Top PDF Persepsi Guru Pelatih Terhadap Proses Penyeliaan Dan Bimbingan Yang Diberikan Oleh Penyelia Pembimbing Bagi Program Latihan Mengajar Universiti Teknologi Malaysia

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Proses Penyeliaan Dan Bimbingan Yang Diberikan Oleh Penyelia Pembimbing Bagi Program Latihan Mengajar Universiti Teknologi Malaysia

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Proses Penyeliaan Dan Bimbingan Yang Diberikan Oleh Penyelia Pembimbing Bagi Program Latihan Mengajar Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRACT: This study aims to survey teacher trainee’s perception towards the supervision and guidance process given by supervisor for Teaching Practice, Universiti Teknologi Malaysia. Four guiding aspects were emphasized in this study; guidance in making lesson plans, content delivery, teaching evaluation and also guidance in improving teacher professionalism. The sample of this study consisted of 211 third year students who had went for teaching practice during the 1st semester of the 2008/2009 session. The instrument used to collect data was questionnaire. Data obtained were analysed based on percentage and mean by using SPSS (Statistical Package For Social Science) 13.0 for Windows. It was found that all teacher trainees received guidance from cooperative teacher with 3.06 as the mean value. However, guidance from lecturer supervisor was found to be low as shown with the mean value of 2.92. As the conclusion, teacher trainees received appropriate guidance from cooperative teacher but the guidance from lecturer is still not enough.
Show more

11 Read more

Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar

Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar

Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap bimbingan guru dan pensyarah pembimbing mengenai penulisan reflektif semasa latihan mengajar, tahap amalan refleksi di kalangan guru pelatih dan sejauh mana penulisan reflektif dapat membantu guru pelatih untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Seramai lima guru pelatih matematik Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani latihan mengajar di tiga buah sekolah sekitar Kulai dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah terdiri daripada ruangan refleksi kendiri dalam buku persediaan mengajar dan soalan temu bual yang dilaksanakan ke atas responden. Pola penulisan guru pelatih matematik dianalisa untuk mengetahui tahap penulisan refleksi yang dianalisa dengan berpandukan kategori tahap yang dicadangkan oleh Hatton dan Smith (1995). Temu bual pula ditranskrip dan dianalisa menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati guru dan pensyarah pembimbing tidak memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif pada ruangan refleksi kendiri guru pelatih matematik. Selain itu, penulisan refleksi yang dipamerkan guru pelatih matematik hanya berada pada tahap deskriptif sahaja. Walaubagaimanapun, guru pelatih matematik mengatakan bahawa penulisan reflektif pada ruangan refleksi kendiri banyak membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberikan sumbangan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan penekanan yang lebih mendalam mengenai penulisan reflektif daripada pelbagai pihak.
Show more

8 Read more

Kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel : satu tinjauan dari perspektif guru pembimbing

Kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel : satu tinjauan dari perspektif guru pembimbing

semasa melakukan sesuatu aktiviti. Pelajar dilatih untuk mengikut segala arahan dan peraturan yang telah digariskan semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan teknik-teknik amali iaitu cara mengguna, membersih dan menyimpan segala peralatan dengan betul dan selamat (Abu Hassan, 2004). Oleh itu, setiap guru pelatih perlulah menyiapkan diri mereka dengan kemahiran manipulatif supaya dapat membimbing para pelajar menguasai kemahiran tersebut (Azizi Yahaya et al, 2007). Menurut Sharif Omar (1993), dalam kajiannya terhadap prestasi guru pelatih semasa latihan mengajar menunjukkan bahawa prestasi yang sederhana dalam mengendalikan kerja-kerja amali secara berkesan. Ini kerana disebabkan oleh faktor persediaan guru pelatih tersebut sebelum menjalankan pengajaran di samping bimbingan yang kurang dari penyelia dan guru pembimbing. Kemahiran ini merangkumi pelbagai aspek. Dalam konteks pendidikan, kemahiran ini merujuk kepada kemahiran guru di dalam kelas dan di dalam bengkel. Kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru adalah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran pemudahcara, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus. Di dalam proses pengajaran, guru pelatih perlu mempunyai kemahiran merancang iaitu sebelum pengajaran, kemahiran penyampaian iaitu semasa pengajaran dan kemahiran penilaian iaitu selepas pengajaran
Show more

11 Read more

Amalan penyeliaan latihan mengajar di Universiti Teknologi Malaysia

Amalan penyeliaan latihan mengajar di Universiti Teknologi Malaysia

Proses penilaian pengajaran yang baik dan sistematik juga didapati meningkatkan kemahiran pengajaran guru pelatih. Dapatan kajian yang mencatatkan persetujuan yang tinggi berkenaan proses penilaian pengajaran memberikan gambaran tentang kepentingannya dalam proses penyeliaan pengajaran. Dengan lain perkataan perbincangan yang diwujudkan perlu membentuk kemahiran menilai proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana sebenar bilik darjah. Bimbingan terhadap elemen-elemen tertentu yang menjadi fokus perbincangan boleh memberi peluang kepada guru pelatih membentuk kemahiran mengajar guru pelatih melalui penyertaan dan kerjasama dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Kamaruddin (1994) mencadangkan bahawa maklum balas pengajaran guru boleh diperolehi melalui sambutan pelajar terhadap pengajaran kelas yang dilakukan. Komen dan pandangan daripada pelajar, pihak sekolah, termasuklah guru pembimbing boleh menjadi petanda kepada peningkatan kemahiran mengajar guru pelatih. Mohsin (2004) pula berpendapat bahawa proses penilaian merupakan proses yang sistematik untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan proses pengajaran pembelajaran. Oleh yang demikian pihak pembimbing dan guru pelatih perlu menggunakan perbincangan penilaian pengajaran sebaik mungkin untuk menilai dan menganalisis pengajaran kelas yang dilaksanakan.
Show more

43 Read more

Tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar

Tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar

Abstrak : Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau tahap kepuasan guru- guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan, penilaian, kerjasama dan sikap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal selidik dan temubual ke atas pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia telah menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap bimbingan, penilaian dan sikap yang ditunjukkan oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Faktor kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing mempunyai permasalahan yang perlu dilihat dan diperbaiki. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan tahap kepuasan di kalangan guru pelatih seperti mewujudkan hubungan yang baik di antara guru pembimbing dan guru pelatih. Di samping itu, perbincangan patut diadakan bagi meningkatkan lagi mutu latihan mengajar.
Show more

8 Read more

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Latihan Mengajar Oleh Guru Pembimbing Dan Penyelia UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Latihan Mengajar Oleh Guru Pembimbing Dan Penyelia UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Pengkaji menggunakan sampel daripada populasi pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (4 STP), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi 2007/2008. Antara kursus yang terlibat ialah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik, dan Mekanikal). Pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi pengajian 2007/2008 dikecualikan daripada populasi kajian memandangkan pengkhususan mereka di sekolah adalah cenderung kepada pengajaran di peringkat menengah rendah berbanding pengkhususan Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal yang lebih kepada pengajaran di peringkat menengah atas. Sampel tersebut juga dipilih kerana didapati mereka memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh penulis iaitu sudah menjalani kursus latihan mengajar selama 12 minggu dan mereka turut diselia oleh guru pembimbing dan penyelia UTM.
Show more

8 Read more

Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Memenuhi Keperluan Modal Insan

Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Memenuhi Keperluan Modal Insan

Selain itu, kajian menunjukkan GPPI mempunyai kemahiran dan menggunakan kemudahan ICT pada tahap yang tinggi. GPPI menggunakan kemudahan teknologi seperti bilik APD dan makmal bahasa untuk proses P&P. GPPI juga turut menggunakan perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer seperti microsoft word, microsoft power dan internet untuk menghasilkan lembaran kerja dan persembahan pengajaran serta mencari maklumat. Selain itu, pelajar juga mudah untuk memahami dan berminat apabila PBK digunakan. Oleh itu, GPPI perlu menggunakan segala kemahiran dan kemudahan yang ada bagi membantu pelajar menguasai matapelajaran dengan mudah dan menarik. Tashir (Mei 2006: 27) menyatakan para guru tidak perlu berasa takut untuk menggunakan peralatan ICT yang canggih serta mahal.
Show more

7 Read more

Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah

Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu disiplin atau apa yang perlu diajar. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi kandungan. PPK memainkan peranan yang penting sebab ia menyepadukan isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu pengajaran diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai minat dan kebolehan pelajar. Dalam latihan guru matematik, pengetahuan ini merangkumi pedagogi, matematik dan psikologi pelajar. Usaha untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pedagogi kandungan 21 orang guru pelatih di Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti subjek “Kaedah Mengajar Matematik” telah dijalankan. Kertas kerja ini menumpukan kepada kemahiran guru dalam mengemukakan soalan kepada pelajar dalam kelas matematik. Instrumen kajian terdiri daripada empat soalan subjektif. Antara soalan yang dikemukakan memerlukan guru menghasilkan dua soalan yang sesuai berkaitan sebarang topik matematik untuk dikemukakan semasa sesi perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka seharusnya dapat mengemukakan soalan berjenis divergen berbanding jenis konvergen supaya perbincangan yang aktif dapat diwujudkan. Dapatan kajian akan menggambarkan tahap penguasaan dan kualiti PPK guru pelatih yang bakal menjalankan latihan mengajar. Hasil kajian ini adalah sebagai langkah awal untuk memperbaiki tahap penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik. Dapatan kajian ini dijangka boleh menyumbang dalam pembangunan sebuah sistem e-pembelajaran autentik yang berfungsi sebagai sokongan perkembangan professionelisme keguruan matematik.\
Show more

14 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

Peran pendidik yang sangat dominan, tidak memberikan kesempatan peserta didik untuk mengembangkan segala kemampuannya dalam menemukan pengetahuan melalui proses pengamatan, pemecahan masalah, dan keterampilan tentang mengati lingkungan alam. IPA merupakan ilmu yang mempelajari, menelaah, menganalisis tentang keadaan alam padahal yang terjadi disekitar kita, sehingga keterlibatan peserta didik secara aktif untuk mencari tahu dan menemukan merupakan hal yang penting dalam kegiatan pembelajaran dengan menyesuaikan model pembelajaran yang tepat.
Show more

74 Read more

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Abstrak : Keberkesanan latihan dalaman masih lagi menimbulkan persoalan dan memerlukan kajian lanjutan tentang hasilnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat penilaian guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang merujuk kepada komponen faktor-faktor keperluan latihan dalaman dan mengenalpasti kesan latihan dalaman dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru. Penilaian juga dilakukan berdasarkan faktor demografi terpilih iaitu pengalaman mengajar dan juga umur. Kajian ini juga melihat perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman dan seterusnya juga melihat hubungan antara kesan latihan dalaman dengan faktor keperluan latihan dalaman. Responden kajian terdiri daripada 156 orang guru di sembilan buah sekolah kebangsaan di Zon Tiram, Johor Bahru. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sementara ujian t dan ANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.02 dan menunjukkan bahawa tahap penilaian adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman serta tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesan latihan dalaman dengan faktor keperluan guru. Sehubungan itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak penganjur terutama pihak sekolah sentiasa mengenalpasti tentang keperluan guru dari masa ke semasa dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Show more

9 Read more

Model pengajaran refleksi berfokuskan pengetahuan pedagogi kandungan sains dalam bidang kimia

Model pengajaran refleksi berfokuskan pengetahuan pedagogi kandungan sains dalam bidang kimia

Sains merupakan satu displin bagi mendalami dan memahami kejadian alam semulajadi (Staver, 2007). Ia melibatkan pemahaman terhadap inovasi, penciptaan teknologi, penemuan sumber dan penerokaan khazanah kekayaan bumi serta penemuan vaksin dan penawar pelbagai jenis penyakit. Ia membuktikan bahawa sains bukan hanya berfungsi bagi mengumpulkan fakta tentang kejadian di dunia, bahkan menawarkan pelbagai kebaikan untuk dimanfaatkan ke arah kemakmuran manusia sejagat. Menurut Bybee (2002), masyarakat yang celik sains mempunyai keupayaan untuk 1) melihat keseluruhan kejadian di dunia secara saintifik, 2) sentiasa melibatkan diri dalam proses inkuiri secara saintifik dan 3) menghargai penghasilan teknologi saintifik. Dengan melihat dunia melalui pandangan saintifik yang bersifat holistik, sesuatu fakta yang kabur menjadi lebih tepat. Manakala menerusi pengaplikasian proses inkuiri, peranan sains dan kelebihan proses penyiasatan secara saintifik dapat membantu dalam membina makna dan memberikan penjelasan terhadap fenomena yang wujud di dunia ini sekaligus memberikan peluang untuk meneroka dan beradaptasi dengan fenomena yang dikaji.
Show more

69 Read more

Persepsi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik terhadap program latihan industri Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Persepsi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik terhadap program latihan industri Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK TERHADAP PROGRAM LATiHAN INDUSTRI, KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN... KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN.[r]

24 Read more

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) : pelaksanaan dan
harapan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) : pelaksanaan dan harapan

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat pandangan dan persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Kolej Universiti Teknologi Tun Husssein Onn KUiTTHO yang mera[r]

24 Read more

Level of professionalisme among islamic education trainees in practical teaching

Level of professionalisme among islamic education trainees in practical teaching

Manakala untuk bahagian yang kedua (soal selidik) iaitu bahagian B, C, D dan E ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan tahap profesionalisme terhadap bidang perguruan. Secara keseluruhannya, sebanyak 50 item soalan telah dibina dan ia dibina berasaskan kepada empat persoalan kajian yang telah dihuraikan sebelum ini. Bahagian B dan C masing-masing mempunyai 10 soalan, dan bahagian D dan E pula, masing-masing mempunyai 15 soalan. Kesemua item soalan yang dibentuk juga menggunakan format Skala Likert bagi memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1 = (Sangat Tidak Setuju), 2 = (Tidak Setuju), 3 = (Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = (Sangat Setuju). Selaras dengan itu, penyelidik telah membahagikan proses penganalisisan data pada bahagian ini kepada dua bahagian yang berbeza iaitu:
Show more

194 Read more

Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Pengkaji hanya memilih 269 sampel daripada jumlah populasi 948. Memandangkan bilangan mereka terlalu ramai, maka pengkaji tidak melibatkan semua populasi tersebut untuk mengedarkan borang soal selidik. Hal ini kerana, menurut Mohd Najib Abd. Ghafar (1999: 38) isu yang paling penting daripada saiz sampel yang perlu diatasi ialah sampel mewakili populasi. Jumlah sampel ini merujuk kepada jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W. yang menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi (Azizi Yahya et al. 2006: 71). Pengkaji telah memilih sampel yang dilakukan secara rawak mudah terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Show more

7 Read more

Keberkesanan Pengajaran Mikro Terhadap Kemampuan Guru Pelatih Di Jabatan Sains
Dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Semasa
Menjalani Latihan Mengajar

Keberkesanan Pengajaran Mikro Terhadap Kemampuan Guru Pelatih Di Jabatan Sains Dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Pengajaran Mikro terhadap kemampuan guru pelatih di Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar. Matlamat kajian ini adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian pengajaran, tahap menyediakan bahan bantu mengajar dan yang terakhir peranan kelas pengajaran mikro dalam membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan 80 orang guru pelatih 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM dan 3 SPN. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan Perisian Window Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menggunakan ujian statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat objektif yang dikaji mempunyai min yang tinggi dan yang paling tinggi adalah kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar. Secara keseluruhannya, guru pelatih mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam pengajaran mikro dan mampu untuk mengaplikasikannya semasa latihan mengajar.
Show more

7 Read more

Pola keperluan penyeliaan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di Sekolah Menengah Malaysia

Pola keperluan penyeliaan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di Sekolah Menengah Malaysia

Selain itu, gesaan Resolusi 2004 (Lampiran D) yang meminta supaya Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan satu Standard Kurikulum Latihan Dalam Perkhidmatan bagi memantapkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi Guru-guru Kaunseling Lepasan Program PJJ, Psikologi dan Guru Kaunseling yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun menunjukkan tentang pentingnya peningkatan profesion kaunseling di sekolah. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian Shahbani (2005) yang menunjukkan bahawa penguasaan pengetahuan kemahiran asas oleh kaunselor terlatih adalah rendah dan perlukan latihan sokongan. Sokongan dalam bentuk penyeliaan perlu direalisasikan supaya kaunselor sekolah dapat mempertingkatkan kompetensi dan ilmu agar sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dalam menangani isu-isu yang berlaku dalam masyarakat pelajar hari ini.
Show more

31 Read more

Persepsi guru pelajar di Sekolah-sekolah Menengah daerah Pontian terhadap pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Persepsi guru pelajar di Sekolah-sekolah Menengah daerah Pontian terhadap pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada tahun 2003. Objektif yang ingin dicapai di atas tujuan perlaksanaannya adalah antaranya untuk menyediakan murid yang dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang cepat berkembang dan kebanyakan ilmu sains dan matematik ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain dari itu dengan perlaksanaan PPSMI juga, negara ini dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing dengan murid dari negara lain pada masa akan datang.
Show more

26 Read more

Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

(viii) Potensi murid dan cara mengembangakannya secara menyeluruh dan bersepadu. Kajian Ismail (2012) menyebut berkenaan kepentingan peranan tenaga pengajar iaitu guru untuk mencapai matlamat Falafah Pendidikan Negara. Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan tercapai sekiranya pelaksana hasrat tersebut tidak melaksanakan peranan secara berkesan. Guru perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kajian Yeam (2007) menyatakan bahawa keperluan yang sangat utama bagi guru untuk mendapatkan latihan, pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk mencapai isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Oleh itu, guru-guru perlu mendapat latihan yang lebih holistik dalam mata pelajaran RBT tidak hanya pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan sahaja. Guru perlu mengutamakan kerja-kerja amali dan praktikal bagi melatih kemahiran pelajar.
Show more

45 Read more

Persepsi Pelajar Aliran Sains Tahun Dua Fakulti Pendidikan Dari Segi Sikap, Minat Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Sebelum Menjalani Latihan Mengajar

Persepsi Pelajar Aliran Sains Tahun Dua Fakulti Pendidikan Dari Segi Sikap, Minat Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Sebelum Menjalani Latihan Mengajar

Pendidikan merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan dan pembangunan negara. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020, beberapa agenda telah dirangka bagi mencapai matlamat tersebut. Melalui Rancangan Malaysia ke-9, pendidikan di bawah pimpinan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein telah merangka satu agenda iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi memastikan pendidikan yang dicapai adalah yang bertaraf dunia seiring dengan perkembangan pendidikan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Terdapat enam teras yang telah digariskan dan teras kelima yang ditekankan ialah memartabatkan profesion keguruan. Dalam memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah memantapkan latihan perguruan dengan menaik taraf maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru (IPG) bagi penganugerahan ijazah kepada lepasan IPG (Utusan Malaysia, 3 Julai 2007).
Show more

7 Read more

Show all 10000 documents...

Related subjects