Top PDF Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Abstrak : Keberkesanan latihan dalaman masih lagi menimbulkan persoalan dan memerlukan kajian lanjutan tentang hasilnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat penilaian guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang merujuk kepada komponen faktor-faktor keperluan latihan dalaman dan mengenalpasti kesan latihan dalaman dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru. Penilaian juga dilakukan berdasarkan faktor demografi terpilih iaitu pengalaman mengajar dan juga umur. Kajian ini juga melihat perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman dan seterusnya juga melihat hubungan antara kesan latihan dalaman dengan faktor keperluan latihan dalaman. Responden kajian terdiri daripada 156 orang guru di sembilan buah sekolah kebangsaan di Zon Tiram, Johor Bahru. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sementara ujian t dan ANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.02 dan menunjukkan bahawa tahap penilaian adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman serta tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesan latihan dalaman dengan faktor keperluan guru. Sehubungan itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak penganjur terutama pihak sekolah sentiasa mengenalpasti tentang keperluan guru dari masa ke semasa dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Show more

9 Read more

Kesedaran terhadap kepentingan perlaksanaan sistem maklumat pengurusan pendidikan (smpp/emis) dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Kesedaran terhadap kepentingan perlaksanaan sistem maklumat pengurusan pendidikan (smpp/emis) dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi sekumpulan guru di sebuah sekolah rendah terhadap faktor sokongan pengurusan atasan, faktor latihan dan pendidikan pengguna serta faktor beban tugasan ke atas tahap kesedaran terhadap kepentingan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP/EMIS). Persepsi responden terhadap kesedaran sistem maklumat tersebut juga dikenalpasti. Kajian ini turut mengenalpasti tahap faktor-faktor tersebut dan hubungannya dengan kesedaran pengguna terhadap kepentingan perlaksanaannya. Pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 86 orang responden. Data telah dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif dan analisis korelasi. Kajian ini mendapati, wujud persepsi yang baik terhadap ketiga-tiga faktor yang dikaji. Selain itu, responden kajian bersetuju bahawa tahap sokongan pengurusan atasan, tahap latihan dan pendidikan pengguna serta tahap beban tugasan adalah tinggi dalam
Show more

57 Read more

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas

Di sekolah rendah kebanyakan guru-guru pendidikan khas yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman sebagai penyelaras adalah lepasan sijil ataupun diploma pendidikan. Pada masa sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan kemudahan dan ruang kepada guru-guru ini melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah sarjana muda secara sepenuh masa ataupun secara sambilan. Banyak program-program yang ditawarkan kepada guru-guru yang mahu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah sarjana muda seperti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Apabila guru-guru ini telah tamat pengajian masing-masing, mereka akan ditawarkan ke skim siswazah iaitu gred DG41 dengan gelaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Perubahan skim ini akan menyebabkan guru-guru ini tidak layak memohon untuk menjawat jawatan GPKPK. Ini kerana di sekolah rendah jawatan GPKPK hanya layak untuk yang menyandang DG32 secara time based sahaja. Perkara ini akan memberi kesan kepada pengisian jawatan GPKPK iaitu guru-guru yang memohon jawatan ini mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan pengajaran di kelas pendidikan khas. Lantaran itu jawatan GPKPK ini lebih terbuka kepada guru-guru baru yang kurang pengalaman di dalam hal-hal pentadbiran seperti pengurusan kewangan, hal ehwal murid, ko-kurikulum, penyeliaan, membuat keputusan dan sebagainya.
Show more

30 Read more

Gaya pengurusan konflik guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru

Gaya pengurusan konflik guru dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru

Konflik akan berterusan apabila sesuatu tugas itu didapati saling bergantungan secara berurutan. Misalnya, unit pengawas sekolah tidak dapat melaksanakan tugas sekiranya unit disiplin tidak terlebih dahulu menyelesaikan tugasnya, dan unit disiplin pula tidak dapat melaksanakan tugas tersebut apabila unit hal ehwal murid belum menyempurnakan tugasnya. Selain itu, konflik juga timbul antara panitia apabila sesuatu pencapaian sekolah diukur berdasarkan pencapaian keseluruhan sekolah. Apabila pencapaian bahasa Inggeris merosot akan memberikan implikasi kepada pencapaian akademik keseluruhan sekolah. Seseorang guru besar memainkan pelbagai peranan pada masa yang sama. Konflik jenis ini berlaku apabila timbul kekeliruan dalam memenuhi tuntutan tugas. Seorang pengurus mungkin meminta pekerjanya untuk cuba mengurangkan kos tetapi pada masa yang sama mereka perlu meningkatkan gaji pekerja. Contohnya, seorang ahli dalam organisasi yang pendiam mungkin akan berkonflik dengan ahli yang peramah dan kuat berbual. Perbezaan persepsi juga boleh menimbulkan konflik antara individu dalam membuat sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah yang akan berlaku perbezaan pendapat. Konflik akan menjadi lebih hebat apabila pendapat ahli organisasi tidak diterima oleh ahli lain untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu projek.
Show more

9 Read more

Komunikasi interpersonal guru besar dan komitmen guru di sekolah rendah zon Maharani Muar

Komunikasi interpersonal guru besar dan komitmen guru di sekolah rendah zon Maharani Muar

Sekolah merupakan satu institusi sosial yang menyediakan kemudahan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar. Guru Besar sebagai seorang pemimpin utama di peringkat sekolah berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan segala misi dan visi Kementerian Pelajaran di peringkat akar umbi. Justeru, hubungan interpersonal dalam kepimpinan adalah sangat penting bagi sesuatu organisasi. Pemimpin berwibawa ialah pemimpin yang dapat berkomunikasi dengan orientasi bersikap keterbukaan, jujur, amanah, berkongsi matlamat dan komitmen dalam menjalankan tugas. Satu lagi faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah faktor tahap komitmen guru kepada sekolah. Isuisu seperti kepuasan kerja, ganjaran, konsep empowerment, latihan dalam pembangunan serta komunikasi interpersonal Guru Besar mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi.
Show more

11 Read more

Tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru dalam latihan mengajar

Tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru dalam latihan mengajar

Seni pengajaran tidak hanya melibatkan pemindahan mudah pengetahuan dari satu kepada yang lain. Sebaliknya, ia adalah satu proses yang kompleks yang memudahkan dan mempengaruhi proses pembelajaran. Kualiti guru pelatih boleh dianggarkan kepada berapa banyak pelajar memahami dari pengajaran guru pelatih. Bilik darjah tidak boleh digunakan sebagai platform pembelajaran untuk memperolehi kemahiran pengajaran sekolah rendah. Latihan guru-guru pelatih dalam kemahiran pengajaran tertentu merupakan cabaran utama dalam program-program pendidikan. Kemahiran pedagogi untuk pengajaran boleh diperoleh hanya melalui teknik-teknik latihan khusus yang lebih sistematik dan lebih berkesan. Dengan adanya pembelajaran pedagogi, terbukti secara saintifik bahawa kaedah ini berkesan untuk diikuti dalam program latihan mengajar.
Show more

39 Read more

Pembangunan kompetensi Guru Sandaran Sekolah Rendah di Provinsi Kepulauan Riau Indonesia

Pembangunan kompetensi Guru Sandaran Sekolah Rendah di Provinsi Kepulauan Riau Indonesia

Menurut Disessa (1996), pembangunan guru boleh bererti latihan yang dilakukan guru berterusan baik secara formal, non formal mahupun informal (Disessa, 1996). Sebelum itu, Underhill (1991) mengatakan bahawa pembangunan kompetensi guru dapat dilakukan secara informal dengan melakukan inovasi paedagogi iaitu mengkaji semula pengajaran pada diri seseorang, penukaran amalan pengajaran dan perubahan pengajaran dalam bilik darjah. Berhubungkait dengan itu, seseorang guru mesti sedar tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya dan berupaya untuk merubah pengajaran dan pembelajaran menjadikan lebih dengan berbuat kreatif, memilih masa yang tepat untuk mempengaruhi pelajar. Russell dan Munby (1991) menyokong Underhill (1991) dan mereka menambahkan bahawa pembangunan kompetensi guru dilakukan dengan cara bertanya kepada rakan-rakan guru mahupun kepada pakar tentang pengajaran dan pembelajaran.
Show more

70 Read more

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar

Tugas guru besar ialah satu tugas yang mencabar. Guru besar banyak berhadapan dengan pelbagai golongan masyarakat, dari peringkat rendah hingga atasan, baik golongan berkolar biru mahupun golongan berkolar putih. Sehubungan dengan itu, pelbagai kerenah terpaksa dilayani dan dihadapi. Ini memerlukan kekuatan diri dan mental yang sihat. Oleh itu , mereka perlu diberikan kursus pengurusan stres, lebih-lebih lagi bagi guruguru besar yang baru dilantik yang amat cetek pengalaman dalam pentadbiran, apatah lagi untuk berhadapan dengan cabaran yang memerlukan kekuatan mental. Oleh itu, kursus pengurusan stres ialah satu langkah bijak yang patut didedahkan kepada guru-guru besar supaya mereka lebih bijak dan cekap dalam membuat keputusan di sekolah yang ditadbiri. Melalui ilmu tentang pengurusan stres, guru besar dapat mempelajari bagaimana menangani stres dengan lebih berkesan dan efektif. Selain itu, menerusi kursus pengurusan stres, guru besar dapat tahu cara untuk mengelak dan mengatasi stres serta boleh kenal pasti guru-guru dan kakitangan yang stres. Beliau dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada guru-guru untuk mengelakkan diri mereka daripada mengalami kemudaratan kesihatan dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja guru-guru. Kursus pengurusan stres dapat menjadikan guru besar lebih prihatin terhadap subordinat dan mengambil berat tentang hal-hal kebajikan dan profesional guru.
Show more

9 Read more

TAHAP PENGAMALAN BUDAYA KUALITI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGAMALAN BUDAYA KUALITI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengamalan budaya kualiti dalam kalangan guru di sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Tiram Daerah Pasir Gudang. Dimensi budaya kualiti yang dikaji dalam kajian ini adalah pengurusan pelanggan, perkongsian nilai, penambahbaikan berterusan, latihan dalam kualiti, penglibatan menyeluruh, iklim komunikasi dan kerja berpasukan. Dimensi budaya kualiti diolah semula berdasarkan kajian Patimah Ibrahim (2002). Data-data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Sosial Science (SPSS) bagi memperolehi kekerapan, min, dan sisihan piawai. Hasil kajian rintis mendapati kebolehpercayaan Alpha Cronbach (α) dimensi budaya kualiti adalah 0.9003, menepati apa yang dikemukakan oleh Nunnally (1978) berpendapat nilai alpha yang melebihi 0.70 adalah tekal bagi setiap dimensi yang digunakan. Seramai 170 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata sebagai responden kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan amalan budaya kualiti di sekolah-sekolah yang dikaji adalah di tahap tinggi. Hasil kajian mendapati dimensi kerja berpasukan dan iklim komunikasi menunjukkan amalan yang paling dominan di sekolah kajian. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada guru-guru secara amnya supaya lebih memahami dimensi budaya kualiti yang diamalkan dan mengetahui kesannya terhadap kemenjadian murid di sekolah. Melalui kajian ini juga diharap dapat menyumbang kepada peralihan atau anjakan paradigma dalam kalangan pendidik agar dapat meningkatkan prestasi dan kualiti pendidikan di Malaysia.
Show more

14 Read more

Amalan kepimpinan lestari (sustainable leadership) dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah Rendah yang menerima tawaran baru (new deal) di daerah Segamat

Amalan kepimpinan lestari (sustainable leadership) dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah Rendah yang menerima tawaran baru (new deal) di daerah Segamat

aset terpenting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi yang mengutamakan pemaksimuman guna tenaga manusia supaya wujud kesesuaian antara pembangunan individu secara berterusan dengan matlamat ekonomi sesebuah organisasi. Peningkatan produktiviti melibatkan sumber manusia yang berasa puas hati bekerja dalam persekitaran yang kondusif dan selesa dalam organisasinya. Kesannya mereka menjadi pekerja yang produktif kepada organisasi. Oleh itu, guru besar perlu memberi perhatian kepada kewujudan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa agar prestasi kerja guru meningkat sekaligus kemenjadian murid dapat direalisasikan. Menurut Kopelman et al. (1990) sebarang perubahan amalan pengurusan sumber manusia melalui gaya kepimpinan yang berkesan yang bertujuan mempertingkatkan produktiviti pekerja akan mengubah ikIim organisasi sesebuah organisasi. Iklim organisasi pula akan mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung prestasi kerja kakitangan di sesuatu organisasi. Faktor-faktor yang menjadi penentu tahap prestasi kerja kakitangan adalah motivasi, latihan, kebolehan dan kemahiran, struktur ganjaran, nilai kerja, sokongan, perhubungan, suasana tempat ketja, sumber yang sedia ada dan pengaruh persekitaran. Oleh itu, penyelidik mendapati kepimpinan lestari mempunyai semua elemen yang berupaya meningkatkan prestasi kerja guru.
Show more

52 Read more

Hubungan kepimpinan instruksional guru besar terhadap motivasi guru di sekolah-sekolah rendah di zon Tangkak

Hubungan kepimpinan instruksional guru besar terhadap motivasi guru di sekolah-sekolah rendah di zon Tangkak

Penghargaan istimewa dan khusus dirakankan kepada ahli keluarga saya iaitu ibu tersayang Pn R.Muthayee, ayah yang dihormati En S. Ramasamy, suami tercinta En S. Ganesan dan anak yang dikasihi G. Kavinrraj, yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan moral. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf yang memberi galakkan serta memahami hasrat dan membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali tidak lupa sahabat-sahabat yang sedang mengikuti program ini turut memberikan bantuan dan sokongan untuk menyiapkan latihan ilmiah ini. Segala pengorbanan dan sokongan anda adalah amat dihargai. Semoga apa yang telah dilakukan mendapat keredhaan tuhan.
Show more

24 Read more

Amalan kepimpinan etika guru besar dan kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Segamat

Amalan kepimpinan etika guru besar dan kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Segamat

Kajian deskriptif menggunakan kaedah kolerasi ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan etika guru besar dan kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah di daerah Segamat. Kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan antara amalan kepimpinan etika dengan kepuasan kerja guru sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 346 orang guru daripada sepuluh buah sekolah rendah Gred A dan Gred B di Daerah Segamat, Johor. Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, amalan kepimpinan etika dan kepuasan kerja guru. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi bagi amalan kepimpinan etika dengan nilai alpha cronbanch’s 0.946 dan kepuasan kerja 0.836. Data kajian dianalisis menggunakan program SPSS Versi 18.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, dan kolerasi pearson. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aspek tanggungjawab merupakan elemen kepimpinan etika yang tinggi diamalkan oleh guru besar diikuti dengan kehadiran dan ketulenan. Namun begitu, secara keseluruhan hasil dapatan mencatat tahap amalan kepimpinan etika yang sederhana tinggi. Manakala aspek rakan sekerja dan gaji menunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi berbanding dengan keselamatan, suasana kerja, penyeliaan dan dasar dan peraturan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam kepuasan bekerja. Rumusnya hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan etika dan tahap kepuasan kerja berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan etika guru besar dengan kepuasan kerja malah terdapat juga hubungan yang signifikan antara ketiga-ketiga elemen kepimpinan iaitu tanggungjawab, ketulenan dan kehadiran dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di derah Segamat. Akhir sekali beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan.
Show more

52 Read more

Strategi pengurusan konflik pentadbir terhadap iklim sekolah menengah di daerah, Bone, Indonesia

Strategi pengurusan konflik pentadbir terhadap iklim sekolah menengah di daerah, Bone, Indonesia

Conflict management is a critical element and the basis for the success of a school. The level of conducive school climate is difficult to achieve without efficacy and effectiveness in managing chaos and conflicts in school. Hence, this research reviewed in-depth the main style and strategies of conflict management practiced by administrators, level of school climate as well as the effect of style and approach strategies in conflict management related to the achievement of secondary school climate. This research was based on an explanatory sequential design using questionnaires, interviews and observations for collection of data. 267 administrators from 28 schools of the Sekolah Menengah Atas (SMA) Kebangsaan in Bone, Indonesia were selected based on proportional stratification sampling approach. Descriptive analysis including mean scores, frequencies, percentages and standard deviations was used to analyse the results. Regression test was used for inferential analysis. Qualitative results were obtained from interviews and observations conducted with principals, administrator assistants and wali kelas in 4 different schools with different backgrounds. Results from the descriptive analysis found that cooperative style and resolution approach strategy recorded high mean scores which were 3.81 and 4.36 when dealing with parties involved in conflicts. These results proved that cooperative style and resolution approach strategy are the main ones adopted by administrators in SMA for conflict management. Besides, the school climate from the perspective of academic achievement and school discipline had mean scores of 3.81 and 3.73 which were in the high category for creating a conducive school climate. Other school climate aspects such as leadership management (mean 3.60), interpersonal relationship (mean 3.46), teaching and learning (mean 3.60), and physical facilities (mean 3.17) were in the medium category. Subsequently, results from hypothesis test found that conflict management styles and approach strategies contributed 69.9% and 77.8% to the achievement of school climate. These results were reinforced by data analysis of interviews and observations. It is concluded that the results obtained could be contributed to the proliferation of knowledge in the field of conflict management and generalized for reference in the future. Thus, the implication is that school administrators should understand and adopt the style and approach strategy towards achieving a more efficient and effective conflict management in schools. Therefore, this research suggests the conflict management program should be implemented in all secondary schools in Indonesia..
Show more

85 Read more

Interaksi verbal pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah

Interaksi verbal pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah

Hanya segelintir guru memberi peluang kepada pelajarnya untuk mengemukakan soalan mereka. Guru berkenaan mengemukakan soalan seperti ‘Ada soalan?’ dalam mempelawa pelajar menanya. Walau bagaimanapun sambutan daripada pelajar terhadap pelawaan guru adalah kurang memuaskan. Ini menyebabkan guru meneruskan pengajarannya kerana tanpa soalan lanjutan daripada pelajar. Salah satu sebab kurangnya sambutan pelajar terhadap pelawaan guru dalam mengemukakan soalan mereka adalah disebabkan oleh pengamalan guru yang lebih bercorak autoriti pemimpin iaitu guru sentiasa menetapkan proses pelaksanaan P&Pnya seperti yang berlaku dalam kajian Jegede dan Olajide (1995) dan Thangavelo Marimuthu (2005). Ini mengakibatkan pelajar tidak berani atau tidak suka menanya dalam bilik darjah walaupun guru cuba memperuntukkan situasi dalam mempelawa mereka untuk menanya. Lantaran itu, soalan pelajar yang dapat dijadikan sebagai salah satu alat dalam menilai kefahaman pelajar (Watts & Alsop, 1995; Watts, Gould & Alsop, 1997) tidak dapat ditonjolkan untuk dimanfaatkan dalam peningkatan P&P. Ini juga menjejaskan proses pengesanan guru mengenai penguasaan kefahaman sebenar di kalangan pelajar.
Show more

17 Read more

Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah

Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah

Selain itu 90% para responden juga bersetuju mereka menggunakan perisian yang dibekalkan oleh kementerian dalam pengajaran mereka. Penggunaan perisian pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Kenyataan ini disokong oleh Rio Sumarni Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional.
Show more

6 Read more

Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah
Rendah Di Daerah Hulu Terengganu

Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jawatan disandang. Responden kajian ini terdiri daripada 113 orang guru terlatih di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang telah diubahsuai daripada LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Analisis statistik deskriptif, kekerapan, peratus dan min digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti dengan gaya kepimpinan partisipatif, gaya kepimpinan menyokong dan gaya kepimpinan mengarah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara daripada persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor demografi. Akhir sekali beberapa cadangan disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, para guru besar dan para penyelidik ke arah memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Show more

6 Read more

Pembangunan prototaip sistem jadual waktu sekolah

Pembangunan prototaip sistem jadual waktu sekolah

Keija keija ini membincangkan aktiviti dalam penyediaan jadual waktu sekolah. Kajian telah dijalankan terhadap beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Kelang dan satu prototaip telah dibangunkan untuk mengenalpasti keperluan jadual waktu. Sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak sekolah menyediakan jadual waktu secara lebih sistematik dan berkesan. Kertas kerja ini tidak membincangkan teknik penjadualan tetapi lebih kepada antaramuka pengguna dengan menggunakan Visual Basic.

7 Read more

Penggunaan Internet Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor.

Penggunaan Internet Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor.

Abstrak : Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan Internet dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di sekitar Johor Bahru, Johor. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti, kemahiran dan pengetahuan asas guru terhadap penggunaan Internet, masalah yang dihadapi semasa guru-guru menggunakan Internet bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor yang mendorong guru-guru menggunakan Internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 132 orang responden di kalangan guru-guru sekolah rendah di empat buah sekolah di daerah Johor Bahru, Johor. Data diperolehi menggunakan set soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas terhadap Internet. Guru-guru juga mempunyai kemahiran asas dan pengetahuan asas masingmasing dengan peratusan 76.66 dan 53.8 peratus terhadap penggunaan Internet. Terdapat beberapa masalah yang mempunyai peratusan yang tinggi (melebihi 60%). Diantara masalah tersebut ialah penggunaan yang lama dan melekakan, kemudahan sekolah adalah terhad, rekabentuk laman web yang mengelirukan dan sumber yang ditemui dalam Bahasa Inggeris. Dikenalpasti terdapat tiga faktor yang mendorong penggunaan Internet menunjukkan peratusan yang tinggi (melebihi 60%), antaranya adalah untuk mendapatkan bahan terkini, minat guru untuk melayari Internet dan sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah kepada guru-guru.
Show more

8 Read more

Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Dan Menilai Maklumat Menerusi Internet Di
Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Di Sibu, Sarawak

Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Dan Menilai Maklumat Menerusi Internet Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Di Sibu, Sarawak

Abstrak : Pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi Internet adalah penting dan perlu dimulakan pada tahap asas. Oleh itu, guru-guru perlu menguasai pengetahuan tersebut. Dalam kajian ini tahap pengetahuan terhadap mencari maklumat dari Internet dibahagi kepada pengetahuan mencari maklumat daripada Internet dan pengetahuan mengakseskan laman web. Terdapat lima pengetahuan menilai maklumat yang dikaji iaitu ketepatan, kewibawaan, objektif, kekinian dan liputan (Mat Jizat Abdol et al., 2005). Kajian ini juga mencari faktor-faktor yang mempengaruhi guru tidak menggunakan Internet. Seramai 165 guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dari lima buah sekolah di Bandar Sibu telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan secara soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan =0.78. Dalam kajian ini, bahagian B soal selidik adalah menggunakan soalan berskala betul, salah dan tidak pasti manakala bahagian C dan D pula berskala likert-5 mata. Semua data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian mendapati tahap pengetahuan terhadap mencari maklumat adalah pada tahap sederhana dengan peratusan betul sebanyak 50%. Manakala tahap pengetahuan terhadap menilai maklumat pula adalah agak tinggi (min=4.08). Min bagi ciri-ciri kekinian, liputan, ketepatan, objektif dan kewibawaan ialah 4.28, 4.25, 4.08, 3.96 dan 3.79. Dapatan kajian didapati masalah dihadapi adalah pada tahap sederhana (min=3.16). Min bagi sikap, kekurangan pengetahuan, kekurangan perkakasan, pihak pentadbiran dan kekangan masa masing-masing ialah 3.77, 3.38, 3.04, 3.00 dan 2.62.
Show more

10 Read more

Aspek Kesesuaian latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan peningkatan profesionalisme keguruan

Aspek Kesesuaian latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan peningkatan profesionalisme keguruan

Kajian juga menunjukkan guru diberi peluang untuk menentukan tempat latihan tersebut dijalankan. Namun demikian unsur kewangan juga diberi perhatian kerana latihan dalam perkhidmatan di luar sekolah memakan belanja yang tinggi. Ia dapat dikawal dengan mengadakan latihan tersebut di peringkat sekolah. Kenyataan ini disokong oleh hujah Bredeson (2002) yang menyatakan bahawa sumber kewangan merupakan sumber yang menjadi kekangan kepada program latihan dalam perkhidmatan diadakan dalam skala yang besar. Latihan dalam perkhidmatan yang perlu diadakan secara berterusan memerlukan sokongan kewangan yang kuat agar dapat dijalankan sepanjang masa.
Show more

19 Read more

Show all 2782 documents...

Related subjects