Seks Dan Agama

Top PDF Seks Dan Agama:

Penghayatan agama Islam sebagai mediator dalam hubungan antara persekitaran sosial dengan salah laku seksual pelajar Islam

Penghayatan agama Islam sebagai mediator dalam hubungan antara persekitaran sosial dengan salah laku seksual pelajar Islam

Menurut Mariam dan Hamidah (2005), apa yang lebih membimbangkan peratusan pelajar Melayu beragama Islam yang melakukan hubungan seks juga semakin meningkat sejak sedekad lalu. Sudut pandangan Islam salah laku seksual atau di sebut sebagai zina merupakan perbuatan mungkar dan keji, hukuman untuk pelakunya juga telah pun di terangkan di dalam kitab suci Al Quran. Salah laku seksual merupakan jenayah syariah dan hukuman berat yang setimpal telah di sediakan kepada pelakunya, sebagai pengajaran kepada masyarakat umum. Penglibatan pelajar atau remaja dalam salah laku seks ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan yang tinggi dalam masyarakat. Kebimbangan ini di dasari oleh ketirisan nilai moral dan akhlak dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa. Remaja masa kini sudah tidak risau tentang kesan yang bakal mereka hadapi di kemudian hari apabila terlibat dengan masalah salah laku seksual.
Show more

63 Read more

Pendidikan agama, keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif di kalangan darjah pelajar darjah khas 
sekolah agama di Johor Bahru

Pendidikan agama, keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif di kalangan darjah pelajar darjah khas sekolah agama di Johor Bahru

Berkenaan aspek harga diri, lelaki memiliki tahap harga diri yang lebih tinggi berbanding perempuan. Perbezaan yang agak tinggi pada aspek kecenderungan melakukan hubungan seks iaitu lelaki lebih tinggi minatnya terhadap seks. Bahkan fantasi mereka adalah lebih tinggi terhadap hubungan seks bebas. Penyelidik mendapati faktor perbezaan berdasarkan jantina ini mempunyai pengaruh dengan keseimbangan kognitif kerana sikap seseorang boleh dibentuk melalui sifat agresif, kebimbangan, keterbukaan, keberanian dan minat terhadap seks. Meskipun pendidikan agama yang diberikan adalah sama, namun pemahaman dan penerimaan dalam keseimbangan kognitif masih boleh dipengaruhi berdasarkan perbezaan jantina. Bagaimanapun, menurut kajian Bandura (1977), variasi perbezaan antara lelaki dan perempuan juga dipelajari melalui pemerhatian tingkah laku orang lain seperti ibu bapa, guru dan media. Didikan secara informal ini mempengaruhi apabila kebiasaannya budaya ibu bapa lebih mengawal tingkah laku anak-anak perempuan berbanding anak lelaki yang diberi sedikit kebebasan. Ini menunjukkan terdapat pengaruh pendidikan secara informal yang boleh menjadi agen pembentuk keseimbangan kognitif pelajar.
Show more

19 Read more

Senario pemilihan pasangan dan aktiviti salahlaku seks dalam kalangan peserta kursus pra perkahwinan islam di daerah Johor Bahru

Senario pemilihan pasangan dan aktiviti salahlaku seks dalam kalangan peserta kursus pra perkahwinan islam di daerah Johor Bahru

Hakikatnya, pembangunan modal insan boleh terjejas dan terganggu sekiranya institusi kekeluargaan di negara ini menjadi lemah disebabkan oleh pelbagai kepincangan. Keruntuhan rumahtangga bukan sahaja melibatkan suami atau isteri, tetapi turut melibatkan anak-anak dan ahli keluarga serta masyarakat secara amnya. Misalnya, peningkatan kes perceraian suami isteri akan memberi kesan buruk kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Perkara ini sebenarnya menjadi persoalan yang sangat penting untuk dijelaskan. Adakah perkahwinan yang dilangsungkan hanya berpaksikan kepada tuntunan nafsu, harta, keturunan, kecantikan atau penghayatan nilai agama dalam diri atau pun sebaliknya?
Show more

50 Read more

Hubungan Sains dan Agama

Hubungan Sains dan Agama

Akidah Islam merupakan asas dalam ilmu pengetahuan (Al-Jazairi, 1999; Awang, 2012; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, Ab Halim, 2011; Rahman, 2010; Sabiq, 2006). Akidah ini wujud yang dinyatakan dan dijadikan sebagai asas dalam pembangunan pemikiran dan pengetahuan manusia. Hal ini dapat ditunjukkan dengan peristiwa pada zaman nabi yang mana wujudnya gerhana serentak dengan kewafatan anak Nabi SAW yang bernama Ibrahim. Ada yang menganggap kejadian gerhana matahari adalah disebabkan kewafatan Ibrahim. Namun Rasulullah SAW lantas menjelaskan bahawa kejadian gerhana matahari bukan disebabkan kematian atau hidup seseorang (Jasmi, Kamarul Azmi, 2017). Hal ini jelas bahawa Rasulullah SAW meletakkan akidah Islam adalah sebagai asas dalam ilmu pengetahuan kerana fenomena alam semesta adalah merupakan tanda kekuasaan Allah SWT dan bukan mempunyai perkaitan dengan nasib seseorang (Rusdiana, 2014).
Show more

15 Read more

GERAKAN KRISTIANISASI & PERANAN MEDIA DI MALAYSIA: SATU KAJIAN KES TERHADAP PELAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DAN THE STAR

GERAKAN KRISTIANISASI & PERANAN MEDIA DI MALAYSIA: SATU KAJIAN KES TERHADAP PELAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DAN THE STAR

Perkara 3 ini selalunya menimbulkan salah faham apabila ramai yang berpendapat bahawa setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti diselitkan dengan dengan unsur-unsur keagamaan Islam (Nik Ahmad Kamal, 1994). Pandangan ini adalah suatu pandangan yang salah kerana dalam Perlembagaan Persekutuan secara nyata memberi jaminan kepada orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan „agama‟ merangkumi bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam (ibid). Islam bukan sahaja merangkumi kepercayaan keagamaan dan upacara agama tetapi Islam lebih dari itu iaitu merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah undang-undang (ibid).
Show more

18 Read more

PERSEPSI PEMIMPIN AGAMA KRISTIAN TERHADAP KONSEP DAN AMALAN TOLERANSI BERAGAMA DI MALAYSIA

PERSEPSI PEMIMPIN AGAMA KRISTIAN TERHADAP KONSEP DAN AMALAN TOLERANSI BERAGAMA DI MALAYSIA

Dalam sektor pendidikan Artikel 12 juga memberi jaminan kepada setiap agama untuk menubuhkan serta menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak- kanak dalam agama kumpulan itu sendiri; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud tersebut. Namun ianya diberi penegasan sebagaimana yang terkandung di dalam artikel 12(3) yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak dibenarkan sama sekali untuk menuntut atau memaksa mana-mana individu mengikuti ajaran agama tertentu atau mengikuti mana-mana perayaan atau aktiviti yang dianjurkan oleh agama tertentu selain daripada agama anutannya.
Show more

12 Read more

HERPETOFAUNA DIVERSITY IN SURU VALLEY, KARGIL (JAMMU AND KASHMIR) INDIA.

HERPETOFAUNA DIVERSITY IN SURU VALLEY, KARGIL (JAMMU AND KASHMIR) INDIA.

Agamidae Laudakia tuberculata Kashmir Rock Agama Agamidae Laudakia himaliyana Himalayan agama Agamidae Phrynocephalus theobaldi Theobalds Toad Head Agama Scincidae Scincella l[r]

5 Read more

ISLAM SEBAGAI SISTEM NILAI DI BIDANG EKONOMI

ISLAM SEBAGAI SISTEM NILAI DI BIDANG EKONOMI

Telah menjadi suatu ketetapan dan kehendak Allah bahwa manusia diciptakan juga sekaligus diberikan tuntunan hidup agar dapat menjalani kehidupan di dunia sebagai hamba Allah untuk memakmurkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak-Nya. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah melalui para Nabi dan Rosul-Nya dan disempurnakan ajarannya melalui Nabi terakhir yaitu Muhammad SAW adalah merupakan suatu sistem kehidupan yang bersifat integral dan komprehensif mengatur semua aspek kehidupan manusia agar mencapai kehidupan yang sejahtera baik di dunia maupun di akhirat, sebagaimana firman Allah SWT: “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak -anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah Telah memilih agama Ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (QS: Al-Baqarah: 132)
Show more

15 Read more

Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan etnik

Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan etnik

Penglibatan awal British di Tanah Melayu mempunyai kaitan dengan urusan perniagaan di pelabuhan-pelabuhan (yang datang ialah syarikat dan bukan kerajaan kolonial). Setelah menguasai sesuatu tempat, barulah mereka mendapat piagam dari Kerajaan British di London untuk mentadbir sesebuah kawasan atau pelabuhan untuk dijadikan koloni. Kemudian secara strategik dan diplomasi, British memperkenalkan Sistem Penasihat (Sistem Residen) untuk mula campurtangan dalam hal ehwal pemerintahan, undang-undang dan politik. Kuasa pemerintahan mula dikuasai secara beransur-ansur agar British tidak dilihat sebagai penjajah. Sepertimana yang disebutkan dalam Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 antara Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clark iaitu:
Show more

27 Read more

Adab makan dan minum

Adab makan dan minum

Jasmi, K. A., Md Ahir, A. M., & Shiqi, M. C. (2012). Adab Makan dan Minum in Prosiding Seminar Pertama Sains,Teknologi, dan Manusia at Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia on 22 September 2012, pp. 163-190. ISBN 978-967-0194-24-0 .

29 Read more

Anmeldelse af Wanda Alberts: Integrative Religious Education in Europe: A Study-of-Religions Approach (2007)

Anmeldelse af Wanda Alberts: Integrative Religious Education in Europe: A Study-of-Religions Approach (2007)

vidt jeg kan se, deler disse seks tilgange fi re grundantagelser. For det første antager de eksistensen af det guddommelige eller hellige. For det andet hævder de, at alle reli- gioner på en eller anden måde peger i retning at dette hellige. For det tredje indrømmer de derfor, at ingen enkelt religion kan gøres til konfessionelt grundlag for religionsun- dervisningen. For det fjerde fastholder de imidlertid, at religionsundervisningen må være religiøs, idet religion og religiøsitet antages at høre uløseligt sammen med men- neskelivet.

5 Read more

Hubungan antara pendidikan agama, keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif di kalangan pelajar darjah khas sekolah agama di Johor Bahru

Hubungan antara pendidikan agama, keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif di kalangan pelajar darjah khas sekolah agama di Johor Bahru

Pada bulan Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Terbaru, seorang lagi mangsa dikhuatiri mengalami kemungkinan lumpuh akibat dibelasah, dihentak ke almari dan dipijak belakang dengan but Kadet Polis oleh sekumpulan pelajar lama (Muhammad Hisyam, 2005). Baru-baru ini pada 11 Mac 2007, seorang pelajar salah sebuah sekolah menengah agama di negara ini melecur teruk pada keseluruhan muka serta sebahagian lengan kanannya selepas dipercayai disimbah asid ketika sedang tidur di asrama sekolah berkenaan (Sulaiman Salleh, 2007).
Show more

39 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

Perkembangan teknologi dan informasi yang saat ini semakin cepat dan berkembang mendorong semua lapisan masyarakat untuk masuk kedalam system dunia yang mengglobal dan universal yang sering di sebut fenomena globalisasi. Globalisasi tersebut meliputi seluruh aspek kehidupan manusia yaitu aspek ekonomi, politik, social, budaya, teknologi dan informasi. Pada zaman sekarang, dimana tehnologi yang semakin maju, yang semakin canggih, yang dapat mengakses informasi secara mudah dan yang praktis dapat dimiliki semua umur, orang dewasa, remaja, bahkan anak-anak. Arus globalisasi tanpa penyaringan yang membawa dampak signifikan terhadap budaya dan perilaku masyarakat, mengakibatkan seks sering disalahartikan dan mengalami pergeseran makna kearah negative. Bahkan banyak remaja yang terjebak di dalamnya, padahal belum mengenal seks dengan benar.
Show more

10 Read more

Tamadun Melayu Islam dan Pencapaian Teknologi

Tamadun Melayu Islam dan Pencapaian Teknologi

Aplikasi Ilmu matematik wujud dalam sejarah yang memperluaskan sesebuah tamadun Melayu. Kepulauan Melayu pernah menjadi pusat perdagangan yang terkenal di dunia. Hal ini demikian melibatkan banyak kerja seperti menyukat, menimbang, pertukaran mata wang, cukai dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan ilmu matematik sangat diperlukan dalam pengiraan yang baik dan sistematik bagi melancarkan proses perniagaan. Dengan ilmu ini, masyarakat Melayu tidak mudah di tipu oleh pedagang luar. Tamadun Melayu banyak mempelajari dan ilmu matematik ini dari luar seperti dari tokoh hebat dari Arab dan Negara lain. Semua ilmu ini kemudiannya dibukukan dan dikembangkan kepada seluruh masyarakat dengan membuat kitab atau buku yang berkaitan dengan bidang matematik. Buku yang ditulis oleh tokoh ini diguna pakai sebagai buku teks dalam pembelajaran tradisi (Bohari et al., 2012).
Show more

14 Read more

Amalan kepimpinan lestari pengetua sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di daerah Pontian

Amalan kepimpinan lestari pengetua sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di daerah Pontian

Oleh itu, pengetua tidak mampu bergerak sendiri dalam menjalankan aktiviti tanpa penyertaan daripada guru. Kesediaan penyertaan guru dalam memberi komitmen kepada sekolah bergantung kepada gaya kepimpinan pentadbir. Ini kerana gaya kepimpinan yang betul akan melahirkan rasa seronok di dalam jiwa guru untuk bekerja. Pendapat ini disokong oleh Adnan et.al (2008) bahawa komitmen guru-guru terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka adalah bermula dengan keselesaan dan keseronokan mereka bekerja. Semua tindakan mereka ini berpunca daripada beberapa faktor yang membuatkan wujudnya suasana dan persekitaran kerja mereka di sekolah termasuklah gaya kepimpinan pengurus sekolah.
Show more

46 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

10. Untuk teman-teman DMFC di Ilmu Pemerintahan Ekstensi 2005 yang masih sama-sama berjuang dengan gw. Ary Kurniawansyah ”Tongky” (Makasih ya coy, selama perjalanan untuk jadi seorang sarjana lo mau jadi temen yang baik, makasih buat semua motivasi, dukungan dan semangat yang selalu lo kasih ke gw. Gw gak akan lupain coy, di kampus lo temen yang paling setia buat gw), Afrian Siaga SR ”Udo, KK Cayank DD” (Do, makasih ya atas semua masukan, motivasi dan kebaikan lo ke gw. Makasih jg sdh mau dengerin curhatan gw. Hehe... karena masukan dari lo, gw bisa sedikit berfikiran lebih dewasa. Makasih ya Do, sudah mau jadi temen yang baik buat gw).
Show more

20 Read more

Proses pendaftaran hakmilik tanah wakaf di negeri johor

Proses pendaftaran hakmilik tanah wakaf di negeri johor

Pada masa kini, aktiviti berwakaf masih dilihat dari sudut pandang keagamaan dan amalan ibadah semata-mata. Kesannya, menyebabkan harta wakaf hanya dianggap sebagai untuk tujuan tanah perkuburan, masjid, surau dan sekolah agama. Perkara ini sesungguhnya akan merugikan umat Islam sendiri kerana potensi yang ada pada harta wakaf ini tidak dapat digunakan sepenuhnya. Situasi ini sering dikaitkan dengan halangan-halangan bagi membangunkan harta tanah wakaf. Kekangan dan halangan yang membelenggu kemajuan umat Islam ini harus diberikan perhatian yang serius dengan mengenalpasti halangan-halangan yang menyebabkan harta tanah wakaf tidak dapat dibangunkan. Dalam kajian ini, penulis akan meneliti dan menyingkap salah satu isu dan masalah di pentadbiran tanah wakaf yang menyebabkannya sukar untuk dimajukan di Negeri Johor.
Show more

37 Read more

PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN YOUTUBE SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT AGAMA: SATU PERSPEKTIF DARI SEGI JANTINA

PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN YOUTUBE SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT AGAMA: SATU PERSPEKTIF DARI SEGI JANTINA

Terdapat tiga bahagian dalam soal selidik kajian ini. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan tentang maklumat responden responden. Bahagian B berkaitan penggunaan YouTube sebagai sumber maklumat agama. Sebelum melakukan item bagi soal selidik, penyelidik telah menjalankan temubual kumpulan fokus dengan informan (31 pelajar Universiti Utara Malaysia beragama Islam dari pelbagai latar belakang pendidikan) bagi mendapatkan maklumat berkaitan video berkaitan ceramah/kuliah agama, pelaksanaan amalan agama, al-quran/taranum/tajwid, nasyid, doa/zikir/selawat/qasidah, dokumentari, isu semasa, animasi Islam, tokoh agama, hukum-hakam, video persoalan khilaf, dan sirah nabawiah bagi pengukuran item penggunaan YouTube. Terdapat 12 item yang dibina bagi pengukuran item tersebut. Kesemua soalan ini dibentuk hasil daripada dapatan kajian kualitatif (temubual kumpulan fokus) yang dijalankan dalam fasa ini.
Show more

18 Read more

Pengaruh jenis soalan terhadap pencapaian pelajar

Pengaruh jenis soalan terhadap pencapaian pelajar

Kajian ini dijalankan untuk melihat pengaruh jenis soalan (item) terhadap pencapaian pelajar. Seramai 201 orang pelajar tingkatan empat daripada populasi telah dipilih secara rawak dari sekolah menengah sekitar daerah Johor Bahru. Data-data yang dikumpulkan diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi berdasarkan kepada persoalan kajian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana jenis soalan aneka pilihan atau soalan esei mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 yang bertajuk Jadual Berkala Unsur. Kajian ini juga dilakukan untuk mengukur sejauh mana faktor jantina, bangsa, agama, pendidikan ibu bapa dan pendapatan keluarga iaitu faktor sosioekonomi (SSE) mempengaruhi pencapaian pelajar. Keputusan menunjukkan jenis soalan mempengaruhi pencapaian pelajar. Disamping itu faktor bangsa, agama dan pendidikan bapa mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar bagi item esei. Manakala faktor lain lain yang dikaji tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar.
Show more

36 Read more

Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya bidang keagamaan dengan kepuasan kerja di negeri Johor

Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya bidang keagamaan dengan kepuasan kerja di negeri Johor

Selain itu, untuk memantapkan kegiatan amar ma’ruf dan nahyu mungkar maka Mufti Negeri Perlis telah menggariskan panduan Umum Operasi Khalwat. Opersi khalwat hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus berkembang dalam masyarakat Islam. Pemberi maklumat juga tidak diperoleh berdasarkan perbuatan tajassus sebaliknya berdasarkan kemungkaran yang zahir . Jika tajassus berlaku tanpa keperluan maka seseorang yang melakukannya dianggap fasik. Pemberitahuan orang fasik adalah ditolak ( Berita Harian, 15 Februari 2007)

44 Read more

Show all 7443 documents...