Kajian rintis ini dibuat terhadap Saudara-saudara Baru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seramai 10 orang. Dapatan kajian rintis menunjukkan nilai alpha 0.933. Nilai ini menunjukkan bahawa soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian sebenar (Mohamad Najib Abdul Ghafar: 2003: 161). Penyelidik juga telah mendapatkan gambaran awal dengan membuat pemerhatian dan menemu bual 9 orang Saudara Baru dan 2 orang tenaga pengajar di Darul Ukhuwah, Bangunan Wakaf Tampoi, Johor Bahru, Johor.
Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika guru-guru menggunakan BBM dalam P&Pdan bukan hanya kepada pelajar sahaja bahkan kepada guru itu sendiri. Oleh yang demikian, pelbagai maklumat yang berguna diperolehi serta dapat meningkatkan pengetahuan semasa penyediaan BBM terhadap sesuatu topik yang akan diajari di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Di samping itu, dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar- pelajar. Manakala, guru-guru juga dapat menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap P&P. Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif kepada diri pelajar. Amirudin. M.H. (2009), dalam dapatan kajian menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM yang melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam P&P mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di sekolah memerlukan kesediaan guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti.
Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajarandanpembelajaran (P&P) dapat dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran maklumat (Jantan, 2016). Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010) menyatakan guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses P&P bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Justeru itu, guru-guru harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi melaksanakan pengajaran abad ke 21 seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian serta menyahut hasrat Negara untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.
buruk. Oleh itu, penghasilan teknologi dynamic headlamp cornering dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan pemandu ketika memandu pada waktu malam. Projek saya adalah merekabentuk model ini untuk diaplikasikan dalam proses pengajarandanpembelajaran (P&P). selain itu, saya juga dikehendaki untuk menjalankan simulasi menggunakan perisian Matlab.
Tujuan pembangunan format manual P&P ini adalah untuk membantu serta memberi panduan kepada para pensyarah dalam menyediakan pakej pengajaran dan pembelajaran mereka berasaskan CD-Intera[r]
Peratusan persetujuan yang terendah adalah pada item 9 sebanyak 64.6% iaitu menukar tulisan Arab kepada tulisan rumi bagi mudah untuk mempelajari al-Qur’an. Hal ini kerana berdasarkan hasil kajian yang dibuat mendapati bahawa tidak ramai responden yang bersetuju dengan pernyataan tersebut tetapi berdasarkan hasil temu bual yang telah dijalankan mendapati bahawa terdapat segelintir Saudara Baru yang mengakui bahawa dia menukar tulisan Arab kepada tulisan rumi bagi memudahkan penerimaannya untuk mempelajari al-Qur’an. Memandang masa pengajaran adalah terhad, guru tidak dapat mengambil berat pembelajaran murid dan murid mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menukar ulisan Arab kepada tulisan rumi. Menurut Mohd Faris Chin, seorang Saudara Baru yang ditemu bual mengakui bahawa beliau menggunakan kaedah menukar tulisan arab kepada tulisa rumi bagi memudahkan penerimaannya terhadap pembelajaran al-Qur’an.
Pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam Islam. Jika pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, maka keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan menjadi tidak stabil. Ilmu dakwah merupakan salah satu indikator penting untuk mengukur tahap keterlibatan guru dalam menghayati Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara. Terdapat pelbagai pendekatan dan metode dalam melaksanakan proses dakwah yang boleh diimplementasikan oleh guru pendidikan Islam (GPI). Sehubungan itu, kertas kerja ini akan memperincikan tiga metode dakwah untuk diterjemahkan dalam pengajarandanpembelajaran. Pendidikan juga merupakan salah satu dari metode dakwah untuk menyampaikan kefahaman tentang ajaran agama Islam. Jika semua guru pendidikan Islam mempunyai ilmu dan kefahaman cara menggunakan metode dakwah dengan betul, maka sudah pasti Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai dengan baik. Kertas kerja ini akan mengemukakan beberapa pandangan tokoh sarjana Islam dan bagaimana pengaplikasian metode dakwah dalam pengajarandanpembelajaran dengan lebih sistematik.
Di Malaysia, kajian penggunaan KG dalam P&P turut dijalankan. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa penggunaan KG memberi implikasi positif terhadap sikap dan peningkatan pencapaian pelajar. Antaranya, kajian Noraini (2003) menunjukkan penggunaan KG dalam bilik darjah terbukti memberi kesan kepada peningkatan pencapaian Matematik pelajar khususnya dari segi pemikiran logik dan kritis. Begitu juga kajian Kor Liew Kee & Lim Chap Sam (2003) dan Ding Hong Eng, Anis Sabarina & Suriani Mohamad (2003) yang mendapati penggunaan KG dalam P&P di bilik darjah meningkatkan pemahaman konsep. Ini disokong oleh kajian Ali, R. M et al. (2003), iaitu penerokaan dan aplikasi dalam Matematik yang menggunakan data sebagai model telah menunjukkan keupayaan KG sebagai alat sokongan yang dapat memberi impak positif dalam proses P&P Matematik.
Maka, satu kajian perlu dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah-p[r]
GIS telah menjadi sebahagian kurikulum kebangsaan bagi mata pelajaran Geografi di England dan Wales pada tahap menengah rendah dan tinggi, KS-3, KS-4 masing-masingnya dan A- level (Dept of Education, 2012). Ianya dimulai pada tahun 2008. Teknologi ini telah digunakan bagi memproses maklumat daripada peta-peta yang digunakan khususnya dalam bab penghijrahan penduduk dan pembangunan semula bandar. Aplikasi GIS dalam pengajaran Geografi di Boulder High School's USA, menunjukkan kefahaman pembelajaran berjaya ditingkatkan (Steve W., et al., 1999). Kajian-kajian lain juga menunjukkan kejayaan yang hampir sama (Baker and White, 2003, Pang, 2001).
Bagi memenuhi kepentingan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pencapaian akademik yang cemerlang, pensyarah seharusnya mengetahui kaedah yang sesuai digunakan oleh pelajamya dalam p[r]
Menurut Futrell dan Geisert (2000) lagi, kebolehan komputer untuk menyediakan keputusan pengetahuan bagi setiap item latihan dalam jangka waktu yang singkat merupakan sesuatu yang seseorang guru tidak dapat lakukan dengan menggunakan kertas dan pensel. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 91 peratus responden lebih gemar menggunakan komputer kerana ia boleh member maklum balas secara serta merta. Daripada item 4, analisis menunjukkan seramai 40 responden menyatakan dalam p & p, penggunaan pen dan kertas bagi menyemak hasil kerja para pelajar adalah cara yang lambat.
Kajian dijalankan unhlk menilai penggtmaan Pro-Trainer dalam proses pengajaran dan pembelajaran P&P mata pelajaran Robotik dan Sistem Kawalan DTE 3593 di KUiTTHO.. Penilaian dijalankan m[r]
Masalah-Masalah Yang Timbul Apabila Teknik Pengajaran Yang Dipilih Dilakukan Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran 4.5.1 Memerlukan Penyertaan Industri Dalam Membangunkan Sistem P&P 4.5[r]
Kajian ini untuk meneliti keseluruhan falsafah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai salah satu alternatif pengajarandanpembelajaran (P&P) bagi para pelajar sarjana muda dalam bidang pembuatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya universiti awam. Kajian ini juga akan meneliti kesesuaian PBM ini untuk meningkatkan kemahiran “employability” yang dikatakan tidak cukup pada masa sekarang setelah mereka bergelar graduan daripada IPTA selaras dengan kehendak pihak majikan dan kerajaan. Kajian ini akan mengunakan kaedah percampuran kualitatif dan kuantitatif. Data permulaan dengan kaedah kualitatif dengan pengambilan data secara temuduga berstruktur dengan pihak industri pembuatan. Kaedah kuantitatif pula melibatkan data statistik eksperimen bertujuan kepada para pelajar IPTA bagi melihat hubungan di antara PBM sebagai pembolehubah bersandar dan kaitan dengan peningkatan kemahiran “employability” sebagai pembolehubah bebas. Ujian-t juga akan dilakukan bagi melihat hasil ekperimen yang dijalankan. Kajian ini dijangka dapat merumuskan kepentingan PBM untuk meningkatkan kemahiran “employability” dalam kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan pembuatan supaya lebih berdaya saing di pasaran pekerjaan. Kajian ini juga dijangka akan menghasilkan suatu model (P&P) berdasarkan PBM yang berkepentingan untuk IPTA.
Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran P&P ialah menggunakan modul e-pembelajaran.. Langkah ini akan membolehkan kemudahlenturan dari seg[r]
Metodologi atau kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh seseorang guru khususnya guru Pendidikan Islam (GPI) dalam pengajarandanpembelajaran (P&P) mereka merupakan aspek yang amat penting bagi memastikan sesuatu P&P itu berjaya. Rentetan itu, sebelum memulakan sesi P&P guru Pendidikan Islam perlu peka, membuat analisis tentang latar belakang pelajar, serta bijak untuk memilih apakah bentuk metodologi yang sesuai untuk digunakan agar pengajaran mereka dapat di terima dan di fahami oleh para pelajar. Jika dilihat dari aspek Pendidikan Islam itu sendiri, sudah pasti model yang tepat untuk dijadi- kan rujukan adalah Rasulullah S.A.W kerana baginda adalah guru yang terbaik bagi semua umat manusia. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas bentuk-bentuk metodologi atau kaedah pengajaran yang digunakan oleh Baginda menurut perspektif pemikiran imam al-Nawawi dalam kitab himpunan hadis empatpuluh.