• No results found

1.0 PENGENALAN. 1.2 Objektif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "1.0 PENGENALAN. 1.2 Objektif"

Copied!
22
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

Jun 2012

1

1.0 PENGENALAN

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Institut Pendidikan Guru (IPG) diguna pakai untuk program perguruan Praperkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan berdasarkan P.U.(A) 388 (Peraturan-Peraturan Pendidikan 2010). Buku panduan ini bertujuan membantu pensyarah menguruskan penilaian kerja kursus pelajar secara terancang, sistematik dan berkualiti.

1.1 Rasional Dan Matlamat

Pelaksanaan kerja kursus merupakan keperluan untuk mengoptimumkan perkembangan pelajar dalam aspek peningkatan ilmu dan keterampilan ikhtisas, pemupukan nilai positif dan amalan profesional. Penilaian kerja kursus juga membantu pelajar membina daya fikir yang kreatif dan inovatif.

Pelaksanaan kerja kursus bertujuan mentaksir kebolehan pelajar dari segi pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, keupayaan pelajar membuat pemindahan pembelajaran dalam situasi dan konteks sebenar di sekolah serta penerapan nilai-nilai dan etika keguruan. Pelaksanaan kerja kursus juga dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai bentuk tugasan yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh pengajian.

1.2 Objektif

Pelaksanaan kerja kursus bertujuan mencapai objektif-objektif yang berikut :

(a) Menilai tahap prestasi pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan program.

(b) Meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, kecekapan memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna. (c) Menggerakkan proses pembelajaran pelajar sejajar dengan perkembangan

intelektual, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills), kreatif, inovatif dan membina pemikiran kendiri

(independent thought).

(d) Menilai tahap prestasi pelajar dalam menghubung kait teori dan praktis dengan menggalakkan transformasi dan integrasi ilmu, pengalaman dan refleksi kendiri dalam konteks sebenar untuk meningkatkan keterampilan ikhtisas.

(2)

Jun 2012

2

(e) Membantu pelajar mencari makna daripada pengalaman sendiri, mencari kebenaran dalam kepercayaan, pengetahuan dan tindakannya bagi meningkatkan kualiti diri dan kehidupan, seterusnya menjadi pengamal refleksi.

(f) Membina kepekaan pelajar terhadap keperluan untuk menjadi seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak mulia sebagaimana kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 KERANGKA PEMBINAAN ILMU

Rajah 1: Model Konseptual Kerja Kursus: Adaptasi daripada Davis (1993)

Pelaksanaan kerja kursus adalah berteraskan pembinaan ilmu berdasarkan Model Konseptual Kerja Kursus (UPP, 2004).

Model ini bertujuan menghasilkan insan

guru selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang

menekankan kepada penguasaan

i l m u , k e m a h i r a n d a n a m a l a n n i l a i -n i l a i k e g u r u a -n , b a g i

perkembangan profesional keguruan dan sahsiah

guru yang unggul. Pembentukan insan guru ditentukan oleh dua fokus

utama iaitu ilmu berdasarkan teori dan ilmu yang dipraktikkan. Model ini

ILMU TERIMAAN

ILMU SUBJEKTIF ILMU KONTEKSTUAL ILMU BINAAN INSAN GURU TEORI PRAKTIS

(3)

Jun 2012

3

menekankan proses pembinaan ilmu profesional keguruan secara sistematik

dan beransur maju (

developmental

) dengan mengintegrasi pengetahuan

berasaskan penyelidikan (

research-based knowledg

e) dan pengetahuan

berasaskan pengalaman (

experiential knowledge

).

2.1

Persekitaran Pembelajaran

Pelaksanaan Kerja Kursus ini berlandaskan tiga

persekitaran pembelajaran

yang dilalui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat pembinaan ilmu

kendiri yang mantap dan jati diri guru yang unggul. Persekitaran ini terdiri

daripada:

a) Situasi sebenar

Situasi sebenar bermaksud pelbagai konteks dan situasi untuk

mengamalkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari bagi mengukuhkan

penguasaan dan pemindahan pembelajaran. Antara konteks dan pelbagai

situasi tersebut termasuklah mempraktikkan ilmu dan kemahiran di IPG,

prasekolah yang ada di IPG, sekolah dalam IPG, pengalaman berasaskan

sekolah, lawatan ke tempat-tempat dan situasi sekolah sebenar.

Situasi sebenar boleh juga diwujudkan secara formal di IPG sendiri, untuk

tujuan mempraktikkan teori dan amali kemahiran sebenar sebagai bakal

guru. Sebagai contoh, pengendalian majlis rasmi di IPG boleh dianggap

sebagai situasi sebenar. Pengajaran mikro dan makro tidak boleh dianggap

situasi sebenar kerana konteks dan pelajar bukan sebenar.

b) Amalan Kemahiran Belajar (

Learning How To Learn

)

Sebagai bakal guru, pelajar perlu mengamalkan kemahiran belajar untuk

meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran, sesuai dengan amalan

pembelajaran sepanjang hayat. Amalan kemahiran belajar ini akan dapat

mengukuhkan profesionalisme keguruan dan pembinaan watak guru.

(4)

Jun 2012

4

c) Pembentukan Sikap

Insan guru yang ingin dibentuk atau dihasratkan perlu mempunyai nilai

murni, sahsiah guru dan mengamalkan Etika Keguruan. Pelaksanaan kerja

kursus dalam pelbagai situasi dan konteks membolehkan bakal guru melalui

pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas. Pelbagai cabaran ini akan

membantu pemupukan dan pembentukan nilai dan sahsiah guru yang

unggul.

2.2 Proses Pembinaan Ilmu

Proses perkembangan intelektual pelajar bermula dengan tahap pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, seterusnya kepada pembinaan ilmu baru dan pembelajaran bermakna melalui integrasi pembelajaran dan pengalaman. Ini dapat dicapai dengan menggunakan pemeringkatan proses pembinaan ilmu seperti dijelaskan dalam Jadual 1: Struktur Pembinaan Ilmu.

2.3 Bimbingan

Pensyarah boleh memberi maklum balas semasa pelaksanaan kerja kursus berdasarkan aspek berikut:

(i) menekankan proses membina kemahiran pembelajaran kendiri (Independent Learning) yang bersifat ansur maju.

(ii) menekankan cara membuat rujukan dan penulisan teks ilmiah yang betul bagi mengelakkan plagiat dan menghormati hak intelek individu.

(5)

Jun 2012

5

Jadual 1

Struktur Pembinaan Ilmu

JENIS ILMU ASPEK ILMU TERIMAAN (Received Knowledge) ILMU SUBJEKTIF (Subjective Knowledge) ILMU KONTEKSTUAL (Contextual Knowledge) ILMU BINAAN (Constructed Knowledge) KONSEP

 Ilmu yang diterima benar berdasarkan autoriti

 Ilmu yang diterima benar berdasarkan hujah dan bukti

 Ilmu yang diterima benar mengikut konteks dan situasi

 Ilmu yang terbina daripada hasil analisis dan refleksi kendiri berdasarkan himpunan ilmu, pengalaman dan nilai

CIRI-CIRI

 Percaya tentang satu jawapan sahaja yang betul

 Sedar tiada satu jawapan yang tetap untuk sesuatu perkara  Pelajar melihat kebenaran/ kefungsian ilmu dan kemahiran berdasarkan konteks/situasi  Pelajar mempunyai pendirian tentang sesuatu isu berdasarkan analisis sendiri yang dipengaruhi oleh nilai, pengalaman dan ilmu binaan kendiri  Semua ilmu yang

diterima benar

 Ilmu yang diterima benar berdasarkan hujah dan bukti

 Ilmu yang diterima benar berdasarkan konteks/situasi

 Ilmu dibina sendiri oleh pelajar  Pensyarah sebagai penyampai ilmu  Pelajar berhak memberi pandangan dan memberi bukti untuk menyokong pandangan  Pensyarah sebagai fasilitator  Pelajar berhak memberi pandangan dan memberi bukti untuk menyokong pandangan  Pensyarah sebagai fasilitator  Pelajar boleh

mengingtegrasi ilmu yang dipelajari daripada pelbagai sumber dengan ilmu yang diperolehi daripada pengalaman dan refleksi kendiri  Pensyarah sebagai pembimbing dalam proses binaan ilmu.

CONTOH  Menerima kaedah pembelajaran koperatif dalam P & P adalah terbaik  Selepas merujuk pelbagai sumber, pelajar sedar terdapat banyak kaedah lain seperti induktif, deduktif dan pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam P & P  Setelah mengaplikasi kaedah pembelajaran koperatif dalam konteks dan situasi pembelajaran, pelajar mendapati pembelaajran koperatif hanya sesuai untuk topik tertentu sahaja. Bagi topik lain kaedah seperti

ekspositori atau deduktif adalah lebih sesuai.

 Pelajar dapat menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu kaedah P & P berdasarkan

pengalaman, penilaian kendiri dan himpunan ilmu yang dimilikinya  Pelajar dapat

menghasilkan menentukan kaedah terbaik untuk P & P bagi tajuk tertentu.

(6)

Jun 2012

6

3.0 CIRI-CIRI KERJA KURSUS

Pelaksanaan kerja kursus merangkumi ciri-ciri yang berikut :

(a) mengambil kira skop kandungan dan hasil pembelajaran kursus/kurikulum yang ditetapkan.

(b) membantu meningkatkan proses pembelajaran pelajar sesuai dengan kebolehannya.

(c) penilaian bersifat autentik (pengalaman sebenar).

(d) tugasan kerja kursus bersifat terbuka, mencabar dan melibatkan pemikiran aras tinggi (higher order thinking skills).

(e) mementingkan amalan refleksi dalam proses pembinaan ilmu. (f) meningkatkan daya kreativiti dan inovasi.

(g) meningkatkan tahap kesedaran keperluan profesionalisme keguruan.

4.0 BENTUK KERJA KURSUS

Kerja kursus terdiri daripada tiga bentuk iaitu:

4.1 Projek – Merupakan bentuk kerja kursus yang melibatkan satu set aktiviti

yang berkait dengan hasil pembelajaran pelajar. Bagi kursus major dan elektif, tugasan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu manakala bagi kursus bukan major (Wajib dan Pengajian Profesional), tugasan projek dilaksanakan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Projek yang digubal dapat menguji kefahaman pelajar dalam kemahiran mencari bahan, merancang, menganalisis, menghubungkait dan menilai maklumat untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti serta menepati ciri-ciri kerja kursus. Contoh-contoh projek adalah seperti yang tertera dalam Jadual 2.

(7)

Jun 2012

7

Jadual 2

Contoh-contoh Projek

1. Penghasilan Produk  Alat bantu mengajar

 Model 3-dimensi / replika / prototaip

 Pakej / modul / kit pembelajaran

 Hasil seni (contoh: gubahan lagu / lukisan, arca)

 Brosur / Prospektus / Pamplet

 Instrumen / item ujian

 Mural

 Lanskap / taman Matematik / Sains

 Portfolio

 Dokumentari / iklan

 Video, bahan digital multimedia

2. Kajian/laporan

 Laporan kajian (kes, tindakan)

 Laporan amali sains

 Laporan temubual  Projek penyiasatan  Laporan lawatan  Laporan pemerhatian 3. Ulasan Kritis  Artikel / jurnal  Video klip  Buku

4. Ujian Kertas dan Pensel

 Kuiz (hanya sebahagian daripada pentaksiran projek) 5. Penulisan  Catatan log  Penulisan jurnal  Esei (contoh:reflektif,deskriptif)

 Refleksi (berdasarkan model tertentu Contoh Model Schon)

 Kertas kerja

 Kertas cadangan kajian

 Ringkasan eksekutif 6. Kerja Amali  Amali sains  Ujian lisan  Ujian vokal  Pergerakan motor

 Penggunaan alatan muzik

7. Persembahan  Main peranan

 Teater / drama / pentomen

 Syarahan / pidato

 Pembentangan

 Mini konsert / ensembel

 Pengajaran mikro

8. Penganjuran  Forum

 Pertandingan(cerita, nyanyian, musabaqah, nasyid, poster)

 Pameran / ekspo

 Seminar

 Sukan

Outdoor maths  Hari Keusahawanan

(8)

Jun 2012

8

4.2 Ujian Amali – Ujian Amali dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan

kemahiran. Ujian amali ini bertujuan untuk mengukur kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap yang dipamerkan secara langsung semasa ujian dijalankan atau melalui penghasilkan produk. Panduan khusus pelaksanaan ujian amali ini hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali yang berkaitan.

4.3 Ujian Akhir Kursus (UAK) – Ujian Akhir Kursus dilaksanakan untuk

menguji penguasaan pelajar terhadap teori yang dipelajari dalam kursus tersebut. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) diguna sebagai panduan menyediakan soalan pada aras dan kemahiran tertentu. Jika sesuatu kursus yang tidak mempunyai JSU, pensyarah kampus perlu menyediakannya.

5.0 PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Kerja kursus yang terdiri daripada projek, amali dan ujian akhir kursus perlu dilaksanakan mengikut prosedur tertentu yang sistematik seperti dalam carta alir Pelaksanaan Kerja Kursus (Rajah 2) bagi memastikan ianya konsisten dan mematuhi standard yang diharapkan.

(9)

Jun 2012

9

Menerima Arahan Ketua Jabatan Akademik

Membina JST, Menggubal Soalan Tugasan dan Rubrik mengikut Proforma il Pembelajaran Kursus

Memurnikan Soalan Tugasan dan Rubrik Peringkat Jabatan

Pengesahan soalan tugasan dan rubrik oleh KJA Mengedar/Memberikan Taklimat Tugasan Kepada Pelajar

Mengumpul hasil tugasan pelajar MenyemakSampel Hasil Tugasan

Pemeriksaan Konsisten Konsisten dalam Penandaan Buat penambahbaikan kepada rubrik

Meneruskan Penyemakan Akhir Hasilan Kerja Kursus Ya

Tidak

Moderasi Markah Kerja Kursus (Pusingan I) MULA

Markah Konsisten

Tidak

Ya

Merekod Markah Akhir Dalam BKKP

TAMAT

Moderasi pusingan II

Penyelarasan markah

Kawal Mutu oleh iEE oleh iEE

Merekod Markah Dalam Borang Markah Kerja Kursus

Tidak

Ya

(10)

Jun 2012

10

5.1 Prosedur Pentaksiran Projek

Penggubalan tugasan projek dibuat berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam pro forma/sukatan pelajaran. Peruntukan masa, bebanan dan kerencaman tugasan sangat bergantung kepada jenis kursus (sama ada kursus Major, Elektif, Wajib, Pengajian Profesional) dan jumlah jam kredit kursus seperti yang ditetapkan dalam pro forma/sukatan pelajaran. Selain itu wajaran kerja kursus yang ditetapkan juga harus dipatuhi. Persediaan pentaksiran projek harus dilaksanakan mengikut prosedur yang merangkumi tiga peringkat seperti berikut:

(i) penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) (ii) penggubalan tugasan

(iii) penggubalan rubrik/skema pemarkahan

5.1.1 Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST)

Jadual Spesifikasi Tugasan (JST)merupakan satu spesifikasi pentaksiran projek yang akan dilaksanakan. JST disediakan dalam bentuk matrik dua paksi – menegak dan melintang. Paksi menegak mengandungi topik-topik yang hendak dinilai melalui tugasan projek. Paksi melintang mengandungi spesifikasi tugasan yang terdiri daripada huraian tugasan, wajaran dan kriteria penilaian (Rujuk Lampiran 1).

Dalam pembinaan JST, penggubal perlu melaksanakan tindakan berikut :

(a) Menentukan Objektif Tugasan

Penentuan objektif tugasan projek dibuat berdasarkan hasil pembelajaran proforma/sukatan pelajaran kursus berkenaan. Ia merupakan suatu pernyataan mengenai pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai pelajar melalui pelaksanaan projek berkenaan.

(b) Menganalisis Proforma/Sukatan Pelajaran

Tujuan menganalisis proforma/sukatan pelajaran adalah untuk menentukan tajuk-tajuk yang akan diuji bagi mencapai hasil pembelajaran berkenaan. Skop kandungan proforma/sukatan pelajaran yang diuji mestilah merentasi beberapa topik utama. Penggubal juga perlu mengunjurkan kemahiran

(11)

Jun 2012

11

dan keterampilan yang perlu dikuasai oleh pelajar agar tugasan kerja kursus yang dikemukakan dapat membantu pelajar menguasai pemahaman baharu.

(c) Menentukan Set Aktiviti/Tugasan

Penggubal perlu menentukan bilangan aktiviti/tugasan yang perlu disempurnakan oleh pelajar berdasarkan objektif projek dan tajuk-tajuk yang dinilai.

Tugasan projek yang tersedia harus berciri pemikiran beraras tinggi dan mencerminkan pemeringkatan ilmu secara hierarki daripada tahap pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, dan pemindahan pembelajaran. Bukti-bukti pembelajaran pelajar dalam pelaksanaan tugasan-tugasan ini perlu jelas dan realistik serta dicatatkan dalam JST.

(d) Menentukan Pemberatan Pemarkahan

Pemberatan pemarkahan bagi projek ditentukan berdasarkan tahap kesukaran dan kerencaman tugasan itu yang terlibat dalam projek berkenaan. Pemberatan markah bagi aras pengetahuan dan kefahaman tidak melebihi 20% daripada keseluruhan projek.

5.1.2 Penggubalan Tugasan Projek

Berdasarkan JST yang telah lengkap, penggubal dikehendaki menyediakan tugasan projek bagi mencapai objektif projek berkenaan. Tugasan yang disediakan mestilah disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum diedarkan kepada pelajar.

Tugasan projek umumnya terbahagi kepada tiga elemen iaitu :

(a) Rangsangan - menjelaskan isu atau permasalahan yang dikemukakan untuk merangsang dan mencetuskan pemikiran pelajar. Rangsangan perlu berkaitan dengan tugasan yang akan dilaksanakan dan menggalakkan pemikiran, bukan hanya berbentuk satu pernyataan semata-mata. Rangsangan juga harus dapat ditafsir dan dianalisis oleh pelajar dengan jelas.

(12)

Jun 2012

12

(b) Soalan Tugasan - aktiviti atau set aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam menyempurnakan kerja kursus. Tugasan projek yang perlu dilaksanakan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Bagi projek yang saling berkait, bilangan sub tugasan harus mencakupi kehendak tugasan projek tersebut. Bagi projek tunggal (stand alone), bentuk soalan tugasan adalah lebih ringkas dan tidak mengandungi sub tugasan. Soalan perlu merangsang pemikiran aras tinggi, menggalakkan pelajar mengemukakan pendirian sendiri dan menerapkan unsur-unsur nilai.

(c) Arahan Pentadbiran - keperluan dan arahan yang harus dipenuhi dan dipatuhi oleh pelajar dalam menyempurnakan kerja kursus. Arahan pentadbiran perlu jelas, mudah difahami dan merangkumi semua keperluan tugasan termasuk aspek kawalan mutu tugasan tersebut.

(d) Kandungan Tugasan Projek

Setiap set tugasan kerja kursus mesti mengandungi aspek-aspek berikut : (i) Nama Institut dan Program

(ii) Nama Kursus/Kod Kursus (iii) Tempoh projek

(iv) Hasil Pembelajaran Kursus (v) Objektif projek yang eksplisit

(vi) Soalan Tugasan dengan wajaran markah

(vii) Panduan Pelaksanaan - huraikan kehendak atau keperluan tugasan dengan jelas

Contoh tugasan projek dalam Lampiran 2 dan Lampiran 3.

5.1.3 Penyediaan Rubrik atau Skema Pemarkahan (SP)

Rubrik atau Skema Pemarkahan perlu disediakan selari dengan JST dan tugasan (Rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 5). Rubrik atau skema pemarkahan terdiri daripada komponen berikut :

(13)

Jun 2012

13

(a) Aspek-aspek yang dinilai berdasarkan tahap pembelajaran yang diuji dan pemberatan aspek-aspek tersebut.

(b) Kriteria pentaksiran yang digunakan sebagai asas pemarkahan tugasan dan huraian prestasi /deskriptor yang dikategori mengikut skala.

(c) Skema pemarkahan perlu disediakan untuk pentaksiran yang berbentuk ujian/UAK.

(d) Kriteria penilaian mesti eksplisit dan mudah difahami (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3

Contoh Kriteria Penilaian

BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA

1 Penguasaan Kandungan - ketepatan isi

- kesesuaian penggunaan konsep/teori yang berkaitan

- liputan skop yang luas dan menyeluruh - menunjukkan penguasaan prosedur - menunjukkan kemahiran kandungan - mencerakin isi dengan jelas

- dapat menunjukkan perkaitan antara ilmu berbeza yang dipelajari

2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

- menjana pengetahuan, ilmu atau teori baharu - keupayaan membuat perkaitan antara

konsep/teori

- sokongan hujah dengan bukti dan rujukan - dapat menganalisis situasi

- dapat memberi cadangan penyelesaian masalah - menimbulkan sesuatu pandangan kendiri

- membuat hipotesis atau rumusan berdasarkan analisis terhadap permasalahan/isu/situasi - membuat jangkaan masa hadapan

- mampu membuat banding beza - menunjukkan kemahiran mensintesis - mampu membuat hujahan berdasarkan

kandungan dan ilmu yang telah diperoleh

- meluaskan skop perbincangan daripada sesuatu isu/isi secara mendalam

(14)

Jun 2012

14

BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA

3 Pemindahan Pembelajaran - boleh mengguna pakai hujahan/pengetahuan dalam konteks sebenar

- membuat aplikasi, adapatasi, asimilasi

kandungan dalam konteks dan situasi sebenar - ketepatan pemilihan bahan atau ilmu semasa

membuat pemindahan pembelajaran - menghasilkan produk sebenar - mampu membuat pertimbangan dan

pengubahsuaian secara praktikal dalam situasi sebenar

- dapat menunjukkan integrasi teknologi dalam proses pemindahan pembelajaran

- kesedaran makna dalam kehidupan sebenar tentang ilmu yang telah dikuasai dan dihujahkan

4 Pengelolaan - struktur yang jelas dengan mengaitkan satu bahagian dengan bahagian yang lain secara logik dan koheren

- susun atur atau susun letak yang sesuai, menarik dan praktikal

- aspek pengurusan dapat dilaksanakan dengan sistematik

- laras bahasa yang sesuai dengan tujuan penulisan/aktiviti

- penggunaan perbendaharaan kata yang luas, pelbagai dan sesuai

- struktur ayat yang betul dengan lenggok bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan

- persembahan yang menarik, inovatif, dengan reka bentuk yang baik

- menunjukkan kemahiran teknikal dan teknologi - penggunaan alat pandang dengar atau bahan

bantu mengajar

- penulisan menunjukkan kemahiran membuat rujukan

5 Nilai Keguruan - Memiliki ciri kepimpinan.

- Mempunyai kemahiran TMK (ICT).

- Mempunyai kefasihan berbahasa secara lisan dan tulisan.

- Memiliki kemahiran interpersonal dan

intercultural.

- Berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah.

(15)

Jun 2012

15

BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA

kreatif dan analitikal.

- Kebolehan mendapatkan dan menilai maklumat dari pelbagai punca.

- Menggunakan strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat sasaran.

- Bekerjasama dan produktif. - Pengurusan masa yang baik.

- Berupaya mengendalikan pembelajaran secara kendiri

- Bersedia menerima teguran dan pandangan orang lain

Nota : Kriteria penilaian ini harus diubah suai mengikut kesesuaian tugasan.

5.2 Prosedur Pentaksiran Amali

Ujian amali dilaksanakan bagi kursus Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, dan Pendidikan Jasmani manakala Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ditaksir melalui Ujian Lisan.

Pengurusan ujian amali melibatkan pembinaan soalan dan rubrik yang dikendalikan oleh IPG Kampus Penyelaras. Soalan dan rubrik akan dihantar ke IPG kampus yang menawarkan kursus berkenaan untuk dilaksanakan. Penilai ujian amali dilantik dalam kalangan pensyarah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan. Pemantau ujian amali pula dilantik dalam kalangan ketua jabatan/ pensyarah kanan IPG Kampus.

5.3 Prosedur Pentaksiran Ujian Akhir Kursus (UAK)

Ujian Akhir Kursus (UAK) adalah satu bentuk penilaian kertas dan pensel berdasarkan pro forma/sukatan pelajaran. Prosedur penggubalan soalan adalah mengikut Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema Pemarkahan IPG (Jun, 2012).

(16)

Jun 2012

16

6.0 PEMERIKSAAN KERJA KURSUS

6.1 Penyelarasan Sebelum Pemeriksaan

(a) Penyelaras kursus/ketua pemeriksa memilih sekurang-kurangnya dua sampel tugasan kerja kursus secara rawak.

(b) Semua pensyarah kursus/pemeriksa menyemak sekurang-kurangnya dua sampel yang dipilih berdasarkan rubrik untuk memastikan semua elemen penilaian ditanda dan digredkan.

(c) Markah muktamad hendaklah dicapai mengikut persetujuan antara pemeriksa.

(d) Rubrik boleh ditambah baik dengan persetujuan antara pemeriksa jika perlu.

(e) Pemeriksa akan meneruskan proses penandaan berpandukan rubrik yang dipersetujui oleh panel.

(f) Sekiranya seorang pensyarah sahaja yang menyemak tugasan kerja kursus, penyemakan tugasan hendaklah dilakukan bersama-sama ketua jabatan akademik/ pensyarah kanan yang dilantik.

6.2 Proses Pemeriksaan

Pemeriksa hendaklah menanda semua tugasan dengan memberi komen dan justifikasi ke atas markah yang diberikan dalam Borang Maklum Balas Kerja Kursus (Rujuk Lampiran 6).Seterusnya markah diisi ke dalam Borang Markah Kerja

Kursus (Rujuk Lampiran 7).

6.3 Moderasi

Moderasi dilaksanakan untuk menyelaraskan pemarkahan kerja kursus kepada suatu piawai yang dikehendaki bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan serta kualiti kerja kursus yang dihasilkan oleh pelajar.

(17)

Jun 2012

17

Jadual 4

Prosedur Pelaksanaan Moderasi

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

A. Sebelum Moderasi

(i) Setiap pemeriksa perlu memilih tiga tugasan markah tertinggi, tiga tugasan markah sederhana dan tiga tugasan markah rendah sebagai sampel moderasi.

(ii) Pemeriksa mengisi markah sampel dalam Borang Moderasi (Rujuk Lampiran 8).

(iii) Sekiranya seorang pensyarah sahaja yang menyemak tugasan kerja kursus, moderasi dilakukan oleh pensyarah yang dilantik oleh ketua jabatan akademik.

B. Semasa Moderasi

(i) Panel pemeriksa seterusnya menjalankan moderasi.

(ii) Pemeriksa kedua/moderator akan menyemak semula sampel tugasan dan mengisi markah dalam Borang Moderasi.

(iii) Jika perbezaan markah dalam pusingan pertama kurang daripada 5, maka markah pemeriksa pertama (asal) dikekalkan. (iv) Jika perbezaan markah adalah lima atau lebih (≥5), maka

semakan pusingan kedua hendaklah dilaksanakan oleh ketua pemeriksa.

(v) Jika markah ketua pemeriksa dalam semakan kedua kurang daripada lima, maka markah pemeriksa asal dikekalkan.

(vi) Jika masih terdapat perbezaan markah lima atau lebih(≥5) dalam pusingan kedua, maka penyelarasan markah hendaklah dilakukan. (Rujuk contoh pengiraan markah penyelarasan pada Borang

Moderasi yang dilampirkan (Rujuk Lampiran 9a dan 9b).

(vii) Panel pemeriksa mesti bersetuju dengan markah penyelarasan tersebut untuk mendapat markah akhir kerja kursus.

(viii)

Bagi kes gagal, penandaan oleh ketua pemeriksa perlu

dilakukan.

Pemeriksa

Ketua Pemeriksa KJ Akademik

(18)

Jun 2012

18

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

C. Selepas Moderasi

(i) Pemeriksa asal perlu membuat penyelarasan markah yang dipersetujui bagi setiap kelompok. Jika terdapatnya ketidaktekalan dari segi pemarkahan, maka markah asal perlu ditambah atau diturunkan.

(ii) Markah akhir kerja kursus mestilah direkod pada Borang Markah Kerja Kursus (Rujuk Lampiran 7) pada ruang ’Markah selepas moderasi’

(iii)Bagi kes gagal, Ketua pemeriksa perlu mengisi Borang Kes Gagal (Rujuk Lampiran 10).

(iv) Ketua pemeriksa dikehendaki mengisi borang Laporan Panel Moderasi Kerja Kursus (Rujuk Lampiran 11).

7.0 KAWALAN MUTU

7.1 Format Kerja Kursus

Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus, beberapa perkara yang berikut perlu dititikberatkan dan menjadi panduan agar persembahan hasil kerja kursus menepati piawai yang ditetapkan.

(a) Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.

(b) Hasil kerja kursus hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 11 dan langkau satu setengah baris.

(c) Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh : American Psychological Association atau APA).

(d) Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai kandungan.

(e) Bahagian kulit luar kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

i. Nama Pelajar ii. Angka Giliran

(19)

Jun 2012

19

iv. Kumpulan/Unit

v. Kod dan Mata Pelajaran vi. Nama Pensyarah Kursus vii. Tarikh Serah

7.2 Kawalan Mutu oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE)

Selain daripada moderasi rutin oleh pensyarah, iEE juga berperanan dalam memastikan mutu kerja kursus mematuhi standard yang ditetapkan. iEE harus menyemak taburan markah kerja kursus di peringkat akhir sebelum markah tersebut dimasukkan ke dalam Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP). iEE akan memilih sampel secara rawak kerja kursus yang perlu diselaraskan markahnya berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:

(i) kerja kursus yang ramai pelajarnya mendapat A (ii) kes-kes atas pagar/border line

(iii) kerja kursus yang ramai pelajarnya gagal

8.0 PENUTUP

Pelaksanaan kerja kursus dilihat sebagai salah satu cara memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran. Dalam konteks penilaian, tugasan kerja kursus menyediakan maklum balas mengenai perkembangan intelektual pelajar. Pembinaan budaya ilmu juga dapat dipupuk melalui perkongsian maklumat secara pintar dalam kalangan pelajar, pelajar dengan pensyarah dan masyarakat/agensi melalui pelbagai tugasan dan aktiviti kerja kursus. Pelaksanaan kerja kursus ini diharapkan dapat menyemai usaha-usaha penjanaan ilmu binaan dalam kalangan pelajar bagi menyediakan bakal guru profesional yang berilmu, reflektif dan inovatif.

(20)

Jun 2012

20

BIBLIOGRAFI

Airasian, Peter, W.,(2008),

Classroom assessment,(

6

nd

ed

.).

New York:

McGraw Hill Inc.

Anderson L. W. and Krathwohl, D. R. (2000). A Taxonomy for learning, teaching and assessing: A revision of Bloom’s Tazanomy of educational objectives. Boston: Ally & Bacon.

Banks, S. R. (2005). Classroom assessment: Issues and practices. Boston: Pearson. Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: Cognitive domain.

New York: Longman Inc.

Davis, B. G. (1993). Tools for teaching. Jossey-Bass Publishers: San Francisco. Gagne,M Robert. (1985).The conditions of learning.USA:Holt,Rinchart and Winston

Haladyana, T. M. (1997). Writing test items to evaluate higher order thinking. Boston: Allyn and Bacon.

Shute, J.S. & Smith, P.J. (1993). Knowledge-based search tactics. Information processing & management.Volume29,Issue 1, January–February 1993, Pages 29–45 .Elsevier

Mabry, L. (1999). Portfolios Plus: A critical guide to alternative assessment. California: Corwin Press.

Shulman ,L.S.,and Keislar,E.R. (1966) - Learning by discovery: a Critical appraisal.Chicago:Rand, McNally.

Unit Peperiksaan & Penilaian (2004). Buku panduan kerja kursus berasaskan Ilmu(KKBI). Bahagian Pendidikan Guru

Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Berkuat kuasa Januari 2006, Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, Edisi Pelajar.

Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Berkuat kuasa Januari 2008, Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, Kursus Praperkhidmatan.

(21)

Jun 2012

21

PENGHARGAAN

Dr. Noriati binti A.Rashid (Penasihat) Pengarah

Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM

En. Mohd Radzuan bin Hj. Mohamad

Ketua Penolong Pengarah

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM

Dr. Lee Leh Hong

Penolong Pengarah

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM

En. Anuar bin Mohd Zain

Penolong Pengarah

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM

Pn. Hajah Hazina binti Zakaria Ketua Penolong Pengarah (Bersara)

Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM

Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar IPGK Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur

Haji Abd Hadi bin Mohamad IPGK Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Pn. Teh Kim Hong IPGK Pulau Pinang

Cik Lisa Yip Shukye IPGK Kent, Sabah

Pn. Rashidah binti Elias IPGK Dato’ Razali Ismail, Terengganu

Cik G.Boovaneswari IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Pn. Norulazilah binti Md. Nordin IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur

En. Mokhtar bin Isham IPGK Pendidikan Islam, Selangor

Dr. Boon Pong Ying IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

Pn. Jamilah binti Ismail IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Pn. Norijah binti Mohamed IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur

(22)

Jun 2012

22

PANEL PEMURNIAN DAN PENYUNTING

Dr. Noriati binti A.Rashid (Penasihat) Pengarah

Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM

En. Mohd Radzuan bin Hj. Mohamad

Ketua Penolong Pengarah

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM

Dr. Lee Leh Hong

Penolong Pengarah

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM

En. Anuar bin Mohd Zain

Penolong Pengarah

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat PPA, IPGM

Dr. Boon Pong Ying IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

Dr. Munira binti Mohsin IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Hjh. Radziah binti Muhamad IPGK Tun Hussein Onn, Johor

Pn. Teh Kim Hong IPGK Pulau Pinang

References

Related documents

It might be noteworthy to do complementary detection of eplet matching and DSA in lung transplant donors and recipients, to predict the risk of early PGD and acute rejection after

This Work (Schulz, 2007) develops an extension to the CDU operation presented in (Alexandersson & Becker, 2007) for which the CDU algorithm is adapted to deal with

Abstract- In this paper, β*-open sets are used to define β*-US spaces and β* Urysohn spaces into pological spaces and study some of their basic properties.. Keywords-

PROCEEDINGS of the 16th Nordic Conference of Computational Linguistics NODALIDA 2007 Editors Joakim Nivre, Heiki Jaan Kaalep, Kadri Muischnek and Mare Koit University of Tartu Tartu

Splitting solid compounds for the ordi- nary word representation improves results for the newspaper articles and does not make results worse for the medical papers. The results are

The Third International Chinese Language Processing Bakeoff: Word Segmentation and Named Entity Recognition..

Proceedings of the Workshop on Frontiers in Linguistically Annotated Corpora 2006 Proceedings of the Workshop on Frontiers in Linguistically Annotated Corpora 2006, pages 62?69,

For a given representation r (parse trees, word se- quences etc.), and distance measure d, we shall generically take a Question Answering by Dis- tance (QAD) task to be given by a