dari pengurusan atasan, masyarakat, ibubapa mahupun orang bawahan yang sukar untuk berubah. Keadaan ini jika dibiarkan boleh memberi tekanan terhadap pemimpin sekolah. Tanpa bantuan dan sokongan daripada guru-guru, pengurusan pertengahan mahupun pemimpin atasan di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri, pengetua akan mengalami kesukaran sehingga menyebabkan berlakunya masalah isolasi (pengasingan diri).
Show more

43 Read more

Amalan pengajaran efektif dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Johor

Amalan pengajaran efektif dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Johor

Dalam kajian ini, elemen prestasi sekolah yang berasaskan skor komposit turut dikaji untuk mengesan pengaruh pembolehubah ini pada amalan guru dalam pengajaran efektif. Jika guru di sekolah prestasi rendah bukanlah tidak efektif seperti yang diandaikan, maka guru dan warga sekolah dapat mengesan halangan-halangan yang membantut peningkatan prestasi sekolah tersebut dan seterusnya dapat membawa sekolah tersebut ke landasan yang menuju kejayaan. Pengalaman mengajar dan kehadiran kursus dikaji kerana merupakan elemen yang berkait rapat dengan amalan pengajaran efektif guru. Aspek pengalaman mengajar dipilih kerana jika guru yang lebih berpengalaman mempunyai amalan pengajaran efektif yang lebih tinggi berbanding guru yang kurang berpengalaman atau sebaliknya, maka pihak sekolah mungkin dapat merancang corak pengajaran yang menggabungkan tenaga pengajar dalam kelas mahupun menguatkan lagi pasukan tenaga pengajar melalui ‘mentoring’ dalam pengajaran efektif. Bagi faktor kehadiran kursus pula, dapatan kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sama ada kehadiran kursus dapat memberi implikasi pada amalan guru dalam pengajaran efektif. Dengan itu, corak dan jenis pembangunan profesional yang bersesuaian dapat diorganisasikan dengan berkesan.
Show more

65 Read more

Kompetensi pegawai rundingcara dalam mengendalikan kaunseling perkahwinan di negeri Johor

Kompetensi pegawai rundingcara dalam mengendalikan kaunseling perkahwinan di negeri Johor

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan nikmatnya tesis ini akhirnya dapat disempurnakan. Sejuta penghargaan atas bimbingan penyelia Prof. Madya Dr. Mohamed Sharif b Mustaffa. Prof Datuk Dr. Mohd Tajudin Ninggal dan Prof Madya Dr Mohd Hafidz Omar atas bimbingan di peringkat awal kajian. Kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Rundingcara yang terlibat, kakitangan Sekolah Pengajian Siswazah serta Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM yang menghulur bantuan. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah memberikan tajaan biasiswa. Jutaan terima kasih kepada pegawai- pegawai di Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM), Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Penghargaan istimewa buat Hjh Azizah Mohd Zaki, mantan pengetua SMK.Taman Daya yang memberikan kerjasama, doa dan sokongan. Rakan guru, pelajar dan warga SMK. Taman Daya yang menjadi tonggak inspirasi “Semangat Membara Pemikiran Juara” sepanjang tempoh pengajian. Tidak dilupakan adik Norahidah Zainal (UTM) dan Norhadayah Ahmad (UTM) serta para sahabat perjuangan yang turut sama menyumbangkan bantuan.
Show more

83 Read more

Pengaplikasian perisian ASSETBase dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor

Pengaplikasian perisian ASSETBase dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor

Kesungguhan pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia membekalkan Perisian ASSETBase mata pelajaran Prinsip Perakaunan bagi membolehkan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap, ceria dan berkonsepkan pembelajran berpusatkan murid akan lebih cepat dapat dicapai. Secara tidak langsung murid-murid dapat menguasai mata pelajaran ini dengan lebih cekap lagi. Persoalan yang timbul, adakah guru-guru telah mengaplikakan sepenuhnya perisian ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka . Adakah guru-guru Prinsip Perakaunan bersedia menghadapi perubahan ini.
Show more

9 Read more

Faktor penentu pembayaran zakat harta di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Faktor penentu pembayaran zakat harta di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Isu pembayaran dan kutipan zakat di Malaysia sering dibincangkan dan dikritik secara umum terutamanya pembayaran zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri. Di negeri Johor, senario semasa menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kutipan dan jumlah bilangan pembayaran zakat. Namun, berdasarkan statistik 2015 sebaliknya berlaku, dimana peratusan pembayaran zakat harta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah hanya sekitar tidak lebih 5.08 peratus daripada 1.8 juta umat Islam di Negeri Johor. Berdasarkan senario ini, kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat harta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Hal ini akan membantu Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk memberi tumpuan kepada faktor utama dalam meningkatkan bilangan pembayar zakat harta di Negeri Johor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif sepenuhnya dengan menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpulkan data. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferential menggunakan min, sisihan piawai, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan regrasi berganda. Perisian SPSS 22.2 digunakan dalam kaedah penyelidikan kuantitatif ini. Instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan pengubahsuaian daripada kajian lepas. Sebanyak enam pembolehubah dikenal pasti dalam kajian ini. Kajian rintis telah dilaksanakan ke atas 30 orang dengan nilai Alpha-Cronbach 0.845. Sebanyak 600 borang soal selidik telah diedarkan di 4 zon merangkumi 10 daerah di Negeri Johor. Daripada jumlah tersebut, 384 borang soal selidik telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor imej dan kepercayaan kepada pusat zakat, pengetahuan mengenai zakat, cukai semasa, logistik dan kemudahan merupakan faktor penentu yang signifikan kepada pembayaran zakat harta di Majlis Agama Islam Negeri Johor manakala faktor keimanan dan penguatkuasaan undang-undang adalah sebaliknya. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor perlu memberi tumpuan lebih khusus kepada faktor-faktor utama bagi meningkatkan kutipan zakat di Johor.
Show more

66 Read more

Model ramalan permintaan perumahan mengikut kategori rumah di negeri Johor

Model ramalan permintaan perumahan mengikut kategori rumah di negeri Johor

Namun begitu persoalan yang mungkin timbul adalah kenapa masih lagi berlaku isu harta tanah siap dibina tidak terjual yang ketara dalam negara sedangkan peningkatan populasi bertambah setiap tahun. Sebagai contoh pada tahun 2004, direkodkan sebanyak 100,000 unit rumah siap dibina tidak terjual dicatatkan di Selangor (New Straits Times, 2004). Manakala dari tahun 2005 sehingga 2008, sebanyak 111,809 unit rumah bernilai kira-kira RM19.905 bilion tidak terjual dicatatkan di seluruh negara (Kosmo, 2009). Jumlah ini dikatakan tinggi berbanding dengan fasa kelima tahun pertama selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Sehubungan itu, isu perumahan tidak terjual ini telah menjadi fokus utama dalam Rancangan Malaysia ke-9 apabila ia dikesan berlaku di negeri-negeri maju serta dibandar-bandar besar di Malaysia seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, 1999-2008).
Show more

53 Read more

Hukuman pemulihan dan pelaksanaannya dalam perundangan Islam di Negeri Johor

Hukuman pemulihan dan pelaksanaannya dalam perundangan Islam di Negeri Johor

Pesalah tidak akan insaf dan akan terus melakukan kesalahan yang sama sekiranya hukuman tidak dilaksanakan dengan sempurna. Hukuman denda yang telah dihukumkan oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah seringkali dianggap tidak memberi kesan untuk memberi pengajaran kepada pesalah. Hal ini kerana, hukuman denda seringkali dapat diselesaikan oleh pesalah-pesalah yang mempunyai kemampuan dari sudut kewangan untuk membayar kadar denda yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Ia juga mungkin tidak dapat menimbulkan rasa keinsafan dalam diri pesalah terhadap kesalahan yang dilakukan. Sekiranya hukuman tersebut dapat memberi kesedaran kepada pesalah, ia melibatkan pesalah itu sendiri sahaja dan tidak dapat memberi iktibar kepada masyarakat secara umumnya. Berdasarkan kepada huraian sebelum ini, pengkaji telah meneliti empat penyataan masalah iaitu permasalahan berkaitan pendirian hukum syarak terhadap konsep hukuman pemulihan dalam perundangan Islam. Kedua, ketidakjelasan mengenai bentuk-bentuk hukuman pemulihan dalam perundangan Islam di Negeri Johor. Ketiga, pula ialah kekaburan dalam melaksanakan hukuman pemulihan di negeri Johor. Seterusnya adalah berkaitan tentang prospek pelaksanaan hukuman pemulihan di negeri Johor.
Show more

44 Read more

Pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar muslim di Kolej Komuniti negeri Johor

Pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar muslim di Kolej Komuniti negeri Johor

This study aims to determine the daily implementation of solat (prayer) among the Muslim students of Johor Community College. This is due to the fact that many people especially the lecturers believed that the understanding and implementation of solat is weak among the student. This study contains five main objectives; the religious knowledge of solat, the practice of solat, the main factors that influence the students to perform the obligatory solat, the factors that influence them to disobey the compulsory solat and the effects felt by students performing the obligatory solat. The respondents in this study consist of randomly selected Muslim students from the Johor Community Colleges. A total of 419 from 1408 Muslim students were selected for this purpose. The methodology of the study is the use of quantitative methods through questionnaires survey. The data were analyzed using the software "Statistical Package for Social Sciences" (SPSS) version 20.0 for descriptive statistics to obtain mean, percentage, standard deviation and Pearson correlation statistical inference for the relationship between variables. The reliability of the questionnaire items derived from this study through the pilot study was high with Croanbach Alpha of 0.957. In addition, the content and validity of the content through the approval of experts also noted the results of a very high overall average Cohen Kappa value of 0.93. Results showed that high knowledge regarding the solat has not resulted in consistent practice of prayer. This is because the implementation of solat is only at moderate level and still need to be improved. Subsequent findings showed that the dominant factor for students performing solat were parent’s upbringing whilst the dominant factor for students leaving solat were their own lazy attitude. Further findings also indicated that the effect of solat towards faith and morality showed a high impact to the students. However, there is no high direct impact on the regular practice of solat. Thus the study recommends more programs, courses as well as solat camps to be organized for the students in order to increase awareness and motivate them to practice solat in their daily life.
Show more

51 Read more

Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor

Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor

Abstract : The purpose of this research is to study the relationship between co-curriculum commitment by the teachers in primary schools in Johor and the level of knowledge and management skills. A total of 402 co-curriculum adviser teachers from 17 schools in Johor have been chosen to participate in this research. The compiled data was analyzed using the Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) computer software. In conclusion, the result showed that the commitment levels in managing cocurriculum activities skill aspect was high. The result also showed that the level of cocurriculum knowledge among the respondents was moderate. The level of planning, guiding, accomplishing and assessment skill in the majority of the respondents was high compared to the level of co-curriculum knowledge. From the analyzed data it shows there was correlation between commitment and accomplishing skills in managing co-curriculum activities.
Show more

11 Read more

Minat Siswa SMA Negeri 2 Kota Banda Aceh Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani

Minat Siswa SMA Negeri 2 Kota Banda Aceh Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani

3HQHOLWLDQ \DQJ EHUMXGXO ³0LQDW 6LVZD 60$ 1HJHUL %DQGD $FHK WHUKDGDS 0DWD 3HODMDUDQ 3HQGLGLNDQ -DVPDQL´ LQL PHQJDQJNDW PDVDODK WHQWDQJ EDJDLPDQDNDK PLQDW VLVZD SMA Negeri 2 Banda Aceh Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani. Tujuan penelitian ini untuk mengetahui minat siswa SMA Negeri 2 Banda Aceh terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani.. Metode yang digunakan dalam penelitian ini tergolong dalam penelitian deskriptif dengan menggunakan angket. Populasi dalam penelitian ini adalah siswa kelas X SMA Negeri 2 Banda Aceh yang berjumlah 66 siswa. Mengingat jumlah populasi yang relatif sedikit, maka semua anggota populasi dijadikan sampel penelitian (total sampling). Teknik pengumpulan data dalam penelitian ini dengan menggunakan angket. Teknik analisis data menggunakan skala jenjang dan dilanjutkan dengan persentase. Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa minat siswa SMA Negeri 2 Banda Aceh dengan rata-rata 214.75 berada pada kategori tinggi, dengan rincian (1) sebanyak 53 responden (80%) berada pada kategori tinggi, (2) sebanyak 9 responden (13%) berada pada kategori sedang, dan (3) sebanyak 4 responden (6%) berada pada kategori rendah.
Show more

10 Read more

ALAMAT DAN PANDUAN TELEFON JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI (JKMN) DAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD)

ALAMAT DAN PANDUAN TELEFON JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI (JKMN) DAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD)

44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Tel: 03-60641430 Fax: 03-60645980 Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling. Tingkat Bawah, Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Petaling No[r]

19 Read more

Masalah dan pendekatan menangani displin pelatih di Pusat Giat MARA, Negeri Johor

Masalah dan pendekatan menangani displin pelatih di Pusat Giat MARA, Negeri Johor

Sesungguhnya saya dengan rendah hati ingin melafazkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya yang berdedikasi, Dr Mohd Zolkifli bin Abd Hamid kerana sudi serta tidak jemu membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan sentiasa bersabar dengan kelemahan saya sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Semoga usaha serta keikhlasan beliau akan mendapat ganjaran di akhirat kelak dan akan saya kenang sepanjang hidup saya. Penghargaan juga saya tujukan kepada semua partisipan kajian ini serta pihak Pusat Giat MARA dan IKM Johor Bahru.
Show more

59 Read more

Stres Kerja Di Kalangan Guru Aliran Teknik Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor, Melaka Dan Negeri Sembilan

Stres Kerja Di Kalangan Guru Aliran Teknik Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor, Melaka Dan Negeri Sembilan

Memandangkan isu stres kerja semakin mengancam tahap profesionalisme guru-guru negara sementara kajian yang berkaitan masih tidak mencukupi terutamanya terhadap guru aliran teknik dan vokasional, maka kajian ini telah dijalankan bagi menyelidik tahap stres yang dialami oleh guru-guru aliran teknik di sekolah menengah teknik di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti punca utama stres kerja di kalangan guru aliran teknik di mana faktor-faktor yang dikaji termasuklah faktor salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, penghargaan dan perhubungan interpersonal.
Show more

14 Read more

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kredit mikro di Negeri Johor

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kredit mikro di Negeri Johor

Md Mohar, et al. (2002) telah menjalankan kajian terhadap pencapaian semasa program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan di negeri Johor. Kajian ini mengutarakan model pembangunan keusahawanan yang mampan dan menyeluruh dalam proses membina dan memantapkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Johor. Mindset usahawan bumiputra terbahagi kepada empat iaitu usahawan gerai, usahawan baru, usahawan ekspres dan usahawan tulin. Menurut kajian, untuk menghasilkan mindset usahawan tulin maka perlu diwujudkan struktur dan persekitaran keusahawanan dari peringkat awal. Kerajaan Negeri perlu memantau dan memastikan wujudnya kesinambungan program latihan dan bimbingan keusahawanan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti dan seterusnya. Titik mula keusahawanan yang cemerlang bergantung kepada kualiti usahawan dan perusahaan yang dibangunkan. Pendekatan pertandingan seperti anugerah keusahawanan dan pendekatan latihan dan bimbingan di luar negara perlu diadakan. Ciri-ciri program latihan bimbingan keusahawanan yang berkesan adalah bersifat jangka panjang, mempunyai penglibatan regional, peraduan untuk meningkatkan taraf keusahawanan dan program untuk pembentukan dan peneguhan usahawan. Antara ciri lain ialah program pemantauan berkala dan bersepadu, tabung bantuan kewangan dan penyelidikan dan perundingan untuk penyelesaian masalah dan program pengembangan syarikat.
Show more

122 Read more

Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di negeri Johor

Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di negeri Johor

Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti sama ada amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di Negeri Johor dilaksanakan dengan men[r]

24 Read more

Amalan kreativiti pengajaran guru pendidikan Islam di sekolah sekolah negeri Johor

Amalan kreativiti pengajaran guru pendidikan Islam di sekolah sekolah negeri Johor

dapat mendidik dan mengembangkan penguasaan seluruh potensi murid sama ada potensi kognitif, afektif atau psikomotor (Baba, 2005). Ianya menuntut perubahan paradigma dan menggesa para guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti pengajaran (Hamid, 2000; Mohamad, 1997). Menurut Ibrahim (1998), kreativiti pengajaran dapat merangsangkan guru untuk mengembangkan daya pemikiran yang kreatif, imaginasi secara logik dan boleh memberi pandangan selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2010), proses pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pelbagai pembaharuan pengajaran dari masa ke semasa menjurus kepada kreativiti dan inovasi. Kajian oleh Mohd Nawi (2011), guru Pendidikan Islam mempunyai kemampuan menghasilkan pembaharuan gaya dan mempelbagaikan amalan kreativiti dalam proses pengajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kajian oleh Jasmi (2010) menyatakan apabila pengetahuan Pendidikan Islam dapat disampaikan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengajaran dengan kejayaan pembentukan modal insan dapat dihasilkan dengan sempuna dan menjadi keutamaan Oleh itu mempelbagai amalan pengajaran yang kreatif dan pendekatan seperti kaedah serta strategi yang menarik dan berkesan perlu diaplikasikan oleh guru Pendidikan Islam, sesuai dengan perkembangan semasa untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Show more

70 Read more

Show all 1621 documents...