• No results found

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Share "PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA"

Copied!
103
0
0

Loading.... (view fulltext now)

Full text

(1)

ASSALAMMU’ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan negara bangsa yang mulia dan berdaya saing. Bagi merealisasikan wadah dan cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri, maka antara cabaran besar yang menjadi tonggak Wawasan 2020 ialah “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” Atas kesedaran dan keinsafan bahawa integriti merupakan prasyarat dan landasan yang kukuh untuk sesebuah negara mencapai kemajuan dan mempertingkat daya saing, maka usaha dan gerakan pemantapan nilai-nilai murni, etika dan integriti menjadi fokus dan keutamaan negara. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dan dilaksanakan oleh pelbagai sektor masyarakat. Institut Integriti Malaysia (IIM) pula ditubuhkan sebagai penggerak, penyelaras dan pemantau kepada usaha ini. Setelah hampir lima tahun pelaksanaan PIN dan lima sasaran keutamaan dalam fasa pertama (2004-2008) yang dikenali sebagai TEKAD 2008, penilaian dan semakan semula terhadap pelaksanaannya dilakukan. Laporan TEKAD 2008 ini dibentangkan kepada umum bagi meneliti sejauh mana usaha dan pencapaian negara mempertingkatkan nilai, etika dan integriti berhasil. Input dan maklum balas pelbagai sektor dan pihak berkepentingan (stakeholders) diperoleh dan dinilai. Di samping itu, penentuan hala tuju bagi fasa kedua dan seterusnya digariskan untuk dilaksanakan.

Cadangan-cadangan penambahbaikan yang disyorkan adalah juga berlandaskan kepada pandangan dan kajian yang telah dijalankan. Bagi pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan Institut Integriti Malaysia, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersama-sama menjayakan gerakan pembudayaan integriti masyarakat Malaysia. Banyak kejayaan yang telah diperoleh, namun masih banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi. Ruang dan peluang penambahbaikan sentiasa ada di hadapan kita. Dengan kerjasama lebih bersistematik, terancang, bersepadu dan berterusan, adalah diyakini bahawa usaha murni kita bersama ke arah membudayakan integriti masyarakat seluruhnya akan menjadi realiti.

TAN SRI MOHD. SIDEK HAJI HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA PENGERUSI IIM

PERUTUSAN PENGERUSI

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

(2)

ASSALAMMU’ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

elan Integriti Nasional dilancarkan dengan objektif khusus bagi meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sektor negara dan masyarakat terhadap integriti. Agenda ini bertujuan menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara, di samping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi.

nisiatif penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM), merupakan komitmen kepimpinan negara, khususnya Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Agenda penting ini menyerap prinsip dan falsafah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Faktor kemanusiaan, modal insan dan jati diri individu merupakan nadi penggerak kemajuan dan pembangunan.

egara telah menyaksikan pelbagai isu yang mencabar keutuhan institusi kekeluargaan, komuniti, sistem pentadbiran dan pengurusan dan kualiti hidup serta persekitaran. Kadar jenayah yang meningkat, etika dan nilai murni yang semakin terhakis serta gejala rasuah yang jika tidak dibendung lebih awal akan menjadi krisis nilai dalam masyarakat. Ini semua kelak berupaya merosakkan pelbagai sistem kerukunan dan kesejahteraan masyarakat.

Justeru itu, sasaran fasa pertama Pelan Integriti Nasional yang dikenali sebagai TEKAD 2008 adalah mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan berkesan; memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dan mengatasi karenah birokrasi; meningkatkan tadbir-urus korporat dan etika perniagaan; memantapkan institusi keluarga dan komuniti, dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat menjadi agenda keutamaan Kerajaan dan negara ke arah membudayakan integriti masyarakat. Laporan TEKAD 2008 menilai sejauh mana pelaksanaan dan pencapaian gerakan pembudayaan integriti dalam fasa pertama. Selain itu, penambahbaikan dan hala tuju bagi pelaksanaan bagi fasa seterusnya digariskan agar semua sektor masyarakat menggembleng usaha dan tenaga bagi menjayakannya. Semua usaha ini memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan berkesan yang dapat mengkoordinasi segala tindakan secara bersepadu dan menjurus ke arah pencapaian matlamat keseluruhan PIN. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama melaksanakan Pelan Integriti Nasional.

Sekalung budi dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PIN dan memberi maklum balas dalam penyediaan laporan ini.

DATUK DR. MOHD TAP BIN SALLEH PRESIDEN IIM ii

(3)

Kandungan

PERUTUSAN PENGERUSI IIM

i

KATA-KATA ALUAN PRESIDEN IIM

ii

LAPORAN TEKAD 2008 - MUKADDIMAH

1

MENGURANGKAN GEJALA RASUAH, RASUAH,

SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN

SECARA BERKESAN

PENDAHULUAN

8

DEFINISI RASUAH

8

INSTITUSI

10

PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

10

PETUNJUK PRESTASI

10

IMPLIKASI GEJALA RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA

12

GEJALA RASUAH DI MALAYSIA TAHUN 2000 – 2008

13

GERAKAN PENCEGAHAN RASUAH DI MALAYSIA

15

CABARAN

20

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

21

KESIMPULAN

23

(4)

MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM SISTEM

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM DAN

MENGATASI KARENAH BIROKRASI

PENDAHULUAN

26

DEFINISI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

26

INSTITUSI

26

PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

27

PETUNJUK PRESTASI

27

USAHA PENAMBAHBAIKAN

32

CABARAN

37

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

38

KESIMPULAN

38

MENINGKATKAN TADBIR URUS NIAGA KORPORAT

DAN ETIKA PERNIAGAAN

PENDAHULUAN

44

DEFINISI TADBIR URUS NIAGA KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN

44

PETUNJUK PRESTASI

45

PENILAIAN SEMASA TADBIR URUS KORPORAT

45

CABARAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

50

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TADBIR URUS KORPORAT

51

PENILAIAN SEMASA PERNIAGAAN BERETIKA (BUSINESS ETHICS)

51

CABARAN MEMPERKUKUH ETIKA PERNIAGAAN

57

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ETIKA PERNIAGAAN

57

PENILAIAN SEMASA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

57

CABARAN PENEKANAN KEPADA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

61

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

62

KESIMPULAN

63

(5)

MEMANTAPKAN INSTITUSI KELUARGA

DAN KOMUNITI

PENDAHULUAN

66

DEFINISI KELUARGA DAN KOMUNITI

66

INSTITUSI

66

PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 66

PETUNJUK PRESTASI

67

SENARIO KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI 2000 – 2008

67

CABARAN

74

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

74

KESIMPULAN

75

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN

KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

PENDAHULUAN

78

DEFINISI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

78

INSTITUSI

78

PERUNTUKAN DAN PENGUAT KUSAAN UNDANG-UNDANG

78

PETUNJUK PRESTASI

78

SENARIO KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MAYSARAKAT

TAHUN 2000 – 2008

79

CABARAN

85

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

85

KESIMPULAN

86

HALA TUJU AGENDA INTEGRITI NASIONAL

GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI

96

CABARAN

96

HALA TUJU AGENDA INTEGRITI NASIONAL

97

PELAKSANAAN TEKAD INTEGRITI

99

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN

99

KESIMPULAN

(6)

Jadual dan rajah

MENGURANGKAN GEJALA RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN

PENYELEWENGAN SECARA BERKESAN

JADUAL 1 : KEDUDUKAN MALAYSIA BERDASARKAN INDEKS PERSEPSI

RASUAH OLEH TRANSPARENCY INTERNATIONAL

12

JADUAL 2 : NILAI WANG DIBAWA KELUAR AKIBAT RASUAH

13

RAJAH 1

: STATISTIK AKTIVITI SIASATAN DAN PENDAKWAAN

OLEH SPRM TAHUN 2000 – 2008

14

RAJAH 2

: SKOR PERSEPSI TAHAP RASUAH

16

RAJAH 3

: IMPAK PENYELEWENGAN KEPADA MASA DAN

KOS PIHAK PENGGUNA

18

RAJAH 4

: SYARIKAT YANG MEMPUNYAI GARIS PANDUAN ETIKA

DAN PROGRAM PEMATUHAN MELAPORKAN JENAYAH

18

RAJAH 5

: SIAPA YANG LEBIH DIPERCAYAI OLEH RAKYAT MALAYSIA

19

MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM

DAN MENGATASI KARENAH BIROKRASI

RAJAH 6

: BILANGAN ADUAN DITERIMA DAN DISELESAIKAN

27

RAJAH 7

: PELBAGAI SALURAN ADUAN AWAM

28

RAJAH 8

: ADUAN PERKHIDMATAN KAUNTER YANG TIDAK MEMUASKAN

28

JADUAL 3 : SKOR KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM

29

RAJAH 9

: BILANGAN PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

TAHUN 2001 – 2007

30

RAJAH 10 : PERANGKAAN RASUAH MELIBATKAN PENJAWAT AWAM

30

JADUAL 4 : PEMAHAMAN PENJAWAT AWAM TENTANG RASUAH

31

JADUAL 5 : PENARAFAN BINTANG KEMENTERIAN 2007 – 2008

33

JADUAL 6 : INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2007

34

JADUAL 7 : KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM KEMUDAHAN

MENJALANKAN PERNIAGAAN

34

(7)

RAJAH 11 : PRESTASI OSC 2007 – 2008

36

JADUAL 8 : PENDAFTARAN PERNIAGAAN

36

JADUAL 9 : KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM EMPAT BIDANG TERPILIH

39

MENINGKATKAN TADBIR URUS NIAGA KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN

JADUAL 10 : STRATEGI, OBJEKTIF, METODOLOGI DAN TERMA RUJUKAN

46

JADUAL 11 : PENGIKTIRAFAN BADAN-BADAN PENANDA ARAS

ANTARABANGSA KEPADA INSTITUSI EKONOMI NEGARA

48

RAJAH 12 : PERATUSAN PEMATUHAN SYARIKAT ERDAFTAR SSM

49

RAJAH 13 : BILANGAN KES TUNTUTAN TRIBUNAL PENGGUNA

52

RAJAH 14 : BILANGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS PENIAGA

52

JADUAL 12 : TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP SALAH LAKU PENIAGA

53

RAJAH 15 : BILANGAN PEMERIKSAAN PERMIS PERNIAGAAN

54

JADUAL 13 : PENAMBAHBAIKAN PELESENAN DAN PERMIT

55

JADUAL 14 : PETUNJUK PRESTASI ETIKA PERNIAGAAN TAHUN 2007 – 2008 56

RAJAH 16 : KERANGKA KERJA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

KORPORAT UNTUK SYARIKAT AWAM TERSENARAI

58

RAJAH 17 : LAPORAN KAJIAN CSR BURSA MALAYSIA 2007

59

RAJAH 18 : TREN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DI MALAYSIA

59

JADUAL 15 : PENERIMA ANUGERAH CSR PERDANA MENTERI 2007

60

JADUAL 16 : PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL

KORPORAT DI MALAYSIA TAHUN 2007

61

JADUAL 17 : PENAMBAHBAIKAN PELESENAN DAN PERMIT

63

(8)

MEMANTAPKAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

RAJAH 19 : PETUNJUK KERAPUHAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

68

RAJAH 20 : PENGANIAAN KANAK – KANAK

70

RAJAH 21 : KES SUMBANG MAHRAM

71

RAJAH 22 : BILANGAN PENGHUNI RUMAH ORANG TUA

72

RAJAH 23 : BILANGAN KAWASAN RUKUN TETANGGA

73

JADUAL 18 : SKOR BAGI BEBERAPA ITEM BERKAITAN KEJIRANAN DARI

TAHUN 2006 HINGGA 2007

73

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

RAJAH 24 : KES JENAYAH 2000 – 2008

79

RAJAH 25 : PETUNJUK MASALAH BERTKAITAN DADAH 2000-2008

78

RAJAH 26 : KES SALAHLAKU PELAJAR 2006-2007

80

RAJAH 27 : PERBANDINGAN KEMALANGAN DAN KEMATIAN 2000-2008

81

RAJAH 28 : PETUNJUK JANGKA HAYAT 2000-2007

82

JADUAL 19 : INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

84

RAJAH 29 : INDEKS KUALITI UDARA 2000-2007

84

RAJAH 30 : STATUS KUALITI AIR 2000-2007

85

(9)

muka surat

LAPORAN

TEKAD

(10)

PENDAHULUAN

“Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang sebagai sebuah negara membangun dan sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia

Pelancaran PIN 23 April 2004

LATAR BELAKANG

2. Pada tahun 2002, Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu pada bulan Mac 2003. Berikutan itu, Mesyuarat JKKMKPK telah memutuskan supaya suatu gerakan lebih menyeluruh digubal dan dilaksanakan bagi mempertingkatkan dan membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat.

3. Tanggal 5 November 2003 merupakan detik sejarah negara apabila Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang baru mengangkat sumpah pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima, telah mengisytiharkan bahawa Kerajaan akan menggubal dan melancarkan Pelan Integriti Nasional dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia. Azam digenggam, iltizam direalisasikan dan pelan integriti yang holistik dihasilkan. Pada 23 April 2004, Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Perdana Menteri dan Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. Setelah itu, 5 November setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Integriti Nasional.

AGENDA INTEGRITI NASIONAL

Sasaran Keutamaan – TEKAD 2008

4. Pelan Integriti Nasional (PIN) berusaha menjayakan agenda membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh. Objektif ini selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” Lima sasaran keutamaan bagi fasa pertama pelaksanaan PIN (tahun 2004-2008) ialah:

i. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem

penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;

iii. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

iv. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan

v. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Faktor Menjejaskan Integriti

5. Pelaksanaan dan kejayaan agenda integriti nasional digerakkan dengan sebaik mungkin oleh pelbagai sektor dan institusi masyarakat. Walau bagaimanapun, faktor-faktor menjejaskan integriti masyarakat perlu ditangani segera. PIN mengetengahkan lima cabaran yang boleh menghalang pelaksanaan agenda ini.

(11)

Model Pemantapan Integriti dan Institusi

6. Bagi melaksanakan agenda integriti ini, PIN menggariskan lapan sektor dan institusi masyarakat yang perlu memainkan peranan penting. Bermula dengan institusi keluarga sebagai unit paling asas, keluarga, komuniti, masyarakat sivil, pentadbiran, ekonomi, sosiobudaya, agama dan politik. Semua lapan institusi ini bersalingkait sebagai pelaksana dan sasaran pengukuhan integriti berdasarkan Pelan Integriti Nasional.

Pelan Integriti Nasional

(PIN) berusaha

menjayakan agenda

membudayakan integriti

masyarakat Malaysia

secara menyeluruh

BUDAYA

Budaya masyarakat yang kurang menitiberatkan integriti:

• takut membuat laporan kerana bimbang tindakan balas

• sikap tidak ambil peduli • enggan melaporkan kesalahan yang dilakukan pihak lain • ‘angguk’ dan ‘ampu’

STRUKTUR DAN INSTITUSI

STRUKTUR

• Struktur tidak kemas dan kurang fokus • Matlamat tidak jelas dan munasabah

• Struktur lapuk, tidak sesuai dengan tuntutan dan cabaran baru

INSTITUSI

• Pertindihan skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi • Kurang koordinasi

• Pertentangan matlamat antara institusi menyebabkan penyebaran nilai-nilai yang bertentangan - krisis nilai

KEPIMPINAN

Kepimpinan kurang berteladan, lemah iltizam

Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan

Cakap tak serupa bikin

INDIVIDU

Kelemahan Individu • kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni • etika kerja lemah • tamak

• tidak nampak kelemahan sendiri

Tekanan hidup

SISTEM & PROSEDUR

Kurang ketelusan

Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan

Kurang penguatkuasaan

Penguatkuasaan berpilih

Kurang pemantauan dan penilaian

Keupayaan sumber manusia dan material yang terhad

Kerangka undang-undang lapuk dan percanggahan dalam undang-undang

KEMEROSOTAN

INTEGRITI

(12)

Objektif dan Strategi

7. Objektif dan strategi pelaksanaan setiap institusi telah digariskan dengan jelas seperti di Objektif dan Strategi Pelan Tindakan. Dalam pelan tindakan agenda integriti ini, PIN telah menetapkan program dan aktiviti, matlamat, kumpulan sasaran dan agensi pelaksana. Ini semua menjadi kekuatan kepada pelaksanaan agenda integriti secara menyeluruh dan dinamik. Jika diperhatikan objektif dan strategi pelan tindakan pelaksanaan PIN, gerakan pembudayaan integriti ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Semua ini jika dilaksanakan dengan kesedaran, komitmen yang tinggi dan keikhlasan semua pihak, adalah diyakini pembentukan masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral, etika dan integritinya menjadi realiti.

PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN

8. Integriti adalah faktor pengekalan dan kestabilan negara dan pembentukan tadbir urus

yang baik. Jaminan kejayaan untuk pemantapan integriti hanya boleh dicapai melalui perlaksanaan secara menyeluruh. Setiap agensi yang terlibat dipertanggungjawabkan dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam komponen yang telah diputuskan. Bermula dengan keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosio-budaya, agama, dan seterusnya ekonomi, politik dan pentadbiran yang menjadi teras pelaksanaan strategi Pelan Integriti Nasional.

Pelaksanaan Program dan Aktiviti.

9. Secara strategiknya IIM berperanan menggerakkan, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti agenda integriti bersama pelbagai sektor masyarakat. Aspek kesedaran, pendidikan dan latihan, kajian, serta kerjasama dengan pelbagai organisasi dijalankan. IIM juga bertindak sebagai perunding dalam penggubalan pelan integriti dan pelaksanaan agenda integriti di pelbagai sektor. Dalam laporan

MASYARAKAT SIVIL KELUARGA KOMUNITI POLITIK EKONOMI AGAMA SOSIOBUDAYA PENTADBIRAN

NEGARA & MASYARAKAT

PELAN INTEGRITI NASIONAL & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

(13)

STRATEGI PELAKSANAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL

PELAN INTEGRITI NASIONAL

GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI

AGENDA INTEGRITI

PENDEKATAN & STRATEGI PELAKSANAAN

PELAN TINDAKAN

Masyarakat

Sivil BudayaSosio

Keluarga Komuniti Agama Ekonomi Politik Pentadbiran

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

ini dibentangkan secara ringkas pelbagai bentuk program dan kerjasama yang dijalankan antara IIM dengan pelbagai sektor dan pihak yang berkepentingan (stakeholders).

Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

10. Bagi menentukan pelaksanaan agenda integriti dijalankan mencapai objektif dan matlamatnya, pengukuran dan petunjuk prestasi ditentukan. Indikator-indikator sedia ada, penandaarasan atau berdasarkan kajian tertentu yang bersesuaian digunakan sebagai pengukur ini. IIM sendiri menjalankan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) bermula pada tahun 2006 sebagai kajian rintis dan seterusnya kajian IPIN tahun 2007. Penilaian TEKAD 2008 dan petunjuk prestasi merupakan pendekatan bagi menilai semula keberkesanan setiap strategi dan program yang telah dibentuk dan dilaksanakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN

HALA TUJU

11. Laporan TEKAD 2008 ini di akhiri dengan cadangan penambahbaikan pelaksanaan agenda integriti sebagai suatu hala tuju atau langkah kehadapan (way forward) yang perlu dilaksanakan bersama bagi menjayakan pelaksanaan agenda integriti nasional dalam fasa kedua dan seterusnya secara lebih sistematik dan berfokus.

(14)
(15)

Mengurangkan

Gejala Rasuah, Salah

Guna Kuasa dan

Penyelewengan Secara

Berkesan

(16)

PENDAHULUAN

Seorang cendekiawan Malaysia pernah mengatakan bahawa integriti nasional mempunyai kaitan yang cukup dekat dengan masalah rasuah berbanding gejala dan krisis moral yang lain. Rasuah berupaya menjadi penyumbang utama kepada krisis nilai sesebuah masyarakat. Rasuah juga boleh mengakibatkan runtuhnya sistem perundangan, pentadbiran dan pemerintahan. Malahan rasuah juga boleh meruntuhkan sebuah ketamadunan. Justeru itu, menyedari implikasi buruk akibat rasuah, di samping keazaman tinggi untuk memerangi dan membasmi rasuah, maka gerakan secara holistik membudayakan integriti masyarakat Malaysia dilaksanakan. Selain itu, gerakan membanteras gejala rasuah dipergiatkan secara lebih sistematik, bersepadu dan berterusan.

2. Faktor atau punca perlakuan rasuah adalah pelbagai. Kenyataan ini bermaksud bahawa tiada suatu faktor khusus mengapa seseorang itu terbabit dalam salah laku rasuah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa. Ada pihak yang mendakwa faktor ekonomi seperti tekanan dan kesempitan hidup serta pendapatan yang kecil menjadi punca. Ada yang mengatakan kerana kelemahan sistem penyeliaan dan kawalan dalaman di tempat kerja atau organisasi. Namun begitu, banyak kajian mengesahkan bahawa sikap tamak haloba dan mengejar kemewahan tanpa mengira pelanggaran undang-undang dan peraturan menjadi punca utama. Keadaan ini ditambah pula dengan wujudnya ruang dan peluang bagi mereka melakukan kesalahan tersebut. Dalam kajian yang dijalankan oleh IIM mengenai ‘Kesan Beban Hutang Ke Atas Kecenderungan Penjawat Awam Menerima Suapan’, adalah didapati bahawa punca utama penjawat awam cenderung menerima suapan adalah kerana terlalu banyak beban hutang (73.9%).

3. Manakala itu, implikasi buruk gejala rasuah juga adalah jelas dan memberi ancaman yang nyata. Justeru itu, sasaran pertama PIN adalah bagi mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan. Matlamat akhir yang diharapkan ialah agar gejala rasuah ini diperangi dan dibanteras sebaik mungkin bagi mewujud dan mempertingkatkan daya saing negara. Ke arah itu, penggemblengan tenaga semua pihak diperlukan bagi memastikan strategi, pendekatan dan pelaksanaan memerangi gejala rasuah ini berjaya.

4. Sebagaimana telah diperjelaskan di awal laporan ini, Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia tahun 2002 telah menjadi titik tolak kepada penggubalan PIN dan tertubuhnya IIM. Kajian ini merupakan penyelidikan yang pertama dijalankan secara menyeluruh mengenai persepsi awam terhadap gejala rasuah di Malaysia. Dapatan kajian persepsi ini di samping kajian persepsi tahap rasuah yang dikeluarkan melalui Corruption Perceptions Index (CPI) oleh

Transparency International (TI) dan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) yang dijalankan oleh IIM yang memasukkan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia sebagai salah satu komponen Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional, memperlihatkan persepsi mengenai gejala rasuah di Malaysia yang tidak menyenangkan.

DEFINISI RASUAH

5. P.G. Osborne memberi definisi sogokan

dan rasuah atau ‘bribery and corruption’ sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward”. Manakala Jeremy Pope, dalam buku

Transparency International (TI) Source Book 2000,

mendefinisikan ‘corruption’ sebagai “the misuse

MENGURANGKAN GEJALA RASUAH,

SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN

SECARA BERKESAN

(17)

of entrusted power for private benefit’. Profesor Syed Hussein Alatas mengatakan “corruption is essentially the abuse of trust in the interest of personal and private gain.”

6. Pengertian istilah rasuah tidak terhad kepada pemberian atau penerimaan sesuatu bentuk suapan semata-mata. Perlakuan rasuah turut merangkumi penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pemalsuan. Di bawah Akta Pencegah Rasuah, 1961 (Disemak 1971), yang merupakan Akta pertama mengenai rasuah yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia, dan kemudiannya digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997, tidak wujud takrifan atau tafsiran yang khusus tentang

definisi rasuah. Walau bagaimana pun, dalam

Akta tersebut ada memberikan tafsiran mengenai ‘suapan’ (gratification) yang menjadi subjek kesalahan jenayah rasuah.

7. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009 dan memansuhkan Akta Pencegahan Rasuah 1997,

juga tidak ada menetapkan suatu definisi khusus

mengenai istilah ‘rasuah’. Namun begitu, Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1970 di bawah seksyen 2(2) mentafsirkan istilah “perbuatan rasuah” dalam kalangan pegawai awam sebagai:

“Apa-apa perbuatan oleh mana-mana Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya untuk faedah kewangannya atau untuk apa-apa faedahnya yang lain”.

8. Dalam konteks perundangan, rasuah ditafsirkan di mahkamah sebagai “melakukan sesuatu tindakan walhal mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah salah, dan dilakukan dengan perasaan serta niat yang jahat” (PP lwn Dato’ Harun Idris (1977) 1 MLJ 15).

Rasuah juga boleh didefinisikan sebagai “sengaja

melakukan sesuatu tindakan yang ditegah oleh undang-undang.” Berasaskan Kajian IPIN 2006-2007, adalah didapati bahawa masih terdapat anggota perkhidmatan awam yang kurang jelas

mengenai definisi atau isu rasuah. Misalnya

mengenai kurang kefahaman isu penerimaan hadiah dan percanggahan kepentingan (conflict of interest).

Takrifan ‘Suapan’ - Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

“Suapan”

ertinya-a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

d) apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f).

(18)

INSTITUSI

9. Kerajaan Malaysia mempunyai azam yang tinggi untuk membanteras jenayah rasuah dalam semua sektor. Untuk itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan semenjak tahun 1967 lagi. Komitmen yang tinggi dan berterusan ini diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009, yang telah mengubah struktur dan pendekatan pencegahan rasuah di Malaysia. Dengan kuasa penyiasatan lebih luas, kuasa-kuasa perundangan, bilangan keanggotaan dan peruntukan yang ditambah, penubuhan SPRM telah memberi persepsi yang lebih baik terhadap SPRM khususnya, dan kerajaan serta negara amnya. Ini diakui oleh kepimpinan agensi-agensi pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa semasa menyaksikan pelancaran rasmi SPRM pada 24 Februari 2009.

10. Walaupun SPRM merupakan institusi utama pencegahan jenayah rasuah, namun begitu, tugas menangani dan memerangi rasuah merupakan tanggung jawab semua pihak. Institusi dan organisasi lain seperti masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, institusi politik, pihak media, institusi keagamaan, malahan sistem pendidikan negara turut memainkan peranan penting dalam usaha memerangi jenayah rasuah. Justeru, sokongan dan pengiktirafan kepada usaha masyarakat sivil dan NGO, yang juga bertindak sebagai pemantau (watchdog) ke arah mempertingkatkan ketelusan, akauntabiliti, etika dan integriti, di samping memerangi gejala rasuah perlu mendapat sokongan semua pihak.

PERUNTUKAN DAN

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

11. Bagi memerangi jenayah rasuah, undang-undang digubal dan diwartakan. Di Malaysia, bagi melaksanakan fungsi pencegahan rasuah berdasarkan undang-undang secara berkesan, SPRM diperuntukkan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai Akta induk. Di samping itu Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Kanun Keseksaan, Akta Keterangan, Akta Polis 1967, Akta Kastam

1967, khususnya di bawah seksyen 137, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah (MACMA) 2002 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) juga menjadi peruntukan undang-undang yang berkaitan yang dikuatkuasakan. 12. Dalam aspek pentadbiran, peraturan-peraturan dan arahan-arahan pentadbiran dalam pelbagai bentuk seperti pekeliling, garis panduan dan arahan-arahan tertentu dikeluarkan. Kod etika dan pelan tindakan bagi menangani masalah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diperkenalkan. Manakala itu, jawatankuasa atau pasukan petugas khas turut dibentuk sama ada secara berstruktur atau secara ad-hoc bagi tujuan ini. Pelbagai program dan aktiviti yang dilakukan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung, bertujuan membanteras gejala rasuah dan mempertingkat nilai-nilai murni dan mulia masyarakat secara umumnya.

PETUNJUK PRESTASI

13. Tiada suatu pengukuran yang mutlak atau muktamad yang dapat menentukan tahap atau kedudukan sebenar gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam sesebuah institusi, organisasi, atau yang berlaku dalam sesebuah negara. Statistik atau perangkaan mengenai kes-kes rasuah yang berlaku hanya dapat memberikan petunjuk atas data-data tertentu. Lantaran itu, gejala rasuah banyak diukur berdasarkan pengukuran persepsi mengenai tahap atau gejala rasuah yang berlaku.

14. Bagi menentukan objektif dan strategi pelaksanaan membanteras jenayah rasuah dilakukan dengan berkesan di Malaysia, Pelan Integriti Nasional telah menggariskan beberapa pengukuran prestasi pencapaian pelaksanaan TEKAD 1 PIN. Pengukuran dibuat menggunakan tanda aras dalam negeri dan tanda aras yang diguna pakai di peringkat antarabangsa. Petunjuk prestasi ini kemudiannya ditambah baik berdasarkan pemerhatian dan perakuan oleh pelbagai sektor. Indikator atau petunjuk bagi pengukuran tahap gejala rasuah dan usaha pencegahannya merangkumi:

(19)

14.1 Ukuran Dalam Negeri

i. Data dan kejayaan pendekatan dan langkah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara dalam menyiasat, mendakwa dan menyelesaikan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; ii. Kajian-kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh institusi atau pihak yang berkaitan, misalnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti TI Malaysia; iii. Komponen penting pengukuran indeks rasuah di Malaysia ialah Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) yang dijalankan oleh IIM dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia. Sub-indeks mengenai Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menjadi indeks komposit kepada IPIN; dan iv. Perangkaan-perangkaan lain yang diperoleh

dari statistik aduan mengenai isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dari Biro Pengaduan Awam, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain.

14.2 Ukuran Di Peringkat Antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, terdapat beberapa pengukuran indeks jenayah rasuah digunakan. Walau bagaimanapun, bagi tujuan laporan ini, tidak semua pengukuran di bawah ini diperjelaskan. Antara pengukuran digunakan di peringkat antarabangsa ialah:

i. Corruption Perceptions Index (CPI), Bribe Payers Index (BPI) dan Global Corruption Barometer (GCB) yang dikeluarkan oleh

Transparency International (TI);

ii. Political Economic Risk Consultancy (PERC);

iii. Governance Indicators dan Corporate Corruption and Ethics Indices oleh World Bank; dan

iv. Global Integrity Index (GII) yang merupakan indeks tahunan bagi menilai kewujudan,

keberkesanan, dan mekanisme yang digunakan oleh sesebuah kerajaan atau negara. GII tidak mengukur rasuah sebagai suatu ‘barah’, sebaliknya sebagai satu ‘penawar’ atau ‘ubat’ yang digunakan bagi membentuk akauntabiliti dan ketelusan.

Komponen penting

pengukuran indeks

rasuah di Malaysia ialah

Kajian Indeks Persepsi

Integriti Nasional (IPIN)

yang dijalankan oleh

IIM dengan kerjasama

Jabatan Perangkaan

Malaysia

15. Selain dari indeks di atas, beberapa kajian atau laporan mengenai isu rasuah turut diambil kira dalam penyediaan laporan ini di mana yang berkaitan. Antaranya ialah kajian yang dijalankan secara berkala oleh PriceWaterHouseCoopers (PwC) melalui Global Economic Crime Survey

merangkumi isu rasuah dalam aspek ekonomi. Kajian terkini yang telah diumumkan oleh PwC

ialah The 4th Biennial Global Economic Crime Survey 2007.

16. Dalam menentukan usaha memerangi dan mengurangkan gejala rasuah mencapai kejayaan yang dihasratkan, semasa PIN digubal, petunjuk prestasi bagi mengurangkan gejala rasuah ditetapkan dengan sasaran bagi menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia berdasarkan CPI tahun 2003, meningkat kepada sekurang-kurangnya 6.5 mata menjelang tahun 2008. Berdasarkan kaedah pengiraan indeks CPI, 10 ialah skor terbaik manakala 1 adalah skor terburuk. Tiada formula tertentu yang disandarkan dalam menentukan sasaran skor 6.5 mata itu. Setelah kira-kira lima tahun semenjak PIN dilancarkan dan pelbagai pendekatan serta usaha dilakukan oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan di Malaysia bagi memerangi gejala rasuah, namun begitu

(20)

skor CPI yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008, Malaysia hanya memperoleh sebanyak 5.1 mata sahaja. Jadual di bawah adalah kedudukan Malaysia berdasarkan CPI bagi tahun 2000 hingga tahun 2008.

17. Jika ditelitikan pencapaian negara berdasarkan CPI, tidak banyak berlaku kenaikan atau penurunan yang ketara. Skor tertinggi pernah diperoleh adalah 5.32 pada tahun 1996, manakala yang terendah ialah 4.8 dalam tahun 2000. Secara umumnya, skor yang dihasilkan melalui CPI adalah berdasarkan kumpulan data yang diperoleh bagi tiga tahun. Adalah juga didapati, walaupun Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai strategi dan pendekatan bagi memperkukuh integriti, termasuk memerangi jenayah rasuah, khususnya melalui Pelan Integriti Nasional dan penubuhan IIM, namun ini tidak membantu dalam memperbaiki skor CPI. 18. Terdapat pelbagai pandangan mengenai CPI yang dikeluarkan oleh TI. Banyak negara yang masih mempertikaikan metodologi kajian dan indeks yang dihasilkan. Selain itu, penjelasan yang dibuat oleh Frederick Galtung dalam penulisannya bertajuk Measuring the Immeasurable: Boundaries and Functions of (Macro) Corruption Indices

memberikan sudut pandang negatif terhadap CPI. Namun begitu, apa yang pasti, walau pun disedari bahawa terdapat kelemahan dalam metodologi CPI, indeks ini masih diguna pakai oleh banyak negara dan institusi di peringkat antarabangsa sebagai salah satu pengukur gejala rasuah sesebuah negara. Apa yang baiknya, CPI merangsang

perdebatan dan menjana pelbagai program untuk memerangi gejala rasuah.

19. Bagi memastikan mekanisme pengukuran yang lebih baik untuk mengukur integriti, IIM dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN). Sebagaimana dijelaskan di awal laporan ini, kajian ini adalah lebih komprehensif dan merangkumi aspek integriti yang lebih luas dan berdasarkan sudut pandang masyarakat Malaysia sendiri. Dapatan kajian berkaitan indeks rasuah melalui kajian IPIN akan dibincangkan dalam laporan Tekad 1 PIN ini.

IMPLIKASI GEJALA RASUAH,

PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA

KUASA

20. Rasuah mengakibatkan implikasi yang sangat buruk kepada sosiobudaya, ekonomi dan politik sesebuah negara. Rasuah boleh mempengaruhi dasar pembangunan yang menyebabkan keputusan untuk pelaburan dan pembangunan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat. Ketidakadilan sosial (social injustice) mengakibatkan keresahan sosial (social unrest). Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan tertindas kerana tidak mampu memberi rasuah. Keadaan ini mengakibatkan

hak-hak mereka sebagai warganegara dinafikan.

Sebaliknya, mereka yang kaya dan berpengaruh Jadual 1

Kedudukan Malaysia Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International Tahun 2000 – 2008

Tahun Bilangan Negara Dikaji Kedudukan Mata

2000 90 36 4.80 2001 91 36 5.00 2002 102 33 4.90 2003 133 37 5.20 2004 146 39 5.00 2005 159 39 5.10 2006 163 44 5.00 2007 180 43 5.10 2008 180 47 5.10

(21)

akan mendapat keistimewaan kerana harta dan kuasa mereka.

21. Implikasi gejala rasuah terhadap ekonomi juga adalah nyata. Rasuah mempengaruhi kadar dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semakin tinggi kadar rasuah, semakin kurang kadar pelaburan yang diterima.

22. Rasuah mengakibatkan pengaliran keluar modal. Wang yang diperoleh secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar negara dan sukar dikesan. Sementara itu, Dieter Frisch, bekas Ketua Pengarah (Pembangunan) Suruhanjaya Eropah pernah mengatakan, antara 10 hingga 20 peratus kenaikan harga barangan disebabkan rasuah. Selain itu, kajian kesan rasuah terhadap perolehan kerajaan di beberapa buah Negara Asia menunjukkan kerajaan negara berkenaan terpaksa membayar antara 20 hingga

100 peratus harga lebih tinggi ke atas barangan yang dibekalkan dari harga yang sepatutnya. 23. Bagi melihat lebih jelas mengenai implikasi buruk rasuah, Wall Street Journal dalam tahun 1986 ada melaporkan pengaliran wang yang berlaku akibat gejala rasuah seperti di Jadual 2. 24. Rasuah juga mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda sebagaimana juga rasuah berupaya mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

SENARIO GEJALA RASUAH DI

MALAYSIA TAHUN 2000 - 2008

25. Jika diteliti perangkaan-perangkaan jenayah rasuah daripada sumber yang diperoleh dari BPR (SPRM sekarang ini), antaranya mengenai bilangan maklumat diterima, siasatan dijalankan, tangkapan dan pertuduhan serta sabitan terhadap pesalah jenayah rasuah antara tahun 2000 hingga 2008, adalah didapati secara umumnya, perangkaan ini meningkat. Berikut adalah beberapa perangkaan mengenai isu rasuah di Malaysia yang memerlukan perhatian dan tindakan

26. Bilangan MaklumatRajah 1 menunjukkan bilangan maklumat, yang terima oleh BPR dari pelbagai sumber antara tahun 2000 hingga 2008. Ada maklumat diterima daripada pengadu atau pemberi maklumat, dari risikan atau siasatan BPR “Corruption is strongly negatively associated

with the investment rate and that one standard deviation improvement in the corruption index will translate into an increase of 2.9% GDP in the investment rate and a 1.3% rate increase in the annual per capita rate of GDP growth.”

Paolo Mauro, IMF Economist

Jadual 2

Nilai Wang Dibawa Keluar Akibat Rasuah

Negara Nilai Wang Dibawa Keluar

Mexico US$56 billion

Argentina US$26 billion Malaysia dan Korea Selatan US$12 billion Brazil, India dan Nigeria US$12 billion Filipina US$ 9 billion Indonesia US$ 5 billion

(22)

sendiri, maklumat yang dirujuk oleh jabatan atau agensi kerajaan kepada BPR, dari media cetak dan elektronik, atau dari laporan-laporan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan seperti Laporan Ketua Audit Negara.

27. Siasatan Dijalankan - Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, dari tahun 2000 hingga 2008, sebanyak 9,978 siasatan terbuka dijalankan oleh BPR. Jika dibandingkan dengan jumlah maklumat yang diterima dalam tempoh yang sama, sebanyak 99,769 maklumat atau aduan yang diterima oleh BPR. Ini bermakna daripada keseluruhan maklumat diterima, hanya 10 peratus sahaja siasatan dihasilkan dan dijalankan. Daripada 9,978 siasatan dijalankan, sebanyak 4,101 (41%) tangkapan dilakukan.

28. Bilangan Tangkapan - Jika dianalisis lebih terperinci, tangkapan kes-kes jenayah rasuah antara tahun 2000 hingga 2004 menunjukkan adanya

penurunan dan kenaikan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2005 hingga 2008, jumlah tangkapan menunjukkan peningkatan yang ketara dan berterusan. Berdasarkan Rajah 1, perbandingan bagi tempoh empat tahun iaitu antara tahun 2000 hingga 2003 dan 2004 hingga 2007, adalah didapati berlaku peningkatan tangkapan sebanyak 35 peratus. Sementara itu, jumlah tangkapan kes rasuah tahun 2008 merupakan tangkapan tertinggi pernah direkodkan oleh BPR semenjak ditubuhkan pada tahun 1967. Walau bagaimanapun, terdapat juga tangkapan yang dibuat dalam tahun semasa adalah berdasarkan kes-kes yang telah disiasat dalam tahun-tahun sebelumnya.

29. Bilangan Pertuduhan – Dari 99,769 maklumat atau laporan diterima dan 9,978 siasatan dijalankan, 4,101 tangkapan telah dibuat antara tahun 2000 hingga 2008. Sebanyak 1,717 pertuduhan dikenakan terhadap pesalah kes rasuah. Jika dibandingkan jumlah pertuduhan

10736 9039 8298 9719 11413 11292 11061 12407 15804 Tahun Bilangan Kes 699 663 1063 1058 982 1441 1317 1365 1390 430 318 290 339 497 485 546 591 605 160 115 200 175 178 205 254 222 208 117 60 60 50 53 81 103 70 74 0 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600 5000 10000 15000 20000 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 Bilangan Maklumat Rajah 1:

Statistik Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan oleh SPRM Tahun 2000 - 2008

Sumber: SPRM

(23)

dengan bilangan tangkapan hanyalah 42 peratus sahaja. Keadaan ini adalah dijangka kerana tidak semua kes siasatan oleh BPR berakhir dengan tangkapan, dan tidak semua kes yang melibatkan tangkapan akan berakhir dengan pertuduhan. Manakala itu ada juga tangkapan kes rasuah yang melibatkan lebih dari sekali tangkapan dan lebih dari satu pertuduhan dikenakan terhadap pesalah. Bagi kes-kes yang melibatkan pegawai kerajaan, sekiranya kes berkenaan tidak dituduh di mahkamah kerana tidak cukup bukti, BPR boleh mengemukakan fakta-fakta kes kepada ketua jabatan dengan syor agar tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.

30. Bilangan Sabitan – Daripada sejumlah 1,717 pertuduhan kes rasuah yang dijalankan antara tahun 2000 hingga tahun 2008, sebanyak 668 sabitan kes-kes jenayah rasuah telah dihasilkan di mahkamah. Rajah 1 menunjukkan perangkaan pertuduhan dan jumlah sabitan kes-kes jenayah rasuah antara tahun 2000 hingga 2008. Walau bagaimanapun perlu dijelaskan bahawa pertuduhan dalam sesuatu tahun semasa tidak semestinya selesai dan mendapat sabitan atau selesai perbicaraan dalam tahun tersebut. Pada kebiasaannya, banyak perbicaraan kes jenayah rasuah yang mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kes-kes rayuan. Apa yang menarik dalam hal sabitan ini ialah berlakunya peningkatan kadar sabitan kes-kes jenayah rasuah di mahkamah. Berdasarkan perangkaan dan penyelesaian kes-kes pendakwaan di mahkamah bagi tahun 2007 dan 2008, sebanyak kira-kira 75 peratus kes telah mendapat sabitan atau diselesaikan. Peningkatan jumlah sabitan ini sekali gus boleh dikaitkan dengan kualiti maklumat atau aduan yang diterima, pengetahuan dan profesionalisme pegawai yang meningkat, serta pengendalian pendakwaan kes-kes rasuah di mahkamah yang lebih mantap.

GERAKAN PENCEGAHAN RASUAH

DI MALAYSIA

Rasuah dan Persepsi

31. “We’re plaque by a perception problem”. Begitulah tajuk satu rencana yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan Bahasa Inggeris yang memetik kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri. Begitu juga dengan isu dan gejala rasuah di Malaysia. Walaupun telah banyak usaha, strategi dan program dijalankan bagi memerangi gejala rasuah, namun gejala rasuah di Malaysia dipersepsi masih lagi serius. Justeru, banyak perbincangan dan perdebatan yang dibuat terhadap jumlah siasatan, tangkapan dan pertuduhan kes-kes rasuah yang meningkat. Sesetengah pihak mengatakan perangkaan rasuah semakin meningkat kerana gejala rasuah seolah-olah diterima oleh sesetengah pihak dalam menjalankan urusan harian. Berkemungkinan juga gejala rasuah dipersepsikan bertambah buruk kerana kurang berkesannya mekanisme penguatkuasaan. Manakala ada pihak lain mengatakan undang-undang dan peraturan sedia ada yang tidak mencukupi dan mendakwa rasuah seolah-olah telah menjadi budaya masyarakat. Ada juga yang beranggapan langkah-langkah pendidikan, pencegahan dan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap gejala buruk rasuah yang masih rendah dan kurang berkesan. 32. Namun begitu, dalam sudut pandang yang lain pula, meningkatnya perangkaan maklumat dan aduan diterima, siasatan dijalankan, pendakwaan kes yang bertambah dan sabitan yang meningkat adalah kerana kejayaan pendekatan pendidikan, kesedaran dan pencegahan. Semakin ramai yang mendapat maklumat mengenai undang-undang dan peraturan, semakin banyak pihak menyedari natijah buruk rasuah. Hasilnya bertambah kesedaran untuk melaporkan insiden rasuah, maka tentunya statistik penyiasatan kes-kes rasuah akan meningkat. Umum menyedari bahawa jenayah rasuah berlaku secara bersembunyi dan antara dua pihak berkepentingan. Manakala penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan secara umumnya dilakukan secara bersendirian. Oleh itu, sukar untuk mendapat maklumat mengenai gejala rasuah kerana tiada saksi atau keterangan sokongan. “Corruption is worse than prostitution.

The latter might endanger the morals of an individual, the former invariably endangers the morals of the entire country.”

(24)

33. Kajian IPIN 2006 dan 2007 menunjukkan skor indeks gejala rasuah di Malaysia yang menurun. Ini bermakna masyarakat mempersepsikan bahawa gejala rasuah semakin meningkat. Rajah 2 menunjukkan skor Indeks Persepsi Rasuah secara keseluruhannya, dibandingkan dengan skor persepsi bahawa usaha pencegahan rasuah di negara ini mencukupi dan persepsi rasuah dalam sektor politik pada masa ini adakah terkawal. Adalah didapati persepsi gejala rasuah meningkat, lebih-lebih lagi mengenai gejala rasuah dalam sektor politik.

34. Adalah agak sukar untuk menunjukkan tahap rasuah sebenar. Indikator-indikator berdasarkan statistik sahaja tidak membayangkan tahap sebenar gejala rasuah yang berlaku. Pakar pengkaji jenayah mengatakan, dari satu kes yang dilaporkan, ada sepuluh kes yang mungkin tidak dilaporkan. Justeru itu, tahap gejala rasuah juga adalah banyak berdasarkan persepsi sahaja. Timbul pula persoalan adakah persepsi itu sebenarnya realiti atau kemungkinan tanggapan itu tidak benar sama sekali? Persepsi boleh dibayangi oleh pelbagai pendedahan yang dibuat melalui media massa atau atas dengar cakap (hearsay). Walau bagaimanapun apa yang pasti, sebagaimana selalu dikatakan, seseorang itu terutama pemimpin mestilah bukan sahaja bersih tetapi mesti nampak bersih.

Strategi dan Mekanisme Pencegahan Rasuah

35. Antara dapatan yang agak membimbangkan melalui Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia tahun 2002 ialah apabila 30.5 peratus penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengatakan sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang, mereka sanggup menerima rasuah! Justeru itu, langkah pencegahan rasuah memerlukan suatu tindakan yang holistik, bersistematik dan berterusan ke arah mendidik, memberi kesedaran dan mendedahkan keburukan dan kejinya jenayah rasuah. Ke arah itu, pengukuhan dan pemantapan nilai-nilai murni, etika dan integriti dilaksanakan dengan pelbagai strategi dan mekanisme, khususnya pendekatan pencegahan, pendidikan dan punitif.

36. Pelbagai dasar, strategi dan usaha telah dijalankan oleh Kerajaan bagi memerangi jenayah rasuah semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Ini dilakukan termasuklah bagi memperbaiki pelbagai sistem hinggalah kepada persepsi negatif mengenai gejala rasuah di Malaysia. Kewibawaan BPR sebagai agensi penguat kuasa khusus mencegah dan menguatkuasakan undang-undang pencegahan rasuah yang telah ditubuhkan semenjak tahun 1967 telah diubah sebagai SPRM mulai 1 Januari 2009 apabila Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berkuat kuasa.

Pencegahan Rasuah Sektor Awam

37. Sektor awam yang bebas dari rasuah adalah kritikal untuk pembangunan Negara. Usaha pemantapan integriti dalam sektor awam diperkukuh semenjak sebelum merdeka lagi. Ini dapat dilihat berdasarkan satu laporan Report of a Commission to Enquire into Matters Affecting the Integrity in the Public Services pada tahun 1955. Fokus dalam laporan ini adalah mengenai usaha menangani masalah rasuah, tata kelakuan dan disiplin, sekali gus mempertingkatkan integriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam. Pelbagai slogan, moto, tema untuk memajukan integriti turut diperkenalkan, seperti kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, ‘Tonggak Dua Belas’, Penerapan Nilai-nilai Islam, Aku Janji dan lain-lain lagi. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) pengisytiharan harta, Peraturan-Peraturan (Kelakuan dan Tatatertib)

Rajah 2

Skor Persepsi Tahap Rasuah

Skor

Rasuah politik terkawal

7.06 6.76 6.09 6.0 5.29 4.75 0 1 2 3 4 5 6 7 8 2006 2007 Tahun Skor Tahun Sumber: IPIN Pencegahan mencukupi Persepsi keseluruhan

(25)

Pegawai Awam dan Tatacara Kewangan juga diperkenalkan.

38. Mekanisme lain seperti penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa dan mekanisme pelaporan serta pemantauan dilakukan. Sebagai contoh, bagi memastikan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ditangani dengan berkesan dalam sektor awam, Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998, iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah yang diselaraskan oleh BPR telah dikeluarkan. Dengan arahan ini maka mekanisme Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKP) ditubuhkan dengan secara berstruktur di semua kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan. Malahan di peringkat tertinggi, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri.

39. Secara umumnya, pengenalan kepada pelbagai inisiatif dalam sektor awam telah dapat mengurangkan gejala rasuah dan sekali gus meningkatkan etika dan integriti penjawat awam. Walau bagaimanapun masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan. Dalam perbincangan mengenai Laporan TEKAD kedua iaitu ke arah meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam dan mengatasi karenah birokrasi, data-data mengenai isu rasuah dan salah laku anggota perkhidmatan awam dibincangkan dengan lebih terperinci.

Pencegahan Rasuah Agensi Penguat kuasa

40. Agensi penguat kuasa memastikan pematuhan masyarakat umum kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Agensi ini juga menjadi barisan hadapan dalam sistem penyampaian khidmat masyarakat. Umum mengetahui bahawa agensi penguatkuasa undang-undang merupakan agensi yang terdedah dan berisiko tinggi berkaitan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia tahun 2002 oleh UKM mengesahkan perkara ini. Mengikut kategori bahagian atau sektor yang lebih berisiko tinggi ialah Bahagian penguatkuasaan,

Bahagian pengurusan, Bahagian kewangan atau audit dan Bahagian projek dan kontrak. Adalah didapati, kira-kira 70 peratus masalah gejala rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan awam membabitkan sepuluh jabatan kerajaan terdiri dari agensi penguat kuasa dan agensi kerajaan yang mempunyai bilangan keanggotaan yang besar. 41. Justeru itu, fokus diberikan kepada agensi-agensi penguatkuasa bagi memastikan usaha-usaha pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah dalam organisasi ini dilaksanakan dengan berkesan. IIM mengadakan pelbagai bentuk kerjasama, perkongsian bestari (smart partnership), termasuk mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan agensi-agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Selain itu, kerjasama juga diadakan dalam menjalankan pelbagai program bersama agensi penguat kuasa yang lain seperti Jabatan Penjara, di mana peserta kursus integriti dibawa melawat ke penjara bagi melihat dan mengalami sendiri natijah yang berlaku terhadap individu yang tidak mematuhi undang-undang dan tidak berintegriti.

Umum menyedari bahawa

jenayah rasuah berlaku

secara bersembunyi

dan antara dua pihak

berkepentingan.

Penyelewengan,

salah guna kuasa dan

pemalsuan pula secara

umumnya dilakukan

secara bersendirian

(26)

Pencegahan Rasuah Institusi Ekonomi

42. Sektor swasta sebagai salah satu institusi ekonomi penting menjadi jentera pembangunan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu jenayah rasuah, penyelewengan dan fraud

akan mengakibatkan suatu impak negatif terhadap pelbagai aspek termasuk masa dan kos pengurusan. Berdasarkan The 4th Biennial Global Economic Crime Survey yang dijalankan oleh PriceWaterHouseCoopers seperti di Rajah 3 di bawah, jelas memperlihatkan kesan ini. Sebaliknya, syarikat-syarikat yang mematuhi garis panduan etika dan melaksanakan program pematuhan melaporkan jenayah ekonomi, termasuk isu-isu rasuah dalam syarikat akan lebih kecil kebarangkalian berlakunya jenayah ekonomi dalam syarikat-syarikat berkenaan (Rajah 4).

43. Di Malaysia, pelbagai pendekatan melalui penguatkuasaan undang-undang dan penubuhan badan penyelia (regulatory body) diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Antara lain seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan seperti Malaysia Institute ofCorporate Governance

(MICG), Business Ethics Institute of Malaysia

(BEIM), Dewan-dewan Perniagaan, Badan-badan Ikhtisas dan lain-lainnya juga turut menyokong bagi memastikan gejala rasuah dibendung, tadbir urus korporat dan etika perniagaan dipatuhi dan etika perniagaan dikawal selia dan dipertingkatkan. 44. Bagi menggerakkan usaha pengukuhan etika dan integriti di samping pencegahan rasuah dalam sektor swasta, IIM telah mengadakan pelbagai

Semua bentuk penyelewengan

15 36 48 25 35 11 14 14 % syarikat

Syarikat yang menggunapakai program etika dan pematuhan Syarikat lain 8 6 4 17 0 10 20 30 40 50 Penyalahgunaan aset Penyelewengan Perakaunan Sogokan dan rasuah Pengubahan wang haram Penciplakan harta intelek

Sumber:PriceWaterHouseCoopers

Rajah 3

Impak Penyelewengan kepada masa dan kos pihak pengurusan Berurusan dengan isu-isu litigasi

Menggunakan perhubungan awam/Pelabur Masa penggunaan yang dibazirkan

Berurusan dengan keperluan kawalselia

0 20 40 60 80 100

% syarikat Impak tidak ketara Impak ketara 53 44 31 58 13 68 23 61 Rajah 4

Syarikat yang Mempunyai Garis Panduan Etika dan Program Pematuhan Melaporkan Jenayah Ekonomi yang Lebih Rendah

(27)

kerjasama dan partnership dengan badan-badan penyelia dan agensi penguat kuasa, NGO dan syarikat-syarikat swasta. Antara program yang dilaksanakan bagi tujuan ini diperjelaskan dalam perbincangan dan pelaporan TEKAD ketiga iaitu “meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan”.

Pencegahan Rasuah Sektor Politik

45. Pemimpin mesti bersih dan nampak bersih. Kenyataan ini menggambarkan, untuk menjadi pemimpin, seseorang itu mesti memiliki ciri-ciri keperibadian dan kepimpinan yang baik, beretika dan berintegriti. Dalam senario pengukuhan etika dan integriti politik tanah air, langkah pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ditambah baik dengan pengenalan kepada Kod Etika Ahli Parlimen dan Laporan Pengisytiharan Harta. Semenjak PIN dilancarkan, usaha pencegahan rasuah dalam sektor politik diperkukuhkan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti di Dewan Rakyat. IIM terlibat dalam keurusetiaan jawatankuasa. Beberapa siri pendengaran awam dijalankan bertujuan memperoleh input dan maklum balas daripada masyarakat umum, termasuk mendapatkan penjelasan dari agensi dan institusi yang berkaitan. Dalam beberapa siri pendengaran awam yang dijalankan, kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh masyarakat adalah mengenai jenayah yang berlaku dalam masyarakat, gejala rasuah, khususnya dalam agensi penguatkuasa undang-undang dan mengenai sistem penyampaian khidmat awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pemimpin mesti bersih

dan nampak bersih.

Untuk menjadi pemimpin,

seseorang itu mesti memiliki

ciri-ciri keperibadian dan

kepimpinan yang baik,

beretika dan berintegriti.

46. Institut Perniagaan Beretika di Malaysia (BEIM) pada tahun 2005 menjalankan kajian atas tajuk ‘Who Do Malaysians Trust Most’. Lima belas jenis pekerjaan disenaraikan. Berikut adalah pandangan masyarakat mengenai kepercayaan tersebut, yang juga berkaitan rapat dengan kepercayaan mengenai perlakuan jenayah rasuah.

Rajah 5

Siapa yang lebih dipercayai oleh Rakyat Malaysia

‘Who Do Malaysians Trust Most’

Pencegahan Rasuah Peringkat Akar Umbi dan Masyarakat Umum

47. Bagi menggerakkan langkah pencegahan rasuah di peringkat akar umbi, IIM menyampaikan ceramah, taklimat dan forum pengukuhan integriti kepada pelajar-pelajar khususnya di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Isu, ancaman dan langkah pencegahan jenayah rasuah turut dibincangkan. Secara purata, pada setiap sesi pengambilan pelajar baru IPT, IIM akan menyampaikan ceramah kepada kira-kira 80,000 orang pelajar IPT, sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang juga turut meliputi Politeknik dan Kolej Komuniti. Di samping itu, taklimat juga disampaikan kepada para penuntut baru di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Adalah diharapkan program seperti ini akan memberikan penerangan dan kesedaran betapa pentingnya berkeperibadian mulia dan berintegriti, lebih-lebih lagi sebagai pelajar yang bakal menjadi pelapis generasi masa hadapan. IIM menekankan bahawa tugas utama institusi pengajian tinggi adalah bagi menghasilkan graduan yang berintegriti.

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 72 67 60 58 53 51 40 30 26 24 23 2022 16 11 Doktor Guru Professor Ahli Agama Saintis Hakim Pembaca Berita Wartawan Kesatuan Pekerja Polis Orang Biasa Menteri Ahli Politik Ahli Korporat Peratus (%) Jawatan Penjawat Awam Sumber: BEIM

(28)

48. Dalam kalangan masyarakat umum, pelbagai program pengukuhan integriti dirancang dan dilaksanakan. Seminar Integriti Warga Pendidik dijalankan dengan kerjasama IIM dan Kementerian Pelajaran. Semenjak program ini dijalankan, seramai kira-kira 30,000 orang pengetua, guru besar, guru kaunseling serta guru pendidikan agama dan moral dan bakal guru di Institut Perguruan telah terlibat dalam program ini. Kepada kepimpinan masyarakat, khususnya Penghulu, Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), diadakan program secara bersiri di seluruh negara agar kepimpinan masyarakat dapat menyampaikan maklumat dan turut memberi kesedaran kepada masyarakat secara lebih luas lagi. IIM juga mengadakan program yang sama kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan agar ahli-ahli NGO dan masyarakat sivil turut sama dalam agenda integriti nasional dan pencegahan rasuah. Melalui program ini adalah diharapkan kepimpinan masyarakat khususnya menjadi contoh ikutan masyarakat,di samping dapat mengadakan program dan tindakan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat.

49. Usaha dan gerakan pencegahan rasuah di Malaysia bukan sahaja dilakukan oleh kerajaan. Pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil juga memainkan peranan mereka dalam menjayakan agenda ini. Sebagai contoh peranan yang dimainkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) sebagai sebuah NGO yang memberi fokus kepada aspek akauntabiliti, ketelusan dan memerangi jenayah rasuah adalah kritikal. IIM juga bekerjasama rapat dengan lain-lain NGO ke arah matlamat yang sama memerangi dan membanteras jenayah rasuah.

CABARAN

50. Dalam usaha memerangi jenayah rasuah, banyak cabaran dan halangan yang perlu ditangani. Bermula dari soal sikap setiap individu, peranan pemimpin dan kepimpinan, kerjasama dan keprihatinan masyarakat, pendekatan berdasarkan sistem dan prosedur, perundangan dan peraturan, hinggalah kepada aspek budaya masyarakat. Sebagaimana diperjelaskan dalam

Rajah 2, masyarakat mempersepsikan gejala

rasuah semakin meningkat. Justeru itu, cabaran dan halangan perlu dihadapi dan ditangani supaya kekangan (constrains) bagi memerangi dan membanteras gejala rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Antara cabaran tersebut ialah:

i. Kempen-kempen anti-rasuah yang dilihat masih kurang berkesan dalam meningkatkan kesedaran dan tidak menepati kumpulan sasaran.

ii. Pemberian hadiah masih dianggap sebagai “budaya” dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat masih tidak dapat membezakan antara hadiah dengan rasuah.

iii. Salah laku yang melibatkan penggunaan wang pejabat dan harta benda pejabat untuk kegunaan peribadi serta tuntutan penginapan bagi tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah sebaliknya dianggap sebagai sesuatu amalan yang biasa dilakukan.

iv. BPR masih dilihat tidak bebas, kurang cekap dan berkesan serta tidak telus dalam tindakannya.

v. Komitmen kerajaan dilihat atau dipersepsikan sebagai lip service atau political slogan

sahaja dan tidak menunjukkan tindakan yang serius.

vi. Masih wujud amalan rasuah dalam urusan-urusan kerajaan terutama yang melibatkan projek-projek kerajaan sehingga menjejaskan imej jabatan dan perkhidmatan awam. vii. Isu-isu rasuah sering ‘disensasikan’ pihak

media sehingga wujud public and media persecution manakala prinsip innocence until proven guilty tidak diberi keutamaan.

viii. Dakwaan-dakwaan rasuah terhadap golongan tertentu sering kali dipolitikkan oleh sesetengah pihak mengakibatkan isu rasuah bukan lagi menjadi isu penguatkuasaan. ix. Kenyataan-kenyataan yang tidak

References

Related documents

Poor communes exhibit alarmingly lower rice yields: in the Red River Delta, North West, and South Central Coast, the average yield of a poor commune is 23–25 percent lower than

Toolkit to assist leaders and volunteers from community groups to plan successful outdoor activities and

Under the assumptions of high elasticities, the relative price increase of fossil fuels to biofuels in the reference scenario induces greater replacement of fossil fuels

Page 1 of 5 © Annals of Translational Medicine All rights reserved Ann Transl Med 2016;4(4) 74atm amegroups com Original Article Toxicity and early outcomes of regorafenib in multiply

The reduction in exhaust emissions together with an increase in torque, brake power, brake thermal efficiency and reduction in brake-specific fuel consumption made the

Thus, in ad- dition to modeling anchor identification as a sin- gle multi-class classification task, we also try to break down the problem into two stages: first, a binary

Table 3 shows that the proportion of sentences with rare phenomena is somewhat higher in the NEGRA sen- tences, and consequently the net gain in parsing accu- racy is

paper ID 411201615 International Journal of Research in Advent Technology, Vol 4, No 11, November 2016 E ISSN 2321 9637 Available online at www ijrat org 16 Influence of Admixtures