Majlis Agama Islam Negeri

Top PDF Majlis Agama Islam Negeri:

Permasalahan bantuan bina rumah Majlis Agama Islam Negeri Johor

Permasalahan bantuan bina rumah Majlis Agama Islam Negeri Johor

Kajian ini dilakukan di Ibu Pejabat MAIJ di Johor Bahru serta MAIJ Daerah Batu Pahat dan MAIJ Daerah Mersing yang mana kedua-dua daerah ini merupakan daerah yang mempunyai paling banyak projek bantuan pembinaan rumah Majlis Agama Islam Negeri Johor. Pembentukan skop kajian sangat penting bagi membantu seseorang penyelidik memberikan tumpuan yang khusus terhadap subjek atau perkara yang diselidiki agar tidak bertindan dengan kajian-kajian lain. Skop kajian ini dibuat berdasarkan isu dan masalah yang diterangkan dalam penyataan masalah di samping proses dan prosedur kerja semasa berkaitan permohonan dan pengurusan bantuan bina rumah di MAIJ.
Show more

27 Read more

Faktor penentu pembayaran zakat harta di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Faktor penentu pembayaran zakat harta di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Isu pembayaran dan kutipan zakat di Malaysia sering dibincangkan dan dikritik secara umum terutamanya pembayaran zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri. Di negeri Johor, senario semasa menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kutipan dan jumlah bilangan pembayaran zakat. Namun, berdasarkan statistik 2015 sebaliknya berlaku, dimana peratusan pembayaran zakat harta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah hanya sekitar tidak lebih 5.08 peratus daripada 1.8 juta umat Islam di Negeri Johor. Berdasarkan senario ini, kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat harta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Hal ini akan membantu Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk memberi tumpuan kepada faktor utama dalam meningkatkan bilangan pembayar zakat harta di Negeri Johor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif sepenuhnya dengan menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpulkan data. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferential menggunakan min, sisihan piawai, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan regrasi berganda. Perisian SPSS 22.2 digunakan dalam kaedah penyelidikan kuantitatif ini. Instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan pengubahsuaian daripada kajian lepas. Sebanyak enam pembolehubah dikenal pasti dalam kajian ini. Kajian rintis telah dilaksanakan ke atas 30 orang dengan nilai Alpha-Cronbach 0.845. Sebanyak 600 borang soal selidik telah diedarkan di 4 zon merangkumi 10 daerah di Negeri Johor. Daripada jumlah tersebut, 384 borang soal selidik telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor imej dan kepercayaan kepada pusat zakat, pengetahuan mengenai zakat, cukai semasa, logistik dan kemudahan merupakan faktor penentu yang signifikan kepada pembayaran zakat harta di Majlis Agama Islam Negeri Johor manakala faktor keimanan dan penguatkuasaan undang-undang adalah sebaliknya. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor perlu memberi tumpuan lebih khusus kepada faktor-faktor utama bagi meningkatkan kutipan zakat di Johor.
Show more

66 Read more

Portal pengetahuan zakat kajian kes: unit pungutan dan agihan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor

Portal pengetahuan zakat kajian kes: unit pungutan dan agihan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor

digunakan kini adalah menggunakan saluran seperti radio, ceramah, khutbah, kaunter MAINJ atau melalui cawangan – cawangan. Kaedah ini adalah sukar dan tidak meluas kepada semua umat Islam. Kesan daripada kurangnya pengetahuan berkaitan dengan zakat, maka kesedaran terhadap kewajipan menunaikan zakat adalah masih tidak menyeluruh kepada semua umat Islam. Jika kesedaran ini tidak dipupuk, misi MAINJ untuk meningkatkan ekonomi dan sosial umat Islam tidak akan tercapai.

29 Read more

Sistem pembayaran e-zakat

Sistem pembayaran e-zakat

Dalam usaha meningkatkan jumlah pungutan bayaran zakat di negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah membina kaedah pembayaran melalui sistem secara atas talian. Kaedah ini diperkenalkan bagi mempermudahkan pembayar membuat pembayaran zakat dengan masa yang singkat. Namun begitu, kaedah tersebut didapati masih mempunyai banyak kelemahan yang tidak membantu pihak MAINJ mencapai objektitnya dalam pengurusan pungutan bayaran zakat untuk memajukan ekonomi negara.

15 Read more

Penjenamaan semula Majlis Agama Islam Johor melalui penstrukturan organisasi bersesuaian dengan fungsi dan peranannya

Penjenamaan semula Majlis Agama Islam Johor melalui penstrukturan organisasi bersesuaian dengan fungsi dan peranannya

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 yang diwujudkan bagi menggantikan Enakmen Pentadbiran Igama Islam Bilangan 14 Tahun 1978 adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran Agama Islam, penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Johor dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun setelah semakan dan penelitian dibuat, didapati beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 tersebut dikatakan perlu dipinda semula bersesuaian dengan perkembangan pembangunan sosio ekonomi dan masyarakat Islam masa kini. Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Agama, Tuan Haji Abd. Mutalip semasa rundingan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) (Pindaan) 2014 dibahaskan menyatakan bahawa cadangan pindaan enakmen ini adalah melalui Resolusi Multaqa Ulama dan Ilmuan Negeri Johor Darul Takzim kali Yang Kedua pada 27 Mac 2012 yang diadakan di Dewan Canselor Universiti Tun Hussein Onn dan ianya telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Menerusi Kongres Majlis Agama Islam SeMalaysia juga cadangan pindaan tersebut dibuat untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai badan Agama Islam selaras dengan tarafnya iaitu Islam sebagai Agama Negeri Johor yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor serta seiring dengan kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan fizikal dan ekonomi hari ini.
Show more

39 Read more

Pelaksanaan istibdal dalam kes pengambilan tanah wakaf

Pelaksanaan istibdal dalam kes pengambilan tanah wakaf

Isu yang kedua dalam penyediaan kajian ini adalah penggunaan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 dalam urusan pengambilan tanah wakaf. Di negeri Kedah, terdapat beberapa kes-kes pengambilan tanah untuk pembangunan yang dijalankan di negeri ini. Tidak terkecuali, pihak berkuasa turut mengambil tanah w akaf kerana ianya termasuk dalam pelan projek pembangunan bagi sesuatu projek yang dijalankan tersebut. Oleh itu, pihak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), selaku pemegang amanah harta tanah w akaf di negeri Kedah, perlu menyerahkan tanah w akaf tersebut kepada pihak berkuasa untuk memberi laluan kepada projek pembangunan yang dijalankan namun mensyaratkan pengambilan tanah w akaf yang dilakukan adalah untuk tujuan kepentingan umum atau maslahah ammah sahaja. Oleh yang demikian, pada pandangan pengkaji, MAIK tidak boleh mempertikaikan keputusan pihak berkuasa apabila tanah-tanah w akaf diperlukan bagi projek yang dijalankan tersebut. Ini kerana w akaf tidak mempunyai sebuah akta yang khusus dan penggunaan APT 1960 adalah merupakan undang-undang yang diguna pakai oleh pihak berkuasa dalam urusan pengambilan tanah w akaf di negara ini. Disamping itu, daripada pengambilan tanah w akaf ini, pihak kerajaan membayar pampasan iaitu sama ada dalam bentuk wang atau penggantian tanah dengan tanah kepada MAIK sebagai gantian terhadap pengambilan tanah w akaf yang dibuat ini.
Show more

50 Read more

Sekolah agama di Malaysia: sejarah, isu & cabaran

Sekolah agama di Malaysia: sejarah, isu & cabaran

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. “Bantuan Guru Agama /Akademik Kementerian Pendidikan kepada Sekolah Menengah Agama Negeri di Bawah Pentadbiran Jabatan/Majlis/Yayasan Agama Islam Negeri” dlm. Laporan oleh Bahagian Sekolah.Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan Johor. T.th. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1312H/ 1895 M. Johor Bahru: Pejabat

18 Read more

Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad)

Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad)

Abstrak : Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.864. Min untuk mengkaji kepekaan pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama ialah 4.54. Seterusnya, untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada murtad menunjukkan min sebanyak 4.19, manakala pengetahuan terhadap faktor-faktor luaran pula ialah 4.09. Min bagi mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai kesan-kesan daripada penukaran agama ialah 4.24. Kajian menunjukkan pelajar bimbang terhadap pertambahan kes murtad. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi masalah murtad ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi.
Show more

11 Read more

Perbandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga dan silat seni negeri Johor

Perbandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga dan silat seni negeri Johor

Ilmu pencak silat dan bela diri merupakan permainan dan pengetahuan yang ada hubungannya dengan rahsia mempertahankan diri Nusantara Melayu. Pencak silat kini terkenal dengan silat olahraga dan silat seni diperingkat antarabangsa. Tajuk kajian adalah perbandingan tahap kekuatan mental atlet lelaki dan perempuan dalam acara silat seni dan silat olahraga Negeri Johor. Merujuk kepada Kamus Dewan (2005) perbandingan didefinisikan sebagai perbuatan membandingi atau membandingkan. Tahap bermaksud peringkat atau tingkat dan kekuatan mempunyai dua maksud iaitu pertama; tenaga, daya dan kedua; kekuasaan, keteguhan atau kekukuhan yang didefinisikan oleh Kamus Dewan (2005).
Show more

7 Read more

OVERVIEW OF SERVICE QUALITY PROVIDED BY JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN IN MALAYSIA

OVERVIEW OF SERVICE QUALITY PROVIDED BY JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN IN MALAYSIA

Thus, to develop JAWI as a successful service organization by referring to Mike Donnelly, Mik Wisniewski, John F. Dalrymple and Adrienne C. Curry (1995), they stated that Parasuraman was developing the SERVQUAL model in 1985. He identified specific criterias for customers to evaluate service quality by dividing it into five major dimensions which are tangibles, reliability, responsiveness, assurance and empathy. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) or formerly known as Urusetia Majlis was established on 1st February 1974. On that time, the establishment of JAWI intended to smoothen the management of Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). The secretariat at that time consisted of only a few officers including Mufti Wilayah Persekutuan, Kadi Besar Wilayah Persekutuan, Ketua Penolong Setiausaha, Kadi, Pegawai Tadbir Masjid, Pegawai Zakat and Baitulmal and also Pegawai Pendakwa and Penguatkuasa.
Show more

9 Read more

Prinsip Tauhid Ideasional Dalam Hubungan Islam dan Agama-agama Lain: Analisis Peranannya Menurut Isma‘il Raji Al-Faruqi

Prinsip Tauhid Ideasional Dalam Hubungan Islam dan Agama-agama Lain: Analisis Peranannya Menurut Isma‘il Raji Al-Faruqi

Al-‘Ulwani, Taha Jabir (1994). “Foreword” dlm Shafiq, Muhammad, Growth of Islamic Thought in North America: Focus on Ismail Raji al-Faruqi. Maryland: Amana Publications, h. ix. Al-‘Alwani merupakan mantan Presiden, International Institute of Islamic Thought (IIIT), Herndon, Virginia, Amerika Syarikat. Al-Faruqi dikagumi rakan Muslim dan non- Muslim serta digeruni lawan. Menurut Fazlur Rahman (1919-1988), rakan-rakan al-Faruqi di Fakulti Teologi, Universiti Chicago menggelarkan beliau sebagai “guerilla scholar” manakala Fazlur Rahman sendiri menggambarkan beliau sebagai “Jamal al-Din al- Afghani” pada zamannya. Lihat Rahman, Fazlur (1986). “Palestine and My Experiences with the Young al-Faruqi” dlm Islamic Horizons. August-September. Indianapolis: The Islamic Society of North America (ISNA), h. 40-42. Manakala Stanley Brice Frost (1938- ), mantan Dekan, Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Universiti McGill pula memuji al-Faruqi sebagai seorang yang berpegang teguh dengan prinsip, pemurah dan suka menasihati rakannya ke arah kebaikan. Beliau mengiktiraf al-Faruqi sebagai manusia dua dunia, Barat dan Timur. S.B. Frost, “Foreword” dlm al-Faruqi, Ismail R. (1968). Christian Ethics: A Systematic and Historical Analysis of Its Dominant Ideas. Montreal: McGill University Press and Amsterdam: Djambatan, h. v-vi. Beliau seorang yang genius dan prolifik dalam menghasilkan karya-karya di sepanjang kehidupan profesionalnya hampir 30 tahun. Beliau telah mengarang, menyunting atau menterjemahkan 25 buah buku, menerbitkan lebih daripada 100 artikel yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya ilmu perbandingan agama, dialog antara agama, agama non-Muslim, tauhid, sejarah, seni, kebudayaan, politik, ekonomi dan sebagainya. Lihat John L. Esposito (1986). “Teaching Islam The Old Fashioned Way-Living It” dlm Islamic Horizons. August-September. Indianapolis: ISNA, h. 26.
Show more

11 Read more

Shaping Minds, saving Souls: Managing Islamic     Education in Indonesia and Malaysia

Shaping Minds, saving Souls: Managing Islamic Education in Indonesia and Malaysia

As mentioned in the previous pages, integral to Majlis Agama’s bureaucratic expansion in the first few decades of its establishment was the modernization of Islamic education by building more madrasah or converting dilapidated pondok into madrasah. By 1952 there were 14 Majlis Agama madrasah that provided education in both general and Islamic subjects, an increase from 4 madrasahs in 1918. 119 In addition, there were also vernacular Malay schools established by the British, which incorporated Islamic subjects in their curriculum. Growing options for Islamic education, albeit in varying degrees of intensity and comprehensiveness, resulted in stiff competition among the schools. Islamic education at this time not only fulfilled one’s spiritual needs but also acted as the means to obtain a career in the expanding Majlis Agama’s bureaucracy, not just in Kelantan but in other states as well. The competition forced many pondok to transform their curriculum, which they were later re-designated as Sekolah Agama Rakyat (SAR). SAR then had to be registered with Majlis Agama under a program called Schools under the Purview of MAIK (Sekolah-sekolah di Bawah Naungan MAIK), which required a uniform curriculum and the teachers to be certified by Majlis Agama. 120 These homogenization efforts were indeed part of the overall objective of Majlis Agama to exert its influence and assumed the self-proclaimed role of singular religious authority in the state of Kelantan. The period between 1915 and 1950s witnessed the rapid bureaucratic expansion of Majlis Agama and the modernization of Islamic education in Kelantan, which resulted in an apparent urban-rural divide. In the post-independence years,
Show more

344 Read more

Striving to capture the state : official ulema in Indonesia and Malaysia

Striving to capture the state : official ulema in Indonesia and Malaysia

For Indonesia, I focus on the MUl Majelis Ulama Indonesia or Ulama Council for Indonesia;''" and for Malaysia, the JKF-MKI Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam[r]

405 Read more

Pengaruh pengetahuan agama ke atas amalan agama dan gaya hidup mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh pengetahuan agama ke atas amalan agama dan gaya hidup mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

hubungan antara dua pembolehubah ini adalah signifikan kerana nilai signifikannya ialah 0.005 lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan (p<0.05). Ini menunjukkan bahawa walaupun mahasiswa Islam UTM mempunyai tahap pengetahuan agama yang tinggi tetapi tidak semestinya semua pengetahuan yang dimiliki itu diterjemahkan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian mereka.

8 Read more

INTERFAITH COMMISSION MALAYSIA: ANALISIS KE ATAS PENUBUHANNYA DALAM MEREALISASIKAN KEHARMONIAN AGAMA DI MALAYSIA

INTERFAITH COMMISSION MALAYSIA: ANALISIS KE ATAS PENUBUHANNYA DALAM MEREALISASIKAN KEHARMONIAN AGAMA DI MALAYSIA

Antara kesan penghijrahan kaum Cina dan India ke tanah Melayu adalah: kaum Cina dan India adalah penganut Buddha, Hindu, dan Kristian. Bilangan penganut Islam dari kalangan para imigran amat kecil jika dibandingkan dengan tiga agama ini. Justeru, adakah kesan, atau apakah kesan daripada wujudnya masyarakat yang majmuk? Dalam konteks Malaysia pada awal abad ke 20, tiga kaum iaitu Melayu, Cina, dan India telah menetap di negara ini, ini ditambahkan pula selepas kemerdekaan Malaysia, satu perjanjian sosial telah dimeterai oleh dua-dua kaum pendatang iaitu Cina dan India, untuk terus hidup di Malaysia, dan mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Islam adalah agama yang dianuti oleh majority penduduk setempat sebelum hadirnya kaum-kaum imigran pada era penjajahan British, bahkan, Islam adalah agama yang telah meresapi adat dan budaya dunia Melayu sebelum kedatangan para penjajah British dan Portugis. Islam juga telah dipersetujui oleh para penjajah British dan juga para pelopor kemerdekaan agar diletakkan sebagai agama persekutuan Malaysia.
Show more

18 Read more

Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden mengikut jantina, kursus pengajian dan aliran pendidikan. Bahagian ini mengandungi soalan jenis Thurston di mana responden hanya perlu menanda salah satu daripada pilihan jawapan yang telah disediakan (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999:88). Bahagian B pula merupakan soalan-soalan yang berkaitan objektif kajian mengenai tahap kefahaman pelajar tentang salam. Bahagian C berkaitan tentang tahap penghayatan pelajar tentang amalan memberi salam dalam kehidupan seharian mereka. Bahagin D berkaitan tatacara memberi dan menjawab salam menurut Islam. Skala Likert telah digunakan bagi bahagian B, C, dan D. Dalam Skala Likert, responden dikehendaki menandakan jawapan mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999:97).
Show more

6 Read more

Nilai, amalan, dan Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu Islam selepas penjajahan Barat hingga kini

Nilai, amalan, dan Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu Islam selepas penjajahan Barat hingga kini

Kedatangan Islam ke alam Melayu pada abad ke-15 membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban masyarakat Melayu khas dan tamadun Islam amnya. Agama Islam telah membawa bersama kemauan intelektualisme, rasionalisme, penguasaan, dan perkembangan ilmu dalam peradaban Melayu Islam. Dalam memperkembangkan Islam, para pendakwah, ulama, ahli sufi, dan saudagar Islam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam menyampaikan dakwah mereka dan ajaran Islam (al-Attas 1999). Melalui institusi pendidikan seperti masjid, surau, pondok atau pasentren, semua golongan lapisan masyarakat Melayu mula mengenali ilmu Islam. Islam sebagai agama yang menekankan ilmu memberikan penekanan kepada penguasaan ilmu dan keadaan ini telah melahirkan satu sistem pendidikan yang sesuai dengan keadaan masyarakat dan keperluan pada masa tersebut. Pendidikan merupakan salah satu mekanisme penyampaikan agama dan ianya dilihat sebagai proses dakwah kepada masyarakat. Malah, kewujudan kerajaan-kerajaan Melyau Islam di sekitar Nusantara seperti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di sekitar Nusantara seperti di Melaka, Terengganu, Kelantan, dan Kedah merancakkan lagi perkembangan Pendidikan Islam di alam Melayu sehingga wujudnya hubungan yang signifikan antara kerajaan-kerajaan Islam.
Show more

16 Read more

Ekstremisme rentas agama dan tamadun

Ekstremisme rentas agama dan tamadun

agama, menyudutkan Islam dan Muslim secara khusus sebagai mangsa kepada pertembungan tersebut. Pandangan-pandangan yang kebanyakannya negatif telah meresapi ke dalam masyarakat dunia dengan bantuan media-media gergasi serta paparan- paparan keganasan yang dilakukan oleh umat Islam. Tidak kira apa sahaja perkara yang berlaku, tentu sahaja akan dikaji agamanya serta bangsanya. Seperti juga kejadian sebuah kapal terbang terhempas di Perancis yang dibawa oleh pilot German dalam perjalanan dari Sepanyol, juga turut melihat kepada perkara ini. Perkara utama dilihat adalah untuk ‘rule out’ aspek agama dahulu. Jika ianya bukan Muslim, maka ia tidak dikatakan sebagai ekstremis atau terroris. Sejak sekian lama kita telah dimomokkan dengan hal sebegini, pastinya kita perlu bangkit mempersoalkan kembali ekstremisme ini adakah ianya khusus kepada sesuatu bangsa dan agama. Oleh yang demikian, adalah suatu yang penting untuk melihat kepada ekstremisme ini dengan pandangan yang adil dan bebas tanpa sikap prejudis mahupun pandangan yang telah ada di dalam diri seseorang.
Show more

24 Read more

Highlighting Human as a Servant to God in ‘Hari yang Bergelar Kematian’ Short Story:  Based on Takmilah Theory

Highlighting Human as a Servant to God in ‘Hari yang Bergelar Kematian’ Short Story: Based on Takmilah Theory

Shafie Abu Bakar (1997) menghujahkan teori Takmilah mempunyai pertalian antara ilmu dengan sastera, lalu secara tidak langsung melibatkan akal dan hati. Hal ini kerana akal merupakan alat yang paling utama bagi mencapai ilmu, terutamanya berhubung dengan sesuatu yang bersifat alamiah dan rasional. Oleh yang demikian, ilmu dan sastera saling memerlukan dalam emnghasilkan sesebuah karya sastera yang berimpak tinggi. Menerusi cerpen “Hari yang Bergelar Kematian”, penulis menonjolkan watak ‘saya’ yang mendapatkan ilmu bermanfaat dengan mendengar ceramah agama;

8 Read more

Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran

Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran

Adalah untuk meninjau penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di sekolah Agama di negeri Johor menentukan tahap kesediaan dan tahap penggunaan ICT dalam pengajaran di kalangan guru. Tahap kesediaan guru diukur daripada empat aspek iaitu sikap, pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam menggunakan ICT dalam pengajaran. Manakala kajian ini adalah untuk mengenalpasti samada wujudnya perbezaan di antara tahap penggunaan ICT dengan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik dan hubungan di antara kesediaan guru sekolah agama dengan tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Show more

28 Read more

Show all 1882 documents...