Top PDF Guru Besar sebagai ‘role model’ pemimpin kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Pentadiran) dalam memimpin sekolah

Guru Besar sebagai ‘role model’ pemimpin kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Pentadiran) dalam memimpin sekolah

Guru Besar sebagai ‘role model’ pemimpin kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Pentadiran) dalam memimpin sekolah

yang diamalkan, akan menjadi contoh kepada para pengikut. Sekiranya pemimpin tidak mahu dirinya dijadikan sebagai contoh mahupun role model, maka dia tidak layak menyandang gelaran sebagai pemimpin. Sebagai role model, Guru Besar lebih banyak bertindak dari bercakap. Ini kerana di bahu pemimpin terletak satu tanggungjawab untuk melakukan perubahan dan pembaharuan dalam banyak aspek di organisasinya. Setiap guru di sekolah akan mengharapkan penambahbaikan di sekolah. Alimuddin (2006) menggariskan ciri-ciri kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh pengetua di sekolah seperti idealised influence (pemimpin sebagairole modelkepada guru, staf sokongan dan pelajar), inspirational motivation (sentiasa memberikan galakan dan idea-idea bernas), intellectual stimulation ( bijak dalam berfikir, membuat keputusan yang tepat dan bertindak dengan cara yang cepat) dan individual consideration (sebagai coach atau mentor kepada seluruh warga sekolah) adalah sebagai suatu usaha menjadikan sekolah mereka berkesan.
Show more

44 Read more

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik ‘Principal Instruction Management Rating Scale’ (PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran (Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi instrumen ‘Principal Instruction Management Rating Scale,’ nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11), Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).
Show more

9 Read more

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas adalah salah satu daripada jawatan penolong kanan yang wujud di sekolah-sekolah. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 15 Tahun 2010 melalui Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK) adalah jawatan secara hakiki yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu guru besar atau pengetua mengurus tadbir Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang berkaitan. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas bertanggungjawab membantu guru besar atau pengetua di dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan khas seperti urusan pentadbiran, pengajaran, hal ehwal murid pendidikan khas, kurikulum, ko-kurikulum dan sebagainya. Dalam ertikata yang lain GPK Pendidikan Khas mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mengurus dan mentadbirkan semua perkara-perkara yang bersangkutan dengan pengurusan pendidikan khas dan segala keputusan adalah dirujuk kepada guru besar atau pengetua selaku ketua organisasi yang paling utama.
Show more

30 Read more

Text
ABSTRACT pdf

Text ABSTRACT pdf

Menurut Lembaga Administrasi Negara (1992;12) merumuskan kinerja merupakan performance yang artinya adalah prestasi kerja atau pelaksanaan kerja atau pencapaian kerja atau hasil kerja. sehingga hasil yang dicapai oleh guru dalam melaksanakan tugas-tugas yang dibebankan kepadanya yang didasarkan atas kecakapan, pengalaman dan kesungguhan serta penggunaan waktu.Kinerja guru akan baik jika guru telah melaksanakan unsur-unsur yang terdiri dari kesetiaan dan komitmen yang tinggi pada tugas mengajar, menguasai dan mengembangkan bahan pelajaran, kedisiplinan dalam mengajar dan tugas lainnya, kreativitas dalam pelaksanaan pengajaran, kerjasama dengan semua warga sekolah, kepemimpinan yang menjadi panutan siswa, kepribadian yang baik, jujur dan obyektif dalam membimbing siswa, serta tanggungjawab terhadap tugasnya. Oleh karena itu tugas Kepala Sekolah selaku manager adalah melakukan penilaian terhadap kinerja guru. Penilaian ini penting untuk dilakukan mengingat fungsinya sebagai alat motivasi dari pimpinan kepada guru maupun bagi guru itu sendiri.
Show more

29 Read more

Hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Kulai.

Hubungan antara stres dengan kepuasan kerja guru penolong kanan di sekolah jenis kebangsaan Cina daerah Kulai.

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres, tahap kepuasan kerja dan hubungan antara stres dengan kepuasan guru penolong kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai. Seramai 42 orang guru penolong kanan yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai telah menjadi responden bagi tujuan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Set soalan soal selidik ini mengandungi instrumen yang diubahsuai untuk mengukur tahap kepuasan responden. Nilai kebolehpercayaan instrumen untuk mengukur stress ialah 0.893 sementara index bagi kepuasan kerja adalah 0.839. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows versi 12.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap stres dan kepuasan kerja manakala korelasi Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan antara stres dengan kepuasan kerja di kalangan responden. Hasil kajian mendapati tahap stres responden berada pada tahap rendah manakala tahap kepuasan pula berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja di mana nilai korelasi yang diperolehi ialah 0.021.
Show more

9 Read more

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kebangsaan di zon bandar daerah Kota Tinggi

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kebangsaan di zon bandar daerah Kota Tinggi

Terdapat beberapa isu berkaitan pungurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara yang menjadi isu ialah tiada penyelarasan dari segi pengagihan tugas guru di peringkat pihak pentadbir sekolah. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tiada perbincangan di kalangan guru-guru penolong kanan dalam mengagihkan tugas-tugas khas kepada guru. Ini menyebabkan agihan tugas yang tidak seimbang di kalangan guru. Menurut Suhana Minhat (2013) terdapat pengetua atau guru besar tidak berjaya berperanan dalam menstrukutur organisasi. Lambakan tugas guru ini memberi kesan negatif terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru. Menurut pemantauan yang dilakukan oleh Guru Data HRMIS terdapat guru yang memegang sebilangan jawatan atau tugas sampingan (Norsiah Abu Bakar, komunikasi peribadi, 17 April 2013). Ini menyebabkan guru tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran mereka kerana banyak terlibat dengan tugas-tugas seperti menyiapkan kertas kerja, mengisi borang, memasukkan data, pemfailan dan lain-lain. Tugas yang pelbagai juga menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyemak hasil kerja murid, mengenal pasti kelemahan dan membuat pemulihan terhadap murid.
Show more

40 Read more

Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan zon Kluang Barat, Kluang, Johor

Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan zon Kluang Barat, Kluang, Johor

Menurut Azizi Yahaya, et.al. (2007), sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi ataupun sebaliknya. Saiz sampel juga penting. Semakin kecil saiz populasi, semakin rendah ketepatannya. Saiz sampel yang lebih besar akan lebih tepat untuk mewakili populasi serta mengurangkan ralat persampelan. Walaubagaimanapun saiz sampel yang terlalu besar pula akan menyulitkan sedikit untuk mendapatkan data bagi penyelidikan. Jadi, tatacara untuk menentukan persampelan yang betul oleh Krejcie dan Morgan (1970) boleh digunakan seperti Jadual 1:
Show more

6 Read more

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Perkembangan staf merupakan aspek yang sentiasa diberi perhatian terutama sekali oleh Jemaah Nazir Sekolah apabila mereka membuat pemeriksaan di sekolah. Ia merupakan aktiviti penting bagi meningkatkan mutu pendidikan. Usaha meningkatkan pengetahuan dan menyampaikan maklumat baru bukan sahaja diperlukan oleh guru yang baru mula bertugas malah penting juga kepada guru-guru yang telah lama mengajar. Ini disebabkan banyak perkembangan terkini dalam dunia pendidikan seperti penggunaan komputer dan bahan bantu mengajar elektronik, kurikulum baru mata pelajaran sains dan matematik, perubahan dalam peperiksaan dan lain-lain lagi yang memerlukan kefahaman untuk dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran mereka.
Show more

9 Read more

Tahap pengupayaan terhadap guru kanan mata pelajaran (GKMP) di sekolah-sekolah menengah daerah Muar

Tahap pengupayaan terhadap guru kanan mata pelajaran (GKMP) di sekolah-sekolah menengah daerah Muar

Kajian oleh Mohd Anuar et al. (2004), menunjukkan pengurus pertengahan hanya banyak dilibatkan dengan amalan pengupayaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelajar sahaja tetapi tidak kepada aspek kepemimpinan organisasi. Dapatan kajian oleh Lokman (1998) mengukuhkan lagi bahawa GKMP perlu dihormati dan diberi kuasa untuk memimpin dalam melaksanakan peranan mereka membantu tugas- tugas pengetua yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum. Kajian beliau yang bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru terhadap tanggungjawab dan tingkahlaku kepemimpinan GKMP sebagai pemimpin pengajaran di sekolah menengah di daerah Muar mendapati, guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama akan lebih berkemungkinan untuk menolak GKMP sebagai pemimpin mereka.
Show more

33 Read more

Penilaian psikometrik instrumen kesediaan sebagai pemimpin guru

Penilaian psikometrik instrumen kesediaan sebagai pemimpin guru

Secara khusus, instrumen kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama. Bahagian pertama mengandungi dua pembolehubah demografi iaitu jantina dan tahun perkhidmatan sebagai guru. Kedua-dua item tersebut direka dalam skala nominal yang kemudiannya dapat menganalisis secara deskriptif oleh penyelidik. Bahagian kedua dalam soal selidik ialah 13 item yang mengukur kesediaan guru untuk menjadi pemimpin guru di sekolah. Oleh kerana masih kekurangan item dan soal selidik yang mengukur kesediaan guru sebagai pemimpin guru, item yang telah dibangunkan oleh Katzenmeyer dan Moller (2001; 2009) untuk dijadikan asas kepada pembinaan item dalam soal selidik ini. Namun sebelum menggunakan item, kebenaran menggunakan telah diperolehi daripada penulis asal. Pada asalnya, Katzenmeyer dan Moller (2009) telah menghasilkan 25 item yang dikenali sebagai ‘Teacher Leadership Readiness Instrument (TRLI)’, namun setelah dilihat keserasiannya dalam kajian ini, hanya lapan item sahaja yang digunakan. Selebihnya, lima item lagi telah dibina sendiri oleh penyelidik. Kesemua 13 item telah diadaptasi dengan menggunakan kenyataan positif menggunakan skala penarafan Likert empat mata iaitu: 1 = sangat tidak setuju; 2 = tidak bersetuju; 3 = bersetuju; dan 4 = sangat setuju.
Show more

11 Read more

Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik yang lepas seperti (Mike,1992) mendapati bahawa semua dominan gaya pengurusan konflik yang dikemukakan digunakan ketika menyelesaikan konflik dalam situasi yang berbeza-beza. Pada hakikatnya, tiada satu jalan yang terbaik dalam menyelesaikan konflik. Ini kerana konflik berlaku dalam situasi dan suasana yang berlainan. Walaupun demikian, dalam kajian-kajian yang lain terdapat satu gaya atau pendekatan yang dikatakan lebih efektif atau terbaik jika diaplikasikan iaitu pendekatan penyelesaian masalah (kolaboratif) (Lunenburg dan Ornstein, 1996). Oleh itu, pemusatan kajian ini adalah ke atas kaedah pengurusan konflik yang digunakan atau diamalkan oleh guru besar sebagai pentadbir atau ketua dalam konteks persekitaran sekolah dengan tujuan untuk mengendalikan sesuatu perselisihan atau konflik. Adakah terdapat penggunaan pada kesemua kaedah yang dikemukakan oleh pengkaji? Adakah kaedah kolaboratif menjadi kesukaan guru besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia?
Show more

10 Read more

Pengamalan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah dalam kalangan Guru-guru Besar

Pengamalan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah dalam kalangan Guru-guru Besar

Pemimpin yang bersifat adil adalah sifat yang mesti ada kepada sesaorang pemimpin. Ia merangkumi semua peringkat kepimpinan sama ada di peringkat keluarga, perkumpulan atau satu organisasi yang besar. Islam mengajak manusia menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Oleh itu pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan ‘Arash” yang mulia. Kepimpinan daripada kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah yang baik dan perlu di contohi oleh sesaorang pemimpin diantaranya ialah : a) Berilmu Pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut Al Quran, pemimpin dalam sebuah orgenisasi semestinya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikal dan juga pengurusan yang lebih terutamanya aspek-aspek teknikal dan juga pengurusan dalam orgenisasi. b) Teras Aqidah yang kukuh; Seorang pemimpin yang beriman dan mempunyai asas akidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana setiap tindakannya adalah bersandarkan kepada ajaran Islam. Bertindak dengan yakin dan beretika dalam mencorakkan kepimpinan berlandaskan prosedur kerja yang sebenar.
Show more

30 Read more

Gaya komunikasi guru besar dan komitmen guru-guru di tiga (3) buah sekolah daerah Kota Bharu Kelantan

Gaya komunikasi guru besar dan komitmen guru-guru di tiga (3) buah sekolah daerah Kota Bharu Kelantan

Sekolah ialah satu organisasi sosial yang meliputi satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas secara berstruktur untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Perubahan dunia global menjanjikan pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan yang mencabar para pendidik Perkembangan yang pesat ini menyebabkan peranan Guru Besar menjadi bertambah sukar dan kompleks, sedangkan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan Guru Besar. Sekolah memerlukan pengurusan yang benar-benar mantap dan berkesan ke arah merealisasi matlamat, objektif, visi dan misinya. Di sini Guru Besar dilihat sebagai tunggak kepimpinan yang bertanggungjawab menerajui pengurusan dan hala tuju sekolah Pemikiran seseorang Guru Besar begitu mempengaruhi keputusan dan tindakan yang diambil dalam melayar serta mengemudi bahtera institusi sosial tersebut. Keberkesanan kepimpinan Guru Besar mempengaruhi guru-guru di sekolah banyak bergantung kepada kecemerlangan guru kerana guru cemerlang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan guru- guru biasa. Peranan Guru Besar sebagai pengurus sekolah tidak boleh diperkecilkan . Menurut Deal dan Baldrige (1975), Guru Besar adalah orang yang paling penting di dalam system sekolah. Merekalah yang akan mencorak institusi pendidikan paling asas dan paling penting. Jones (1998), mengatakan terdapat empat tugas paling utama bagi seorang guru besar iaitu memimpin, mengurus, menjalinkan hubungan luar dan menjalinkan hubungan manusia. Aspek yang diberikan penekanan ialah hubungan manusia. Guru Besar perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan yang cekap kerana dalam melaksanakan tugas, Guru Besar sentiasa berhadapan dengan manusia.
Show more

9 Read more

Amalan pengurusan kewangan sekolah Guru Besar sekolah-sekolah kebangsaan

Amalan pengurusan kewangan sekolah Guru Besar sekolah-sekolah kebangsaan

Ini bermaksud pengetua selaku pegawai pengawal perlu melibatkan din mereka secara langsung dalam semua hal ehwal yang berkaitan dengan kewangan seperti aktiviti- aktiviti perbelanjaan, penggunaan dan kawalan sumber serta aset agar pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (Adi Badiozaman Tuah, 2001;Pounder, Ogawa, & Adams, 1995; Shahril Marzuki, 1993). Belanjawan sekolah adalah salah satu aspek dalam pengurusan kewangan sekolah yang mesti diketahui oleh setiap pengetua atau guru besar. Menurut Steiss dalam Zaidatol Akmaliah (2001), belanjawan adalah suatu perancangan menyeluruh yang mengandungi pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan projek untuk dilaksanakan serta keperluan perbelanjaan dan sumber-sumber kewangan bagi menentukan kejayaannya. Menurut Pfinner dan Presthus (1968) dalam Zaidatol Akmaliah (2001), dalam belanjawan mengandungi perkara-perkara seperti menentukan polisi kewangan iaitu mengagih-agihkan pendapatan untuk program- program dan membelanjakan wang dengan jujur dan bijak. Seterusnya Xavier (2003), menegaskan pengetua atau guru besar perlu mahir dalam pengurusan belanjawan sekolah kerana dengan adanya pengurusan belanjawan yang baik dapat menentukan sistem perancangan hasil dan perbelanjaan pada masa hadapan.
Show more

46 Read more

Pembentukan tatacara kehidupan beradab: keperluan asas kanak-kanak Islam

Pembentukan tatacara kehidupan beradab: keperluan asas kanak-kanak Islam

Tatacara Kehidupan beradab Islam (TKBI) ialah tatacara kehidupan rutin harian Islam. Tatacara ini terdiri daripada adab kehidupan harian termasuk; i. makan dan minum, ii. tidur, iii. berkender- aan, iv. masuk dan keluar rumah, v. masuk dan keluar tandas dan lain-lain. TKBI bukanlah setakat satu cara hidup yang membezakan kehidupan Islam atau pun tidak, tetapi juga mempunyai kepent- ingan rohani dan jasmani kanak-kanak dan orang yang mengamalkannya. Oleh sebab itu, TKBI merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan pembangunan Insan Islam bagi anak-anak yang berada di peringkat sebelum baligh. Mereka banyak menyerap kelakuan dan tindakan orang di sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, kawan-kawan dan guru-guru ketika mereka berada da- lam tahap umur ini. Hasil daripada cerapan itu, terpancarlah cara hidup harian mereka sehinggalah ke umur remaja dan dewasa. Ini dibuktikan dalam satu kajian tahap amalan tatacara kehidupan beradab di kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Justeru itu, Islam memper- tanggungjawabkan kepada ibu bapa dan pendidik untuk menerapkan tatacara kehidupan ini dengan beberapa kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tatacara kehidupan beradab ini dapat diaplikasikan dengan baik oleh kanak-kanak.
Show more

12 Read more

Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa perkembangan pendidikan bergantung kepada teknologi maklumat khususnya internet dan komputer dan antara penggunaannya ialah mendapatkan fakta-fakta bahan kursus, membuat perbincangan dengan pengajar, menyertai forum, membentang kertas kerja dan menyebarkan maklumat. Melalui Tele Sidang Komputer ianya boleh digunakan dalam proses P&P tidak secara formal seperti pengajar berada di sekolah dan pelajar berada di rumah sahaja. CAI (Computer-Assisted Instruction) merupakan satu kaedah pembelajaran secara interaktiviti, latih tubi, simulasi dan animasi.
Show more

9 Read more

Kepimpinan Situasi Dalam Kalangan Guru Besar
Daerah Johor Bahru

Kepimpinan Situasi Dalam Kalangan Guru Besar Daerah Johor Bahru

Abstrak: Kajian ini bertujuan memperlihatkan kepemimpinan situasi guru besar daerah Johor Bahru dalam mempelbagaikan stail kepemimpinan mereka. Kajian ini berasaskan Model Kepemimpinan Situasi Blanchard (2001) yang mengemukakan empat stail kepemimpinan iaitu mengarah, membimbing, menyokong dan mendelegasi. Data-data diperoleh melalui dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif diperoleh daripada temu bual yang dijalankan ke atas dua belas orang guru. Data kuantitatif diperolehi melalui satu set instrumen kepemimpinan situasi iaitu instrumen Leadership Behaviour Analysis II(LBA II) yang telah dijawab oleh 93 orang responden kajian yang terdiri daripada guru besar sekolah rendah Daerah Johor Bahru (termasuk zon Pasir Gudang dan Johor Bahru ). Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis inferensi seperti ujian-T dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru besar daerah Johor Bahru telah mengamalkan kepemimpinan stuasi iaitu mengarah, membimbing, menyokong dan mendelegasi. Stail kepemimpinan guru besar didapati dipengaruhi oleh pengalaman dan kursus yang disertai oleh guru besar. Setiap pemimpin perlu memiliki kemahiran bagi menggunakan pelbagai stail kepemimpinan mengikut keperluan situasi. Guru pula merupakan indikator terhadap kejayaan atau kegagalan guru besar sebagai pemimpin sekolah, oleh sebab itu menjadi tanggung jawab guru besar untuk mewujudkan budaya kerja yang positif, dan komitmen guru yang dapat digarap melalui stail kepemimpinan yang diamalkan..
Show more

24 Read more

Gaya pengurusan konflik guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru

Gaya pengurusan konflik guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru

Konflik akan berterusan apabila sesuatu tugas itu didapati saling bergantungan secara berurutan. Misalnya, unit pengawas sekolah tidak dapat melaksanakan tugas sekiranya unit disiplin tidak terlebih dahulu menyelesaikan tugasnya, dan unit disiplin pula tidak dapat melaksanakan tugas tersebut apabila unit hal ehwal murid belum menyempurnakan tugasnya. Selain itu, konflik juga timbul antara panitia apabila sesuatu pencapaian sekolah diukur berdasarkan pencapaian keseluruhan sekolah. Apabila pencapaian bahasa Inggeris merosot akan memberikan implikasi kepada pencapaian akademik keseluruhan sekolah. Seseorang guru besar memainkan pelbagai peranan pada masa yang sama. Konflik jenis ini berlaku apabila timbul kekeliruan dalam memenuhi tuntutan tugas. Seorang pengurus mungkin meminta pekerjanya untuk cuba mengurangkan kos tetapi pada masa yang sama mereka perlu meningkatkan gaji pekerja. Contohnya, seorang ahli dalam organisasi yang pendiam mungkin akan berkonflik dengan ahli yang peramah dan kuat berbual. Perbezaan persepsi juga boleh menimbulkan konflik antara individu dalam membuat sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah yang akan berlaku perbezaan pendapat. Konflik akan menjadi lebih hebat apabila pendapat ahli organisasi tidak diterima oleh ahli lain untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu projek.
Show more

9 Read more

Kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah kebangsaan daerah Kota Tinggi, Johor.

Kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah kebangsaan daerah Kota Tinggi, Johor.

Abstrak : Kajian ini untuk meninjau Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tujuan kajian untuk mengenal pasti tahap pemahaman, tahap sokongan, tahap masalah dan perbandingan tahap pemahaman serta tahap masalah dari segi jantina dan lokasi sekolah (bandar dan luar bandar) dalam pelaksanaan PBS. Dapatan daripada kajian ini boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan pihak-pihak lain yang teribat secara langsung dalam merancang, merangka dan memeta hala tuju Dasar Pentaksiran Negara serta persediaan menghadapi pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan Negara (SPPK) menjelang tahun 2011. Responden kajian sebanyak 57 orang yang terdiri daripada Guru Besar semua sekolah aliran kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Data kajian yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS 15.0 for Windows. Kaedah statistik deskriptif dan Ujian – t dipilih dalam menganalisis data kajian . Instrumen soal selidik pada nilai Cronbach’s Alpha 0.813 digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Dapatan kajian mendapati Guru Besar telah memahami PBS pada tahap tinggi, memberi sokongan dalam pelaksanaan PBS pada tahap tinggi dan menunjukkan tahap permasalahan di peringkat sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dengan guru perempuan dan lokasi sekolah dari segi tahap pemahaman dan tahap permasalahan. Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru besar dalam pelaksanaan PBS yang perlu diatasi supaya pelaksanaan PBS memenuhi hasrat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia serta memenuhi aspirasi negara melalui Dasar Pentasiran Negara secara holistik.
Show more

9 Read more

Proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru fizik di Makassar Indonesia

Proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru fizik di Makassar Indonesia

hanya diperuntukkan bagi mempertahankan dan berkhidmat untuk kepentingan pendidikan kolonial sahaja (Mudyahardjo, 2009; Poerbakawatja, 1970). Sejak dari kemerdekaan Indonesia pada tarikh 17 Ogos 1945 (masa pemerintahan Soekarno) sehingga bermulanya orde baru (masa pemerintahan Soeharto), proses pembelajaran dan pembangunan guru belum menunjukkan hasil yang bermakna. Kompetensi guru masih berkisar pada pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi daripada pengajian tinggi. Pada tahun 1975, tradisi program pembelajaran guru di Indonesia dimulakan di mana kempen besar-besaran dilancarkan bagi memberikan bengkel dalam tempoh tiga minggu kepada 600,000 orang guru di Indonesia mengenai perancangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Soedijarto et al., 1980). Bengkel ini merangkumi penggunaan buku teks pelajaran baru yang dilaksanakan ke dalam sistem primer, dan latihan kakitangan (Beeby, 1979). Kemudian, pada tahun 1979 kerajaan menubuhkan Pusat Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (PPG) atau Pusat Pembangunan Pendidikan Guru (PPPG) dalam melengkapkan aktiviti pembelajaran guru daripada sistem yang ada (Adey et al., 2004; Thair & Treagust, 2003). Seterusnya, inisiatif polisi kerajaan pusat membentuk program Pemantapan Kerja Guru (PKG) (Adey et al., 2004; Nielsen, 2003; Thair & Treagust, 2003). Projek PKG bermula pada tahun 1980 sehingga tahun 1982 dan pada bulan Ogos 1982 diperkenalkan pula program Sanggar Pemantapan Kerja Guru (atau SPKG) sehingga tahun 1993. Kemudian, bengkel pembangunan guru kaedah SPKG digantikan dengan program baru yang disebut sebagai MGMP. Sistem MGMP ini dijalankan sehingga orde reformasi sekarang ini di Indonesia (MGMP1, 2011; MGMP4, 2011; Thair & Treagust, 2003).
Show more

86 Read more

Show all 10000 documents...