Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

Top PDF Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG):

Faktor-Faktor Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru Yang Mengikuti Program
Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Sepenuh Masa, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Faktor-Faktor Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Sepenuh Masa, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti lima faktor mendorong stres dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Lima faktor yang dikaji adalah hubungan kekeluargaan, persekitaran pembelajaran, kewangan, pengurusan masa dan kemahiran belajar. Responden kajian ini terdiri daripada 48 orang guru yang mengikuti prorgrm Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah diproses menggunakan perisian SPPS versi 15.0 dan dihuraikan dalam bentuk peratusan dan min. Hasil keputusan kajian menunjukkan faktor kewangan (min = 3.01) merupakan faktor yang lebih mendorong stres di kalangan guru PKPG berbanding dengan faktor-faktor lain iaitu pengurusan masa (min = 2.83), kemahiran belajar (min = 2.75), hubungan kekeluargaan (min = 2.65) dan persekitaran pembelajaran (min = 2.48). Faktor kewangan berada ditahap stres yang tertinggi manakala faktor pengurusan masa, faktor kemahiran belajar, faktor hubungan kekeluargaan dan faktor persekitaran pembelajaran berada ditahap stres sederhana. Ini menunjukkan faktor kewangan perlu diambil berat oleh guru PKPG dengan membuat persiapan kewangan keluarga sebelum mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru.
Show more

8 Read more

Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes.

Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes.

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru siswazah yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menyentuh dua aspek iaitu sikap dan kemahiran bakal guru siswazah tersebut. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada semua bakal guru siswazah tahun 4 kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM. Respondennya adalah seramai 100 orang .Instrumen kajian adalah dalam bentuk soal- selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpa croanbach) yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159.. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.5 meliputi kekerapan, peratus, min, sisihan Piawai dan Ujian-t. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi mendapatkan satu gambaran yang jelas mengenai kesediaan bakal guru siswazah untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru siswazah PKPG menunjukkan kesediaan dari segi sikap dan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Berdasarkan Ujian-t didapati bahawa tiada perbebezaan yang dikenalpasti antara jantina
Show more

7 Read more

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas
Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar – Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktor luaran serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktor luaran seperti faktor ibu bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca.
Show more

6 Read more

Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia

Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru(Kemahiran Hidup) Di Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah pembelajaran pelajar Tahun Empat Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia. Persoalan yang dikaji menyentuh aspek beban kerja, masalah pengurusan masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan masalah kewangan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar tahun 4SPH iaitu seramai 114 orang. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang memuatkan item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan persoalan kajian. Skala yang digunakan ialah skala Likert lima poin. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS 15.0) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek beban kerja, pengurusan masa, peranan pensyarah dan kewangan pada tahap sederhana manakala masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak fakulti untuk membantu menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar semasa mereka mengikuti kursus di Universti Teknologi Malaysia.
Show more

11 Read more

Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai daripada Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen (keseluruhan) yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi), 0.663 (gaya kompromi), 0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya mengelak). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi responden adalah pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara kompromi (min 3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara mengelak (min 2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan.
Show more

10 Read more

Aplikasi Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web Di Kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di UTM Skudai

Aplikasi Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web Di Kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di UTM Skudai

Abstrak: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan e-mel dan laman web di kalangan 85 orang Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti (1) kemahiran asas, (2) persepsi terhadap aplikasi e-mel dan laman web, dan (3) cara penggunaan e-mel dan laman web di kalangan Guru Besar PKPGB. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mengandungi dua bahagian; bahagian A mewakili item latar belakang dan bahagian B mewakili item untuk mengukur kemahiran asas, persepsi dan cara penggunaan aplikasi e-mel dan laman web oleh Guru Besar PKPGB. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran asas Guru Besar PKPGB dalam menggunakan e-mel dan laman web berada pada tahap tinggi, persepsi Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web juga tinggi, manakala tahap penggunaan Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web berada pada tahap yang sederhana. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran asas dan cara penggunaan, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap persepsi guru besar PKPGB. Dapatan daripada ujian Anova pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman dengan kemahiran asas, persepsi dan cara penggunaan, faktor umur dengan cara penggunaan, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan kemahiran asas dan tahap persepsi guru besar PKPGB. Adalah diharapkan dapatan kajian boleh dijadikan panduan oleh perancang dalam bidang pendidikan dalam merangka latihan yang perlu bagi Guru Besar di sekolah.
Show more

7 Read more

Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan
Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah

Gaya Pembelajaran Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Gaya Pengajaran Pensyarah

Untuk memastikan set soal selidik ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan, penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan item tersebut. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)- Pengurusan Pendidikan di Universiti Pendidikan Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor. Hasil analisis kajian rintis mendapati nilai kebolehpercayaan intrumen Learning Style Inventory (LSI) oleh Kolb, nilai Alpha ialah 0.86 alpha dan Teaching Style Inventory oleh Grasha, nilai Alpha ialah 0.84. Set soal selidik Teaching Style Inventory oleh Grasha ini telah di analisis dengan menggunakan perisian Statical Package for Social Science (SPSS) version 14 for windows dan Learning Style Inventory (LSI) oleh Kolb di analisis secara manual. Alpha merupakan ketetapan dalaman dan nilai maksimum untuk pekali kebolehpercayaan adalah 1.0. sekiranya nilai tersebut kurang dari 0.6, maka boleh dikatakan instrument yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah (Mohd Salleh dan Zaidatun, 2001).
Show more

10 Read more

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik ‘Principal Instruction Management Rating Scale’ (PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran (Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi instrumen ‘Principal Instruction Management Rating Scale,’ nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11), Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).
Show more

9 Read more

Tekanan dalam kalangan peserta program khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan

Tekanan dalam kalangan peserta program khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan

Abstract : This study was carried out to determine the level of stress among the participants of Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) in Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. The study also identifies possible causes of the stress and its effects on effeciency in managing their school and their health. Data were gathered through 5 Likert scales questionnaires to a sample of 55 Head Masters who are currently involved in Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Kohort 1/2006 in Universiti Teknologi Malaysia. Descriptive statistics such as frequencies, percentages and mean scores are widely used in this study. To prove the hypothesis, Pearson correlation ( r ) is used to determine the correlation level between the four causes of stress being studied and its effects on their health and efficiency in managing their school. Research findings show that the level of stress among the respondents is moderate while all four causes of management stress being studied do not seem to give great impact on their level of stress. It is found that problems faced by the Head Masters in managing their schools seem to be the prime factor that contributes to the existing level of the stress. The results from the hypothesis testing proved that all four causes of stress indicate high correlation with the health and efficiency in managing school. Based on the above research findings, a number of suggestions are forwarded to balance the stress level of the PKPGB students.
Show more

13 Read more

Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Abstrak : Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seramai 236 orang sampel dari empat buah institusi pendidikan awam (UTM, UPM, UiTM dan UPSI) telah dipilih untuk dijadikan responden. Data- data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 (SPSS). Analisis deskriptif digunakan untuk menguji kekerapan, min dan peratusan. Manakala analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis. Hipotesis diuji dengan menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisis varian (ANOVA) pada aras signifikan 0.05 sebagai panduan bagi penerimaan atau penolakan sesuatu hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati ada hubungan yang signifikan antara gred pencapaian Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi tiada perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan minat dan tahap keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Show more

8 Read more

Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM

Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM

ABSTRACT : The purpose of this study was to identify the levels of principle negotiation practices among headmasters in the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) at UTM, Skudai. A total of 73 respondents were involved in answering a 20 item questionnaire which was constructed based on Fisher, Ury and Patton (1991) conception of principled negotiation. The Alpha Cronbach coefficient value for the instrument was 0.9199. The Alpha Cronbach coefficient values for all dimension studied were 0.7865 (Separate the People from the Problem), 0.7978 (Focus on Interest Not Position), 0.8542 (Invent Option for Mutual Gain), and 0.6275 (Insist On Using Objective Criteria). The results from this study showed that the Separate the People from the Problem principle was practiced at the highest level (mean values: 4.46), followed by Insist on Using Objective Criteria principle (mean value: 4.29), Invent Option for Mutual Gain principle (mean value: 4.22) and Focus on Interest Not Position principled (mean value: 4.21). The result showed that there was a significant difference between the practice of principle negotiation based on respondent’s age factor. The results also showed that there were no significant differences in respondents practices of principle negotiation based on their gender and experiences factor. It is hoped that futures researchers will be able to conduct extended research to improvise the questionnaire.
Show more

9 Read more

Pengurusan masa di kalangan pelajar program khas pensiswazahan guru besar(PKPGB) ambilan 1, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Pengurusan masa di kalangan pelajar program khas pensiswazahan guru besar(PKPGB) ambilan 1, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Abstrak : Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa bagi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1, dari aspek menguruskan masa untuk pelajaran, mengurus masa untuk mengurus sekolah dan mengurus masa untuk bersama keluarga. Seramai 56 orang pelajar PKPGB Ambilan 1, namun responden yang dilibatkan hanya 50 orang sahaja. Satu set soal selidik yang mengandungi 45 soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science versi 12.0 dan penghuraian berdasarkan kepada frekuensi, peratus dan min. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kajian ialah alpha = 0.83 . Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikin aspek pengurusan masa untuk pelajaran, pengurusan masa untuk mengurus sekolah dan pengurusan masa untuk mengurus keluarga dengan perbezaan jantina. Semua pelajar PKPGB Ambilan 1 telah dapat menggunakan dan menguruskan masa mereka dengan baik dan cemerlang untuk belajar, mengurus dan mentadbir sekolah dan bersama-sama keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan masa pelajar PKPGB Ambilan 1, adalah di tahap tinggi.
Show more

8 Read more

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Di sekolah rendah kebanyakan guru-guru pendidikan khas yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman sebagai penyelaras adalah lepasan sijil ataupun diploma pendidikan. Pada masa sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan kemudahan dan ruang kepada guru-guru ini melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah sarjana muda secara sepenuh masa ataupun secara sambilan. Banyak program-program yang ditawarkan kepada guru-guru yang mahu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah sarjana muda seperti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Apabila guru-guru ini telah tamat pengajian masing-masing, mereka akan ditawarkan ke skim siswazah iaitu gred DG41 dengan gelaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Perubahan skim ini akan menyebabkan guru-guru ini tidak layak memohon untuk menjawat jawatan GPKPK. Ini kerana di sekolah rendah jawatan GPKPK hanya layak untuk yang menyandang DG32 secara time based sahaja. Perkara ini akan memberi kesan kepada pengisian jawatan GPKPK iaitu guru-guru yang memohon jawatan ini mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan pengajaran di kelas pendidikan khas. Lantaran itu jawatan GPKPK ini lebih terbuka kepada guru-guru baru yang kurang pengalaman di dalam hal-hal pentadbiran seperti pengurusan kewangan, hal ehwal murid, ko-kurikulum, penyeliaan, membuat keputusan dan sebagainya.
Show more

30 Read more

Standard Guru Malaysia Dalam Program Persediaan Guru Reka Bentuk Dan Teknologi

Standard Guru Malaysia Dalam Program Persediaan Guru Reka Bentuk Dan Teknologi

Kajian Zanzali dan Asri (2010) mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih tidak dapat mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah dipelajari ketika dalam program persediaan guru ke dalam kelas sebenar semasa di sekolah. Faktor ini menunjukkan kebanyakan guru pelatih masih lagi kurang kemahiran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Harun (2014) juga mendapati masih terdapat guru yang tidak kreatif dalam menyampaikan proses PdP di dalam kelas atau di dalam bengkel. Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami konsep dan kemahiran yang disampaikan oleh guru. Menurut kajian Hassan, Tamuri, Othaman, dan Mamat (2009), seorang guru perlu mempunyai keseimbangan antara intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk menjadi contoh personaliti kepada pelajar. Namun, masih terdapat bakal guru yang mempunyai sikap negatif terhadap profesion keguruan seperti kurang komitmen kerja, kurang dedikasi dan tidak bertanggungjawab terhadap tugas.
Show more

15 Read more

Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada guru-guru khususnya guru RBT yang bakal dihantar mengajar ke sekolah-sekolah bagi satu persediaan supaya mereka lebih berkompetensi dalam bidang pendidikan. Semua maklumat yang diperolehi daripada kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri agar dapat memantapkan kemahiran yang ada pada setiap guru RBT. Selain itu, kajian dilakukan sebagai satu pendekatan untuk mendedahkan setiap bakal guru tentang kepentingan memahami indikator-indikator dalam SGM. Hal ini kerana, SGM menerangkan tentang garis panduan keperluan seorang guru dalam program persedian. Indikator yang terdapat dalam SGM ialah amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Semua indikator ini merupakan perkara asas yang perlu diambilkira oleh seorang bakal guru dan juga guru sedia ada supaya mereka dapat memperbaiki kemahiran yang diperlukan dalam mendidik pelajar yang mengambil subjek RBT.
Show more

45 Read more

ETHNOBOTANICAL AND PHARMACEUTICAL USES OF VETIVERIA ZIZANIOIDES (LINN) NASH: A MEDICINAL PLANT OF RAJASTHAN

ETHNOBOTANICAL AND PHARMACEUTICAL USES OF VETIVERIA ZIZANIOIDES (LINN) NASH: A MEDICINAL PLANT OF RAJASTHAN

as cooling agent, tonic and blood purifier. It is used to treat many skin disorders and is known to have calming effect on the nervous system. It is regarded as a stimulant, refrigerant and antibacterial and when applied externally, it removes excess heat from the body and gives a cooling effect. Being a major constituent of ‘Rasayana’ in Ayurveda, different parts of the vetiver plant have traditionally been used by the Indian tribes for treating various ailments, diseases and disorders including boils, burns, epilepsy, fever, scorpion sting, snakebite, sores in the mouth, headache, toothache, weakness, lumbago, sprain, rheumatism, urinary tract infection, malarial fever, acidity relief and as an anti-helmintic. It has also been used in traditional medicine of Asia and Africa, particularly ancient Tamil literature mentions the use of vetiver for medical purposes. Other medicinal uses of Khas Khas include ringworm, indigestion and loss of appetite. It has been considered a high-class perfume. Copper plate inscriptions listing the perfume as one of the articles used by royalty have been discovered in Ayurvedic literature is called as “Suganti-mulaka” i.e. sweet smelling and “Sita Mulaka” (having cool roots). All over India the roots are made to scented mats, fans, ornamental baskets and many other small articles. Also burnt as fumigator.
Show more

7 Read more

Hubungan tekanan kerja dengan komitmen dan kepuasan kerja dalam kalangan guru program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran di empat buah sekolah rendah daerah Pontian

Hubungan tekanan kerja dengan komitmen dan kepuasan kerja dalam kalangan guru program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran di empat buah sekolah rendah daerah Pontian

Mokhtar (1998) pula memberikan definisi tekanan kerja guru sebagai pengalaman yang dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan. Kesimpulannya tekanan kerja boleh didefiniskan sebagai keadaan fizikal dan mental guru yang diakibatkan oleh gangguan peristiwa atau keadaan persekitaran pekerj aan. Kyriacou dan Sutcliffe (1978) menyatakan bahawa tekanan kerja guru sebagai tindak balas negatif seperti kemarahan atau tekanan jiwa yang disebabkan oleh pelepasan hormon “andrenocorticontrophic” ke dalam saluran darah dan menyebabkan kadar degupan jantung menjadi pantas. Keadaan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan dengan mudah. Tekanan kerja yang dihadapi oleh golongan guru ini akan menggugat keyakinan serta kesihatan mereka dan seterusnya mengganggu kerjaya dan kehidupan harian.
Show more

72 Read more

Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Sindrom Down

Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Sindrom Down

Tinjauan awal di sekolah dilakukan untuk melihat kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pendidikan khas bagi mengajar pelajar Sindrom Down. Temubual tidak rasmi dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelajar Sindrom Down dan institusi-institusi yang menawarkan khidmat pendidikan bagi golongan ini. Hasil tinjuan awal, penyelidik mendapati bahawa terdapat dua buah institusi pendidikan khas yang mempunyai pelajar Sindrom Down; Program Integrasi Khas SMK Cherang Ruku, dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Hasil dari pemerhatian awal, didapati bahawa kaedah pengajaran yang dilaksanakan masih lagi kaedah konvensional, iaitu menggunakan buku dan papan hitam.
Show more

10 Read more

Sikap guru novis terhadap program pembangunan staf di sekolah

Sikap guru novis terhadap program pembangunan staf di sekolah

Namun, untuk sesebuah negara memiliki satu sistem pendidikan yang mantap memerlukan ia dihayati dan dilaksanakan sebaik mungkin. Peranan yang dimainkan oleh para guru dalam merealisasikan falsafah dan harapan sistem pendidikan negara merupakan faktor penentu yang utama. Para guru yang berada di barisan hadapan harus menunjukkan keterampilan yang tinggi ketika menjalankan tugas mereka. Harapan terhadap kefungsian sekolah dan guru sentiasa bersikap dinamik telah menyebabkan keupayaan guru-guru terutamanya guru novis menangani cabaran-cabaran dalam pendidikan terus dipersoalkan oleh semua pihak. Keupayaan para pelajar memperolehi manfaat daripada pendidikan juga sering dikaitkan dengan kemampuan, kelayakan dan kemahiran guru-guru memberi perkhidmatannya sejajar dengan tuntutan dan harapan tinggi negara serta masyarakat. (Yusri, 2001)
Show more

38 Read more

Kesesuaian pelaksanaan Program Pendidikan Khas di Politeknik Johor Bahru

Kesesuaian pelaksanaan Program Pendidikan Khas di Politeknik Johor Bahru

Satu kajian yang dijalankan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati hampir separuh (45.6 peratus) guru yang bukan dari khusus pendidikan khas mengajar di program pendidikan khas masalah pembelajaran. Mereka berkata 54.4 peratus guru mempunyai pengkhususan pendidikan khas pula mendidik pelajar dalam aliran biasa. Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran.
Show more

40 Read more

Show all 10000 documents...