• No results found

IS 2 ECS 3032

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "IS 2 ECS 3032"

Copied!
15
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

Institut Kemahiran MARA

Sungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR

SESSION : JUL - DIS 2011 SEMESTER : 3A & 3B

CODE/COURSE : ECS 3032 SHEET NO : IS 2

LECTURER : EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN WEEK : 2

TOPIC : 2.0 TENDER SUB-TOPIC : 2.1 Types of Tender 2.1.1 Open Tender 2.1.2 Limited Tender 2.1.3 Selected Tender 2.1.4 Negotiation Tender 2.1.5 Pre-Qualification Tender LEARNING OUTCOME :

After completing the unit, students should be able to : 2.1 list each type of tender

2.2 define each type of tender

2.3 describe the advantage and disadvantage of each type of tender

2.0 TENDER

Tender perlu dibuat kepada kontraktor supaya projek dapat dilaksanakan. Tender terbahagi kepada jenis kerja dan bentuk projek yang dipelawakan. Dalam industri pembinaan di negara kita, tender terbahagi seperti berikut :

i. Tender terbuka ii. Tender terhad

iii. Tender terpilih

(2)

iv. Tender perundingan v. Tender prakelayakan 2.1.1 Tender Terbuka (Open Tender)

Tender terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor dan kebiasaannya kontraktor yang menawarkan harga terendah akan dipilih. Klien akan mengiklankan notis dalam media bagi mempelawa kontraktor membuat tawaran harga ke atas projek yang dicadangkan.

Kontraktor membuat penawaran harga berdasarkan jumlah anggaran kasar kos pembinaan yang perlu dilaksanakan. Klien mungkin menerima banyak harga tawaran sekiranya ramai kontraktor yang menyertai tender. Klien membuat pemilihan kontraktor yang layak berdasarkan harga yang sesuai dan munasabah.

Kelebihan :

i. Memberi peluang kepada kontraktor yang baru mendaftar atau tiada pengalaman.

ii. Klien dapat memilih harga tawaran yang terendah tetapi munasabah. iii. Sesuai untuk kos pembinaan yang rendah atau sederhana, bentuk pembinaan tidak sukar dan tidak memerlukan pengalaman atau kelayakan yang khusus.

Kekurangan :

i. Proses penyediaan tender mengambil masa yang lama, oleh itu tidak sesuai untuk kerja yang perlu disiapkan segera.

ii. Risiko yang tinggi terhadap penerimaan sebutharga terendah. iii. Tiada galakan terhadap penggunaan peralatan dan teknik terkini.

iv. Kesukaran dalam proses pemilihan kontraktor, kerana penyertaan terlalu ramai.

2.1.2 Tender Terhad (Limited Tender)

(3)

Tender terhad dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender). Kelas kelayakan kontraktor diperoleh semasa syarikat kontraktor didaftarkan. Kontraktor perlu mendaftarkan syarikatnya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB).

Kelas kelayakan kontraktor berasaskan kepada had kewangan syarikat. Kontraktor yang telah mendaftar layak memasuki tawaran projek kerajaan berdasarkan had kewangan atau kelas kelayakan sewaktu pendaftaran ini.

Jadual 1 menunjukkan kelas pendaftaran kontraktor mengikut kelayakan kewangan. Dalam tender terhad, klien mempelawakan tawaran secara terbuka tetapi terhad kepada kontraktor di dalam kelas tertentu, misalnya kontraktor kelas BX bagi yang mendaftar dengan PKK projek yang ditawarkan bernilai RM1 000 001 hingga RM4 000 000.

Jadual 1 Kelebihan :

i. Jumlah yang menyertai tawaran adalah terhad kepada kelas tertentu, maka proses pemilihan lebih cepat.

ii. Memberi peluang kepada kontraktor untuk bersaing secara adil dengan kontraktor yang sama kelas atau sama kategori dengannya.

iii. Klien akan memperoleh binaan yang berkualiti jika kontraktor yang dipilih benar-benar berpengalaman luas.

Kekurangan :

i. Kontraktor mahir atau pakar daripada kelas lain tidak diberi peluang

Page 3 of 15

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB)

Kelas Had Kewangan (RM) Kelas Had Kewangan (RM) A 4 000 001 ke atas I 50 001 ke atas B 2 000 001 ke 8 000 000 II 1 000 001 ke bawah BX 1 000 001 ke 4 000 000 III 500 001 ke bawah C 750 001 ke 2 000 000 IV 150 001 ke bawah D 150 001 ke 750 000 V 50 001 ke bawah E 100 001 ke 350 000 VI 20 001 ke bawah EX 50 001 ke 150 000 - -F 100 000 ke bawah -

(4)

-memasuki tender ini.

ii. Sebutharga atau tawaran harga berkurangan oleh kerana kontraktor dalam kelas lain tidak layak menyertai tender ini.

2.1.3 Tender Terpilih (Selected Tender)

Tender Terpilih hanya dikemukakan kepada beberapa kontraktor yang telah dipilih oleh klien. Persaingan merebut tawaran hanya berlaku di kalangan kontraktor yang dipilih menyertai tender. Klien biasanya memilih kontraktor untuk menyertai tender terpilih kerana kontraktor berkenaan mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang kerja.

Kelebihan :

i. Kontraktor adalah yang terpilih dikalangan lain-lain kontraktor antara 5-10 orang sahaja.

ii. Klien lebih yakin mendapat hasil kerja yang berkualiti berdasarkan pengalaman dan prestasi kerja kontraktor.

iii. Organisasi dan peralatan kontraktor yang dipilih adalah mantap.

iv. Proses pemilihan lebih cepat kerana jumlah penyertaan kontraktor adalah kecil.

Kekurangan :

i. Tawaran yang diperoleh terhad dan menutup peluang kepada kontraktor yang tidak terpilih.

ii. Pertandingan merebut tawaran berkurangan kerana tidak ramai kontraktor yang memasuki tender.

iii. Kemungkinan berlaku pakatan harga tawaran dikalangan kontraktor yang terpilih.

iv. Kontraktor baru yang belum berpengalaman tidak mendapat peluang untuk mendapat tawaran.

2.1.4 Tender Perundingan (Negotiation Tender)

Terdapat projek yang mempunyai ciri kerja yang rumit dan sukar

(5)

sedangkan klien belum dapat menentukan skop kerja bagi projek pada peringkat awal. Dalam keadaan ini, klien boleh memilih untuk menggunakan tender perundingan.

Tender perundingan ialah tawaran yang dipelawakan kepada kontraktor yang telah dikenal pasti oleh klien dengan berpandukan kepakaran, pengalaman dan rekod kerja yang baik. Klien akan memilih kontraktor berdasarkan perundingan ini dan borang tender akan diberikan kepada kontraktor.

Tender perundingan mempunyai kebaikannya. Contohnya kontraktor telah menyiapkan projek yang serupa dengan sempurna sebelum ini, maka masa dan usaha dapat dijimatkan sekiranya tawaran baru dirundingkan terus dengan kontraktor tersebut atas syarat yang sama.

Kelebihan :

i. Kontraktor yang terpilih menyertai tawaran mempunyai kemampuan menjalankan projek dengan hasil kerja yang berkualiti.

ii. Kontraktor yang terpilih juga mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran kerja.

iii. Proses tawaran lebih mudah dan cepat kerana tidak perlu pengiklanan. Kekurangan :

i. Menutup peluang kontraktor lain yang tidak dipelawa secara perundingan oleh klien.

ii. Persaingan menyediakan harga tawaran adalah terhad dan tiada banyak pilihan.

iii. Klien menerima harga tawaran yang tinggi daripada kontraktor kerana kurang persaingan.

2.1.5 Tender Prakelayakan (Pre-Qualification Tender)

Tender prakelayakan dibuat oleh klien kepada kontraktor sebelum kenyataan tawaran diiklankan. Kontraktor yang mendapat pelawaan awal ini

(6)

dikehendaki mengisi borang prakelayakan dan mengembalikan borang tersebut kepada klien. Penilaian dibuat berdasarkan syarat yang ditentukan oleh klien. Tujuannya supaya klien dapat mengetahui keupayaan, latar belakang dan rekod kerja kontraktor.

Antara syarat yang perlu dimiliki oleh kontraktor yang ingin memasuki tawaran ini ialah :

Pengalaman yang luas

Kemahiran dalam bidang berkaitan dengan projek Kepakaran dalam kerja

Mempunyai modal kewangan yang besar

Mahir dalam penggunaan teknik pembinaan tertentu

Tender prakelayakan dibuat untuk projek pembinaan yang mempunyai ciri pembinaan yang kompleks serta memerlukan kepakaran khusus. Projek jenis ini sukar dilaksanakan oleh kontraktor biasa. Tender prakelayakan bertujuan memastikan hanya kontraktor yang layak sahaja dipelawa memasuki tawaran.

Susunan sistem tender prakelayakan serupa dengan susunan tender terbuka kerana iklan kenyataan tawaran (notis tender) dimaklumkan kepada semua kontraktor.

Kelebihan :

i.Klien dapat memilih kontraktor yang layak dengan tepat kerana semua kontraktor yang menyertai tawaran telah melalui proses saringan pada peringkat prakelayakan.

ii. Membolehkan klien memperoleh kontraktor yang berkelayakan dari segi pengalaman, keupayaan dan rekod kerja yang baik.

Kekurangan :

i. Memerlukan proses saringan dan kos pengiklanan pada peringkat prakelayakan, oleh itu proses menjadi lebih panjang.

ii. Tawaran yang diterima mungkin tinggi kerana kontraktor yang layak sedikit bilangannya.

CONTOH-CONTOH IKLAN TAWARAN/NOTIS TENDER

Page 6 of 15

KEMENTERIAN SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

KENYATAAN TAWARAN

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dalam penyiasatan tanah (geotechnical/soil investigation) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas C dan D dengan Kepala IV Sub-Kepala 7 yang dimiliki 100% oleh Rakyat Tempatan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut : NO. KONTRAK : KEMSAINS/TTM/T/1/91

KERJA-KERJA PENYIASATAN TAPAK RINTIS BAGI CADANGAN PROJEK TAMAN TEKNOLOGI MALAYSIA, SELUAS 596 EKAR, BUKIT JALIL, W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tender ini : (i) Mesti mempunyai atau boleh mendapatkan perkhidmatan makmal yang lengkap dan bertauliah untuk menjalankan ujian tanah, dan,

(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang Jurutera yang berdaftar di Lembaga Jurutera Malaysia dan berpengalaman dalam penyiasatan tanah dan kaedah-kaedah ujian tanah.

3. Dokumen Tender boleh didapati dan dibeli dengan harga RM70.00 senaskah pada waktu pejabat mulai 6hb. Januari 2009 di Perunding Bersatu No.9, Tingkat 1, Jalan SS 15/7 Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Bayaran dokumen tender hendaklah dibuat melalui Wang Pos/Kiriman Pos atau Bank Draf yang dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 4. Dokumen Tender akan keluar dan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SURAT PENDAFTARAN ASAL CIDB & PKK.

5. Tawaran akan ditutup pada 20hb. Februari 2009, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender, Tingkat 14, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50662 Kuala Lumpur.

6. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.

(7)

CONTOH-CONTOH IKLAN TAWARAN/NOTIS TENDER

Page 7 of 15

CONTOH IKLAN UNTUK TENDER TERHAD

KEMENTERIAN SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

KENYATAAN TAWARAN

(Tawaran Khas Bumiputera)

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dalam penyiasatan tanah (geotechnical/soil investigation) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas EX dan E dengan Kepala II Sub-Kepala 9 yang dimiliki 100% oleh Rakyat Tempatan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut : NO. KONTRAK : KEMSAINS/TTM/T/2/91

MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA, PAGAR DAN PINTU PAGAR SERTA KERJA-KERJA MENGECAT TAPAK CADANGAN PROJEK TAMAN TEKNOLOGI MALAYSIA, FASA I BUKIT JALIL, W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

2. Dokumen Tender boleh didapati dan dibeli dengan harga RM60.00 senaskah pada waktu pejabat mulai 9hb. Januari 2009 di Nik Farid dan Loh Sdn., Chartered Quantity Surveyors, 90, Lorong Maarof, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat melalui Wang Pos/Kiriman Pos atau Bank Draf yang dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 4. Dokumen Tender akan keluar dan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SURAT PENDAFTARAN ASAL CIDB & PKK dan SURAT ASAL PENGIKTIRAFAN BUMIPUTRA.

Penender-penender adalah dinasihatkan melawat tapak sebelum menyerahkan Dokumen Tender.

5. Tawaran akan ditutup pada 28hb. Februari 2009, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender, Tingkat 14, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50662 Kuala Lumpur.

6. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.

(8)

CONTOH-CONTOH IKLAN TAWARAN/NOTIS TENDER

Page 8 of 15

CONTOH IKLAN UNTUK TENDER KHAS BUMIPUTERA

DESA KIARA DAMANSARA

KENYATAAN TAWARAN

(Pra-Kelayakan Kontraktor)

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dalam struktur konkrit tetulang (steel concrete structure) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) , Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Kementerian Kewangan adalah dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :

CADANGAN MEMBINA KONDOMINIUM FASA II DAN III YANG MENGANDUNGI 31/2 TINGKAT BLOK PODIUM (KELUASAN 30 600 m2) TERMASUK TEMPAT

LETAK KERETA BAWAH TANAH, LOT-LOT KEDAI, KOLAM RENANG DAN KERJA-KERJA LUAR SERTA 4 BLOK MENARA SEPERTI BERIKUT :

(a) 15 TINGKAT MENGANDUNGI 50 UNIT APARTMEN (b) 21 TINGKAT MENGANDUNGI 74 UNIT APARTMEN (c) 28 TINGKAT MENGANDUNGI 122 UNIT APARTMEN (d) 33 TINGKAT MENGANDUNGI 176 UNIT APARTMEN

DI ATAS LOT 1, JALAN DAMANSARA, MUKIM OF KUALA LUMPUR FOR LOT ONE DEVELOPMENT SDN. BHD.

SKOP KERJA

(i) Membina dan menyiapkan lebih kurang 100 bil. kepala cerucuk, setiap satu mengandungi 5 bil. mata cerucuk.

(ii) Membina dan menyiapkan rasuk bumi.

(iii) Membina dan menyiapkan papak lantai bawah dan tembok penahan. Tender dijadual dipelawa pada pertengahan bulan Februari 2009. Borang Kontrak hendaklah menggunakan Standard Form of Agreement and Schedule of

Conditions of Building Contract dikeluarkan oleh Pertubuhan Akitek Malaysia

(Malaysian Institute of Architects)

2. Borang pendaftaran Pra-Kelayakan boleh didapati daripada :

Juru Kos, 84B, Jalan SS 15/4, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada waktu pejabat dari 9.00 pg hingga 5.00 ptg dengan bayaran sebanyak RM30.00.

3. Tawaran akan ditutup pada 25hb. Februari 2009, jam 12.00 tengahari. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas dalam sampul surat bertanda ”Tender Pra-Kelayakan”.

4. Pihak majikan berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan dan tiada bayaran gantirugi diberikan kepada Kontraktor dalam penyediaan permohonan pra-kelayakan.

5. Kontraktor yang dipilih akan diberitahu melalui pos apabila tender dipelawa. (6354M)

(9)

Page 9 of 15

(10)

KEPALA I

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam Sub-Kepala 2

Jambatan, Jeti dan Struktur Kerja Laut Sub-Kepala 3

(a) Struktur Penahan Air (b) Empangan Sub-Kepala 4 Pengorekan Sub-Kepala 5 Sistem Pembentungan Sub-Kepala 6 (a) Penerowongan

(b) Dinding Gegendang dan Tambatan pada Tanah Sub-Kepala 7

Kerja-kerja Pengairan, Penyaliran Kawasan Banjir dan Kerja-kerja Hidrokuasa

(a) Struktur Hidraulik (b) Kerja-kerja Tanah (c) Konduit Kuasa (d) Rumah Kuasa Sub-Kepala 8

Kerja-kerja Landasan Keretapi Sub-Kepala 9

Penanaman Sesalur dan Pembinaan Peti Penyambung dan/atau Lurang untuk Rangkaian Kabel Telefon

KEPALA II

KERJA-KERJA BANGUNAN

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Pembinaan Tidak Termasuk Struktur Rangka Konkrit Bertetulang

Sub-Kepala 2

(a) Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang Tidak Melebihi Empat (4) Tingkat

(b) Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang Melebihi Empat (4) Tingkat

Sub-Kepala 3

Bangunan Kayu Pasang Siap Sub-Kepala 4

Bangunan Konkrit Pasang Siap Sub-Kepala 5

Bangunan Rangka Keluli Sub-Kepala 6

Kerja-kerja Bumbung Berpaten Sub-Kepala 7

(a) Lantai Paket dan Blok Kayu

(b) Kemasan Lantai dan Dinding yang lain (c) Perabot Bina Dalam

(d) Pemasangan Tanggam Sub-Kepala 8

Kerja-kerja Penyelenggaraan

(a) Penyelenggaraan Sistem Kebersihan

(b) Pengecatan Semula dan Pembaikan Am Bangunan

Sub-Kepala 9 Pelbagai (Nyatakan)

KEPALA III

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBERSIHAN DAN AIR (SEMUA SUB-KEPALA TERMASUK BEKALAN PERALATAN)

Sub-Kepala 1

(a) Sistem Penyaman Udara dan Pengalihuadar (b) Bilik Sejuk

Sub-Kepala 2 Lif dan Eskalator Sub-Kepala 3

Pemasangan Paip dan Alat-alat Kebersihan Sub-Kepala 4

Pemasangan Alat Pengepaman Sub-Kepala 5

Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan Sub-Kepala 6

Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan Sub-Kepala 7

Pemasangan Kelengkapan Memasak dan Dapur Sub-Kepala 8

Pemasangan Kelengkapan Dobi Sub-Kepala 9

Pemasangan Loji Dandang dan Kebuk Tekanan Tak Berapi

Sub-Kepala 10

Pemasangan Sistem Mencegah Kebakaran Sub-Kepala 11

Pemasangan Sistem Penyampai Sub-Kepala 12

(a) Kren Bagan (b) Kren Work

(c) Unit Pengangkat Untuk Penyelenggaraan Bangunan

(11)

KEPALA III (sambungan)

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBERSIHAN DAN AIR (SEMUA SUB-KEPALA TERMASUK BEKALAN PERALATAN)

Sub-Kepala 13

(a) Pemasangan Loji Penghancuran dan Penapisan (b) Pemasangan Loji Mencampur Asfalt

Sub-Kepala 14

Pemasangan Sistem Kawalan Pencemaran Sub-Kepala 15

Pemasangan Kelengkapan Jentera Kilang Minyak dan Getah

Sub-Kepala 16

(a) Pembaikan dan Pemulihan Gerabak Keretapi Penumpang dan Gerabak Keretapi Barang (b) Kerja-kerja Kimpalan Landasan Keretapi Sub-Kepala 17 (Pelbagai)

(a) Pemasangan Sistem Pemampatan Udara (b) Pemasangan Sistem Air Panas

(c) Pemasangan Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG)

(d) Pemasangan Pensteril dan Autoklaf (e) Pemasangan Gas Perubatan (f) Pemasangan Alat Bakar Sampah

(g) Pemasangan Sistem Automatik untuk Bangunan (h) Pemasangan Rak Bergerak

(i) Pemasangan Kelengkapan Makmal (j) Pemasangan Peralatan Kolam Renang (k) Pemasangan Alat Angkat Pintu Hidraulik (l) Pemasangan dan Pembaikan Loji Jentera dan

Kelengkapan

KEPALA IV

LAIN-LAIN KERJA PAKAR KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 1 Kerja-kerja Tanah Sub-Kepala 2 Kerja-kerja Cerucuk (a) Konkrit Di Situ

(b) Konkrit Bertetulang Tuang Dahulu (c) Konkrit Prategasan atau Pascategasan (d) Keluli

(e) Kayu

(f) Sistem Berpaten Sub-Kepala 3

(a) Kerja-kerja Penyalutan Berasfalt (b) Kerja-kerja Permukaan Jalan Bitumen

(c) Kerja-kerja Membuat Isyarat dan Mengecat Jalan

(d) Kerja-kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar, Penanda Batu dan Kerja yang lain untuk Jalan Sub-Kepala 4

(a) Kerja-kerja Keluli

(b) Kerja-kerja Keluli Berpaten dan Pasangsiap Sub-Kepala 5

Penyaliran Bawah Tanah Sub-Kepala 6

(a) Pemasangan Sesalur Air

(b) Pemasangan Sesalur Minyak dan Gas Sub-Kepala 7

(a) Pengerudian Untuk Air Bawah Tanah (b) Kerja-kerja Penyelidikan Tanah (c) Kerja-kerja Kajian Geofizik

KEPALA IV (sambungan)

LAIN-LAIN KERJA PAKAR KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 8

Konkrit Bertetulang atau Tanpa Tetulang Tuang Dahulu untuk Rasuk, Berbendul Jalan Pembentung dan Saliran

Sub-Kepala 9

Pembinaan Konkrit Prategasan atau Pascategasan Sub-Kepala 10

Pelbagai

(a) Kerja-kerja Penurapan Tekanan (b) Guniting

(c) Kerja-kerja Ujian yang Tidak Memberikan Kesan pada Anggota Konkrit

(d) Kerja-kerja Sokong Bawah

(e) Kerja-kerja Serombong Stesen Kuasa

Page 11 of 15 LAMPIRAN A2

(12)

KEPALA V

KERJA-KERJA KUARI, MEMBEKAL LOGAM DAN TANAH, KERJA-KERJA ANGKUT DAN PENGANGKUTAN

Sub-Kepala 1

Kerja-kerja Memecah Batu dan Membekal Logam Sub-Kepala 2

Kerja-kerja Menggerudi dan Meletupkan Batu Kuari Sub-Kepala 3

Kerja-kerja Angkut dan Pengangkutan

KEPALA VI

KERJA-KERJA HUTAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

Sub-Kepala 1

Penyediaan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian Sub-Kepala 2

Kerja-kerja Pembersihan Hutan dan Penyediaan Hutan

Sub-Kepala 3

(a) Kerja-kerja Penanaman dan Penyelenggaraan Pokok

(b) Kerja-kerja Penanaman Semula dan Penyelenggaraan Pokok

Sub-Kepala 4

Kerja-kerja Memungut dan Mengangkut Hasil Tanaman

Sub-Kepala 5

Kerja-kerja Pemulihan Hutan Sub-Kepala 6

(a) Kerja-kerja Seni Taman-Taman (b) Kerja-kerja Penanaman Benih Berair Sub-Kepala 7 Jalan Hutan Sub-Kepala 8 Kerja-kerja Am Pertanian Sub-Kepala 9 Pelbagai (Nyatakan) KEPALA VII KERJA-KERJA TELEKOMUNIKASI Sub-Kepala 1

(a) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Agihan

(b) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Utama

(c) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Simpang

Sub-Kepala 2

(a) Pemasangan Penaik Kabel Rangka Agihan Utama Peti Agihan Salur Bawah Lantai dan Lantai Telefon dalam Bangunan

(b) Pemasangan Sepasang Kabel Telefon Dalam Bangunan

Sub-Kepala 3

Sistem Semboyan dan Perhubungan Keretapi (a) Pemasangan Sistem Semboyan Yang

Mengandungi Geganti Bongkah Automatik (b) Pemasangan Sistem Perhubungan Untuk

Kawalan Pusat dan Laluan Tepi Stesyen (c) Pemasangan Sawar Elektrik Lengkap dengan

Isyarat/Susur dan Penggera Lebuhraya

Page 12 of 15 LAMPIRAN A3

(13)

Page 13 of 15 LAMPIRAN A4

(14)

Page 14 of 15 LAMPIRAN A5

(15)

EXERCISE 2.0

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tender terbuka?

2. Berikan dua (2) kelebihan dan dua (2) kekurangan tender terbuka? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan tender terhad?

4. Namakan pusat atau agensi yang membuat pendaftaran syarikat kontraktor? 5. Berikan takrif tender terpilih, dan nyatakan dua (2) kelebihan dan dua (2)

kelemahannya?

6. Berikan definisi tender prakelayakan?

7. Nyatakan syarat-syarat yang perlukan oleh kontraktor yang ingin memasuki tender pra-kelayakan?

8. Apakah yang dimaksudkan dengan tender rundingan? 10. Nyatakan kehendak-kehendak bagi tender rundingan?

REFERENCE :

1. Teacher’s handout

2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)

3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS)

5. Nota JKR (IKRAM)

References

Related documents

all income from whatever source derived. As such, “gross income” includes all worldwide income. Section 301 provides that generally, a distribution of property by a subsidiary

Some characteristics of a very formal wedding would include: engraved invitations; semi-formal dress for guests with formal attire for the wedding party (including a long train

This thesis is divided into seven chapters, beginning with the introduction. Chapter 2 presents a literature review of the key elements required to fully understand this

They were planned according to the following criteria: (i) Logical architecture, in which a common data- exchange model and common module interfaces were designed enabling the

In addition, since social impact perception has a strong positive impact on family relationship perception, economic condition perception, and leisure and

To contribute to gaps in the literature this study utilises a case study research strategy to examine the key motivations behind, and technology-related issues

The mini illustration poses “If U.S government meet the insistence of civil society groups and some health facts by ratifying WHO FCTC then what about the interests

As I elaborate in the following section, it has been precisely the transposition of the notion of distinctiveness from traditional marks— that are usually applied onto the products