tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum

Top PDF tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum:

Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum yang diterapkan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dikalangan pelajar Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh, Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 120 orang pelajar dari Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh Perak. Instrument kajian yang digunakan mengandungi 36 item yang berdasarkan kepada 4 persoalan kajian iaitu merangkumi aspek faktor gaya pembelajaran pelajar, faktor gaya pengajaran guru, faktor aktiviti amali pelajar di dalam bengkel dan faktor persekitaran bengkel. Kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar-pakar. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social Science (SPSS version 11.5)’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan perpaduan menerusi matapelajaran Kemahiran Hidup adalah tinggi. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengekalkan dan membantu meningkatkan lagi nilai perpaduan dikalangan pelajar.
Show more

7 Read more

Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Berdasarkan analisis yag telah dilakukan terhadap 10 item soalan mengenai tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pembelajaran KHB. Aspek-aspek penting yang dimuatkan berkaitan dengan pembelajaran semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Hasil dapatan secara keseluruhan menunjukkkan purata peratusan keseluruhan adalah sebanyak 50.4 peratus responden yang bersetuju terhadap item-item yang telah dikemukkan. Keadaan ini membuktikan sebahagian responden dipengaruhi oleh pembelajaran mata pelajaran KHB dalam mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Manakala sebahagian responden tidak pasti dan tidak bersetuju berkenaan pembelajaran dapat mewujudkan perpaduan dikalangan pelajar. Jelaslah disini, menurut B.R Hengenhann (1976), pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku atau potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap akibat pengalaman dan tidak boleh disebabkan oleh keadaan tubuh badan yang sementara seperti sakit dan lesu atau drug.
Show more

7 Read more

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik/kaum, oleh itu untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negera bangsa. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang kelas. Oleh itu satu tinjauan awal dilakukan agar gambaran sebenar dapat diperolehi melalui kajian ini yang mengemukakan persoalan kajian (1) bagaimanakah suasana/iklim interkasi antara kaum di kalangan pelajar Universiti (2) bagaimanakah tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus (3) apakah kecenderungan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus tempat di mana mereka menuntut ilmu dan tinggal untuk suatu jangkamasa yang agak panjang iaitu sekurang- kurangnya selama tiga tahun dah; (4) adakah wujud hubungan antara suasana/iklim interaksi, tahap keselesaan dalam menjalin hubungan dan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum. Satu kajian lapangan dilakukan dan pengumpulan data berdasarkan kaedah borang soal selidik digunakan. Sampel kajian adalah pelajar SPS tahun ke 3 yang telah menempuh kehidupan di kampus selama lebih 2 tahun. Sebanyak 836 borang soal selidik yang lengkap diisi dianalisis mengunakan program SPSS. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan suasana/iklim interaksi yang lebih positif menunjukkan peratusan yang lebih tinggi. Dari segi tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus berada dalam keadaan yang sederhana. Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk memberikan persepsi yang positif terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus. Dapatan kajian menunjukkan suasana/interaksi antara kaum mempunyai hubungan yang positif dengan tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dan persepsi hubungan antara kaum. Dicadangkan supaya program- program yang boleh menghangatkan suasana/iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan agar dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam kampus dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan di luar sana.
Show more

12 Read more

Tahap peningkatan kemahiran insaniah melalui khidmat komuniti pelajar kokurikulum UTM

Tahap peningkatan kemahiran insaniah melalui khidmat komuniti pelajar kokurikulum UTM

Menurut Mohd Yahya (2007), institusi pendidikan tertinggi harus menjadi tempat yang paling sesuai untuk menggilap Kemahiran Insaniah (KI) pelajar. Pelajar IPT pula perlu mempunyai keinginan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan minda kelas pertama ini. Justeru, penerapan Kemahiran Insaniah (KI) mesti dilaksanakan secara menyeluruh oleh universiti dengan melibatkan semua pihak yang ada hubungan dengan pelajar.

36 Read more

Tahap pemahaman pelajar dan guru dalam konsep daya dan gerakan

Tahap pemahaman pelajar dan guru dalam konsep daya dan gerakan

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010), bilangan saintis dan jurutera penyelidik untuk setiap 10,000 orang tenaga kerja tanah air adalah amat rendah jika dibandingkan dengan negara maju. Contohnya, kadar ini adalah 7 di Malaysia berbanding dengan 82 di Jepun, 76 di Amerika Syarikat, 66 di Singapura dan 26 di Taiwan. Ini mungkin disebabkan mutu pendidikan Sains secara keseluruhannya belum dapat dikatakan pada tahap memuaskan (Subahan Mohd Meerah, 1999). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010) lagi, dinyatakan kualiti pendidikan sekolah menengah masih lagi bergantung kepada aktiviti dan corak pengajaran yang diamalkan oleh guru. Ini kerana, di Malaysia, pembelajaran di sekolah masih lagi berpusatkan guru (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Kualiti pelajar pada peringkat pendidikan menengah juga dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar di peringkat menengah melanjutkan pelajaran tinggi tanpa menguasai kemahiran asas dan kemahiran belajar yang lain (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).
Show more

37 Read more

Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel

Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel

Semasa melakukan kerja amali, pelajar akan terdedah dengan pelbagai bahaya terutamanya semasa melakukan aktiviti menyediakan bahan untuk projek amali, ketika mengendalikan pelbagai jenis alatan yang tajam dan mesin berkuasa tinggi dan juga ketika menjalani proses pembelajaran di dalam bengkel. Beberapa aspek yang lain seperti sistem pengudaraan bengkel, pencahayaan dan keselesaan susun atur bengkel juga perlu diambil kira. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu, pelajar harus menitikberatkan kefahaman dan amalan keselamatan terhadap diri, alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja semasa berada di dalam bengkel (Buhari, 2008). Kemalangan tidak dapat dielakkan namun dapat dikurangkan atau dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab supaya peraturan keselamatan bengkel dapat difahami dan diamalkan oleh semua pelajar.
Show more

44 Read more

Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amamli berpandukan Domain Psikomotor Simpson

Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amamli berpandukan Domain Psikomotor Simpson

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Brought, Miller & Reed (2004), tahap kompetensi boleh diukur melalui tiga tahap yang utama iaitu tahap permulaaan, tahap pertengahan dan juga tahap tinggi. Tahap permulaan merupakan tahap di mana pemahaman sedia ada pelajar masih baru. Pelajar-pelajar berada pada aras yang paling bawah di mana proses pemahaman hanyalah untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar dengan tugasan-tugasan yang mudah. Ini kerana matlamat utama pada tahap permulaan ini adalah bagi menanamkan satu persefahaman asas kepada pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada tahap permulaan ini, pelajar tidak dapat merekabentuk sesuatu ujikaji sebaliknya mereka boleh diberikan satu rekabentuk ujikaji yang telah sedia ada untuk dibuat simulasi dengan menjalankan ujikaji dan membuat analisis terhadap keputusan tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat membincangkan tentang kesimpulan yang diperolehi, langkah untuk meningkatkan ujikaji yang dijalankan, konsisten dalam tugas dan akhir sekali pelajar dapat menjangkakan hasil dapatan kajian. Di akhir tahap ini, pelajar dapat memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam hasil dapatan kajian (Brought et. al., 2004).
Show more

48 Read more

Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains

Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains

Terdapat sebab dan akibat kepada masalah ini jika ianya dibiarkan berlarutan tanpa ada satu tindakan yang khusus untuk menanganinya sebelum ada nyawa yang terkorban akibat daripada sikap tidak apa itu. Seharusnyalah setiap pelajar mempunyai perasaan yang mendalam tentang kesedaran mematuhi peraturan keselamatan makmal ketika menjalankan amali supaya keselamatan pelajar terjamin disamping dapat menimba pengalaman baru. Oleh itu kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah tahap kesedaran pelajar khususnya pelajar-pelajar menengah rendah tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan pelajar lain semasa menjalankan aktiviti eksperimen. Ini termasuklah mengetahui dan memahami langkah-langkah keselamatan dalam makmal dan tindakan-tindakan yang wajar yang sepatutnya diambil apabila berlakunya kemalangan semasa aktiviti eksperimen tersebut dijalankan. Diharap dengan kajian ini, akan timbul kesedaran yang mendalam di kalangan pelajar tentang pentingnya mengambil langkah berjaga-jaga. Ini adalah perlu sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku semasa menjalankan aktiviti amali sains mahu pun aktiviti-aktiviti amali bagi mata pelajaran yang lain.
Show more

7 Read more

Hubungan antara tahap keberkesanan Pendidikan Islam dengan personaliti islamik pelajar

Hubungan antara tahap keberkesanan Pendidikan Islam dengan personaliti islamik pelajar

Selepas merdeka, pendidikan Islam telah berkembang dengan pesat seiring dengan perkembangan semangat kebangsaan yang ingin membebaskan diri dan maruah daripada pemerintahan penjajah. Pihak pemerintah Inggeris telah mewujudkan sistem persekolahan sekolah Inggeris dengan tujuan mempelajari bahasa dan meningkatkan ilmu. Dalam masa yang sama, tindakan Inggeris telah meningkatkan semangat rakyat untuk mempelajari ilmu agama. Masyarakat Melayu tetap mempertahankan sekolah-sekolah agama dan memperjuangkan pendidikan Islam kepada anak-anak didik mereka.Kebanyakan pendidikan agama Islam diajar di surau-surau dan masjid-masjid oleh guru-guru yang arif dalam menyampaikan maksud Al-Quran dan As-Sunnah.Sambutan pelajar yang semakin ramai menyebabkan lebih banyak surau dan pondok didirikan untuk menyampaikan ilmu berkaitan Islam (Zainal Abidin, 1988).
Show more

33 Read more

PESPEKTIF PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP TAHAP KESEDIAAN DAN TAHAP KEMAHIRAN PEMBIMBING INDUSTRI DALAM PERLAKSANAAN WORK BASED LEARNING

PESPEKTIF PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP TAHAP KESEDIAAN DAN TAHAP KEMAHIRAN PEMBIMBING INDUSTRI DALAM PERLAKSANAAN WORK BASED LEARNING

Menurut Yusri (2009), di negara kita Malaysia wujud satu permintaan yang tinggi dalam bidang vokasional dan latihan, hal ini disebabkan oleh wujud perubahan yang pantas dalam teknologi, hal ini betujuan untuk melahirkan para graduan yang hebat dan memiliki minda kelas pertama yang mampu bersaing dengan dunia luar yang lebih mencabar. Disamping itu menurut kajian Kagimula (2007), menurut beliau masih wujud ketidakpadanan antara kemahiran dan pengetahuan pelajar di dalam indusri kita pada harini, ini membawa maksud semua keperluan industri tidak terdapat didalam diri seorang graduan, apa yang di ajar di institusi tidak sama yang industri inginkan. Oleh hal demikian pihak kementeri pelajaran telah mengadakan hubungan kerjasama dengan pihak industri, hal ini bertujuan agar kita tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang industri perlukan, dan para graduan mudah untuk mendapat kerja kerana kesemua krateria yang diingin oleh pihak industri telah ada pada seorang graduan.
Show more

10 Read more

Tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar teknikal semasa menjalani latihan mengajar

Tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar teknikal semasa menjalani latihan mengajar

Abstrak : Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar (SPA, SPE, SPJ) semasa Latihan Mengajar. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu pembacaan, penulisan dan pertuturan. Seramai 95 orang (N=95) pelajar tahun tiga dan tahun empat iaitu SPA, SPE dan SPJ yang telah selesai menjalani Latihan Mengajar dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Item-item soal selidik yang dibina telah disemak oleh tiga orang pensyarah yang pakar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Pendidikan Asas dan Jabatan Bahasa Moden berdasarkan prinsip kesahan gagasan. Kajian rintis turut dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item soal selidik. Statistik deskriptif dan kolerasi digunakan untuk menganalisis data. Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen ialah 0.881. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 16.0 (SPSS 16.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan (min = 3.43), penulisan (min = 3.57), dan pertuturan (min = 3.52) berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan pada aras signifikan 0.05. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar bagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan. Bagi ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan, penulisan dan pertuturan merentasi jantina bagi pelajar (SPA,SPE,SPJ).
Show more

8 Read more

Penghasilan instrumen psikometrik bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar

Penghasilan instrumen psikometrik bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar

Kemahiran Insaniah seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekeija secara berkumpulan dan sebagainya mer[r]

24 Read more

Tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menurut pentaksiran rakan sebaya

Tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menurut pentaksiran rakan sebaya

Abstrak: Kertas kcija ini bertujuan untuk mclihat penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar Islam Tingkatan Empat Sekolah Menengah di Negeri Johor mengikut pentaksiran oleh rakan sebaya. Bagi memenuhi objektif kajian ini, instrumen yang mengandungi 7 konstruk akhlak yang terdiri daripada konstruk akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap Rasul, akhlak terhadap diri, akhlak ter- hadap keluarga, akhlak terhadap masyarakat, akhlak terhadap alam sekitar dan akhlak terhadap negara yang mengandungi 167 item telah dibentuk. Penilai setiap responden telah dilakukan oleh dua orang rakan sebaya yang ditentukan oleh guru. Seramai 874 responden terlibat sebagai pen- taksir dan 437 responden yang dinilai. Indeks kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan indeks kebolehpercayaan item 0.99 dan indeks kebolehpercayaan person pula 0.99. Hasil kajian mendapati tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor herada di tahap baik hingga ke atas seramai 336 orang (76.9%); dan tahap lemah hingga ke bawah seramai 101 orang (23.1%). Daripada jumlah tersebut, pencapaian responden perempuan pada tahap baik dan ke atas seramai 82.9% lebih baik berbanding pencapaian responden lelaki seramai 70.1% berada pada tahap baik dan ke atas. Analisis juga menunjukkan responden bersekolah di kawasan bandar memiliki aras pencapaian baik dan ke atas lebih tinggi iaitu 81.5% berbanding lo- kasi sekolah di luar bandar seramai 73.5%. Daripada 167 item instrumen yang digunakan, terdapat 4.8% daripadanya merupakan elemen akhlak yang paling sukar dilaksanakan oleh rakan sebaya dan hanya 47% daripada keseluruhan item di dalam 7 kontrak, mudah dilaksanakan oleh rakan sebaya.
Show more

15 Read more

Tahap Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Daerah Johor Bahru Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Tahap Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Daerah Johor Bahru Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

ABSTRAK: Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) memerlukan seseorang pelajar yang mempelajarinya menguasai kemahiran visualisasi. Tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran visualisasi dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah harian biasa di daerah Johor Bahru. Tahap kemahiran visualisasi pelajar diuji dengan menggunakan dua ujian piawai yang sering digunakan dalam kajian-kajian berkaitan visualisasi. Ujian-ujian piawai yang dimaksudkan ialah ujian Purdue Spatial Visualisation Tests of Rotation (PSVT:R) dan Minnesota Paper Form Board Test (MPFBT). Untuk menguji gaya pembelajaran pelajar pula pengkaji telah menggunakan soal selidik gaya pembelajaran Honey and Mumford yang telah diubahsuai. Kajian ini juga mengkaji perbezaan tahap kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar merentas jantina dan bangsa. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tentang hubungan tahap kemahiran visualisasi dengan gaya pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran memutar pelajar adalah sederhana rendah sementara tahap kemahiran menggabung pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Pengkaji mendapati tahap kemahiran memutar pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati tiada perbezaan tahap kemahiran visualisasi dari aspek menggabung antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sementara itu, tahap kemahiran visualisasi pelajar berbangsa Cina adalah lebih baik berbanding pelajar berbangsa Melayu dan India. Bagi gaya pembelajaran pula, didapati kebanyakan pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Teoris. Selain itu, kajian mendapati tiada perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan walaupun terdapat perbezaan antara gaya pembelajaran Teoris dan Pragmatis yang diamalkan pelajar merentas bangsa. Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perhubungan antara tahap kemahiran menggabung dengan gaya pembelajaran Aktivis.
Show more

8 Read more

Tahap Penguasaan Pertolongan Cemas Di Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Penguasaan Pertolongan Cemas Di Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar-pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap pertolongan cemas di bengkel. Tahap pengetahuan yang dikaji termasuklah pengetahuan asas pertolongan cemas, pengetahuan terhadap rawatan mangsa terkena serangan jantung atau pengsan, pengetahuan terhadap rawatan mangsa terkena kejutan elektrik, pengetahuan terhadap rawatan mangsa terbakar atau melecur dan juga pengetahuan terhadap rawatan mangsa luka di bengkel. Seramai 86 orang pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Ia mengandungi 30 item yang diukur dengan menggunakan skala likert dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 12.0). Analisis data dilakukan secara deskriptif (dalam frekuensi dan peratus). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) berada pada tahap sederhana. Aspek pengetahuan asas pertolongan cemas dikenalpasti berada pada tahap tinggi (77.5%), diikuti oleh pengetahuan terhadap rawatan mangsa terbakar atau melecur (58.35%), pengetahuan terhadap rawatan mangsa terkena kejutan elektrik (55.5%), pengetahuan terhadap rawatan mangsa terkena serangan jantung atau pengsan (44.1%), dan yang terakhir pengetahuan terhadap rawatan mangsa luka di bengkel (40.95%). Hasil kajian juga menunjukkan seramai 55 orang (65.5%) pernah mengajar di bengkel atau makmal.
Show more

8 Read more

Tahap penggunaan sumber maklumat elektronik di kalangan pelajar fakulti kejuruteraan KUiTTHO

Tahap penggunaan sumber maklumat elektronik di kalangan pelajar fakulti kejuruteraan KUiTTHO

Pihak peipustakaan j u g a turut menyediakan kemudahan pengaksesan maklumat secara elektronik di dalam bidang kejuruteraan khasnya kepada para pelajar kolej universiti ini.... Sementara [r]

24 Read more

Kajian terhadap pembelajaran perisian grafik berkomputer di kalangan pelajar universiti dan kaitannya dengan kecerdasan pelbagai

Kajian terhadap pembelajaran perisian grafik berkomputer di kalangan pelajar universiti dan kaitannya dengan kecerdasan pelbagai

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai, perbezaan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar berbeza kursus pengajian, tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer, hubungan antara tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai dan jenis kecerdasan pelbagai bagi pelajar yang menguasai lebih kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian ini terdiri daripada 130 orang pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik/ Sains/ Kemahiran Hidup) di bawah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Pengumpulan data adalah melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu set senarai semak Kecerdasan Pelbagai MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adult) McGrath dan Noble (1995) dan soal selidik tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer Adobe Photoshop yang menggunakan Likert 4 mata. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar memiliki kecerdasan existential. Tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar yang berbeza kursus pengajian pada α = 0.05. Min tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di kalangan pelajar ialah 2.74 iaitu sederhana tinggi. Wujud hubungan yang signifikan tetapi sederhana dan lemah antara tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kelapanlapan kecerdasan pelbagai kecuali kecerdasan muzik. Pelajar yang memiliki kecerdasan existential adalah lebih mahir dalam pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan min 2.92 berbanding dengan kecerdasan lain. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan Kecerdasan Pelbagai memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran di kalangan pelajar pendidikan tinggi.
Show more

8 Read more

Tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan bas di Institut Pengajian Tinngi Awam

Tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan bas di Institut Pengajian Tinngi Awam

Pada masa ini, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn mempunyai beberapa buah bas yang digunakan untuk tujuan kemudahan pengangkutan pelajar dari satu tempat ke satu tempat yang lain[r]

24 Read more

Perpaduan ummah: Harapan, realiti dan cabaran

Perpaduan ummah: Harapan, realiti dan cabaran

Pada masa yang sama, UMNO kekal dalam psyche bahawa ia adalah kabilah politik Melayu terbesar dengan bilangan keahlian yang lebih ramai dari PAS, tetap menguasai pemerintahan negara, mas[r]

23 Read more

Faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan pelajar terhadap program pengurusan aset dan fasiliti

Faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan pelajar terhadap program pengurusan aset dan fasiliti

Setelah mengenalpasti kriteria-kriteria yang perlu dikaji, kajian akan diteruskan dengan menjalankan proses pengumpulan data berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pengumpulan data yang tepat adalah penting bagi memastikan dapatan kajian yang diperoleh adalah sahih dan mempunyai bukti yang kukuh dan berasas. Data kajian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data primer dan data sekunder. Pada peringkat ini, data primer diperoleh melalui pengagihan borang kaji selidik yang disasarkan kepada pelajar yang telah mengikuti program Pengurusan aset dan Fasiliti di UTM. Seterusnya, jenis respon dan maklumbalas yang diharapkan adalah pendapat mengenai faktor-faktor utama yang memberikan impak besar terhadap tahap kepuasan pelajar mengenai program yang disertai.
Show more

33 Read more

Show all 1380 documents...