Top PDF Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor

kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.949. Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 15.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian t dan analisis varians (ANOVA). Hasil kajian menunjukkan bahawa jenis masalah-masalah disiplin iaitu rosakkan harta benda, buli, ponteng dan kurang sopan berada pada tahap yang tinggi. Kemahiran dalam mengurus disiplin dari persepsi guru disiplin pun berada pada tahap yang tinggi. Manakala dari persepsi guru disiplin keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar dan faktor kemerosotan disiplin pelajar dari segi sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan suasana sekolah berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan kemerosotan disiplin pelajar. Peranan dan kerjasama media massa dengan pihak berkuasa penting dalam
Show more

42 Read more

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor

Abstrak:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar dari persepsi guru-guru disiplin dari 20 buah sekolah menengah di Johor. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada guru-guru disiplin dari 20 buah sekolah menengah di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Azhar (2003), Foziah (1999) dan Jumail (1999). Instrumen soal selidik yang diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada dua orang pensyarah UTM. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/ analisis kesahihan. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.949. Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 15.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian t dan analisis varians (ANOVA). Hasil kajian menunjukkan bahawa jenis masalah-masalah disiplin iaitu rosakkan harta benda, buli, ponteng dan kurang sopan berada pada tahap yang tinggi. Kemahiran dalam mengurus disiplin dari persepsi guru disiplin pun berada pada tahap yang tinggi. Manakala dari persepsi guru disiplin keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar dan faktor kemerosotan disiplin pelajar dari segi sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan suasana sekolah berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan kemerosotan disiplin pelajar. Peranan dan kerjasama media massa dengan pihak berkuasa penting dalam membantu menangani masalah disiplin pelajar.
Show more

18 Read more

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Teknikal Di
Sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak

Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin mencabar. Golongan guru teknikal seolah-olah dituntut untuk menyahut cabaran negara di mana pada bahu merekalah terpikul tanggungjawab untuk melaksanakan dan menjayakan segala rancangan pendidikan negara bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi agar impian negara untuk mencapai Wawasan 2020 menjadi kenyataan. Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal kerap kali diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap ‘fobia’ atau takut komputer serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Show more

8 Read more

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai

Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes. Mengikut Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, terdapat beberapa kategori pelajar ponteng sekolah, iaitu pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahun ibu bapa / penjaga, pelajar tidak hadir tanpa sebab di luar pengetahuan ibu bapa, pelajar ke sekolah dengan berpakaian sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah dan ini adalah di luar pengetahuan ibu bapa. Kumpulan pelajar ponteng pula adalah pelajar yang bekerja pada waktu malam dan gagal bangun awal untuk ke sekolah dan pelajar yang ponteng sekolah mengikut musim seperti selepas cuti panjang atau cuti umum. Kategori ponteng ini merupakan kategori yang berisiko tinggi yang cenderung ke arah penglibatan dalam gejala sosial.
Show more

18 Read more

Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor.

Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor.

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah Daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini juga meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah, pandangan guru-guru tentang keberkesanan penggunaan PSS terhadap pencapaian akademik pelajar serta pandangan guru-guru terhadap peranan Guru Perpustakaan dan Media di sekolah menengah. Kajian dijalankan ke atas semua guru-guru sahaja tidak termasuk pihak pentadbir sekolah dan guru media. Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada semua guru (300 orang) dari lima buah sekolah yang dipilih secara rawak. Nilai alpha yang diperolehi ialah 0.8680. Frekuensi iaitu nilai peratusan telah digunakan dalam penganalisisan data. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan guru-guru menggunakan PSS. Dari aspek corak penggunaan PSS didapati guru-guru menggunakan PSS untuk pelbagai tujuan yang dapat memanfaatkan guru dan pelajar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dan 81.6% guru-guru berpendapat bahawa penggunaan PSS memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sebanyak 69.2% guru- guru berpendapat bahawa peranan guru Perpustakaan dan Guru Media turut memberi sumbangan dan meningkatkan potensi penggunaan PSS.
Show more

7 Read more

Faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru-guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia

Faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru-guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia

Menurut Akhito Shimazu et. al (2003) yang mengkaji kesan pengurusan stres, sokongan sosial dan cara mengatasi stres ke atas 24 orang guru di hiroshima mendapati bahawa sokongan sosial adalah penting bagi membantu guru-guru mengatasi masalah stres. Jepun pada tahun 2000, 0.24 peratus guru terpaksa menangguhkan kerja sebagai guru kerana menghadapi masalah kecelaruan mental. Antara masalah yang dihadapi oleh guru ini ialah persekitaran sekolah, kepelbagaian tingkah laku pelajar, hubungan

26 Read more

Pemilihan kerjaya di kalangan pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik:satu kajian kes

Pemilihan kerjaya di kalangan pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik:satu kajian kes

Oleh yang demikian, makiumat yang diterima dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang pelajar khususnya pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik dapat memb[r]

24 Read more

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Akademik, Disiplin, dan Minat Pelajar Sekolah Menengah Asrama Penuh Di Negeri Pahang

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Akademik, Disiplin, dan Minat Pelajar Sekolah Menengah Asrama Penuh Di Negeri Pahang

antara pelajar juga lebih mencabar. Dengan latar belakang akademik yang baik sudah pastilah pencapaian prestasi SBP begitu membanggakan. Apatah lagi rata-rata SBP dilengkapi dengan berbagai kemudahan prasarana untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Semua pelajar di SBP

15 Read more

Tahap Disiplin Pelajar Sekolah Masa Kini : Satu Kajian Di Maahad Ahmadi Tanah Merah

Tahap Disiplin Pelajar Sekolah Masa Kini : Satu Kajian Di Maahad Ahmadi Tanah Merah

Majoriti responden bersetuju bahawa ibu bapa merupakan salah satu dari faktor yang menyumbang kepada kemerosotan disiplin seseorang pelajar. Penyelidik mendapati bahawa 91.3% responden bersetuju ibu bapa yang sering meyokong tindakan anak-anak mereka walaupun menyalahi peraturan sekolah boleh mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar. Dapatan ini menyokong pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) yang mengatakan pelajar hari ini bersikap keras kepala dan membantah kuasa sekolah kerana mereka tahu mereka mendapat sokongan ibu bapa yang terlalu melindungi mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak agar mereka akan sentiasa berdisiplin walau di mana sahaja mereka berada. Item ini disokong oleh 93.4% responden. Keadaan keluarga yang harmoni dapat membentuk disiplin pelajar yang baik. 92.7% responden menyatakan mereka berasa gembira apabila berkumpul bersama ahli keluarga masing-masing.
Show more

10 Read more

Amalan nilai murni dalam kalangan pelajar tingkatan 4, di tiga buah Sekolah Kawalan, daerah Pasir Gudang, Johor

Amalan nilai murni dalam kalangan pelajar tingkatan 4, di tiga buah Sekolah Kawalan, daerah Pasir Gudang, Johor

For Social Sciences). Nilai kebolehpercayaan soal-selidik ialah α = 0.814. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya kesemua 16 sub-nilai amalan nilai menurut KBSM telah menunjukkan skor ‘Sering Diamalkan’ yang tinggi bagi ketiga-tiga sekolah. Secara terperincinya didapati bahawa responden di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Pasir Gudang telah memilih jenis sub-amalan nilai Semangat Kejiranan sebagai jenis amalan yang paling diamalkan dengan nilai min 4.23. Manakala bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur, Masai, jenis sub-amalan nilai Keadilan, Kebersihan, Keberanian, Kesederhanaan, Kejujuran, Kerajinan, Rasional, Kebersihan Fizikal & Mental, Kesyukuran dan Semangat Kerjasama merupakan jenis amalan yang paling selalu diamalkan. Manakala bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang jenis sub-amalan nilai yang paling sering diamalkan ialah Kejujuran, Kerajinan, Rasional, Kebersihan Fizikal & Mental, Kesyukuran dan Kerjasama. Bagi tahap amalan nilai pula spesifikasi tahap amalan ‘Skor Tinggi’ diperolehi bagi ketiga-tiga sekolah kecuali bagi tahap amalan nilai Berdikari dan Keadilan yang mencatat ‘Skor Sederhana’. Bagi faktor yang mempengaruhi amalan nilai pula didapati bahawa faktor ibu, bapa dan keluarga dan faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyumbang amalan nilai bagi ketiga-tiga buah sekolah. Oleh itu, dalam mengenalpasti dan menilai jenis, tahap dan faktor amalan nilai murni dalam kalangan pelajar di sekolah, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai akhlak dan nilai amalan nilai murni yang tinggi.
Show more

39 Read more

Faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng di kalangan pelajar di SK Kesang Tua : satu tinjauan

Faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng di kalangan pelajar di SK Kesang Tua : satu tinjauan

Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan oleh semua pihak samada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat dan juga pihak yang berkuasa. Salah satu kemerosotan disiplin yang semakin menular pada masa sekarang ialah masalah ponteng. Laporan salah laku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan salahlaku yang tertinggi peratusan penglibatan dikalangan pelajar (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 /1995).Menurut mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir dalam Azizi Yahya(2009), isu ponteng sekolah berada pada tahap yang kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah seperti lepak, rokok, dadah, pecah rumah, arak dan yang paling menakutkan jenayah rogol dan bunuh.
Show more

34 Read more

Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di Sekolah Menengah Vokasional

Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di Sekolah Menengah Vokasional

Kesediaan bakal graduan sebelum menghadapi dunia pekerjaan merupakan satu aspek penting yang sangat diperlukan oleh majikan di organisasi mahupun industri. Kesediaan yang cukup daripada segi mental dan fizikal mampu mengelakkan bakal graduan daripada mengalami kejutan budaya apabila mula memasuki alam pekerjaan, (Arsat & Rasid, 2010). Kesediaan yang dimaksudkan di sini termasuklah kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kerja, kesediaan untuk menerima persekitaran pekerjaan, faktor keadaan fizikal dan keyakinan diri terhadap pekerjaan itu sendiri. Antara faktor yang sering mempengaruhi kesediaan pelajar dalam menceburi bidang kerjaya adalah faktor minat, faktor pekerjaan, faktor ibubapa, faktor pengetahuan dan faktor sekolah atau institusi (Ahmad Zanzali & Rahmat 2010).
Show more

46 Read more

Faktor-Faktor Kelemahan Yang Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Reka Cipta Di Tiga Buah Sekolah Menengah Akademik Di Daerah Johor Bahru

Faktor-Faktor Kelemahan Yang Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta Di Tiga Buah Sekolah Menengah Akademik Di Daerah Johor Bahru

Terdapat sepuluh item yang mengkaji faktor kemudahan di sekolah dalam kajian ini, tetapi penyelidik hanya akan membincangkan dua daripada item tersebut iaitu item yang memperoleh nilai min paling tinggi dan paling rendah. Hasil dapatan kajian menunjukkan item 16 dan 28 mencatatkan nilai min yang paling tinggi berbanding item yang lain. Majoriti responden bersetuju bahawa sekolah mereka menyediakan bengkel khas untuk kerja amali reka cipta (Item 16) dan sekolah mereka menitikberatkan kebersihan dan keselamatan bengkel reka cipta (Item 28). Ini sejajar dengan pendapat Roziana (2007) yang menyatakan bahawa kemudahan kelengkapan bagi sesuatu bengkel atau makmal merupakan satu faktor kepada peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta. Mata pelajaran Reka Cipta memerlukan bengkel sesuai dengan mempunyai pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan amali sepenuhnya.
Show more

12 Read more

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0)’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian –t di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.
Show more

8 Read more

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Mengikuti Tuisyen Bahasa Inggeris Di Pusat-Pusat Tuisyen Di Sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Mengikuti Tuisyen Bahasa Inggeris Di Pusat-Pusat Tuisyen Di Sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur

Bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian iaitu instrument kajian, ujian rintis akan dijalankan ke atas 20 orang pelajar sekolah menengah yang mengikuti kelas tuisyen Bahasa Inggeris di Taman Universiti, Skudai, Johor. Kajian rintis ini bertujuan untuk mengetahui sama ada responden memahami atau tidak soalansoalan yang dikemukakan dan melihat kesesuaian item-item yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaannya. Set soal selidik diproses dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
Show more

8 Read more

Permodelan faktor faktor pencapaian sains TIMSS Malaysia 2011

Permodelan faktor faktor pencapaian sains TIMSS Malaysia 2011

Matlamat utama kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi pencapaian sains pelajar dalam ujian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan sekolah menengah di Malaysia. Bab ini membincangkan dengan lebih mendalam mengenai aspek yang berkaitan dengan kajian berdasarkan artikel, jurnal dan bahan-bahan penulisan daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan skop yang dikaji. Faktor-faktor seperti penglibatan ibu bapa, disiplin sekolah dan sikap terhadap sains dikupas untuk memperlihatkan hubungannya dengan pencapaian sains pelajar dalam TIMSS 2011. Dalam bab ini teori-teori asas seperti Teori Ekologi Pembangunan Manusia, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Skema Jantina yang mendasari kajian turut dibincangkan secara terperinci bagi memberi penjelasan menyeluruh terhadap kajian yang dilaksanakan. Pada pengakhiran bab ini, suatu kerangka konsep dibina berdasarkan teori-teori dan model yang dihipotesiskan.
Show more

63 Read more

Faktor-Faktor Lepak Dan Hubungan Keibubapaan
Di Kalangan Pelajar Remaja Sekolah Menengah
Di Empat Buah Negeri

Faktor-Faktor Lepak Dan Hubungan Keibubapaan Di Kalangan Pelajar Remaja Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

Kajian ini merupakan kajian deskriptif bagi mendapatkan data kuantitatif dengan melihat sama ada terdapat hubungan antara faktor-faktor lepak dan keibubapaan di kalangan pelajar remaja. Sampel kajian terdiri daripada 500 orang pelajar dari lapan belas buah sekolah menengah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Instrumen kajian ialah set soal selidik yang diubahsuaikan daripada soal selidik Teenagers Personality Questionnaire, Parental Behaviour Inventory dan Parental Aspect Questionnaire. Kajian rintis telah dijalankan sebelum kajian sebenar bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Setelah analisis, kebolehpercayaan soal selidik untuk bahagian B, C dan D ialah 0.8596, 0.8878 dan 0.8975.
Show more

13 Read more

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor

Abstrak: Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Oleh itu kajian ini cuba melihat masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah yang terletak di daerah Kulaijaya, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat dan 60 orang guru di sekolah berkenaan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar. Data diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5 dan diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan ibu bapa merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar- pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.
Show more

11 Read more

Penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru guru Mata Pelajaran Geografi di Daerah Batu Pahat, Johor

Penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru guru Mata Pelajaran Geografi di Daerah Batu Pahat, Johor

Setiap pelajar mempunyai tahap penerimaan, latar belakang, kebolehan pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza terhadap sesuatu pengajaran Tan (2007). Menurut kajian beliau, terdapat dua faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Pertama ialah status sosio-ekonomi tetapi adalah sukar untuk diubahsuai oleh pihak sekolah. Kedua ialah kekurangan kemahiran kognitif. Kemahiran kognitif memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi akademik pelajar. Faktor ini mudah diubah suai melalui pendekatan akademik. Pencapaian akademik pelajar dapat ditingkatkan dengan aktiviti-aktiviti kognitif. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam akademik ialah untuk mengingat kembali maklumat yang penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah. Melalui pengajaran berbantukan media pengajaran pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan berkesan.
Show more

46 Read more

Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor

Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor

z b) Kajian boleh dijalankan dengan mengkaji faktor selain daripada peranan ibu bapa, sekolah dan rakan. Menurut Sezali Din (1997) menegaskan bahawa pengaruh media Sezali Din (1997), menegaskan bahawa pengaruh media turut mempengaruhi perkembangan budaya melepak di kalangan remaja. Kemunculan budaya ‘rock’ dan ‘rap’ menyebabkan budaya melepak semakin menular.

13 Read more

Show all 10000 documents...

Related subjects