• No results found

James Chong Karangan SPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "James Chong Karangan SPM"

Copied!
162
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

INTRODUCTION

I DO NOT CLAIM FOR THE OWNERSHIP

OF ANY OF THESE ESSAYS.

IT IS JUST A COMPILATION I

WORK-HARD TO MAKE DURING MY SPM.

DO NOT HOLD ANY GRUDGES AGAINST

ANYONE. LIVE A HAPPY LIFE.

ENJOY SPM WHILE IT LASTS TOO.

THIS IS DONE WITH GOOD SPIRIT IN

ORDER TO SPECIFICIALLY IMPROVE OR

SHOULD I SAY BOOST THE CONFIDENCE

OF THE STUDENTS’ OF

SFI

TO FACE

SPM.

THE NAME IS THERE TO REMIND

ANYBODY HOLDING THIS POSSESSION

ON THE PERSON WHO CREATED IT.

YES, I JAMES CHONG AM THE CREATOR

OF THIS COMPILATION.

FOR MORE INFO, DON’T FIND ME. YOU

KNOW HOW.

(2)

PERANAN KELUARGA MENANGANI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia isu kebejatan moral dan keruntuhan akhlak para remaja harapan bangsa yang semakin meruncing. Sering terpampang di dada akhbar, berita-berita yang menguris hati melibatkan remaja seperti pergaulan bebas, merokok, melepak dan membuang anak. Masyarakat menuding jari sesama sendiri menyalahkan orang lain. Masakan pokok bergoyang, oleh itu pasti terdapat faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terus membarah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Namun, ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri apabila ada yang ingin menyalahkan remaja yang baru berumur setahun jagung setampuk pinang. Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka, jawapan yang dicari-cari untuk permasalahan ini ialah keluarga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang semakin hari semakin parah ini.

Antara peranan keluarga dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh institusi keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia seyogianya mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku demikian kerana nilai-nilai murni adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang negatifnya. Misalnya , seorang remaja yang berbudi bahasa dan jujur pasti tidak akan merokok kerana kejujurannya dan janjinya terhadap ibu bapa. Dengan sifat amanah, remaja itu pasti tidak akan terikut-ikut dengan anasir negatif kerana berpegang pada amanatnya kepada nusa dan bangsa untuk menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja yang mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan pasti menyedari tanggungjawabnya dalam mendukung dan seterusnya melestarikan Wawasan 2020. Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai-nilai murni merupakan elemen penting dalam diri setiap insan yang wajar dipupuk dari kecil oleh institusi keluarga kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai murni dapat menjadi

benteng ampuh dan utuh sekukuh Tembok Besar China daripada sebarang anasir-anasir luar yang menerjah.

Selain itu, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan teladan yang wajar diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang ayah tidak wajar menegur anaknya yang merokok jika mereka sendiri yang menunjukkan contoh sedemikian. Masakan anaknya mendengar nasihat yang boleh ditujukan semula kepada bapanya. Namun, itulah realitinya, ayah dan anak sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang unggul dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .

Seterusnya, peranan keluarga bagi menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang kian membarah dalam masyarakat ialah memberikan kasih sayang yang secukupnya. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi sehingga mengabaikan tugasnya sebagai pendidik kepada anak-anak mereka yang belum mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Selain itu, mereka menyangka dapat membeli kasih sayang anak-anak dengan material yang mewah seperti Ipad, Iphone, computer riba dan telefon mudah alih yang tidak tergambar kecanggihannya. Anak-anak yang hidup dalam bayang-bayang arus pemodenan yang rancak berlari berasa terabai dan tidak disayangi, lalu mencari alternatif lain yang boleh mengundang bahaya dan derita. Sebagai tamsilan, membuli orang untuk melepaskan geram dan mencari perhatian, rentetan kurangnya kasih sayang yang diperlukan untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar pada era langit terbuka ini. Dengan kasih sayang ibu bapa yang bagaikan menatang minyak yang penuh, hidup remaja akan lebih ceria tanpa mencari alternatif yang lain bagi merawat dan

(3)

menampal lubang-lubang kosong di hati anak-anak. Oleh hal demikian, kasih sayang merupakan eleman yang penting dalam diri anak-anak agar tidak berasa diabaikan dan tidak disayangi, sesungguhnya, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun Yahudi. Ibu bapa tidak sewajarnya membiarkan anak-anak mereka seperti layang-layang terputus talinya. Berdampinglah dan lakukan perubahan bersama-sama dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak yang sentiasa dahagakan perhatian daripada orang tua mereka.

Dalam pada itu, ibu bapa juga berperanan mengawal perilaku anak-anak di samping mengetahui pergaulan anak-anak bersama-sama rakannya. Hal ini demikian kerana rakan merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam diri remaja. Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting. Begitulah yang dapat digambarkan betapa besarnya pengaruh insan yang bernama rakan. Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita berkawan dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik tetapi sebaliknya jika tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ia ke kancah yang hina. Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang setia kawan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mengawal pergaulan anak-anak dengan rakannya kerana menurut seorang cendekiawan, pengaruh rakan sebaya dalam hidup seseorang remaja ialah 90 peratus, suatu angka yang besar dan dominan. Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik daripada merawat kerana mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa bahayanya dadah bukan kepada penagihnya, tetapi kepada orang di sekitarnya.

Selain itu, ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk menangani masalah kebejatan moral dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku demikian kerana agama merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan

nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-anasir jahat. Selain itu, agama adalah perisai yang kuat agar remaja tidak terdengarkan bisikan syaitan durjana. Sesungguhnya, dengan agama akan melahirkan jati diri yang kukuh dan akhlak yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan tidak bermoral. Sebagai contoh, seorang remaja yang mempunyai moral yang tinggi tidak akan tergengaruh dengan panggilan-panggilan ke arah kejahatan kerana keyakinannya yang tinggi terhadap balasan perbuatan yang jahat dan balasan bagi yang berbuat kebaikan. Sesungguhnya, dengan iman yang tinggi dapat dijadikan benteng landaan ombak besar pengaruh Barat yang banyak membawa unsur negatif seperti keganasan, pergaulan bebas, minum arak dan lain-lain. Oleh itu, ibu bapa seyogianya memberikan didikan agama yang sempurna sama ada secara formal ataupun tidak formal seperti menghantar anak mereka ke kelas agama agar tidak terjebak ke dalam kancah yang penuh kemaksiatan.

Peranan keluarga dalam menangani masalah ini juga ialah dari aspek penyediaan persekitaran yang harmonis. Hal ini demikian kerana tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya. Dapatlah diambil iktibar di sini, persekitaran yang selamat atau tidak selamat memberikan impak kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya memilih kawasan perumahan yang selamat daripada masyarakat yang mengambil enteng isu negatif seperti pergaulan bebas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya memilih persekitarannya yang kondusif untuk kepentingan seluruh ahli keluarga.

Natijahnya, semua pihak terutama keluarga memainkan peranan yang signifikan dalam mendepani masalah dalam dunia yang mencabar ini. Semua pihak harus bersatu padu bagai aur dengan tebing agar tidak terhantuk baru tengadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, semua pihak harus menyedari dan membuat anjakan paradigma untuk melahirkan remaja pascamerdeka yang berkualiti ke arah Wawasan 2020. Sasterawan Negara Dato' Dr Usman Awang ada menyebut, kalau ingin hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya berkata-kata tetapi ke hadapan maju sekata, maju bersama. Marilah bersama-sama bergabung tenaga melahirkan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang disegani dan bersahsiah tingg

(4)

Kepentingan Aktivti Berkokurikulum

Berilah aku seratus orang tua,aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang tertangkup. Jika aku diberi sepuluh orang pemuda,aku mampu menggoncangkan dunia". Memetik kata-kata Soekarno,mantan Presiden Indonesia,jelaslah bahawa pemuda-pemudi khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan.Justeru,menyedari akan hakikat sistem pendidikan hari ini tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada negara. Kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar.

Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan

pelajar. Dalam hal ini,para pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti

yang dialami oleh sesetengah remaja.Sebagai bukti,perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan di Amerika Syarikat,membuktikan bahawa 60 peratus kanak-kanak di negara itu menghadapi masalah perut yang gendut kerana kurang

senaman.Bagaimana kegiatan kokurikulum dapat memberikan kecergasan? Hal ini kerana melalui kegiatan kokurikulum yang dijalankan,pelajar memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal. Sebagai contoh,aktiviti merentas desa dan ekspidisi mendaki gunung boleh meningkatkan daya tahan dan stamina pelajar.Dalam masa yang sama juga,peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang.Di samping itu,daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit juga meningkat.Oleh itu,berbekalkan tubuh badan yang sihat,mereka akan dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,bak kata pepatah "otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas".Oleh itu,jelas

bahawa kegiatan kokurikulum mampu menjamin kesihatan serta mencerdaskan otak pelajar sekali gus membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Seterusnya,kegiatan kokurikulum telah dijadikan salah satu syarat untuk

melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.Hal ini kerana KPM telah

mengambil langkah drastik dengan menetapkan sepuluh peratus daripada syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi melalui penglibatan dan pencapaian yang baik dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Menurut Dato' Hishamuddin Tun Hussin,Menteri Pelajaran Malaysia dalam Berita Harian 21 Jun 2006,keputusan tersebut bertujuan untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam pelbagai bidang.Berdasarkan keputusan itu,para pelajar diwajibkan

menyertai pelbagai badan kokurikulum yang terdapat di sekolah.Dalam hal ini juga,segelintir pelajar yang aktif akan diberi jaminan dan kemudahan untuk memohon dan mendapatkan sesuatu pekerjaan.Oleh itu, para pelajar tidak lagi boleh memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kerana berkemungkinan akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran sekali gus mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran.

Selain itu,pelajar dapat memenuhi masa senggang dengan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini kerana dengan menyertai pelbagai kegiatan kokurikulum penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.Dalam masa yang sama juga,pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang dan sentiasa berpegang kepada kata-kata bahawa masa itu emas.Sebagai contoh,sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam.Mereka akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar,di samping mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing dengan peserta perkhemahan yang lain.Dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang berfaedah remaja akan kurang berhadapan dengan eisiko dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat timue seperti budaya

'punk',hedonisme,vandalisme dan lain-lain lagi.Pada masa yang sama,pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup sekiranya masa yang terluang diuruskan secara efektif dan efisien.Justeru,remaja akan lebih bersikap positif dan cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada diri,keluarga dan masyarakat sekeliling.

Seterusnya,kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin

hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal

ini kerana melalui sesuatu aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan.Mereka akan bergaul mesra dan mengenali pelajar-prlajar

(5)

lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para pelajar juga berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan ini perpaduan dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat majmuk yang harmoni tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.Di samping itu,aktiviti kokurikulum juga merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari pelajar supaya menjadi insan yang kamil dan soleh.Melalui aktiviti berpasukan,nilai-nilai murni seperti bekerjasama hormat-menghormati,kesopanan dan sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama,mereka juga diterbiah untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Secara tidak langsung,mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna seperti peribahasa Melayu,sambil menyelam minum air.

Selain itu,mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran para pelajar bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.Sebagai contoh,atlit-atlit negara seperti Nicol David,Shalin Zulkifli dan Lim Keng Liat dicungkil dan digilap melaui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Bermula dengan bakat yang semakin terserlah kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.Oleh itu,untuk membolehkan negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan,maka lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.Hari ini,kita tidak harus terus bergantung kepada atlet veteran sahaja yang semakin menuju ke kemuncak kerjaya mereka. Sebailiknya sebagai persediaan banyak usaha harus dilakukan supaya bakat-bakat pelajar yang berpotensi dapat dicungkil dan dikembangkan.

(6)

Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang

Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang mencakar langit telah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjanakan pembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata, “Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang.” Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu merancangkan tindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis, anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebung”. Banyak

membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan pujian kepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, “Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.” Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik.

Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya pengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020.

Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan negara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.

Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita memiliki badan yang sihat dan cergas. Pihak sekolah perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjaga kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan Jasmani di sekolah perlu dititikberatkan. Kementerian Pelajaran telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Hal ini merupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuk

semangat kental dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita.

Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, “Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda.” Justeru itu, guru sebagai penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, “bumi mana tidak ditimpa hujan”, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.

(7)

AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT PENTING DALAM

MENGHADAPI KRISIS EKONOMI HARI INI. BERIKAN PENDAPAT

ANDA TENTANG PERANAN KELUARGA DALAM MEMUPUK AMALAN

BERJIMAT CERMAT.

Semua pihak telah maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir bagi masyarakat dunia ekoran kesuraman ekonomi. . Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dan kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sebagai contohnya, peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi dan menjadikan suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu bagai cacing kepanasan. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, Cina dan yang terkini ialah Thailand dan Vietnam amat menakutkan kita. Namun begitu, rakyat Malaysia masih boleh menarik nafas lega kerana negara kita tidak begitu teruk terjejas. Sungguhpun demikian, langkah awal perlu diambil agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anggotanya.

Prakasa perdana yang boleh untuk memupuk budaya berjimat cermat terpikul pada bahu ibu bapa. Hal ini demikian kerana pendidikan awal kanak-kanak bermula di rumah. Rumah merupakan institusi pertama yang bertanggungjawab menyemai budaya ini lantaran melentur buluh mestilah dari rebungnya. Orang-orang tua pernah berkata, jika hendak mendidikan asas berjimat cermat dalam segala perkara, tempat paling baik

ialah dari dalam ceruk dapur sendiri kemudian barulah boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain yang berkaitan. Pengajaran ini dapat kita terjemahkan sebagai usaha yang perlu dilakukan oleh setiap seisi rumah berhubung urusan perbelanjaan harian seperti makan minum, dan penyediaan perkara-perkara asas rumah tangga. Kita tidak perlu meniru jiran tetangga dalam soal mengatur perbelanjaan kerana sikap meniru gajah berak besar, maka kancil pun hendak berak besar juga, akan menjerut leher sendiri. Dengan kata lainnya, perbelanjaan seisi rumah perlulah mengikut kemampuan diri seperti kata pepatah, mengukur baju di badan sendiri. Tegasnya, penghuni rumah yang bijak merancang perbelanjaan dan berjimat cermat tidak akan berdepan dengan masalah kewangan tegal.

Prakasa seterusnya ialah para ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana dan merancang perbelanjaan mengikut kemampuan. Hal ini demikian kerana ibu bapa umpama menteri dan timbalan kewangan rumah tangga kerana segala perbelanjaan bergantung kepada kebijaksanaan mereka mengendalikannya. Jika mereka bersikap boros dan tunduk kepada kehendak nafsu nescaya sikap mereka akan menjadi ikutan kepada anak-anak seperti kata peribahasa air perabung akan menitis melalui cucur atap. Oleh itu, sebagai ibu bapa perlu berhemah dalam berbelanja semoga anak-anak akan mengikut jejal langkah baik mereka kerana ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi. Lantaran itu, sebagai ketua rumah tangga mereka perlu mendominasikan amalan hidup bersederhana sebagai jalan keluar untuk berjimat sekali gus menyahut seruan Islam agar berbelanja berlandaskan akal bukannya nafsu yang serakah.

(8)

Prakasa selanjutnya ialah para ibu bapa perlu bijak merancang masa depan secara bijaksana. Sebagai contohnya mereka boleh mengamalkan budaya menabung. Pada masa yang sama mereka boleh menggalakkan anak-anak mereka mengikut jejak langkah mereka tambahan pula amalan ini boleh membantu mereka pada saat kecemasan. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan. Hal ini juga merupakan strategi untuk bertindak sebelum datang sesuatu bencana atau musibah seperti yang pernah diingatkan peribahasa beringat sementara belum kena, berjimat sementara belum habis. Sebagai contohnya, jika berlaku saat kecemasan seperti kematian, bencana alam, atau lain-lain musibah, wang yang disimpan boleh digunakan tanpa meminta bantuan daripada pihak ketiga. Di sini, membuktikan bahawa kebijaksanaan merancang masa menjamin kemantapan ekonomi, keselesaan hidup dan kebahagiaan rumah tangga.

Seterusnya, para ibu bapa perlu bertindak menyediakan pelan bertindak bajet untuk saraan keluarga. Jika sekiranya mereka menyusun bajet dengan teliti dan mematuhinya, saya yakin mereka tidak akan berdepan dengan masalah kewangan. Perbelanjaan hanyalah ditumpukan kepada urusan-urusan yang lebih penting sahaja kerana orang yang bijak menyusun perbelanjaan umpama berjalan di lantai yang licin. Sebaliknya jika perancangan tidak disusun dengan rapi, perbelanjaan kemungkinan akan melebihi bajet yang ada kelak yang merana diri sendiri bak kata peribahasa; hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai. Sebagai contohnya, para ibu bapa dan seluruh anggota keluarga mesti merancang setiap perbelanjaan sebelum gaji diterima untuk mengelakkan lebihan belanjawan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan akhirnya diri sendiri terjerat dengan hutang akibat penggunaan kad kredit secara membabi buta. Lebih malang lagi jika mereka berani berhutang dengan "along" hanya kerana terlalu mengejar kemewahan material, akhirnya diri dan keluarga hidup sensara

bagai nyawa di hujung pedang. Tegasnya, keluarga yang bijak menyediakan bajet akan terhindar daripada pembaziran sekali gus mengamalkan budaya perbelanjaan berhemah.

Prakasa terakhir yang perlu dilakukan oleh keluarga dalam usaha mengamalkan budaya berjimat cermat ialah menggunakanhemah dan akal pada saat wang banyak di saku dan jangan sesekali biarkan diri dikuasai nafsu yang menggila. Dengan kata lainnya, mereka perlu memiliki daya pertimbangan yang berasaskan minda bukannya membuat keputusan berdasarkan keinginan dan tuntunan nafsu. Hal ini demikian untuk mengelakkan sikap suka berlumba-lumba dengan jiran tetangga atau sahabat handai. Keadaan ini memang wujud dalam masyarakat kita, di sebabkan perasaan ingin bersaing dan ingin dipandang tinggi, mereka sanggup berbelanja besar tanpa mengukur di baju sendiri. Akhirnya mereka juga yang ditimpa kesusahan kerana dikejar oleh si pemberi hutang atau “along”. Lintah-lintah darat ini sentiasa mencari mangsanya yang tidak hemah berbelanja kerana inilah peluang untuk mereka menangguk di air keruh. Tegasnya, keluarga yang hemah dalam perbelanjaan akan hidup senang tanpa bebanan hutang umpama seni kata lagu Fauziah Latif, setenang air di tasik madu.

Secara tuntasnya, seluruh keluarga di negara ini diseru agar mengamalkan budaya berjimat cermat dengan berpegang kepada falsafah bahawa, “Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada berapakah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?”. Falsafah ini bertujuan mengingat dan melatih diri dengan budaya positif sekali gus mengelakkan daripada berhadapan dengan bankrup atau gulung tikar. Darah setampuk pinang, umur setahun jagung telah menyebabkan ramai pengusaha-pengusaha baru dalam bidang

(9)

perniagaan terpaksa gulung tikar kerana gagal mengawal perbelanjaan berhemah. Begitu juga dengan penjawat awam yang berharap kepada pendapatan makan gaji, baru setengah bulan wang di kocek sudah kering kerana gagal mengamalkan prinsip berjimat cermat. Sesungguhnya, kebijaksanaan menguruskan kewangan keluarga merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga dan keharmonian negara.

(10)

TAJUK: MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?.

Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat

direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama pada musim perayaan, sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam, masyarakat India, masyarakat Cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

(11)

Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat.

Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat” dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata “ jiran sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

(12)

Tugasan : Cara untuk mengekalkan keharmonian

masyarakat berbilang kaum

Marcapada ini, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Namun begitu, apakah prakarsa-prakarsa yang harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara kita?

Prakasa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansurdan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya, sikap

individu memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.

Di samping itu, pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi kaum India . Sikap ini berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam diri pelajar seterus akan terus bercambah dengan subur apabila mereka memasuki alam dewasa. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak kata peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

Amalan masyarakat itu juga salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Amalan masyarakat yang baik dapat mengamankan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti. Sebagai contoh, pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan

(13)

pengamalan sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan, sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum, seperti yang diperjelas dalam peribahasa ke lurah sama dituruni, ke gunung sama didaki.

Di samping itu, media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan antara masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini demikian kerana, media massa merupakan satu mekanisma atau alat sebaran am yang dapat menyampaikan maklumat atau berita kepada orang ramai dengan cepat dan dalam masa yang singkat. Sikap mudah terpengaruh dengan media massa seperti radio atau televisyen merupakan senario yang biasa kita lihat pada hari ini. Dengan tersiarnya iklan-iklan atau cerita-cerita yang bertemakan perpaduan dan keharmonian, semangat cinta akan keamanan akan terus tersemat di dada semua rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, cerita dan iklan seperti filem “Papadom” dan iklan TM yang memaparkan persahabatan antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Seandainya, media massa tidak memainkan peranan mereka sebagai alat sebaran am terpantas, sudah pasti keharmonian dan kemakmuran masyarakat sukar dikekalkan dalam anggota masyarakat di negara kita. Jelaslah bahawa media massa merupakan mekanisma penghubung antara masyarakat dalam mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Hal ini demikian kerana negara kita mengamalkan amalan demokrasi dan diperintah oleh sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Gagasan “1

Malaysia” yang sentiasa berubah bergantung kepada sesuatu peristiwa yang penting telah membawa kepada satu transformasi yang drastik dalam mengekalkan keharmonian negara. Setiap rakyat haruslah sanggup berjuang berkorban dan bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan, keamanan dan cara hidup tanpa mengira kaum. Sebagai contoh sempena Hari Kemerdekaan ke-54 tahun 2011, pengasas cogan kata “1 Malaysia”, Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Datuk Seri Mohd Najib B. Abd Razak telah menjadikan tema “1 Malaysia” kepada tema ‘transformasi berjaya,rakyat sejahtera’. Seandainya kerajaan memainkan peranan dengan betul, jujur dan amanah sudah pasti kesejahteraan hidup bermasyarakat dalam pelbagai kaum dapat dikekalkan. Tegaslah bahawa kerajaan merupakan satu pihak yang memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini,masyarakat haruslah berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta kerjasama antara sekolah,media massa dan kerajaan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dan bulan pembentukan Malaysia, marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadi lebih patriotik,berikrar untuk memberi sumbangan penuh beerti kepada masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara kerana sesungguhnya ‘Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat’.

(14)

FENOMENA MASALAH JALANAN DAN IMPAKNYA KEPADA

NEGARA BANGSA

.

Masalah samseng jalanan di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Masalah ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi hamparan majalah dan dada-dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan telah didedahkan oleh pihak media berhubung samseng jalanan yang dilakukan oleh golongan remaja, namun semua ini akhirnya berlalu begitu sahaja bagaikan angin lalu. Fenomena ini telah lama bersarang dalam kehidupan remaja dan telah memberikan satu persepsi negative kepada negara tentang kealpaan masyarakat untuk mendidik, mengasuh, dan membimbing generasi muda yang semakin hilang hala tujunya, bagaikan layang-layang yang putus tali. Hal ini demikian perlu segera ditangani agar tidak terus bermaharajalela dan meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan visi kudsi Wawasan 2020.

Jenayah-jenayah yang ditimbulkan oleh masalah samseng jalanan ialah merosakkan harta benda milikan awam dan mengancam keselamatan masyarakat setempat. Samseng jalanan biasanya mereka akan mewujudkan satu kumpulan dalam melakukan aktiviti negatif mereka. Mereka suka menimbulkan kekacauan di sesuatu kawasan dengan merosakkan harta benda dan kemudahan awam yang disediakan bagi memudahkan masyarakat setempat. Kekacauan yang ditimbulkan akan menyusahkan kehidupan masyarakat menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan dan perbuatan samseng jalanan juga mengancam keselamatan masyarakat setempat. Kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membaiki pulihnya. Perbuatan samseng jalanan hanya setakat mencari keseronokan

dan menunjukkan kehebatan mereka sahaja tetapi mereka tidak terfikir tentang nasib buruk yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Selain itu, kegiatan jenayah yang ditimbulkan oleh samseng jalanan juga dapat diperlihatkan melalui kegiatan mengutip wang perlindungan daripada peniaga-peniaga dan orang ramai. Sekiranya mereka yang diminta membayar wang perlindungan tidak membayar tepat pada masanya, maka mereka akan dikacau, diberi amaran malah juga dipukul oleh kumpulan samseng jalanan tersebut. Perbuatan samseng jalanan akan mengganggu perniagaan dan kehidupan seseorang sekiranya mereka tidak mampu membayar wang perlindungan tersebut. Sekiranya peniaga-peniaga tidak mampu membayar maka samseng jalanan tersebut akan mengugat keselamatan mereka dengan mengecat perkataan menggunakan cat merah di dinding kedai mereka. Hal ini akan menjejaskan perniagaan mereka serta meletakkan nyawa mereka di pintu neraka disebabkan takut dengan ancaman daripada samseng jalanan tersebut.

Di samping itu, perebutan kawasan jajahan juga wujud dalam kegiatan jenayah yang dilakukan oleh samseng jalanan. Kumpulan samseng jalanan suka memiliki dan merebut kawasan jajahan dengan kumpulan samseng jalanan lain bagi menunjukkan kehebatan mereka agar mereka ditakuti dan disanjungi oleh kumpulan lain. Biasanya, perebutan kawasan jajahan akan mencetuskan keadaan pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya. Kegiatan tersebut dikatakan mengancam keselamatan masyarakat setempat dan meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Perebutan kawasan oleh samseng jalanan juga akan memusnahkan harta benda disebabkan mereka ingin menakluki kawasan baru dan berlaku pergaduhan antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan sesebuah kawasan tidak aman didiami dan dianggap sebagai kawasan zon merah

(15)

kerana tidak selamat dalam anggapan orang ramai disebabkan oleh perbuatan samseng jalanan yang mengancam keselamatan masyarakat.

Oleh itu, siapakah yang harus dipersalah dalam hal ini? Persoalan mengapakah dan bagaimanakah tentulah tidak mudah untuk dijawab. Jadi, masyarakat haruslah berganding bahu dan memainkan peranan yang penting untuk membendung kejadian jenayah. Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari pada sesiapa. Oleh hal yang demikian, institusi keluarga haruslah memainkan peranan yang penting bagi menangani senario ini. Ibu bapa haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah bersama-sama anak untuk mendengar masalah dan menyedarkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa mestilah melengkapkan remaja hari ini dengan didikan agama yang secukupnya dan sempurna sejak dari kecil lagi. Hal ini boleh diumpamakan seperti ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Di samping itu, kempen-kempen kesedaran dan program berfaedah juga haruslah dijalankan oleh kerajaan bagi mengelakkan peningkatan kes jenayah yang semakin meruncing. Usaha-usaha ini akan membina motivasi dan membentuk sahsiah yang mementingkan cara hidup yang lebih bererti. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan Program Rakan Muda melibatkan golongan remaja dalam aktiviti yang sihat. Mudah-mudahan melalui program ini, sedikit sebanyak kita dapat mencorak keperibadian seseorang remaja memandangkan tingkah laku generasi hari ini amat mengecewakan. Oleh itu kempen seumpama ini haruslah giat dijalankan kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak dan harapan negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan ‘ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.

Media massa juga dapat memainkan peranan dalam usaha membanteras masalah jenayah yang semakin meruncing di negara kita. Media massa sepatutnya menapis segala rancangan televisyen dan bahan cetak sebelum disiarkan. Misalnya Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlulah memainkan peranan penting dengan menapis adegan-adegan ganas yang boleh mempengaruhi minda remaja. Sebaliknya, media massa haruslah menayangkan filem-filem yang mempunyai nilai-nilai ketimuran dan berunsur pendidikan yang boleh mendidik para remaja. Selain itu, program bercorak keagamaan juga harus dititikberatkan. Oleh hal yang demikian, undang-undang harus dikuatkuasakan bagi mengawal ‘kebanjiran maklumat’ yang bersifat negatif ini kerana boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan negara kita.

Sebagai konklusinya, remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri daripada terus dibayangi oleh ‘jenayah’. Natijah daripada senario ini ialah kita messti mengamalkan sikap aur dengan tebing yakni mengamalkan bekerjasama yang erat, dan persefahaman dalam menentukan kecerahan dan kegelapan masa depan negara. Ingatlah remaja yang bakal memimpin negara ini merupakan tonggak dan harapan negara bagi mencorakkan haluan negara demi menzahirkan Wawasan 2020.

(16)

Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh

kerajaan

untuk

melahirkan

masyarakat

yang

mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Bincangkan usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat

yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Muktahir ini, Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Gaya hidup sihat merangkumi aspek fizikal, mental dan rohaniah. Namun begitu, masyarakat Malaysia hari ini masih kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Mengikut kajian, kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap sakit jantung, manakala 19% daripada jumlah penduduk Malaysia diklasifikasikan sebagai obes. Saban hari, kita juga sering mendengar berita tentang gejala sosial seperti kes pembunuhan, kes rogol atau kes ragut beg tangan terpapar di dada akhbar. Hal ini jelas menunjukkan masyarakat Malaysia masih kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Persoalanyang tidak lekang daripada bibir masyarakat ialah apakah usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?

Antara usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah menggalakkan orang ramai untuk bersukan atau beriadah. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chek sendiri mengakui kepentingan sukan untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan bersukan, kita dapat meningkatkan kesihatan diri kita dari aspek fizikal. Menurut laporan satu kajian, sekiranya seseorang itu bersenam selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu, seseorang itu dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik seperti penyakit hipertensi, sakit jantung atau penyakit tekanan darah tinggi. Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan juga dapat meningkatkan ketumpatan biojisim tulang dan mengurangkan risiko golongan wanita menghidapi penyakit osterioporosis apabila tua kelak.

Di samping itu, amalan bersukan juga menjadikan otot kardium atau otot jantung lebih kuat dan memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar. Amalan bersukan juga dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung atau strok kerana kolestrol yang berlebihan akan digunakan untuk menjana tenaga semasa bersukan dan mengelakkan kolestrol tersebut daripada terenap di saluran darah dan menghalang darah mengalir dengan lancar. Menurut majalah “Reader’s Digest”, amalan bersukan juga dapat membantu mengatasi masalah kegendutan. Seseorang itu akan dikategorikan sebagai gendut sekiranya dia mempunyai jisim yang melebihi jisim yang sepatutnya untuk ketinggian sebanyak 20%. selain itu, pimpinan negara turut sedar akan kepentingan amalan bersukan telah turun padang untuk mengetuai orang ramai dalam aktiviti senam erobik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bersukan memang dapat membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Dalam pada itu, amalan pemakanan yang betul dan seimbang juga dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap hidangan yang lengkap harus terdiri daripada karbohidrat, protein, lipid, serabut, vitamin, garam mineral dan air. Makanan yang mengandungi lipid dan kolestrol harus merangkumi hanya 5% daripada satu hidangan lengkap. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita dan memastikan metabolism badan berjalan secara lancar. Protein pula akan membantu badan kita membina sel dan tisu badan yang baru. Vitamin dan garam mineral merupakan nutrien yang tidak membawa sebarang nilai tenaga tetapi penting untuk mengekalkan fungsi badan yang optimum. Misalnya, vitamin D penting bagi membantu penyerapan ion kalsium dan ion fosferus serta membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta sihat, manakala garam mineral ferum penting untuk membentuk hemoglobin yang diperlukan untuk pengangkutan oksigen dalam proses respirasi.

Selain itu, serabut yang diperoleh daripada sayur-sayuran penting untuk memastikan proses penyejatan berlaku dengan lancar dan masalah

(17)

sembelit dan penyakit kolon dapat dielakkan. Badan kita terdiri daripada 75% air. Oleh itu, air merupakan suatu komponen penting dalam badan dan seseorang itu seharusnya meminum sebanyak dua liter air sehari. Air berfungsi sebagai medium untuk tindak balas biokimia dalam badan serta membantu mengekalkan suhu badan pada suhu 31darjah selsius., iaitu suhu yang optimum untuk enzim badan. Amalan pemakanan yang betul juga termasuk mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam atau kandungan gula yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan seseorang itu menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi, manakala kandungan gula yang tinggi akan mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit kencing manis atau penyakit diabetis melitus, iaitu keadaan apabila hati seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan glukosa menjadi glikogen. Oleh itu, amalan pemakanan yang betul akan membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu harus menghindari amalan merokok atau meminum arak. Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap hisapan rokok boleh memendekkan tempoh hayat seseorang itu sebanyak lima saat. Setiap batang rokok pula mengandungi kira-kira 4000 jenis racun, termasuklah prestisid, nikotin, formaldehid dan insektisid. Bahan-bahan kimia sedemikian yang disedut ke dalam badan seseorang perokok akan mengakibatkan mutasi sel berlaku. Seseorang perokok besar kemungkinan akan menghidapi penyakit kanser. Paru-paru seseorang perokok akan mengalami pembahagian sel secara tidak terkawal sehingga mengakibatkan seseorang itu menghidap kanser peparu. Trakea seseorang perokok pula akan melecur dan mengakibatkan kesakitan yang kronik.

Apabila menyedari hakikat tersebut, pihak kerajaan telah melancarkan kempen “Tak Nak! terhadap rokok kerana setiap sedutan akan membawa padah!”. Kempen ini bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kesan negatif merokok sekali gus menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan menghindari amalan tersebut.

begitu juga jika seseorang itu meminum arak secara berlebihan, mereka akan mengalami gangguan emosi dan kehilangan keupayaan untuk berfikir secara logik dan rasional. Selain itu, seseorang yang kerap meminum arak juga akan merosakkan hatinya dan kehilangan keseimbangan badan. Kerap kali, seseorang yang mabuk akan memandu dan seterusnya mengakibatkan nahas jalan raya berlaku. Untuk menggalakkan orang ramai supaya menghindari amalan negatif sebegitu, pihak kerajaan telah mengenakan peningkatan duti eksais untuk rokok dan arak dalam Belanjawan 2005. Jelas sekali, bahawa amalan tidak merokok dan tidak meminum arak, juga merupakan gaya hidup sihat.

Di samping itu, untuk mengamalkan gaya hidup sihat dari segi mental dan rohaniah, seseorang itu harus mempunyai didikan agama atau moral sejak kecil lagi bak kata pepatah, “Melentur buluh,biarlah daripada rebungnya.” Dengan menyemai nilai-nilai murni, seseorang itu pasti akan bersikap bertanggungjawab dan menjauhi gejala sosial seperti merompak, merogol atau membunuh. Selain itu, seseorang itu juga harus bergaul dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh positif dan menjauhi rakan ‘celaka’ yang akan mengakibatkan seseorang itu terjebak ke dalam kancah maksiat. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak serta bersikap prihatin terhadap anak-anak untuk memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang kondusif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sebagai natijahnya, untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya berusaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat pasti akan dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, lalu impian untuk mewujudkan negara Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat Satu Malaysia menjadi realiti. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

(18)

Keluarga

memainkan

peranan

penting

dalam

mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan

anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan

pendapat anda tentang peranan keluarga dalam

pembentukan sahsiah anak-anak.

Dalam era globalisasi, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur negatif daripada media massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka

tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun

(19)

anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak

mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama

menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia.

(20)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEGIATAN JENAYAH

DALAM KALANGAN REMAJA

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Mungkinkah ini salah satu cara pergaulan remaja sekarang? Walaupun pelbagai andaian dibuat berhubung gejala jenayah dalam kalangan remaja, namun senario ini perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa, dikhuatiri kudis kecil akan merebak menjadi barah yang sukar diubati. Justeru, tindakan proaktif perlu diambil oleh pihak berwajib dengan kerjasama masyarakat untuk mengekang gejala agar tidak menjadi wabak kepada negara bangsa.

Usaha yang paling efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam kalangan remaja di negara ini, bermula daripada didikan awal ibu bapa. Iman Al-Ghazali pernah bersabda, “mendidik anak-anak ibarat menanam biji benih. Ia perlu di baja dan disiram setiap hari dengan pebuh kasih sayang agar biji benih tersebut akan membesar dan membuahkan hasil”. Hal ini membuktikan bahawa kebijaksanaan ibu mendidik anak-anak pada usia muda akan menghalang mereka dari terjerumus dalam kebejatan sosial. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mendidik dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi penekanan kepada pendidikan agama sejak ubun-ubun mereka masih lembut agar mereka faham setiap perkara yang dilakukan sama ada salah

atau betul. Janganlah sesudah nasi menjadi bubur, barulah ibu bapa mahu bertindak, kelak dibimbangi akan mengeruhkan lagi keadaan. Seterusnya, ibu bapa tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada pembantu rumah. Tegasnya, ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak dan remaja supaya mereka menganggap ibu bapa merupakan penaung yang paling selamat untuk mereka berlindung dan dan tempat terbaik untuk berkongsi masalah.

Selain ini, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah dalam kalangan remaja ialah peranan pihak berkuasa untuk mewujudkan konsep pekan dan bandar selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam proses mewujudkan konsep pekan dan bandar selamat. Antara langkah tersebut adalah dengan mewujudkan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, polis di zon-zon panas agar kawasan tersebut dapat dihalang daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, dan ragut. Pengawalan yang rapi daripada pasukan-pasukan tersebut, dapat menakutkan remaja yang ingin melakukan jenayah. Pemasangan kamera-kamera litar tertutup di kawasan yang berpotensi adalah perlu sebagai langkah berjaga-jaga. Tambahan pula, medium ini dapat menjadi bahan bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep pekan dan bandar selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah untuk a melakukan aktivitinya di kawas-wasan tersebut. Dengan cara ini, pekan dan bandar berada dalam keadaan selamat, sekali gus mampu mencegah kegiatan jenayah dalam kalangan remaja.

References

Related documents

Kiore may be capable of killing both adult and juvenile storm petrels, but predation of adult Table 2: Lizard density in the Mokohinau Group, November 1973 (A.H... McCALLUM:

Specifically, we investigate the impact that lexicons at varying levels of lexical item precision and recall have on the perfor- mance of pre-existing broad-coverage pre-

The results obtained from elemental, UV and FTIR Spectra analysis showed that MSW composting with microbial inoculation and cow dung addition leads to

Applying the strong nominalization affinity heuristic to these PPs resulted in an increase of for PP attachment accuracy in the test corpus to 75.8% and an overall increase in

While it seems reasonable to infer that his college classmates and friends in graduate school are very likely to be interested in IT gadgets based on the fact that the user

In this parametric evaluation system Soil texture, soil depth, soil type, drainage density and slope which are measurable or estimable, it is advantageous to use these values to

The minimum spanning subgraph is created from the connected graph considering the calculated pdf between two nodes as the edge weights in case the link having minimum

[r]