kaedah unsur terhingga

Top PDF kaedah unsur terhingga:

Analisis struktur menggunakan kaedah unsur terhingga

Analisis struktur menggunakan kaedah unsur terhingga

Dengan perkembangan era teknologi pengkomputeran, pengiraan menggunakan pendekatan komputer amat pesat berlangsung. Ini termasuk dalam kaedah berangka digunakan untuk menganalisis sesuatu struktur kejuruteraan awam. Kaedah unsur terhingga yang merupakan kaedah berangka yang mampu menyelesaikan sesuatu struktur yang kompleks dan menjadi pilihan kebanyakan jurutera dan saintis dalam menjalankan analisis. Ia mampu membatasi matriks raksasa dan rumit yang sukar dilakukan oleh kaedah berangka yang lain. Di dalam kertas kerja ini, pengarang telah menulis beberapa pengaturacaraan berdasarkan hubungan konstitutif bersesuaian dengan struktur yang ingin dianalisis berdasarkan konsep kaedah unsur terhingga. Analisis dibuat ke atas beberapa anggota struktur seperti rasuk julur dan kepingan tapak konkrit atas asas. Perbandingan dibuat di antara analisis yang diperolehi daripada nilai teori yang dikira secara manual dan analisis menggunakan kaedah unsur terhingga. Daripada analisis tersebut, nilai respon struktur iaitu pesongan dan tegasan adalah baik dengan teori yang dibuat.
Show more

9 Read more

Simulasi tekanan sentuhan dinamik bagi brek cakera menggunakan kaedah unsur terhingga."

Simulasi tekanan sentuhan dinamik bagi brek cakera menggunakan kaedah unsur terhingga."

Tekanan sentuhan amat penting di mana ianya dapat menentukan daya kilas dan kuasa pembrekan serta tidak langsung menentukan prestasi sesuatu system brek. Parameter ini juga diperlukan dalam kajian hingar sistem brek. Hingga kini tiada peralatan yang boleh mengukur taburan tekanan sentuhan apabila sesuatu sistem berada di dalam keadaan dinamik. Oleh yang demikian, kaedah berangka melalui kaedah unsur terhingga (KUT) adalah pilihan yang sesuai bagi menentukan parameter ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan taburan tekanan sentuhan dinamik bagi brek jenis cakera secara simulasi. Model 3 dimensi brek cakera dibina dan telah diujisahkan melalui analisis modal. Perbandingan taburan tekanan sentuhan statik antara ujikaji dan simulasi juga dibuat. Selain itu, topografi permukaan bahan geseran diambil kira dan maklumat tersebut dimasukkan ke dalam program komputer iaitu ABAQUS v6.4 untuk disimulasikan bagi mendapatkan taburan tekanan sentuhan.
Show more

10 Read more

Analisis penyerapan pembebanan serong terhadap tiub hibrid menggunakan kaedah unsur terhingga

Analisis penyerapan pembebanan serong terhadap tiub hibrid menggunakan kaedah unsur terhingga

Secara keseluruhannya, terdapat banyak kajian yang dijalankan terhadap serapan tenaga dengan melakukan pelbagai perubahan terhadap sampel. Antara perubahan yang dilakukan adalah mengubah geometri iaitu ketebalan dan bentuk sampel bagi tiub kosong. Secara keseluruhannya, didapati belum ada perubahan tiub daripada bulat kepada elips dilakukan kajian samada secara eksprimen atau kaedah unsur terhingga. Oleh itu, kajian terhadap tiub kosong dilakukan dengan mengubah geometri tiub daripada bulat kepada elips. Nisbah elips yang paling baik dikenalpasti di dalam penghasilan pelindung laga apabila dikenakan mampatan secara serong.
Show more

40 Read more

Analisis Tangga Kegunaan Rumah Dengan Menggunakan Kaedah Unsur Terhingga

Analisis Tangga Kegunaan Rumah Dengan Menggunakan Kaedah Unsur Terhingga

Terdapat berbagai kaedah yang digunakan untuk mengkaji atau menganalisis kekukuhan tangga antaranya ialah melalui teori pengiraan dengan menggunakan formula-formula yang bersesuaian dan kaedah unsur terhingga. Kaedah unsur terhingga ini adalah satu bahagian yang kompleks dibahagikan kepada bahagian- bahagian yang kecil dan dicantumkan semula apabila selesai pengiraan bertujuan untuk memudahkan proses pengiraan. Aplikasi daripada kaedah terhingga ini maka terciptanya banyak perisian di pasaran yang dapat menentukan kawasan atau bahagian yang kritikal pada bahan kajian secara simulasi. Antara perisian tersebut ialah MSC. Nastran/Patran, Adams, Marc, Dytran, Easy 5, Sofy dan banyak lagi. Perisian ini banyak digunakan di makmal-makmal dan industri terutamanya industri yang melibatkan struktur analisis. Melalui perisian ini bahagian kritikal pada bahan kajian akan dapat disimulasikan dengan jelas. Data yang diperolehi daripada pengiraan akan dibandingkan dengan data yang diperolehi daripada perisian ini. Berdasarkan perbandingan ini, keputusan akan dibuat.
Show more

24 Read more

Analisis Kegagalan Pada Struktur Kerusi Kegunaan Pelajar Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Analisis Kegagalan Pada Struktur Kerusi Kegunaan Pelajar Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Kerusi mempunyai kegunaannya yang tersendiri mengikut kesesuaian yang ditetapkan. Kerusi merupakan perabot untuk duduk, menyandarkan belakang, meletakkan tangan dan secara amnya digunakan oleh seorang sahaja. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kegagalan yang berlaku pada struktur kerusi kegunaan pelajar di UTeM dan mencadangkan penambahbaikan. Kajian meliputi struktur kerusi kegunaan pelajar di UTeM dengan mengenalpasti bahagian yang kritikal pada kerusi apabila dikenakan beban. Bagi menganalisis masalah ini, kaedah unsur terhingga dengan menggunakan perisian MSC NASTRAN/PATRAN telah digunakan. Untuk menghasilkan simulasi tersebut, model tiga-dimensi digunakan dengan menggunakan perisian SolidWorks 2007. Analisis kegagalan statik secara teori dilakukan bagi mendapatkan tegasan maksimum pada bahagian titik tengah rangka peyokong tengah kerusi dan nilai tegasan tersebut akan dibandingkan dengan nilai tegasan yang diperoleh daripada simulasi FEM. Ujian mampatan dijalankan bagi mendapatkan nilai rujukan untuk digunakan dalam ujian lesu. Kelesuan adalah penting kerana ia merupakan penyebab utama yang terbesar kegagalan dalam logam. Maka, ujian lesu dijalankan bertujuan bagi meramal keupayaan kelesuan bahan kerusi dengan menganalisis kitar lesu pada komponen kerusi yang berkaitan.
Show more

24 Read more

MEMBANGUNKAN TEMA FILEM BERUNSUR ISLAM MELALUI FILEM BISIK PADA LANGIT

MEMBANGUNKAN TEMA FILEM BERUNSUR ISLAM MELALUI FILEM BISIK PADA LANGIT

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan kuantitatif telah digunakan. Menurut Neuman (2014) analisis kandungan dapat membantu penyelidik menganalisis kata-kata, makna, gambar, simbol, idea, tema atau sebarang mesej yang dapat disampaikan. Kaedah ini digunakan dalam kajian ini untuk melihat dengan lebih mudah kekerapan nilai Islam yang ditunjukkan dalam filem ini. Semenyara itu, kaedah analisis data adalah analisis tematik (thematic analysis) dengan menggunakan satu helaian pengekodan (coding sheet) dibuat untuk merekodkan kandungan filem tersebut. Melalui penggunaan kaedah ini, ia dapat membantu pengkaji untuk membuat pengumpulan data dengan lebih berkesan. Sebelum pengkodan dibina, filem tersebut telah ditonton beberapa kali dan telah mencatat beberapa nota penting yang berkaitan dengan kajian ini untuk membantu penyelidik mengkategorikan semua elemen Islam yang ditemui. Para penyelidik mengenal pasti unsur-unsur Islam yang digambarkan melalui naratif dan watak- watak dalam filem-filem ini. Untuk menentukan watak, dialog dan penampilan fizikal di BPL yang menyumbang kepada elemen Islam, BPL telah ditonton berulang kali. Pengkaji kemudiannya mengkaji dan membuat analisis melalui pengekodan terhadap elemen-elemen Islam yang dipaparkan dalam filem BPL.
Show more

16 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

Sorgum (Sorghum bicolor (L.) Moench) merupakan salah satu jenis tanaman serealia yang memiliki banyak manfaat mulai dari bijinya hingga batang dan daunnya. Di Indonesia budidaya tanaman sorgum dipengaruhi oleh beberapa faktor. Salah satu faktor yang mempengaruhi adalah unsur hara. Unsur hara yang dibutuhkan untuk pertumbuhan sorgum berupa unsur nitrogen (N) namun mudah larut atau tercuci, untuk itu perlu adanya dukungan dari unsur lain seperti K. Salah satu senyawa yang mengandung unsur N dan K adalah KNO 3. Penelitian ini

46 Read more

Penyelesaian masalah persamaan resapan olakan satu dimensi secara selari dan berjujukan

Penyelesaian masalah persamaan resapan olakan satu dimensi secara selari dan berjujukan

Oleh itu, kajian ini akan menguji sejauh mana keberkesanan di antara dua kaedah lelaran iaitu kaedah Gauss- Seidel Merah Hitam (GSMH) dan kaedah Pengenduran Berlebihan Berturut-Turut Mer[r]

10 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

Untuk lebih fokusnya penelitian ini mencoba menguji peran yang dapat dimainkan oleh laporan keuangan dari unsur-unsur CAMEL dalam memperkirakan kinerja perusahaan yang dialami oleh perba[r]

7 Read more

Pembangunan aplikasi cepat membaca al-Quran untuk platform android (Mai IQra)

Pembangunan aplikasi cepat membaca al-Quran untuk platform android (Mai IQra)

Ulama telah menggunakan pelbagai cara dalam mengajar al-Quran. Sebahagian besarnya terdiri daripada ulama-ulama Melayu yang belajar di Timur Tengah seperti Mesir dan Arab Saudi dan juga melalui ulama-ulama dan pedagang-pedagang arab yang berhijrah ke Tanah Melayu. Perlu dinyatakan di sini bahawa peranan ulama-ulama Melayu tidak terhenti pada tahap mengikut dan melaksanakan cara-cara yang dibawa dari luar itu tadi, bahkan peranan mereka lebih dari itu iaitu dengan mencipta dan mengembangkan kaedah yang baru. Pondok-pondok pengajian yang menjadi tempat pengeluar ulama dan pendakwah memberi saham yang besar dalam perkara ini.
Show more

26 Read more

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian qiraat di Jabatan Al Quran dan Al Qiraat, KUIS: Satu tinjauan awal

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian qiraat di Jabatan Al Quran dan Al Qiraat, KUIS: Satu tinjauan awal

Kesimpulannya kaedah pengajaran Qiraat yang diaplikasi di dalam kelas berada pada tahap yang tinggi iaitu memuaskan di dalam semua bentuk kecuali penggunaan makmal al-Quran berada pada tahap kurang memuaskan dan penggunaan kaset dan VCD berada pada tahap yang tidak memuaskan. Ini menunjukkan para pensyarah amat terkesan dengan budaya pengajian mereka ketika di Timur Tengah yang banyak tertumpu dengan kaedah tradisional sebagaimana yang diamalkan di dalam proses penurunan al-Quran kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril.
Show more

14 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

melenceng menjadi sebuah ajang perjudian. Dalam hal ini, unsur dari ritual yang memiliki nilai keagamaan yang tinggi telah disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu, peneliti menggunakan pendekatan kualitatif agar dapat menjelaskan, menggambarkan, serta mengkomparasikan bentuk dari ritual tabuh rah dengan perjudian yang dikenal dengan istilah tajen.

8 Read more

Penerapan unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi topik Teorem Pythagoras

Penerapan unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi topik Teorem Pythagoras

Pengajaran matematik dari segi perspektif sejarah dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai perkembangan matematik yang dinamik serta berterusan. Pendekatan penerapan unsur sejarah dapat menarik minat pelajar terhadap matematik dan juga dapat memberbaiki sikap serta menghapuskan pandangan negatif mereka terhadap matematik. Ini kerana penerapan unsur sejarah dapat menjadikan pembelajaran matematik mempunyai hubungan dengan dunia sebenar. Selain itu, aspek sejarah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk merasakan keghairahan dalam menemui sesuatu yang baru.

10 Read more

Peranan perunding tanah dalam proses pengambilan tanah. Kes kajian : projek landasan berkembar keretapi elektrik Seremban-Gemas

Peranan perunding tanah dalam proses pengambilan tanah. Kes kajian : projek landasan berkembar keretapi elektrik Seremban-Gemas

Sebelum memulakan sesuatu kajian, reka bentuk kajian merupakan satu kaedah yang paling penting yang mesti dibangunkan terlebih dahulu. Terdapat pelbagai reka bentuk yang biasa digunakan dalam penyelidikan iaitu tinjauan, soal selidik, temubual dan banyak lagi. Soal selidik merupakan reka bentuk yang paling biasa digunakan untuk mengumpul maklumat daripada responden.

19 Read more

Text
abstrak pdf

Text abstrak pdf

dapat mengidentifikasi unsur-unsur yang ada dalam soal serta dapat menyajikan masalah dalam bentuk yang lebih jelas skor 2, (3) siswa dapat membuat kalimat matematika dan menyusun rencana serta langkah-langkah penyelesaian yang akan digunakan untuk pemecahan masalah skor 3, (4) siswa dapat menyelesaikan kalimat dan melaksanakan rencana pemecahan masalah yang telah disusun, serta mengidentifikasikan hasil sesuai dengan yang ditanyakan dalam soal skor 5, untuk lebih jelasnya dapat dilihat dalam tabel 2 di bawah.

10 Read more

AMALAN PERKONGSIAN ILMU DI INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL MARA

AMALAN PERKONGSIAN ILMU DI INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL MARA

Natarajan dan Shekhar (2000) turut menyatakan bahawa pengamal perkongsian ilmu amat terdorong untuk menulis buku agar ilmu dan pengetahuan yang mereka ingin sampaikan terpelihara dan terkawal. Menurut Stewart (1997), terdapat juga pengamal perkongsian ilmu yang cenderung menggunakan kaedah penceritaan (story telling) yang berperanan untuk mengabadikan memori, meningkatkan semangat kekitaan (esprit de corps), menyalurkan nilai, mencipta role model serta menerangkan perjalanan di dalam organisasi terlibat. Kaedah seperti ini sering diaplikasikan di kaunter minuman, cafe atau di kawasan pertemuan sosial yang menggalakkan perbualan tidak rasmi sebagai permulaan kepada perbincangan yang lebih serius dan ilmiah.Al-Hawamdeh (2003) menegaskan meskipun ilmu boleh dikaitkan dengan kuasa, perkongsian ilmu tidak merupakan suatu proes yang semula jadi. Ilmu harus diiktiraf sebagai sumber yang amat berharga meskipun ia meningkatkan kekhuatiran bahawa perkongsian ilmu berupaya menjadi suatu ancaman. Suasana ini akan meningkatkan tabiat menyorok ilmu (knowledge hoarding) justeru wajarlah pampasan dan penilaian pencapaian yang setara dipertimbangkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan penggunaan ilmu.
Show more

22 Read more

Penerapan Unsur Sejarah Matematik KBSM Bagi Topik Aljabar

Penerapan Unsur Sejarah Matematik KBSM Bagi Topik Aljabar

Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran topik yang berkaitan dengan aljabar yang telah dikenalpasti. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah penggunaan huruf-huruf bagi mewakili anu dan simbol seringkali mengelirukan pelajar. Kesalahan lazim pelajar adalah berkaitan dengan penggunaan kaedah, pemfaktoran, pengembangan, penggunaan rumus dan ketaksamaan. Kebanyakan pelajar tidak dapat menggambarkan penggunaan anu dalam konsep aritmetik dan menganggap ianya satu subjek yang terpisah daripada matematik. Proses menggambarkan konsep aritmetik dalam bentuk aljabar dan menyelesaikan masalah berbentuk ayat juga merupakan masalah dalam pembelajaran bagi topik aljabar. Oleh kerana pelajar tidak dapat menguasai konsep asas aritmetik dan aljabar yang betul, maka pelajar mengambil jalan mudah dengan menghafal rumus tetapi tidak tahu mengaplikasikan rumus itu dalam situasi pernyataan masalah yang diberi.
Show more

7 Read more

Aplikasi simulated Annealing dalam menyelesalkan masalah lokasi-alokasi selanjar berkapasiti

Aplikasi simulated Annealing dalam menyelesalkan masalah lokasi-alokasi selanjar berkapasiti

Algoritma ini digunakan untuk mendapatkan penyelesaian tersaur yang optima dengan menggunakan kaedah VAM yang telah dibuat penambahbaikkan daripada kaedah least-cost [r]

5 Read more

Penentuan kriteria profil berisiko tinggi bagi urusan pendaftaran urusniaga tanah

Penentuan kriteria profil berisiko tinggi bagi urusan pendaftaran urusniaga tanah

gagal memastikan sistem pendaftaran hakmilik tanah yang digunapakai adalah selamat dan data pemilikan terjamin. Tambahan pula, Abd. Halim Ain (2008) selaku Ketua Pengarah di JKPTG menyatakan bahawa apabila penipuan dalam transaksi pindahmilik menggunakan kaedah SPTB dicerobohi dan digodam, maka tanggungjawab untuk memastikan kesahihan data pemilikan di SPTB itu terletak kepada PTG Negeri. Ini kerana, PTG Negeri telah diberi kuasa untuk menentukan dan memastikan data hakmilik tanah dalam SPTB hanya digunakan untuk kegunaan yang sah menggunakan kata laluan yang sah. Selain itu, pihak Pengarah Tanah dan Galian Negeri juga bertanggungjawab menentukan kawalan dan menetapkan keperluan kawalan kepada penjaga dan pengguna data. M erujuk kepada pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil 1/2012;
Show more

50 Read more

Konsistensi Penjana Titisan Dalam Menghasilkan Saiz Dan Selang Masa Titisan

Konsistensi Penjana Titisan Dalam Menghasilkan Saiz Dan Selang Masa Titisan

Konsistensi saiz dan selang masa titisan adalah amat penting bagi menentukan ketepatan sesuatu eksperimen yang melibatkan penggunaan penjana titisan. Ini kerana jika ia tidak konsisten maka akan mempengaruhi data yang diperoleh. Kajian ini adalah untuk membuat perbandingan di antara 2 jenis pendekatan penjana titisan yang berbeza dalam menghasilkan saiz dan selang masa titisan yang malar. Melalui kajian ini, julat isi padu bagi memastikan saiz dan selang masa titisan yang malar dapat ditentukan. Maklumat ini perlu bagi mengenal pasti kaedah sesuai dalam memastikan penjanaan saiz dan selang masa titisan yang malar.
Show more

24 Read more

Show all 428 documents...