• No results found

BUMBUNG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "BUMBUNG"

Copied!
11
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

Institut Kemahiran MARA

Sungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME: SLS

SESSION : JUL – DIS 2013 SEMESTER : 1

CODE/COURSE: KCS 1032CONSTRUCTION TECHNOLOGY 1 SHEET NO : LECTURER : NORAIDA WASHIFA BT. AHMAD WEEK : TOPIC : 5.0 ROOF STRUCTURE AND FINISHES SUB-TOPIC : 5.15.2 Introduction of roofTimber roof.

LEARNING OUTCOME :

Di akhir pembelajaran pelajar mesti boleh:

a) Menerangkan tentang kepentingan bumbung untuk bangunan.

b) Menyatakan jenis-jenis bumbung dan kerangka bumbung c) Menghuraikan tentang struktur kerangka bumbung.

CONTENT :

5.0 ROOF STRUCTURES AND FINISHES

(a) (b)

(2)

5.1 Introduction.

Bumbung ialah komponen struktur bangunan yang paling atas. Komponen ini menutup dan melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti hujan dan panas. Bumbung terdiri daripada rangka dan penutup bumbung. Rangka diperbuat daripada kayu, keluli atau komposit. Fungsi rangka bumbung adalah untuk menyokong penutup bumbung. Penutup bumbung pula terdiri daripada konkrit, kepingan zink, aluminium, genting dan poli karbonat.

5.1.1 Prinsip-Prinsip Am Reka Bentuk Bumbung.

Bumbung yang dibina mestilah memenuhi keperluan dan prinsip-prinsip seperti berikut :

a) Perintang Cuaca.

Biasanya bumbung direka dan dibina mencuram. Ia direka sebegitu rupa supaya dapat melindungi bahagian-bahagian bangunan di bawahnya daripada terdedah kepada cuaca seperti hujan, terik matahari, angin dan sebagainya.

b) Kekuatan.

Sesuatu binaan bumbung hendaklah mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menyokong beban sendiri dan beban tindihan daripada penutupnya. Selain daripada itu, faktor-faktor lain seperti tekanan angin dan beban-beban sampingan yang mungkin mendatang hendaklah diambil kira apabila merancang reka bentuk sesuatu binaan bumbung.

c) Ketahanan.

Apabila membina bumbung hendaklah ditentukan binaan itu boleh tahan lama. Rangkanya hendaklah dibina daripada bahan-bahan yang baik dan terjamin supaya boleh digunakan bertahun-tahun tanpa perlu membuat sebarang gantian. Penutup-penutup bumbung juga hendaklah dipilih daripada bahan-bahan yang tahan lasak supaya tidak mudah dirosakkan oleh pencemaran udara.

d) Bahan Penebat.

Keupayaan sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah dikaji apabila mereka bentuk sesuatu bumbung. Ia hendaklah berkeupayaan menahan haba berlebihan daripada menembusi bahagian dalam bangunan. Tetapi sebaliknya ia hendaklah berupaya mengekalkan haba yang normal untuk memberi keselesaan udara di dalam bangunan.

(3)

e) Perintang Api.

Pada sesetengah bumbung terutama sekali bumbung rumah-rumah teres dan rumah-rumah-rumah-rumah berbandung, struktur binaannya hendaklah disertakan dengan langkah-langkah perintang api.

f) Rupa Bentuk.

Jalinan sesuatu reka bentuk bumbung membawa pengaruh yang besar kepada bangunan. Hal ini termasuklah faktor-faktor seperti curam bumbung, jenis penutup yang digunakan dan juga tekstur serta warna bahan penutup bumbung itu.

5.1.2 Jenis – jenis Bumbung.

Pembinaan bumbung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu : a) Bumbung rata.

b) Bumbung curam.

5.1.2.1 Bumbung Rata.

Gambar Foto 5.1 : Bumbung Rata

Bumbung rata ialah bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada 10°. Bumbung jenis ini selalunya sesuai untuk bangunan yang besar seperti kompleks membeli belah, rumah pangsa, sekolah dan lain-lain. Bumbung rata boleh dibina dengan menggunakan kayu, konkrit, logam dan komposit.

Cara pembinaannya hampir sama dengan pembinaan lantai atas. Membran kalis air akan diletakkan pada bahagian atas bumbung rata bagi mengelakkan air daripada meresap masuk ke dalam bumbung. Membran kalis air yang biasa digunakan ialah kepingan fel bitumen.

(4)

Selain berfungsi melindungi bangunan daripada kesan cuaca, bumbung rata juga boleh berfungsi sebagai tempat meletakkan tangki air dan tempat meletakkan kenderaan.

5.1.2.2 Bumbung Curam.

Gambar Foto 5.2 : Bumbung Curam

Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan melebihi 10°. Ia dibina bg memudahkan air hujan mengalir. Bumbung jenis ini sesuai untuk bangunan kecil seperti rumah kediaman, dewan orang ramai, surau dan kedai. Walau bagaimanapun, bumbung curam selalu juga digunakan untuk bangunan yang besar kerana nilai estetikanya yang tinggi. Contoh seperti Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dan Istana Budaya. Bangunan-bangunan ini perlu mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana melambangkan seni bina negara.

Bumbung curam biasanya berbentuk simetri dengan permukaannya mempunyai kecuraman yang sama dan condong ke arah tulang perabung. Bumbung curam didapati dalam berbagai-bagai rekabentuk, antaranya ialah (Rajah 5.0) :

a) Bumbung Tebeng Layar (Gable Roof) b) Bumbung Limas (Hipped Roof) c) Bumbung Gambriel (Gambiel Roof) d) Bumbung Layang (Pitch Roof) e) Bumbung mansard (Mansard Roof)

f) Bumbung Limas Belanda (Dutch Hipped Roof) g) Bumbung Pisang Sesikat (Lean to Roof) h) Bumbung Minangkabau.

(5)

5.1.3 Faktor Pemilihan Bumbung.

Pemilihan jenis bumbung untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa faktor seperti:

Bumbung Tebeng Layar

Melandai Sebelah

Bumbung Rata

Bumbung Pisang Sesikat

Rajah 5.1 : Jenis Bumbung

Bumbung Gabriel

Bumbung Linas

Bumbung Layang

Bumbung Minangkabau

Bumbung Tebeng Layar

Bumbung Limas Belanda

(6)

a) Saiz.

b) Bentuk bangunan. c) Rupa bentuk.

d) Ekonomi.

5.1.3.1 Saiz.

Bumbung curam sesuai dibina pada bangunan kecil seperti rumah kediaman dan sekolah manakala bumbung rata yang kecuramannya tidak lebih daripada 10° sesuai dibina pada bangunan bersaiz besar seperti pusat membeli-belah dan bangunan pejabat.

5.1.3.2 Bentuk bangunan.

Bangunan yang berbentuk ringkas seperti bentuk segi empat sesuai menggunakan bumbung curam. Namun bagi bangunan yang berbentuk kompleks, bumbung rata lebih sesuai digunakan.

5.1.3.3 Nilai Estetika.

Pemilihan jenis bumbung boleh mempengaruhi nilai estetika sesebuah bangunan. Pada kebiasaannya, bumbung curam mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi berbanding bumbung rata. Bangunan-bangunan berprestij seperti Muzium

5.1.3.4 Ekonomi.

Ekonomi merupakan faktor penting dalam pemilihan jenis bumbung. Kos pembinaan dan penyelenggaraan perlu diambilkira dalam pemilihan ini. Bumbung curam biasanya memakan belanja yang lebih mahal pada peringkat pembinaan.

5.1.4 Kerangka Bumbung.

Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa bahagian kayu yang berlainan jenis dan fungsinya.

(7)

menyokong penutup bumbung, beroti dan gulung-gulung ( bagi penutup kepingan berombak seperti asbestos, zink dll)

5.1.4.2 Kasau Limas ( Hipped Rafter )

Ia merentang di antara papan perabung pada bahagian atas dengan tutup tiang di bahagian bawah menyokong persilangan dua landaian limas.

5.1.4.3 Kasau Lurah (Valley)

Kasau ini dipasang dilurah bumbung, tempat pertemuan dua bumbung di bahagian dalamnya.

5.1.4.4 Kasau Pendek ( Jack Rafter )

Kasau pendek ini didapati pada tiga (3) temapat iaitu :

a) Kasau pendek limas – terletak pada tutup tiang di bahagian bawah dan kasau limas di bahagian atas.

b) Kasau pendek lurah – dipasangkan di antara kasau lurah dengan tutup tiang.

c) Kasau cripple – dipasangkan di antara kasau limas dengan kasau lurah.

Rajah 5.2 : Bahagian Kerangka Bumbung

5.1.5 Istilah-istilah Bumbung.

5.1.5.1 Penutup Bumbung ( roof covering )

Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang bertugas sebagai perlindung, penebat dan bahan kalis air. Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah seperti papan cam,

(8)

genting rata, genting lengkung S, barkait panca, kepingan logam, kepingan-kepingan bergelugur dan sebagainya.

5.1.5.2 Rentang ( span )

Rentang bangunan ialah jarak mengufuk yang direntangi oleh kasau antara dua tembok dalam sesuatu binaan bumbung. Larian kasau ialah jarak mengufuk yang dilalui oleh setiap kasau.

5.1.5.3 Naik ( rise )

Naik ialah ukuran pugak yang dikira dari paras plat tembok dengan bahagian yang tertinggi sekali yang dilalui oleh sesuatu kasau.

5.1.5.4 Plat Tembok ( wall plate )

Plat tembok ialah alas yang diperbuat daripada beroti panjang yang diletakkan di atas tembok. Ia berfungsi sebagai tapak untuk memaku kaki-kaki kasau dan pengagih beban ke atas tembok dengan sama rata.

5.1.5.5 Cucur Atap / bumbung ( Eaves )

Cucur atap merupakan bahagian bawah bumbung yang mengunjur disepanjang tepi sebelah luar bangunan.

5.1.5.6 Curam bumbung( pitch )

Curam bumbung merupakan kecerunan atau kecondongan sesuatu binaan bumbung yang diukur dari garis mengufuk. Kecerunan bergantung kepada beberapa pada faktor-faktor seperti jenis penutup bumbung yang akan digunakan, aspek kecantikan , saiz bangunan dan kesesuaian dengan bangunan yang dibina.

5.1.5.7 Lurah Bumbung.

Ini terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan menghasilkan satu sudut luar yang kurang dari 180°. Pada bahagian ini dipasangkan kasau lurah.

5.1.5.8 Garisan Limas.

Garisan limas ialah satu garisan condong yang terjadi apabila dua permukaan bumbung yang mencuram berlainan arah bertemu dan menghasilkan satu sudut luar lebih daripada 180°. Pada bahagian ini, dipasang dengan kasau yang dinamakan kasau limas.

5.1.5.9 Tulang Bumbung/ Perabung ( Ridge Board )

Tulang bumbung atau perabung merupakan sekeping papan atau kayu yang dipasang disepanjang puncak bumbung dimana bahagian atas kasau-kasau betina dipasang. Dengan kewujudan tulang bumbung ini, pemasangan kepala-kepala kasau dapat dilakukan dengan mudah di samping dapat

(9)

5.1.5.10 Kekuda Bumbung ( Roof Truss )

Kekuda bumbung merupakan suatu kerangka bumbung yang siap dipasang terdiri dari sepasang kasau, galang pengikat dan tupang yang dirangkaikan menjadi satu kerangka bumbung yang kukuh.

(10)

EXERCISE :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kejuruteraan pembinaan?

____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. Senaraikan peringkat-peringkat yang terlibat dalam proses pembinaan?

____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. Terangkan peranan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dalam proses

pembinaan ?

____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. Jelaskan perbezaan tugas antara jurutera awam dan jurutera mekanikal

dan elektrikal?

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

REFERENCE:

1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan. 2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan.

3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4

(11)

References

Related documents

(A-C) Immediately after transfection of prostate adenocarcinoma (PC-3) or breast adenocarcinoma cells (Hs578T) with a control siRNA (Scr) or with an siRNA targeting

Sundays are a day for us to spend time nurturing our relationship with God, family, and friends ± as Bishop says they are meant to be “days free of servile work, dedicated

New composers such as Stephen Sondheim and Andrew Lloyd Webber also became extremely popular during this period, as they stretched the realms of the musical

It is difficult to control the fuel quality and there can often be contaminants such as foreign objects, dirt and debris, and leaves and needles. It is important to

Advantec holders have been designed to maximize flow rates and to minimize holder resistance and can be used in either batch or continuous filtration procedures.. Advantages

NPC, nasopharyngeal carcinoma; SYSUCC, Sun Yat-sen University Cancer Center; WHO, World Health Organization; mEBV DNA, plasma concentration of deoxyribonucleic acid of

Proceedings of the 45th Annual Meeting of the Association of Computational Linguistics Proceedings of the 5th Workshop on Important Unresolved Matters, pages 17?24, Prague, Czech

miR 27b mediated suppression of aquaporin 11 expression in hepatocytes reduces HCV genomic RNA levels but not viral titers RESEARCH Open Access miR 27b mediated suppression of aquaporin