program pembangunan pelajar

Top PDF program pembangunan pelajar:

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam merekabentuk program pembangunan pelajar

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam merekabentuk program pembangunan pelajar

Abstrak: Program Pembangunan Pelajar adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing para pelajar dalam membentuk sahsiah dan kepemimpinan. Di samping itu apa yang lebih penting ialah bagaimana para pelajar dapat mengaplikasikan tahap keintelektualan mereka secara kreatif dan kritis. Terdapat pelbagai jenis program pembangunan pelajar yang boleh dilaksanakan antaranya ialah, pengendalian bengkel, kursus, latihan, seminar dan sebagainya. Kertas kerja ini akan memberikan fokus dalam pengendalian bengkel pemnbangunan pelajar berdasarkan pengalaman penulis. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana diterapkan domain kognitif dalam pengendalian program pembangunan pelajar. Blooms telah mengkategorikan tiga domain dalam pembelajaran itu; domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Perbincangan dalam kertas kerja ini akan hanya tertumpu pada domain kognitif. Domain kognitif dapat dibahagikan kepada enam aras iaitu; aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Adalah didapati penerapan domain kognitif dalam aktiviti dalam bengkel berupaya meningkatkan daya berfikir di kalangan para peserta bengkel.

8 Read more

Program pembangunan pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia

Program pembangunan pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak: Kertas kerja ini membincangkan program pembangunan pelajar yang dilaksanakan oleh Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sejak jawatan kuasa tersebut ditubuhkan sehingga hari ini, pelbagai program motivasi dilaksanakan untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang kurang memuaskan dan ini telah dijalankan secara berterusan.Program motivasi yang telah dijayakan baru-baru ini memperlihatkan suatu kelainan apabila ia melibatkan bukan sahaja pelajar-pelajar berprestasi lemah tetapi juga mereka yang berprestasi cemerlang dalam akademik. Tujuan program ini ialah untuk membentuk pelajar supaya bersahsiah mulia, berdaya tahan, sedar terhadap kewajipan menuntut ilmu, sentiasa meningkatkan dan mengekalkan komitmen serta kecemerlangan dalam segala bidang termasuk akademik. Antara pengisian program ini ialah Taaruf Bersama Penasihat Akademik, Mentor-Mentee, Penetapan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Sasaran, Ceramah Pengurusan Stres, Perbincangan Analisis Masalah Dalaman (Problem Mooney Checklist), Perbincangan Penasihat Akademik dengan Pelajar, Riadah serta Ceramah dan Analisis Ujian Personaliti. Berdasarkan kepada penilaian yang dibuat (penilaian peserta) program ini telah berjaya membantu pelajar menjadi seorang yang bermotivasi, berkeyakinan serta berani menghadapi cabaran hidup. Cadangan telah dikemukakan kepada pihak FPPSM berdasarkan hasil post-mortem program bagi membantu mempertingkatkan dan memantapkan lagi program pembangunan pelajar FPPSM di masa akan datang.

15 Read more

Pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan pada cadangan daripada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga langkah untuk menghasilkan modul yang baik dan berkesan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar supaya pelajar akan dapat mengenali dan memahami profesion perguruan dengan lebih dekat serta dapat menambahkan lagi minat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

8 Read more

Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada kajian yang telah dijalankan bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga unsur untuk membangunkan program yang berkualiti. Modul yang telah dibina ini telah disusun dalam unit-unit kecil, unit pertama akan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepimpinan, unit kedua akan membantu pelajar mempertingkatkan amalan berkomunikasi sesama pelajar dan unit ketiga akan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM bagi menangani masalah pelajar pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan gaya pembelajaran di universiti melalui Program Pembangunan Kepimpinan.

7 Read more

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sukan Dan Riadah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sukan Dan Riadah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Dalam melaksanakan program pembangunan yang berkesan, perancangan haruslah berasaskan kepada teori dalam merangka tindakan bagi mencapai matlamat pembangunan. Menurut Barr dan Keating (1991) terdapat tiga elemen yang perlu diberi perhatian kepada perancang program pembangunan pelajar bagi memastikan program yang dijalankan dapat memberikan impak yang positif.

6 Read more

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Berdasarkan penyataan latar belakang masalah di atas jelas menunjukkan tidak ada lagi usaha-usaha untuk membina program-program yang dirancang khas untuk pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Oleh yang demikian dengan merujuk kepada masalah dan dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik yang lepas seperti Ahmad Nawawi (2007) pengkaji akan merangka dan membina struktur modul program pembangunan pelajar dari segi sahsiah pelajar, mengikut kesesuaian pelajar-pelajar tahun satu di kampus UTM skudai. Ini bagi membolehkan pihak pentadbir menggunakannya untuk program-program khasnya untuk Fakulti Pendidikan.

7 Read more

Kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti
kokurikulum (khidmat masyarakat) dalam kalangan pelajar

Kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum (khidmat masyarakat) dalam kalangan pelajar

Pelbagai tindakan yang telah diambil oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar IPT sebagai contoh aktiviti kokurikulum berkredit yang telah dilaksanakan oleh pihak IPT terutamannya di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Pihak UTHM juga telah menyenaraikan program khidmat masyarakat sebagai salah satu persatuan di dalam aktiviti kokurikulum berkredit. Hal ini adalah kerana persatuan khidmat masyarakat merupakan salah satu medium yang terbaik bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah ini. Selain itu menurut (Shafie,komunikasi peribadi, Mei 2, 2012), pelajar UTHM yang menyertai kelas khidmat masyarakat akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti masyarakat seperti aktiviti keluarga angkat, gotong royong, sukaneka bersama penduduk setempat. Perkara sedemikian akan dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana mereka diminta untuk melakukan satu program yang berkaitan dengan khidmat masyarakat. Apabila mereka merancang aktiviti tersebut mereka akan berusaha bersama-sama menangani masalah yang timbul sepanjang aktiviti tersebut. Disini mereka akan diuji dari segi kekretifan pemikiran mereka bagi menyelesaikan masalah. Dengan ini diharapkan masalah pengangguran ini dapat diatasi dengan jayanya sekiranya pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.

12 Read more

Kesediaan masyarakat dalam pembangunan program homestay

Kesediaan masyarakat dalam pembangunan program homestay

Kementerian Pelancongan Malaysia telah menyediakan berbagai-bagai jenis program pelancongan dirancang selaras dengan keistimewaan mengikut negeri masing- masing. Kepelbagaian aktiviti-aktiviti pelancongan di setiap negeri telah menarik minat pelancong domestik dan juga antarabangsa untuk menyertai dan mengunjungi lokasi yang menarik. Oleh itu, penganjuran aktiviti tersebut akan mengikut tema serta tidak bertindih supaya pelancong yang datang akan memilih mengikut masa yang dilawati. Kempen dan promosi yang diadakan akan menarik minat pelancong-pelancong seperti Le Tour De Langkawi, Pesta Air Antarabangsa dan pelbagai lagi. Hal ini akan menambahkan bilangan pelancong pada setiap tahun. Dalam masa yang sama, pelancong akan melihat keindahan dan keistimewaan Malaysia seterusnya berpotensi akan melawat lagi pada masa akan datang.

50 Read more

Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM

Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM

Menurut Haron et al (2010), kegiatan kokurikulum diharapkan dapat membentuk personaliti pemimpin dalam diri pelajar. Melalui kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu atau berkumpulan, meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemumukan nilai dengan sikap positif dan memupuk sikap yakin diri dan berani. Menurut Crebert (2004) & Kent (2009), pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dalam kehidupan hariannya mampu untuk menguruskan masa dengan bijak, ini kerana pelajar berkenaan telah mempelajari menguruskan kehidupan hariannya dengan berdisiplin. Walker (2010), pula menerangkan, aktiviti kokurikulum di Kolej Sweet Briar, Amerika Syarikat, dijalankan selari dengan aktiviti kurikulum untuk memajukan misi pendidikan kolej tersebut. Switzer (2002), menjelaskan bahawa sebahagian kanak-kanak telah berhadapan dengan cabaran yang besar menerusi program kokurikulum di Sekolah Georgiana Molloy Angelican, Australia. Menurutnya lagi, kanak-kanak telah memperoleh kemahiran menerusi aktiviti sukan, lakonan di pentas, latihan di bengkel atau aktiviti perkhemahan. Mohler (2002), pula berpendapat, Truman State University, Amerika Syarikat sewajarnya lebih proaktif mempromosikan aktiviti kokurikulum di kalangan para pelajarnya.

58 Read more

Halatuju perkembangan pembangunan pelajar di kolej kediaman: satu perkongsian

Halatuju perkembangan pembangunan pelajar di kolej kediaman: satu perkongsian

Rancangan Malaysia Ke-9 baru sahaja dilancarkan dan salah satu misi nasional yang disasarkan ialah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’[1]. Kerajaan meramalkan bahawa kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Misi Kerajaan ini hanya dapat dicapai sekiranya terdapat penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara secara menyeluruh dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Golongan pelajarlah yang menjadi tonggak dalam merealisasikan hasrat murni Kerajaan ini. Justeru, universiti-universiti bukanlah sekadar penyumbang utama sumber manusia dalam pelbagai bidang yang mampu menghasilkan banyak graduan tetapi mestilah berupaya menghasilkan graduan yang berkualiti. Salah satu aspek penting dalam menghasilkan graduan yang berkualiti ialah dengan memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, dan keperibadiannya.

7 Read more

Perancangan, kekangan dan cabaran: suatu perspektif Pusat Pembangunan Mahasiswa UKM

Perancangan, kekangan dan cabaran: suatu perspektif Pusat Pembangunan Mahasiswa UKM

Kini, sudah sampai masanya untuk PPM terus berkembang. Hasrat dan cita-cita murni ini boleh dicapai sepenuhnya jika PPM diberikan kekuatan baru, menerusi penambahan beberapa orang staf lagi termasuk dua orang Penyelaras untuk menguruskan aspek perhubungan ALUMNI, kajian pengesanan graduan, penyelidikan, keusahawanan siswa dan program pembangunan mahasiswa.

7 Read more

Pembangunan modal insan holistik pelajar menerusi aktiviti kokurikulum

Pembangunan modal insan holistik pelajar menerusi aktiviti kokurikulum

Pelaksanaan gerak kerja kokurikulum dapat melahirkan iklim dan budaya yang lebih ceria, menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam kalangan pelajar (Wee Eng Hoe, 1999). Dalam Bajet 2008 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyatakan penyertaan pelajar secara aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan dan kelab serta sukan, adalah penting dalam membantu pembentukan sahsiah dan membina kualiti kepimpinan pelajar. Malah bagi mempastikan bahawa setiap pelajar mendapat peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum beruniform, kerajaan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah seribu ringgit sebulan dan ke bawah (Abdullah Ahmad Badawi, 2007).

12 Read more

Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar

Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar-pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar agresif daripada 11 buah sekolah menengah di Daerah Pontian, Johor. Seramai 169 orang pelajar yang terdiri daripada 135 orang pelajar- pelajar lelaki dan 34 orang pelajar-pelajar perempuan telah dilibatkan dalam kajian ini. Maklumat dikumpulkan melalui Soal Selidik The Attractive Media and The Effect on Audience Questionnaire (Heinichi, Molenda, Russel dan Ely, 1991), Soal Selidik The Effect by Violent Media on Aggression Questionnaire (Bush and Perry, 1992), Soal Selidik General Aggression Model (Anderson dan Dill, 2002) dan Soal Selidik Television Violence and The Adolescent (William, 1978) . Kaedah uji-ulang- uji digunakan dalam kajian ini untuk menentukan kebolehpercayaan instrument. Nilai Korelasi Pearson bagi soal selidik The Attractive Media and The Effect on Audience Questionnaire ialah 0.833, Soal Selidik The Effect of Violent Media on Aggression Questionnaire ialah 0.831, Soal Selidik The General Aggression Model ialah 0.832 dan Soal Selidik Television Violence and The Adolescent ialah 0.828. Statistik deskriptif yang digunakan untuk menganalisa data ialah min, peratusan, kekerapan dan ujian t. Hasil kajian menunjukkan program-program media yang menjadi daya tarikan untuk ditonton oleh pelajar-pelajar agresif ialah program- program media berbentuk informasi. Kajian ini mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar agresif lelaki dengan pelajar-pelajar agresif perempuan dalam daya tarikan pemilihan 2 jenis program media iaitu media menggambarkan siaran secara langsung sesuatu peristiwa dan media memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar agresif lelaki dan perempuan dalam daya tarikan pemilihan 2 jenis program media iaitu media menggambarkan

71 Read more

AZAM TANI MEMBANGUNKAN TAHAP DAYA SAING CARA TIDAK LANGSUNG TERHADAP PESERTA BERAGAMA ISLAM DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

AZAM TANI MEMBANGUNKAN TAHAP DAYA SAING CARA TIDAK LANGSUNG TERHADAP PESERTA BERAGAMA ISLAM DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

Seseorang yang berdaya saing boleh juga dilihat kepada ketekunannya bekerja. Hal ini kerana daya saing dibentuk bukan sahaja oleh perbezaan individu tetapi juga oleh konteks dan keadaan individu (Dumblekar 2010; dlm. Yeoh & Yeoh 2015). Malah daya saing juga persaingan dalam kerja atau kehidupan apabila pencapaian matlamat individu menjadikannya sama ada mustahil atau kurang untuk orang lain mencapai matlamat mereka (Deutsch 1973; dlm. Dumblekar 2010). Ia juga adalah keinginan untuk menang dalam hubungan antara orang. Individu yang kompetitif mungkin dijangka berusaha lebih keras, lebih awal atau lebih berkesan daripada yang lain (Kohn 1986; Dumblekar 2010). Maka dengan itu penulis melihat daya saing juga adalah sifat kesanggupan dan keinginan seseorang dan individu tersebut mahu dan akan mencuba dalam memperolehnya dengan cara yang positif. Jika dilihat selepas sertai AZAM Tani, 70 peratus responden melaksanakan kerja tambahan daripada enam peratus responden sebelum laksanakan program.

18 Read more

Persepsi Pelajar Tahun 4 Ptk (Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik/ Kemahiran Hidup) Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Dari Aspek Jeri Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Persepsi Pelajar Tahun 4 Ptk (Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik/ Kemahiran Hidup) Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Dari Aspek Jeri Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract: This research studies the perceptions of student’s moral development programs, regarding the physical, emotional, spiritual and intellectual aspect. The study involved 136 fourth year students enrolled in session 2008/ 2009 of the Bachelor of Technology with Education ( Civil Engineering/ Mechanical/ Electrical/ Living Skill) in the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The instrument of this study used a set of questionnaire consisting of 38 items as data collecting instrument. The data was analyzed descriptively. Through the descriptive analysis mechanism the collected data has been analyzed in order to identify the student’s perceptions regarding the physical, emotional, spiritual and intellectual aspect. Data collected was analyzed with SPSS version 12.0. The result was translated into the frequency and percentage form. From the result of this study, the student’s view that physical, emotional, spiritual and intellectual aspect are important in student moral development program. This study also suggest the proposals for the further development research.

10 Read more

Strategi pembangunan program homestay Kampung Kangkar Merlimau

Strategi pembangunan program homestay Kampung Kangkar Merlimau

Melihat kepada hasil keuntungan homestay di Kampung Kangkar Merlimau pada tahun 2005 dari bulan Janauri hingga Disember adalah kosong. Maklumat ini adalah dari Maklumat Hasil Kampung-kampung Agrotourism di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Batu Pahat tahun 2005. Hasil dari maklumat kewangan yang dikeluarkan, ini jelas kelihatan bahawa sambutan pelancong yang hadir tidak meggalakkan atau langsung tiada kehadiran pelancog. Lantaran itu, Jabatan Pertanian Batu Pahat telah menarik diri dari bekerjasama untuk membangunkan program homestay di kampung tersebut. Selain itu, penyelidik difahamkan oleh Jabatan Pertanian Batu Pahat bahawa terdapat peserta yang tidak menjalani latihan kemahiran dalam membangunkan program homestay di kawasan mereka.

42 Read more

Pembangunan pembelajaran berbantukan komputer grafik bagi melihat hubungan pembelajaran berasaskan masalah dan kreativiti

Pembangunan pembelajaran berbantukan komputer grafik bagi melihat hubungan pembelajaran berasaskan masalah dan kreativiti

Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot. Guru juga sering menggunakan pendekatan mudah untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dengan cara mengajar tajuk-tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan tanpa mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

30 Read more

Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembangunan Modal Insan Di
Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan UTM.

Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembangunan Modal Insan Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan UTM.

Pembangunan modal insan (PMI) ataupun sebelumnya dikenali sebagai sumber manusia adalah perkara yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Ianya menjadi satu keperluan masa kini kerana dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan manusia merupakan fokus utama. Manusia dengan segala potensi yang terdapat dalam dirinya atau yang dikenali sebagai modal atau aset perlu dikembangkan dan digerakkan untuk mencapai segala tujuan atau matlamat yang diinginkan. Begitu juga ianya perlu dinilai bagi mempastikan segala tujuan atau matlamat yang diwujudkan dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Dalam pada itu, perbincangan tentang modal insan juga telah membuka satu perspektif baru apabila ianya turut dilihat dari sudut yang terdapat pada ajaran islam.

7 Read more

Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar

Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar

Dalam menu maklumat pelajar, terdapat beberapa pilihan yang membenarkan pengguna memilih dan melihat maklumat- maklumat seperti rekod peribadi, maklumat pendidikan, kediaman semasa dan rekod kesalahan yang telah dilakukan sepanjang berada di UTM. Pengguna hanya dibenarkan melihat sahaja paparan maklumat yang disediakan tanpa boleh mengubah atau mengemaskini maklumat pada paparan tersebut. Sebarang perubahan atau kesalahan perlulah merujuk kepada penasihat akademik masing- masing dan setiap perubahan dan kemaskini akan dilakukan oleh pentadbir. Pilihan pertama ialah paparan rekod peribadi yang mengandungi maklumat penting peribadi pelajar dan maklumat penjaga. Pilihan kedua bagi menu maklumat pelajar ialah maklumat pendidikan yang terdiri daripada senarai sekolah atau institusi pendidikan dan latar belakang pencapaian akademik. Pilihan ketiga ialah paparan rekod kediaman semasa. Pilihan ini akan memaparkan kediaman atau kolej yang didiami oleh pelajar bagi setiap semester sepanjang berada di UTM. Paparan terdiri daripada sidang kemasukan, nama kolej, blok dan nombor bilik. Pilihan terakhir ialah paparan bagi rekod kesalahan yang telah dilakukan sepanjang berada di UTM seperti kesalahan lalulintas, kesalahan tatatertib dan sebagainya. Sistem ini akan memaparkan kesalahan yang dilakukan, tarikh kesalahan, jumlah bayaran yang dikenakan dan status bayaran.

8 Read more

Pembinaan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pembinaan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak: Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Barr and Cuyjet (1991) yang memberi penekanan kepada enam langkah pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibina berdasarkan piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain agensi pelaksana menjalankan program dengan lebih lancar supaya pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana pembelajaran di universiti serta dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pencapaian dalam bidang akademik melalui proram yang dihadiri.

5 Read more

Show all 10000 documents...

Related subjects