KURSUS / TRADE TEKNOLOGI ELEKTRONIK
TAHAP / LEVEL TAHUN 1 SEMESTER 2
MODUL AUDIO AND VIDEO SYSTEM INSTALLATION
CONTENT STANDARD PELAN AND PREPARE HI-FI INSTALLATION
CODE EEN 202
CREDIT UNIT 3.0
CONTACT HOUR 5.0 HOUR/WEEK
LEARNING STANDARD 1.1 Pelan and prepare for instllation Hi-Fi system
1.2 Carry out HI-FI system installation 1.3 Test of serviceability
NAMA PELAJAR
TUJUAN :
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN : 1. Sistem HI FI
2. Analisa Sistem HIFI 3. Peranti HI FI
4. Gambarajah Blok Sistem HIFI dan fungsi Cara pemasangan Sistem HIFI
KOLEJ VOKASIONAL ARAU PERLIS
PENGENALAN
Hari ini ramai pengemar muzik samada di rumah atau di dalam kenderaan ingin mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’. Mutu suara terbaik seperti itulah yang dicari pengemar audio.
Kita telah diperkenalkan pada produk pemain stereo yang unggul seperti ‘walkman’ yang sangat kecil dan ringan hingga dapat dibawa kemana-mana serta dilengkapi pula dengan ‘head phone’ yang ringan. Hingga sekarang ‘walkman’ masih lagi popular biarpun di pasaran ia sudah banyak berkurangan. Agar dapat didengar sambil belajar, ‘walkman’ kini telah dilengkapi dengan sepasang pembesar suara mini tanpa mengurangi mutu suaranya.
Memang kebelakangan ini terdapat kurang permintaan terhadap peralatan hi-fi. Ini bukan lagi zaman untuk berdisko dengan muzik yang berdentam bunyinya. Tetapi sekarang ini ramai pengguna mula menyukai muzik yang berbentuk ringan, sedap didengar atau berat tetapi enak buat dijadikan halwa telinga. Sekarang ini nampaknya pengeluar-pengeluar sistem stereo hi-fi sedang giat merancang produk hi-fi yang canggih, mudah dibawa dan mudah di tempatkan di mana pun di segenap penjuru ruang. Contohnya hi-fi jenis compo adalah salah satu produk yang amat popular di saat ini dan banyak penggemarnya dan sangat sesuai untuk seseorang seperti karyawan, mahasiswa dan orang perseorangan. Mutu suara serta bunyi yang dihasilkannya amat hebat jika dibandingkan dengan peringkat hi-fi besar. Dimana hi-fi compo terdiri dari komponen-komponen hi-fi yang lengkap sehingga kita dapat menikmati sajian hi-fi yang benar-benar memuaskan.
APA ITU SISTEM HI-FI?
Rajah 1.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat
pick-up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat
selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance.
Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.
Rajah 1.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah. PRA PENGUAT
Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau mikrofon sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar.
Sebagai contoh, IC uPC1032H buatan NEC digunakan untuk keperluan ini. Sebagai penguat awal, uPC1032H memenuhi standard low noise dan sesuai bila digunakan untuk menguatkan isyarat daripada tape head atau isyarat jarum magnetik yang mana nilainya adalah amat kecil. Pada rajah 2.0 di bawah menunjukkan rangkaian pra penguat yang sederhana. Rangkaian penyama ditentukan oleh nilai-nilai R1, R2, R3, C2, C3, dan C4,
pemilihan nilai komponen-komponen ini dapat ditentukan dengan merujuk pada jadual 2.1. Sumber
Masukan Isyarat
Rajah 2.0 Rangkaian pra penguat menggunakan IC uPC1032H
Pra penguat Head
Tape Pick Up Mic Aux1
X C:500 pF R:47 k R:47 k R:47 k
R1 810 1k 1 k 1 k
R2 12 k 560 k SingkatHub. Hub. Singkat
R3 330 k 56 k 100 k 10 k
C2 22 uF 47 uF 47 k 47 uF
C3 - 6,8 nF -
-C4 10 nF 1,5 nF 100 pF
-Jadual 2.1 -Jadual nilai-nilai komponen pada pra penguat
Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih
loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada
dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. Rajah 3.0 di bawah menunjukkan rangkaian kawalan nada jenis Baxandall. Rangkaian ini cukup memadai untuk sistem menerangkan suati sistem hi-fi yang mudah.
Input rangkaian kawalan nada ini adalah melalui suis pemilih yang dapat dipilih daripada samada dari pra penguat atau sumber lain. Kemudian pada meterupaya 'volume' dipasangkan suatu rangkaian 'loudness' yang digunakan untuk menonjolkan suara-suara
bass. Untuk potensiometer volume boleh digunakan samada jenis logaritmik (A) ataupun
jenis linear (B). Bila meterupaya linear digunakan maka R6 harus disambungkan supaya
meterupaya tetap bekerja secara logaritmik.
Sebelum masukan litar kawalan nada, terdapat satu penguat transistor yang disusun dengan konfigurasi colector-base feedback. Pengawal keseimbangan diletakkan pada masukan transistor tersebut, iaitu dengan P2 linear. Suara bass dikawal oleh P3,
sedangkan suara treble dikendalikan oleh P4. Keluaran dari rangkaian kawalan nada diberi
tambahan untuk kemudahan saluran keluar (line out) bagi membolehkan ia dihubungkan dengan penguat kuasa di luar yang lebih besar.
Rajah 3.0 Rangkaian kawalan nada PENGUAT KUASA STEREO
Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat menggerakan atau memacu speaker.
Sebagai contoh, IC penguat stereo jenis TA7230P dibincangkan dalam topik ini. IC ini mengandungi penguat kuasa stereo terbina dalam dan ianya dikeluarkan oleh syarikat Toshiba dari negara Jepun. Rangkaian luarnya sangat sederhana seperti yang ditunjukkan pada rajah 4.0. R14, R15, C24, dan C25 pada inputnya merupakan rangkaian low pass filter.
C15 dan C18 digunakan untuk menjodohkan isyarat input dan menghalang voltan a.t. pada
pin 3 dan 8, C16 dan C17 merupakan penjodoh kepada pada isyarat a.u. agar suara-suara
frekuensi rendah tidak diredam. C19 adalah bypass filter untuk voltan riak untuk penguat
AF-nya. Keluaran penguat ini diambil dari pin 2 dan 10 melalui kapasitor C22 dan C23,
Manakala bekalan kuasanya dibekalkan pada pin1 dan 8.
Rajah 4.0 Rangkaian penguat kuasa stereo. BEKALAN KUASA
Bahagian ini tidak boleh tertinggal pada sistem audio mana sekali pun. Di sini hanya bekalan kuasa yang sederhana dibincangkan seperti yang terdapat pada rajah 5.0 dibawah.
Untuk bekalan kuasa, sebuah transformer tap-tengah digunakan dengan kadaran 1A, 12-0-12 volt. Diod D1 dan D2 berfungsi sebagai liter penerus menukarkan voltan a.u. kepada voltan a.t. dan ditapis oleh kapasitor C26. Titik positif C26 dibekalkan ke penguat
kuasa, iaitu pada titik VCC. Bekalan kuasa untuk rangkaian kawalan nada dan pra penguat
di ambil dari titik A dan B setelah voltan melalui penapis gyrator R17, C27, R18 dan transistor
BC 107.
Rajah 5.0 Litar bekalan kuasa.
LITAR HI-FI LENGKAP
Rajah 6.0 merupakan litar lengkap dari sistem stereo hi-fi ini. Setelah mengenal bahagian-bahagian dengan secara satu persatu, kita juga dapat menggabungkan bahagian-bahagian yang telah dibincangkan di atas secara lengkap.
Rajah 6.0. Litar lengkap penguat stereo hi-fi RAJAH BLOK SISTEM HI-FI
Gabungan bahagian-bahagian yang dibincangkan dalam bahagian 1.0 hingga 6.0 dapat digambarkan menggunakan gambarajah blok seperti di bawah
:-Rajah 7.0. :-Rajah blok system hi-fi. FUNGSI SETIAP BLOK
Fungsi setiap blok seperti yang digambarkan pada rajah 7.0 di atas boleh diterangkan seperti berikut ;
1. Tranduser masukan
1
3
2 Penguat pemacu Penguat kuasa
Pra - penguat
Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.
1.1 Mikrofon
- Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio 1.2. Tape head
- Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio 1.3. Antena
- Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio. 2. Pra-penguat 1dan 2
- Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu 3. Kawalan nada
• Volume / bahana - mengawal isyarat audio
- mengawal amplitud isyarat audio - kawalan maksima
• Bass
- mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak • Treble
- mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak 6. Penguat pemacu
- menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada
- Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik - Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja
7. Penguat kuasa
- biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.
- Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu speaker
8. Speaker
CARA PEMASANGAN SISTEM HI-FI
Rajah 8.0 : Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi
CONTOH-CONTOH KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI
Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut
:-i) Tiada keluaran ii) Keluaran berayun iii) Keluaran herotan iv) Keluaran lemah v) Penerima mati
vi) Kendalian terputus-putus vii) Gangguan hingar
CARA MENGESAN KEROSAKAN i) Deria pendengaran
Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.
ii) Deria pandang
Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku, contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak seperti tiada isyarat keluaran audio.
iii) Teknik suntikan isyarat
Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio
generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan
yang berlaku dalam set penguat tersebut iv) Teknik surihan isyarat
Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan
menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan