Top PDF Tekanan kerja dan kepuasan kerja pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Tekanan kerja dan kepuasan kerja pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Tekanan kerja dan kepuasan kerja pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan hati kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Selain itu, tekanan yang tinggi pada pensyarah juga boleh mengakibatkan kekecewaan, agresif, kebimbangan, sifat suka mengelak, peningkatan terhadap tahap ketidakhadiran dan penurunan prestasi dalam kerjaya itu sendiri. Peningkatan persaingan antara IPT yang semakin bertambah juga menyumbang kepada tekanan kerja di kalangan pensyarah (Nilufar et al., 2009). Kyriacou dan Sutcliffe pula menyatakan bahawa suasana kerja yang tidak selesa juga turut menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya membawa kepada ketidakpuasan kerja dan keinginan untuk meninggalkan profesion yang diceburi (Woo, 2008). Menurut Robbins, tindakbalas penyesuaian tekanan oleh pendidik merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologi (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan tingkah laku (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur) (Nani Suzira, 2009).
Show more

45 Read more

Tahap Dan Punca Stres Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Dan Punca Stres Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Namun begitu, kepesatan pembangunan negara dan globalisasi menjadikan tugas sebagai pendidik semakin mencabar dan memerlukan kekuatan serta jati diri yang tinggi. Tambahan lagi dengan pelaksanaan reformasi dalam pendidikan yang akan menjadikan peranan dan tanggungjawab tenaga pengajar ini menjadi lebih mencabar. Fenomena pendidik mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan perubahan kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Menurut Amla (1994), perubahan yang berlaku menyebabkan senarai tugas dan beban pendidik semakin panjang dan harapan terhadap mereka semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah. Pengharapan yang tinggi dapat merangsang kepada meningkatnya tekanan perasaan sekiranya individu yang terbabit tidak mampu menjadikan pengharapan tersebut sebagai motivasi dan inspirasi untuk berjaya (Fadzilah Kamsah, 2007). Oleh itu setiap pendidik perlulah bijak mengintegrasikan nilai-nilai iman dan ilmu bagi membentuk akhlak yang mulia dalam mengusuri peranan-peranan mereka dalam memajukan jati diri masyarakat negara ini sekaligus menjauhkan diri mereka daripada stres.
Show more

8 Read more

Tingkah laku asertif dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah universiti

Tingkah laku asertif dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah universiti

Kecenderungan pendidikan di Malaysia pada masa kini sedang menumpu ke arah bidang teknikal. Ini selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju yang mampu berdikari dengan menggunakan sumber sendiri sama ada sumber bahan mentah mahupun sumber tenaga kerja (Mohamed Rashid, 2005). Bagi merealisasikan matlamat ini, Malaysia memerlukan tenaga manusia yang berdaya saing, menguasai dan memiliki kemahiran tinggi, berketerampilan, menguasai ilmu, kemahiran interaksi sosial yang baik serta mampu bekerja dalam kumpulan dengan berkesan. Pembangunan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan teknikal menjadi agenda penting bagi menjana generasi yang berkemahiran dan mampu berdikari serta bersaing di peringkat global. Selain itu, kemahiran interpersonal juga menjadi elemen penting bagi menghadapi persaingan ini dengan penampilan dan komunikasi yang berpengaruh (Abdullah dan Ainon, 2000). Pemupukan terhadap aspek kemahiran ini menjadi agenda penting bagi setiap tenaga pendidik dalam bidang teknikal. Justeru itu, tenaga pengajar teknikal juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal yang baik supaya mampu bekerja dalam persekitaran dengan harmoni serta mampu menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Show more

10 Read more

PENGGUNAAN KEPAKARAN STAF DAN KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PENGGUNAAN KEPAKARAN STAF DAN KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Kajian ini melibatkan 91 responden yang merupakan 50.6% daripada keseluruhan pegawai pentadbiran yang bekerja di USIM. Responden terdiri daripada 45 staf lelaki (49.5%) dan 46 staf perempuan (50.5%). Seramai 71 responden (78%) telah berkahwin, 19 responden (22%) masih berstatus bujang dan hanya seorang responden (1%) telah bercerai. Daripada segi kelayakan akademik tertinggi, seramai 19 (20.9%) responden mempunyai kelayakan di peringkat Sarjana, 71 responden (78%) berkelulusan Sarjana Muda dan satu responden (1%) mempunyai kelayakan SPM. Daripada aspek taburan usia responden, seramai 47 responden (51.6%) berusia 24-34 tahun, 39 (42.9 %) responden berusia 35-44 tahun dan 5 (5.5 %) responden berusia 45-54 tahun. Dapatan mengenai pengalaman kerja di USIM dalam kalangan responden menunjukkan seramai 34 (37.4%) responden berkhidmat kurang dari lima tahun, 36 (39.6%) responden telah berkhidmat di antara 6 hingga 10 tahun dan selebihnya 21 (23.1%) responden telah berkhidmat melebihi 10 tahun. Selain itu, terdapat 11 skim perkhidmatan yang terlibat dalam kajian ini merangkumi 1 (1.1%) responden daripada skim Bakat dan Seni (B), 2 (2.2%) responden daripada skim Sains (C), 9 (9.9%) responden daripada skim Teknologi Maklumat (F), 5 (5.5%) responden daripada skim Jurutera (J), 1 (1.1%) respondan daripada skim Keselamatan (KP), 2 (2.2%) responden daripada skim Undang-undang (L), 41 (45.1%) responden daripada skim Pegawai Tadbir (N), 4 (4.4%) daripada skim Perubatan (U) dan 11 (12.1%) responden daripada skim Kewangan (W).
Show more

13 Read more

Tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar

Tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar

Abstrak : Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau tahap kepuasan guru- guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan, penilaian, kerjasama dan sikap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal selidik dan temubual ke atas pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia telah menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap bimbingan, penilaian dan sikap yang ditunjukkan oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Faktor kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing mempunyai permasalahan yang perlu dilihat dan diperbaiki. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan tahap kepuasan di kalangan guru pelatih seperti mewujudkan hubungan yang baik di antara guru pembimbing dan guru pelatih. Di samping itu, perbincangan patut diadakan bagi meningkatkan lagi mutu latihan mengajar.
Show more

8 Read more

Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Stres perlu di ambil perhatian yang serius kerana stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Contohnya apabila seseorang itu diminta melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan maka ianya akan menjadi pendorong untuk mencuba sesuatu yang baru. Stres yang berlebihan akan mengakibatkan kemudaratan seperti diganggu bebanan kerja yang banyak atau berhadapan dengan terlalu banyak gangguan dan kejutan. Fakta imperikal telah membuktikan bahawa kekerapan mengalami tekanan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti migrin, tekanan darah tinggi, tiada selera makan, murung dan sebagainya.
Show more

8 Read more

Characterizing design for web based adult learners

Characterizing design for web based adult learners

Kebanyakan kajian terhadap PAD masa kini memberikan tumpuan kepada hanya dua aspek utama iaitu (1) penentusahan PAD dalam kalangan pelajar dewasa, dan (2) penerangan tentang model-model untuk memahami PAD (Merriam, 2001; Garrison, 1997; Brockett dan Hiemstra, 1991). Namun begitu, kajian tetantang aspek pelaksanaan PAD dalam konteks yang lebih spesifik (Brookfield, 1986); terutamanya di institusi pendidikan tinggi (Merriam dan Caffarella, 1991) dan dalam konteks e- pembelajaran masih lagi kurang (Song dan Hill, 2007). Pakar-pakar tentang teori pembelajaran pelajar dewasa telah mengenal pasti kepentingan konteks pembelajaran dalam PAD. Candy (1991) misalnya, mendapati pelajar dewasa menunjukkan tahap PAD yang tinggi di dalam bidang yang mempunyai kesamaan dengan pengalaman masa lalu mereka. Beliau menegaskan bahawa lebih banyak kajian perlu dilaksanakan untuk memperoleh lebih kefahaman tentang bagaimana fungsi PAD dalam konteks tertentu. Song dan Hill (2007) telah mendapati bahawa salah satu kajian tentang PAD yang perlu diberi perhatian adalah PAD dalam konteks e- pembelajaran.
Show more

83 Read more

Ciri Kerja Dan Prestasi Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia

Ciri Kerja Dan Prestasi Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia

kualiti, kepuasan, ketidakhadiran, dan pusing ganti adalah hasil dari lima dimensi ciri kerja: kepelbagaian tugas, identiti tugas, kepentingan tugas, autonomi, dan maklum balas daripada pekerjaan itu sendiri. Model ini kemudian ditambah dua ciri lagi, iaitu tahap maklumat yang diberikan oleh ketua/penyelia dan tahap kerjasama dengan rakan/klien (Hackman dan Oldham, 1980). Banyak kajian menyokong ciri kerja, contohnya Oldham dan Cummings (1996) mendapati kerumitan tugas berkait rapat dengan kreativiti, manakala Bhuian et al. (2001) pula mendapati kepelbagaian kerja berhubung kait dengan komitmen organisasi. Secara umumnya Model Ciri Kerja ini merumuskan pemberian kerja atau reka bentuk kerja yang baik ialah kerja yang tinggi ciri kerjanya.
Show more

9 Read more

(11) kepuasan kerja

(11) kepuasan kerja

diminta melibatkan diri untuk melaksanakan tugas itu, dia tidak akan berasa puas walaupun tugas itu membawa kejayaan. Menurut (Edwin, AL., 1978), kejayaan ke atas kerja atau penyelesaian sesuatu masalah, atau dapat mempertingkatkan prestasi merupakan faktor utama yang menentukan

27 Read more

Memperkasakan modal insan: peranan dan cabaran kolej kediaman di Univesiti Teknologi Mara, Shah Alam

Memperkasakan modal insan: peranan dan cabaran kolej kediaman di Univesiti Teknologi Mara, Shah Alam

Pengurusan kolej kediaman juga berperanan untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung di dalam pelaksanaan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar. Hal ini penting kerana pengurusan kolej bertanggungjawab bagi memastikan segala kemudahan dan peralatan serta perkhidmatan yang diperlukan di dalam pelaksanaan sesuatu program pembangunan dan kepimpinan pelajar dapat disediakan. Aktiviti-aktiviti yang memerlukan kemudahan dan peralatan tidak akan dapat dilaksanakan tanpa adanya perkara-perkara tersebut. Sebagai contohnya, Pelajar tidak mungkin dapat bermain sukan bola tampar jika tidak ada gelanggang, jaring dan bola tampar. Justeru itu, pengurusan kolej harus peka dan pro-aktif di dalam memahami keperluan dan kehendak pelajar yang selari dengan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar yang bertujuan untuk memperkasakan modal insan.
Show more

7 Read more

Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint

Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint

Berlainan pula dengan pensyarah Kolej Cosmopoint, mereka mendapat kepuasan keija yang sederhana dalam faktor gaji, kenaikan pangkat, suasana keija dan penyeliaan.. Pensyarah Kolej Cosmop[r]

24 Read more

Hubungan tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja di kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di bandaraya Kuching, Sarawak

Hubungan tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja di kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di bandaraya Kuching, Sarawak

Pada peringkat ini berlaku perubahan dari segi perkembangan biologi, kognitif dan sosioemosi. Pada peringkat ini juga mereka mula terdedah kepada persekitaran yang lebih kompleks, proses sosialisasi yang semakin mencabar iaitu dari segi perhubungan dengan rakan sebaya dan gaya hidup sebagai remaja. Secara tidak langsung, sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti remaja kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah dengan waktu pembelajaran dan aktiviti gerak kerja ko-kurikulum. Sekolah juga sebagai medan bagi pelajar-pelajar untuk mencipta kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kegiatan ko-kurikulum seperti bersukan, berpersatuan sebenarnya akan
Show more

48 Read more

Text
ABSTRAK pdf

Text ABSTRAK pdf

Kedisplinan seorang mandor dilihat dari jam kerja mandor dan perilaku dalam bekerja. Jam kerja mandor dimulai pukul tujuh pagi dan selesai pukul tiga sore, absensi hanya dilakukan pada pagi hari dan tidak selalu diawasi oleh kepala seksi. Hal ini menunjukkan kurangnya pengawasan kedisiplinan karyawan pada departemen PG 2, sehingga kedisiplinan para mandor tidak dapat diukur secara objektif. Selain itu kurangnya pengawasan ini dapat menjadi faktor pendorong turunnya kinerja mandor karena dapat menurunkan tingkat tanggung jawab mandor terhadap jam kerja yang telah ditentukan. Kemudian dalam melaksanakan pekerjaannya, mandor dapat dikatakan disiplin bila melaksanakan pekerjaan sesuai dengan yang diperintahkan dan dapat mencapai target kerja. Menurut kepala seksi terdapat beberapa mandor yang melakukan pekerjaan yang tidak sesuai dengan perintah sehingga
Show more

79 Read more

Kesediaan guru dan pelaksanaan pengajaran tingkatan enam di sekolah menengah daerah Muar

Kesediaan guru dan pelaksanaan pengajaran tingkatan enam di sekolah menengah daerah Muar

Selain daripada itu, pelaksanaan pengajaran guru-guru Tingkatan Enam sering terganggu kerana menghadapi masalah beban tugas yang tinggi. Ini adalah kerana guru-guru Tingkatan Enam perlu menjalankan PBS di mana evidens atau data yang dikumpul hanya sempat disemak di luar waktu persekolahan (Hasimah, komunikasi peribadi, 22 Januari, 2013). Mereka menjadi lebih terbeban apabila terpaksa melaksanakan kerja-kerja perkeranian. Sebagai contoh guru-guru Tingkatan Enam perlu menyediakan laporan audit akademik, mengisi buku laporan akademik pelajar, menyediakan pelan-pelan tindakan, pelan-pelan strategik, memasukkan maklumat pelajar ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM), memasukkan maklumat disiplin pelajar ke dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) dan pelbagai lagi tugas yang di luar bidang hakiki mereka iaitu mengajar. Beban tugas mereka akan lebih bertambah jika terpaksa mengajar kelas-kelas bukan Tingkatan Enam lebih- lebih lagi jika melibatkan kelas-kelas peperiksaan. Ini secara tidak langsung mengganggu pelaksanaan sepenuhnya pengajaran Tingkatan Enam. Walaupun tidak ada kajian terperinci tentang beban tugas guru Tingkatan Enam dijalankan, namun kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru yang diketuai oleh Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Amrin Buang boleh dijadikan panduan. Menurut kajian tersebut, guru-guru di Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur menanggung beban kerja berlebihan iaitu bekerja 74 jam seminggu berbanding 48 jam yang dihadkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) (________, 2006). Di sini dapat dilihat bahawa bebanan kerja yang ditanggung oleh guru di empat buah negeri ini melangkaui apa yang telah ditetapkan.
Show more

50 Read more

Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: satu kajian di sebuah penguasa tempatan

Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: satu kajian di sebuah penguasa tempatan

Bukti empirik di atas adalah konsisten dengan saranan-saranan dari teori gelagat organisasi, iaitu teori jangkaan (Vroom, 1964), teori ekuiti (Adams, 1963, 1965), dan model diskripensi (Lawler, 1971). Teori jangkaan diperkenalkan oleh Vroom (1964) dan kemudiannya dikembangkan oleh Porter dan Lawler (1968). Teori ini meletakkan jangkaan untuk mendapatkan ganjaran. Nilai ganjaran kepada individu menjadi pendorong kepada usaha yang bersungguh-sungguh. Ganjaran yang setimpal dengan usaha akan memberikan kepuasan kepada pekerja. Jika ganjaran yang diterima adalah tidak setimpal dengan usaha akan menyebabkan kepuasan pekerja akan menurun. Keadaan ini menurut Garland (1983) mendorong pekerja untuk berhenti secara sukarela. Teori ekuiti (Adams, 1963, 1965) menerangkan bahawa persepsi seseorang individu terhadap pembahagian dan pertukaran sumber-sumber boleh mempengaruhi sikap dan tingkahlaku mereka dalam organisasi. Sebagai contoh, apabila pekerja merasakan bahawa pekerjaannya adalah setimpal dengan input daripada usaha yang telah disumbangkannya, ini akan mendorong seseorang pekerja merasa puas hati terhadap tugas dan tanggungjawab kerjanya. Akibat daripada keadaan ini adalah ia boleh menghalang pekerja tersebut untuk berhenti secara sukarela. Seterusnya, model diskripensi (Lawler, 1971) menerangkan bahawa kepuasan atau ketidakpuasan seseorang terhadap ganjaran adalah hasil daripada perbandingan di antara jumlah ganjaran yang diterima dari majikan dengan jumlah ganjaran yang diinginkan oleh individu berkenaan. Sebagai contoh, apabila seseorang pekerja merasakan bahawa tugas dan tanggungjawab kerjanya adalah setimpal dengan input yang disumbangkan, maka ini akan meningkatkan kepuasan beliau terhadap kerjanya. Apabila perasaan sedemikain wujud, ia boleh mendorong seseorang pekerja untuk membatalkan hasratnya daripada berhenti kerja secara sukarela.
Show more

16 Read more

Gangguan seksual di tempat kerja dan tekanan kerja di sebuah syarikat perkilangan di Johor Bahru

Gangguan seksual di tempat kerja dan tekanan kerja di sebuah syarikat perkilangan di Johor Bahru

Masalah gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja berlaku pada sesuatu organisasi pekerjaan sahaja malahan di pelbagai bentuk organisasi seperti pejabat korporat, institusi kewangan, jabatan kerajaan, institusi pendidikan mahupun di pejabat perundangan (Golden et al., 2001). Ia timbul bersebab daripada hubungan kerja harian yang melibatkan sikap peribadi individu di dalam sesebuah organisasi dan melibatkan golongan lelaki dan wanita (Abdul Rahim, 2003). Gangguan seksual di tempat kerja merupakan satu masalah kesihatan dan keselamatan pekerjaan (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999). Gangguan seksual juga merupakan diskriminasi berdasarkan gender yang melibatkan perilaku seksual yang tidak diingini oleh mangsa di tempat kerja (Brewer dan Berk, 1982). Menurut perspektif Islam, kesalahan gangguan seksual adalah satu perbuatan yang mencemar maruah dan nama baik Islam sebagai agama yang menjamin keselamatan, keharmonian dan keamanan individu dan masyarakat (Ahmad Shamsul, 2005).
Show more

47 Read more

Kepimpinan transformasi guru besar di daerah Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia

Kepimpinan transformasi guru besar di daerah Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia

Fortmann (2003) menyampaikan bahawa dimensi motivasi berinspirasi adalah faktor yang paling ketara menunjukkan reaksi positif di kalangan responden. Sehingga wujud dari kesan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang pemimpin itu melalui komunikasi, pemikiran dan teladan yang baik Owen (2001). Motivasi berinspirasi menggambarkan peran menciptakan dan mengkomunikasikan tujuan dan visi untuk menyatukan energi dan pengikut. Senge et al. (2000) mengeksplorasi konsep kepimpinan visioner dan menyimpulkan bahwa motivasi berinspirasi benar- benar memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang tajam ke masa hadapan melalui harapan dan nilai-nilai yang dipegangi pengikut. Agar boleh mewujudkan tindakan positif, maka visi pemimpin harus beresonansi dengan kerinduan pribadi orang lain sebab itu pemimpin mesti menjadi mentor dan sumber rujuk kepada pengikutnya, dengan amalan membimbing, melatih dan menimbulkan motivasi di kalangan pengikut dalam usaha mencapai visi dan misi sekolah (Abdullah dan Ainon, 2007). Pemimpin trasformasional berupaya memberi inspirasi kepada pengikutnya agar sanggup bekorban kepentingan peribadi bagi memenuhi keperluan organisasi (Aizzat, Intan dan Zainal Arffin, 2006).
Show more

116 Read more

Text
1  ABSTRAK pdf

Text 1 ABSTRAK pdf

akan diikuti dengan hasil yang pasti dan pada daya tarik dari hasil kepada individu. Sementara dalam teori harapan motivasi karyawan adalah hasil dari seberapa jauh seseorang menginginkan imbalan (valence), yaitu penilaian bahwa kemungkinan sebuah upaya akan menyebabkan kinerja yang diharapkan (expectancy), dan keyakinan bahwa kinerja akan mengakibatkan penghargaan (instrumentality). Singkatnya, valence adalah signifikansi yang dikaitkan oleh individu tentang hasil yang diharapkan. Hal ini adalah kepuasan yang diharapkan dan tidak aktual bahwa seorang karyawan mengharapkan untuk menerima setelah mencapai tujuan. Harapan adalah keyakinan bahwa upaya yang lebih baik akan menghasilkan kinerja yang lebih baik. Harapan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kepemilikan keterampilan yang sesuai untuk melakukan pekerjaan, ketersediaan sumber daya yang tepat, ketersediaan informasi penting dan mendapatkan dukungan yang diperlukan untuk menyelesaikan pekerjaan.
Show more

90 Read more

Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Melihat perkaitan antara kepuasan kerja dengan kecenderungan bertukar keija di kalangan staf bukan akademik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn... Kajian ini penting untuk dikaji [r]

24 Read more

Komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah universiti di Kota Batam Indonesia

Komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah universiti di Kota Batam Indonesia

Underlying Characteristics bermakna kompetensi adalah bahagian daripada keperibadian yang mendalam pada seseorang individu serta perilaku yang dapat dijangka pada pelbagai keadaan dan tugas pekerjaan. Causally Related memiliki erti, kompetensi adalah sesuatu yang menyebabkan atau membuat jangkaan terhadap suatu perilaku dan prestasi kerja. Criterion Referenced bermakna bahawa kompetensi sebenarnya menjangka siapa yang memiliki prestasi kerja lebih baik dapat diukur dari kriteria atau standard yang digunakan. Dapat dijangka bahawa kompetensi yang baik, akan menyebabkan munculnya prestasi kerja yang luar biasa, dan hal ini akan menjadikan pekerja memiliki rasa kesetiaan (loyality), ketaatan (obedient), kejujuran (honesty), inisiatif (initiative) dan memiliki pencapaian (achievement) sehingga menyokong pada peningkatan target pencapaian program kerja sesebuah institusi.
Show more

57 Read more

Show all 10000 documents...

Related subjects