Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

Top PDF Program Khas Pensiswazahan Guru Besar:

Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM

Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM

ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perundingan berprinsip dalam kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM Skudai. Sejumlah 73 orang responden dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 20 item, yang dibina berdasarkan prinsip perundingan yang dibangunkan dan disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen yang dihasilkan ialah 0.9199. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi semua dimensi yang dikaji adalah 0.7865 (Memisahkan Pelaku Daripada Masalah), 0.7978 (Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan), 0.8542 (Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama) dan 0.6275 (Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan prinsip Memisahkan Pelaku daripada Masalah adalah pada tahap yang paling tinggi (nilai min: 4.46), diikuti oleh prinsip Menekankan Penggunaan Kriteria Objektif (nilai min: 4.29), prinsip Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama (nilai min: 4.22) dan prinsip Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (nilai min: 4.21). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip berdasarkan faktor umur responden. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip responden berdasarkan faktor jantina dan faktor pengalaman. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.
Show more

9 Read more

Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai daripada Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen (keseluruhan) yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi), 0.663 (gaya kompromi), 0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya mengelak). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi responden adalah pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara kompromi (min 3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara mengelak (min 2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan.
Show more

10 Read more

Tekanan dalam kalangan peserta program khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan

Tekanan dalam kalangan peserta program khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan

Populasi Kajian adalah guru besar - guru besar yang menyertai Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor iaitu 56 orang daripada Kohort 1/ 2006 dan 28 orang daripada Kohort 2/2007. Oleh kerana jumlah populasi untuk kajian ini kurang daripada 100 orang, maka keseluruhan populasi perlu dijadikan responden kajian (Mohd Majid, 1998). Walau bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, hanya 55 orang guru besar (tidak termasuk penulis) yang sedang menyertai Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Kohort 1/2006 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih menjadi responden kerana mereka telah melalui pelbagai pengalaman dalam menyesuaikan diri sebagai pelajar universiti dan dalam masa yang sama bertanggungjawab menguruskan hal-hal pentadbiran sekolah (Rohana, 2006). Pemilihan sampel kajian ini menepati kriteria sampel yang ideal seperti dicadangkan oleh Best dan Khan (1989) iaitu sampel yang dapat memberi maklum balas seperti yang dikehendaki dan dapat mewakili keseluruhan populasi.
Show more

13 Read more

Aplikasi Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web Di Kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di UTM Skudai

Aplikasi Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web Di Kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di UTM Skudai

Abstract: The aim of the research was to investigate the use of e-mail and website among 85 headmasters in the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. The objectives of this research were (1) to determine the skills possessed by the headmasters, (2) to determine the perceptions toward the application of e-mail and website, and (3) to determine the ways the e-mail and website were used among the PKPGB headmasters. The instrument used in this research consisted of two parts; part A to represent the demographic items and part B to represent items that measure the headmasters’ basic skills in using the e-mail and web site, perception and the way headmasters use the e-mail and web application. The data was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 14.0. The results of the study revealed that the skills of the headmasters in using email and web site were at high level, the level of the headmasters’ perception towards the use of the e-mail and website was at high level too, while the ways the e-mail and website were used was at moderate level. The result from the t-test shows that there is no significant difference within gender with basic skills and usage, but there is a significant difference within gender and PKPGB headmaster perceptions. The results from Anova test shows that there is no significant differences within experiences with basic skills, the usage and perceptions, but there is significant differences within ages with basic skills and perception levels by the PKPGB headmasters. It is hoped that the research findings will serve as guidance for educational planners in conducting training among school headmasters.
Show more

7 Read more

Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan
Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah

Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah

Untuk memastikan set soal selidik ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan, penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan item tersebut. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)- Pengurusan Pendidikan di Universiti Pendidikan Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor. Hasil analisis kajian rintis mendapati nilai kebolehpercayaan intrumen Learning Style Inventory (LSI) oleh Kolb, nilai Alpha ialah 0.86 alpha dan Teaching Style Inventory oleh Grasha, nilai Alpha ialah 0.84. Set soal selidik Teaching Style Inventory oleh Grasha ini telah di analisis dengan menggunakan perisian Statical Package for Social Science (SPSS) version 14 for windows dan Learning Style Inventory (LSI) oleh Kolb di analisis secara manual. Alpha merupakan ketetapan dalaman dan nilai maksimum untuk pekali kebolehpercayaan adalah 1.0. sekiranya nilai tersebut kurang dari 0.6, maka boleh dikatakan instrument yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah (Mohd Salleh dan Zaidatun, 2001).
Show more

10 Read more

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik ‘Principal Instruction Management Rating Scale’ (PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran (Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi instrumen ‘Principal Instruction Management Rating Scale,’ nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11), Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).
Show more

9 Read more

Pengurusan masa di kalangan pelajar program khas pensiswazahan guru besar(PKPGB) ambilan 1, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Pengurusan masa di kalangan pelajar program khas pensiswazahan guru besar(PKPGB) ambilan 1, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Abstrak : Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa bagi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1, dari aspek menguruskan masa untuk pelajaran, mengurus masa untuk mengurus sekolah dan mengurus masa untuk bersama keluarga. Seramai 56 orang pelajar PKPGB Ambilan 1, namun responden yang dilibatkan hanya 50 orang sahaja. Satu set soal selidik yang mengandungi 45 soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science versi 12.0 dan penghuraian berdasarkan kepada frekuensi, peratus dan min. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kajian ialah alpha = 0.83 . Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikin aspek pengurusan masa untuk pelajaran, pengurusan masa untuk mengurus sekolah dan pengurusan masa untuk mengurus keluarga dengan perbezaan jantina. Semua pelajar PKPGB Ambilan 1 telah dapat menggunakan dan menguruskan masa mereka dengan baik dan cemerlang untuk belajar, mengurus dan mentadbir sekolah dan bersama-sama keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan masa pelajar PKPGB Ambilan 1, adalah di tahap tinggi.
Show more

8 Read more

Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes.

Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes.

Menurut Webster (1985), sampel merupakan bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian.Persampelan rawak yang dipilih oleh penyelidik adalah persampelan berlapis. Persampelan ini ada kemungkinan tidak mewakili keseluruhan populasi.Menurut Azizi Yahya (2007), penggunaan persampelan berlapis menambahakan peluang kepada penyelidik mendapatkan data yang mewakili populasi dan dengan itu menambahkan ketepatan keputusan. Azizi Yahya (2007) menyatakan 30% daripada sampel sebenar daripada jumlah populasi adalah mencukupi. Saiz sampel yang besar adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Lebih besar sampel,lebih mantap kajian kerana dapat mengurangkan kesilapan keputusan. Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Sampel merupakan sumber untuk mendapatkan data daripada sesuatu populasi Populasi.bagi kajian ini ialah seramai 123 setelah ditolak dengan diri pengkaji. Ini menepati bilangan saiz Krejcie & Morgan. Sampel kajian terdiri daripada 100 guru PKPG 4SPH di UTM.
Show more

7 Read more

Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia

Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia

Kenyataan ini mungkin disebabkan majoriti responden telah berkahwin dan mempunyai anak. Merujuk kepada analisis latar belakang responden didapati seratus enam responden telah berkahwin dan kebanyakan mereka mempunyai sekurangkurangnya dua orang anak atau lebih. Tambahan pula, kebanyakan responden mempunyai pendapatan antara RM1001 hingga RM 1500. Dengan pendapatan yang terhad ini tentu tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga kerana kos barang yang semakin meningkat pada masa kini. Menurut Samsul (2004), sebilangan besar pelajar mengalami masalah kewangan kerana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung kekurangan.
Show more

11 Read more

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas
Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia

Globalisasi yang berlaku mutakhir ini mempunyai potensi besar sebagai cabaran utama masyarakat dunia. Maka warga pendidikan termasuk pelajar dan pensyarah harus mempersiapkan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan supaya mereka tidak tersisih dari perkembangan mutakhir ini kerana ianya memberi kesan signifikan dari segi spirituil, sosial, ekonomi dan politik. Sebagai langkah utama pemupukan budaya membaca perlu diteruskan kerana ilmu yang diperolehi melalui amalan membaca amat berharga. Ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan hidup. Ia mampu membuatkan seseorang itu memperolehi ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda.
Show more

6 Read more

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di enam buah sekolah di daerah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Kulai iaitu SK LKTP Adela, SK Datuk Usman Awang, SK Ulu Tiram, SJKC Johor Jaya, SJKC Masai dan SK LKTP Penggeli Timur kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan sessi temu bual bersama Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) di sekolah tersebut. Kerjasama daripada GPKPK di keenam-enam buah sekolah rendah ini juga amat saya hargai kerana mereka sudi meluangkan masa untuk sessi temu bual dan menjadi responden dalam kajian saya ini.
Show more

30 Read more

Kepimpinan Situasi Dalam Kalangan Guru Besar
Daerah Johor Bahru

Kepimpinan Situasi Dalam Kalangan Guru Besar Daerah Johor Bahru

Sehubungan dengan itu, guru besar memerlukan stail kepemimpinan yang sama dengan situasi di sekolah. Stail kepemimpinan yang sesuai dengan ciri guru dijangka mampu mempengaruhi orang bawahannya untuk menggerakkan sekolah ke arah kecemerlangan. Contohnya, kepemimpinan autokratik dapat memastikan segala arahan serta keputusan adalah ditangan guru besar sahaja dan tiada kompromi dalam melaksanakan arahan yang diberikan. Ini memberikan tekanan dan tidak memotivasikan guru untuk melahirkan kreativiti atau idea. Manakala gaya demokratik pula memperlihatkan bahawa guru besar yang bertolak ansur dan memberi peluang kepada orang bawahannya untuk bersama-sama membuat keputusan. Namun begitu, gaya kepemimpinan yang terlalu longgar akan mengakibatkan pelbagai konflik atau timbul budaya sebilangan guru sahaja yang terlibat dan sebahagian lagi hanya berpeluk tubuh sahaja.
Show more

24 Read more

AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH YANG BERJAYA DARI PROJEK ‘ISSPP’ : SATU TINJAUAN

AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH YANG BERJAYA DARI PROJEK ‘ISSPP’ : SATU TINJAUAN

Jelasnya, kedua-dua model ISSPP yang dipilih merupakan 2 model yang mempunyai konteks, latarbelakang dan ciri-ciri yang paling hampir dengan Malaysia. Hasil dari kedua-dua model membuktikan bahawa pemimpin sekolah, melalui kepimpinan mereka mampu membentuk visi dan misi yang difahami dan dipersetujui oleh warga sekolah, komuniti di luar kawasan sekolah dan ‘stakeholder’. Melalui kajian-kajian ISSPP ini diharap amalan-amalan kepimpinan guru besar dan pengetua yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah mereka dapat menjadi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin sekolah yang lain untuk berjaya dan maklumat-maklumat yang diperolehi dapat digunakan oleh sekolah-sekolah lain di Malaysia dan di dunia.
Show more

10 Read more

Reformasi dalam TVET : perubahan masa hadapan

Reformasi dalam TVET : perubahan masa hadapan

Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan berdasarkan prestasi institusi bagi menggalakkan persaingan di kalangan institusi dalam menghasilkan kajian dan menyediakan sumber manusia berkemahiran. Bantuan kewangan juga akan diberikan kepada pelajar di peringkat SKM tahap 3 dan ke atas di institusi awam. Pelajar yang tercicir juga merupakan sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi setelah mendapat latihan dan kemahiran. Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), kerjasama industri dalam menyediakan latihan kemahiran di tempat kerja juga akan membantu peningkatan penghasilan tenaga mahir. Dana dan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM150 juta akan di peruntukkan di bawah SLDN bagi memanfaatkan golongan pelajar tercicir.
Show more

6 Read more

Pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah di Johor Bahru, Johor

Pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah di Johor Bahru, Johor

Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan atau diskriptif iaitu dengan mengambil data menggunakan soal selidik (Mohd Najib, 1999). Bagi kajian ini, pengumpulan data dan maklumat dibuat dengan menggunakan soal selidik yang dibina sendiri dan diberi kepada pelajar yang menjadi responden. Nilai Alpaha Cronbach untuk menguji kebolehpercayaan soalan soal selidik ialah 0.823. Tumpuan kajian ialah untuk mengetahui apakah persepsi pelajar Pendididkan Khas mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup yang mereka pelajari.

15 Read more

Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor

Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam system pendidikan Negara merupakan satu usaha untuk memantapkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid-murid sekolah rendah. Namun setelah sekian lama pelaksanaannya, masih terdapat segelintir murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M di sekolah rendah malahan sehingga ke sekolah menengah. Oleh itu, program pemulihan khas diperkenalkan sebagai satu altenatif untuk membantu murid-murid dalam penguasaan 3M di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan lebih awal. Calon guru program pemulihan khas adalah seorang yang sewajarnya berminat, berpengetahuan dan berkemahiran serta terlatih dalam bidang ini supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Matlamatnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah murid dalam penguasaan 3M di peringkat sekolah rendah lagi. Satu kajian dijalankan untuk mengetahui sejauhmanakah tahap minat guru, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan guru dalam bidang pemulihan khas dan beban tugas guru dalam melaksanakan program pemulihan khas di sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan di daerah Pontian, Johor dipilih sebagai lokasi dan sampel kajian. Sebanyak 42 buah sekolah yang melaksanakan program ini telah diberikan borang soal selidik. Kajian rintis telah dijalankan kepada 10 orang guru di daerah Johor Bahru dan didapati kebolehpercayaannya ialah pada alpha .8801. Analisa data SPSS telah digunakan untuk mengetahuai kekerapan dan peratusan min. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap minat, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan guru dan beban tugas guru di sekolah kebangsaan dalam daerah Pontian, Johor ialah pada tahap sederhana iaitu 59.07 % manakala faktor yang paling dominan di antara empat tahap di atas ialah tahap pengetahuan dan kemahiran guru iaitu 69.97 %.
Show more

21 Read more

Pengamalan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah dalam kalangan Guru-guru Besar

Pengamalan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah dalam kalangan Guru-guru Besar

Memandangkan kajian ini dijalankan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam di sekolah mereka untuk menilai guru-guru besar masing- masing di lima puluh lima buah sekolah rendah, kaedah mengisi borang kaji selidik perlu diperjelaskan secara terperinci sebelum mengisi orang tersebut agar tidak tersalah mengisinya. Bagi memastikan borang-borang kaji selidik itu sampai ke tangan guru- gurua pendidikan Islam dan memastikan borang tersebut itu dapat dipulangkan semula setelah diisi, pihak penyelidik telah menguruskan sendiri penyerahan borang dan pengumpulan borang kaji selidik itu. Memandangkan persoalan kajian yang dijalankan ini berkaitan sikap dan tingkahlaku pemimpin di sekolah tersebut maka setiap kelakuan pemimpin itu dinilai dari kacamata responden terhadap kepimpinan guru besar mereka di sekolah dan bukan penelitian tingkah laku setiap individu guru besar itu sendiri dalam setiap masa.
Show more

30 Read more

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Pihak Institut Aminuddin Baki (IAB) selaku institusi yang melatih guru besar perlu menitikberatkan aspek pengurusan emosi dengan matlamat memperkasa ilmu psikologi bakal pentadbir. Bakal pentadbir yang didedahkan dengan ilmu psikologi dijangka lebih berupaya mewujudkan suasana kerja yang harmoni, peka kepada keperluan dan perasaan guru. Melalui latihan dalam bidang psikologi juga, guru besar dijangka lebih berupaya mengurangkan bebanan dan tekanan kerja guru malah mampu menyeimbangkan nilai kemanusiaan dengan pengurusan yang berkualiti untuk penghasilan persekitaran sekolah yang lebih cemerlang. Pihak IAB turut disaran supaya mewajibkan kehadiran kursus dan latihan yang seragam sebelum dilantik menjadi guru besar. Secara ideal, latihan formal yang seragam kepada guru besar dijangka dapat menjurus kepada keberkesanan kepimpinan kerana mempunyai pendedahan tentang teori dan latihan pengurusan seperti yang telah dikuatkuasakan dalam sistem lantikan guru besar di Singapura dan United Kingdom (Sharp & Gopinathan 2002; Ishak 2007).
Show more

9 Read more

Amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar

Amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar

Menurut Abdul Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman (2000) membuat keputusan berlaku apabila timbul sesuatu masalah. Pendapat ini disokong oleh Chek Mat (2003) yang menyatakan masalah pemimpin timbul apabila pekerja dalam organisasi tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagaimana yang dijangkakan. Justeru hasrat pemimpin untuk mencapai matlamat tidak tercapai. Pada ketika ini pemimpin perlu membuat keputusan yang tepat bagi menangani masalah yang timbul. Dalam konteks membuat keputusan, emosi turut terlibat secara langsung. Dalam tindakan membuat keputusan, emosi memainkan peranan bagi memilih pertimbangan terhadap kepentingan keputusan yang dibuat dalam organisasi itu. Kadang kala emosi sering mengganggu apabila seseorang mengambil sesuatu tindakan untuk membuat keputusan. Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, kepimpinan juga terlibat secara langsung menghadapi gangguan emosi. Justeru apabila guru besar membuat keputusan, maka ini turut memberi kesan kepada individu dalam kumpulan dalam sekolahnya sendiri. Abdul Aziz Yusof (2004) mengatakan guru besar membuat keputusan adalah berasaskan andaian atau persepsi keputusan tanpa mengambil kira kepintaran emosi yang dimiliki. Selain itu, guru besar juga akan mengambil risiko dalam membuat keputusan. Setiap risiko yang diambil akan memberi kesan kepada sekolah dan stakeholdernya. Situasi yang kerap berlaku dalam sekolah ialah guru besar apabila menghadapi kritikan tidak dapat mempertahankan keputusannya. Jika dilihat dalam konteks situasi sekolahnya, maka tekanan menjadi faktor kepada guru besar bagi menyelesaikan masalah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Fiedler (1967) dalam Lynne Millward (2005) yang menyatakan bahawa kebanyakan keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah situasi tekanan yang amat tinggi. Keadaan yang terdesak disebabkan oleh faktor masa boleh menyebabkan keputusan dilakukan secara ad hoc. Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan ini, maka penyelidik menjalankan kajian terhadap amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar.
Show more

16 Read more

Amalan LINUS sekolah kebangsaan di zon Parit Bunga, daerah Muar

Amalan LINUS sekolah kebangsaan di zon Parit Bunga, daerah Muar

Program LINUS berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1-3) untuk literasi dan kemahiran numerasi. Program intervensi yang lain hanya fokus kepada kemahiran literasi (KIA2M) pada murid tahun 4 hingga 6 (Protim). Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitator berdedikasi dikenali sebagai FasiLINUS ditempatkan di semua Pejabat Pelajaran Daerah. Satu FasiLINUS akan menyelia tiga puluh buah sekolah. Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasi ke Pejabat Pelajaran Daerah dan dipantau oleh Jemaah Nazir. Sebelum ini perkara ini tidak dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru terbaik kini akan ditempatkan pada Tahun 1 dan 2 iaitu semenjak dari program LINUS (bukan hanya di kelas peperiksaan iaitu tahun 6). Guru pemulihan LINUS tambahan seramai 3, 246 orang untuk membantu sekolah dalam mengatasi masalah pemulihan LINUS di sekolah.
Show more

35 Read more

Show all 10000 documents...