tret personaliti

Top PDF tret personaliti:

Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Abstrak : Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi berdasarkan Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) yang menyatakan tentang darjah kekongruenan tret personaliti. Teori Ginzberg pula digunakan bagi mengenalpasti faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya pelajar. Seramai 76 orang pelajar daripada tahun satu, dua dan empat SPH, sesi 2008/2009, UTM telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan persampelan rawak berlapis. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi meninjau tret personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan pula digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan personaliti. Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kerjaya responden. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) V16.0.1 for Windows. Analisis data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kerjaya responden adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden SPH adalah SCR. Darjah kekongruenan bagi kod tiga huruf pengkaji menunjukkan hampir padan dengan kod tiga huruf Holland. Analisis inferensi korelasi Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti responden dengan faktor pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor ganjaran, manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor minat, keluarga dan persekitaran. Kesimpulannya, beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi kajian ini pada masa hadapan.
Show more

9 Read more

Profil Tret Personaliti Pensyarah Yang Cemerlang Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP)

Profil Tret Personaliti Pensyarah Yang Cemerlang Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP)

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah UTM yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP) bagi semester 2 sesi 2007/2008. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret Personaliti Big Five. Seramai 40 orang pensyarah cemerlang terlibat sebagai responden, dan kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Soal selidik NEO-PI-R oleh McCrae & Costa (1992) dan diterjemahkan oleh Khairul Anwar (2000) digunakan sebagai instrumen kajian, dan ia mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik berdasarkan nilai alpha Cronbach .870 bagi domain Neuroticism (N), .804 bagi domain Extraversion (E), .790 bagi domain Openness to Experience (O), .682 bagi domain Agreeableness (A), dan .904 bagi domain Conscientiousness (C). Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan item adalah .813. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) versi 12.0 for windows. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah yang cemerlang memiliki skor yang rendah bagi domain Neuroticism (N-), dan skor yang tinggi bagi domain Agreeableness (A+) dan Conscientiousness (C+). Ujian korelasi Pearson ‘r’ dijalankan bagi menjawab sepuluh hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara domain Neuroticism dengan Extraversion, Neuroticism dengan Openness to Experience, Neuroticism dengan Agreeableness, Neuroticism dengan Conscientiousness, Extraversion dengan Openness to Experience, Extraversion dengan Conscientiousness, Openness to Experience dengan Conscientiousness, dan Agreeableness dengan Conscientiousness. Satu hubungan signifikan yang kuat wujud antara domain Neuroticism dengan Conscientiousness pada skala r = -.742 dengan arah hubungan yang negatif. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya kecemerlangan personaliti pensyarah dalam menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Cadangan tindakan dan kajian lanjutan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Show more

15 Read more

Pengaruh tret personaliti lima faktor terhadap kegembiraan

Pengaruh tret personaliti lima faktor terhadap kegembiraan

Ini bermakna sistem bayaran berdasarkan kemahiran (Skill Based Pay) turut mempunyai perkaitan antara bayaran berdasarkan pekerjaan dan bayaran berdasarkan gaji pekerja, Stankiewicz [r]

586 Read more

Hubungan di antara personaliti dan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar Sarjana dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah bagi program Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Hubungan di antara personaliti dan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar Sarjana dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah bagi program Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Di dalam kajian ini, personaliti pelajar sarjana dan doktor falsafah yang dikaji adalah merujuk kepada teori personaliti Big Five yang dicetuskan oleh Paul Costa, Jr dan Robert Mc Crea. Beliau telah membahagikan tret- tret personaliti individu kepada lima dimensi utama iaitu Extraversion iaitu bersifat sosial (suka bergaul), Neuroticism iaitu mempunyai gangguan emosi, Openness iaitu mempunyai sifat terbuka, Agreeableness iaitu berpendapat yang sama (senang mencapai persetujuan), Conscientiousness iaitu mempunyai kesedaran. Kaedah ini telah digunakan oleh ramai penyelidik yang ingin menguji personaliti dan biasanya digunakan untuk membangunkan ujian personaliti bagi menguji tret personaliti individu. Namun begitu, Ellis & Abrams (2009) pula telah meringkaskan kelima-lima tret tersebut dalam bentuk akronim OCEAN seperti di bawah;
Show more

56 Read more

The Influence of Perfectionism Personality Towards Dyadic Coping within Marriage

The Influence of Perfectionism Personality Towards Dyadic Coping within Marriage

______________________________________________________________________________________________________   Perceraian dan keruntuhan institusi perkahwinan merupakan suatu isu global yang sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Oleh kerana keluarga yang berkualiti adalah pemangkin kepada kemajuan sesebuah masyarakat, penekanan perlu diberikan kepada aspek daya tindak dalam kalangan suami isteri sewaktu menangani tekanan yang timbul. Hasil penelitian mendapati kajian berkenaan daya tindak diadik dalam perkahwinan semakin mendapat perhatian pengkaji. Banyak kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu. Akan tetapi, penyelidikan terdahulu lebih memberi penekanan kepada teori personaliti lima tret besar berbanding tret personaliti yang lain seperti personaliti perfeksionisme. Dapatan kajian terdahulu membuktikan wujudnya perkaitan antara personaliti perfeksionisme dengan pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi kesihatan mental dan kualiti perkahwinan. Namun, sejauhmana pengaruh personaliti perfeksionisme terhadap daya tindak diadik dalam perkahwinan masih menjadi persoalan. Oleh yang demikian, kertas konseptual ini akan membincangkan potensi personaliti perfeksionisme dalam mempengaruhi daya tindak diadik berdasarkan hasil kajian terdahulu. Seterusnya, implikasi dan kepentingan kajian turut dibincangkan dalam usaha untuk menggalakkan pasangan suami isteri mengambil daya tindak yang lebih efektif sekaligus mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan.
Show more

7 Read more

Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru

Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru

Abstrak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job Descriptive Index ( JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensi-dimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut dicadangkan dalam artikel ini.
Show more

15 Read more

Profil personaliti guru cemerlang sekolah kebangsaan di daerah Kulaijaya

Profil personaliti guru cemerlang sekolah kebangsaan di daerah Kulaijaya

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil personaliti guru cemerlang sekolah kebangsaan daerah kulaijaya dan hubungannya dengan pencapaian prestasi kerja guru cemerlang. Seramai 140 orang guru cemerlang dari 8 buah sekolah kebangsaan di daerah kulaijaya dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif. Data dikumpul melalui soal selidik yang diterjemah daripada The Big Five Inventory (BFI) oleh Janet (2006). Darjah kebolehpercayaan bagi instrument BFI adalah di antara 0.73 hingga 0.80. Data yang telah dikumpul telah dianalisis menggunakan ‘Statistical Packages for Social Science’ (SPSS) versi 11.5 for windows. Analisis deskriptif menunjukkan guru cemerlang mendapat satu-satunya min tinggi iaitu bagi tret Agreeableness (A). Analisis juga menunjukkan bahawa guru cemerlang mendapat skor min sederhana bagi empat tret personaliti berikut iaitu
Show more

52 Read more

Personaliti dan keakuran: faktor mempengaruhi pencapaian akademik

Personaliti dan keakuran: faktor mempengaruhi pencapaian akademik

Faizah dan Siti Noorazzura (2007) yang mengkaji hubungan tret personaliti dengan faktor pemilihan kursus termasuk faktor keluarga di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian yang menggunakan rekabentuk kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipologi Kerjaya Holland di kalangan 39 responden yang dipilih menggunakan persampelan purposive atau bertujuan. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mendapatkan tret personaliti responden, manakala Indeks Keselarasan Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah keselarasan tret personaliti. Soal selidik Norlia (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kursus di kalangan responden. Dapatan kajian menunjukkan tret personaliti utama keseluruhan responden adalah RSE, dan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah keselarasan tret personaliti responden dengan faktor minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran. Dapatan kajian Faizah dan Siti Noorazzura ini merumuskan bahawa faktor keluarga tidak mempunyai hubungan tret personaliti.
Show more

149 Read more

Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ

Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ

Golongan remaja seperti pelajar adalah golongan yang sering mengalami cabaran dan dugaan. Mereka belum stabil dan masih terumbang-ambing dalam mencari identiti diri. Dalam proses ini, unsur-unsur positif dan negatif adalah senang dan cepat meresap untuk membentuk sahsiah dan personaliti remaja apabila dewasa. Melalui personaliti dan konsep kendiri yang dibentuk ini, secara tidak langsung akan memberi pengaruh dalam prestasi akademik mereka. Dengan kata lain, mereka yang mempunyai konsep kendiri dan personaliti yang berbeza, mempunyai pencapaian akademik yang berbeza.
Show more

44 Read more

Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE Dan SPJ

Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE Dan SPJ

Selain itu, hasil analisis untuk dimensi personaliti neurotisme pula, menggambarkan lebih dari separuh responden adalah mempunyai dimensi yang stabil emosinya iaitu sebanyak 88.0 peratus dan selebihnya iaitu 12.0 peratus mengalami ketidak stabilan emosi. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Musa (2005) yang menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai personaliti emosi yang stabil iaitu 54.0 peratus. Oleh itu, untuk mengelakkan terbentuknya personality neurotik, mereka mestilah didedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran yang berbentuk aktiviti berkumpulan supaya pelajar dapat belajar berinteraksi dengan individu di sekelilingnya.
Show more

9 Read more

Komponen asas untuk latihan Guru Pendidikan Islam [basic components for Islamic Education Teacher training]

Komponen asas untuk latihan Guru Pendidikan Islam [basic components for Islamic Education Teacher training]

Selain itu, satu kajian mengenai kualiti diri guru pendidikan Islam sekolah menengah di Sabah telah dijalankan oleh Kassim (2010). Kajian kualitatif ini mendapati bahawa terdapat tiga kategori kualiti guru pendidikan Islam yang utama iaitu, pengetahuan, personaliti dan kemahiran. Sumber kualiti pula berkisar sekitar keluarga, kesungguhan semasa di institut pengajian tinggi dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti rasmi dan kemasyarakatan setelah bergelar guru. Mereka telah mengaplikasikan kualiti keguruan mereka di sekolah serta tidak mengabaikan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Kajian ini merumuskan kualiti diri guru pendidikan Islam berkait rapat dengan tiga tema iaitu falsafah,
Show more

11 Read more

Persepsi mahasiswa terhadap pusat kaunseling & kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Persepsi mahasiswa terhadap pusat kaunseling & kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Menurut pandangan Imam al-Ghazali terdapat beberapa matlamat tertentu dalam memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Antaranya memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif untuk menyelesaikan kerumitan-kenimitan dengan berkesan dalam kehidupan. Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan menuruti masyarakat melalui perkembangan konsep kendiri. Membantu klien mem ah ami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran serta orang lain. Tegasnya matlamat kaunseling adalah untuk membentuk individu ke arah kekamilan yang kemudian dapat hidup bersama-sama masyarakat dengan kehidupan yang sederhana.
Show more

30 Read more

Keusahawanan dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Malaysia

Keusahawanan dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Malaysia

5. Latihan untuk membentuk seseorang usahawan meliputi tiga bidang utama iaitu kesedaran untuk memupuk personaliti seseorang usahawan, pengetahuan mengenai apa yang diperlukan bagi mendirikan suatu perniagaan dan penggunaan prinsip-prinsip keusahawanan bagi mengelola dan menguruskan sesebuah perniagaan.

5 Read more

Hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Kaedah tinjauan digunakan untuk meninjau beberapa aspek seperti pola personaliti-persekitaran dan tahap darjah kongruen ke atas responden kajian. Kajian ini juga berbentuk kajian ex-post facto jenis korelasi iaitu mengkaji pembolehubah atribut iaitu pembolehubah yang telah berlaku atau sedia wujud dalam unit sosial sebelum bermulanya sesuatu kajian (tuckman, 1978). Pembolehubah ini sukar dikawal atau dimanipulasikan. Dalam kajian ini, pembolehubah atribut ialah darjah kongruen personaliti-persekitaran yang turut dikenali sebagai pembolehubah tidak bersandar. Manakala, pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik. alat kajian yang digunakan ialah soal selidik self Directed search (sDs)-form Easy yang telah diubahsuai oleh amla (1984) bagi mengenalpasti minat kerjaya responden berdasarkan jenis personaliti dan jenis persekitaran.
Show more

14 Read more

Kesan personaliti proaktif dan sokongan organisasi ke atas pembangunan kerjaya terhadap prestasi pekerja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur

Kesan personaliti proaktif dan sokongan organisasi ke atas pembangunan kerjaya terhadap prestasi pekerja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur

pengurusan kerjaya oleh pekerja turut dinilai sebagai mediator kerana pengkaji mendapati elemen ini menguatkan lagi kesan personaliti proaktif pekerja dan sokongan organisasi ke atas pembangunan kerjaya terhadap prestasi pekerja. Kajian ini diharap dapat mengeluarkan dapatan, maklumat dan juga cadangan kepada organisasi bagi memperbaiki dan meningkatkan prestasi pekerja melalui perlaksanaan pembangunan kerjaya pekerja yang efisyen bersandarkan kepada perubahan bidang pekerjaan masa kini. Selain itu, diharap juga melalui kajian ini, pengkaji dapat merungkai fenomena yang terjadi seperti dibincangkan di atas demi memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat.
Show more

43 Read more

Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik : satu kajian awal

Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik : satu kajian awal

Sungguhpun pelbagai alasan telah dinyatakan bagi membenarkan perbuatan tersebut, pelajar tidak menyedari tentang apa yang dikatakan kecelaruan personaliti antisosial KPA.. Pelajar juga t[r]

24 Read more

Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik   satu kajian awal

Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik satu kajian awal

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial KPA yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik Malaysia yang mungkin mengakiba[r]

89 Read more

Hubungan antara tahap keberkesanan Pendidikan Islam dengan personaliti islamik pelajar

Hubungan antara tahap keberkesanan Pendidikan Islam dengan personaliti islamik pelajar

Personaliti Islamik merangkumi kebolehan, kecenderungan, sikap, emosi, serta ciri-ciri yang bersifat semula jadi atau yang dipelajari berdasarkan unsur-unsur keislaman. Terdapat elemen-elemen sifat semulajadi manusia yang mempengaruhi pembentukan personaliti Islamik dan ia saling berkait dalam memainkan peranan yang akan ditonjolkan oleh seseorang individu sebagai personalitinya. Elemen-elemen tersebut ialah nafs, qalb, aql, dan roh. Dalam kajian ini, personaliti Islamik melihat kepada aspek ibadah, amanah, dan ilmu yang merupakan dimensi personaliti Islamik (Nooraini, 2008).
Show more

33 Read more

Kesan personaliti sebagai penyederhana terhadap hubungan antara Kecerdasan Emosi (eq) dan budaya keselamatan

Kesan personaliti sebagai penyederhana terhadap hubungan antara Kecerdasan Emosi (eq) dan budaya keselamatan

mengetahui mereka yang lebih berkemungkinan mempunyai sikap-sikap yang baik ke arah berkelakuan selamat (Geller dan Wiegand, 2005). Kajian oleh Eysenk (1965) menjelaskan bahawa seseorang yang skor tinggi dalam sifat personaliti ekstraversi dan neurotik adalah lebih mudah untuk mendapat kemalangan. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan haluan hidup manusia (Azizi et al., 2005). Oleh itu pelbagai jenis personaliti manusia diandaikan mampu memberi kesan kepada hubungan kecerdasan emosi dan budaya keselamatan. Contohnya, seseorang yang bersifat berterus terang lebih peka kepada emosi sendiri dan sering membuat perbandingan dengan orang yang terdekat (Mayer dan Salovey, 1997).
Show more

53 Read more

Takwa dan keimanan dari perspektif psikologi dan pendidikan

Takwa dan keimanan dari perspektif psikologi dan pendidikan

Khaleefa (1997) dalam penulisan beliau yang bertajuk “The imperialism of Euro- American psychology in a nonwestern culture: An attempt toward an ummatic psychology “, menyatakan bahawa umat Islam secara realitinya berhadapan dengan budaya yang terpisah dari kreativiti tamadun Islam yang lalu dan juga dari kreativiti pemikiran moden Barat. Hanya semangat peniruan dalam psikologi yang telah diterima dari masyarakat Barat dan bukannya teknik dan kaedah, serta semangat daya tahan dan produktiviti mereka. Masanya telah tiba untuk masyarakat Islam menyedari tentang kepentingan memiliki ciri-ciri dan sifat yang tersendiri bagi menghasilkan personaliti Muslim sebagai seorang individu dan masyarakat.
Show more

24 Read more

Show all 69 documents...